Pages

Monday, September 28, 2015

Kapal layar paling lasak di dunia



KAPAL ini dikatakan sesuai belayar di kawasan ais seperti di Lautan Artik dan Antartika.


AMSTERDAM – Sebuah kapal layar mewah setinggi 100 meter di sini dipercayai merupakan paling lasak di dunia kerana mampu memecahkan ais selain belayar pada jarak yang jauh.
Kapal layar itu yang dikenali sebagai SeaXplorer dipamerkan pada Pameran Kapal Pesiaran Monaco minggu lalu. Ia dihasilkan oleh sebuah syarikat pembinaan perkapalan terbesar di Belanda, Kumpulan Damen.
Kapal layar itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik tidur, gimnasium, selain penumpang berpeluang menyelam melihat hidupan laut dan banyak lagi.

KAPAL layar ini turut dilengkapi dengan kemudahan termasuk bilik tidur yang mewah. - AGENSI


Kapal yang mampu menampung seramai 30 penumpang dan 50 anak kapal itu memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati pelayaran selama 40 hari.
"Syarikat itu berjaya membina sebuah kapal layar yang bukan sahaja mampu belayar pada jarak yang jauh, malah ia dilihat berupaya merempuh kiub ais di kawasan berais kerana direka dengan menggunakan revolusi pembinaan terbaharu.
"Apa yang lebih menarik, kapal itu memberi peluang kepada orang ramai untuk meneroka Lautan Artik dan Antartika yang mana kebanyakan kapal pesiaran tidak mampu menuju ke kawasan-kawasan ini," kata seorang wakil perunding daripada syarikat penjualan kapal pelayaran, Benjamin Maltby. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0928&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3n1YDHDGw 
Hakcipta terpelihara 

Bulan ‘berdarah’

Oleh Norizuan Shamsuddin

norizuan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Gerhana bulan penuh atau ‘Super Blood Moon’ iaitu gabungan tiga kejadian bulan penuh, fenomena Perigee dan gerhana bulan dijangka berlaku pada hari ini.


Pegawai Sains Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) Mohd Zamri Shah Mastor berkata, fenomena itu bagaimanapun hanya dapat di lihat di benua Eropah, Amerika, Afrika serta sebahagian barat dan selatan Asia saja.

Katanya, fenomena terbabit ialah gabungan tiga kejadian perubahan pada pergerakan bulan ketika hampir dengan bumi.

Beliau berkata, gabungan bulan penuh dan Perigee atau ‘Super Moon’ (bulan dapat dilihat dengan jelas pada waktu siang) serta gerhana (Blood Moon) berlaku pada tarikh itu.

“Fenomena Super Moon berlaku kerana bulan berada di kedudukan orbit paling hampir dengan bumi dikenali sebagai Perigee. Semasa bulan di kedudukan Perigee, ia dalam fasa penuh menyebabkan kelihatan lebih dekat dan lebih terang berbanding biasa.

“Fenomena gerhana bulan pula menyebabkan ia kelihatan berwarna merah disebabkan bayang-bayang pembiasan cahaya matahari oleh atmosfera bumi.

“Kita juga akan dapat lihat bulan bersaiz lebih besar iaitu 14 peratus lebih besar berbanding semasa gerhana penuh pada April lalu,” katanya.

Beliau berkata, semasa fenomena Super Blood Moon, bulan kelihatan lebih terang sebelum gerhana dan berwarna kemerahan semasa gerhana.

Zamri berkata, fenomena ini mudah dilihat orang ramai di kawasan ia berlaku.

Katanya, orang ramai boleh melihat fenomena itu tanpa memerlukan kepada sebarang peralatan bantuan penglihatan serta mudah dikenali.

Menurutnya, di Malaysia, hanya fenomena Apogee dan bulan penuh dapat disaksikan dengan mata kasar pada April lalu.

“Kejadian yang menggabungkan tiga fenomena ini hanya akan berlaku lagi pada 2033 nanti. Di Malaysia pula, gerhana bulan penuh dapat dilihat pada 2018 nanti,” katanya.

