Pages

Thursday, July 26, 2012

Jangan Kahwin!



Pesan Rasulullah s.a.w kepada kaum Adam.."Jangan engkau kahwini wanita yang ada 6 sifat ini. Yang Ananah, yang Mananah, yang Hananah, yang Hadaqah, yang Basaqah dan yang Syadaqah”.

1. Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Wanita Mananah:
Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Wanita Hananah:
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita Hadaqah:
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Selain itu wanita ini suka ikut nafsunya.
Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu berseri menjadi sugul dan tertekan. Berdosa besar baginya.

5. Wanita Basaqah (ada 2 makna):
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa.Duitnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua dia marah ketika makan, selalunya dia tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya. Inilah wanita-wanita Basaqah (minta dijauhkan… aminnn)

6.Wanita Syadaqah:
Banyak cakap,ketawa besar,cakap yang tidak bermanfaat,tidak menjaga lisannya,suka membuat bising untuk menarik perhatian orang lain dan tidak ada perasaan malu dengan lelaki lain walaupun kawan baik (bukan muhrim).

Dicatat oleh Imam Al-Ghazali…

Nikahilah seseorang itu kerana agamanya

http://wanmerah.blogspot.com/2011/07/jangan-kahwin.html
 —

Tazkirah Ramadhan : Puasa Dan Kesihatan



BERPUASA Ramadhan bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum pada waktu siang, malah lebih daripada itu mengajar umat Islam supaya mengawal nafsu daripada perkara dilarang syariat(perkara yang membatalkan puasa dan pantang larang puasa) dan boleh memudaratkan .

Bagi tujuan itu, Islam menetapkan adab ketika berpuasa supaya ibadat mereka itu mendapat keberkatan dan mencapai tujuannya. Adab itu juga seiring dari segi perubatan dan kesihatan.

Dari segi perubatan atau kesihatan cara puasa yang tidak berkesan seperti:

· Makan terlalu banyak sewaktu sahur dan berbuka.

· Makan terlalu banyak daging, terutama bagi penghidap batu karang, gout dan alahan.

· Mengulangi makanan sepanjang malam.

· Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan.

· Tidur selepas kenyang makan.

Amalan yang seperti di atas boleh mengikis manfaat dan tujuan berpuasa. Mereka juga akan berasa letih dan mungkin mengalami pelbagai masalah kesihatan daripada amalan itu.

Puasa berjaya adalah yang diamalkan mengikut sunnah Rasulullah. Puasa berjaya akan membuahkan keadaan rohani dan jasmani yang dinamik, bersih dan diperbaharui!

Apa yang di perlukan ialah kawalan yang baik sewaktu berbuka dan bersahur.

Ketika berbuka, sebaiknya makanlah makanan yang senang hadam, mengandungi serat dan dalam kadar sedikit. Amalan Rasulullah memakan tamar adalah baik sebab ia mengandungi karbohidrat tinggi, di samping asid amino, antaranya triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan.

Untuk mengawal apa yang dimakan, perlulah bersederhana dalam menghidang juadah berbuka atau bersahur. Jika banyak yang dihidang dengan aneka jenis dan rasa, tentulah sukar untuk mengawal apa yang ada di depan mata. Ambil peluang bulan puasa ini untuk berjimat belanja, hadkan jenis dan makanan.

Begitu juga dengan air minuman. Sediakan air minum daripada bahan semula jadi. Elakkan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan dan gantikan ia dengan gula merah, madu lebah dan jus buah asli.

Sediakan air yang yang ditambah dengan kembang semangkuk dan biji selasih serta getah anggur. Ini kerana makanan ini mencuci usus dan menyenangkan buang air besar.

Elakkan juga kopi dan teh kerana minuman ini mempunyai kafein yang boleh memberi terlalu banyak rangsangan kepada saraf dan jantung ketika berpuasa. Kafein juga memberi rangsangan kepada bahagian perut yang menyebabkan asid hidroklorik berlebihan dan ini akan menyebabkan keadaan gastritis.

Protein binatang adalah makanan yang paling kompleks dan susah hadam. Ia juga makanan yang mempunyai kandungan bahan buangan yang paling banyak. Keadaan ternakan dan cara yang diamalkan sekarang menyebabkan protein binatang menjadi bahan yang paling tercemar dengan kimia dan pelbagai jenis racun, termasuk kuman, hormon, antibiotik dan logam berat serta racun serangga.

Oleh kerana antara manfaat puasa ialah bahawa badan dapat mengeluarkan bahan racun yang kian lama terselit dalam lemak, daging, hati dan buah pinggang, wajar kita meminimumkan memakan protein haiwan ketika berpuasa.

Protein haiwan boleh digantikan dengan protein sayur dalam bentuk kekacang seperti kacang dal, soya, hijau dan merah, walaupun protein dalamnya tidak lengkap. Dengan mempelbagaikan sayuran dan mencampurkan jenis yang dimakan, ia akan melengkapkan antara satu sama lain.

Puasa yang berjaya dari segi kesihatan melalui tiga fasa iaitu:-

· Fasa pertama (dua hingga tiga hari)

– Perut lapar, badan letih dan cepat marah (kadar glukos dalam darah rendah).

Pada fasa pertama inilah orang berpuasa terasa amat terduga dan paling susah hendak dilalui. Ini kerana pada masa ini, badan belum terbiasa dengan keadaan perut kosong dan rutin baru yang diamalkannya.

· Fasa asidosis. (tiga hingga 14 hari)

– Kurang selera makan, nafas berbau, lidah menjadi ‘putih’ atau ‘berdaki’, badan lesu.

