Pages

Saturday, December 15, 2012

Myanmar abai pelarian etnik Islam Rohingya

Myanmar abai pelarian etnik Islam Rohingya:

YANGON 14 Dis. - Komuniti Islam Rohingya yang terlibat dalam rusuhan agama dan etnik di negeri Rakhine, barat Myanmar dilapor tidak mendapat bantuan yang sepatutnya disalurkan kepada mereka.
Wartawan BBC, Jonah Fisher yang meninjau keadaan di khemah-khemah pelarian berkata, situasi di khemah pelarian Rohingya lebih teruk berbanding khemah perlindungan untuk penduduk Buddha Rakhine yang mendapat bantuan yang mencukupi daripada kerajaan.
Fisher berkata, sikap pilih kasih pihak kerajaan sangat jelas berdasarkan keadaan khemah perlindungan untuk penduduk Buddha Rakhine yang sangat selesa berbanding masyarakat Islam Rohingya yang dipisahkan hampir dua kilometer.
Katanya, kira-kira 400 pelarian Buddha ditempatkan di 35 buah khemah yang tertera logo kerajaan Arab Saudi di Kan Thar Htwat Wa.
Dalam temuramah dengan seorang pelarian di khemah perlindungan penduduk Buddha, Phu Ma Gya yang tinggal bersama dua orang anaknya berkata, kerajaan menyalurkan bantuan yang mencukupi kepada mereka sekeluarga dengan memberi makanan, ubat- ubatan dan keperluan lain.
Malah Fisher melaporkan, bekalan ubat-ubatan dan makanan seperti beras sangat mencukupi untuk disalurkan kepada semua pelarian penduduk Buddha Rakhine.
Namun, keadaan berbeza di khemah pelarian Islam Rohingya di Kem Taung Paw apabila wartawan tersebut mendapati keadaan di sana sangat menyedihkan dengan keadaan tanah yang berlumpur dan khemah-khemah yang usang.
Katanya, pelarian Rohingya juga kelihatan kelaparan dan terdesak ekoran bekalan yang tidak mencukupi.
"Seorang pekerja bantuan memaklumkan pada saya bahawa khemah pelarian Rohingya ini merupakan yang paling teruk di Asia.
"Usaha untuk membawa bekalan makanan dan ubat-ubatan ke khemah-khemah ini telah dihalang," kata Fisher.
Jelasnya, penghantaran bekalan bantuan perlu menggunakan bot dan penduduk Buddha Rakhine telah menguasai jeti dan enggan membenarkan agensi bantuan memasuki khemah-khemah pelarian Rohingya untuk memulihkan keadaan.
"Halangan tersebut turut dilapor berlaku di beberapa khemah pelarian Rohingya yang lain.
"Sebuah agensi kemanusiaan memberitahu saya, masyarakat Buddha menghalang mereka melakukan 90 peratus kerja-kerja bantuan mereka kepada pelarian Rohingya," katanya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121215/lu_04/Myanmar-abai-pelarian-etnik-Islam-Rohingya#ixzz2F8TR9c3G
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

Bashar al-Assad semakin tewas




Beberapa orang anggota Tentera Pembebasan Syria lengkap bersenjata berkawal di sebatang jalan di bandar al-Amereya di Aleppo pada 11 Disember lalu. - REUTERS
BRUSSEL 14 Dis. - Presiden Perancis, Francois Hollande, hari ini berkata, Presiden Syria, Bashar al-Assad semakin tewas dalam pertempuran dengan pemberontak dan digesa supaya berundur dengan segera.
''Di medan pertempuran, peperangan tidak memihak kepada Assad dan kita perlu melihat ini secara objektif, memastikan Assad berundur secepat mungkin,'' katanya.
Beliau berkata demikian sebelum bermesyuarat dengan pemimpin-pemimpin Kesatuan Eropah (EU) yang turut membincangkan mengenai konflik Syria.
Beliau berkata, Perancis merupakan negara yang pertama mengiktiraf gabungan pemberontak Syria yang dibentuk, baru-baru ini dan kini diikuti oleh kebanyakan negara lain.
EU, bagaimanapun setakat ini masih belum mengiktiraf gabungan tersebut, walaupun menteri-menteri luar EU mengadakan pertemuan dengan pemimpin pemberontak di Brussel pada awal minggu ini.
Beberapa negara anggota EU berhati-hati untuk mengiktiraf gabungan pemberontak itu kerana bimbang terhadap kredibiliti perwakilan dan status demokrasi gabungan tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121215/lu_01/Bashar-al-Assad-semakin-tewas#ixzz2F8T3dWui
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

Gempa gegar bandar bersempadan AS-Mexico

Gempa gegar bandar bersempadan AS-Mexico: "LOS ANGELES 15 Dis. - Satu gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter yang berpusat di Lautan Pasifik menggegarkan bandar Tijuana, Mexico dan San Diego, Amerika Syarikat, pagi semalam.

