Suamiku…..
Kita dipertemukan bukan di muka buku…
Tapi kerana jodoh keluarga…
Meskipun sepupu namun tak pernah bersua….
Kita ditunangkan semasa kecil2 oleh ibubapa….
Tanpa pernah ku tahu rupanya aku ada yg punya…..
Suamiku….
Aku dijemput utk menghadiri majlis pertunangan kita…
yg berlangsung dirumah ibu saudara….
Aku sentap terkelu seribu bahasa…
Betulkah majlis ini aku yg heroinnya…
Engkau hanya tersenyum manis melihat aku terpinga pinga…
Entahkan mengejek, entahkan suka….
Aku, bungkam tanpa suara…
Lantaran terkejut tidak terhingga…
Rasa marah membara didada….
Kenapa rahsia ini tidak pernah dibicara…
Paling tidak aku persiapkan diri fizikal dan minda…
Kerana hati dan cintaku telah ada yang punya….
Majlis dimulai tanpa berlengah….
Hadiah dan hantaran diletak ketengah…
Kulihat dirimu bersila megah…
Sambil menjeling padaku tak sudah-sudah….
Rasa geram mula menyelinap….
Terasa harga diriku disentap sentap….
Andai kau jujur dan penuh berharap….
Sepatutnya bersua denganku dulu, jangan menyelinap….
Marahku mula meluap-luap….
Rasa jengkel tidak terucap…..
Ketika pertanyaan diaju padaku….
Sudikah aku menjadi Ratu idaman kalbu….
Mulut terkunci lidah terkelu….
Tiada ucapan, badan terkaku…..
Bagai tertembak sebutir peluru…..
Hati pedih menahan sendu….
Akhirnya hanya airmata meluncur laju…..
Sebagai tanda protes tidak bersetuju…..
Suasana riuh sunyi seketika….
Semua terpegun, penuh tandatanya ….
Apakah aku akan menolak pertunangan dengannya……
Lantaran sikapku membisu seribu bahasa……
Akhirnya ayah saudara mula bersuara…..
Pengantin terdiam tanda bersedia…..
Lalu cincin disarung tanpa kurela .….
Kerana katanya janji ini telah terpatri sedari mula….
Antara bakal mertua dengan ibu yg telah tiada…..
Suka atau rela bukan soalannya….
Aku terjelepuk hampir tak sedarkan diri….
Bagaimana pula dengan kekasih hati….
Janji akan sehidup semati…..
Pabila tamat pengajian nanti….
Tak dapatku bayangkan bagaimanakah reaksi….
Seandainya dia tahu diriku telah dimiliki…
Cukup seminggu pertunangan kita…..
Hadiah dan hantaran kupulangkan semula…..
Pertunangan kuputuskan tanpa kau pinta…..
Kerana ketika itu dirimu berada diluar Negara….
Sedar, pabila ibu saudara bercerita …..
Pertunanganmu ditolak, tanpa bicara….
Kembalimu dalam keadaan tergesa gesa…
bertanya apakah salah dan dosa….
Yg membuatku bertindak sedemikian rupa…..
Perjumpaan keluarga diadakan semula….
Diriku dipanggil, seperti banduan yg sedang dibicara…
Pelbagai soalan, tohmahan dan cacian bakal mentua….
Terasa badan ku basah oleh tempias air liur mereka…..
Aku membisu seribu bahasa….
Namun akhirnya terkeluar bicara ….
Bagaimana harus kuterima kerana kami berlainan agama….
Tidakkan kulepaskan agamaku hanya kerana dia…..
Bakal mertua menjeling tajam, muka merona merah…
Katanya tentang Agama itu persoalan mudah…..
Esok jua Jabatan Agama Kuterjah…..
Menghantar anakku mengucap Kalimah Syahadah…
Asalkan persengketaan ini terlerai sudah…..
Penolakanmu sudah tidak munasabah…..
Cincin pertunangan kembali disarung ke jari manisku….
Tiada lagi kata manis bermadu….
Hanya amaran memintaku tidak bertindak melulu….
Kerana sang arjuna mengharap kesetiaan dariku….
Bahkan sanggup menuruti agama dan segala pintaku…
Hatiku mula berbelah bahagi antara tunang dan kekasih hati….
Haruskah aku mula melupai kekasihku yg setia ke akhir nanti….
Namun arjunaku yang seorang ini, kutahu hatinya ikhlas ingin memperisteri…
Tiada kurangnya utk kusesali…kerana cintanya padaku tidak terperi…
Setelah dua minggu kami menikah….
Suamiku ke luar Negara kerana bekerja….
Makan pakainya tidak berapa ku endah….
Kerana perasaan marah masih melimpah…
Hampir setahun tidak bersua…
Ada kerinduan mula terasa…
Tuhan!!…. apakah aku mula mencintainya…..
Tidak tertanggung rindu didada….
Tempoh setahun cukup utk ku menginsafi segalanya….
Betapa jahatnya aku tidak melayan dia selayaknya…..
Tuhan….apakah jodoh ini ENGKAU yang kurnia…..
Kerana selama ini aku tidak pernah menghargainya…..
Kini ku menginsafi diri sesungguhnya….
