Pages

Monday, June 6, 2011

Gempar mata air misteri




TIAK - Penduduk setempat gempar dengan penemuan mata air misteri di Kampung Tiak yang dikatakan boleh menghilangkan beberapa penyakit.

Penduduk, Rokiah Paib, 73, berkata, penemuan mata air itu disedarinya beberapa hari lalu.

“Saya lihat beberapa helaian daun bergerak-gerak di atas permukaan tanah, kemudiannya pergi ke arah daun berkenaan dan menyedari terdapat mata air.

“Suami mengorek mata air berkenaan dan menjumpai syiling lama yang tertera tujuh perkataan Yasin dalam tulisan jawi,” katanya.

Menurutnya, keadaan bertambah pelik kerana tekanan mata air berkenaan akan menjadi rendah sekiranya syiling berkenaan tidak diletakkan di dalamnya.

“Kalau syiling ini diletakkan kembali dalam tempat asal, tekanan mata air akan menjadi kuat sehingga melimpah ke permukaan.

“Saya membuat saluran paip pada mata air berkenaan agar air dapat mengalir ke dalam baldi yang disediakan. Setakat ini, mata air tidak pernah kering mengeluarkan air,” katanya.

Dia berkata, ada beberapa pihak yang ingin membeli syiling berkenaan tapi enggan menjual walaupun ada yang menawarkan harga yang lumayan.

“Saya akan menyimpan syiling ini, kerana ia mempunyai keunikan tersendiri. Saya percaya apa yang berlaku adalah kerana keizinan dari-Nya. Perkara ini membuktikan kebesaran Allah SWT,” katanya kepada Sinar Harian.
SH

Hampir lemas sewaktu pulang




KUALA NERANG - “Pengalaman hampir lemas semasa mahu kembali ke Malaysia kira-kira jam 4 pagi pada 4 Jun lalu pasti menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan,” kata Zarina Abu Bakar, 30, wanita yang ke Lombok, Indonesia selepas mengikuti teman lelakinya yang dikenali sebagai Helmi kira-kira dua tahun lalu.

Mengimbas kembali kejadian berkenaan, Zarina yang tidak pandai berenang berkata, dia dan beberapa orang lain yang mahu memasuki sempadan Malaysia melalui Ulu Tiram, Johor diarahkan terjun ke dalam laut kerana bot yang membawa mereka tidak menghampiri pesisiran pantai.

Menurutnya, sebaik sahaja terjun, dia tidak ingat apa-apa dan dimaklumkan oleh tekong bot bahawa dia pengsan.

“Nyawa saya masih panjang dan bersyukur kerana telah diselamatkan oleh tekong bot berkenaan dan saya mula sedar dari pengsan kira-kira jam 6 pagi.

“Kemudian dengan bantuan orang-orang tekong bot itu, saya telah dibawa untuk membeli tiket bas ke Kuala Lumpur kerana ibu saya, Maryam Kasim, 49, sudah menanti di sana,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Kuala Pai, Kuala Nerang.

Kisah Zarina sebelum ini mendapat liputan media cetak dan elektronik yang luas selepas dia merayu dan memohon bantuan untuk kembali ke negara ini selepas pergi ke Lombok pada September 2009.

Dia yang juga seorang ibu tunggal kepada tiga orang anak berusia 6, 7 dan 10 tahun pergi ke sana selepas teman lelakinya yang dikenali Helmi, 29, berjanji akan mengahwininya.

Menurutnya, pada awal perkenalan, dia terus jatuh hati kepada jejaka berkenaan yang mengambil berat akan dirinya.

“Pada awal berkenalan, sekiranya sehari tidak bertemu saya akan teringat-ingat kepadanya, setiap yang diperkatakan dan diminta olehnya langsung tidak dibantah.

“Saya pun tidak tahu mengapa saya tidak sabar-sabar mengikutinya pulang ke Lombok selain mendapat pelawaan dari pada ibu Helmi untuk pergi ke sana,” katanya.

Dia mengakui semasa di dalam perjalanan menuju ke sana melalui Ulu Tiram, ingatannya kepada ibu bapa dan juga anak-anak di Kedah seolah-olah tidak ada dan hanya memikirkan untuk ke Lombok saja.

“Saya seolah-olah dipukau tetapi pada waktu yang sama rasa sangat bahagia,” katanya.

Namun, selepas lima bulan menetap di Desa Jeruk Mani, Dusun Jawa Guar, Kacamantan Timur, barulah rasa rindu kepada kampung halamannya di Malaysia kembali berbunga.

