Pages

Saturday, October 2, 2010

Lotus sasar jual 10,000 unit model baru setahun



Daripada Ismail Mat di Paris
edisimingguan@bharian.com.my
2010/10/02

  EMPAT daripada lima  kereta  terbaru keluaran Lotus  dipamerkan selepas majlis pelancarannya di Porte des Versailles,  kelmarin.
EMPAT daripada lima kereta terbaru keluaran Lotus dipamerkan selepas majlis pelancarannya di Porte des Versailles, kelmarin.
Garis pelan pemasaran lebih agresif lariskan lima produk 

GROUP Lotus Plc, anak syarikat Proton Holdings Bhd, menyasar menjual sehingga 10,000 unit setahun kereta sport keluarannya menerusi pengenalan lima model baru jenama berprestij itu ke pasaran tidak lama lagi.
Pengerusi Group Lotus dan Proton, Datuk Seri Nadzmi Salleh, berkata ketika ini kumpulan itu menjual kira-kira 2,000 unit setahun.
"Ini adalah kali pertama dalam sejarah, Lotus melancarkan lima model baru serentak"

Nadzmi Salleh
Pengerusi Group Lotus dan Proton
Katanya, Lotus kini giat menggariskan pelan pemasaran lebih agresif untuk melariskan jualannya dalam menyokong barisan produk baru yang dibangunkan itu.

"Ini adalah kali pertama dalam sejarah, Lotus melancarkan lima model baru serentak, yang akan dibangunkan syarikat dalam masa lima tahun akan datang.

"Kehadiran model empat pintu, Eterne memperluaskan lagi barisan produk membolehkan kita mempertingkatkan jualan kereta Lotus pada masa akan datang mungkin tiga atau empat kali ganda berbanding ketika ini.

“Sasaran antara 8,000 hingga 10,000 unit kereta Lotus setahun akan dicapai secara berperingkat susulan model berkenaan dibangunkan setiap 12 bulan sekali," katanya selepas majlis pelancaran lima model baru Lotus iaitu Esprit, Elise, Elan, Elite dan Eterne di Pameran Motor Paris 2010 yang sedang berlangsung di Porte de Varsailles, Paris. 
Hadir sama, Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan Ketua Pegawai Eksekutif Lotus, Dany Bahar.

Nadzmi berkata, harga semua model baru terbabit akan ditetapkan mengikut pasaran selepas mengambil kira keupayaan daya saing dengan model keluaran syarikat lain dalam segmen sama.

Beliau yakin kemunculan lima model baru itu akan meningkatkan prestasi kewangan kumpulan Lotus yang dikuasai Proton sejak 13 tahun lalu.

Katanya, keupayaan pengurusan baru Lotus dengan pengalaman berkerja di pelbagai syarikat terkemuka yang turut terbabit dengan super car sebelum ini, menghasilka

Bukti illuminati mempersiap perang besar WW3











Assalamualaikum dan selamat hari raya Aidilfitri kepada sahabatku sekalian.Sudah lebih dari seminggu aku meninggalkan dunia blog nie.Aku harap korang semua bergembira bersama org yg tersayang.Disebalik kemeriahan Aidifitri ini terdapat juga peristiwa penting yg amat2 serius mencemari kesuciannya.Sesungguhnya musuh islam tidak pernah berhenti berusaha menghapuskan umat islam.Tentu anda tau apa yg aku maksudkan tak lain dan tak bukan isu seorang paderi yg kononnya “kristian” bernama terry jones yg memulakan idea kempen membakar Al-quran bagi memperingati “tragedi 911”.memang hebat.... permainan golongan illuminati=freemason=penyembah syaitan ini.... tidakkah anda perasan pihak yg meruntuhkan WTC dlm “trgagedi ” yg digelar 911 dan pihak yg dgn nada marah serta ucapan yg berapi-api mengutuk serangan itu adalah sebenarnya di dalangi oleh kumpulan yg sama!!!.setiap peperangan memerlukan konflik... lihatlah!!! mereka illuminati=freemason=penyembah syaitan sedang membinanya....Maksud anda??? Maksud aku... mereka sedang melaga-lagakan kristian dgn islam supaya Yahudi zionis boleh memerintah dunia.....ehhh!! bukankah Terry Jones tu paderi kristian??? Betulkah mereka kristian anda pasti??? jika mereka kristian knape ada simbol mata satu “the all seeing eye” dlm gereja “kristian” mereka...x percaya anda fikirlah sendiri gmbr video dan pautan yg sy sediakan



Eh!! Camne lak symbol mata satu yg sinonim dgn illuminati leh ada kat situ dan sejak bila lak kristian ada kene mengena dgn horus iaitu tuhan matahari dalam agama purba yg byk dikaitkan dgn firaun.. dan “kebetulan” dlm upacara memperingati tragedi 911 wujud mata satu “the all seeing eye” secara x langsung.. hmm...byk sungguh “kebetulan”nya yer...
“Serangan” WorldTrade Centre memang dahsyat ia memberi lesen bg “Amerika menakluk Iraq yg kaya dgn minyak” cam familiar jer ayat tu dulu “Portugis menyerang Melaka kerana rempah” dan “British menakluk tanah melayu kerana bijih timah” yer ker itu sahaja niat mereka??? Semua berbalik kepada kuasa... Ya!!! memang duit penting tapi mereka sememangnya sudah kaya apa yg mereka nak adalah kuasa!!!tidak anda perasan mereka menggunakan serangan WTC itu utk mewujudkan islamphobia mereka membenihkan perasaan syak kristian terhadap islam dan sentiasa memprovokasi umat islam terhadap kristian .tahukah anda utk apa??? Supaya kristian dan islam saling mengacukan senjata antara satu sama lain.tahukah anda serangan WTC itu baru fasa pertama yg sebenarnya bertujuan mewujudkan islamphobia. pada 15.9.2010 ada pulak berita kononnya ada ancaman bom kat menara Eifal Paris jika mereka illuminati=freemason=penyembah syaitan boleh menge“bom”kan WTC sehingga runtuh apalah susahnya dgn sekadar membuat ancaman “bom” palsu yg kononnya reaksi pengganas islam terhadap larangan berpurdah yg sebenarnya semua didalangi oleh pihak yg sama!!!!mereka(illuminati=penyembah syaitan)berulang kali me”momok”kan penganut kristian dgn ancaman serangan penganut islam.Lihatlah!!!bagaimana mereka membina konflik dan menghangatkannya berperingkat-peringkat utk apa???? supaya bila sampai ketikanya mereka akan datang membawa “fitnah yg besar” satu serangan fasa kedua yg merupakan kesinambungan dari fasa 1 serangan WTC yg akan betul2 membuatkan penganut kristian tersangat marah dan dengan benih syak terhadap islam yg sudah disemai sekian lama oleh illuminati mereka bertindak menyerang seluruh umat islam.Apakah anda fikir tentera nato di Iraq dan Afganistan sekarang adalah utk membantu membentuk kerajaan yg stabil sebelum mereka keluar. Bukankah Iraq jiran iran dan Afganistan jiran Pakistan...dengar baik2 “the KING” ketua kumpulan illuminati simbol “mata satu” sdg membilang hari utk keluar menakluk dunia!!!! Aku punya bukti!!!!! Wake up!!! Umat islam sedang terancam
NOTA:Para sahabat sekalian tahukah anda golongan illuminati=freemason=penyembah syaitan dan yahudi zionis=yahudi khazar=Israelsudah mengawal segala aspek kehidupan dari politik.ketenteraan,hiburan.sumber ilmu.kewangan dan lain2.ya!!!mereka sudah menguasainya di seluruh dunia.mereka sekarang sedang menunggu masa sahaja utk menguasai dunia secara keseluruhan (penaklukan secara total) bahkan sudah menetapkan tarikh akhir date line projek dia org NEW WORLD ORDER illuminati END GAME!!!! Bersambung...
baca juga artikel blog ibnu yaccob yg menarik ini...