Fasa ini tidak berapa terkesan sebab cara puasa yang diamalkan ialah puasa separuh masa dan makan minum separuh masa. Jika kita terlalu sedikit makan, fasa ini akan dikesan dengan nyata.

· Fasa ketiga (14 hari hingga akhir puasa ) 
– Lidah jadi bersih, nafas hilang berbau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukos kembali normal.

Pada fasa ini, mental, emosi dan badan semakin ‘optimum’ dan anda menjadi seperti orang baru.

Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses ‘asidosis dan ketosis’ dalam badan berjalan lancar.

Wali Allah mencapai peringkat spiritual yang tinggi kerana ketajaman ‘mata hati’ mereka kerana puasa yang mencapai matlamatnya.

Uwais Al Qarni - Tidak Terkenal Di Bumi, Tapi, Terkenal Di Langit




YAMAN - Tempat Kelahiran Uwais Al- Qarni

Ada seorang pemuda dari Yaman bermata biru, berambut keperangan, bahunya lebar dan berpenampilan cukup tampan, hidup pada zaman Rasulullah S.A.W. Beliau yang berkulit kemerah - merahan selalu menundukkan dagunya memerhatikan tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, seorang yang mahir membaca al-Quran dan selalu menangis. Pakaiannya hanya dua helai yang sudah kusut. Satu untuk menutup badan dan yang satu lagi sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, dan tidak dikenali oleh penduduk bumi akan tetapi sangat terkenal di langit.
Tetapi seandainya dia berdoa, pasti terkabul. Pada hari kiamat nanti ketika semua ahli ibadah dipanggil dan disuruh masuk ke syurga, dia dipanggil agar berhenti dahulu dan disuruh memberi syafa’at, ternyata Allah memberi izin kepada untuk memberi syafa’at sejumlah kabilah Rabi’ah dan kabilah Mudhar.Semua akan dimasukkan ke syurga tanpa seorangpun yang ketinggalan kerananya. Dia adalah “Uwais al-Qarni”. Ia tak dikenal kebanyakan orang, ia juga miskin, banyak orang suka menertawakan, mengolok-olok, dan menuduhnya sebagai pengemis, pencuri serta berbagai macam umpatan dan penghinaan lainnya.
Seorang fuqaha’ negeri Kuffah, kerana ingin duduk bersamanya, cuba memberinya hadiah dua helai pakaian, tetapi tidak berbaloi kerana hadiah pakaian tadi diterimanya tetapi dikembalikan olehnya seraya berkata: “Aku khuatir, nanti ada orang menuduhku, dari mana aku dapatkan pakaian itu, kalau bukan dari mengemis pasti dari hasil curian”.

Pemuda dari Yaman ini telah lama menjadi yatim, tidak mempunyai keluarga, kecuali hanya ibunya yang telah terlalu tua dan lumpuh. Penglihatannya pula sudah kabur. Untuk mencukupi kehidupan sehariannya, Uwais bekerja sebagai penggembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup untuk sekadar menampung kehidupan sehari bersama si ibu. Bila ada kelebihan, ia pergunakan untuk membantu jiran tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti keadaannya.Kesibukannya sebagai penggembala kambing dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya, ia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.
Uwais al-Qarni telah memeluk Islam pada masa negeri Yaman mendengar seruan Nabi Muhammad SAW. yang telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tiada sekutu bagi-Nya. Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur dan mulia. Peraturan - peraturan yang terdapat di dalamnya sangat menarik hati Uwais, sehingga setelah seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran. Ramai di antara jiran tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengar ajaran Nabi Muhammad SAW secara langsung. Sekembalinya mereka ke Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.

KEINGINAN UWAIS UNTUK BERTEMU RASULULLAH
Alangkah sedihnya hati Uwais setiap kali melihat jiran tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah “bertamu dan bertemu” dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang ia sendiri belum berkesempatan.Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengannya. Tetapi apakan daya ia tak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah, dan yang lebih ia beratkan adalah ibunya yang jika ia pergi, tiada orang yang akan menjaganya.
Di khabarkan, ketika terjadi perang Uhud Rasulullah S.A.W mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini akhirnya terdengar oleh Uwais. Ia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah SAW, sekalipun ia belum pernah melihatnya. Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tak terbendung membuat hasrat untuk bertemu dengan Rasulullah tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah baginda dari dekat ? Tetapi, bukankah ia mempunyai ibu yang sangat memerlukan penjagaannya dan tidak boleh ditinggal bersendirian. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa.
UWAIS MEMOHON IZIN DARI IBU
Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya, mengeluarkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan pergi menziarahi Nabi SAW di Madinah. Si-ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau memahami perasaan Uwais, lalu berkata : “Pergilah wahai anakku ! temuilah Nabi di rumahnya. Dan bila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang”. Dengan rasa gembira ia berkemas untuk berangkat dan tidak lupa menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada jiran tetangganya agar dapat menemani ibunya selama ia pergi.

Bergerak dari Yaman ke Madinah
Sesudah berpeluk cium dengan ibunya, berangkatlah Uwais menuju Madinah yang jaraknya lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman. Laluan perjalanan yang begitu mencabar ditempuhinya, tidak peduli kepada perompak dan penyamun, bukit yang curam, padang pasir yang begitu panas, seluas dan sejauh mata memandang dan dapat menyesatkan, dan apabila malam ia menjadi begitu sejuk. Semua itu tiada menjadi hal baginya asalkan dapat bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras rupa baginda Nabi SAW yang selama ini dirindukannya.

