Solat Hajat penuh sesak di Stadium Melawati
SHAH ALAM, 9 Jun: Lebih 30 ribu rakyat berhimpun dalam Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana anjuran PAS Pusat yang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan menegakkan kebenaran dalam negara ini.
Ramai kalangan pimpinan Pakatan Rakyat hadir antaranya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan Keadilan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Selepas majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjamaah di tengah arena diimamkan oleh Ustaz Abdul Hadi, tazkirah disampaikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.
Solat Isyak dan Solat Hajat Perdana diimamkan oleh Ustaz Hadi juga dengan harapan agar Allah SWT. menyelamatkan Malaysia dan Selangor termasuk isu ketidak-adilan yang berlaku di dalam perbicaraan Datuk Seri Anwar.
Laungan takbir Allahu Akbar berkumandang bagi menyemangati semula suasana himpunan perjuangan Islam yang sememangnya merupakan sumber kekuatan gerakan umat Islam dalam negara selama ini.
Majlis dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dimulakan dengan ucapan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku pengarah program, setakat ini, Tan Sri Khalid dan Tuan Guru Presiden sudah pun berucap.
Sunday, January 9, 2011
Solat Hajat penuh sesak di Stadium Melawati
Khasiat Surah Al-Waqiah
aalwi.
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.
Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:
- Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
- Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
- Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
- Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
- Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
- Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya
- Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
- Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
- Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.
KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT
Kehidupan Satu Perjalanan......: KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT: "
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid.
Fikir-fikirkanlah...sebelum keluar rumah.."

Kapal mewah dikawal iPad
SH: "
BERLIN - Satu perisian baru yang dicipta syarikat perkapalan Jerman dapat memberikan penumpang kawalan penuh terhadap keseluruhan kapal layar - kecuali sistem pengkemudian - hanya dengan menggunakan gajet iPad.
Penumpang kapal dapat mengawal peralatan hiburan dan suhu serta suasana di atas kapal, termasuk keadaan langsir dan lampu melalui sentuhan pada iPad, iaitu peranti keluaran syarikat teknologi Apple.
Kapten kapal akan memberikan sebuah iPad kepada setiap penumpang supaya perjalanan dapat disesuaikan dengan kehendak pelanggan melalui kawalan mereka sendiri.
Dengan bayaran sebanyak AS$850,000 (RM2.6 juta) untuk perjalanan selama seminggu, penumpang dapat menukarkan gimnasium di atas kapal menjadi lantai tarian, selain dimanjakan dengan mandian pancur aromaterapi.
Kapal layar mewah pertama yang menggunakan teknologi itu, Solemates, kini sedang membawa penumpang pertama, iaitu artis terkenal, P Diddy bersama keluarganya."

Air mata wanita buat lelaki jauhkan diri
SH: "
REHOVOT - Air mata kesedihan seorang wanita didakwa mempunyai kandungan bahan kimia yang mampu membuatkan lelaki menjauhkan diri melalui deria bau.
Dalam satu eksperimen yang pertama kali dijalankan, pasukan penyelidik dari Institut Sains Weizmann, Israel mengarahkan sekumpulan lelaki menghidu bau air mata sebelum menjawab satu soal selidik.
'Sesuatu yang mengejutkan apabila kami mendapati terdapat perubahan, iaitu penurunan dalam keinginan seksual lelaki selepas menghidu air mata wanita,' menurut pasukan itu.
Saintis mengumpul air mata wanita yang menonton filem sedih bagi menjalankan ujian itu, di mana peserta lelaki diarah mengukur kadar tarikan seksual beberapa wanita semasa sedang menghidu air mata.
Hasil ujian menunjukkan kadar tarikan seksual menurun apabila lelaki menghidu air mata peserta wanita."

Penyu berenang dalam satu garisan lurus
SH: "
LONDON - Haiwan ini memang terkenal dengan kemampuan berenang sehingga ribuan kilometer dan menyeberangi lautan berombak.
Tetapi sehingga hari ini, tidak ramai yang sedar kebolehan luar biasa penyu dalam pengemudian arah.
Penyu betina dewasa dilaporkan mampu berenang sehingga ribuan kilometer di lautan dalam satu garisan lurus, menurut kajian terbaru sepasukan saintis dari Universiti Exeter, Britain.
Haiwan itu didapati mampu melakukan perjalanan jarak jauh dari Afrika Tengah ke Amerika Selatan menggunakan laluan paling pendek dengan keupayaan semulajadinya, menewaskan teknologi kapal layar tercanggih dunia.
Kemampuan penyu untuk berenang ribuan kilometer dalam satu garisan lurus masih menjadi misteri tetapi kebanyakan saintis berpendapat haiwan itu menggunakan gabungan penglihatan - berdasarkan kedudukan bintang dan matahari - dan medan magnetik bumi bagi mengemudi arah laluan.
Kajian selama lima tahun itu menunjukkan penyu betina melakukan perjalanan sejauh 7,560 kilometer merentasi lautan Atlantik dan mengambil masa selama 150 hari."

Hotel mewah ala Burj Khalifa di China
Utusan Malaysia Online - Luar Negara
BEIJING 8 Jan. - Pihak berkuasa Beijing merancang untuk membina sebuah hotel tujuh bintang bermodelkan bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa di Dubai dalam satu projek bersama Arab Saudi yang bernilai AS$1.3 bilion (RM4.03 bilion).
Akhbar Beijing Morning Post yang memetik satu mesyuarat perwakilan melaporkan, hotel berkenaan akan dibina di daerah Mentougou, yang terletak kira-kira 30 kilometer dari ibu negara China.
Seorang pegawai daerah yang enggan dikenali mengesahkan projek tersebut dan kos yang diperlukan.
Beliau berkata, pihak Arab Saudi dijangka menanggung semua kos pembinaan itu.
Beliau bagaimanapun enggan memberikan maklumat lain seperti mengapa kawasan luar bandar yang masih belum dimajukan dipilih.
Akhbar tersebut berkata, bangunan itu akan direka mengikut bentuk Burj Khalifa setinggi 828 meter tetapi ia tidak menyatakan ketinggian struktur yang dirancang.