Perang dunia pertama(WW1)mengakibatkan 16 juta kematian manakala perang dunia kedua(WW2) pula 60 juta kematian.walaupun kedua-dua perang ini cukup dahsyat tetapi ada lagi perang yg jauh lebih dahsyat.perang yg dimaksudkan x lain dan x bukan adalah perang akhir zaman.cukup dahsyat sehingga setiap nabi dan rasul menceritakannya.nabi muhammad s.a.w memberitahu tidak ada tempat yg selamat melainkan makkah dan madinah.sungguh pun dahsyat baginda memberitahu akan muncul panji2 hitam ufuk timur membawa kemenangan.hampir seluruh hadith berkenaan kebangkitan ini dikaitkan dgn timur.bagaimana halnya dgn barat kenapa tidak disebut langsung??? bukankah skrg umat islam di barat semakin meningkat.apakah yg terjadi kpd mereka??? pada pendapat saya mereka semua telah terkorban mereka dibunuh beramai-ramai.hah!!! biar betul x mungkinlah!!! lihat video,gambar dan pautan yg saya sediakan dan anda fikirlah sendiri..


lihatlah begitu byk keranda plastik utk siapa agaknya


FEMA merupakan agensi yg bertanggungjawab menguruskan segala krisis!!! mereka sungguh berdedikasi dlm tugas sehingga telah menyediakan berjuta-juta keranda plastik bagi menangani keadaan "jika" berlaku kematian mengejut beramai-ramai!!! hmm.. perasaan x piramid kat logo jabatan ini "kebetulan" sama cam simbol illuminati=freemason=penyembah syaitan... ala kebetulan jer tu x yah risau..

ini adalah keranda plastik okey..


gmbr berjuta-juta keranda plastik tersusun..

Sebelum korang ckp ala x sampai juta lah ratus ribu ajer... Dr.noProblem nie pandai tambah2 crite hmm.. mungkin kot aku x pandai matematik tapi utk pengetahuan korang keranda plastik nie bukan kat satu tempat jer tapi byk tempat seluruh Amerika

berapa ek!! boleh tolong kira x aku x pandai matematik

ala takkanlah kalau betul x kan dia org biar kat tempat terbuka dan bagi org ambik gmbr!!! tentu org dah merusuh ala jgn risau Dr.noProblem nie yg paranoid hmm... mungkin gak patut la.. keranda plastik nie mula dikesan selepas 11.9.2001 dan semakin bertambah tahun demi tahun.. x der sape pun yg merusuh..



jabatan ini sedang giat mengedarkan keranda plastik ini keseluruh Amerika!!!!

NOTA: WAKE UP!!! "THE KING" ketua pertubuhan rahsia illuminati=freemason=penyembah syaitan... dgn logo "mata satu" semakin hampir keluar menakluk dunia hampir segala tanda2 kemunculannya sudah berlaku sekarang ini!!! tidakkah anda sedar gempa bumi dan ribut taufan semakin kerap dah biasa cam hujan jer dan setiap hari ada berita tentang perang dan keganasan jika anda rasa saya menulis cerita ini kerana nak up traffic copy sahaja entri ini dan paste kat blog korang hak cipta utk isu ini tidak terpelihara please wake up!!! bantu aku menyedarkan org ramai bahawa illuminati=freemason=penyembah syaitan... lah pengganas sebenarnya 911 dulu dan yg akan datang adalah kerja mereka!!!!




Assallamualaikum dan selamat sejahtera pembaca sekalian.Aku telah menerima teguran demi teguran yg membuatkan aku berfikir panjang dan membuat keputusan berhenti disini.Sesungguhnya Allah sememangNya Maha mengetahui.Aku memohon maaf di atas segala ketelanjuran.Ini adalah entri terakhir... hanya satu pandangan peribadi.... aku tidak meminta anda menerima bulat-bulat apa yg ingin aku sampaikan tetapi aku harap janganlah ditolak bulat-bulat tanpa membuat penyiasatan.

1)Penjenyah yg bagus adalah penjenayah yg tidak meninggalkan sebarang bukti setelah melakukan jenayah tetapi penjenayah yg hebat adalah penjenayah yg meninggalkan bukti palsu dan berjaya membuat org yg menemui bukti itu mempercayainya dan kemudian mengambil keputusan yg salah namun begitu penjenayah yg hebat selalunya mempunyai tabiat buruk mereka selalunya akan meninggalkan tanda kerana ingin menunjukkan kehebatannya

Illuminati bukan calang2 penjenayah bahkan mereka merupakan “orang2 penting” dalam bidang undang2 hampir dikebanyakkan negara di dunia meraka memang handal dlm membuat konspirasi dalam konspirasi tetapi tabiat buruk mereka selalunya meninggalkan “tanda-tanda”

Illuminati mereka selalunya meninggalkan bukti lihat sahaja kes di Malaysia berkenaan iklan hari raya mereka tahu umat islam pasti perasan akan kewujudannya tetapi tetap dibuat kerana apa?? Mereka ingin kita menjumpainya tidakkah anda perasan walupun sudah ditarik balik tetapi berlambak di youtube dan dikupas dgn terperinci oleh sungguh banyak sekali blog2 di Malaysia tidakkah anda sedar anda secara x langsung menjadi pendakwah bagi mereka begitu juga dgn lagu2 cth lady gaga tidakkah anda perasan bahawa ia dibincang dibanyak blog seluruh dunia mereka secara x langsung melakukan penyebaran fahaman!!! kini fahaman ini sekarang tersebar luas keseluruh pelusuk dunia mereka sebenarnya sedang melakukan pendakwahan secara terang tetapi berselindung namun tetap menyeluruh fikirkan!!! betul ada yg menentang tetapi ada yg menyokong seluruh manusia kini perlahan-lahan membentuk 2 kelompok satu yg mempercayai tuhan dan satu lagi mempercayai syaitan kemudian “penjenayah yg hebat selalunya mempunyai tabiat buruk mereka selalunya akan meninggalkan tanda kerana ingin menunjukkan kehebatannya” baca part 8 ( mata satu) entri bersiri bukti kerajaan Amerika dan dunia penyembah syaitan.


