Pages

Friday, February 27, 2015

Kembiri menuju tuhan

Chandigarh, Haryana: Ketua kumpulan kerohanian Dera Sacha Sauda, Gurmeet Ram Rahim Singh (gambar), dijangka digulingkan pengikutnya sendiri selepas dia dipersalahkan dalam kempen pengembirian besar-besaran.
Sebagai guru disegani, dia pernah dipuja jutaan pengikutnya di seluruh dunia.
Atas keyakinan itulah Gurmeet menghasut pengikutnya mengembiri diri sendiri.
Gurmeet - digelar sebagai Guru Berkerlipan - turut dikaitkan dengan tuduhan membunuh serta serangan seksual.
Bagaimanapun, bagi setiap tuduhan dikenakan ke atasnya, kelicikan Gurmeet membolehkan dia terlepas daripada sebarang sabitan.
Gurmeet mendakwa lelaki yang mengembiri diri sendiri lebih mudah “berhubung dengan tuhan.”
Kata sumber, hasutan itu membuatkan seramai 400 pengikutnya memotong kemaluan sendiri - di sebuah hospital milik Gurmeet.
Pada 2002, dia dituduh bersubahat dalam pembunuhan seorang wartawan yang melakukan siasatan ke atasnya, selain dakwaan serangan seksual ke atas pengikut wanita.
Lapor media, bagi setiap tuduhan itu Gurmeet berjaya meloloskan diri kerana kedudukannya sebagai ahli politik berpengaruh.
Menurut sumber, kebanyakan mangsa enggan membuka mulut kerana bimbang dibunuh atau disisihkan kumpulan berkenaan.
Sementara itu, menurut Biro Siasatan Pusat (CBI) menyatakan, beberapa pengikutnya berani untuk membuat kenyataan ke atas Gurmeet.
Sumber CBI berkata, mereka sudah mengumpul pelbagai bukti bagi mengaitkan Gurmeet dengan bermacam-macam jenayah.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Februari 2015 @ 9:40 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33425#sthash.UWlIZE1x.dpuf