Klasifikasi tujuh bintang tidak diiktiraf pada peringkat antarabangsa kerana tiada badan rasmi yang menganugerahkan lebih daripada lima bintang tetapi terdapat sejumlah hotel mewah yang menggunakannya.
Antara hotel yang menggunakan klasifikasi tujuh bintang selain Burj Al Arab di Dubai ialah Pangu 7 Star Hotel, Beijing yang terletak berdekatan stadium semasa penganjuran Olimpik 2008.
Pengumuman projek tersebut dibuat ketika China cuba mengurangkan pembinaan bertaraf tinggi dan membina perumahan mampu milik ekoran perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat berikutan kenaikan harga hartanah. - AFP

Abdullah bin Ummi Maktum
Abdullah bin Ummi Maktum
Siapakah laki-laki itu, yang kerananya Nabi yang mulia mendapat teguran dari langit dan menyebabkan beliau sakit? Siapakah dia, yang kerana peristiwanya Jibril al-Amin harus turun membisikkan wahyu Allah ke dalam hati Nabi yang mulia? Dia tidak lain adalah Abdullah bin Ummi Maktum, muazzin Rasulullah.
Abdullah Ummi Maktum, orang Mekah suku Quraisy. Dia mempunyai ikatan keluarga dengan Rasulullah saw., yakni anak paman ummul mukminin Khadijah binti Khuwailid r.a. Bapaknya Qais bin Zaid, dan ibunya Atikah binti Abdullah. Ibunya bergelar “ummi maktum”, kerana anaknya, Abdullah, lahir dalam kedaan buta total.
Ketika cahaya Islam mulai memancar di Mekah, Allah melapangkan dada Abdullah bin Ummi Maktum menerima agama baru itu. Kerana itu, tidak diragukan lagi dia termasuk kelompok yang pertama-tama masuk Islam. Sebagai muslim kelompok pertama, Abdullah turut menanggung segala macam suka dan duka kaum muslimin di Mekah ketika itu. Dia turut menderita siksaan kaum Quraisy seperti yang diderita kawan-kawannya seagama, berupa penganiayaan dan berbagai macam tindak kekerasan lainnya. Tetapi, apakah kerana tindak kekerasan itu lantas Ibnu Ummi Maktum menyerah? Tidak?! Dia tidak pernah mundur dan tidak lemah iman. Bahkan, dia semakin teguh berpegang pada agama Islam dan kitab Allah (Alquran). Dia semakin rajin mempelajari syariat Islam dan sering mendatangi majlis Rasulullah.
Begitu rajin dan rakusnya dia mendatangi majlis Rasulullah, menyimak dan menghafal Alquran, sehingga tiap waktu senggang selalu diisinya, dan setiap kesempatan yang baik selalu direbutnya. Kerana rewelnya, dia beruntung memperoleh apa yang diinginkan dari Rasulullah, disamping keuntungan bagi yang lain-lain juga.
Pada masa permulaan tersebut, Rasulullah saw. sering mengadakan dialog dengan pemimpin-pemimpin Quraisy, seraya mengharap semoga mereka masuk Islam. Pada suatu hari beliau bertatap muka dengan ‘Utbah bin Rabi’ah, Syaibah bin Rabi’ah, ‘Amr bin Hisyam alias Abu Jahal, Umayyah bin Khalaf dan Walid bin Mughirah, ayah Saifullah Khalid bin Walid.
Rasulullah berunding dan bertukar pikiran dengan mereka tentang Islam. Beliau sangat ingin mereka menerima dakwah dan menghentikan penganiayaan terhadap para sahabat beliau. Sementara, beliau berunding dengan sungguh-sungguh, tiba-tiba Abdullah bin Ummi Maktum datang mengganggu minta dibacakan kepada ayat-ayat Alquran. Kata Abdullah, “Ya Rasulullah, ajarkanlah kepadaku ayat-ayat yang telah diajarkan Allah kepada Anda!”
Rasulullah terlengah memperdulikan permintaan Abdullah. Bahkan, beliau agak acuh terhadap interupsinya itu. Lalu beliau membelakangi Abdullah dan melanjutkan pembicaraan dengan para pemimpin Quraisy tersebut. Mudah-mudahan dengan Islamnya mereka, Islam bertambah kuat dan dakwah bertambah lancar. Selesai berbicara dengan mereka, Rasulullah saw. bermaksud pulang. Tetapi, tiba-tiba penglihatan beliau menjadi gelap dan kepala beliau terasa sakit seperti kena pukul. Kemudian, Allah mewahyukan firman-Nya kepada beliau, “Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana seorang buta datang kepadanya. Tahukah kamu, barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa), atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberikan manfaat kepadanya? Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya. Padahal, tidak ada (celaan) atasmu kalau mereka tidak membersihkan diri (beriman). Adapun orang yang datang kepadamu dengan bergegas (untuk mendapatkan pengajaran), sedangkan ia takut kepada (Allah), maka kamu mengabaikannya. Sekali-kali jangan (begitu)! Sesungguhnya ajaran itu suatu peringatan. Maka siapa yang menghendaki, tentulah ia memperbaikinya. (Ajaran-ajaran itu) terdapat di dalam kitab-kitab yang dimuliakan, yang ditinggikan lagi disucikan, di tangan para utusan yang mulia lagi (senantiasa) berbakti.” (Abasa: 1 — 6).
Enam belas ayat itulah yang disampaikan Jibril al-Amin ke dalam hati Rasulullah saw. sehubungan dengan peristiwa Abdullah bin Ummi Maktum, yang senantiasa dibaca sejak diturunkan sampai sekarang, dan akan terus dibaca sampai hari kiamat.
Sejak hari itu Rasulullah saw. tidak lupa memberikan tempat yang mulia bagi Abdullah apabila dia datang. Beliau menyilakan duduk di tempat duduknya, beliau tanyakan keadaannya, dan beliau penuhi kebutuhannya. Tidaklah heran kalau beliau memuliakan Abdullah sedemikian rupa, bukankah teguran dari langit itu sangat keras!
