Pages

Friday, June 11, 2010

KAPAL LAUT TENTERA ISRAEL DIHANCURKAN OLEH HIZBULLAH

غزة-دنيا الوطن

صورة رقم 1

صورة رقم 2

صورة رقم 3

صورة رقم 4

صورة رقم 5

صورة رقم 6

Nama-nama Mereka Yang Akan Disebut Oleh Para Malaikat Di Sisi Allah SWT


قال النبى صلى الله عليه وسلم

ما إجتمع قوم فى بيت من بيوت الله يتلون كتاب الله ويتدارسونه بينهما إلا نزلت عليهم السكينة وغشيتهم الرحمة وحفتهم الملائكة وذكرهم الله فيمن  عنده – رواه أبو داود

تحذيب اطراف الحديث ك 2 – الصفحة  53
Tidak berhimpun oleh satu kaum dimana-mana masjid diantara rumah-rumah Allah dengan membaca Al-Quran, melainkan Allah turunkan ke atas mereka  Cahaya Keyakinan, mereka diliputi dengan rahmat Allah ,  Para Malaikat akan mengelilingi mereka dan nama mereka akan  disebut-sebut oleh Para Malaikat di Sisi Allah SWT.

Akibat Mabuk Arak dan Menghina Al-Quran Dia Dibunuh Oleh Bapanya.


الشاب المخمور صرخ بوالده: “لا أؤمن بدينكم هذا”
عجوز جزائري قارب المئة يقتل ابنه بعدما بصق على القرآن ومزّقه
Mahkamah Al-Jazair menghukum penjara 5 tahun ketas seorang bapa yang berusia 98 tahun kerana membunuh anaknya dalam keadaan mabuk dan menghina Al-Quran.
Anak lelakinya yang dalam keadaan mabuk telah meludah ke atas Al-Quran sambil mengeluarkan perkataan bahawa dia tidak lagi beriman dengan agama ibubapanya. Akibat tidak tahan dengan perbuatan anaknya bapa tersebut menembak anak dengan senapang.
حكمت محكمة جزائرية على عجوز يبلغ من العمر 98 سنة بالسجن لمدة خمس سنوات مع ايقاف تنفيذ أربع منها وذلك بعد أن اقدم العجوز على قتل ابنه الجامعي صاحب الأربع والعشرين عاما، وحصلت الحادثة بعد أن قام الشاب بالبصق على القرآن الكريم وتمزيقه.
ووقعت الحادثة في ربيع العام المنصرم في أحد احياء بلدة القبة القريبة من العاصمة الجزائرية، حيث تعيش عائلة مكونة من عجوزين وابنهما الذي وفر له والده جميع متطلباته من سيارة واستئجار بيت له ليتزوج فيه، ووافق على خطبة الفتاة التي يريدها.
وقالت صحيفة “الشروق” الجزائرية إن الابن، المعروف بكثرة دلاله، تخرج من معهد التجارة الدولية بـمدينة “ابن عكنون” لكنه كان سيء الأخلاق، حيث لا يتردد في سب وشتم والديه، وحسبما صرح والد القتيل في إحدى جلسات محاكمته فإن ابنه كان لا يصوم رمضان و لا يتوانى عن السكر في هذا الشهر، وقال إن العلاقة ساءت بينه وبين ابنه عندما أراد الاخير أخذ خطيبته وقضاء أيام في تونس لكن والده رفض بشدة لأنه لم يدخل بها بعد، وخيّره بين نسيان الأمر أو اصطحاب والديها معه، وهو ما رفضه الابن.
ولما أصر الشاب على الزواج طلب منه الوالد التريث حتى ينال شهادة الماجستير، لكنه غضب وحاول ضرب والديه فأودعا شكوى ضده في قسم الشرطة لكنهما سرعان ما تنازلا عنها ليبدأ الابن باحضار الخمر ليسكر في المنزل، ولما قال له الوالد في إحدى المرات: حرام عليك هذا بيت قرآن حمل الشاب القرآن الكريم وبصق عليه ومزقه وردّد “أنا لا أومن بدينكم هذا”.
ويتابع الوالد سرد قصته قائلا إنه ثار بعد سماع كلام ابنه فأخرج بندقيته من الخزانة وطلب منه الخروج من المنزل والعودة بعد استعادة وعيه، ولما رد الابن بعبارات قاسية لم يدر الوالد كيف ضغط على الزناد لتخرج رصاصة مصوبة نحو الرجلين، لكن شظاياها أصابت عنق الشاب فقطعت شرايينه ليفارق الحياة.

