Pages

Sunday, September 12, 2010

5 Perkara membuktikan kekuasaan Allah SWT


كيف يحاول العلماء تفسير بداية الكون ؟ ببساطة هم يرجعون الى الوراء والى الوراء محاولين الوصول الى نقطة بداية ولكنهم يصلون الى طريق مسدود ولا يصلون الى أي نقطة بداية. بالضبط مثل الهارب من الشرطة, يدخل في هذه الطريق وينتقل الى طريق أخرى حتى يجد مفراً ولكنه في النهاية يصل الى طريق مسدود فاما أن يستسلم وإما أن يتمرّد ويعرض نفسه الى الموت رمياً بالرصاص. كذالك أمر المفكرين والمحللين ومن صدقهّم, لقد وصلتم الى طريق مسدود بلا مخرج فلماذا هذا التمرّد والتكبّر ؟
طريق-بلا-مخرج
قضية الايمان بالله عز وجّل وبوحدانيته هي قضية بسيطة ولا تحتاج الى كل هذه النظريات والتحليلات. طلبَ بعض الناس من الإمام الشافعي رحمه الله أن يثبت لهم وجود الله عز وجّل فأجابهم ببساطة: (ورقة التوت) ! تعجّب الناس وطلبوا تفسيراً لهذه الاجابة فقال لهم …
1-Daripada daun boleh membentuk sutera.
ورقة التوت طعمها واحد…
ورقة-التوت
2- Apabila ulat makan daun sutera akan dikeluarkan.
لكن إذا أكلها دود القز أخرج حريراً …
دودة-القز
3-Apabila lebah makan akan mengeluarkan madu.
وإذا أكلها النحل أخرج عسلاً2 …
عسل-النحلة
4-Apabila kijang makan ia akan mengeluarkan bau wangi.
وإذا أكلها الظبي أخرج المسك ذا الرائحة الطيبة …
مسك-الظبي
5-Sesiapa mengesakan Allah SWT, Dia  akan dapat menyelesaikan berbagai permasalahan.
فمن الذي وحّد الأصل وعددّ المخارج ؟
الكون

Kuda Melompat Apabila Melihat Malaikat Turun Dari Langit


Sahabat Rasulullah SAW, Usaid membaca Al-Quran disampingnya kuda yang  menjerit dan melompat  kerana dapat melihat Malaikat turun disaat Usaid membaca Al-Quran.
Usaid tidak dapat meneruskan bacaan Al-Quran kerana bimbang kuda disampingnya melompat sehingga membunuh anaknya yang kecil di sisinya.
Usaid mengkhabarkan kepada Rasulullah SAW, lalu Rasulullah SAW memberitahu kepadanya, jika engkau teruskan bacaan pasti malaikat akan turun dan memui kamu serta kamu akan bertemu dengan malaikat.
Nota :
Saya amat bercita-cita untuk menyebarkan Ilmu Allah SWT tetapi suasana di budaya Malaysia yang tidak cintakan Ilmu Allah SWT, tidak ada insan yang sanggup berkorban dan bersusah-payah untuk Allah SWT serta berkorban harta pada jalan Allah SWT, jika ada pun hanyalah bersemangat kerana politik, maksud saya, jika ada usaha insan-insan mulia yang menterjemahkan kuliah-kuliah agama daripada negara-negara arab yang amat berfaedah ke dalam CD dan disebarkan secara percuma kepada masyarakat umum tanpa berpihak kepada mana-mana politik tetapi hanyalah demi kemuliaan wajah Allah SWT serta kesucian agama Islam yang Maha Suci, atau ada insan mulia yang sanggup berkorban harta benda membina studio untuk berlumba-lumba mengejar pahala Allah SWT pasti saya amat gembira.
Betapa banyaknya ilmu Allah SWT yang belum disebarkan kepada manusia dalam bahasa-bahasa manusia ciptaan Allah SWT yang amat luas.
Saya merasa, saya berdosa jika saya tidak menyampaikan ilmu-ilmu Allah SWT kepada semua pihak,  sedangkan  saya memahami sedikit ilmu Allah SWT melalui bahasa arab yang saya fahami.
Ya Allah..ampunlah dosa ku kerana lemah dan tidak berkemampuan untuk menyebar agama Mu Ya Allah SWT yang ku sembah dan sujud dalam hidupku di dunia dan Akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin….
هذه قصة أسيد بن حضير, يرويها الشيخ نبيل العوضي حفظه الله حيث يتكلم عن أهمية قراءة القرآن. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم (اقرأوا القرآن فإنه يأتي يوم القيامة شفيعاً لأصحابه) كما ينبغي عند قراءة القرآن أن يتدبّر القارئ ويتأمل في معاني القرآن فهنالك من يختم القرآن ولا يفهم منه شيئاً ولا يتأثر به وتجده يختم القرآن أكثر من مرة ولكنه يستمر في أكل الربى وانتهاك حقوق الناس. كذالك ينبغي أن نخشع عند قراءة القرآن وأن نتأثر بآياته. كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يبكي عند تلاوته للقرآن لأنه كان يعيش مع القرآن وكان يتدبر كلام الله عز وجل. استمع الى قصة أسيد بن حضير رضي الله عنه وما حصل له في تلك الليلة عندما جلس يتلو القرآن في جوف الليل.