Jodoh ini tidak akan aku persia…..
Tuhan…tolonglah jaga dia…
Hingga kami kembali bersama…..
Suamiku….
Kembalimu kunantikan dengan penuh harapan…..
Kini diriku telah berubah fikiran….
Akan kupersembahkan diriku untukmu hingga ke akhir zaman….
Sebagai kekasih yg akan sentiasa kau rindukan setiap malam….
Kupanjatkan syukur kepada tuhan….
Suamiku telah selamat sampai ke pangkuan….
Tanganmu kugenggam erat memohon keampunan…
Kau kucup dahi ku tanda kesyukuran…..
Sambil menangis kita berpelukkan….
Dihati terasa menyelinap kebahahgiaan….
Suamiku….
Tiga bulan engkau direhatkan dari tugasan….
Diriku bagai berada di kayangan….
Menyulam kasih menganyam cinta yg indah dan mengkhayalkan….
Akhirnya perkhabaran gembira yg sememangnya kita nantikan…
Berbadan dua diriku telah doktor sahkan…..
Tergambar wajah gembira tidak terkata, hingga menitis air mata jantan….
Doa kau panjatkan semoga bayi ini selamat hingga ke saat ia dilahirkan….
Suamiku…..
Tuntutan tugas tidak mampu kau mungkiri….
Meski terpaksa melangkah dengan berat hati….
Pergimu kali ini begitu payah sekali….
Meninggalkan sang isteri dengan zuriat pertama, yg amat dirindui…
Dengan tangan yg tak lepas dari memegang perut yg kian berisi….
Suamiku…..
Saat pengumuman pesawatmu berbunyi.
Memanggil penumpang untuk bersiap diri…
Pelukan hangat seperti tidak mahu dilepaskan lagi….
Dahiku kau kucup, memohon pergi…..
Hatiku berbisik…wahai kekasih hati pelukan hangatmu pastiku rindui
Aku pasrah, dan tabah hati…
Semoga perjalananmu Tuhan berkati hingga sampai ke destinasi….
Dapatku baca resah didada, melihat ada titisan jernih menuruni pipi….
Melangkah goyah, cuba kau digagahi…
Demi mencari rezeki untuk anak dan isteri dicintai….
Suamiku…..
Hari dan bulan silih berganti….
Perkhabaranmu sentiasa kunanti nanti….
Dalam tak sedar,tujuh purnama berlalu kini…..
Namun kenapakah engkau menyepi diri….
Puas kucuba menyabarkan hati…
Berburuk sangka jauh sekali…..
Kutahu kasih dan cintamu sejati….
Tak mungkin curang walau sekali….
Namun ku tak mampu memadam resah dihati….
Di manakah suami yg aku cintai….
YA…ALLAH, Ku sujud padamu Ilahi….
Lindungilah suamiku dan jua berkati…
Tak kira dimana ia berada dimuka bumi…
Kupohon rahmatmu sentiasa mengiringi….
Panggilan kuterima dari kampung halaman….
Mengatakan Suamiku hilang dilautan…
Mayat dicari, tak dapat dikesan…
Biarpun pelbagai usaha telah dilakukan….
Namun tiada petunujk menjadi pedoman….
Tidak mungkin ia tercicir didaratan…..
Kerana kapal mereka telah seminggu berada dilautan…
Disaat ia dilaporkan, hilang tanpa dapat dikesan….
Ghaib dari pandangan, tidak kelihatan….
Suamiku….
Tolonglah!…. jangan tinggal diriku begitu saja….
Anak kita belum lagi lahir ke dunia…
Apakah tega hatimu membiarkan dia tidak berbapa…
Bagaimana harus ku jawab bila dia bertanya…
“Bonda dimanakah ayahnda saya…
Kenapa kami tidak pernah bersua muka….”
Oh!!... anakku ayahmu telah tiada…
Dia meninggalkan kita tanpa berpusara….
Bonda tak reti bagaimana mengisahkannya……
Mungkin Allah Azza Wajjalla telah menjemput dia ke alam sana….
Suamiku…..
16 tahun telah berlalu kini…..
Namun kurasakan semalam diriku kau dakapi….
Hangat pelukan terakhirmu amat ku rindui…..
Anak kita menginjak remaja kini…
Persis wajahmu,…berbudi pekerti…..
Biarpun tahu diri lahir tanpa ayah disisi….
Tak pernah merungut walau sekali….
Akan ku tatang amanat terakhirmu ini….
Pendidikan dunia dan akhirat diberi….
Kerana dialah penyambung generasi….
Menjadi anak soleh yg akan mengirigi….
Pemergian kita suatu hari nanti…..
Mengirim doa tanpa berhenti….
Memohon rahmat pada ilahi….
Untuk ayahnda dan bonda yg telah pergi…..
Suamiku….
Kasih dan cintaku padamu tidak akan terhenti….
Meski jasad terpisah kini….
Doaku panjat kepada Ilahi….
Berbahagialah dirimu bersama-NYA disisi….
Semoga Rohmu di tempatkan sebaris dengan kekasih kekasih Hati ILahi….
Hingga tiba hari kebangkitan nanti,…..
Amin…..Ya Rabbul aalamin…..
~Nurlatifah Ajong