Adakah Anda Hamba Allah Yang Allah Cintai


كيف تعرف ان الله يحبك ؟
1- اذا اعطاك الله الصلاح والتقوى والايمان فأنت ممن يحبهم الله تعالى قال صلى الله عليه وسلم 
Jika Allah memberi kebaikan, Taqwa dan Iman, anda menyukainya.
((ان الدنيا يعطيها الله من يحب ومن لا يحب لكن الدين لا يعطيه الله الامن يحب))
2- تيسير الطاعة فأذا وفقت للصلوات جماعة فأعلم ان الله يحبك
Anda menyukai Ketaatan kepada Allah SWT seperti solat berjamaah, tutup aurat dan lain-lain.
اذا وفقت لفعل الخيرات واكل الحلال فأعلم ان الله يحبك3- تعسير المعصية اذا ابعدك الله عن المعصية فأعلم ان الله يحبك
اذا ابعدك الله عن الحرام واكل الحرام فاعلم انه يحبك لكن اذا عصيت الله بعد ستره عليك الاولى والثانية
والثالثة فأعلم انك سقطت من عين الله فلا يبالي في أي واد هلكت 
Anda tidak suka melakukan maksiat kepada Allah SWT.
قال تعالى
(( حتى اذا فرحوا بما اوتوا اخذناهم بغتة فأذا هم مبلسون))الانعام
4- ذكر الله فمن احب شيء اكثر من ذكره فياعبد الله هل اكثرت من ذكر الله باليل والنهار لو كنت ممن
يكثر تلاوة القران فأنت ممن يحب الله 
Suka berzikir kepada Allah SWT. Orang-orang soleh dan Solehah sentiasa berzikir kerana merindui Allah SWT.
اهل المال ييحبون المال ولذلك يكثرون من ذكره لكن اهل الله هم اهل القران والذكر والايمان فبالله عليك
هل يعذب الله من كانوا اهله وخاصته وجلساء كتابه.
قال صلى الله عليه وسلم
(من سره ان يحب الله ورسوله فليقرأ في المصحف ) حسنه الالباني في صحيح الجامع ،وقال ذو النون :-
من شغل قلبه ولسانه بالذكر قذف الله في قلبه نور الشوق اليه وقال ابراهيم بن ادهم :
اعلى الدرجات ان يكون ذكر الله عندك احلى من العسل ، واشهى من الماء العذب الصافي عند العطشان
في اليوم الصائف.
5- من علامات حب الله للعبد ان يجعل جميع الناس تحبك ويوضع لك القبول في الارض
(أن الله اذا احب عبدا نادى يا جبريل اني احب فلانا فأحبه، فينادي جبريل في اهل السماء ان الله يحب فلانا فاحبوه) مسند الامام احمد عن ابي هريرة.

Manusia yang baik akan mencintai anda dan anda memiliki kedudukan di sisi dunia atau anda dimuliakan walaupun tidak berpangkat. sebaliknya orang yang berpangkat dan dibenci oleh orang-orang soleh dan solehah adalah anda orang yang dibenci oleh Allah SWT.
ما اجمل هذا الحب.. وما اجمل هذا الاعلان، لا يكتفي الله تبارك وتعالى ان يحب فلانا بل يعلن هذا الحب في السماوات. فيحبه جبريل ويحبه اهل السماء من انس وانبياء وملائكة ثم يحبه اتهل الارض..