Beliau berkata, fenomena itu akan mempengaruhi pasang surut air laut namun tidak menyebabkan berlakunya bencana.

“Super Moon boleh memberi kesan kepada kejadian pasang surut air laut, namun tidak akan menyebabkan sebarang bencana alam. Hal ini kerana bulan mempunyai daya tarikan graviti yang mampu mempengaruhi air laut,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2015 @ 5:14 AM

FENOMENA Super Blood Moon hanya akan berlaku lagi pada 2033 nanti.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80667#sthash.FIYXw60K.dpuf

Kisah burung 'zombie tit' si pemakan otak


MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
Kisah burung 'zombie tit' si pemakan otak

27 SEPTEMBER 2015
Kisah burung 'zombie tit' si pemakan otak Burung The Great Tit

GENIT, menawan, ditambah pula dengan bulunya yang berwarna-warni, namun awas! Jangan terpedaya dengan penampilan itu kerana ia sangat  ganas  dan bahaya.

Ia yang dimaksudkan ialah burung The Great Tit atau juga dikenali sebagai burung zombie tit adalah antara burung yang merbahaya di dunia.

Memetik laporan Oddity Central, melaporkan bahawa burung ini sejenis burung daripada kumpulan omnivor (yang memakan tumbuhan dan juga daging).

Walaupun burung ini memakan tumbuhan dan serangga, namun adakalanya burung ini bertindak ganas dengan membunuh burung lain dan kelawar.

Burung ini dikatakan berasal dari sub-kumpulan Paridae. Ia boleh ditemui di sepanjang Eropah, Timur Tengah, di tengah-tengah antara benua Eropah dan Asia, Utara Asia serta Afrika Utara.

Menurut penduduk tempatan burung ini dinamakan zombie tit kerana caranya membunuh mangsanya.

Dilaporkan bahawa burung ini menyerang mangsa secara serangan hendap sama ada ketika burung-burung berada dalam sarang atau ketika kelawar sedang berhibernasi pada waktu siang.

Pada waktu itu zombie tit akan menerkam kepala mangsa, lalu mematuk tengkorak hingga pecah sebelum menjamah otak segar.

Ada ketikanya zombie tit ini bertindak lebih rakus dengan melakukan serangan ke atas spesies burung yang sama jenis semata-mata untuk mencuri makanan yang disimpan oleh burung tersebut.
Yang mana satu lagi tabiat lain pemakanan burung dan kelawar ini ialah suka menjamah bangkai.

Meskipun ia hanya bersaiz 12.5 sentimeter hingga 14 sentimeter, namun ia dianugerahkan paruh yang sangat kuat hingga  mampu memecahkan kacang hazel serta biji-bijian.
Maka tidaklah menghairankan apabila burung ini mampu memecahkan tengkorak burung lain dan kelawar.

Dalam pada itu, burung ini juga dikatakan menyerang haiwan berbisa lain seperti kala jengking dan juga labah-labah.

Burung ganas ini diketahui tidak suka berpindah randah, sebaliknya hanya berpindah sekiranya cuaca terlalu sejuk di musim salji. Ia membuat sarang di dalam batang-batang pokok.

Walaupun ia kecil namun burung ini mampu bertelur sehingga 12 biji telur dalam satu-satu masa.
Meskipun begitu hanya dua ekor sahaja yang biasanya kekal hidup.

Selain itu, burung ini juga mempunyai suara yang merdu, intonasi suaranya sangat nyaring dan sedap didengar malah boleh menghasilkan sehingga 40 siulan daripada intonasi suara tersebut.

Namun , siapa sangka, malah mangsa sekalipun tidak kenal akan pemangsa ini, yang kelihatan begitu indah namun sebaliknya.

Pekerjaan ‘si peraba wajah’ lumayan


27 SEPTEMBER 2015Pekerjaan ‘si peraba wajah’ lumayan
Pekerjaan ‘si peraba wajah’ lumayan Gambaran menunjukkan bahagian wajah yang akan disentuh oleh si peraba wajah.

RAMAI tidak tahu bahawa wujud pekerjaan sebagai ‘peraba wajah' atau sensory scientist. Di negara barat jawatan ini telah lama wujud.