Pusat Gempa Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa yang berlaku kira-kira 269 kilometer dari barat daya Rosarito, Mexico itu berhampiran dengan kawasan sempadan AS di barat laut Mexico.

Gempa itu berpusat pada kedalaman 13.3 kilometer namun tiada amaran tsunami serta laporan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa. - AFP"

'via Blog this'

Askar Israel serang jurukamera

Askar Israel serang jurukamera - Global - Sinar Harian:

Askar Israel serang jurukamera
Keadaan semakin tegang apabila tentera rejim membalas balingan batu oleh remaja Palestin dengan tembakan berpeluru.
HEBRON - Dua jurukamera agensi berita Reuters, cedera ditumbuk dan dipaksa meniarap di atas jalan raya oleh askar Israel yang turut melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka, semalam.

Laporan menyebut, seorang daripada mangsa dikejarkan ke hospital kerana masalah pernafasan.

Yousri Al-Jamal dan Ma'amoun Wazwaz memberitahu, kejadian berlaku apabila peronda Israel mengarahkan mereka memberhentikan kenderaan sewaktu menghampiri pos pengawal yang juga lokasi remaja Palestin ditembak mati, dua hari lalu.

"Kereta kami tertera logo 'TV' dan kami memakai jaket kalis peluru dengan perkataan 'media', tetapi mereka tetap memaksa kami keluar dari kenderaan serta ditumbuk dan dipukul dengan senapang," kata Wazwaz.

Sementara itu, dua lagi wartawan Palestin yang bertugas dengan televisyen satelit kumpulan Hamas, mengalami situasi sama. - Reuters

'via Blog this'

Perhimpunan akhir sebelum mengundi

Perhimpunan akhir sebelum mengundi - Global - Sinar Harian:

Perhimpunan akhir sebelum mengundi
Pembangkang dan penyokong Mursi berhimpun menyuarakan
KAHERAH - Barisan ulama Islam Mesir menggesa rakyat mengundi 'ya', manakala ribuan penyokong dan pembangkang draf Perlembagaan penuh kontroversi sepanjang dua minggu ini, bertindak memenuhi jalan raya seluruh ibu negara sehari sebelum pembuangan undi berlangsung pada hari ini.

Draf yang dikeluarkan Presiden Muhammed Mursi itu, dilihat menyekat pergerakan bebas sebahagian pengikut liberal seperti penganut Kristian dan memberi kebebasan penuh kepada pemerintahan berlandaskan Islam.

Kumpulan pengamal liberal dan aktivis sekular mendakwa, tindakan Mursi membuka pintu yang luas kepada  pencabulan hak kebebasan rakyat.

Kedua-dua pihak iaitu pembangkang dan penyokong Mursi, kini meningkatkan kempen mereka selepas melalui detik yang dianggap sebagai minggu keganasan dan tindakan kekerasan yang mendesak kerajaan Mesir menarik balik draf yang didakwa memberi kuasa penuh kepada pergerakan Ikhwannul Muslimin.

"Mengundi adalah satu jihad demi Tuhan. Ia akan menghindarkan Mesir dari segala kejahatan dan mereka yang menindas umat Islam," kata Sheikh Abdel Akher Hamas kepada penyokong di selatan bandar Assuit.

Protes di Mesir tercetus sebaik sahaja Mursi yang dibantu Ikhwannul Muslimin, mengeluarkan dekri yang mengundang ketidak puasan hati banyak pihak khasnya mahkamah. - AP

'via Blog this'

Pencipta bar kod Norman Joseph meninggal dunia

Pencipta bar kod Norman Joseph meninggal dunia - Global - Sinar Harian:

 Norman Joseph
Norman Joseph
NEW YORK - Pencipta bersama kod bar, Norman Joseph Woodland meninggal dunia pada usia 91 tahun di kediamannya di New Jersey, semalam.
Woodland pernah bekerjasama dengan rakan sekelasnya, Bernard Silver untuk mencipkan sistem kod bar pada tahun 1940-an.

Sistem ini kemudian dinaik taraf di Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1952 dan dijual dengan harga AS$15,000.