Tatkala tekanan dan penganiayaan kaum Quraisy terhadap kaum muslimin semakin berat dan menjadi-jadi, Allah SWT mengizinkan kaum muslimin dan Rasul-Nya hijrah. Abdullah bin Ummi Maktum bergegas meninggalkan tumpah darahnya untuk menyelamatkan agamanya. Dia bersama-sama Mush’ab bin Umair, sahabat-sahabat Rasul saw. yang pertama-tama tiba di Madinah. Setibanya di Yatsrib (Madinah), Abdullah dan Mush’ab segera berdakwah, membacakan ayat-ayat Alquran dan mengajarkan pengajaran Islam.
Setelah Rasulullah saw. tiba di Madinah, beliau mengangkat Abdullah bin Ummu Maktum serta Bilal bin Rabah menjadi muadzdzin Rasulullah. Mereka berdua bertugas meneriakkan kalimah tauhid (azan) lima kali sehari semalam, mengajak orang banyak beramal saleh dan mendorong masyarakat merebut kemenangan. Apabila Bilal azan, Abdullah Qamat; Abdullah azan, Bilal qamat.
Dalam bulan Ramadhan tugas mereka bertambah. Bilal azan tengah malam membangunkan kaum muslimin untuk makan sahur dan Abdullah azan ketika fajar menyingsing, memberi tahu kaum muslimin waktu imsak sudah masuk, agar menghentikan makan dan minum dan segala yang membatalkan puasa.
Untuk memuliakan Abdullah bin Ummi Maktum, beberapa kali Rasulullah mengangkatnya menjadi wali kota Madinah menggantikan beliau apabila meninggalkan kota. Tujuh belas kali jabatan tersebut dipercayakan beliau kepada Abdullah. Salah satu di antaranya ketika meninggalkan kota Madinah untuk membebaskan kota Mekah dari kekuasaan kaum musyrikin Quraisy.
Setelah perang Badar, Allah menurunkan ayat-ayat Alquran, mengangkat derajat kaum muslimin yang pergi berperang fi sabilillah. Allah melebihkan derajat mereka yang pergi berperang atas orang-orang yang tidak pergi berperang, dan mencela orang yang tidak pergi karena ingin bersantai-santai. Ayat-ayat tersebut sangat berkesan di hati Abdullah Ummi Maktum. Tetapi, baginya sukar mendapatkan kemuliaan tersebut karena dia buta. Lalu dia berkata kepada Rasulullah, “Ya Rasulullah! Seandainya saya tidak buta, tentu saya pergi perang.” Kemudian, dia memohon kepada Allah dengan hati yang penuh tunduk semoga Allah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan tentang orang-orang yang cacat (uzur) seperti dia, tetapi hati mereka ingin sekali hendak berperang. Dia senatiasa berdoa dengan segala kerendahan hati. Dia berkata, “Wahai Allah! Turunkanlah wahyu mengenai orang-orang yang uzur seperti aku!” Tidak berapa lama, kemudian Allah SWT memperkenankan doanya.
Zaid bin Tsabit, sekretaris Rasulullah saw. yang bertugas menuliskan wahyu, menceritakan, “Aku duduk di samping Rasulullah saw. Tiba-tiba beliau diam, sedangkan paha beliau terletak di atas pahaku. Aku belum pernah merasakan beban yang paling berat melebihi berat paha Rasulullah ketika itu. Sesudah beban berat yang menekan pahaku hilang, beliau bersabda, “Tulis, hai zaid!” Lalu aku menuliskan, “Tidak sama orang-orang mukmin yang duduk (tidak turut berperang) dengan pejuang-pejuang yang berjihad fi sabilillah.” (An-Nissa’: 95).
Ibnu Ummi Maktum berdiri seraya berkata, “Ya Rasulullah, bagaimana dengan orang-orang yang tidak sanggup pergi berjihad (berperang) karena cacat?” Selesai pertanyaan Abdullah, Rasulullah saw. terdiam dan paha beliau menekan pahaku, seolah-olah aku menanggung beban berat seperti tadi. Setelah beban berat itu hilang, Rasulullah saw. berkata, “Cuba, baca kembali yang telah engkau tulis!” Aku membaca, “Tidak sama orang-orang mukmin yang duduk (tidak turut berperang)” Lalu kata beliau, “Tulis!” “Kecuali bagi orang-orang yang tidak mampu.”
Maka, turunlah pengecualian yang ditunggu-tunggu Ibnu Ummi Maktum. Meskipun Allah SWT telah memaafkan Ibnu Ummi Maktum dan orang-orang yang uzur seperti dia untuk tidak berjihad, dia enggan bersantai-santai beserta orang-orang yang tidak turut berperang. Dia tetap membulatkan tekad untuk turut berperang fi sabiilillah. Tekad itu timbul dalam dirinya, karena jiwa yang besar tidak dapat dikatakan besar, kecuali bila orang itu memikul pula pekerjaan yang besar. Maka, karena itu dia sangat gandrung untuk turut berperang dan menetapkan tugasnya sendiri untuk berperang dan menetapkan sendiri tugasnya di medan perang.
Katanya, “Tempatkan saya antara dua barisan sebagai pembawa bendera. Saya akan memegangnya erat-erat untuk kalian. Saya buta, karena itu saya pasti tidak akan lari.”
Tahun ke empat belas hijriyah, khalifah Umar bin Khaththab memutuskan akan memasuki Persia dengan perang yang menentukan, untuk menggulingkan pemerintah yang dzalim dan menggantinya dengan pemerintahan Islam yang demokratis dan bertauhid. Umar memerintahkan kepada setiap gubernur dan pembesar dalam pemerintahannya. “Jangan ada seorang jua pun yang ketinggalan dari orang-orang yang bersenjata, atau orang yang mempunyai kuda, atau yang berani atau yang berpikiran tajam, melainkan hadapkan semuanya kepada saya sesegera mungkin!”
Maka, berkumpullah kaum muslimin di Madinah dari segala penjuru, memenuhi panggilan khalifah Umar bin Khaththab. Di antara mereka terdapat seorang prajurit buta, yaitu Abdullah bin Ummi Maktum. Khalifah Umar mengangkat Sa’ad bin Abu Waqqash menjadi panglima pasukan yang besar itu. Kemudian, khalifah memberikan instruksi-instruksi dan pengarahan kepada Sa’ad.