Menurutnya, dia mendakwa selepas lima bulan menetap di sana, layanan ibu Helmi kepadanya semakin dingin.

“Selain menetap di rumah yang tidak mempunyai kemudahan elektrik dan air, kadang-kadang makanan tidak cukup dan perlu bergantung kepada roti sahaja, makanan yang sering saya jamah ialah ubi kayu, ubi keladi dan pucuk paku-pakis.

“Saya pun tidak tahu mengapa ibu Helmi bersifat dingin dan sering memarahi dan memukul saya, sifat ramah mesra seperti saya dengar di dalam telefon sebelum ini sudah tidak ada,” katanya.

Tambahnya, dia juga terpaksa pergi bekerja mengambil upah menanam padi dengan upah sebanyak RM2.50 sehari.

“Setiap hari saya memikirkan untuk pulang sahaja, selain hidup umpama pelarian di sana,” katanya yang mendapat bantuan suaminya untuk mendapatkan kad pengenalan palsu di sana dengan harga RM80.

Bagaimanapun, impiannya berkecai apabila Helmi membatalkan hasrat untuk berkahwin dengannya selepas dia melahirkan seorang anak perempuan hasil hubungan sulit dengan lelaki berkenaan kira-kira lima bulan yang lalu.

“Biarlah kisah perjalanan hidup saya ini menjadi iktibar dan pengajaran kepada wanita di negara ini supaya ia tidak akan berulang lagi.

“Kepulangan saya ke negara ini juga turut dibantu oleh Helmi selepas melihat saya sudah nekad untuk pulang ke Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Maryam ketika ditemui berkata, dia bersyukur kerana masih lagi dapat memeluk anak sulungnya itu.

“Setiap hari saya berdoa kepada Allah SWT, akhirnya doa saya dimakbulkan, saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang banyak memberi dorongan kepada keluarga kami,” katanya.

Tambahnya, dia mendapat bantuan daripada adik angkatnya dari Kubor Panjang, Pendang, Kedah untuk membantu membawa pulang Zarina.

Kepulangan Zarina mendapat perhatian Ketua Pemuda UMNO Kedah merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Padang Terap, Badrol Hisham Hashim; Pengerusi Majlis Belia Daerah Padang Terap, Ismail Ibrahim dan Ketua Biro Remaja Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI) Sharmila Ibrahim yang melawatnya.
SH

Militan paling dikehendaki di Pakistan dipercayai mati akibat serangan Amerika

ISLAMABAD: Pihak berkuasa Pakistan hampir pasti satu serangan misil Amerika Syarikat baru-baru ini telah membunuh salah seorang daripada pemimpin Al-Qaeda yang paling dikehendaki. Namun, kurangnya bukti dalam bentuk mayatnya menimbulkan keraguan, kata seorang pegawai keselamatan semalam.

Serangan misil terhadap Ilyas Kashmiri dilakukan sebulan selepas tentera Amerika menyerbu kediaman ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden, dan membunuhnya.Kematian Osama itu diikuti satu gelombang keganasan kumpulan militan di Pakistan, termasuk satu letupan bom awal semalam yang membunuh enam orang di barat laut negara itu.Para pegawai Amerika menyifatkan Kashmiri sebagai ketua operasi ketenteraan Al-Qaeda di Pakistan, dan dia berada dalam senarai lima militan yang paling dikehendaki di Pakistan.Anggota kumpulan militan yang berusia 47 tahun itu disyaki terbabit dalam serangan-serangan di Mumbai, India, pada 2008, serta turut didakwa membunuh ramai rakyat Pakistan.Dia juga menjadi suspek dalam membantu beberapa rancangan menyerang sasaran-sasaran Barat dan dinamakan sebagai defenden dalam kes mahkamah di Amerika berhubung rancangan menyerang akhbar Denmark yang menerbitkan karikatur Nabi Muhammad.Tidak jelas bagaimana Kashmiri dapat dijejaki. Namun, Pakistan dan Amerika baru-baru ini bersetuju menjadikannya sasaran bersama, di samping beberapa pemimpin militan lain.Ini sebagai sebahagian daripada langkah membaiki hubungan tegang kededua negara berikutan serangan tentera khas Amerika ke atas kediaman Osama di Pakistan pada 2 Mei lalu, kata para pegawai.Seorang pegawai keselamatan Pakistan semalam berkata laporan-laporan hujung minggu mengenai kematian Kashmiri adalah '95 peratus sah' kerana pihak berkuasa telah mengesahkannya dengan beberapa sumber.Pihak berkuasa tidak dijangkakan menemui mayatnya untuk mengesahkannya 100 peratus kerana pihak militan biasanya mengebumikan jenazah rakan-rakan mereka dengan segera.Bukti gambar atau sampel DNA mungkin membantu tetapi mengesahkan siapa yang mati dalam serangan udara itu umumnya agak sukar. Ini kerana laporan awal mengenai kematian Kashmiri pada September 2009 ternyata salah. -- AP.Cyberita Online Luar Negara