KETIBAAN UWAIS DI MADINAH
Akhirnya tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Beliau segera ia menuju ke rumah Nabi SAW, diketuknya pintu rumah, sambil mengucapkan salam. Keluarlah Sayyidatina Aisyah RA sambil menjawab salam Uwais. Uwais bersegera menanyakan Nabi yang ingin ditemuinya. Namun ternyata baginda SAW tidak berada di rumah kerana berada di medan perang. Betapa kecewa hati Uwais. Dari jauh ia datang untuk bertemu Rasulullah tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kepulangan Nabi S.A.W dari medan perang. Tetapi, bilakah baginda akan pulang ? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit, agar ia cepat pulang ke Yaman,” Engkau harus lekas pulang”. Kerana ketaatan kepada ibunya, pesanan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan bertemu dengan Nabi SAW. Ia akhirnya, dengan terpaksa memohon keizinan kepada Sayyidatina Aisyah RA untuk segera pulang ke negerinya. Dia hanya mengirimkan salamnya untuk Nabi SAW dan melangkah pulang dengan perasaan terharu.
Sekembalinya dari medan perang, Nabi SAW terus menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit (sangat terkenal di langit). Mendengar kata-kata Rasulullah SAW tersebut, Sayyidatina Aisyah RA. dan para sahabatnya tercengang. Menurut maklumat Sayyidatina Aisyah RA, memang benar ada orang yang mencari Nabi SAW dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakit sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.
Rasulullah SAW bersabda : “Kalau kalian ingin berjumpa dengannya (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah - tengah tapak tangannya.” Sesudah itu baginda memandang kepada Sayyidina Ali dan Sayyidina Umar RA. dan bersabda : “Suatu hari nanti, apabila kamu bertemu dengannya, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi”.

UWAIS SELEPAS KEWAFATAN RASULULLAH SAW
Hari demi hari, minggu berganti bulan dan tahun terus berlalu. Tidak lama kemudian Nabi SAW wafat, sehingga ke zaman khalifah Sayyidina Abu Bakar As-Shiddiq RA. dan zaman Khalifah Umar RA. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi S.A.W. tentang Uwais al-Qarni, penghuni langit. Beliau segera mengingatkan Sayyidina Ali untuk mencarinya bersama. Sejak itu, setiap kali jika ada kafilah yang datang dari Yaman, beliau berdua selalu menanyakan tentang Uwais al-Qorni, apakah ia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sehingga seorang khalifah begitu sibuk mencari-cari orang yang bernama Uwais ini. Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka.

Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, lantas khalifah Umar Sayyidina Ali mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka. Rombongan itu mengatakan bahawa memang ada seorang yang bernama Uwais bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, mereka berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni. Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar dan Sayyidina Ali memberi salam. Namun rupa-rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman. Sewaktu berjabat, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada ditapak tangannya sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi SAW. Memang benar ! Dia penghuni langit. Lalu mereka bertanya kepadanya, "Siapakah nama saudara ? “Abdullah”, jawab Uwais. Mendengar jawaban itu, kedua sahabat itu pun tertawa dan mengatakan : “Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya ?” Uwais kemudian berkata: “Nama saya Uwais al-Qarni”. Dalam perbualan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang ketika itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali . memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah, “Sayalah yang harus meminta doa dari kalian”. Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata: “Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar dari anda”. Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar.
Setelah itu Khalifah Umar berjanji untuk menyumbang wang negara dari Baitul Mal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera saja Uwais menolak dengan lembut sambil berkata : “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari - hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi”.

KISAH UWAIS DI DALAM KAPAL DAGANG
Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam tak terdengar lagi beritanya. Tetapi ada seorang lelaki pernah bertemu dan ditolong oleh Uwais. "Waktu itu kami sedang berada di atas kapal menuju tanah Arab bersama para pedagang, tanpa disangka-sangka angin taufan bertiup dengan kencang. Akibatnya hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di sudut kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya. Lelaki itu keluar dari kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu." Ujar lelaki tersebut
“Wahai waliyullah,” Tolonglah kami !” tetapi lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,” Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!”Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata: “Apa yang terjadi ?” “Tidakkah engkau melihat bahawa kapal ini dibadai angin dan dihentam ombak ?”tanya kami. “Dekatkanlah diri kalian pada Allah !“katanya. “Kami telah melakukannya.” “Keluarlah kalian dari kapal dengan membaca bismillahirrahmaanirrahiim!”
Kami pun keluar dari kapal satu persatu dan berkumpul di situ. Pada ketika itu jumlah kami lima ratus orang lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan kapal dan segala muatannya tenggelam ke dasar laut. Lalu orang itu berkata pada kami ,”Tak mengapa harta kalian menjadi korban asalkan kalian semua selamat”. “Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan ? “Tanya kami. “Uwais al-Qarni”. Jawabnya dengan singkat.

KAPAL YANG TENGGELAM MUNCUL KEMBALI
Kemudian kami berkata lagi kepadanya, “Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir.” “Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membagi-bagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?” tanyanya.”Ya,”jawab kami. Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdo’a. Setelah Uwais al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi bahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada seorangpun yang tertinggal.

UWAIS KEMBALI BERTEMU ALLAH
Beberapa waktu kemudian, tersebarlah berita bahawa Uwais al-Qarni telah kembali ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah ramai orang yang berebutan untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafaninya. Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa ramainya orang yang berebut rebut untuk mengusungnya. Dan Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,
“Ketika aku ikut serta mengurus jenazahnya sehingga aku pulang dari mengantar jenazahnya, lalu aku bermaksud untuk kembali ke tempat perkuburannya tetapi ternyata tanda pada kuburannya sudah hilang sehingga tak terlihat ada bekas kuburannya. (Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qorni pada masa pemerintahan Sayyidina Umar r.a.)