2)Mengetahui sejarah itu penting tetapi yg lebih penting adalah apa yg dapat kita pelajari dari sejarah itu kerana sejarah selalunya berulang!!!

Illuminati adalah pihak yg bertanggunjawab disebalik hampir setiap revolusi,peperangan dan keganasan didunia ini tetapi apakah yg kita dapat pelajari daripadanya??mereka selalunya menggunakan taktik yg sama pecah dan perintah dan selalunya ada angka atau nombor disebaliknya jgnlah mempelajarinya untuk mengetahui sahaja tetapi gunakanlah pengetahuan tentangnya utk memikirkan apa yg mungkin mereka lakukan seterusnya.

Jika kita lihat kembali “tragedi” serta “keganasan” ini khasnya sejak pengumuman secara rasmi projek yg sebenarnya sudah dirancang lama projek terbesar mereka New World Order kita akan dapati terdapat angka2 yg dikaitkan dgn illuminati setiap projek besar selalunya sudah dirancang rapi segala proses dari awal hingga siap sesuatu projek sudah ditentukan dan disepakati oleh pihak2 yg terbabit aku berpendapat apa yg berlaku sejak pasca pengumuman NWO adalah direka “sbgi satu set” semua peristiwa merupakan plot2 yg telah ditentukan 11.9.1990 hingga 11.9.2001 adalah fasa pertama bermatlamat mewujudkan islamphobia dan 11.9.2001 hingga 11.9.2012 merupakan fasa kedua yg bermatlamat melaga-lagakan 2 penganut terbesar dunia islam dan kristian.Tidakkan ada perasan setiap 11 september ketegangan agama diantara 2 agama ini berada dikemuncaknnya kerana mereka illuminati menghangatkannya. Aku berpendapat akan ada satu lagi “fitnah yg besar” pada pagi 11.9.2012 sehingga mencetus satu huru-hara yg dahsyat. Aku berpendapat akan berlaku beberapa siri serangan dibeberapa tempat utama didunia sebaik sahaja temasya sukan olimpik berakhir ketika seluruh manusia sedang merayakan kemenangan pasukan masing2.Maka bermulalah serangan terancang dan menyeluruh ke atas umat islam di seluruh dunia.Apakah anda fikir tentera Nato di Iraq dan Afganistan untuk membantu mewujudkan kerajaan yg stabil sebelum mereka keluar??? Iraq jiran iran dan Afganistan pula jiran Pakistan!!!Palestin pula sudah terkepong!!Manakala dibarat khasnya Amerika darurat diumumkan komunikasi akan dikatakan terputus kesan serangan pengganas walhal ianya sengaja diputuskan jika umat islam di Amerika keluar rumah akan dibunuh tetapi dalam diam pada waktu itu satu demi satu rumah umat islam diserbu dan dibawa ke pusat2 tahanan FEMA concentration camp atas alasan pengganas.Setelah itu satu demi satu negara islam akan diserang yg mana negara islam sudah berjaya dikuasai oleh agennya penguatkuasa tempatan akan digunakan dgn bimbingan “PBB” atas nama memerangi keganasan yg mana negara islam tidak berjaya dikuasai oleh agen illuminati pada ketika itu akan diserang atas nama menjadi paksi keganasan.Huru-hara akan berlaku selama 101 hari selepas "fitnah yg besar"yg terjadi pada pagi 11.9.2012 kemudian New World Order akan dikuatkuasakan pada 21.12.2012. Renungkanlah disaat seluruh aset yahudi tv,radio,internet,NASA meyakinkan tarikh itu sebagi tarikh "kiamat" tetapi pelik mengapa persiapan yg dilakukan adalah persiapan perang bukan persiapan menghadapi kiamat??? pada pendapat aku mereka illuminati berkata begitu bagi mengaburi agenda sebenar dan melindungi persiapan perang besar-besaran yg sedang giat dilakukan .Tidakkah anda perasan betapa tungkus-lumus ulama islam mengatakan tarikh itu bukan kiamat serta meminta umat islam tidak terpengaruh dan berapa ramai umat islam yg mentertawakan persiapan besar-besaran yg dilakukan mereka aku percaya illuminati skrg sdg ketawa besar kerana berjaya memerangkap umat islam.

Nota:buat warga islam dibarat khasnya amerika aku merayu supaya keluar dari bandaraya utama setidak2nya satu hari pada 11.9.2012 melakukan aktiviti luar seperti berkhemah mendaki gunung melancong merupakan idea yg baik jgn sekali-kali duduk dirumah ianya tidak selamat
"ko ingat ko sorang jer betul" mungkin ada kebenarannya tapi utk isu ini aku harap aku salah kerana jika betul kematian bakal mencecah billion!!!

pandangan peribadiku ini tidak tepat kalau dikatakan ramalan tetapi lebih kepada perkiraan jika anda merasakan caraku salah aku terima kutukan tetapi harap renungkan situasi ini...

“seorang pejuang meletakkan segala clue2 yg ditemuinya di atas meja kemudian memerah otak memikirkan apakah agaknya yg dirancang pihak musuh seterusnya lalu megenalpasti ada ancaman kemudian berusaha mendapatkan sokongan pejuang2 yg lain yg sememangnya mengetahui kewujudan musuh tetapi masih tidak perasan akan wujudnya ancaman yg sgt serius itu dan dgn nada yg yakin menceritakan akan kesahihan ancaman itu dan berusaha pula mengejutkan pejuang yg sdg lena supaya bersiap sedia meghadapi serangan musuh” apakah tindakannya salah dan berdosa kerana membuat perkiraan bukan ramalan demi menyelamatkan keseluruhan pasukan seangkatan dari mengalami kekalahan yg teruk apakah anda tidak merasa keterlaluan mengatakan” ko ingat ko sorang jer yg pandai yg terer" walhal dia menghabiskan masa membahayakan diri dan telah berjalan jauh mencari anda demi menyelamatkan anda dan pasukan seangkatan dengan dirinya.Apakah nadanya yg yakin itu dikatakan sombong apakah jika mengatakan dgn teragak-agak pejuang yg lain akan mendengarnya sesungguhnya anda benar-benar membuatnya balik ke tempat asalnya di barisan belakang tidak bersuara lagi walupun akan terus berjuang tetapi dihantui perasaan yg sedih mengenang nasib yg bakal dilalui pasukannya dia dapat membayangkan dgn jelas kematian yg amat ramai sekali... namun sebelum dia beredar dia tetap menghabiskan ceritanya Cuma dipendekkan serta meninggalkan clue2 yg ditemuinya dan mengharap supaya difikirkan lalu beredar meninggalkan anda balik ke tempat asal dibarisan belakang mengharapkan anda memikirkannya dan berharap suatu hari bukan sahaja anda tetapi ramai lagi yg akan menyambung perjuangannya