Setelah pasukan besar itu sampai di Qadisiyyah, Abdullah bin Ummi Maktum memakai baju besi dan perlengkapan yang sempurna. Dia tampil sebagai pembawa bendera kaum muslimin dan berjanji akan senantiasa mengibarkannya atau mati di samping bendera itu.
Pada hari ketiga perang itu, perang berkecamuk dengan hebat, yang belum pernah disaksikan sebelumnya. Kaum muslimin berhasil memenangkan perang tersebut dengan kemenangan paling besar yang belum pernah direbutnya. Maka, pindahlah kekuasaan kerajaan Persia yang besar ke tangan kaum muslimin, dan runtuhlah mahligai yang termegah. Berkibarlah bendera tauhid di bumi penyembah berhala itu.
Kemenangan yang meyakinkan itu dibayar dengan darah dan jiwa dan ratusan para syuhada. Di antara mereka yang syahid itu terdapat Abdullah bin Ummi Maktum yang buta. Dia ditemukan terkapar di medan tempur berlumuran darah syahidnya, sambil memeluk darah kaum muslimin.
Sumber: Shuwar min Hayaatis Shahabah, Dr. Abdurrahman Ra’fat Basya
Khaulah Binti Tsa’labah (Wanita Yang Aduannya Didengar Allah Dari Langit Ketujuh)
Khaulah Binti Tsa’labah (Wanita Yang Aduannya Didengar Allah Dari Langit Ketujuh) « Koleksi Soal Jawab Agama
Khaulah Binti Tsa’labah (Wanita Yang Aduannya Didengar Allah Dari Langit Ketujuh)
Beliau adalah Khaulah binti Tsa`labah bin Ashram bin Fahar bin Tsa`labah Ghanam bin ‘Auf. Beliau tumbuh sebagai wanita yang fasih dan pandai. Beliau dinikahi oleh Aus bin Shamit bin Qais, saudara dari Ubadah bin Shamit r.a yang mana beliau menyertai perang Badar dan perang Uhud dan mengikuti seluruh perperangan yang disertai Rasulullah saw. Dengan Aus inilah beliau melahirkan anak lelaki yang bernama Rabi`.
Pada suatu hari, Khaulah binti Tsa`labah melihat suaminya Aus bin Shamit di dalam keadaan bermasalah yang membuat Aus marah, dia berkata, “Bagiku engkau ini seperti punggung ibuku.” Kemudian Aus keluar setelah menyebutkan perkataan tersebut dan duduk bersama orang-orang beberapa lama lalu dia masuk dan ingin melakukan hubungan seksual bersama isterinya, Khaulah. Akan tetapi, oleh kerana kesedaran hati dan kehalusan perasaan, maka Khaulah menolak untuk bersama suaminya sehingga hingga jelas hukum Allah terhadap kejadian yang baru pertama kali terjadi di dalam sejarah Islam. Khaulah berkata, “Tidak…jangan! Demi yang jiwa Khaulah berada di tangan-Nya, engkau tidak boleh menjamahku kerana engkau telah mengatakan sesuatu yang telah engkau ucapkankan terhadapku sehingga Allah dan Rasul-Nya lah yang memutuskan hukum tentang peristiwa yang menimpa kita.”
Kemudian Khaulah keluar menemui Rasulullah saw, lalu dia duduk di hadapan beliau dan menceritakan peristiwa yang menimpa di antara dirinya dan suaminya. Khaulah berkeinginan untuk meminta fatwa dan berdialog dengan nabi tentang urusan tersebut. Rasulullah saw bersabda, “Kami belum pernah mendapatkan perintah berkenaan urusanmu tersebut… aku tidak melihat melainkan engkau sudah haram baginya.”
Wanita mukminah ini mengulangi perkatannya dan menjelaskan kepada Rasulullah saw apa yang akan menimpa dirinya dan anaknya jika dia wajib bercerai dengan suaminya, namun rasulullah saw tetap menjawab, “Aku tidak melihat melainkan engkau telah haram baginya”.
Sesudah itu wanita mukminah ini senantiasa mengangkat kedua tangannya ke langit sedangkan di hatinya tersimpan kesedihan dan kesusahan. Kedua matanya asyik menitiskan air mata dan semacam ada penyesalan, maka beliau menghadap kepada Yang tidak akan rugi sesiapapun yang berdoa kepada-Nya. Beliau berdo’a, “Ya Allah sesungguhnya aku mengadu kepada-Mu tentang peristiwa yang menimpa diriku”.
Alangkah bagusnya seorang wanita mukminah seperti Khaulah, beliau berdiri di hadapan Rasulullah saw dan berdialog untuk meminta fatwa, adapun istighatsah (meminta pertolongan) dan mengadu tidak ditujukan melainkan kepada Allah Ta`ala. Ini adalah bukti kejernihan iman dan tauhidnya yang telah dipelajari oleh para sahabat daripada Rasulullah saw.
Tiada henti-hentinya wanita ini berdo`a sehingga suatu ketika Rasulullah saw pengsan sebagaimana kebiasaannya beliau akan pengsan tatkala menerima wahyu. Kemudian setelah Rasulullah saw sedar kembali, beliau bersabda, “Wahai Khaulah, sungguh Allah telah menurunkan al-Qur`an tentang dirimu dan suamimu kemudian beliau membaca firman-Nya (ertinya), 1. Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan Yang bersoal jawab denganmu (Wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara Yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
2. Orang-orang Yang “ziharkan” isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang Yang bersalah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan Yang melahirkan mereka. dan Sesungguhnya mereka (dengan melakukan Yang demikian) memperkatakan suatu perkara Yang mungkar dan dusta. dan (ingatlah), Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
3. Dan orang-orang Yang “ziharkan” isterinya, kemudian mereka berbalik dari apa Yang mereka ucapkan (bahawa isterinya itu haram kepadaNya), maka hendaklah (suami itu) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur. Dengan hukum Yang demikian, kamu diberi pengajaran (supaya jangan mendekati perkara Yang mungkar itu). dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya akan apa Yang kamu lakukan.