Meninggalnya Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal - hal yang amat menghairankan. Begitu ramai orang yang tidak dikenali datang untuk mengurus jenazah dan pengkebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang. Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya - tanya : “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni ? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala kambing dan unta ? Tapi, ketika hari kematianmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah yang sedemikian ramainya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pengkebumiannya. Baru ketika itulah penduduk Yaman mengetahui siapa “Uwais al-Qarni” Memang ia tak dikenali di bumi tetapi seluruh isi langit mengenalinya.

Kebenaran Tentang Kepimpinan Imam Mahdi



Dalam ajaran Islam, Imam Mahdi ialah seorang Muslim berusia muda yang akan dipilih oleh Allah S.W.T. untuk menghancurkan semua kezaliman dan menegakkan keadilan di muka bumi sebelum datangnya hari kiamat.

Hal ini diterangkan sangat jelas dalam sebuah hadis nabi yang di riwayatkan oleh Thabrani.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w,
“Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapaknya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezhaliman dan kesemena-menaan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun.” (HR. Thabrani)

Hadis lain yang menerangkan tentang kedatangan Imam Mahdi adalah sbb:

Telah bersabda Rasulullah s.a.w,
“Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.” (HR. Muslim dan Ahmad)

Kefahaman terhadap Imam Mahdi dalam Islam berbeza mengikut aliran Ahli Sunah Waljamaah dan Syiah.

Nama Imam Mahdi

Imam Mahdi sebenarnya adalah sebuah "nama gelaran" sebagaimana halnya dengan gelar khalifah, amirul mukminin dan sebagainya.

Imam Mahdi dapat diertikan secara bebas bermakna "Pemimpin yang telah diberi petunjuk" Dalam bahasa Arab kata Imam = pemimpin, ataupun Mahdi = orang yang mendapat petunjuk

Nama Imam Mahdi sebenarnya seperti yang disebutkan dalam hadis di atas, ia bernama Muhammad (seperti nama Nabi Muhammad S.A.W, nama bapanya pun sama seperti nama bapa RASULULLAH S.A.W, iaitu Abdullah. Nama Imam Mahdi sama dengan RASULULLAH S.A.W. iaitu Muhammad bin Abdullah.
Ciri-ciri Imam Mahdi

Tidak ada seorang pun di muka bumi ini yang mengetahui tentang Imam Mahdi dan ciri-cirinya, kecuali Rasulullah s.a.w. kerana Rasulullah dibimbing oleh wahyu. Oleh sebab itu bagi kita sebaik-baiknya tempat untuk merujuk tentang perkara ini adalah apa yang baginda Rasulullah katakan dalam hadis-hadisnya sbb:

Telah bersabda Rasulullah s.a.w,
“Al-Mahdi berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dan ia (umur kekhalifahan) berumur tujuh tahun.” (HR. Abu Dawud dan al-Hakim)

Telah bersabda Rasulullah s.a.w,
“Al-Mahdi berasal dari umatku, dari keturunan anak cucuku.” (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan al-Hakim)

Jika diteliti secara tersirat pada maksud Imam Mahdi itu sendiri, ia tersimpan seribu satu rahsia yang disembunyikan oleh Allah dan Rasul-Nya kerana seperti mana kitab Al-quran yang tersimpan seribu satu macam rahsia dan ilmu. Maka, begitu juga pada Imam Mahdi sendiri. Ini adalah kerana Allah hendak memelihara agama-Nya dan hamba-Nya yang taat.

Sesungguhnya Allah memelihara Agama-Nya dan Hamba-hambaNya yang taat kepadanya. Imam Mahdi adalah golongan atau kelompok manusia yang mendapat petunjuk dari Allah melalui Kitab-Nya(Al-quran) dan mereka menyebarkan kebaikan atas muka bumi ini mengikut tiap kehendak ayat-ayat dari Al-quran. Mereka juga mengajak dan memimpin manusia ke arah melaksanakan Titah Perintah Allah seperti yang dilaksanakan oleh Rasullullah. Seperti mana yang terkandung di dalam Surah Ibrahim ayat 1:

Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka,(yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji

Golongan ini akan meneruskan usaha yang diwariskan oleh Rasulullah dan sehingga manusia telah ramai yang mengikut mereka. Pada suatu masa akan berlaku suatu perubahan di mana sistem pemerintahan Islam yang pernah tegak kukuh berdiri kukuh akan didirikan semula iaitu Khilafah.

Pemerintahan yang telah dijatuhkan oleh kelompok yahudi yang akhirnya mereka berjaya memecahbelahkan umat Islam semula dan kembali kepada keadaan di masa sebelum Nabi Muhammad di angkat menjadi Rasulullah. Pada masa itu kaum arab berpuak-puak dan mereka sangat bangga dengan puak mereka sendiri. Mereka tidak pernah boleh bersatu untuk menyelesaikan apajua masalah.

Keadaan sekarang juga tidak kurangnya seperti itu, manusia dipuak-puakkan(berbangsa-bangsa/bernegara-negara) kembali dan mereka sangat bangga, angkuh dan ekstrim dengan puak(bangsa/negara) mereka sendiri. Maka, dengan terhasilnya kembali keadaan berpuak ini. Amat mudah musuh-musuh Allah memusnahkan pengikut-pengikut ajarannya.

Malah Manusia juga telah jauh dari memahami isi kandungan Al-quran. Maka apabila golongan manusia yang mendapat petunjuk dari Allah ini berusaha mengajak seluruh manusia bersama-sama melaksanakan tiap ayat dalam Al-quran dan kelompok mereka makin ramai. Sudah tentu mereka perlu melantik pemimpin utama.