من علامات حب الله حب القران وعلامة حب الله وحب القران حب النبي صلى الله عليه وسلم وعلامة حب النبي صلى الله عليه وسلم حب السنة وعلامة حب السنة حب الاخرة ومن علامة حب الاخرة بغض الدنيا وعلامة بغض الدنيا ان لا يأخذ منها الا زادا يبلغه الاخرة
6- حب المؤمنين فأنت تحب من يذكرك بالله تحب من يحبب الله في قلبك تحب من يحب الله وتكره من
يعادي الله ودين الله. 
Anda menyintai orang-orang mukmin dan menyayangi mereka yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah SWT.
قال تعالى
((انما وليكم الله ورسوله والذين امنوا الذين يقيمون الصلاة ويؤتون الزكاة وهم راكعون))المائدة
7- التقرب الى الله بالنوافل بعد الفرائض فهي التي توصل الى محبة الله وحفظة قال تعالى في الحديث

Anda  mendekatkan diri kepada  Allah dengan amalan-amalan sunat.

القدسي (( ولا يزال عبدي يتقرب الي بالنوافل حتى احبه فأذا احببته كنت سمعه الذي يسمع به وبصره الذييبصر به ويده التي يبطش بها ورجله التي يمشي عليها ولئن سألني لأعطينه ولئن أ ستعاذني لا عيذنه))
قال محمد الموصلي : ان القلب الذي يحب الله عزوجل يحب التعب والنصب لله وقال اخر افعل الخيرات
وتوصل الى الله بالحسنات وباد رالى محبته يسرع الى محبتك
8- قطع علائق الدنيا ، واخراج حب غير الله من القلب فإن القلب مثل الاناءلا يتسع الا لشيء واحد
Anda tidak menyintai dunia secara berlebihan, Matlamat anda adalah kebahagiaan di akhirat dan dunia hanyalah sekadar memenuhi keperluan hidup yang sederhana.

seperti keperluan tandas pada sebuah rumah:

  1. Tandas untuk qada’ hajat supaya selesa untuk beribadat kepada Allah.
  2. Berada dalam tandas sekadar keperluan untuk Qada’ hajat bukan selam-lamanya hidup dalam tandas..
  3. Rumah lebih bersih dan suci daripada tandas.
  4. Masuk kedalam tandas dengan cara dan syariat Islam.
  5. Tidak menjadikan tandas sebagai mahligai dalam kehidupan.
  6. Membuang perkara kotor kedalam tandas dan tidak mengotorkan rumah dengan najis dunia.
  7. Tandas adalah rumah syaitan, rumah orang mukmin adalah masjid.
  8. Bacalah Al-Quran didalam rumah supaya rumah tidak menjadi kubur yang gelap gelita.
  9. Jangan membaca Al-Quran dalam tandas atau jangan membaca Al-Quran di dalam majlis yang di hadiri oleh tentera-tentera syaitan.

((ما جعل الله لرجل من قلب في جوفه ))الاحزاب وترك معصيته تعصي الاله وانت تظهر حبه *** هذا لعمري في القياس بديع 
لو كان حبك صادقا لاطعته *** ان المحب لمن يحب مطيع
وأخيرا أسأل الله ان يخلص سرنا وجهرنا وضاهرنا وباطننا وان يجعلنا من اهل محبته

Agama Di Akhir Zaman Sentiasa Bertukar-Pagi Islam Petang Menjadi Kafir


http://upload.islam2all.com/Tempfiles/islam2all12637830832.jpg
Bersegeralah beramal soleh kerana fitnah akan berlaku seperti kegelapan malam, sehingga seseorang mukmin diwaktu pagi akan berubah menjadi kafir diwaktu petang, diwaktu petang bersifat mukmin dan menjadi kafir diwaktu pagi, sanggup menjual agama dan maruahnya dengan nilai-nilai dunia.
Semuanya telah berlaku dengan permainan dunia sekarang,  seseorang sanggup melakukan apa sahaja, asalkan mendapat duit, sanggup berlakon menjadi warak dan alim kerana mencari habuan dunia…  sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui, pasti Allah SWT mampu menilai harga keimanan seorang yang berlakon dengan Pejuang Islam yang sebenar.