3)Penemuan sains itu penting tetapi yg lebih bermakna apakah teknologi atau manfaat yg dapat dihasilkan dari penemuan itu

Sekarang tedapat byk pendedahan tentang mereka ramai yg telah berjaya membongkar konspirasi mereka tetapi apakah yg kita buat utk menentangnya

Inilah sebenarnya matlamat aku!!! Aku tidak berminat mengetahui atau mempelajari apatah lagi menghuraikan illuminate secara terperinci namun begitu aku terpaksa juga melakukannya sedikit2 supaya anda mendengar apa yg ingin aku sampaikan
Waluapun kita mungkin berbeza pandangan tetapi aku rasa anda semua percaya illuminati penyembah syaitan mereka sudah lama mengerjakan kita dgn teruk
illuminati adalah pengganas sebenarnya
mereka melukis gambar Rasullullah di facebook dan menghinanya
mereka membakar Al-quran di hari raya
Aku mengajak anda dont just free our mind let us fight it back!!!
1)aku mecadangkan 11 september hingga 21 disember setiap tahun kempen semua post kat wall facebook artikel,video,gambar yg menunjukkan 'illuminati pengganas sebenar"
2)jika dulu demo yg dilakukan membakar bendera israel dan amerika kita ubah dgn hanya membakar bendera isreal dan simbol2 illuminati sahaja
3)mengajak blogger supaya menulis tentang illuminati tetapi ini yg rumit sedikit, aku berharap penulisan itu nanti mengambarkan illuminati sbgi satu ancaman bukan penerangan yg lengkap seolah-olah secara x langsung berdakwah untuknya jika x semua artikel blog wujudkan segmen khas di setiap blog masing2 tidak kira apa jenis blog anda
4)gerakan rasanya tidak lengkap tanpa nama aku menamakan Anti illuminati Movement (AIM) terbuka utk bukan islam dan islam manakala Penyeru Kebangkitan Panji Hitam (PKPH) khas utk umat islam .Aku tau memang dah ada tapi aku berhasrat mewujudkan satu gerakan yg jelas hala tuju perancangan dan matlamat.Kemudian bergabung dgn gerakan2 seumpamanya.
Semua diatas hanyalah cadangan aku cara bagaimana mewujudkan kesiapsiagaan kalau2 pandangan peribadiku 11.9.2012 itu benar menjadi kenyataan
Sekali lagi aku memohon maaf diatas segala ketelanjuran diharap tiada lagi kutukan selepas ini kerana aku mendengar teguran anda dan setuju berundur ke barisan belakang tidak bersuara lagi segala artikel yg ada "hak cipta TIDAK terpelihara" jika percaya harap sebarkan copy paste amatlah digalakan kredit tidak diperlukan ku tinggal clue2 yg ku temui dgn harapan disiasat kesahihanya..
keyword
FEMA coffins,FEMA concentration camp,FEMA mass grave,population reduction,FEMA trains,inside FEMA trains,georgia guidestones,Operation blackjack,illuminati end game,HAARP,chemtrails,,sheikh imran hosein,NEW WORLD ORDER,illuminati,
peperangan ia bukan kebetulan ia dirancang!!!!

Mengetahui sejarah itu penting tetapi yg lebih penting adalah apa yg dapat kita pelajari dari sejarah itu kerana sejarah selalunya berulang!!! Setiap masa adalah kritikal...
tulus iklas dari Penyeru kebangkitan panji hitam,

Di Ruang Sandiwara



Oleh Marsli NO

2010/06/12

pix_gal0
PERMULAANNYA adalah gelap. 

Dan tatkala cahaya menerangi, kelihatanlah seorang seseorang sedang mundar-mandir ruang pentas itu. Langkahnya kelihatan berat terseok-seok. Sesekali berhenti untuk seketika. Dan kemudian melangkah lagi. Sambil kepalanya digeleng-gelengkan ke kiri dan ke kanan. Seolah-olah ada sesuatu yang amat memberati di dalam fikirannya.
Dan pada saat yang lain, berhenti lagi dia lebih lama dari tadi. Sambil tinju dikepalkan berkali-kali dan sesekali diacung-acungkan tinggi ke udara.
Sebentar kemudian muncul pula seorang yang lain. Pada mulanya kelihatan teragak-agak dan berhati-hati mengaturkan langkahnya. Pandangannya membelingas ke kiri dan ke kanan. Seolah-olah ada sesuatu yang sedang diawasi atau amat mencurigakannya. 

Dia yang sedang mundar-mandir tidak mempedulikan kehadiran dia yang baru muncul. 
Tiba-tiba terdengar gendang dipalu bertalu-talu entah dari mana. Bertingkah-tingkah bunyinya. 

Mereka tersentak dan kaku di posisi masing-masing. Tangan mereka terdepang lebar. Mulut ternganga. Mata terbelalak. 
Paluan gendang terdengar semakin lantang. 

Salah seorang dari mereka meloncat ke kiri dan ke kanan. Dan menepis-nepis sesuatu yang entah apa di sekitar dirinya. 

Salah seorang dari mereka yang lain dari mereka terkial-kial sendirian dan berusaha menghadangi sesuatu dari menimpa tubuhnya. Sesuatu yang entah apa. Sesekali tubuhnya terdorong ke depan dan ke belakang. 
Paluan gendang terdengar semakin lantang. 

“Tidak! Tidak! Tidak!” Dia yang sedang meloncat dan menepis-nepis itu kini mulai berteriak-teriak. Pada mulanya perlahan. 

“Tidak! Tidak! Tidak!” Demikian juga dia yang sedang berusaha menghadangi sesuatu dari menimpa tubuhnya itu. Juga ikut berteriak. Pada mulanya perlahan. 

“Tidak! Tidak! Tidak!” 

“Tidak! Tidak! Tidak!” 

Kini teriakan mereka terdengar semakin lantang berkumandang. Dan paluan gendang juga semakin rancak dan lantang. 