4. Kemudian, sesiapa Yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur. akhirnya sesiapa Yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah ia memberi makan enam puluh orang miskin. ditetapkan hukum itu untuk membuktikan iman kamu kepada Allah dan RasulNya (dengan mematuhi perintahNya serta menjauhi adat Jahiliyah). dan itulah batas-batas hukum Allah; dan bagi orang-orang Yang kafir disediakan azab seksa Yang tidak terperi sakitnya. (al-Mujadalah:1-4)
Kemudian Rasulullah saw menjelaskan kepada Khaulah tentang kafarat (tebusan)Zhihar:
Nabi : Perintahkan kepadanya (suami Khansa`) untuk memerdekan seorang hamba.
Khaulah : Ya Rasulullah dia tidak memiliki seorang hamba yang boleh dia bebaskan.
Nabi : Jika demikian perintahkan kepadanya untuk puasa dua bulan berturut-turut
Khaulah : Demi Allah dia adalah lelaki yang tidak mampu melakukan puasa.
Nabi : Perintahkan kepadanya memberi makan dari kurma sebanyak 60 orang miskin
Khaulah : Demi Allah ya Rasulullah dia tidak memilikinya.
Nabi : Aku bantu dengan separuhnya
Khaulah : Aku bantu separuhnya yang lain wahai Rasulullah.
Nabi : Engkau benar dan baik maka pergilah dan sedekahkanlah kurma itu sebagai kafarat baginya, kemudian bergaulah dengan anak pakcikmu itu secara baik.” Maka Khaulah pun melaksanakannya.
Inilah kisah seorang wanita yang mengajukan gugatan kepada pemimpin anak Adam a.s yang mengandungi banyak pelajaran di dalamnya dan menunjukkan ketinggian wanita beriman dan keberanian mereka bagi mendapatkanhak mereka.
Ummul mukminin Aisyah ra berkata tentang hal ini, “Segala puji bagi Allah yang Maha luas pendengaran-Nya terhadap semua suara, telah datang seorang wanita yang mengajukan soalan kepada Rasulullah saw, dia berbincang-bincang dengan Rasulullah saw sementara aku berada di samping rumah dan tidak mendengar apa yang dia katakan, maka kemudian Allah Azza wa Jalla menurunkan ayat, “Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan Yang bersoal jawab denganmu (Wahai Muhammad)…” (Al-Mujadalah: 1)
Inilah wanita mukminah yang dididik oleh Islam yang menghentikan Khalifah Umar bin Khaththab r.a saat berjalan untuk memberikan nasihat kepadanya. Beliau berkata, “Wahai Umar! aku telah mengenalimu sejak namamu dahulu masih Umair (Umar kecil) tatkala engkau berada di pasar Ukazh engkau mengembala kambing dengan tongkatmu, kemudian berlalulah hari demi hari sehingga memiliki nama Amirul Mukminin, maka bertakwalah kepada Allah perihal rakyatmu, ketahuilah barangsiapa yang takut akan seksa Allah maka yang jauh akan menjadi dekat dengannya dan barangsiapa yang takut mati maka dia akan takut kehilangan dan barangsiapa yang yakin akan adanya hisab maka dia takut terhadap Adzab Allah.” Beliau katakan hal itu sementara Umar Amirul Mukminin berdiri sambil menundukkan kepalanya dan mendengar perkataannya.
Akan tetapi al-Jarud al-Abdi yang menyertai Umar bin Khatthab tidak tahan lalu berkata kepada Khaulah, “Engkau telah bercakap banyak kepada Amirul Mukminin wahai wanita.!” Umar kemudian menegurnya, “Biarkan dia…tahukah kamu siapakah dia? Beliau adalah Khaulah yang Allah mendengarkan perkataannya dari langit yang ketujuh, maka Umar lebih berhak untuk mendengarkan perkataannya.”
Dalam riwayat lain Umar bin Khaththab berkata, “Demi Allah seandainya beliau tidak menyudahi nasihatnya kepadaku sehingga malam hari maka aku tidak akan menyudahinya sehingga beliau selesaikan apa yang dia kehendaki, kecuali jika telah masuk waktu shalat, maka aku akan mengerjakan shalat kemudian kembali mendengarkannya sehingga selesai keperluannya.”
(SUMBER: buku Mengenal Shahabiah Nabi SAW., karya Mahmud Mahdi al-Istanbuly dan Musthafa Abu an-Nashar asy-Syalaby, h.242-246, penerbit AT-TIBYAN)
Bunuh tiga orang awam
myMetro | Bunuh tiga orang awam: "
SEATTLE: Seorang tentera Amerika Syarikat (AS) berpangkat sarjan diarahkan menjalani perbicaraan di mahkamah tentera atas pelbagai tuduhan termasuklah membunuh tiga orang awam Afghanistan, menyimpan organ tubuh manusia sebagai trofi perang dan membelasah anggota tentera lain yang mengadu kepada penyelia mengenai penggunaan hashish di unitnya.
Sarjan Calvin Gibbs, 25, adalah seorang daripada lima anggota tentera daripada Briged Stryker yang menghadapi dakwaan membunuh. Kira-kira 12 anggota tentera AS yang bertugas di Afghanistan sejak 2001 menghadapi tuduhan melakukan kekejaman perang tahap serius.
Gibbs dari Billings, Montana juga menghadapi puluhan lagi dakwaan termasuk menyimpan anggota manusia seperti gigi, jari dan tulang kaki sebagai trofi perang. Dia bakal berdepan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol jika disabitkan kesalahan atas dakwaan membunuh tiga orang awam Afghanistan yang tidak bersenjata termasuklah seorang kerani, La Muhammad Kalay pada Januari 2010, Khari Kleyl pada Februari 2010 dan Qualaday pada Mei 2010. - Reuters"

Kekal menawan pikat suami
INTIM... Mansura bahagia di sisi suami, Yusuf. |
SANDAKAN: “Walaupun kegarangan suami boleh diumpamakan seperti sang harimau yang pantang dicabar, itu tidak bermakna mereka tidak boleh dijinakkan.
“Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika ‘disusukan’,” begitulah nasihat Mansura Sirai tanpa segan silu menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya bersama suami tercinta, Yusuf Susuk, 70, sejak lebih 50 tahun lalu.
Ibu berusia 65 tahun yang melahirkan 23 cahaya mata ini mengakui payudara isteri memainkan peranan utama bagi menawan suami dan mengelaknya beralih cinta kepada wanita lain.
