Pages

Friday, August 7, 2015

Wanita telan sedozen paku



Memetik NetEase News, keluarganya berkata, wanita itu mampu menelan sedozen paku dengan hanya sekali telan.

Wanita tersebut kini telah menjalani tiga pembedahan berasingan dan menurut doktor, hampir 2 paun paku berjaya dikeluarkan dari perut wanita itu.

"Jika sebatang paku mempunyai berat 1 gram, ini bermakna wanita itu menelan 900 paku dan makan lebih dari sebatang paku sehari," katanya.

Tabiat pemakanan ini bagaimanapun tidak menjejaskan kesihatan dan organ wanita itu setakat ini.

Imbasan xray menunjukkan paku dalam perut wanita berkenaan.

Wanita tidak sedar kandungkan janin selama 60 tahun



AGENSI - imbasan X-ray menunjukkan janin yang terdapat dalam rahim Meléndez.


LA BOCA, Chile – Doktor yang merawat seorang wanita tua berusia 91 tahun di sini mendapati warga emas itu sebenarnya hamil sejak lebih 60 tahun lalu.
Pegawai perubatan yang merawat Estela Meléndez menemui janin itu selepas melakukan imbasan X-ray ke atas abdomen wanita berkenaan.
Doktor sebelum itu memberitahu Meléndez bahawa dia memerlukan pembedahan kerana terdapat satu ketumbuhan di dalam perutnya.
Para pegawai perubatan bagaimanapun terkejut apabila mendapati ketumbuhan itu sebenarnya janin yang telah berada di rahim wanita itu selama lebih enam dekad.
“Sepanjang berkahwin saya tidak dikurniakan anak sehingga membuatkan kami hidup merana,” kata Meléndez.
Suami Meléndez meninggal dunia pada Januari lepas pada usia 91 tahun. Doktor pada awalnya merancang untuk membuang janin tersebut tetapi menyatakan operasi pembedahan melibatkan seorang wanita 91 tahun adalah lebih berisiko berbanding membiarkannya di dalam kandungan. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0807&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3i50xWne9 
Hakcipta terpelihara 

Meluncur di ‘udara’


Lexus hasilkan papan luncur mampu ‘terbang’

papan selaju futuristik atau `hoverboard yang mampu terbang
BARCELONA 6 Ogos - Syarikat kereta jenama mewah, Lexus didakwa berjaya menghasilkan papan luncur futuristik atau ‘hoverboard’ yang mampu terbang menerusi satu klip video demonstrasi yang kini tersebar meluas di Internet.
Teknologi baharu menyamai saiz papan luncur sebenar dan pernah ditunjukkan dalam filem Back to the Future II itu diperkenalkan dalam satu demonstrasi yang diadakan di sebuah taman papan luncur khas di Barcelona, Sepanyol.
Bagaimanapun, hoverboard diberi nama ‘Slide’ yang berukuran 75 sentimeter (cm) panjang dengan berat 11.5 kilogram dan mampu terbang setinggi 5 cm itu hanya boleh digunakan di trek khas dan agak sukar untuk dikendalikan.
Slide yang hanya mampu menampung berat sehingga 199 kilogram, boleh digunakan secara maksimum selama 30 minit.
Video promosi yang dimuatnaik di laman perkongsian video YouTube oleh syarikat itu memaparkan aksi pemain papan luncur profesional, Ross McGouran menaiki hoverboard berkenaan di sekitar taman khas di Barcelona.
Pada video pertama demonstrasi teknologi itu, Lexus enggan mendedahkan kepada umum bagaimana Slide berfungsi.
Bagaimanapun, cara Slide berfungsi didedahkan dalam video kedua.
Jelas Lexus, hoverboard itu terapung hasil operasi cecair nitrogen yang digunakan untuk menyejukkan superkonduktor sehingga 321 darjah di bawah paras beku supaya teknologi itu boleh menolak magnet daripada logam yang terdapat di bawah trek sekali gus menjadikannya terapung.
“Tidak ada perkara yang mustahil. Apa yang perlu adalah memikirkan bagaimana untuk melakukannya,’’ kata Ketua Jurutera Lexus, Haruhiko Tanahashi.
Sementara itu, Lexus masih enggan untuk mendedahkan butiran tentang Slide dapat dipasarkan apatah lagi harganya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/meluncur-di-8216-udara-8217-1.121416#sthash.p1t5Rozo.dpuf