Lebah menghasilkan madu terbaik diwaktu awal pagi


http://www.hafif.org/imaj/astral/ari.jpg
Madu terbaik adalah madu yang dihasilkan oleh lebah diwaktu pagi, madu yang dihasilkan oleh lebah diwaktu pagi memilki kandungan dan bauan terbaik. Maklumat ini telah disahkan oleh hasil kajian universiti di Jerman dan Britain.
Menurut BBC, “BBC” bahawa kajian tersebut disediakan oleh sekumpulan pengakaji dari Universiti Jerman, “Konstanz” dan diterbitkan di majalah / Bheviral Akologi Tanah sosiologis / mendapati bahawa kemampuan madu membantu kecerdasan  otak, madu yang dikumpul oleh lebah dari bunga yang berhektar luasnya dapat menghasilkan  madu terbaik.
Sebuah kajian dahulu menunjukkan bahawa bunga yang paling menghasilkan mutu terbaik  selama jam pertama hari tersebut, dalam tempoh ini lebah  boleh mengoptimumkan untuk  mengenal pasti bau bunga baru;
Para penyelidik melihat pada 1000 ekor lebah boleh mengenal pasti bau bunga yang mereka perlukan  dan memiliki  kemampuan yang luar biasa untuk mengenal jenis-jenis bunga dan kumpulan yang mahir  boleh mengenali bau bunga, walaupun dalam masa berhari-hari. Lebah boleh mengingati setiap bau bunga.
أظهر بحث جديد أن نحل العسل يقطف الرحيق من أفضل الأزهار ويقدّم العسل الأفضل في وقت باكر من النهار وهو يتعرف بشكل أفضل على الروائح في الصباح
وذكرت هيئة الإذاعة البريطانية “بي بي سي” أن البحث الذي أعده فريق ألماني من جامعة “كونستانز” ونشر في مجلة /بيهافيرال اكولوجي اند سوسيولوجي/ وجد بأن قدرة دماغ النحل صباحاً تساعده على تنشق الرحيق من الأزهار وتحويله إلى عسل بفعالية أكبر. 
وكانت دراسة سابقة أظهرت أن معظم الأزهار تفرز رحيقها خلال الساعات الأولى من النهار أي في الفترة الأمثل التي يمكن خلالها لنحل العسل التعرف على الروائح الجديدة؛
وقد راقب الباحثون 1000 نحلة من هذا النوع وتابعوا قدرتها على التعلم، ودربوا مجموعات منها في أوقات مختلفة من النهار على التعرف على روائح معينة،
ووجدوا لاحقاً أن تلك التي دربت صباحاً تمكنت من القيام بردة الفعل الصحيحة تجاه الرائحة وكانت الأفضل في تذكر أي من الروائح يمكن استخدامها لإنتاج العسل.

