HEBRON - Kekejaman tentera rejim Zionis di Israel terbukti tiada batasan apabila mereka menembak mati seorang lelaki tua berumur 65 tahun semasa mangsa sedang tidur di rumahnya, minggu lalu. Pembunuhan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan semasa tentera Israel menyerbu sebuah rumah di bandar Hebron, Tebing Barat pada awal pagi. Mangsa, Omar Kawasmi dibunuh semasa sedang tidur di atas katil di rumahnya apabila askar rejim menyerbu kediamannya bagi menahan beberapa pejuang Hamas. Lebih 10 peluru ditemui menembusi tubuh warga emas itu dan tentera rejim menembaknya tanpa bertanya identiti atau nama mangsa terlebih dahulu. Tentera Israel mendakwa kononnya pembunuhan itu adalah satu kesilapan sasaran |
Thursday, January 13, 2011
Lelaki Palestin sedang tidur ditembak 10 kali
Iran tahan 10 orang dikaitkan dengan Mossad
2011/01/13
ANTARA pistol yang dirampas Iran, kelmarin.
TEHERAN: Iran kelmarin mengumumkan penahanan lebih 10 orang dikaitkan dengan agensi risikan Israel Moosad, yang didakwa terbabit dalam kes pembunuhan seorang ahli fizik nuklear negara Teluk itu awal tahun lalu.Ketua agensi risikan Iran, Heidar Moslehi, berkata semua yang ditahan itu menganggotai rangkaian yang dikaitkan dengan Mossad.
Pihak risikan Iran itu mempamerkan beberapa pistol dengan satu daripadanya dipasang silencer yang dirampas daripada suspek.
Menteri Luar Israel dan pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu enggan mengulas berhubung perkembangan itu.
Profesor fizik Universiti Teheran Masoud Ali Mohammadi dibunuh dalam satu letupan bom motosikal di luar rumahnya ketika mangsa mahu ke tempat kerja pada Januari 2010. Masih tidak ada penjelasan mengapa mangsa menjadi sasaran berikutan beliau tidak mempunyai kaitan dengan program nuklear Iran.
November lalu, dua serangan bom misteri di sini mengorbankan seorang lagi saintis nuklear dan mencederakan seorang lagi, kedua-duanya jelas terbabit secara mendalam dalam program nuklear Iran.
Bercakap kepada media, Moslehi berkata Israel berhasrat menghalang negara di rantau itu daripada mencapai kemajuan saintifik.
Katanya rangkaian dikaitkan Israel itu sudah menubuhkan pangkalan di negara berjiran dengan Iran.
“Kami menubuhkan pangkalan perisikan bersebelahan mereka supaya kami dapat menghancurkan aktiviti kumpulan terbabit,” katanya tanpa menamakan negara itu.
Beliau memberi amaran jiran Iran menganggap sebarang kerjasama dengan Israel sebagai keganasan dan ancaman ke atas keseluruhan Asia Barat. – AP
Kereta Porsche putus dua
BAHAGIAN depan kereta Porsche yang remuk teruk di bahagian tempat duduk. |
WARSAW - Sebuah kereta Porsche 911 Carrera putus dua selepas pemandunya yang berusia 18 tahun hilang kawalan dan merempuh sebatang tiang lampu di Krakow Lublanska, Poland, lapor sebuah akhbar semalam.
Kemalangan itu berlaku pada Jumaat lepas namun, pemandu tersebut cuma patah kedua-dua belah kaki selain kecederaan yang lain menyebabkan dia dirawat di sebuah hospital.
Jurucakap polis, Dariusz Nowa berkata, terdapat ais di atas jalan menyebabkan kereta itu terbabas.
Kereta itu dianggarkan berharga AS$125,000 (RM383,082.45). - Agensi, KOSMO
Kereta BMW diperbuat daripada batu
BEIJING - Seorang artis, Dai Geng menjual kereta BMW yang diperbuat dengan batu pada harga £80,000 (RM383,652).
Geng mengambil masa lebih setahun mencantum semua blok batu itu sebelum mengukirnya menjadi BMW Z4.
Pintu kereta itu yang boleh dibuka dan ditutup seperti kereta biasa turut diperbuat daripada batu.
Hanya tingkap kereta sahaja tidak dibuat dengan batu. Tayar, roda, paip ekzos dan aksesori lain semuanya dari bongkah batu.
Kereta BMW itu sepanjang lima meter, 2.15 meter lebar dan tinggi 1.6 meter serta seberat 6.5 tan.
Dia berharap dapat menjual kereta itu kepada hartawan di negara itu.
Kereta itu dipamerkan di Shenzheng, wilayah Guangdong, tenggara China kelmarin. - Agensi
Tunggu bilionair beli Monaco mini bernilai RM3.3 bilion
LONDON - Beberapa pereka kapal layar mengemukakan pelan untuk membina kapal layar yang mengandungi replika bandar raya mini Monaco yang terapung di laut, lapor sebuah akhbar semalam.