Kod bar moden hari ini dianggarkan boleh diimbas lima bilion kali setiap hari.
Menurut anak perempuannya, Woodland dilahirkan di Atlantik City dan beliau meninggal dunia Ahad lalu.
Usaha Woodland untuk mencipta kod bar ini mengambil masa 22 tahun bagi membuat penampilan pertama mereka di AS.
Barang pertama yang menggunakan teknologi kod pengimbas ini adalah sebungkus gula-gula getah di pasar raya Ohio pada tahun 1974.

Pada 2011, Woodland dan Silver telah disenaraikan dalam  National Inventors Hall of Fame.

'via Blog this'

Jelajah 201 negara tanpa pesawat

Jelajah 201 negara tanpa pesawat - Global - Sinar Harian:

Jelajah 201 negara tanpa pesawat
Hughes tiba dilokasi terakhirnya iaitu Juba, Sudan Selatan selepas meninggalkan tanah air pada awal 2009 lalu.
JIKA anda ingin mencari siapakah pengembara sebenar, anak kelahiran Liverpool, Britain, Graham Hughes, adalah jawapannya kerana beliau berjaya menjelajah lebih 200 negara di dunia tanpa menaiki mana-mana kapal terbang.

Pengembara berumur 33 tahun itu, menjadi manusia pertama menjelajah sebanyak 201 buah negara dalam tempoh 1,426 hari.

Menurut Hughes, beliau hanya menggunakan perkhidmatan bas, teksi, kereta api dan berjalan kaki bagi melengkapkan perjalanan sejauh 257.50 kilomter serta membelanjakan hanya $100 (RM305) dalam seminggu.

"Saya terpaksa berada di lautan terbuka selama empat hari untuk ke Cape Verde kerana bot bocor, pernah dipenjarakan selama seminggu atas dakwaan menjadi pengintip di Congo, kemudian pernah ditangkap kerana cuba menyelinap ke dalam Rusia.

"Saya sempat diselamatkan  oleh remaja bernama Jenn dari serangan puak pemisah Filipina," katanya di London, awal Disember ini.

Sementara itu, wakil Rekod Dunia Guinness mengesahkan ekspedisi yang dilakukan Hughes serta usahanya mengumpul dana kebajikan WaterAid, mencapai rekod dunia. - MailOnline

'via Blog this'

Tulis guna dua tangan pada satu masa

Tulis guna dua tangan pada satu masa - Global - Sinar Harian:

Tulis guna dua tangan pada satu masa
Chen berkebolehan menulis secara dengan dua tangan serentak tanpa sebarang alat bantuan.
Di zaman kecanggihan teknologi dan telefon pintar, pasti ada pengguna berhadapan kesukaran untuk menulis dengan baik walaupun dengan sebelah tangan sahaja.

Tetapi tidak buat seorang penterjemah China, Chen Siyuan, yang berkebolehan menulis dengan dua belah tangannya serentak pada satu masa.

Menarik sekali, Chen, 24, mampu menulis berlainan bahasa serentak seperti bahasa Cina dan Inggeris.

Menurut Chen, beliau tidak melakukan sebarang latihan tetapi bakatnya muncul tanpa disedari sewaktu cuba menyelesaikan timbunan kerja sekolah beberapa tahun lalu.

"Ketika di sekolah menengah, secara tidak sedar saya telah menulis dengan kedua-dua belah tangan secara serentak," katanya. - DailyMail

'via Blog this'

Perkahwinan serentak si kerdil

Perkahwinan serentak si kerdil - Global - Sinar Harian:

Perkahwinan serentak si kerdil
Kesemua pasangan pengantin kerdil itu diarak memasuki dewan perkahwinan dalam suasana meriah.
BEIJING - Tujuh pasangan kerdil dari China menjadi perhatian apabila kesemua mereka berkahwin serentak.

Kesemua mereka adalah pelakon dari Tianpi Shadow Play Troupe, yang sering membuat persembahan di Beijing.

Masing-masing berumur dalam lingkungan 21 hingga 27 tahun dengan ketinggian antara 1.21 meter dan 1.37 meter.

Mereka tiba di majlis dengan berpakaian serba putih dan menukar aku janji dengan pasangan masing-masing. - MailOnline

'via Blog this'

Rezeki korek telinga

Rezeki korek telinga - Global - Sinar Harian:

Rezeki korek telinga
Seorang lagi pakar membersihkan lubang telinga, Sadanand, 35, meneruskan perniagaan daripada bapanya.
Rezeki korek telinga
Jarum besi perlu dibalut dengan kapas supaya kekotoran pada lubang telinga dapat dikeluarkan dengan mudah.
SEORANG lelaki menahan kegelian apabila lubang telinganya dibersihkan oleh tukang korek telinga jalanan di India.