Dengan itu, seorang pemimpin dilantik yang kebetulan namanya adalah seperti nama Rasulullah dan nama ayahnya sama seperti nama ayah Rasulullah. Maka ketika itulah sistem pemerintahan Islam(Khilafah) akan tegak semula. Maka, semua manusia yang mengikutnya menyedari siapa sebenarnya Imam Mahdi.
Kemunculan Imam Mahdi

Kemunculan Imam Mahdi bukan kerana kemahuan Imam Mahdi itu sendiri melainkan kerana takdir Allah yang pasti berlaku. Bahkan Imam Mahdi sendiri tidak menyedari bahawa dirinya adalah Imam Mahdi melainkan setelah Allah s.w.t. meng islahkannya dalam suatu malam, seperti yang dikatakan dalam sebuah hadis berikut :

Telah bersabda Rasulullah s.a.w,
"Al-Mahdi berasal dari umatku, yang akan diislahkan oleh Allah dalam satu malam." (HR. Ahmad dan Ibnu Majah).

Kemunculan Imam Mahdi akan di dahului oleh beberapa tanda-tanda sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadis berikut :

Aisyah Ummul Mukminin RA telah berkata,
"Pada suatu hari tubuh Rasulullah s.a.w. bergetar dalam tidurnya. Lalu kami bertanya, 'Mengapa engkau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan wahai Rasulullah?' Rasulullah s.a.w. menjawab, 'Akan terjadi suatu keanehan, iaitu bahwa sekelompok orang dari umatku akan berangkat menuju baitullah (Kaabah) untuk memburu seorang laki-laki Quraisy yang pergi mengungsi ke Kaabah. Sehingga apabila orang-orang tersebut telah sampai ke padang pasir, maka mereka ditelan bumi.' Kemudian kami bertanya, 'Bukankah di jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang?' Beliau menjawab, 'Benar, di antara mereka yang ditelan bumi tersebut ada yang sengaja pergi untuk berperang, dan ada pula yang dipaksa untuk berperang, serta ada pula orang yang sedang berada dalam suatu perjalanan, akan tetapi mereka binasa dalam satu waktu dan tempat yang sama. Sedangkan mereka berasal dari arah (niat) yang berbeda-beda. Kemudian Allah s.w.t. akan membangkitkan mereka pada hari berbangkit, menurut niat mereka masing-masing.'" (HR. Bukhary, Muslim)

Tidak akan muncul seorang pemimpin (yang dikatakan Imam Mahdi) dikalangan umat Nabi Muhammad di akhir zaman sebelum kebanyakan orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya bersatu di bawah satu kitab(Al-Quran) memenuhi bumi ini dengan kebaikan dan mereka juga mengajak dan memimpin manusia yang hendak beriman mengikut mereka melaksanakan semua perintah di dalam Al-Quran.

Mereka, tidak berbuat sesuatu kerana manusia atau kerana kepentingan diri sendiri. Ini kerana mereka telah melihat banyak sekali kerosakan yang berlaku atas muka bumi hasil dari tangan-tangan manusia sendiri. Terlalu banyak pecah belah yang berlaku di kalangan manusia seperti mana yang tertulis di dalam surah Ar-Ruum ayat 32:

yaitu orang-orang yang memecah belas agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada gologan mereka

Sebagaimana yang berlaku di dalam setiap negara yang ada di muka bumi ini. Selain umat Islam berjaya dipecahbelahkan menjadi berbangsa-bangsa (wujud negara-negara) mereka juga berjaya dipecahbelahkan dengan wujudnya berbeza-beza kepimpinan di dalam sesebuah negara (wujud parti-parti politik). Dengan adanya keadaan begini semakin sukar umat Islam untuk bersatu kerana perbezaan kepentingan di dalam kelompok masing-masing.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w,
"Seorang laki-laki akan datang ke Baitullah (Kaabah), maka diutuslah suatu utusan (oleh penguasa) untuk mengejarnya. Dan ketika mereka telah sampai di suatu gurun pasir, maka mereka terbenam ditelan bumi." (HR. Muslim)

Golongan pemimpin yang mendapat petunjuk dari Allah (Imam Mahdi) sedang berusaha menyatukan kembali perpecahan ini. Akan tetapi mereka juga tidak lari dari mendapat ujian dalam menyatukan semua manusia untuk kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w,
"Suatu kaum yang mempunyai jumlah dan kekuatan yang tidak berarti akan kembali ke Baitullah. Lalu diutuslah (oleh penguasa) sekelompok tentara untuk mengejar mereka, sehingga apabila mereka telah sampai pada suatu padang pasir, maka mereka ditelan bumi." (HR. Muslim)

Umat Islam akhir zaman ini amat jauh dari memahami kitabnya sendiri. Kebanyakan mereka hanya menggunakan Al-Quran sekadar baca-bacaan dan tidak kurang yang menggunakan sebagai azimat. Sedang fungsi sebenar kitab itu tidak dilaksanakan sebenar-benarnya.

Telah bersabda Rasullah s.a.w,
"Sungguh, Baitullah ini akan diserang oleh suatu pasukan, sehingga apabila pasukan tersebut telah sampai pada sebuah padang pasir, maka bagian tengah pasukan itu ditelan bumi. Maka berteriaklah pasukan bagian depan kepada pasukan bagian belakang, dimana kemudian semua mereka ditenggelamkan bumi dan tidak ada yang tersisa, kecuali seseorang yang selamat, yang akan mengabarkan tentang kejadian yang menimpa mereka." (HR. Muslim, Ahmad, Nasai, dan Ibnu Majah)

Telah bersabda Rasulullah s.a.w,
"Akan dibaiat seorang laki-laki antara maqam Ibrahim dengan sudut Kaabah." (HR. Ahmad, Abu Dawud)

Difahami bahawa perlantikan Imam Mahdi(Khalifah terakhir umat Islam) akan berlaku dihadapan Baitullah. Ini kerana hadis di atas jelas menerangkan peristiwa yang akan berlaku.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w,
"Suatu pasukan dari umatku akan datang dari arah negeri Syam ke Baitullah (Kaabah) untuk mengejar seorang laki-laki yang akan dijaga Allah dari mereka." (HR. Ahmad)

Kepemimpinan Imam Mahdi

Dalam hadis yang disebutkan di atas Imam Mahdi akan memimpin selama 7 atau 8 atau 9 tahun. Semasa kepemimpinannya Imam Mahdi akan membawa kaum muslimin untuk memerangi kezaliman, hingga satu demi satu kezaliman akan tumbang takluk dibawah kekuasaanya.