“Sebagai isteri, kita harus tahu menjaga penampilan diri dari luar dan dalam selain sentiasa bergurau setiap masa, terutama di bilik tidur.
“Bayangkan perasaan suami apabila melihat tubuh kita kendur di sana sini, sudah pasti hilang selera untuk bersama dan menjadi alasan mencari pucuk muda yang lebih gebu,” katanya tanpa berselindung.
Mansura berkata, jika aset wanita itu sentiasa padat, kerukunan rumah tangga dan hubungan suami isteri sentiasa hangat.
Kesempatan menemui Mansura secara bersemuka membuktikan kebenaran kata-katanya.
Meskipun boleh dianggap nenek, tubuh Mansura seakan-akan tidak ditelan waktu dan kelihatan sihat seperti wanita berusia 30-an.
Penulis juga hanya menggeleng kepala sebaik diberitahu wanita berkenaan berusia 65 tahun dan memiliki 23 anak selain bercucu dan cicit.
“Payudara perlu dijaga sebaik-baiknya dan antara caranya ialah memakan jamu dan bersenam.
“Jamu boleh dibuat sendiri menggunakan barang yang mudah didapati di pasar seperti ibu kunyit, asam jawa, lada putih, sirih, manjakani, gula, garam dan telur ayam kampung,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini, baru-baru ini.
Mansura berkata, pemakanan jamu membolehkan badan lebih sihat dan bertenaga serta menegangkan otot kendur, terutama sistem peranakan.
“Saya tidak pernah mengamalkan ilmu songsang atau susuk kerana ia perbuatan syirik,” katanya.
Selain 23 anak, termasuk enam yang meninggal dunia sebaik dilahirkan, Mansura turut dikurniakan 60 cucu dan empat cicit.
“Bayangkan selepas melahirkan anak, saya boleh berjalan seperti biasa keesokannya dan ke pasar seminggu selepas itu. Ramai tidak percaya, tetapi itulah hakikatnya,” katanya.
Mansura berkata, dia berkahwin dengan Yusof ketika berusia 13 tahun dan terus bunting pelamin, namun kurang bernasib baik apabila beberapa anaknya meninggal selepas dilahirkan.
“Anak pertama mak cik sepatutnya berusia 52 tahun tetapi meninggal dunia sebaik dilahirkan, manakala paling bongsu berusia 15 tahun dan menuntut di Sekolah Menengah Batu Sapi,” katanya.
Mengikut perkiraan kasar, pasangan itu memperoleh anak sulung iaitu Junaidah, 46, ketika Mansura berusia 19 tahun dan melahirkan anak ke-23, Jefry Aman, 15, pada usia emas 50 tahun. Malah ketika berusia 30 tahun, dia mempunyai lapan anak.
Menurut Mansura, ramai wanita kini mengabaikan penjagaan diri dan enggan mengikuti nasihat orang tua yang dianggap kolot serta ketinggalan ramai.
“Selain petua ketika bersama, suami isteri perlu bertolak ansur kerana alam berumah tangga mempunyai 1,001 cabaran dan dugaan.
“Ketika suami marah, kita sebagai isteri perlu berdiam diri dan jangan sesekali melawan kerana ‘harimau’ yang mengamuk pantang dicabar,” katanya.
Mansura berkata, perkara sama perlu dilakukan suami apabila melihat isteri dalam keadaan marah.
“Sebagai orang tua, saya hanya mampu memberi nasihat kerana sedih mendengar pasangan yang baru mendirikan rumah tangga sudah naik turun mahkamah untuk bercerai.
“Sedih melihat isteri yang masih muda dan cantik terpaksa menjadi janda pada usia muda,” katanya.
Mansura juga berkata, kewangan bukan masalah utama jika tahu menguruskannya.
“Saya tidak kaya dan hanya menetap di rumah kayu, tetapi suami tetap sayang dan sentiasa membahagiakan saya. Sebagai balasan, saya kini mengambil alih tugasnya mencari rezeki berikutan kesihatannya kurang baik kebelakangan ini,” katanya.
>Senarai nama anak pasangan Mansura dan Yusuf
1. Junaidah, 46, suri rumah (perempuan)
2. Jainal, 43, polis bantuan (lelaki)
3. Halimah, 42, suri rumah (perempuan)
4. Junaida, 41, suri rumah (perempuan)
5. Zubaidah, 39, suri rumah (perempuan)
6. Maisah, 37, berniaga (perempuan)
7. Hamidah, 36, berniaga (perempuan)
8. Mohd Dalfa, 35, pemandu lori (lelaki)
9. Mohd Alfiah, 32, berniaga (lelaki)
10. Hassan, 30, jurujual (lelaki)
11. Hussin, 26, tidak bekerja (lelaki)
12. Masnah, 27, suri rumah (perempuan)
13. Halimah, 25, - meninggal dunia ketika usia 15 tahun (perempuan)
14. Hafizah, 23, suri rumah (perempuan)
15. Mohd Rafi, 21, pekerja swasta (lelaki)
16. Norasikin, 18, penganggur (perempuan)
17. Jefry Aman, 15, pelajar (lelaki)
Nota: Enam lagi tiada nama kerana meninggal dunia sebaik dilahirkan.myMetro | Kekal menawan pikat suami
Maut rempuh treler bawa minyak masak
KEADAAN kereta yang merempuh treler membawa minyak masak berhampiran Plaza Tol Lipat Kajang di Jasin semalam. Gambar kecil, Syahirah. |
JASIN - Seorang pelajar kolej maut apabila kereta yang dinaikinya melanggar belakang sebuah treler membawa minyak masak di Kilometer 187.1 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Lipat Kajang di sini semalam.'"
Imej hantu pada malam Jumaat
Dia buat dah: "
Kosmo! Online - Negara: '
GAMBAR yang dirakam sendiri oleh Safura di rumah datuknya di Mersing baru-baru ini jelas menunjukkan kemunculan imej lembaga hitam di belakangnya.
GAMBAR yang dirakam sendiri oleh Safura di rumah datuknya di Mersing baru-baru ini jelas menunjukkan kemunculan imej lembaga hitam di belakangnya.