Minyak Zaiton dapat mengekal dan menambah ingatan manusia


http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:8SXP2CG3YNh-kM:http://forums.3roos.com/uploaded1/326679_01255952927.jpg&t=1
Dengan meminum  satu sudu besar minyak zaiton setiap pagi boleh menguatkan ingatan. inilah hasil kajian daripada Universiti Califonia
Minyak zaitun adalah sumber terbesar dari asid oleik, asid lemak  omega 9, yang dapat diubah semasa proses pencernaan anda oleoylethanolamide OEA, suatu hormon yang membantu memelihara  sel-sel otak yang sihat.
Para penyelidik mendapati bahawa tikus yang diberi OEA  mampu ingat bagaimana melakukannya lebih baik lebih baik berbanding daripada tikus yang tidak diberi OEA dan para penyelidik hipotesis yang OEA merujuk pada bahagian otak yang bertanggung jawab untuk mengubah ingatan Gosairrp memori biasa ke memori jangka panjang. Dan percaya OEA membuat mengekalkan ingatan   di dalam memori.
ان تناول بضع ملاعق كبيرة من زيت الزيتون (7 ملاعق اسبوعيا)، يساعد على الحفاظ على الذاكرة طويلة المدى، هذا ما توصلت اليه في دراسة جديدة في جامعة كاليفورنيا.
يعتبر زيت الزيتون هو أكبر مصدر لحامض الأوليك، وهو الحامض الدهني أوميغا 9 الذي يتم تحويله خلال عملية الهضم إلى oleoylethanolamide (OEA ، وهو الهرمون الذي يساعد على إبقاء خلايا المخ سليمة.
فقد وجد الباحثون ان الفئران التي اعطيت OEA استطاعت ان تتذكر بشكل افضل كيفية القيام بأكثر من مهمة من تلك الفئران التي لم تعطى OEA ، وافترض الباحثون ان OEA يشير إلى الجزء من الدماغ المسؤول عن تحويل الذكريات في الذاكرة قصيررة المدى إلى الذاكرة طويلة المدى . ويعتقدون OEA يجعل الذكريات تستقر في الذاكرة.

10 Solat yang Allah SWT tidak terima


http://images.abunawaf.com/2006/02/salat4.jpg
http://images.abunawaf.com/2006/02/salat1.jpg
http://images.abunawaf.com/2006/02/salat3.jpg
http://img68.imageshack.us/img68/2693/save03498tb.jpg
  1. Solat mereka  yang tidak mengikut Jamaah.
  2. Solat mereka tidak mengeluarkan zakat hartanya.
  3. Solat mereka yang melakukan zina.
  4. Solat mereka yang makan riba atau intrest.
  5. Solat mereka yang menyamun.
  6. Solat mereka yang makan yang haram.
  7. Solat mereka yang minum minuman haram.
  8. Solat mereka yang menjual yang haram.
  9. Solat seorang hamba yang lari daripada majikannya.
  10. Solat perempuan yang masam mukanya atau permpuan yang derhaka atau perempuan yang berkasar dengan suaminya.
Kitab Muhimmah. M/s : 29

4 Perkara memelihara hati daripada menjadi jahat


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs202.ash2/46513_136332356411200_100001033105789_204101_737601_n.jpg
Syeikh Abu Hassan As-Syazali berkata ” Yang memelihara hati daripada kejahatan adalah 4 perkara :
  1. Menambatkan hati dengan Allah SWT.
  2. Membenci apa yang Allah SWT benci.
  3. Tidak memiliki apa yang Allah SWT haramkan.
  4. Kaki tidak melangkah ke tempat yang tidak mendatangkan pahala daripada Allah SWT.

China lancar satelit untuk meneroka bulan



BEIJING - Berikutan kejayaan misi menghantar satelit ke orbit bulan pada Oktober 2007, China kini bersiap sedia untuk menghantar satelit kedua yang akan mengorbit 15 kilometer dari permukaan bulan. 

Jurutera kanan misi, Wu Weiren berkata, persiapan untuk melancarkan satelit Chang'e-2 pada akhir tahun ini sedang berjalan lancar. 

"Kami sedang membuat beberapa ujian sebagai persiapan akhir," katanya di Beijing, kelmarin. 

Mengikut kenyataan sebelum ini, satelit Chang'e-2 akan dilancarkan pada Oktober ini tetapi tiada pengesahan rasmi mengenai tarikh sebenar. 

Pada Oktober 2007, satelit satelit Chang'e-1 mengelilingi bulan dan merakamkan foto-foto resolusi tinggi yang menunjukkan dengan amat jelas keadaan permukaan bulan. 

Satelit Chang'e-2 pula akan mengorbit bulan sambil melakukan ujian sebagai persiapan misi Chang'e-3 yang dijadualkan melakukan pendaratan di permukaan bulan pada 2013. 

China merancang menghantar angkasawan pertama ke bulan menjelang 2020.

Perompak manipulasi Facebook

 
NEW HAMPSHIRE - Polis di Nashua, New Hampshire, Amerika Syarikat memberi amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan maklumat yang dipaparkan pada ruangan status di laman rangkaian sosial se-perti Facebook. 

Amaran itu dikeluarkan berikutan kejayaan melumpuhkan tiga sindiket perompak yang didapati menggunakan :modus operandi yang hampir sama. 

Sepanjang bulan lalu, hampir 50 rumah di Nashua dilaporkan dimasuki perompak semasa penghuni tiada di rumah. 