Untuk sesiapa yang berminat bagi bekerja di lapangan ini seseorang itu perlulah mempunyai daya tahan yang tinggi, berdisiplin dan semestinya memiliki jari tangan yang sensitif dan mereka perlulah berumur antara 20 tahun sehingga 35 tahun.

Sementara dari sudut gaji pula seseorang peraba wajah dibayar sehingga RM106 sejam, lumayan bukan!

Memetik laporan majalah kesihatan Eropah, menjelaskan bahawa jawatan peraba wajah adalah sangat penting dalam industri penjagaan peribadi seperti pencuci muka, losyen, sabun, pisau cukur dan sebagainya yang melibatkan produk dan kulit. Tugas mereka adalah merasa wajah dengan jari yang sensitif keadaan wajah penguji selepas menggunakan produk baharu sesebuah syarikat sebelum dipasarkan.

Untuk makluman, seandainya wajah penguji kasar selepas mencuba produk tersebut, bermakna produk itu masih perlu dikaji sehinggalah ia benar-benar 'ok' dan menepati piawaian yang dikehendaki oleh syarikat tersebut, dan di sinilah kemahiran dituntut kepada peraba wajah untuk memastikan muka si penguji wajah terus menerus lembut, bagi 'mengiayakan' sesuatu produk.

Menurut peraba wajah profesional Pusat Analisis Deria, Universiti State Kansas, Anice Robel, untuk menguji keberkesanan sesuatu produk itu, dia akan menyentuh diseluruh kawasan wajah termasuk bibir, hidung, pipi dan leher dan seterusnya dia akan menilai sentuhan itu dan langkah seterusnya ialah memberi markah kepada berkesan atau kasar.

Selain itu, Robel turut 'merasai' sesuatu selain wajah manusia, Robel turut merasai kusyen kereta, bulu berus gigi dan barang-barang lain sebelum sesuatu produk itu dipasarkan.

Menurut kajian, syarikat produk antarabangsa akan memastikan beberapa orang peraba wajah profesional diambil untuk bekerja dengan pihak mereka dan oleh itu tidak hairanlah produk antarabangsa selalu menjadi pilihan masyarakat dunia, dek kerana keberkesanan si peraba wajah dalam memastikan sesuatu produk antarabangsa itu lulus untuk digunakan atau tidak.

Kajian: 10 negara menarik untuk didiami

Kajian: 10 negara menarik untuk didiami

27 SEPTEMBER 2015
Kajian: 10 negara menarik untuk didiami Malta adalah sebuah negara yang menarik untuk dilawati dan diduduki. – Foto: Valery Bareta / Shutterstock

SEPULUH negara telah dinamakan oleh InterNations.org sebagai negara yang menarik untuk dihuni.

Melalui sebuah penyelidikan, pendapat dari 14,000 peserta dari 195 negara telah diambil kira melalui beberapa siri soalan mengenai pengalaman mereka di luar negara.

Keputusan berdasarkan faktor peluang pekerjaan, tawaran gaji, hidup yang berkualiti dan keselamatan.

Excuador, Mexico dan Malta telah dinamakan sebagai tiga negara terbaik untuk diduduki.

Ecuador mendapat tempat pertama kerana kos hidup di negara berkenaan yang rendah dan menyesuaikan diri di Mexico adalah sangat mudah menyebabkan ia mendapat tempat kedua.

Malta pula memberikan pengalaman pekerjaan yang memuaskan hati dan kehidupan yang seimbang dengan pekerjaan.