Kos pembinaan bandar mini itu ialah £700 juta (RM3.35 bilion) yang mengandungi replika trek lumba, Hotel de Paris, Cafe de Paris, Hotel Loews dan kasino Monte Carlo selain kolam renang serta gelanggang tenis.
Ia merupakan idea firma Yacht Island Design yang beribu pejabat di Derbyshire, Britain.
Pengarah syarikat itu, Rob McPherson berkata, reka bentuk itu bertemakan sebuah kapal layar unik dan menggambarkan gaya hidup dan prinsip canggih.
Reka bentuk bandar terapung itu sudah siap dan firma itu menunggu seorang bilionair untuk melabur dan memilikinya supaya ia menjadi realiti. - Agensi
Pelacur diminta bayar cukai di Amsterdam
AMSTERDAM - Seorang jurucakap agensi cukai Belanda, Janneke Verheggen berkata, pelacur di Amsterdam akan ditemui pegawai percukaian, lapor agensi berita AP semalam.
Aktiviti pelacuran berkembang di Amsterdam semenjak tahun 1600 semasa Belanda menjadi kuasa dalam bidang maritim.
Negara itu membenarkan kegiatan pelacuran pada tahun 2000 tetapi pihak berkuasa meminta para pelacur membayar cukai pendapatan.
Namun terdapat beberapa orang pelacur menganjurkan bantahan kerana mereka berasa ragu dengan undang-undang percukaian sama ada ia boleh dilaksanakan ke atas industri yang menggunakan bayaran tunai.
Seorang pelacur yang hanya mahu dikenali sebagai Samantaha menyokong pelaksanaan bayaran cukai itu dan menganggap ia sebagai satu langkah yang baik.
"Ia (pelacur) merupakan satu pekerjaan sama seperti pekerjaan yang lain dan kami patut membayar cukai," katanya.
Menurutnya, dia telah membayar cukai selama bertahun-tahun sekali gus menganggap adalah tidak adil jika terdapat pelacur lain yang tidak membayarnya.
Biro Statistik Pusat Belanda menganggarkan industri pelacuran menjana perolehan AS$865 juta (RM2.64 bilion) setahun. - Agensi
Pengasas Google beli kapal layar terpakai
CALIFORNIA – Pengasas enjin carian, Google di Internet, Larry Page menyertai ‘kelab pemilik kapal mewah’ apabila dia membeli sebuah kapal layar mewah terpakai yang bernilai kira-kira AS$45 juta (RM137.7 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Kapal yang diberi nama Senses itu dibeli daripada seorang pengusaha arak dari New Zealand, Sir Douglas Meyer yang telah menggunakannya sejak 1999.
Senses yang bersaiz 58.8 meter itu dilengkapi dengan tapak pendaratan helikopter, gimnasium, dek bertingkat, 10 bilik mewah, 14 orang anak kapal dan rekaan dalaman dari pereka terkenal Perancis, Philippe Starck.
Page, 37, menerima kapal mewah terpakai itu daripada Meyer menjelang tahun baru lalu.
Page yang berkahwin dengan seorang model, Lucinda Southworth pada 2007 dan mereka mempunyai seorang anak lelaki berumur setahun.
Dia dianggarkan mempunyai kekayaan kira-kira AS$15 bilion (RM45.9 bilion). – Agensi
Tokek digilai pemburu haram
Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI
zaini.hadi@kosmo.com.my
zaini.hadi@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR – Tokek atau gikgo. Apakah sebenarnya keistimewaan haiwan ini sehingga ramai pemburu mahu memiliki haiwan tersebut. Tanpa disedari ramai pemburu haram kini sanggup meredah hutan di Semenanjung bagi mencari tokek.
Tokek didakwa mampu dijual pada harga mencecah puluhan juta ringgit dan paling kurang RM20,000 bagi setiap seekor.
Ekoran kegilaan dengan harga lumayan itu, pemburu haiwan kini mula memberi tumpuan mencari haiwan tersebut di serata hutan.
Dikatakan sebelum nama tokek meniti mulut ke mulut dalam kalangan rakyat negara ini, haiwan itu terlebih sudah popular di Indonesia.
Bayangkan, tokek pernah menjadi produk perniagaan bagi penduduk yang tinggal di kawasan perkampungan miskin pedalaman Indonesia seperti di Banjarsawah.
Mereka sanggup meredah hutan dan menangkap haiwan itu.
Tokek didakwa mula menarik perhatian apabila ramai ahli perubatan China dan Korea percaya lendir daripada haiwan itu mampu merawat kanser, penyakit kulit serta pernafasan.
Subscribe to:
Posts (Atom)