Pages

Wednesday, July 23, 2014

Keadaan Orang yang Tidak Membayar Zakat di Akhirat


DI antara hak-hak Allah yang utama adalah zakat yang merupakan hak harta. Orang-orang yang tidak menunaikan zakat harta mereka disiksa dengan harta itu dengan siksaan yang berat. Nas-nas telah mengabarkan bahawa penyiksaan mereka dengan harta itu bermacam-macam.

Pertama: Bagi pemilik harta itu berwujud seekor ular botak yang mempunyai dua bintik. Ular itu tergantung di leher pemiliknya dan mencengkam tulang rahang orang itu seraya berkata kepadanya, "Aku adalah hartamu, aku adalah simpananmu." 

Dalam sahih al-Bukhari diriwayatkan dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang Allah beri harta lalu tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat hartanya akan diserupakan menjadi ular botak berbintik dua, yang dikalungkan padanya di hari kiamat, kemudian ular itu berkata, 'aku adalah hartamu, aku adalah simpananmu'. "Rasulullah SAW kemudian membaca," Janganlah orang-orang yang bakhil dengan kurnia yang Allah berikan kepada mereka mengira bahawa sikap itu baik bagi mereka, tetapi kebakhilan itu buruk bagi mereka! Akan dikalungkan pada mereka di hari kiamat apa yang mereka bakhilkan. "

Kedua: Harta itu sendiri, iaitu zakatnya tidak ditunaikan, didatangkan kepadanya. Jika harta itu berupa emas dan perak, maka dijadikan lempengan panas, kemudian pemiliknya diseksa dengan itu. Jika harta itu berupa haiwan, unta, lembu, atau kambing, haiwan itu ditimpakan kepada pemiliknya lalu ia di seksa dengan haiwan itu. Allah SWT berfirman, "Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya di jalan Allah, berilah mereka khabar tentang azab yang pedih, pada hari emas dan perak itu dipanaskan di nereka Jahannam lalu dahi, perut dan punggung mereka digosok dengan emas dan perak itu. Itulah harta yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah apa yang telah kamu simpan itu. "

Dalam sahih Muslim diriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, "Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan hak hartanya itu, pada hari kiamat emas dan perak itu dijadikan lempengan yang dipanaskan di neraka Jahannam, lalu perut, dahi dan punggung orang itu digosok dengan itu. Setiap kali kepingan itu sejuk, dipanaskan kembali. Terus begitu dalam satu hari yang lamanya sama dengan 50 ribu tahun, hingga Allah memberi keputusan di antara hamba-hamba-Nya, sehingga orang itu melihat jalannya ke syurga atau ke neraka. "

Ada yang bertanya, "Ya Rasulullah, bagaimana dengan unta?" Rasulullah SAW bersabda, "Tidak seorang pun pemilik unta yang tidak mengeluarkan hak (zakat) nya dan di antara hak unta ialah memerah susunya pada hari unta itu minum melainkan pada hari kiamat ia ditelungkupkan di tanah lapang di hadapan seluruh untanya, termasuk yang kecil sekalipun. Unta-unta itu menginjak dan menggigitnya. Setiap kali yang seekor telah menyudahinya, datang lagi yang lain, terus begitu dalam satu hari yang lamanya sama dengan 50 ribu tahun, hingga Allah memberi keputusan di antara hamba-hamba-Nya, sehingga orang itu melihat jalannya, ke syurga atau ke neraka. "

Ada yang bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana dengan lembu dan kambing?" Rasulullah SAW bersabda, "Tidak ada pemilik lembu dan pemilik kambing yang tidak menunaikan zakatnya, kecuali dia ditiarapkan di suatu tanah rata di hadapan seluruh kambing dan sapinya itu, tidak satu pun yang luput. Di antara binatang-binatang itu tidak ada yang tidak bertanduk, dan tidak ada yang tanduknya bengkok atau patah. Haiwan-haiwan itu menanduk dan menginjak orang itu. Setiap kali yang seekor telah menyudahinya, datang lagi yang lain. Begitu terus dalam satu hari, yang lamanya sama dengan 50 ribu tahun, hingga Allah memberi keputusan di antara hamba-hamba-Nya, sehingga orang itu melihat jalannya, ke syurga atau ke neraka. 

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com | Ensiklopedia Kiamat / Karya: Dr Umar Sulayman al-Asykar / Penerbit: Serambi

Apa yang berlaku pada tubuh semasa berpuasa?


http://detikislam.blogspot.com | .


 
Jantung dan darah - Darah akan kurang dipamkan ke sistem pencernaan badan. Oleh itu ia akan dihantar ke tisu-tisu badan yang lain. Selain itu, badan akan menggunakan tempoh berpuasa ini untuk mengeluarkan kolesterol yang tersumbat pada dinding-dinding saluran darah.

Paru-paru - Paru-paru akan menyerap beribu-ribu jenis toksin semasa kita bernafas. Puasa dapat membantu paru-paru menyingkirkan toksin yang berbahaya kepada tubuh badan kita.

Perut dan usus - Perut dan usus akan menggunakan masa berpuasa ini untuk mencuci dan menyingkarkan bahan-bahan buangan untuk memastikan sistem percernaan badan kembali efisien.

Hati - Hati menyediakan badan dengan glikogen iaitu sumber tenaga kedua badan dan menukarkan lemak kepada gliserol ketika tiada glukosa (daripada makanan).

Ginjal - Semasa kita berpuasa, ginjal akan meningkatkan kadar dialisis iaitu proses penyingkiran garam dan air untuk menurunkan tekanan darah.

Dengan berpuasa, ia memberikan manfaat secara fizikal dan meningkatkan kesihatan badan kita ke tahap optimum.

Orang kaya pun mengemis


Yanbu (Arab Saudi): Polis di sini semalam menangkap seorang lelaki Arab kerana mengemis walaupun dia mempunyai wang simpanan SR1.2 juta (RM1.01 juta) dan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang mahal.

Polis berkata, lelaki itu yang namanya tidak disiarkan, warga negara Teluk, melawat Saudi dengan menggguna visa pelancong bersama-sama isteri dan tiga anaknya. Mereka didapati menginap di sebuah apartmen mewah di Yanbu, bandar di barat Saudi.


“Kami menemui sejumlah besar wang padanya dan resit deposit wang. Jumlah yang dimilikinya lebih SR1.2 juta (RM1.1 juta) dan sebuah kenderaan mahal.



“Kami juga mendapati dia tinggal bersama-sama keluarganya di sebuah apartmen mewah. Dia ditangkap kerana mengemis di jalan raya,” kata jurucakap polis, Kolonel Fahd Al Ghannam. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/23

Penjara empat tahun kerana kaskas


Dubai: Seorang petani India berusia 33 tahun yang memberitahu mahkamah dia membawa kaskas (biji popi) untuk digunakan dalam masakannya dipenjara empat tahun dan akan diusir selepas menjalani hukuman berkenaan.

Lelaki itu, BS, yang menggunakan visa petani untuk memasuki Dubai dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki 102.49 gram kaskas.


“Saya tidak menyeludup dadah. Kami menggunakan kaskas untuk memasak,” katanya kepada juri.



Menurut rekod, BS ditangkap setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai bersama-sama kaskas itu.


Menurut pendakwa, BS kelihatan cemas ketika tiba di lapangan terbang berkenaan.


“Apabila memeriksa bagasinya, saya menemui satu bungkusan kaskas yang boleh dijadikan benih. Apabila disoal, dia mengaku membawa kaskas itu,” kata seorang pegawai polis kepada mahkamah. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/23