150 Pelajar Palestin masih dalam tahanan kerajaan mesir

http://www.aljazeera.net/mritems/images/2009/6/2/1_918151_1_23.jpg
قالت مصادر طلابية فلسطينية إن نحو 150 طالبا فلسطينيا جميعهم من غزة يقبعون حاليا في السجون المصرية، في حملة اعتقالات مستمرة منذ خمسة أشهر.
Bahagian Hal Ehwal Pelajar Palestin mengeluarkan kenyataan bahawa seramai 150 pelajar Palestin masih ditahan di penjara-penjara mesir melebihi lima bulan. Mereka terdedah kepada penyeksaan kerana tidak mendapat perlindungan daripada badan-badan hak perikemnusiaan atau Palang Merah Dunia. .Pelajar yang ditahan tidak ada kaitan dengan pejuang-pejuang  Palestin.
وأفادت المصادر بأن الطلاب المعتقلين خضعوا لتحقيقات قاسية من قبل أجهزة أمن الدولة المصرية، ولم يحالوا إلى القضاء.
وناشدت المصادر السلطة الفلسطينية التدخل من أجل وقف تلك الحملة.
وبحسب تصريحات أوردتها وكالة قدس برس لمصادر امتنعت عن ذكر اسمها فإن "هؤلاء الطلاب يدفعون ثمن خلافات وممارسات سياسية لا ذنب لهم فيها".
ولفتت النظر إلى أن "الحملة كانت تقتصر على الاعتقال ومن ثم الترحيل إلى غزة، وهو أمر كان يتسبب بانهيار مستقبلهم، لكن الأمر حالياً تحول إلى اعتقال طويل دون محاكمات ومعاملة قاسية في السجن".

Gambar kekejaman dahsyat kerajaan mesir terhadap pejuang perikemanusiaan


http://www.aljazeera.net/mritems/images/2010/6/11/1_997394_1_34.jpg
Puluhan pejuang kemanusiaan yang mengadakan tunjuk perasaan di Iskandariah ditangkap oleh Polis  mesir dan diazab sehingga mereka mati dalam keadaan yang amat mengerikan.
تظاهر عشرات من ناشطي حقوق الإنسان في مصر أمام مراكز الشرطة بمدينة الإسكندرية للمطالبة بتقديم عناصر من الشرطة قتلوا مواطنا تحت التعذيب للمحاكمة.
وتعود وقائع القضية إلى يوم الأحد الماضي عندما اعتدى عنصران من الشرطة على الشاب خالد محمد سعيد لاعتراضه على تفتيشه دون مبرر.
وبحسب تقرير للمنظمة العربية لحقوق الإنسان في بريطانيا -حصلت الجزيرة نت على نسخة منه- فإن الشاب الضحية كان في مقهى للإنترنت عندما دخلت قوة من قسم شرطة سيدي جابر وطلبت تفتيش الموجودين.
ولدى اعتراض خالد على تفتيشه دون مبرر سحبه عناصر الشرطة إلى خارج المقهى واعتدوا عليه بالضرب المبرح حتى فقد وعيه، ثم حملوه إلى قسم الشرطة، وعادوا به بعد أن فارق الحياة ليلقوا به جثة هامدة أمام المقهى.
ولم يكن لخالد من ذنب –كما ورد في البيان- إلا أنه مواطن مصري بسيط ليس من أصحاب النفوذ، وكل ما يملكه هو عزة النفس، وبسبب مطالبته بحقه ورفضه لأن تنتهك حرمته الشخصية دفع حياته ثمنا للدفاع عن كرامته.
وانتقد البيان التعذيب في مصر الذي تطورت أساليبه "حيث يعلق المختطف كالذبيحة ويكوى بالنار ويجلد ويصعق بالكهرباء ويغتصب، ثم يرمى في الشارع لا يشفع له أنه إنسان".
وطالب البيان أصحاب القرار في العالم بالتدخل لدى الحكومة المصرية لوقف "التعذيب المنهجي والوحشي في السجون وأقسام الشرطة".