MERSING - Keasyikan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam merakamkan wajah sendiri menggunakan telefon bimbit baru-baru ini rupa-rupanya meninggalkan igauan yang berpanjangan.
Manakan tidak, akibat perbuatan itu, Safura Zakaria, 19, turut terakam imej aneh seperti wanita tanpa wajah dengan pakaian serba hitam di rumah datuknya di Kampung Pengkalan Batu di sini pada malam Jumaat, 30 Disember lalu.
Sebaik merakam tujuh keping gambarnya sendiri di hadapan cermin pada pada pukul 8.29 malam itu, dia terus keluar bersiar-siar ke bandar Mersing tanpa melihat rakaman yang telah dibuat.
'Apabila balik ke rumah kira-kira pukul 11 malam, saya membuka telefon bimbit untuk melihat kembali kesemua tujuh keping gambar itu.
'Namun, ada sekeping gambar itu mengejutkan kami sekeluarga apabila terdapat seperti objek hitam di bela- kang saya,' katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.'"

Pokok kasut rakyat Amerika
Kosmo! Online - Rencana Utama
SEBATANG pokok kapas setinggi 21 meter di Middlegate, utara Nevada, Amerika Syarikat sudah lama menjadi tarikan kepada pengembara kerana terdapat beratus-ratus pasang kasut koboi, tumit tinggi, sandal, selipar bahkan kasut luncur bergantungan di dahannya. Ia dikatakan pokok kasut terbesar di dunia.
Hakikatnya, pokok seumpama itu berselerakan di negara itu termasuk di negeri seperti New York, Idaho, Indiana, Maine dan Michigan.
SAMA ADA untuk memperingati sesuatu tarikh atau memasang niat tertentu, pemandangan sebatang pokok 'berdaun' kasut sudah dianggap lumrah di Amerika dan beberapa negara Eropah. |
Penjaga bar di Old Middleton Station - kombinasi bar, restoran dan stesen minyak, berkata kasut pertama yang tergantung di pokok itu dilemparkan oleh seorang lelaki yang baru berkahwin pada tahun 1980-an selepas bertengkar dengan pasangannya. Pasangan itu datang berkhemah di bawah pokok kapas itu.
"Si isteri habis banyak wang disebabkan berjudi dan si suami yang marah telah membaling kasut isterinya ke arah dahan pokok itu," kata Stevenson.
Setahun kemudian, pasangan itu datang semula ke tempat itu dan menunjukkan kepada anak sulung mereka kasut yang pernah menjadi tanda pertengkaran mereka.
Pokok itu tumbuh di tepi Laluan 50, jalan raya yang dianggap paling sunyi di AS. Pada malam Tahun Baru baru-baru ini, pokok itu telah ditebang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Kisah pokok kasut telah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Amerika, sebuah kuasa besar dan didakwa paling maju di dunia.
Menurut masyarakat tempatan, amalan membaling kasut ke atas pokok masih misteri dan hanya dilakukan pada pokok terpilih sejak tahun 1970-an.
Amalan membaling kasut seperti menjadi ritual suci bagi memperingati tarikh tertentu atau sebagai tanda mereka pernah melalui sesuatu kawasan.
Tragis
Pengkaji pokok kasut di AS, Doug Kirby bersungguh-sungguh untuk merungkai misteri popular itu.
Menurutnya, sesetengah pokok kasut bermula dengan insiden yang tragis. Dia memberi contoh peristiwa yang berlaku di Salem, Michigan apabila pokok kasut di situ dikaitkan dengan pembunuhan bersiri kanak-kanak yang mana kasut mereka dilempar ke atas pokok selepas dibunuh.
Terang Kirby, bukan mudah untuk melempar kasut ke dahan pokok kerana terdapat tiga peraturan yang perlu diikuti oleh mereka yang mempunyai hajat tertentu.
"Antaranya, sepasang kasut mesti diikat bersama sebelum balingan dibuat. Teknik mengikat dan membaling perlu betul. Jika mengetuk kasut berhampiran pokok itu, pemilik dikhuatiri terkena sumpahan dan mungkin mendatangkan bahaya jika pokok itu sudah reput.
"Kasut yang tergantung di dahan pokok dipercayai mempunyai roh 'Manitau' daripada pemilik sebelumnya yang mengganggu mereka dengan sengaja," ujarnya.
Tambahnya, di Arkansas, pemilihan pokok kasut berhampiran Empangan Beaver agak unik kerana rata-rata pokok di situ sama saiz.
Katanya, pokok kasut itu bukan sekadar menarik perhatian penduduk setempat malah pengunjung turut mengambil peluang membaling kasut yang ditulis dengan mesej tertentu menyebabkan laluan di situ sesak.
"Pada tahun 2000, angin kencang melanda Arkansas mengakibatkan pokok kasut Beaver tumbang manakala kasut-kasut yang tergantung jatuh bersepah.
"Seperti tiada penghujung, beberapa bulan berikutnya pokok kasut Beaver sudah ada pengganti. Penduduk setempat dan pengunjung tidak melepaskan peluang melakukan amalan seperti sebelumnya," katanya.
Akibat terlalu ramai pelawat datang ke situ, ada individu tidak dikenali telah mencantas pokok berkenaan.
Kesannya, kini orang ramai yang mengunjungi pokok kasut Beaver semakin berkurangan. Bagaimanapun, di negeri lain di AS, amalan pelik itu masih berterusan.
Tunggu berjam-jam untuk bermain Nintendo
RIBUAN peminat berbaris untuk bermain konsol Nintendo 3DS di Chiba, Jepun semalam. |
RIBUAN peminat berbaris untuk bermain konsol Nintendo 3DS di Chiba, Jepun semalam.
CHIBA - Beribu-ribu peminat permainan video di Jepun membanjiri sebuah dewan pameran di sini semalam untuk menjadi kumpulan pertama mencuba konsol permainan video tiga dimensi (3D), Nintendo DS.
Konsol 3DS yang tidak memerlukan pemainnya memakai kaca mata 3D, dijadual dijual di Jepun pada 26 Februari dengan disusuli pasaran Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Australia pada Mac depan.
Walaupun terpaksa berbaris panjang selama beberapa jam, mereka tidak kisah cuma dibenarkan bermain konsol DS untuk beberapa minit.