Hasil siasatan membuktikan, sekurang-kurangnya 18 kes melibatkan situasi di mana penghuni rumah menyatakan pada ruangan status di :Facebook: bahawa dia dan keluarganya tidak akan berada di rumah kerana bercuti. 

Walaupun pengendali laman rangkaian sosial berusaha mengetatkan keselamatan dan menjamin kerahsiaan maklumat yang dipaparkan, orang luar yang bukan 'rakan' di Facebook didapati masih ada cara untuk mengakses maklumat yang dipaparkan. 

Hal ini biasanya berlaku apabila pengguna membuat pilihan membenarkan sesiapa sahaja membaca status atau maklumat asas diri mereka. 

Sindiket jenayah juga dipercayai mungkin menggunakan kemudahan laman sesawang seperti Openbook untuk mengesan maklumat bagi mengenal pasti pengguna yang akan bercuti. 

Pengguna digalakkan menggunakan ReclaimPolicy dan SaveFace (www.untangle.com/saveface) untuk menjamin maklumat yang dipaparkan di Facebook hanya boleh diakses oleh 'rakan'. 

Satu lagi cara paling mudah adalah dengan tidak mengumumkan maklumat bercuti pada ruangan status.

Jepun guna satelit khas baiki liputan GPS



TOKYO - Jepun melancarkan roket membawa satelit khas yang bertujuan membaiki kemampuan Sistem Kedudukan Global (GPS) dalam masa terdekat. 

Agensi Penerokaan Angkasa Lepas Jepun (Jaxa) melancarkan roket :H-IIA: dari pusat angkasa lepas Tanegashima, bahagian selatan negara itu, malam tadi. 

Roket itu membawa satelit Michibiki di mana namanya membawa makna 'menunjukkan jalan'. 

Satelit Michibiki dijangka meningkatkan kemampuan GPS dari segi ketepatan dan kawasan liputan bagi pemandu di Jepun yang kini amat bergantung kepada sistem itu untuk mengetahui jalan bagi pergi ke sesuatu destinasi. 

Menurut kenyataan Jaxa, gelombang radio dari satelit sedia ada sering terganggu, khususnya di kawasan yang ada terlalu banyak bangunan pencakar langit atau kawasan bergunung. 

Jepun merancang melancarkan tiga satelit, di mana sebuah daripadanya akan sentiasa mengorbit di atas negara itu. 

Walau bagaimanapun, kekangan kewangan menye-babkan Jepun belum mampu memutuskan untuk melancarkan dua lagi satelit seperti yang diimpikan.

Planet asing sudah hancur




MARYLAND - Planet-planet asing yang masih dicari dan ingin diteroka saintis dan angkasawan mungkin sudah hancur dan pupus sejak lama dahulu. 

Dua pengkaji dari Pusat Penerbangan Angkasa Lepas Goddard (GSFC) mengeluarkan kenyataan itu berdasarkan kajian kedoktoran mereka berhubung topik berkenaan. 

Brian Jackson dan John Debes percaya bahawa planet-planet lain di galaksi berhampiran sudah hancur jutaan tahun lalu dan itulah sebabnya usaha penerokaan ke galaksi luar tidak membuahkan sebarang hasil selama ini. 

”Sepuluh tahun lalu, satu misi dibuat untuk mengesan sekitar sepuluh daripada 34,000 planet dan bintang dalam longgokan galaksi yang kita namakan :47 Tucanae:. 

"Tetapi pengkaji tidak menemui apa-apa kerana kami percaya kesemuanya sudah pun hancur lama dahulu," kata Jackson. 

GSFC tempat mereka berdua membuat kajian adalah makmal induk Pentadbiran Penerbangan dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) dan ditubuhkan pada 1 Mei 1959 sebagai pusat penerbangan angkasa lepas yang pertama. 

"Ada beberapa kemungkinan mengapa planet dan bintang di galaksi lain sudah hancur. Misalnya, ada terlalu banyak bintang dalam longgokan galaksi itu dan sebahagian besar planet terkeluar dari sistem solar akibat pelanggaran," Debes menghuraikan teori mereka berdua. 

Pada pandangan mereka, mungkin ada planet-planet lebih kecil yang masih ada di galaksi lain dan sesuai diteroka. 

"Kita perlukan peralatan lebih canggih untuk meneroka misteri ini," katanya.

Mexico perkenal teleskop canggih

SIERRA NEGRA - Teleskop canggih dengan diameter 50 meter bakal membantu usaha meneroka misteri alam dari puncak gunung berapi di Sierra Negra, Mexico.