Mereka terus berteriak dan berteriak dan berteriak. Bagaikan orang telah kesurupan. Cahaya yang menerangi ruang pentas kini sekali gelap dan sekali terang. Mereka terus berteriak dan berteriak dan berteriak. Bagaikan orang telah kesurupan. Cahaya yang menerangi ruang pentas masih lagi sekali gelap dan sekali terang. 

Mereka akhirnya bergelimpangan di ruang pentas. Dan pada detik yang sama paluan gendang pun automatis terhenti. Suasana menjadi hening beberapa detik. 

Entah dari mana. Kini terdengar pula sedu sedan. Entah dari mana. Dan disusuli pula dengan suara orang berbicara yang tidak begitu jelas biji butir bicaranya yang juga entah datang dari mana. Pada mulanya perlahan dan kemudian semakin lantang dan jelas biji butir bicaranya. 

“Bukankah dahulu lagi sudah kukatakan. Jangan. Jangan. Tetapi kau berdegil. Dan sekarang inilah akibatnya.” 

“Kenapakah kau begitu tolol dan tega memilih itu. Bukankah kau sendiri tahu apa akibat yang bakal tertimpa ke atas dirimu? Kenapa? Kenapa?” 

“Sudah terlambat. Apa yang terjadi telah pun terjadi. Kenapa kini dipersalahkan orang yang lain. Tetapi dirimu. Dirimu!” 

Suara orang berbicara yang entah datang dari mana itu kedengaran silih berganti. 
Cahaya yang menerangi ruang pentas masih lagi sekali gelap dan sekali terang. 
“Hah. Hah. Hah. Hah. Hah. Hah. Hah. Hah. Hah. Hah. Hah. Hah. Hah. Hah. Hah. Hah. Hah. Hah. Hah. Hah. Hah. Hah.” 

Kini terdengar pula teriakan bertali arus entah datang dari mana dan disusuli pula dengan tepuk tangan. Bertingkah-tingkah. 

Mereka yang bergelimpangan di ruang pentas tersentak bangkit. Membelingas ke kiri dan ke kanan. Teriak dan tepukan bagaikan telah memukau mereka. Mereka mengelilingi ruang pentas. Sambil berpencak menepis-nepis sesuatu yang entah apa di sekitar diri mereka. 

Teriak dan tepukan semakin lantang dan rancak. 

Ruang pentas kembali diterangi cahaya benderang. 

Teriak dan tepukan itu kini bagaikan satu penyatuan irama yang mengiringi pergerakan mereka. Mereka mengelilingi ruang. Sambil terus berpencak menepis-nepis sesuatu yaang entah apa disekitar diri mereka. Seiringan dengan teriak dan tepukan. 

Tidak berapa lama kemudian muncul seseorang yang lain. Tercegat mematung di suatu sudut. Memerhatikan mereka yang sedang mengelilingi ruang pentas sambil berpencak dan berkali-kali menepis sesuatu yang entah apa di sekitar diri mereka itu. 

Dan perhatiannya semakin difokuskan ke arah mereka yang kini menyusuli pencak dan tepisannya dengan gelengan kepala ke kiri dan ke kanan pual 
Dia yang baru muncul hati-hati dan perlahan-lahan menghampiri mereka. Namun mereka tidak mempedulikannya. Mereka masih lagi leka dan asyik menepis-nepis dan menggeleng-geleng. Seiringan dengan teriakan dan tepukan. 

Dia yang baru muncul cuba berbuat sesuatu untuk menarik perhatian mereka. Namun usahanya sia-sia belaka. Lalu dia melakukan sesuatu yang lain. Namun itu juga tidak berhasil menarik perhatian mereka. 

“Sudah! Hentikan segera sandiwara ini! Hentikan! Aku sudah bosan! Aku sudah bosan melihatnya!” Berteriak dia. Lantang dan sesungguh hati. 

Serentak dengan teriakan itu teriak dan tepukan pun terhenti. Mereka tersentak dan kaku di posisi masing-masing di ruang pentas itu. 

“Untuk apa ini semua mesti diteruskan? Untuk apa? Sandiwara. Sandiwara. Dan sandiwara. Sampai bila? Api. Darah. Dan air mata. Tidak pernahkah mereka menyedarinya? Betapakah. Dunia ini sudah semakin hitam. Dan alangkah jijiknya.” 
Dia berteriak lagi dan kian menghampiri mereka. 

“Cukup! Cukup! Hentikan! Hentikan!” Dia berteriak lagi. Di samping mereka. 

Mereka tersentak dan terpinga-pinga. Saling bertukar pandang sesama mereka. 

“Tidakkah kalian menyedarinya? Tidakkah?” tanya dia. Kepada salah seorang dari mereka. 

“Apa?” salah seorang dari mereka bertanya. 

“Kau masih tidak menyedarinya? Atau sengaja tidak mahu menyedarinya?” dia bertanya lagi. 

“Ah, usahlah kau pinta apa-apa dariku. Aku sudah terlalu letih. Dan bosan,” salah sorang di antara mereka berkeluh kesah. 

“Ya! Ya! Ya! Ya! Ya! Ya!” 

“ Ya! Ya! Ya! Ya! Ya! Ya!” 

“ Ya! Ya! Ya! Ya! Ya! Ya!” 

Ujaran itu disahut bersahut-sahutan oleh mereka yang lain. 

“Lalu kalian relakan itu terus berleluasa di hadapan mata sendiri?” 

“Apa?” 

“Api. Darah. Dan air mata.” 

“Apa sesungguhnya yang mesti kami lakukan?” 

“Bertindak!” 

“Siapa?” 

“Kita!” 

“Kita?” 

“Tidak. Aku tidak sanggup!” bantah salah seorang dari mereka yang lain. Pantas. 

“Ya! Ya! Ya! Ya! Ya! Ya!” 

“Ya! Ya! Ya! Ya! Ya! Ya!” 

“Ya! Ya! Ya! Ya! Ya! Ya!” 

Ujaran itu disahut bersahut-sahutan oleh mereka yang lain. 

“Kenapa tidak? Gentarkah kalian?” 

“Ah, saudara. Lupakah saudara pada apa yang telah tertimpa ke atas diri moyang kita itu?” 

“Moyang kita?” 

“Telah lupakah saudara? Lantaran tidak rela melihat bangsanya dibelenggu oleh mata rantai kebodohan maka dirinya sendiri menjadi habuan,” mereka yang lain meneruskan bicaranya. 

“Apa kena mengenanya dengan kita? Atau kalian?” 

“Masih tidak mengertikah saudara? Kerana sandiwara itulah maka dia menjadi mangsa.” 

“Maksudmu?” tingkah dia. Pantas. 