10 negara terbaik tersebut adalah:

1. Ecuador
2. Mexico
3. Malta
4. Singapura
5. Luxemborg
6. New Zealand
7. Thailand
8. Panama
9. Canada
10. Australia

Bayi ‘ajaib’ tanpa 
otak sempurna


FLORIDA 27 Sept. - Seorang bayi yang dilahirkan tanpa otak yang sempurna dan ketiadaan tulang tempurung kepala mencipta keajaiban apabila menyambut ulang tahun kelahiran pertamanya bulan lepas, walaupun pada awalnya doktor menyatakan dia tidak akan dapat hidup lama.
Jaxon Emmet Buell yang dilahirkan tanpa otak sempurna dan ketiadaan tulang tempurung kepala mencipta keajaiban apabila selamat menyambut ulang tahun kelahiran pertamanya bulan lepas walaupun doktor menyatakan dia tidak akan hidup lama. AGENSI
Portal Daily Mail melaporkan, ibu bapa Jaxon Emmet Buell, Brandon dan Brittany dimaklumkan bahawa anak mereka itu ketika dalam kandungan mengalami kerosakan otak dan tidak akan hidup lama.
Jaxon dikesan menghidap sejenis penyakit kerosakan saraf ketika dilahirkan, Anencephaly yang menyaksikan seseorang bayi akan lahir tanpa otak dan tempurung kepala lengkap.
Menurut Pusat Kawalan Penyakit berkata, hanya 1 daripada 4,859 bayi di Amerika Syarikat (AS) lahir menghidap Anencephaly, dan biasanya mereka meninggal dunia selepas dilahirkan.
Brandon, 30, berkata, selepas menjalani ujian kedua ultrabunyi ke atas kandungannya pada minggu ke-17, dia dan suaminya berasa timbul masalah apabila juruteknik tersebut tiba-tiba terdiam apabila melihat keadaan kepala bayinya.
“Kami dimaklumkan mengenai masalah tersebut dan menemui beberapa orang doktor yang kemudian meminta kami menggugurkan sahaja kandungan itu.
“Kami menentang pengguguran bayi. Kami melakukan apa sahaja untuk membolehkan Jaxon selamat,” katanya.
Jaxon selamat dilahirkan me­lalui pembedahan pada 27 Ogos 2014 dengan berat 1.81 kilogram dan dalam tempoh tiga minggu pertama selepas dilahirkan Jaxon ditempatkan di unit rawatan rapi neonatal di Winnie Palmer Hospital, Florida ketika pakar otak cuba memahami keadaannya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bayi-8216-ajaib-8217-tanpa-8232-otak-sempurna-1.140614#sthash.ozD4Byvn.dpuf

Jemaah haji mula meninggalkan Mina


KENDERAAN termasuk bas, van dan pacuan empat roda membawa jemaah haji ke Mekah memenuhi jalan raya di Mina menuju ke Mekah, semalam. - AGENSI
MINA 27 Sept. - Jemaah haji berpusu-pusu keluar dari Mina selepas mereka selesai melakukan ibadah melontar jamrah pada hari terakhir ibadah haji, hari ini.
Portal berita arabnews.com me­laporkan, walaupun dalam keadaan panas terik dan suhu mencecah 45 darjah Celsius, jemaah masih terus melakukan ibadah melontar pada hari terakhir, sebelum kembali ke Mekah untuk menunaikan tawaf dan saie.
Kebanyakan jemaah didapati memakai payung untuk berlindung daripada cuaca panas terik matahari.
Sebahagian jemaah lagi telahpun kembali ke Mekah semalam.
“Alhamdulillah, saya telah selesai menunaikan kesemua rukun. Saya tiada sebarang bantahan kerana ibu-bapa dan sanak-saudara telah membantu saya bersiap sedia menghadapi ibadah yang mencabar ini,” kata seorang jemaah haji, Sultan Al-Shehri dari Riyadh, yang pertama kali menunaikan haji.
Seorang jemaah haji dari Ikandariah, Mesir, Rauf Abdul Hameed, pula menitiskan air mata selepas berjaya menyelesaikan ibadah hajinya.
“Menunaikan haji bukan mudah. Ia memerlukan kekuatan fizikal dan emosi,” katanya.
Kesemua jalan keluar dari Mina menuju ke Mekah penuh sesak dengan kenderaan.
Jemaah dari seluruh dunia kini menuju ke Mekah dan menetap di hotel selama beberapa hari selepas melengkapkan ibadah haji mereka, sebelum menunaikan tawaf widaa’ dan berlepas pulang ke tanah air masing-masing. – AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/jemaah-haji-mula-meninggalkan-mina-1.140593#sthash.vtkCbE9I.dpuf