Saat Penjaga Arasy Lupa Dengan Bacaan Tasbih dan Tahmidnya


http://kisahislami.com/wp-content/uploads/2011/02/alquran_photobucket_200_2001.jpg
Suatu hari Rasulullah Muhammad SAW sedang tawaf di Kakbah, baginda mendengar seseorang di hadapannya bertawaf sambil berzikir: “Ya Karim! Ya Karim!”
Rasulullah SAW meniru zikirnya “Ya Karim! Ya Karim!”
Orang itu berhenti di satu sudut Kakbah dan menyebutnya lagi “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah yang berada di belakangnya menyebutnya lagi “Ya Karim! Ya Karim!”
Orang itu berasa dirinya di perolok-olokkan, lalu menoleh ke belakang dan dilihatnya seorang lelaki yang sangat tampan dan gagah yang belum pernah di lihatnya.
Orang itu berkata, “Wahai orang tampan, apakah engkau sengaja mengejek-ngejekku, karena aku ini orang badui? Kalaulah bukan karena ketampanan dan kegagahanmu akan kulaporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.”
Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah SAW tersenyum lalu berkata: “Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?”
“Belum,” jawab orang itu.
“Jadi bagaimana kamu beriman kepadanya?” tanya Rasulullah SAW.
“Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya walaupun saya belum pernah bertemu dengannya,” jawab orang Arab badui itu.
Rasulullah SAW pun berkata kepadanya: “Wahai orang Arab, ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat.”
Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya lalu berkata, “Tuan ini Nabi Muhammad?” “Ya,” jawab Nabi SAW.
Dengan segera orang itu tunduk dan mencium kedua kaki Rasulullah SAW.
Melihat hal itu Rasulullah SAW menarik tubuh orang Arab badui itu seraya berkata, “Wahai orang Arab, janganlah berbuat seperti itu. Perbuatan seperti itu biasanya dilakukan oleh seorang hamba sahaya kepada tuannya. Ketahuilah, Allah mengutus aku bukan untuk menjadi seorang yang takabur, yang minta dihormati atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya.”
Ketika itulah turun Malaikat Jibril untuk membawa berita dari langit, lalu berkata, “Ya Muhammad, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: “Katakan kepada orang Arab itu, agar tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahwa Allah akan menghisabnya di Hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil maupun yang besar.”
Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Orang Arab itu pula berkata, “Demi keagungan serta kemuliaan Allah, jika Allah akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan denganNya.”
Orang Arab badui berkata lagi, “Jika Allah akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran magfirahNya. Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa luasnya pengampunanNya. Jika Dia memperhitungkan kebakhilan hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa dermawanNya.”
Mendengar ucapan orang Arab badui itu, maka Rasulullah SAW pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badui itu sehingga air mata meleleh membasahi janggutnya.
Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata, “Ya Muhammad, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: “Berhentilah engkau daripada menangis, sesungguhnya karena tangisanmu, penjaga Arasy lupa bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga ia bergoncang. Sekarang katakan kepada temanmu itu, bahwa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan menghitung kemaksiatannya. Allah sudah mengampunkan semua kesalahannya dan akan menjadi temanmu di syurga nanti.”
Betapa sukanya orang Arab badui itu, apabila mendengar berita itu dan menangis karena tidak berdaya menahan rasa terharu.
Rujukan :
http://kisahislami.com/saat-penjaga-arasy-lupa-dengan-bacaan-tasbih-dan-tahmidnya/

Palestin setuju sidang damai dengan syarat


RAMALLAH: Presiden Palestin, Mahmud Abbas memberitahu Perancis, beliau bersedia untuk menghadiri sidang damai Paris sekiranya Israel menerima perbincangan berdasarkan sempadan 1967, semalam.
Penasihat politik Mahmud, Nimr Hammad, berkata presiden itu memberitahu Menteri Luar Perancis Alain Juppe bahawa beliau bersetuju dengan cadangan Perancis untuk menganjurkan sidang damai di Paris sebelum akhir bulan depan. Juppe mengutarakan kemungkinan sidang itu diadakan ketika melawat Israel dan Tebing Barat minggu lalu. “Presiden Mahmud memberitahu Juppe bahawa beliau secara rasmi bersetuju dengan inisiatif dilakukan Perancis untuk menganjurkan sidang damai antarabangsa di Paris,” kata Nimr.