“Ketika berkata sekelian juak dan terpedaya sudahnya yang mendengar. Berbahaya amat sebuah negeri memiliki budak sepintar itu. Maka jadilah dia habuan dan korban.” 

Dia melongo. Sedikit demi sedikit bayangan kisah silam itu kembali berhamburan deras menerjahi ruang ingatan. 

“Nadim! Nadim!” dia berteriak. Menyeru nama itu berkali-kali. 

“Lalu demikianlah saudara. Kupilih membisu kerana demikian lebih selamat. 
Meskipun aku tahu betapa naifnya pilihan begini. Kerana aku tahu siapa sebenarnya diriku ini.” 

“Ya! Ya! Ya! Ya! Ya! Ya!” 

“Ya! Ya! Ya! Ya! Ya! Ya!” 

“Ya! Ya! Ya! Ya! Ya! Ya!” 

Ujaran itu disahut bersahut-sahutan oleh mereka yang lain. 

“Ternyata kalian ini manusia dayus. Dan lebih menjijikkan lagi, bila kalian tega pula bersekongkol dengan kebodohan itu. Menjadi pengampu dan penjilat.” 

“Jangan kau menghina kami. Insaflah kau betapa demikian namanya suratan. Untuk apa melawan kalau sekadar menjadi abu dan arang?”: 

Dan kembali sekalian mereka mengitari ruang pentas. Seolah-olah mencari sesuatu yang telah hilang. Sesuatu yang entah apa. 

Paluan gendang kembali terdengar lantang dan bertingkah-tingkah. 

“Berbahagiakah hidup tatkala memilih menjadi badut-badut cuma?” dia bertanya dengan suara lantang. Di antara tingkahan paluan gendang yang semakin lantang. 
Namun tiada siapa yang menjawab. 

Dan jasad sekalian mereka yang lingung dan terpinga-pinga di ruang pentas itu kini sedikit demi sedikit, bertukar sifat dan bentuknya menjadi cebisan kain pelbagai warna. Terapung dan terawang-awang di udara. 

Semakin lama semakin kecil dan sirna. 

Ketika gelap kembali merongrong seluruh pelosok dan ruang pentas. 

PROFIL 

MARSLI NO lahir di Kerteh, Terengganu, pada 7 Oktober 1957. Selain cerpen, juga menulis puisi, novel, naskhah drama pentas/tv, resensi buku dan rencana. Tahun 1995 mewakili negara ke Second ASEAN Writer's Conference Workshop (Poetry) di Manila dan Singapore Writer’s Festival di Singapura pada tahun 2003. Selain "Biduan" (DBP, 1994) dan "Demi" (DBP: 1998), “Menanti Buraq” adalah kumpulan cerpen ketiga beliau terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 2008. Kumpulan cerpen terbarunya “Politikus, Badut & Sebuah Cermin” yang diterbitkannya secara persendirian tahun 2009 ini boleh didapatkan dengan memesan ke email marslino@yahoo.com atau mendapatkan maklumat di http://marslino.blogspt.com.

Durian Tembaga dan...



Oleh A Rahman CM

2010/07/24

JUNID memandang pokok durian tembaga dalam kebun buah-buahannya itu dengan senyum panjang. Pokok itu sudah sampai lebih separuh abad usianya, tetapi ia kelihatan masih utuh, masih tegap, masih subur, masih mampan. Junid mendongak. Senyumnya menjadi lebar pula apabila dia terpandang akan buah durian tembaga itu yang lebat. 

Lalu Junid menebas semak-semak kecil di keliling pokok durian tembaga itu supaya nanti apabila buah durian tembaga itu gugur, senang memungutnya. Dia fikir tidak lama lagi buah durian tembaganya itu akan matang. Apabila matang ia akan jatuh. Junid tahu tidak lama lagi buah durian tembaganya itu akan masak. Apabila masak ia akan gugur.
Beberapa hari juga Junid menebas semak-semak kecil itu. Sambil menebas, dia memerhati kalau-kalau ada makhluk perosak buah-buahan datang untuk merosakkan buah durian tembaganya itu. Untuk menjaga buah durian tembaganya itu dari dirosakkan, Junid tidak punya belas kasihan terhadap makhluk-makhluk perosak itu.
Monyet muncul, monyet ditembaknya. 

Tupai datang, tupai ditembaknya. 

Kera tiba, kera ditembaknya. 

Lalu terbayang dalam mata khayalnya akan kegiatan hidupnya apabila buah-buah durian tembaga itu matang. Junid akan menunggu siang dan malam di kebun buah-buahannya itu untuk memungut buah yang gugur. Tergambar juga wajah Tuk Ku, ketua kampungnya. Junid nampak senyum kerepot Tuk Ku apabila dia menyerahkan sebiji durian tembaga kepadanya. Suka amat Tuk Ku dapat makan isi durian tembaga. 
Aku hanya makan durian ini dari kebun kamu Junid. 

Terima kasih kerana Tuk Ku sudi. 

Aku yang patut berterima kasih. 

Junid nampak dia senyum. Dia nampak isi durian tembaganya yang kuning seperti tembaga yang baru digilap. Isinya yang sebesar pergelangan lengan itu tebal. Sementara biji di dalamnya sebesar jari kelingking. Baunya harum. Apabila isinya digigit dan menjamah lidah ia terasa lemak-lemak manis. 

Junid bersandar pada dinding bangsal yang sedia dalam kebunnya itu. Dia memandang ke hadapan. Burung-burung berkicau merata. Rama-rama terbang lambat-lambat dari pokok ke pokok senduduk di luar kebun Junid. Tinggi di awan, berlegar-legar helang kepala putih mengintai-ngintai mangsanya di bawah. 

Junid memandang pada puncak durian tembaganya. Di situ sebiji buah durian yang agak besar seperti terlalu kukuh pada dahan. Sementara pada dahan-dahan lain di bawah, buah-buah duriannya bergantungan menunggu matang untuk gugur. Durian-durian yang gugur ketika matang menyenangkan Junid. 

Anak-anak dan cucunya akan pulang dari bandar untuk menikmati durian tembaganya. Selepas anak-anak dan cucu-cucunya puas menikmati isi durian tembagnya itu, baharulah Junid menjualnya kepada mereka yang ingin membelinya. Biasanya, ramai pelanggan datang ke kebunnya untuk membeli buah durian tembaganya itu. 

Kecuali yang datang hendakkan durian tembaganya itu memberi alasan bahawa isterinya mengidam, maka Junid tidak punya alasan. Lalu Junid menghadiahkan kepadanya sebiji. Dia tidak jual. Junid tahu, perempuan yang mengidam bukan sekadar perempuan itu yang inginkan isi durian tembaganya itu, malah anak dalam kandungannya juga inginkan isi durian tembaga itu. 