Kemenangan demi kemenangan yang diraih Imam Mahdi dan pasukannya akan membuat murka raja kezaliman (Dajal) sehingga membuat Dajal keluar dari persembunyiannya dan berusaha membunuh Imam Mahdi serta pengikutnya.

Kekuasaan dan kehebatan Dajal bukanlah lawan tanding Imam Mahdi oleh karena itu sesuai dengan takdir Allah, maka Allah swt akan menurunkan Nabi Isa dari langit yang bertugas membunuh Dajal.

Imam Mahdi dan Nabi Isa akan bersama-sama memerangi Dajal dan pengikutnya, hingga Dajal mati ditombak oleh Nabi Isa di pintu Lod dalam kompleks al-Aqsa.

Seperti Nabi Isa, Imam Mahdi tidak pernah berkahwin.

Petikan hadis-hadis mengenai puasa daripada Sahih Bukhari dan Sahih Muslim




Kelebihan Ramadan
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu."

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu." 

Kelebihan berpuasa
Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya."

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun."


Akhlak sewaktu berpuasa
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa."

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni Allah tidak menerima puasanya)."


Kelebihan bersahur
Diriwayatkan daripada Anas RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya." 

Kelebihan menyegerakan berbuka
Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad RA katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: "Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa."


Kelebihan Solat Tarawih dalam bulan Ramadan
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah SAW mengenai Ramadan: "Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."

Kelebihan Lailatulqadar dan galakan untuk mencarinya
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakir di bulan Ramadan." 

Ganjaran untuk amalan yang dilakukan pada malam Lailatulqadar
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang mendirikan solat pada malam Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."


Beriktikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadan
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW biasanya beriktikaf pada sepuluh hari yang terakhir dalam bulan Ramadan.


Menambahkan amal ibadah pada sepuluh hari terakhir Ramadan
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW bermujahadah pada sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadan tidak seperti bulan-bulan lain.


Makan dan minum kerana terlupa tidak membatalkan puasa
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang terlupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, hendaklah dia terus menyempurnakan puasanya kerana dia telah diberi makan dan minum oleh Allah."


Tidak Batal Puasa Orang Yang Bangkit Dari Tidur Di Waktu Pagi Dalam Keadaan Berjunub
Diriwayatkan daripada Aisyah dan Ummu Salamah RA, kedua-duanya berkata: Nabi SAW bangkit dari tidur dalam keadaan berjunub bukan dari mimpi kemudian meneruskan puasa.


Janganlah berpuasa sehari dua sebelum Ramadan
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: "Janganlah kamu berpuasa sehari atau dua hari sebelum tiba bulan Ramadan melainkan orang yang biasa berpuasa dengan puasa yang tertentu maka bolehlah dia berpuasa."

Penerangan Hadis
Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah
Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Hukum Bersugi (Berus Gigi) Ketika Puasa



Hukum bersugi atau berus gigi ketika puasa adalah harus dan ini berdasarkan kepada hadis dari Abu Hurairah ra yang bermaksud :

“Seandainya aku tidak memberatkan umatku, nescaya aku perintahkan mereka bersiwak pada setiap kali wudhuk” (Riwayat Imam Malik, Ahmad, Nasai)

Rumusan yang dapat diambil dari hadis di atas ini ialah tiada penegahan bersugi atau bersiwak di waktu puasa Bulan Ramadhan. Maka tidak haram bagi sesiapa yang ingin membersihkan gigi mereka pada waktu berpuasa. Makruh bagi sesiapa yang bersugi untuk menghilangkan bau mulut mereka yang berpuasa, ini berdasarkan kepada hadis yang bermaksud :

“Sesungguhnya bauan mulut orang yang berpuasa itu pada hari kiamat adalah lebih baik di sisi Allah daripada bauan haruman kasturi".

Orang yang bersugi ketika waktu zohor (tengahari) ke atas, boleh membuatkan puasa mereka menjadi makruh kerana dapat menghilangkan bau mulut dari hasil puasa mereka. Begitu juga orang yang berlebihan dalam bersugi. Pendapat ini adalah dari ulamak Syafie.


Ada setengah orang bersugi hingga muntah-muntah, hal seperti ini boleh membatalkan puasa kerana mereka sengaja menyebabkan muntah. Hendaklah berhati-hati dalam bersugi jangan disebabkan untuk membersihkan gigi atau amalan sunat dapat membatalkan amalan yang telah diwajibkan oleh Allah seperti puasa Bulan Ramadhan.

Sheikh Muhammad Ibn Saleh al-Uthaimin mengatakan bahawa menggunakan ubat gigi ketika berpuasa di Ramadhan dan selainnya tidaklah mengapa baginya selagi tidak ia masuk dalam perut. Tetapi lebih baik ditinggalkan dari melakukannya kerana atasnya itu mengandung pengaruh yang kuat untuk menembusi perut sedangkan insan itu tidak menyedarinya. Kerana itu, Rasulullah saw bersabda kepada Qait bin Sabrah :
"Berlebihanlah dalam berkumur melainkan engkau berpuasa."
Maka, lebih aula tidak menggunakan ubat gigi ketika mengerjakan puasa dan ada banyak masa. Jadi apabila diakhirkannya hingga sampai waktu berbuka puasa, maka dia memelihara puasanya dari apa sesuatu yan merosakkannya.

Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengatakan bahawa adapun mengenai ubat gigi, maka perlulah dia menjaga dari berlebihan supaya tidak dia masuk sesuatupun darinya ke dalam perut dan inilah pendapat yg dikeluarkan oleh kebanyakan ulamak. Maka aula dijauhkan muslim dari melakukannya dan dia mengakhirkan kepada selepas berbuka puasa. Akan tetapi, apabila melakukannya hendaklah dia berhati-hati padanya. Tetapi jika dia berhati-hati dan termasuk juga sesuatu ke dalam perutnya, maka ia dimaafkan. Allah swt berfirman :
"Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu khilaf padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Dan Nabi saw bersabda : "Diangkat dari umatku kesilapan, kelupaan dan apa sahaja yang dipaksakan atasnya."

Kesimpulan yang dapat diambil dari dua pendapat ini ialah lebih baik jangan kita gunakan ubat gigi sebab ditakuti boleh membatalkan puasa dengan cara kita tertelan sedikit ubat gigi atau air yang digunakan untuk berkumur. Selain dari itu juga, ubat gigi juga boleh menghilangkan bau-bauan mulut orang yang berpuasa. Lebih eloklah menggunakan ubat gigi apabila waktu sesudah berbuka puasa.

Menurut pendapat Imam An-Nawawi mengatakan bahawa dibolehkan seseorang itu berkumur tidak melebihi tiga kali dan selebihnya boleh membatalkan puasanya jika ia tertelan. Persoalannya boleh kita menahan dari tidak tertelan air tersebut, sebab air itu sudah bercampur dengan air liur. Maka lebih baik kita elakkan dari membuatkan puasa kita terbatal disebabkan kelakuan kita sendiri.

Sumber : ustaznoramin.com
 

MANAFAATKAN RAMADAN KALI INI



sumber : ISMA Australia

Ramadhan datang menemui kita buat sekian kalinya. Ia adalah bulan keberkatan dan rahmat. Ia adalah bulan keampunan dan penerimaan amal. Ia adalah bulan manusia melepaskan diri dari azab neraka. Berpuasa di siangnya adalah fardhu. Menghidupkan malamnya adalah kecintaan Allah. Ia adalah penyempurna kepada rukun-rukun Islam. Tanpanya tidak akan sempurna agama seseorang.

Daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Islam dibina di atas lima asas; persaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.” (Riwayat Bukhari).

Lima rukun Islam inilah asas kebaikan seseorang manusia di dunia dan penyelamat mereka di akhirat nanti.

Amru bin Murrah al-Jahni r.a. bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, apa pandanganmu jika aku mendirikan solat lima waktu, menunaikan zakat, berpuasa dan menghidupkan bulan Ramadhan. Siapakah aku?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Dari kalangan siddiqin dan syuhada’.” (Riwayat Ibn al-Bazar dan Ibnu Hibban).

Penduduk Langit Menyambut Ramadhan

Kehadiran bulan ini disambut oleh penduduk langit.

Langit akan dibuka sepanjang bulan Ramadhan. “Apabila tiba malam pertama Ramadhan, akan dibuka semua pintu langit. Ia tidak akan ditutup walau pun satu pintu sehinggalah ke malam terakhir Ramadhan.” (Riwayat Baihaqi)

Pintu syurga akan dibuka.

Pintu neraka akan ditutup.

Semua syaitan akan dirantai.

“Apabila tiba Ramadhan, akan dibuka pintu-pintu syurga, akan ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan akan dirantai.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Syurga akan berhias dan bersedia untuk menyambut muslim yang berpuasa dengan penuh keimanan.

“Umatku diberikan lima perkara di bulan Ramadhan dan tidak pernah pemberian itu diberikan kepada umat sebelumku ……. Sesungguhnya Allah mengarahkan syurgaNya dan berkata: “Bersedialah dan berhiaslah untuk hamba-hambaKu. Mereka sudah hampir meninggalkan keletihan dunia menuju kerehatan di rumahKu dan menuju kemuliaanKu.” (Riwayat Baihaqi)

Penyeru dari langit akan menyeru penduduk dunia pada setiap malam.

“Seorang penyeru langit akan berseru pada setiap malam sehingga ke waktu fajar: “Wahai pencari kebaikan! Bergembiralah. Wahai pencari kejahatan! Menjauhlah. Adakah sesiapa yang meminta ampun!? Allah akan mengampunkannya. Adakah sesiapa yang bertaubat!? Allah akan menerima taubatnya. Adalah sesiapa yang ingin memohon!? Allah akan mengabulkan permohonannya. Adakah sesiapa yang meminta!? Allah akan memperkenankan permintaannya.” (Riwayat Baihaqi)

Bagaimana Sambutan Penduduk Bumi?

Malangnya sambutan penduduk bumi tidak sama di antara seorang dengan yang lain.

Ada yang menyambutnya dengan debaran seumpama menanti kekasih yang dirindui dan amat sedih ketika berpisah meninggalkannya. Mereka mengisi Ramadhan dan mengambil peluang bertaqarrub kepada Allah di bulan ini.

“Sesiapa yang menghampiri Allah di bulan ini dengan satu amalan sunat ia seumpama mereka melakukan satu amalan fardhu di bulan yang lain. Sesiapa yang mengerjakan satu amalan fardhu, ia seolah-olah mengerjakan 70 amalan fardhu di bulan yang lain. Di bulan ini, orang yang mengimaninya akan ditambah rezeki.” (Riwayat Ibnu Khuzaimah)

Tetapi tidak kurang yang akan kerugian selepas Ramadhan berlalu meninggalkannya.

