Pages

Friday, November 28, 2014

Peguam pasang 1.2 juta lampu Krismas di Australia catat rekod dunia

CANBERRA: Seorang peguam Australia mencatat rekod dunia apabila memasang kira-kira 1.2 juta lampu Hari Krismas di tengah pusat bandar raya ini.
Guinness World Records hari ini mengesahkan pemasangan wayar pelbagai warna sepanjang 120 kilometer yang melitupi hadiah Krismas di sebuah pusat beli belah di Canberra diiktiraf sebagai imej lampu LED terbesar.
Peguam itu, David Richards memasang kesemua mentol itu dengan bantuan sekumpulan sukarelawan dan menggunakan elektrik yang disumbang oleh syarikat pembekal tempatan.
Sejumlah 1,194,380 mentol berkelipan itu yang dipasang sejak Rabu lalu mengatasi rekod sebelum ini di Shurtan, selatan Uzbekistan dengan sejumlah 181,540 mentol.
Tahun lalu beliau mencapai rekod dunia bagi lampu Krismas terbanyak yang menghiasi rumah dengan memasang 502,165 mentol di rumahnya. - AP

Jutawan bina kediaman mewah untuk penduduk kampung



Agensi - PERMANDANGAN kompleks kediaman mewah yang dibina Shuihua untuk penduduk kampungnya di Xiongkeng di wilayah Jiangxi, China.


BEIJING – Seorang jutawan merobohkan rumah-rumah usang milik penduduk di kampung halamannya di Xiongkeng di wilayah Jiangxi selatan China sebelum membina sebuah kawasan perumahan mewah untuk mereka.
Jutawan itu, Xiong Shuihua (gambar kecil), 54, berkata, dia membina kompleks kediaman mewah bernilai RM21 juta itu sebagai membalas jasa penduduk kampung yang sentiasa melayan keluarganya dengan baik.
Kompleks kediaman itu kini didiami kira-kira 72 keluarga, malah golongan warga emas dan penduduk miskin di situ turut diberikan makanan percuma tiga kali sehari.

Agensi - PENDUDUK warga emas dan miskin yang mendiami kompleks kediaman mewah itu turut diberi makanan percuma tiga kali sehari.


Keluarga Shuihua hidup dalam kemiskinan ketika menetap di kampung berkenaan tetapi lelaki itu mula meraih kekayaan selepas membuka kilang besi.
“Saya kini memiliki terlalu banyak wang tetapi saya tetap ingat di mana saya membesar dan kesusahan keluarga saya hadapi sebelum ini.
“Saya mahu membalas jasa penduduk kampung ini kerana mereka pernah membantu saya dan keluarga saya ketika kami miskin dahulu,” katanya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3KJHBkT9h 
Hakcipta terpelihara 

Khidmat robot ganti pelayan di restoran


Beberapa pelanggan kagum dengan perkhidmatan robot pelayan yang
Beberapa pelanggan kagum dengan perkhidmatan robot pelayan yang disediakan di sebuah restoran di Ningbo dekat wilayah Zhejiang, timur laut China. – AGENSI
BEIJING 27 Nov. – Sebuah restoran di China tidak lagi menggunakan khidmat manusia bagi menjalankan tugas sebagai pelayan apabila ‘menggaji’ dua buah robot bagi menjalankan tugas melayan pelanggan.
Dengan mengambil konsep sebuah kafe di Amerika Syarikat (AS), pemilik restoran di Ningbo, Lu Dike, 48, sanggup mengeluarkan belanja yang besar sebanyak 60,000 yuan (RM32,711) bagi setiap robot itu yang dilengkapi sistem deria optik dan boleh berbahasa Mandarin.
Malah menurut laporan portal berita Mail Online, kafe yang terletak di tingkat pertama kompleks beli-belah Liangsheng Square di wilayah Zhejiang, ti­mur laut China itu, sepenuhnya beroperasi menggunakan pelayan robot yang ditugaskan mengambil pesanan pelanggan dan menghidangkan makanan.
Menurut Dike, robot setinggi satu meter itu mempunyai jaminan selama lima tahun dan hanya perlu dicas selama empat jam sahaja pada setiap hari sebelum mula bekerja selama lapan jam.
Jelasnya, perkhidmatan robot itu juga menjadikan restorannya sangat popular sehingga ramai pe­langgan datang untuk merasai pe­ngalaman dilayan oleh mesin yang boleh bercakap sehingga 40 ayat dalam bahasa Mandarin seperti ‘sila nikmati hidangan anda’ atau ‘minta maaf, saya sedang sibuk bekerja.’
“Ada pelanggan mendesak saya menjual robot berkenaan kepada mereka yang mahu menggunakannya di rumah, tetapi saya hanya akan menjualnya pada satu hari nanti apabila tidak lagi memerlukan khidmat robot di restoran ini,” katanya tanpa memberitahu syarikat yang menjual robot itu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/khidmat-robot-ganti-pelayan-di-restoran-1.29978#sthash.gFm3z1HL.dpuf

Pil ubah kentut jadi harum


Saintis Perancis, Christian Poincheval menghasilkan pil yang boleh
Saintis Perancis, Christian Poincheval menghasilkan pil yang boleh mengubah kentut menjadi wangi. – AGENSI
LONDON 27 Nov. – Seorang saintis dan pereka cipta yang berasal dari Perancis, berjaya mencipta sejenis pil yang mampu meng­ubah bau kentut manusia menjadi wangi.
Portal berita mirror.com melaporkan, Christian Poincheval, 65, mendakwa pil tersebut bukan sahaja memudahkan penghadam­an, tetapi mampu membuatkan kentut berbau seperti coklat atau bunga ros.
Jelas beliau, pil itu sangat sesuai untuk hadiah Hari Krismas.
Sebelum ini Poincheval telah menjual pil kentut dengan bauan mawar, tetapi kali ini dia mengeluarkan versi coklat hanya untuk perayaan itu.
Katanya, sebotol pil kentut itu dijual pada harga 7.90 hingga 9.99 pound (RM52.14-RM89.50) dan menawarkan beberapa manfaat lain seperti mengurangkan angin dan baik untuk perut kembung.
Poincheval berkata, dia mula menjual pil itu yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi melalui laman webnya, pilulepet.com pada tahun 2006 dan mendakwa jualan pil tersebut sa­ngat menggalakkan.
“Ada yang membelinya kerana masalah perut kembung dan ada juga sebahagian mereka membelinya sebagai jenaka untuk dihantar kepada rakan-rakan. Setiap kali Hari Krismas, jumlah jualan sentiasa meningkat.
“Pil ini diperbuat daripada campuran sayur-sayuran, arang, Adas, lithothamne (rumpai laut), propolis (resin tumbuhan) dan blue­berry,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pil-ubah-kentut-jadi-harum-1.29980#sthash.gjqmuAxy.dpuf