Lalu Junid, sebagai manusia matang, lelaki yang tergolong dalam usia emas, amat memahami isi hati dan kalbu perempuan yang mengidam. Maka tidak elok baginya meletakkan harga durian tembaganya kepada perempuan yang mengidam. 

Mata Junid kemudian nampak sekujur badan isterinya memasuki kawasan kebun buah-buahannya itu. Di tangan isterinya itu ada mangkuk tingkat. Dia lalu memandang pada langkah isterinya yang juga seusia dengannya. 

“Puas saya tunggu, awak tak balik,” kata Janah isteri Junid. 

Junid senyum. 

“Dah gugur buah tu?”. Tanya Janah sambil memandang pada pokok durian tembaga kesayangan suaminya. 

Junid sadin. 

“Hohhhhh! Saya ingat dah gugur.” 

“Tak apalah. Saya tunggu kalau ada tupai datang.” 

“Tupai keliling kebun awak ni, nampak awak saja dah melompat lari.” 

“Saya bimbangkan kera.” 

“Hammm! Yalah.” 

“Awak bukan tak tahu perangai kera hutan tu. Ia bukan makan sebiji, tapi melurut putik-putik durian tu. Khianatnya yang lebih,” kata Junid. 

“Perangai kera.” 

Mata Junid pada mangkuk tingkat yang dibawa oleh isterinya. 

Janah senyum melihat itu. 

“Baru terasa lapar?” Tanya Janah. 

Junid sengih. 

Janah lalu membuka mangkuk tingkat. Ada mangkuk nasi. Pada mangkuk lain ada gulai kuning garaman ikan tenggiri. Ada pula ulam dan sambal pada mangkuk yang lain. Dua biji mangkuk kosong Janah letakkan sebiji di hadapan suaminya dan sebiji di hadapannya. Janah lalu mengisi nasi ke dalam mangkuk kosong itu. 

Mereka mula menikmati makan tengah hari. Angin kering waktu tengah hari menyaman badan mereka. Ia menyegarkan dalam suasana kehijauan pokok dalam kebun buah-buahan itu. 

Pagi itu setelah selesai solat Subuh Junid sendirian ke dalam kebun buah-buahannya. Dengan senapang di bahu dia mendongak pada pokok durian tembaganya. Hidungnya kemudian terhidu bau. Lalu Junid mencari-cari bau itu. Dia mengelilingi kawasan pokok durian tembaganya itu. Kalbu Junid kegembiraan. Bibirnya segera mengukir senyum. Sebiji durian tembaga terbaring di hadapannya. Junid segera mencapainya. Dia lalu membawa buah durian tembaga itu ke bangsal rehatnya. 

Suasana pagi menyegarkan seluruh makhluk Allah di keliling kawasan kebun buah-buahan Junid. Burung-burung berterbangan, berkicau sambil mencari makan. Tidak terkecuali tupai. Dari kawasan luar kebun Junid, beberapa ekor tupai seperti kegembiraan melompat-lompat arah ke pokok durian tembaga Junid. 

Mata Junid segera menangkap lompatan-lompatan tupai itu. Junid segera mencapai senapang lalu meluru ke arah pokok petai yang menjadi tempat singgah tupai-tupai itu sebelum melompat ke pokok durian tembaga. Junid lalu melepaskan tembakan apabila matanya pada seekor tupai di atas pokok petai. Ia jatuh ke bumi. Beberapa ekor yang lain bercemera melompat-lompat melarikan diri. Ada pula yang menuruni batang petai lalu ke bawah. Tupai itu seperti faham bahawa Junid tidak akan menembak pada paras dada di bawah kerana bimbangkan peluru tersasar kepada orang-orang di luar kebun Junid. 

Sepi buat seketika. 

Junid balik pada bangsal. Dia pandang buah durian tembaga itu. Lama. Dia senyum. Kemudian Junid menoleh pada puncak durian tembaganya. Buah yang sebiji di puncak masih utuh di situ. 

Angin pagi yang lembut menyamankan Junid. Tiba-tiba telinganya terdengar bunyi durian gugur. Segera Junid ke pokok durian tembaganya. Dia capai durian itu sambil mendongak ke atas. Durian sebiji di puncak masih kukuh pada dahan. Junid membawa buah durian itu ke bangsal. Dia kemudian turun semula mengelilingi kebunnya lalu melepaskan beberapa das tembakan ke udara. Tembakan itu sebagai amaran kepada makhluk Allah yang berniat hendak merosakkan durian tembaganya. 

Junid pulang dengan membawa dua biji durian tembaganya. Durian itu akan dicekah di hadapan isterinya Janah. Dia tidak pernah makan durian tembaga itu sendirian di kebun sebelum Janah isterinya menikmati durian itu. 

“Dah gugur? ” Tanya Janah. 

“Rezeki awak,” kata Junid sambil mencekah buah durian tembaga itu. Terbuka sahaja kulitnya, nampak isi durian tembaga yang kuning serta harum. Junid menghulurkan kepada Janah. 

Dengan senyum Janah mencapai seulas. 

Junid juga mencapai seulas. 

“Saya nak ke kebun lepas ni. Tak balik hari ini,” kata Junid. 

“Saya faham. Tak apa. Saya akan bawa nasi nanti.” 

Junid dan Janah terus menikmati isi durian tembaga itu. Paksa akhir dicekah oleh Junid. Dia nampak isi durian itu seperti berkata, ‘terima kasih kerana sudikan saya.’ 

“Petang nanti awak telefon anak-anak kita tu, “ kata Junid. 

Janah memandang wajah suaminya dengan mata berkaca. 

Pada hari ketiga durian tembaga itu gugur, tengah hari ketika Junid berehat di bangsal dengan beberapa biji durian tembaganya terbaring di atas lantai, muncul Kipli anak sulungnya bersama isteri dan tiga orang anaknya. Diikuti di belakangnya Zaleha dengan suami serta dua orang anaknya. Janah mendukung anak kecil Kipli. 

Junid kesukaan lalu mencekah durian tembaga itu untuk dinikmati oleh anak dan cucunya. 

“Buah di puncak tu besar, abah, kenapa belum gugur?” Tanya Kipli. 

Junid sengih pada wajah Kipli. 

“Patut buah di puncak tu gugur dulu. Dah terlalu besar tu. Tentu dah masak,” kata Kipli lagi. 

Junid memandang wajah Kipli. 

Kemudian kedengaran bunyi durian gugur. Sazali anak sulung Kipli meluru dengan adiknya Amran untuk mendapatkan durian itu. Sazali mendahului Amran. Belum sempat keduanya sampai di bangsal, kedengaran pula durian jatuh. Amran meluru. Dia capai durian itu. Mereka lalu menikmati isi durian tembaga itu. Tergambar rasa suka pada wajah mereka. Tergambar ras riang dan syukur pada wajah mereka. 
Durian gugur lagi. 