Kajian: Anak dari bapa lebih tua hadapi risiko lebih tinggi hidap limfoma




LOS ANGELES: Kanak-kanak yang dilahirkan kepada bapa lebih tua menghadapi risiko lebih besar menghadapi limfoma bukan tergolong dalam penyakit Hodgkin, menurut satu kajian terbaru.
Kajian berkenaan, yang didasarkan pada perangkaan 110,999 wanita di California, mendapati bahawa mereka yang dilahirkan kepada bapa-bapa yang sudah berusia melebihi 40 tahun mempunyai 59 peratus kemungkinan menghadapi risiko penyakit tersebut berbanding dengan mereka yang dilahirkan kepada bapa-bapa lebih muda daripada 25 tahun.Kajian yang dikeluarkan semalam di laman web Jurnal Epidemiologi Amerika itu adalah salah satu daripada kajian pertama menyiasat hubungan antara usia ibu bapa dan risiko kanak-kanak mereka yang sudah dewasa menghadapi limfoma bukan jenis Hodgkin, sejenis barah pada sistem darah dan pelalian manusia.Sedang usia lelaki semakin meningkat, mereka mungkin mengumpulkan mutasi dalam sel-sel pembiakannya, yang menambahkan risiko keabnormalan yang dipindahkan kepada anak-anak mereka, menurut kajian yang dijalankan oleh para pengkaji di pusat kajian dan rawatan City of Hope, di Duarte, Los Angeles.Dapatan itu menambah kepada bukti yang semakin meningkat bahawa usia seorang bapa mungkin mempunyai kesan penting kepada kesihatan anaknya, kata penulis kajian itu, Dr Yani Lu, seorang pengkaji di pusat kajian tersebut. -- Agensi.

Kasut berusia 5,500 tahun ditemui



KASUT berusia 5,500 tahun yang ditemui di sebuah gua di Armenia.
LONDON – Kasut kulit tertua di dunia yang wujud 1,000 tahun lebih awal berbanding Piramid di Giza, Mesir dan 400 tahun daripada usia batu Stonehenge di Britain telah ditemui di dalam sebuah gua di wilayah Vayotz Dzor, yang terletak di sempadan Armenia, Iran dan Turki.
Kasut berusia 5,500 tahun itu dijumpai oleh sepasukan arkeologi antarabangsa yang kemudian melaporkan penemuan itu pada kelmarin.
Ia diperbuat daripada sekeping kulit lembu dan mempunyai tali dan dibentuk untuk dipadankan dengan kaki si pemakainya.
Kasut itu berukuran 24.5 sentimeter (sm) panjang dan lebar 10sm dan diperbuat pada zaman Chalcolithic kira-kira 3,500 tahun Sebelum Masihi.
“Tidak diketahui sama ada kasut itu milik lelaki atau perempuan,” kata ketua pasukan penyelidik, Ron Pinhasi dari Universiti College Cork, Ireland.
Saiz kasut itu sepadan dengan saiz moden penduduk Eropah iaitu 37.
Keadaan kasut itu yang ditemui dalam keadaan elok turut dibantu oleh lantai gua yang diselaputi oleh najis biri-biri yang tebal.
- Reuters
kredit : kosmo.com.my

Pondok telefon jadi rumah


ATAS: Seorang wanita melihat sebuah pondok telefon yang didiami oleh seorang lelaki di Zhongshan, China baru-baru ini.GAMBAR KECIL: Seorang lelaki tidur dalam sebuah pondok telefon di Zhongshan, China baru-baru ini.

ZHONGSHAN, China – Seorang lelaki tidak berumah yang enggan bercakap dengan orang ramai ditemui tinggal di sebuah pondok telefon di sini sejak dua tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Lelaki itu menghiasi dinding pondok telefon tersebut dengan barang perhiasan rumah dan turut meletakkan sebuah bantal dan tilam supaya dia dapat tinggal dengan selesa baru-baru ini.
Wartawan tempatan menemui sisa makanan dan beberapa botol air yang disusun dengan kemas manakala baju lelaki itu disangkut pada bumbung pondok telefon.
“Dia tidur pada waktu siang dan keluar merayau-rayau waktu malam untuk mencari makanan,” kata seorang saksi. – Agensi
kredit : kosmo.com.my

Tapak Sejarah di israeil yang didakwa oleh yahudi sebagai rumah Nabi Isa a.s.

http://mechristian.files.wordpress.com/2009/12/house3_ap.jpg?w=397&h=529

http://mechristian.files.wordpress.com/2009/12/jesus_house.jpg?w=398&h=205&h=310
http://mechristian.files.wordpress.com/2009/12/house8_getty.jpg
http://mechristian.files.wordpress.com/2009/12/house4_ap.jpg
http://mechristian.files.wordpress.com/2009/12/house2_ap.jpg
http://mechristian.files.wordpress.com/2009/12/house6_getty.jpg
Gambar di atas adalah usaha yahudi mencari kediaman Nabi Isa a.s.
Walau apa pun usaha yahudi untuk mendekati Nabi Isa a.s.  namun tidak semesti dia membunuh umat Islam sebagai tanda menyebarkan agama yahudi, sepatutnya  mereka beriman dengan Nabi Muhammad dan sama-sama memakmurkan bumi Allah SWT.