Dengan hanya berbekalkan jarum besi, penyepit dan gulungan kapas, Muhammad Abbas, 38, tidak malu memegang status tukang pembersih telinga demi mencari rezeki halal.

Menurut Abbas, perniagaan yang diusahakan di sepanjang jalan Delhi Lama, merupakan warisan peninggalan bapanya yang juga bekas tukang korek telinga.

Bagaimanapun, Abbas sedikit kecewa apabila pekerjaan yang dianggap mulia itu, mula terpinggir selepas generasi masa kini lebih rela menggunakan pengorek telinga sedia ada.

"Saya diajar oleh bapa yang mana beliau mendapat ilmu itu daripada datuk saya. Ahli keluarga kami mengendalikan pekerjaan ini sejak di zaman Mogul lagi.

"Kira-kira 30 pasang telinga dapat dibersihkan, tetapi hanya pelanggan yang berusia berani mendapatkan khidmat ini. Jarang sekali anak-anak muda meminta saya mengorek telinga mereka," katanya sambil mengaku hanya memperoleh pendapatan kira-kira 30 rupees (RM1.70) sehari. - MailOnline

'via Blog this'

Penjaja Jakarta jual bakso babi

myMetro | Penjaja Jakarta jual bakso babi:
JAKARTA: Agensi Pertanian dan Maritim Jakarta Selatan semalam berkata, penjaja di tiga daerah di sini menjual bakso babi yang disangka mereka diperbuat daripada daging lembu.
Ketua agensi berkenaan, Agung Priambodo berkata, pihak berkuasa mendapati penjaja yang berniaga di Cilandak, Kebayoran Baru dan Kebayoran Lama itu membeli daging babi mentah dari sebuah rumah sembelihan di Cipete untuk digunakan dalam penjualan bakso mereka. “Penjaja terbabit terpedaya dengan harga murah daging berkenaan. Daging babi berharga 40,000 (RM12.70) hingga 45,000 rupiah (RM14.28) sekilogram, manakala daging lembu dijual pada harga RM28.56 hingga RM31.73 sekilogram,” katanya sebagaimana dipetik daripada beritajakarta.com.

Harga daging lembu semakin meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini ekoran kerajaan mengehadkan kuota daging import untuk melindungi pengeluaran daging tempatan. Berikutan itu, sesetengah pihak yang licik cuba mengambil kesempatan permintaan tinggi itu dengan membungkus daging babi yang haram dimakan umat Islam bagi menggantikannya dengan daging lembu. Dalam sidang akhbar diadakan, polis dan wakil Asosiasi Pedagang Daging Lembu Indonesia (ASDI) mendakwa rumah sembelihan yang terletak di pasar tradisonal Cipete di Jakarta Selatan terbabit sudah melakukan penipuan itu sejak dua tahun lalu. Pekerja di rumah sembelihan terbabit mendakwa mereka ditipu oleh pembekal yang melumurkan darah lembu ke atas daging babi itu. - beritajakarta.com'via Blog this'

Ikan paus terdampar di beting pasir

Kosmo! Online - Dunia:




BAHAGIAN depan ikan paus itu.- AFP



THE HAGUE, Belanda - Beberapa anggota penyelamat haiwan akhirnya menyerah kalah untuk menyelamatkan seekor ikan paus humpback sepanjang 12 meter yang terdampar di utara negara ini, kata seorang jurucakap kumpulan Ecomare.
"Kami memutuskan pada malam kelmarin (untuk tidak menyelamatkan ikan itu) selepas mengadakan perbincangan," kata jurucakap kumpulan itu, Henriette de Waal.
Ikan tersebut ditemui terdampar di beting pasir pada Rabu lalu dekat Pulau Texel.
Pada kebiasaannya, air pasang akan membolehkan ikan tersebut keluar dari kawasan berpasir itu.
Bagaimanapun, menurut Ecomare yang merupakan kumpulan pemuliharaan alam semula jadi, ikan tersebut yang diberi nama Johannes terdampar buat kali kedua.
Beberapa anggota penyelamat cuba untuk menolak ikan tersebut ke kawasan air dalam dengan percubaan terakhir dibuat pada petang kelmarin yang menemui kegagalan setelah jaring di sekitar haiwan berkenaan koyak manakala sebuah helikopter penyelamat mengalami masalah teknikal.
"Ikan itu terdampar di sebuah kawasan berbahaya dengan angin dan arus kuat," kata Waal. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1215&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2F6sgZndj 
Hakcipta terpelihara 

'via Blog this'