Kipli pula yang datang mengambil buah durian itu. 

“Eh! Tak gugur juga yang di puncak tu abah. Apa cerita? “Tanya Kipli sambil mendongak pada buah durian sebiji di puncak yang baginya terlalu besar itu. 
Junid sengih pada wajah anaknya. 

“Li bimbang, ia terlalu masak abah. Nanti kalau gugur melepuk menyek jadi tempoyak masam. Tak boleh dimakan,” kata Kipli. 

“Harap-harap taklah begitu, Li,” kata Junid. 

Durian gugur lagi. Buah-buah yang pada julai di bawah terus jatuh berganti-ganti, tetapi buah sebiji di puncak tidak juga gugur. Hairan juga Junid. Apakah buah sebiji di puncak itu mesti dikait? Tidak ada galah yang mampu mencapainya di puncak pokok itu. 

Keluarga Junid terus menikmati isi durian tembaga itu. Isi-isi yang dicekah seolah-olah berkata, ‘terima kasih kerana anggap kami masih berharga.’ 
Petang itu tinggal Kipli dalam kebun durian itu. Junid ke rumah Tuk Ku membawa sebiji durian untuk dihadiahkan kepada Tuk Ku. Dan ketika buah durian tembaga itu diserahkan kepada Tuk Ku, Junid merenung buah durian tembaganya itu. Dia nampak durian itu seperti berkata, ‘terima kasih kerana anggap saya masih bernilai.’ 

Anak dan cucu-cucu Junid sudah pulang ke rumah mereka di bandar. Tinggal Junid dengan Janah menunggu durian tembaga itu. Waktu siang, Junid sendirian di kebun itu. Tetapi apabila malam, Janah menemaninya tidur di bangsal itu. Dan buah-buah duriannya terus gugur, tetapi buah sebiji di puncak masih kukuh pada dahan. Buah-buah pada dahan lain di bawahnya sudah tinggal hanya beberapa biji sahaja lagi. Tetapi buah sebiji di puncak itu masih juga utuh pada dahannya. Ia seperti tidak mahu gugur. Ketika angin meniup agak kencang banyak durian tembaga Junid gugur, tetapi buah sebiji di puncak itu tidak juga jatuh. 

Junid diterjah rasa hairan. Dia rasa buah di puncak itu sudah terlebih matangnya. 

Junid merasa buah durian tembaganya di puncak itu sudah terlalu masak. 

“Awak tembaklah,” kata Janah beri cadangan. 

“Mana boleh tembak. Pecah durian tu nanti. “ 

“Pakai lastik.” 

“Tak sampai.” 

“Habis, apa ikhtiar awak nak paksa durian tu gugur?” Mata Janah pada wajah suaminya Junid. 

“Mana boleh paksa-paksa. Sejak datuk nenek kita, mana ada kita paksa durian gugur?”. 

“Habis nanti, kalau gugur jadi tempoyak masam, nak buat apa?” 

“Apa daya saya,” kata Junid. Matanya lalu memandang buah durian sebiji di puncak pokok durian tembaganya itu. 

Buah-buah durian tembaga Junid sudah gugur semuanya kecuali yang sebiji pada puncak pokok itu sahaja yang belum gugur. Banyak juga Junid dapat wang hasil jualan buah durian tembaganya itu. Hairan Junid tidak terkira. Tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa untuk menjatuhkan buah durian sebiji di puncak pokok itu. 

Dan Junid, sifat sayangnya pada buah durian itu memaksa dia terus-terusan menunggu, memaksa dia menanti siang dan malam untuk mengambil buah itu apabila gugur. Junid siap dengan senapangnya yang sentiasa sedia dengan peluru di dalam larasnya menunggu buah durian sebiji itu. 

Waktu petang angin kencang. Buah durian tembaga sebiji itu tidak juga gugur. 
Junid tetap menunggu. 

Waktu malam angin kuat melanda. Buah sebiji di puncak itu tidak juga jatuh. 
Junid tetap patuh menanti. 

Angin sejuk waktu pagi. Durian sebiji di puncak itu tidak juga gugur. 
Junid tetap setia menunggu. 

Malah ketika angin gemuruh waktu tengah hari, durian itu tidak juga gugur. 
Junid tetap taat menanti. 

Apabila beberapa hari menunggu, buah durian tembaga sebiji itu tidak juga gugur, Junid mula merasa puas menunggu. Mula timbul rasa meluat dalam kalbu Junid. Lalu petang itu dia melangkah longlai keluar dari kebunnya dengan niat tidak mahu lagi datang menunggu buah durian sebiji itu. Senapangnya sedia di bahu. Ketika dia sampai di pintu pagar, tiba-tiba kedengaran bunyi benda jatuh pada umbi pokok durian tembaganya. Junid segera ke tempat itu. 

Junid sengih melihat buah durian yang berkecai. Bau masamnya menerawang kawasan keliling. Biji-bijinya sebesar kelingking merata. Sementara isinya seperti muntah kucing di atas rumput. Junid menggeleng-gelengkan kepalanya. 

Kenapa kamu baru gugur? 

Tidak ada harganya lagi. 

Aku, jangan nak makan, nak sentuh pun tak larat. 

Bau masam kamu menyesak hidung. 

Kasihan. 

Kalau kamu gugur dulu, aku akan simpan dalam almari kaca, tanda hormat aku pada kamu. Tetapi sekarang, tengok, jangankan tupai, lalat angau pun tidak datang menjenguk kamu. 

Junid menggeleng-gelengkan kepalanya melihat isi durian tembaganya yang ditunggu-tunggu selama ini gugur menjadi tempoyak masam. 

Inilah akibatnya kalau terlalu lama berada di puncak. Walaupun kamu amat tinggi nilainya, tetapi jatuh begini, menjadi tempoyak masam yang tidak punya harga apa-apa. 

Junid terus menggeleng-gelengkan kepalanya. 

INFO: Penulis 
NAMA sebenarnya Abd Rahman Che Mat, mula menulis awal 1960- an dan terbabit dalam penulisan genre cerpen, sajak, drama, skrip TV, skrip filem, rencana serta novel. Beliau pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1984 lewat puisinya, Sebuah Pinis. Tidak ketinggalan beliau juga pernah memenangi hadiah peraduan menulis skrip drama TV anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) 2003/2004. Cerpennya, Che Soleh Rial yang disiarkan dalam Berita Minggu pada 21 Januari 2007 menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2006/2007 untuk Kategori Eceran Genre Cerpen.