Large Millimeter Telescope: yang menyerupai piring satelit ini diletakkan pada ketinggian 4,580 meter di tengah Puebla, bersebelahan gunung tertinggi di Mexico, Pico de Orizaba.

Teleskop ini mula dibina 12 tahun lalu dan mula di-uji pada 2008, serta dijadualkan mula beroperasi sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Pembinaan Large Millimeter Telescope melibatkan kos AS$115 juta (RM357 juta) dan diiktiraf sebagai teleskop terbesar di dunia yang menggunakan gelombang milimeter (0.85-3.00 milimeter) serta mampu mengesan radiasi dari angkasa lepas, kawasan paling sejuk di alam semesta dan pembentukan bintang.

Teleskop ini diyakini dapat menyelongkar serta membongkar misteri kelahiran dan kematian galaksi yang terletak 14,000 tahun cahaya dari Bumi.

Kejayaan projek ini adalah berikutan kerjasama Universiti Massachusetts (UMass) di Amerika Syarikat dan Institut Astrofizik, Optik dan Elektronik Kebangsaan (INAOE) di Mexico.

Salah seorang saintis dalam projek ini, Miguel Chavez berkata, teleskop ini juga akan digunakan untuk mengesan kemungkinan terdapat kehidupan di galaksi-galaksi lain.

"Saintis percaya bahawa kita tidak hidup sendirian di alam semesta ini," katanya.

Dilema Kampung Baru Cina



TARIKAN pekerjaan di bandar yang ideal turut menjadi faktor penggalak golongan muda meninggalkan kampung halaman mereka. - Gambar hiasan


KAMPUNG BARU yang dibuka semasa Darurat dari 1948 hingga 1960 sebagai strategi ketenteraan menentang Komunis di bawah Rancangan Briggs, hari ini sinonim dengan masyarakat Cina.
Perak adalah negeri dengan bilangan terbanyak Kampung Baru Cina iaitu 134 buah berbanding negeri lain seperti Johor (84 buah) dan Pahang (55 buah).
Antara ciri struktur dan fizikal Kampung Baru Cina adalah jalan grid yang seragam dan saiz kawasan rumah yang umumnya sebesar 60 x 80 kaki persegi (18 x 24 meter persegi). Kampung itu juga ditempatkan berdekatan dengan kemudahan awam dan berjauhan dengan laluan masuk dan keluar utama.
Dari segi demografi, terdapat sekurang-kurangnya lima negeri iaitu Selangor, Pahang, Pulau Pinang, Perlis dan Terengganu dengan lebih 90 peratus penghuni kampung baru terdiri daripada masyarakat Cina.
Kini selepas wujud lebih 60 tahun, Kampung-kampung baru ini semakin dimamah usia. Ada antara kampung baru yang diberi wajah baru hasil kemajuan bandar dan pekan yang berhampiran. Namun, terdapat juga kampung baru khasnya di luar bandar yang semakin tidak berdaya.
Kehidupan baru
Penasihat Hal Ehwal Masyarakat Cina kepada Menteri Besar Perak, Datuk Chang Ko Youn berkata, kampung baru Cina telah melalui transformasi ketara sejak negara mencapai kemerdekaan.
Kampung baru yang terletak di bandar atau dekat dengan bandar kini menjadi sebahagian daripada bandar dan pekan. Kampung tersebut mampu menjana ekonomi sendiri selain mempunyai pusat pentadbiran sendiri.
Ko Youn yang juga Timbalan Presiden Parti Gerakan memberi contoh Kampung Baru Rimba Panjang, Jalong dan Sungai Buluh di Perak yang kini menjadi sebahagian daripada pekan Sungai Siput sementara Kampung Baru Bercham kini menjadi bandar satelit kepada bandar raya Ipoh.
Jika menyusuri Kampung Baru Bercham, kelihatan pasar raya besar terkenal, deretan bangunan moden yang menjadi pusat perniagaan, jaringan jalan raya yang baik dan kemudahan perbankan yang menandakan tahap ekonomi kawasan. Kawasan itu disertai projek perumahan baru yang dilengkapi pelbagai kemudahan dan infrastruktur mengikut keperluan penduduknya.
Kemajuan sosioekonomi yang dirasai oleh penduduk Kampung Baru Cina sekarang ini adalah hasil pendekatan kerajaan negeri dan pusat untuk terus membangunkan penempatan itu seiring dengan kepesatan ekonomi negara.
Hijrah ke bandar
Pada masa yang sama, terdapat kampung baru di luar bandar yang semakin hari semakin 'lesu' disebabkan oleh penghijrahan golongan muda.
Ko Youn berkata, hal ini lebih ketara di kampung baru yang terletak di luar bandar di mana ramai golongan muda berpindah ke bandar-bandar besar seperti Ipoh, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan luar negara untuk cari kerja.
"Saya juga tahu ada sekolah di kampung baru yang mengalami penurunan bilangan murid sebanyak 10 peratus setiap tahun.
"Sekarang apabila kita masuk ke kampung baru, jarang kita lihat golongan muda. Namun, apabila tiba Tahun Baru Cina, penduduk kampung baru bertambah sekali ganda dan menjadi sesak. Kira-kira 80 peratus golongan muda telah meninggalkan kampung baru," katanya.
Bagaimanapun kata beliau, golongan muda tidak boleh dipersalahkan dalam dalam hal ini kerana mereka berpendidikan tinggi dan tiada kerjaya yang sesuai dengan mereka di kampung baru.
"Saya masih ingat ketika 1960-an, mahu cari seorang graduan di kampung baru pun hampir tiada langsung. Sekarang sudah berbeza, sudah ramai yang mengisi jawatan profesional di dalam dan luar negara.
"Ini bermakna dasar pendidikan kerajaan terutama dalam mengeluarkan generasi baru yang berkemahiran tinggi dan berilmu tinggi telah berjaya.