Namun Mahmud menekankan penyertaannya berdasarkan sempadan sebelum Perang Enam Hari pada 1967 sebagai asas kepada perbincangan damai itu.
“Sebagai syarat perbincangan, Israel perlu menamatkan penjajahan ke atas bumi Palestin yang ditakluki sejak 1967 dan sempadan negara perlu ditentukan mengikut asas ini dengan pertukaran hak milik tanah yang dipersetujui oleh pihak Palestin dan Israel,” katanya. - AFP
myMetro | Palestin setuju sidang damai dengan syarat

Wanita berpakaian lelaki ditangkap di Masjid Nabawi


MADINAH: Polis di Masjid Nabawi menahan seorang wanita Saudi yang berpakaian lelaki selepas dia memasuki kawasan jemaah lelaki berhampiran makam Rasulullah (SAW).
Jurucakap polis, Fahd Al-Ghaman memberitahu akhbar Okaz, pegawai mengesyaki sesuatu tidak kena pada ‘lelaki’ itu kerana bentuk badannya. Dia kemudian ditahan ketika meninggalkan kawasan berkenaan sebelum diserahkan kepada polis.

Satu sumber berkata, penyiasat tidak yakin dengan dakwaan wanita itu bahawa dia hanya mahu melihat kawasan berkenaan.
“Wanita itu cuba melarikan diri apabila ditahan. Tetapi dia menyerah diri selepas lelaki yang ada bersamanya, berjaya ditangkap. Lelaki itu ialah suaminya,” kata seorang pengawal masjid berkenaan. - Agensi
myMetro | Wanita berpakaian lelaki ditangkap di Masjid Nabawi

Cedera dihempap batu nisan


TRENTON (New Jersey): Seorang wanita dikejarkan ke hospital selepas cedera akibat dihempap batu nisan ketika dia melakukan seks dengan teman lelakinya.
Polis berkata, wanita berusia 39 tahun itu bersama teman lelakinya berada di satu tanah perkuburan untuk melawat kubur seorang anggota keluarganya.

Mereka disyaki melakukan seks di tanah perkuburan itu selepas itu.
Bercakap kepada wartawan, penyiasat, Kapten James Stevens berkata: “Mungkin ada kegiatan luar biasa yang mereka lakukan di tanah perkuburan itu.” Wanita berkenaan bagaimanapun tidak cedera parah.

Pihak pengurusan tanah perkuburan berkata, mereka menanti laporan polis sebelum membuat sebarang pendakwaan. - Agensi
myMetro | Cedera dihempap batu nisan

Aktres pandu kereta ditahan


JEDDAH: Seorang pelakon wanita rancangan komedi televisyen Saudi, Wajnat Rahbini ditahan ketika dia memandu sebuah kereta di bandar raya ini, semalam.
Anggota Jabatan Trafik menahan Wajnat selepas menerima aduan daripada orang awam sebelum menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut. Arab Saudi melarang wanita memandu kereta, satu-satunya negara di dunia yang berbuat demikian.

Aktres itu bagaimanapun dibebaskan selepas memberi kenyataannya kepada penyiasat.
Wajnat memberitahu wartawan kemudian, dia belajar memandu daripada suaminya dan terpaksa memandu sendiri kerana pemandunya, warga asing, sudah pulang ke negara asal. - Agensi
myMetro | Aktres pandu kereta ditahan

Presiden pulang beberapa hari lagi


SANAA: Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh yang berlepas ke Arab Saudi semalam untuk menerima rawatan akibat cedera dalam serangan pemberontak kelmarin, akan kembali ke Yaman beberapa hari lagi.
“Presiden akan pulang beberapa hari lagi,” kata seorang pegawai parti pemerintah, Tareq al-Shami kepada Reuters.