'Tak sangka, imej-imej itu (Nintendo DS) timbul dan hidup seperti menonton televisyen 3D dengan memakai kaca mata khas,' kata seorang bapa berusia 48 tahun yang beratur untuk anak perempuannya, Reika, 12.
Seorang lagi peminat permainan video, Masatoshi Sakazaki, 24 pula mengaku berpuas hati selepas kali pertama kali mencuba konsol tersebut.
'Permainannya kelihatan sungguh realistik tetapi ia lebih cepat meletihkan mata berbanding konsol biasa,' katanya.
Alat permainan video itu dijangka dijual kepada orang ramai pada harga sekitar AS$300 (RM920). - AFP"
Usaha Obama tutup penjara Guantanamo gagal
Kosmo! Online - Dunia: "
WASHINGTON - Inisiatif Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama untuk segera menutup penjara Teluk Guantanamo punah apabila beliau menandatangani satu rang undang-udang semalam yang melarang para tahanan penjara berkenaan dibawa ke AS untuk dibicarakan.
Obama yang berulang kali berikrar untuk menghadapkan para tahanan tersebut ke mahkamah-mahkamah awam AS, memberi alasan beliau tiada pilihan tetapi terpaksa menandatangani rang undang-undang tersebut pada tahun ini.
'Saya meluluskannya bersama beberapa rang undang-undang penting lain yang turut melibatkan aktiviti ketenteraan bagi melancarkan pentadbiran pada tahun fiskal 2011,' katanya.
Rang undang-undang tersebut turut melarang tahanan-tahanan Teluk Guantanamo dihantar ke negara-negara di luas AS untuk dibicarakan.
Penjara berkenaan yang dibina di Teluk Guantanamo, Cuba pada 2002 bagi menempatkan suspek-suspek pengganas, masih menahan sekitar 174 tahanan setakat November 2010. - Agensi"

Michael Jackson bunuh diri?
Kosmo! Online - Dunia
LOS ANGELES - Seorang peguam kepada doktor peribadi Michael Jackson mencetuskan kontroversi apabila dia membayangkan Raja Pop berkenaan membunuh diri dengan menggunakan ubat pelali kuat, propofol.
Saksi pendakwa itu diminta menceritakan mengenai beberapa bungkusan yang diterimanya daripada sebuah farmasi sebagai bukti bahawa Murray, 58, menerima bekalan ubat bius, propofol.
GAMBAR fail pada Februari 2010 menunjukkan Doktor Conrad Murray tiba di sebuah mahkamah di Los Angeles bagi berdepan dakwaan menyebabkan kematian Michael Jackson (gambar kecil). |
Pada hari keempat kes kematian penyanyi legenda itu didengar di Mahkamah Tinggi Los Angeles kelmarin bagi memutuskan sama ada doktor peribadinya, Conrad Murray akan dibicarakan kerana membunuh tanpa niat berhubung kematian mengejut Jackson, pihak pendakwa raya juga memanggil seorang wanita yang menjalin hubungan sulit dengan Murray untuk memberi keterangan.
Seorang penyiasat koroner, Elissa Fleak kemudian mengesahkan dia menemui 12 botol ubat bius itu di rumah sewa Jackson di sini yang digunakan untuk membantunya tidur, termasuk beberapa botol propofol diletakkan di dalam sebuah beg bertanda, barangan keperluan bayi.
Propofol adalah sejenis ubat bius kuat hanya dibenarkan untuk kegunaan hospital.
Fleak berkata, kebanyakan botol ubat propofol itu ditemui empat hari selepas Jackson, 50, meninggal dunia kerana pengambilan ubat berlebihan pada 25 Jun 2009. Menurutnya, sejumlah jarum suntikan turut ditemui di dalam sebuah kotak terbuka di sebelah katil Jackson bersama satu botol propofol yang kosong.
Belum sempat Fleak menghabiskan keterangannya, peguam Murray, J. Michael Flanagan tiba-tiba mencelah dengan menyoal sama ada seorang lelaki bersaiz seperti Jakson berupaya mencapai jarum-jarum suntikan tersebut dari katilnya.
"Jika seorang individu seberat 61 kilogram dan tinggi 1.75 meter (Jackson) berada di atas katil, adakah dia mampu mencapai jarum-jarum tersebut (untuk membunuh diri)?"
Soalan itu mencetuskan bantahan pihak pendakwa raya dan hakim turut bersetuju bahawa ia bersifat spekulasi.
Namun, soalan tersebut membayangkan bahawa pihak pembelaan mungkin akan menggunakan teori Jackson membunuh diri sekiranya mahkamah memutuskan untuk membicarakan doktor peribadinya kelak.
Setakat ini, pihak pendakwa raya cuba membuktikan bahawa Murray cuai dalam memberikan ubat bius itu kepada Jackson selain cuba menyembunyikan pengunaannya daripada pihak berkuasa.
Perbicaraan akan disambung semula minggu ini.
- Reuters
Jangan terperdaya dengan kemewahan dunia
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَلَا يَغُرَّنَّكُم بِاللَّهِ الْغَرُورُ
Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka).
Surah Faatir, Ayat 5

Orang kafir dikumpulkan bersama syaitan dipadang mahsyar
فَوَرَبِّكَ لَنَحْشُرَنَّهُمْ وَالشَّيَاطِينَ ثُمَّ لَنُحْضِرَنَّهُمْ حَوْلَ جَهَنَّمَ جِثِيّاً
Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu beserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk berlutut di keliling neraka Jahannam.
Surah Maryam, Ayat 68

Orang boros saudara syaitan
انَ الشَّيَاطِإِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُواْ إِخْوَينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُوراً
Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-
saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk
yang sangat kufur kepada Tuhannya.
Surah Al-Israa', Ayat 27
Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-
saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk
yang sangat kufur kepada Tuhannya.
Surah Al-Israa', Ayat 27
Orang yang makan riba masuk neraka
الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لاَ يَقُومُونَ إِلاَّ كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُواْ إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَن جَاءهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَىَ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللّهِ وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
Surah Al- Baqarah, Ayat 275

Subscribe to:
Posts (Atom)