KESESAKAN di bandar akan beralih ke kawasan kampung apabila tiba perayaan Tahun Baru Cina. - Gambar hiasan


Apabila mereka berjaya, kampung baru tidak lagi sesuai untuk mereka dan ini tidak dapat dielakkan," ulasnya.
Namun, Ko Youn bimbang penghijrahan yang tidak dapat dielakkan itu dan ketiadaan sumber-sumber ekonomi untuk diusahakan oleh penduduk akan menyumbang kepada kepupusan kampung baru.
Ekonomi baru
Bagi menjamin kelestarian kampung baru, Ko Youn berkata kerajaan dengan kerjasama Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) perlu mengenal pasti potensi yang sedia ada bagi mengatasi masalah tersebut.
"Misalnya, Kampung Baru Bukit Merah di Menglembu mempelopori kegiatan membuat kasut sejak 1970 kerana penduduk di situ ada kepakaran dalam membuat kasut. Produk mereka turut dipasarkan ke luar negara.
"Sememangnya Kampung Baru Cina boleh mewujudkan ekonomi baru khasnya melalui industri kecil dan sederhana," katanya.
Beliau turut memberi contoh Kampung Baru Coldstream di Bidor yang terkenal dengan pertanian buah-buahan yang dieksport ke Singapura dan Hong Kong.
Ko Youn berharap, kerajaan negeri dapat bersikap lebih liberal dalam memberi kelulusan tanah kepada penduduk kampung baru bagi tujuan pertanian.
Tambah beliau, mereka yang terlibat sebenarnya bersedia memoden dan membuat pelaburan besar untuk lot tanah pertanian seperti di Changkat Kinding, Tanah Hitam dan Kuala Kuang (semua kawasan ini berada di Kanthan, Cemor).
"Ini satu cara baik untuk mengelak penghijrahan besar-besaran penduduk kampung ke bandar-bandar," ujarnya.
Jika semua golongan muda berpindah ke bandar ia akan mengakibatkan masalah sosial. Sekiranya potensi dan keupayaan ekonomi di kampung baru boleh diwujudkan, maka ekonomi luar bandar boleh berkembang dan boleh menjamin kestabilan sosial.
Beliau berharap, kerajaan Pusat mahupun kerajaan negeri yang membawa kemajuan dapat memelihara nilai kebudayaan, sejarah serta warisan penduduk setempat.
Integrasi kaum
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam Perak, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, satu kelemahan ketara pada kampung baru ialah ketiadaan integrasi kaum.
Ini kerana penduduk kampung baru adalah rata-rata daripada masyarakat Cina dengan sebilangan kecil penduduk Melayu serta India dan itu tidak mencerminkan semangat 1Malaysia.
Bagaimanapun, keadaan ini mungkin berubah pada masa depan dengan penghijrahan keluar masyarakat Cina yang membuka ruang bagi anggota masyarakat lain turut menghuni kampung baru.
"Pada masa ini, Kampung Baru Changkat Keruing turut dihuni oleh kaum India," katanya memberi contoh. - Bernama

Chupacabra hisap darah kambing



CHUPACABRA haiwan penghisap darah kambing yang menjadi legenda di Mexico.