Minda: Melahirkan ramai Kuok dan Krishnan

BARU-baru ini, majalah Forbes Asia menyenaraikan 40 individu terkaya Malaysia. Selain Syed Mokhtar Al Bukhary dan Azman Hashim yang terkenal dengan pencapaian bisnes membanggakan, kini terdapat tokoh baru seperti Kamarudin Meranun, Shahril dan Shahriman Shamsudin, Mokhzani Mahathir, Nazir Razak dan Abdul Hamed Sapawi.
Sejak beberapa tahun, senarai ini didahului dua individu iaitu Robert Kuok (dengan nilai aset RM39 bilion) dan Ananda Krishnan (RM26.3 bilion). Nilai harta mereka berdua hampir 40 peratus daripada jumlah keseluruhan kekayaan 40 individu dalam senarai itu. Ia juga lebih 20 kali ganda purata nilai harta milik 38 orang dalam senarai yang sama. Nilai kekayaan semua 40 bilionair terbabit berjumlah RM171.2 bilion, bersamaan 25.2 peratus nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada akhir 2009. Ini bermakna terdapat ketidakseimbangan agihan dan konsentrasi nilai harta kekayaan yang sangat ketara dan perbezaan antara 40 individu terkaya dengan warga Malaysia yang lain semakin terus melebar. Kuok dikenali usahawan disegani bukan saja di Malaysia, malah di peringkat antarabangsa. Berasal dari Johor Bahru, beliau berniaga sejak 1949, iaitu lebih 60 tahun dulu, menerusi syarikat milik keluarga, Kuok Brothers Limited (istilah Sdn Bhd dipakai selepas merdeka).
Syarikat milik keluarga ini bermula dengan mengimport dan mengedar beras, tepung gandum dan gula. Ia kemudian berkembang ke bidang perladangan getah dan kelapa sawit, diikuti hartanah dan perhotelan. Kini bisnes Robert Kuok meningkat mencapai tahap multinasional dengan sebahagian besar kepentingannya beroperasi dari China, Hong Kong dan Singapura. Krishnan pula mula menempa nama sebagai usahawan berjaya menerusi penglibatannya dalam bisnes petroleum. Beliau juga berjaya menerokai dan mendahului bisnes TV satelit Astro dan telekomunikasi Maxis. Melihat kepada harta kekayaan 40 individu ini, kita pasti sedar betapa jauhnya antara mereka yang berada di puncak hierarki dengan mereka yang berada di bawah. Perangkaan daripada perancangan Model Ekonomi Baru (MEB), menunjukkan 80 peratus daripada warga Malaysia berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan.

Daripada jumlah ini, 40 peratus mencatatkan pendapatan isi rumah kurang RM1,500 sebulan. Sebahagian besar mereka yang tergolong dalam kategori ‘miskin relatif’ ini tidak terlibat dalam bisnes. Kalaupun terlibat, mereka adalah peniaga dan pengusaha kecil dan sederhana atau mereka yang bekerja makan gaji dengan sektor bisnes. Mungkin reaksi pertama kita adalah tidak adilnya sistem ekonomi yang jelas memihak kepada golongan kaya. Mereka yang kaya akan bertambah kaya, sedangkan yang lain tercabar oleh kesempitan hidup. Mereka yang berada di peringkat paling bawah ‘piramid kehidupan’ ini pula terpaksa hidup ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.