Ali cedera dalam serangan roket ketika menunaikan solat Jumaat di masjid di istananya.
Dalam pada itu, sumber perubatan di Arab Saudi melaporkan, Ali menjalani pembedahan di dada untuk mengeluarkan serpihan peluru roket. - Reuters
myMetro | Presiden pulang beberapa hari lagi

Tiada tarikh akhir untuk serang Libya


LONDON: Setiausaha Luar Britain, William Hague berkata semalam, tidak ada tarikh akhir ditetapkan untuk operasi tentera Nato terhadap Libya.
Kenyataan itu dibuat ketika Russia menyuarakan kebimbangan mengenai penggunaan helikopter yang menurutnya menunjukkan serangan itu kian menjurus kepada serangan darat.

Ketika helikopter Apache tentera Britan melancarkan serangan terhadap tentera yang setia kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi untuk malam kedua berturut-turut semalam, Hague mengakui misi yang dilancarkan sejak hampir tiga bulan lalu semakin meningkat. “Kami tidak menetapkan sebarang tarikh akhir. Tidak ada siapa tahu ia akan berlarutan selama beberapa hari lagi atau minggu atau bulan,” katanya dalam temuramah dengan stesen televisyen BBC.
“Jika kita berdiam diri saja, Gaddafi mungkin menggunakan kekerasan terhadap rakyat Libya, menyebabkan krisis kemanusiaan yang teruk dan pada masa sama mencetuskan huru -hara di Tunisia dan Mesir yang akan memberi kesan buruk kepada Eropah dan negara ini (Britain),” katanya.

Hague yang mengadakan perbincangan dengan pemimpin pemberontak Libya di Benghazi kelmarin juga menolak penghantaran tentera darat dengan berkata, Nato akan kekal pada syarat yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mac lalu. Sementara itu, Menteri Pertahanan Russia, Sergei lavrov menyuarakan rasa kesalnya terhadap tindakan Nato menggunakan helikopter untuk menyerang Libya. - AP
myMetro | Tiada tarikh akhir untuk serang Libya

Nenek, 70, mula sekolah


JENIN: Seorang wanita Palestin berusia 70 tahun tidak merasa malu untuk duduk bersama dengan teman sekelasnya yang berusia lebih muda daripada cucunya di sebuah sekolah di Kampung Jaba, utara Tebing Barat.
Kedutan pada muka dan dengan tangan sentiasa terketar-ketar tidak menghalang Arifa Malaysha daripada meneruskan keinginan untuk belajar membaca dan menulis dari peringkat asas.

“Saya tidak bernasib baik kerana terlepas peluang untuk belajar ketika muda akibat kemiskinan. “Keinginan untuk bersekolah tidak pernah padam walaupun saya sudah tua.

“Saya ingin menghadiahkan diri saya dengan mendapatkan pelajaran walaupun terpaksa duduk bersama mereka yang lebih muda daripada cucu saya,” kata Arifa yang kini belajar di darjah satu.

Sebelum memasuki kelas secara rasmi, Arifa menghadiri pendidikan di sebuah sekolah untuk golongan buta huruf di kampungnya selama tiga tahun.


“Saya begitu gembira apabila sekolah itu dibuka di kampung kami. Ia membolehkan penduduk wanita belajar membaca dan menulis. “Kini saya yakin saya boleh membaca dan menuilis seperti golongan cerdik pandai lain,” kata wanita itu.

Menurutnya, sejak mula memasuki sekolah secara rasmi dua bulan lalu, dia sudah boleh membaca dan menulis dalam bahasa Arab di samping tahu mengira pada peringkat asas.

“Saya adalah wanita pertama dari kampung saya yang belajar di sekolah rasmi kerana saya sentiasa dahagakan pelajaran,” kata Arifa yang menyara kehidupannya dengan membuat botol tembikar.

Di rumah, katanya, dia akan belajar menulis dengan pensel di bawah cahaya lampu minyak tanah. Arifa berhasrat belajar mengenai sejarah Palestin supaya dia boleh menceritakannya kepada kanak-kanak di kampungnya. - Agensi
myMetro | Nenek, 70, mula sekolah

38 maut dalam pertempuran di Syria


NICOSIA 6 Jun – Kira-kira 38 orang termasuk enam anggota pasukan keselamatan Syria terbunuh dalam pertempuran sejak kelmarin di barat laut bandar Jisrash Shughur.
Menurut Ketua Balai Cerap Hak Asasi Manusia Syria yang berpengkalan di London, Rami Abdel Rahman, seramai 32 penduduk awam dan enam anggota keselamatan Syria maut dalam kejadian berbalas tembakan di Jisrash Shughur.
Jelasnya, angka kematian dijangka meningkat apabila pihak berkuasa Syria meneruskan operasi di barat laut wilayah Idlib. – AFP
Utusan Malaysia Online - Terkini