SEJUMLAH 40 ekor bangkai kambing bergelimpangan di sebuah perkampungan penggembala di Mexico. Penduduk kampung hanya dapat memikirkan satu punca berdasarkan kesan darah yang amat sedikit ditinggalkan di tempat kejadian.
Mereka mengesyaki ia perbuatan haiwan leagenda, chupacabra, haiwan penghisap darah kambing.
Haiwan itu termasuk di bawah kategori cryptids yang dipanggil cryptozoological. Ia dikelaskan dalam satu kumpulan bersama haiwan legenda lain seperti naga Loch Ness dan Bigfoot.
Antara klu yang mengaitkan kematian besar-besaran kambing berkenaan dengan haiwan tersebut ialah berikutan terdapatnya kesan luka pada leher bangkai haiwan yang terkorban manakala darahnya kering.
Pada Julai lalu, AOL News melaporkan seekor haiwan hodoh yang didakwa sebagai chupacabra berjaya ditembak oleh seorang pegawai Kawalan Haiwan Texas, Frank Hackett.
"Haiwan itu kelihatan tidak normal. Ia sangat hodoh," kata Hackett.
Chupacabra dilaporkan pernah dikesan di tenggara Amerika Syarikat (AS) , Puerto Rico, Amerika Latin dan Mexico.
Pengkaji perubatan bagaimanapun membuat spekulasi bahawa chupacabra mungkin hibrid koyote yang perlu ditentukan melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Sebelum itu, pada Januari lalu, seekor haiwan aneh yang menepati ciri-ciri chupacabra ditemui mati oleh pekerja sebuah padang golf di Texas, Tony Potter.
"Haiwan itu berwarna coklat tanpa bulu, bertelinga tajam dan bermuncung. Ia juga memiliki taring seperti anjing," dakwa Potter.
Ia seperti anjing bagaimanapun Potter tidak dapat mengesahkannya.
"Ini bukan koyote. Ini juga bukan seekor anjing," katanya.

Raya tanpa jari



SYAMIN NASRAN yang kehilangan jari tengah kanannya akibat main mercun.


TELINGA Syamin Nasran Abdul Rahim, 10, bagai sudah tidak sanggup mendengar bunyi letupan mercun. Terasa traumanya setiap kali mendengar dentuman itu.
Peristiwa ngeri 24 Ogos lalu akan segera menerpa ingatan kanak-kanak itu. Tambah sayu hatinya bila terlihat sebatang jarinya yang sudah hilang.
Pada hari itu, Syamin Nasran menyaksikan tangannya berlumuran darah apabila mercun yang dinyalakannya meletup sebelum sempat dia membalingnya.
Lima rakan yang tadinya bermain dengannya bertempiaran lari meninggalkan murid tahun empat itu keseorangan.
Akibat letupan itu, jari tengah tangan kanan Syamin Nasran putus dan dia kini terpaksa berulang-alik ke Hospital Pasir Mas, Kelantan dua kali seminggu bagi mendapatkan rawatan.
“Setiap kali bunyi letupan mercun saya akan bersembunyi kerana masih trauma dengan kejadian yang menimpa saya sebelum ini.
Malu tangan kudung
“Selepas kejadian itu, saya insaf. Saya berazam tidak akan menyentuh dan bermain mercun lagi walaupun diajak oleh rakan-rakan,” ujarnya ketika ditemui Jurnal di rumahnya di Rantau Panjang baru-baru ini.
Apabila ke sekolah, tangannya disorok di dalam saku seluar. Mungkin dia berasa malu ekoran kejadian itu.
Ketika ramai kanak-kanak bergembira meraikan Syawal, Syamin Nasran merasakan raya seolah-olah tidak bermakna.
Kanak-kanak malang itu segan keluar rumah untuk berhari raya ekoran kecederaan yang dialami.

SIFAT fizikal mercun mengundang daya tarikan kepada kanak-kanak.