“Ramai yang berpuasa tidak mendapat habuan dari puasanya kecuali lapar. Ramai yang solat malam tidak mendapat habuan dari solat malamnya itu kecuali keletihan berjaga.” (Riwayat al-Hakim)

Adakah Ramadhan Kita Tahun Ini Akan Berhasil?

Apakah buah hasil ibadah di bulan Ramadhan?

Allah menjawab: “Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 183)

Ramadhan melahirkan kesedaran bahawa manusia dimuraqabah (diperhatikan) oleh Allah. Tiada yang memerhatikannya selain Allah.

“Ramadhan datang kepada kamu. Ia adalah bulan keberkatan. Allah akan mendatangi kamu pada bulan ini, menurunkan rahmatNya, menghapuskan dosa dan memperkenankan doa. Allah melihat perlumbaan kamu di bulan ini dan berbangga dengan perlumbaan kamu itu di hadapan malaikatnya. Tunjukkanlah kebaikan dari dirimu di hadapan Allah. Sesungguhnya orang yang celaka adalah orang yang diharamkan dari mendapat rahmat Allah.” (Riwayat Tobroni)

Seseorang menahan diri dari lapar dan dahaga … kerana Allah. Tidak minum dan makan walau pun secara rahsia … kerana Allah. Menjaga pandangan dari melihat sesuatu yang haram … kerana Allah. Berusaha untuk solat dan membaca al-Quran … kerana Allah. Tiada tolakan selain dari tolakan mencari kurniaan yang ghaib. Semua orang akan menjaga diri masing-masing tanpa tolakan luar. Kesedaran ini hidup di bulan Ramadhan. Kesedaran ini adalah sumber asasi pembinaan sifat taqwa.

Tetapi akan ada pelbagai ujian bagi seseorang yang berpuasa untuk mencapai sifat taqwa.

Berhati-hatilah dari melakukan perkara laqho, perbuatan lucah dan bertengkar.

“Apabila kamu berada di hari Ramadhan, janganlah lakukan perbuatan lucah dan jangan meninggikan suara. Apabila seseorang mencela atau menyerang kamu, katakan kepadanya: Aku sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jauhkan diri dari membatalkan puasa tanpa sebab yang syar’ie.

“Sesiapa yang berbuka di bulan Ramadhan tanpa rukhsah (keringanan syarak), Allah akan merendahkannya dan tidak menerima puasa gantinya walaupun dia berpuasa ganti sepanjang hayatnya.” (Riwayat Abu Daud)

Apabila kita berjaya mencapai sifat taqwa di bulan Ramadhan, kejayaan yang hakiki pula selepas itu adalah apabila kita berjaya mengekalkan sifat tersebut di bulan-bulan seterusnya.

Omar bin Abdul Aziz berkata: “Taqwa kepada Allah tidak diukur dengan puasa di siang hari, qiam di malamnya atau gabungan kedua-duanya. Tetapi taqwa kepada Allah adalah dengan menunaikan segala kefardhuan dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah. Sesiapa yang dikurniakan taqwa selepas itu, maka dia berada di kebaikan dan menuju ke kebaikan.”

Berusahalah agar kita keluar dari madrasah Ramadhan dengan membawa hasilnya.

“Sesungguhnya Jibril menyatakan kepadaku: “Jauhlah sesiapa yang hidup di bulan Ramadhan tetapi tidak diampunkan dosanya.” Lalu aku mengatakan: “Amin.” (Riwayat al-Hakim)

dipetik dari blog:

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
 

MEREBUT PAHALA



UMAT Islam digalakkan melakukan sebanyak mungkin amalan sunat sepanjang Ramadan untuk mengharapkan ganjaran pahala dan keredaan Allah. Amalan sunat atau disebutkan juga sebagai an-nadbu itu walaupun tidak sampai ke tahap wajib, namun kelebihan mengerjakannya amat besar.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersifat lebih pemurah dan dermawan sewaktu Ramadan. Dalam hal ini, Baginda bersabda yang bermaksud : “Sedekah yang paling afdhal (baik) adalah sedekah yang dikeluarkan dalam bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Bersedekah yang dituntut adalah kepada golongan miskin, anak yatim dan orang tidak berupaya.

Kelebihan bersedekah juga diterangkan dalam al-Quran melalui firman Allah yang bermaksud: “Bandingan (pahala) orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai dan pada setiap tangkai pula ada 100 biji. Allah melipatgandakan ganjaran sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 261).
Ibadat sedekah juga disebut ibadat yang sentiasa mengurniakan ganjaran pahala walaupun selepas meninggal dunia.

Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Apabila mati seorang anak Adam, maka terputus amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu dimanfaatkan oleh orang lain dan anak soleh yang mendoakan untuknya.” – (Hadis riwayat Muslim).
Ulama, As-Samarqandi dalam Tanbihul Ghafilin menjelaskan beberapa kelebihan diberikan kepada orang yang bersedekah.
Kelebihan itu dikelaskan kepada dua iaitu kelebihan dunia dan akhirat.
As-Samarqaridi menjelaskan bahawa kelebihan di dunia adalah membersih harta dan menyucikan diri, menolak bala serta penyakit, menyenangkan hati orang miskin dan menjadikan harta berkat.
Sementara kelebihan di akhirat adalah menjadi naungan bagi yang bersedekah iaitu meringankan hisab, memberatkan timbangan amal kebajikan, memudahkan seseorang menyeberangi Titian Sirat al-Mustaqim serta meningkatkan kedudukan di syurga.