Tujuh maut perbalahan puak di Tunis


TUNIS 6 Jun – Kira-kira tujuh terbunuh manakala lebih 100 penduduk cedera dalam perbalahan antara dua puak di bandar Metlaoui, selatan Tunis, semalam.
Berikutan itu, pihak berkuasa tempatan terpaksa menempatkan lebih ramai anggotanya di Metlaoui bagi mengawal keadaan yang mula tegang pada petang Jumaat lalu.
Sementara itu, kejadian terbaru melibatkan seorang lelaki berusia 30-an ditikam sehingga mati, awal pagi semalam. – AFP
Utusan Malaysia Online - Terkini

Projek bernilai RM10 juta diurus dengan modal RM10


KERANA mabuk cinta, seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Datuk B sanggup menyalah guna kuasa sebagai pengerusi satu mesyuarat lembaga pengarah untuk memilih syarikat kontraktor bagi satu projek kerajaan negeri bernilai RM10 juta.
Datuk B yang diberi kuasa itu memilih syarikat milik gadis dikenali sebagai Suria yang ditubuhkan dengan modal RM10, malah tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang itu.
Jejak Rasuah dari fail Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu ini memaparkan kisah teladan kerana mabuk kuasa dan cinta sehingga sanggup melakukan penyelewengan dengan meluluskan projek kepada orang tertentu untuk kepentingan peribadi.
Kisah cinta antara Datuk B dan Suria bermula ketika syarikat terkemuka yang diurus usahawan tersebut menawarkan jawatan kosong sebagai setiausaha kepada pengarah syarikat.
Suria yang baru berusia 21 tahun dan memiliki paras menawan merupakan salah seorang yang menghadiri temuduga jawatan tersebut.
Kali pertama melihatnya melangkah masuk ke ruang temuduga pejabat, hati Datuk B terus terpaut dengan kecantikan wajah dan bentuk tubuh seksi Suria.
Walaupun tiada pengalaman kerja, latar belakang akademik yang tidak cemerlang serta gagal ketika sesi temuduga, jawatan itu tetap ditawarkan kepada Suria.
Suria yang berasal daripada keluarga miskin pula mudah dipancing dengan barangan berjenama mewah dihadiahkan Datuk B kepada gadis itu.
Pada suatu hari, Datuk B melantik Suria sebagai pengurus sebuah syarikat yang baru ditubuhkan dengan modal RM10.
Dalam pada itu, kerajaan negeri menawarkan tanah bagi projek membuat batu bata dengan syarat pemohon mestilah ada modal dan berpengalaman dalam bidang itu.
Sebaik saja tawaran dibuka, banyak pihak memohon projek itu tetapi ketika mesyuarat lembaga pengarah, Datuk B yang mempengerusikan mesyuarat memutuskan syarikat Suria dipilih mengendalikan projek itu.
Banyak pihak tidak berpuas hati cara keputusan dibuat sehingga ada yang membuat siasatan dan melaporkan kepada SPRM.
Keseronokan Datuk B dan Suria yang sedang berasmara di sebuah hotel pada suatu malam bukan sahaja berakhir dengan serbuan mengejut pihak Jabatan Agama Islam, malah dia juga didakwa SPRM keesokan harinya kerana kes penyelewengan kuasa.
Lebih malang, isteri Datuk B menuntut cerai selepas mengetahui berita itu, manakala tawaran projek itu telah ditarik balik.
Utusan Malaysia Online - Jenayah