“Walaupun keluarga membeli baju raya untuk saya tetapi saya malu hendak ikut kawan-kawan beraya,” katanya.
Imbas Syamin Nasran, pada sambutan hari raya sebelum ini, dia cukup gembira dan ceria sambil menggayakan pakaian baru.
Syamin Nasran telah menyedari kesilapannya. Dia menyesal kerana tidak mendengar nasihat keluarga supaya tidak bermain mercun.
Pada masa yang sama, dia mengharapkan kemalangan yang menimpanya itu menjadi iktibar kepada rakan-rakannya yang lain.
“Sambutan hari raya sebenarnya tetap meriah walaupun tanpa bunyi mercun.
“Bermain mercun juga bukan amalan yang baik pada bulan Ramadan kerana mengganggu orang ramai yang ingin beribadat,” ujarnya yang merupakan anak ke-10 daripada 11 adik-beradik.
“Sekarang saya perlu ke hospital untuk mencuci luka. Selepas hari raya nanti, saya akan berjumpa dengan doktor pakar untuk mengetahui perkembangan kecederaan saya ini,” ujarnya.
Sementara itu, Irwan Mustaffa Abu Bakar, 9, dari Kampung Batu Enam, Manir, Terengganu kempunan untuk memakai baju raya yang dibeli keluarganya beberapa minggu lalu.

KESERONOKAN bermain mercun sering berakhir dengan kecederaan anggota badan seperti jari. - Gambar hiasan.


Puaka mercun bola
Hanya kerana sebiji mercun bola yang berukur lilit sebesar duit syiling 20 sen, impian murid tahun tiga itu untuk beraya tahun ini turut tidak kesampaian.
Pelajar Sekolah Kebangsaan Tok Jiring, Seberang Takir itu mengalami kecederaan parah di bahagian mata kanan akibat terkena letupan mercun bola dalam satu kejadian di hadapan rumahnya pada 22 Ogos lalu.
“Saya tidak boleh beraya dan tidak dapat pakai baju baru seperti kanak-kanak lain.
“Semua keseronokan itu terpaksa saya lupakan. Malah, saya sedih kerana kejadian itu menyebabkan suasana raya di rumah kami sedikit suram. Biasanya pada musim raya, suasana di rumah saya begitu meriah.
“Boleh jalan-jalan sambil menziarahi rumah kawan-kawan. Memang seronok. Tapi sekarang berbeza. Saya lebih banyak menghabiskan masa di katil hospital dan terpaksa melupakan seketika keseronokan beraya,” ujarnya.
Pensyarah Jabatan Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Khaidzir Ismail berpendapat kanak-kanak mudah tertarik dengan mercun kerana ia dianggap satu permainan.
Seludup
Sifatnya yang dibaling, berbunyi, meletup dan mengeluarkan api senang merangsang minat kanak-kanak.
“Tapi kanak-kanak tidak tahu api itu boleh membakar, mencacatkan dan mencederakan. Mereka cuma inginkan keseronokan dan didorong perasaan ingin tahu,” katanya.
Namun, apabila usia mereka semakin meningkat melewati 10 tahun dan ke atas, ‘kreativiti’ mereka bertambah lagi lalu mahu mengubahsuai mercun, membuat mercun sendiri dan sebagainya.

UBAHSUAI mercun boleh menyebabkan malapetaka termasuk meranapkan rumah.


“Walau apa pun, sifat semula jadi mercun ialah berbahaya tidak kiralah pada apa peringkat usia pun,” katanya.
Ditanya mengapa mangsa mercun yang dilaporkan banyak di negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu, Khaidzir berkata, ia sukar untuk dipastikan.
Namun, mungkin juga kerana negeri-negeri berkenaan lebih sinonim sebagai luar bandar, banyak kawasan kampung, maka jauh daripada kawalan pihak berkuasa.
Faktor bersempadan dengan negara jiran dan aktiviti penyeludupan mercun juga menyebabkan akses kepada mercun lebih mudah.
Tambahnya, faktor sosioekonomi penduduk kampung yang kurang daripada sudut kemajuan mungkin menyebabkan mereka kekurangan hiburan sekali gus menjadikan bunga api dan mercun sebagai salah satu bentuk hiburan.
“Di bandar kalau main mercun, orang sekeliling biasanya akan tegur sebab bising dan mengganggu ketenteraman. Tetapi kalau di kawasan kampung, kadang-kadang bila nampak orang lain main, ia akan jadi meriah,” katanya.
Pensyarah Jabatan Sosiologi dan Antropologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Fatimah Daud juga sependapat dengan Khaidzir.
“Kawasan bersempadan Thailand sinonim sebagai luar bandar, maka kawasan itu kurang terdedah kepada maklumat dan berita.
“Kanak-kanak di luar bandar pada bulan puasa mungkin hanya ke masjid dan sembahyang tarawih. Jadi, tak banyak perkara yang dilakukan dan mercun ialah satu-satunya hiburan mereka.
“Sedangkan kanak-kanak bandar masa mereka terisi dengan macam-macam elemen hiburan seperti permainan video,” katanya.