Sekalipun sukar diterima, hakikat ini sering saya tonjolkan dalam siri ceramah kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara sebagai motivasi agar mereka meminati bisnes dan menjadikannya kerjaya pilihan. Kerap saya menaruh harapan agar lebih ramai generasi muda berjaya mengikuti jejak langkah usahawan berjaya seperti Kuok dan Krishnan. Andai ingin kaya seperti mereka, tiada jalan lain perlu diambil selain daripada berniaga. Sejarah hidup usahawan berjaya seperti mereka harus dikaji. Usahawan seperti ini bermula dari bawah dan berjaya berkat kesungguhan mereka berkorban masa, tenaga dan usia untuk membina kehidupan sejak remaja dengan mengenepikan kesenangan dan kelapangan sementara. Sesungguhnya, usahawan biasa ramai. Namun, untuk mencari seperti Kuok dan Krishnan yang membawa impak besar terhadap pertumbuhan ekonomi negara serta mempengaruhi kehidupan ramai warga Malaysia hanya satu dalam sejuta! Kita sebenarnya harus bersyukur orang seperti mereka hadir di kalangan kita kerana mereka banyak menyumbang kepada kemakmuran negara sama ada secara langsung atau tidak langsung. Bisnes mereka mewujudkan lebih banyak peluang kerja, menambah nilai ekonomi, sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi negara. Tanpa usahawan berjaya, negara akan ketinggalan dalam persaingan di pasaran dunia. Ekonomi negara akan lebih didominasi kepentingan bisnes asing, termasuk daripada kalangan korporat multinasional milik bangsa pernah menjajah kita.

Saya juga tegaskan supaya kita tidak seharusnya marah atau dengki dengan usahawan seperti Kuok dan Krishnan. Semua sifat ini akan membunuh usaha melahirkan lebih ramai usahawan berjaya seperti mereka. Bagi masyarakat Melayu, hasad dengki ini seolah-olah sebati dengan mereka. Apabila melihat orang lain berjaya, maka dilakukan pelbagai perkara untuk menjatuhkannya. Inilah sikap yang perlu kita tangani terlebih dulu jika ingin melihat bangsa dan negara terus maju. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “Hasad dengki itu memakan kebajikan sebagaimana api memakan kayu api.” (Riwayat Abu Daud) Ringkasnya, mengapa tidak kita tiru semangat bangsa lain yang saling bantu membantu untuk lebih berjaya? Di kalangan orang Cina dan Jepun, terdapat institusi yang memainkan peranan penting dalam menyokong bisnes mereka hingga berjaya. Melayu-Muslim juga perlu mencontohi mereka dan bukan mengikut kaedah nafsu-nafsi, seperti ‘enau melepaskan pucuk masing-masing’. Kini, persoalan lebih besar yang perlu diberi perhatian dalam kita merancang pertumbuhan ekonomi seterusnya, khasnya menerusi MEB, ialah dua isu berikut: Pertama, bagaimana boleh segera kita tentukan supaya lebih ramai remaja diberi peluang untuk membina bisnes sampai ke tahap jutawan dan bilionair. Kedua, yang lebih penting ialah bagaimana melindungi kepentingan 80 peratus masyarakat berpendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan supaya mereka terbela, terpelihara kepentingan, mendapat seluas mungkin peluang memperbaharui kedudukan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup. Adakah mereka akan kekal di peringkat paling bawah piramid itu? Kalau pun bukan mereka, ruang dan peluang harus dibuka supaya anak cucu mereka yang berbakat bisnes mendapat peluang sama seperti diperoleh Kuok, Krishnan dan Syed Mokhtar. Dengan demikian, sangat penting MEB memastikan sistem ekonomi kapitalis yang cenderung memilih kasih kepada yang kaya direformasi supaya dapat turut membuka peluang dan memberi akses laluan kepada anak petani dan nelayan, anak kerani, pekerja kilang dan pelayan pejabat. Semua mereka tidak harus dihindarkan daripada prospek menjadi jutawan. Tegasnya, MEB perlu membina persekitaran supaya tiada sesiapa daripada kalangan remaja yang berbakat dan bersedia bekerja kuat dipinggirkan, cuma kerana mereka tidak mempunyai modal atau tidak mendapat akses kepada sokongan jaringan bisnes dan korporat yang didominasi golongan tertentu. Lebih penting lagi, kita perlu segera membentuk sistem institusi dan membina jaringan bisnes dan korporat Melayu-Muslim untuk membantu usahawan dan ahli perniagaan di kalangan mereka serta mempercepat proses menjayakan bisnes masing-masing untuk kepentingan bersama.
>Penulis ialah Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation merangkap Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia.www.businessjihad.com