Kurang tidur punca gemuk


BELANDA 5 Jun - Para saintis berkata, kanak-kanak yang kurang tidur lebih berisiko untuk menjadi gemuk.
Mengikut kajian terhadap 250 kanak-kanak, mereka yang tidak cukup tidur berisiko untuk menambah indeks jisim badan (BMI).
Kajian lepas menunjukkan kekurangan tidur menghalang badan dari menghasilkan kuantiti hormon yang mencukupi dan seterusnya memberi tekanan terhadap selera makan.
Kurang tidur akan meningkatkan selera makan selain menganggu kadar metabolisme serta mengubah tindak balas badan terhadap insulin, hormon yang dikaitkan dengan kebolehan badan untuk menyimpan lemak.
Menurut Profesor Taylor dan rakan-rakan sekerjanya dari Unit Nutrisi Manusia di Dunedin, New Zealand, mengurangkan masa tidur berkemungkinan akan meningkatkan selera makan seperti memakan makanan ringan kerana banyak masa yang terluang digunakan untuk aktiviti tersebut.
"Masalah tidur juga akan mempengaruhi pengeluaran tenaga, dan apabila berasa letih, kanak-kanak akan kurang melakukan senaman dan itu menyebabkan mereka makan dengan lebih kerap," kata Profesor Taylor.
Sementara itu, faktor lain seperti berat ketika lahir, tahap pendidikan ibu, pendapatan, BMI, tabiat merokok ketika hamil dan etnik turut direkodkan berkaitan dengan BMI kanak-kanak.
Berikutan itu, sekumpulan pengkaji mencadangkan tabiat tidur yang betul perlu didedahkan kepada semua peringkat umur kanak-kanak untuk tujuan kesihatan.
"Cadangan tersebut (tabiat tidur yang betul) secara tidak langsung menjadi titik permulaan kepada ibu bapa untuk berinteraksi dengan anak-anak mereka," kata kumpulan pengkaji tersebut. - Agensi
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Enam maut, 11 cedera terminal bas di Peshawar dibom


PESHAWAR 5 Jun - Sekurang-kurangnya enam orang maut dan 11 lagi cedera dalam satu letupan bom di sebuah terminal bas di barat laut Pakistan hari ini.
Bom itu ditinggalkan di dalam sebuah bas di terminal berhampiran sebuah pasar di Matani, kira-kira 20 kilometer ke selatan Peshawar, yang terletak dekat kawasan kabilah Pakistan bersempadan dengan Afghanistan.
"Bom itu dipercayai diletakkan di dalam sebuah bas yang hendak bertolak ke kawasan luar bandar dan diletup dengan alat kawalan jauh," kata ketua polis Peshawar, Mohammad Ijaz.
Beliau memetik saksi sebagai berkata, seorang lelaki menaiki bas itu dan turun selepas meninggalkan sebuah bungkusan di dalamnya.
Sejurus kemudian satu letupan kuat memusnahkan bas itu, menyebabkan kebanyakan penumpangnya terbunuh atau cedera.
Belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab tetapi Taliban Pakistan telah melancarkan beberapa serangan berdarah untuk membalas dendam terhadap pembunuhan ketua al-Qaeda, Osama bin Laden oleh komando Amerika Syarikat (AS) pada 2 Mei lalu.
Letupan itu juga menyusuli laporan komander al-Qaeda di Pakistan, Ilyas Kashmiri terbunuh dalam serangan pesawat tanpa juruterbang atau 'drone' AS kelmarin.
Pihak berkuasa menawarkan ganjaran AS$5 juta (RM15 juta) untuk menangkap Kashmiri, 47, yang didakwa mendalangi beberapa serangan berprofil tinggi ke atas kedudukan Barat, serta serangan di India dan Pakistan.
Pegawai Pakistan berkata, komander operasi al-Qaeda itu menjadi sasaran serangan drone AS di Waziristan Selatan, di sempadan Afghanistan, yang turut menyebabkan sembilan anggota kumpulannya maut. - AFP
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Misi NATO di Libya makin serius


SINGAPURA 5 Jun - Rusia hari ini memberi amaran kempen ketenteraan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Libya mungkin bertukar menjadi operasi darat selepas helikopter penggempur digunakan buat pertama kali dalam serangan ke atas pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi.
Timbalan Perdana Menterinya, Sergei Ivanov berkata, pihaknya pada mulanya menganggap resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung Libya bagi menghalang dan menghentikan pembunuhan orang awam termasuk penutupan ruang udara negara itu, adalah satu resolusi baik.
''Namun, kami belum bersetuju berhubung maksud penutupan ruang udara itu... sekarang NATO menggunakan helikopter untuk melancarkan serangan yang mensasarkan sasaran di darat. Pada pandangan saya, ia merupakan satu tindakan sebelum satu operasi darat dilancarkan.
''Tindakan ini (operasi darat) bukan merupakan apa yang kami mahukan ketika menyokong resolusi berkenaan,'' katanya pada forum keselamatan di sini.
NATO semalam mengerahkan helikopter penggempur Britain dan Perancis melancarkan serangan terhadap tentera Gaddafi di ibu negara Libya dan kawasan luar bandar di timur Tripoli.
Dalam pada itu, Menteri Luar Britain, William Hague bertemu pemimpin-pemimpin pemberontak Libya selepas serangan helikopter tersebut semalam.
''Kami berada di sini untuk menunjukkan sokongan kepada penduduk Libya dan Majlis Transisi Kebangsaan, perwakilan rakyat Libya yang sah,'' katanya dalam satu kenyataan.
Hague yang diiringi Menteri Pembangunan Antarabangsa, Andrew Mitchell turut mengadakan perbincangan dengan ketua Majlis Transisi Kebangsaan, Mustafa al-Jalil.
Beliau berkata, Britain akan bersama rakyat Libya dan pihaknya akan menghantar lebih banyak peralatan, pakaian seragam dan jaket kalis peluru kepada pemberontak di Misrata, kubu utama pemberontak.
''Kami tidak boleh menutup mata apabila Gaddafi menjadikan orang awam sebagai sasaran. Selagi Gaddafi menggunakan kekerasan terhadap rakyat, kami akan terus meningkatkan usaha untuk menghentikannya,'' katanya. - AFP
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Polis India lepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong Guru Yoga


NEW DELHI 5 Jun - Polis India menyuraikan demonstrasi besar-besaran hari ini, yang diketuai oleh guru yoga terkenal yang berikrar mogok lapar sampai mati dalam bantahan terhadap amalan rasuah oleh kerajaan.
Kira-kira 30 orang cedera ketika polis menyuraikan kumpulan penunjuk perasaan tersebut tetapi jurucakap polis enggan memberi sebarang komen.
Swami Baba Ramdev memulakan mogok lapar di sebuah khemah besar di New Delhi semalam, ditemani sekumpulan pengikutnya dalam satu kempen menentang rasuah yang telah memberi tekanan kepada Parti Kongres.
Jurucakap polis, Rajan Bhagat berkata, mereka menahan Ramdev selama 15 minit sahaja dan kemudian membebaskannya.
Menurut Bhagat, polis menarik balik kebenaran kepada Ramdev bagi mengadakan protes di ibu negara itu kerana ia melebihi jumlah yang dibenarkan.
“Kami hanya memberi kebenaran untuk 5,000 orang menghadiri kem yoganya tetapi seramai 50,000 orang yang datang.
“Kami tidak ada memberikan kebenaran untuk mereka melakukan demonstrasi,” kata Bhagat yang turut menafikan dakwaan Ramdev masih ditahan.
Satu kontinjen polis turun ke Ram Lila awal pagi ini dan seramai 30 orang dilaporkan dibawa ke hospital kerana tercedera.
Rakaman video di televisyen tempatan menunjukkan kumpulan penunjuk perasaan itu diusir menggunakan gas pemedih mata.
Ramdev diarahkan untuk meninggalkan New Delhi dan dia bersetuju dengan arahan tersebut. - AFP
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

38 maut dalam pertempuran di Syria


NICOSIA 6 Jun – Kira-kira 38 orang termasuk enam anggota pasukan keselamatan Syria terbunuh dalam pertempuran sejak kelmarin di barat laut bandar Jisrash Shughur.
Menurut Ketua Balai Cerap Hak Asasi Manusia Syria yang berpengkalan di London, Rami Abdel Rahman, seramai 32 penduduk awam dan enam anggota keselamatan Syria maut dalam kejadian berbalas tembakan di Jisrash Shughur.
Jelasnya, angka kematian dijangka meningkat apabila pihak berkuasa Syria meneruskan operasi di barat laut wilayah Idlib. – AFP
Utusan Malaysia Online - Terkini

Tujuh maut perbalahan puak di Tunis


TUNIS 6 Jun – Kira-kira tujuh terbunuh manakala lebih 100 penduduk cedera dalam perbalahan antara dua puak di bandar Metlaoui, selatan Tunis, semalam.
Berikutan itu, pihak berkuasa tempatan terpaksa menempatkan lebih ramai anggotanya di Metlaoui bagi mengawal keadaan yang mula tegang pada petang Jumaat lalu.
Sementara itu, kejadian terbaru melibatkan seorang lelaki berusia 30-an ditikam sehingga mati, awal pagi semalam. – AFP
Utusan Malaysia Online - Terkini

‘Operasi sulit’ bebaskan Naza

Wisma Putra, Interpol bekerjasama

KLUANG: Wisma Putra dan Interpol akan bekerjasama bagi membantu rakyat negara ini, Mohd Nazarrudin Saidin, 38, seorang penganggur yang kini ditahan kumpulan penculik di Pulau Jolo, selatan Filipina pada 8 Mei lalu.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh, berkata pihaknya segera mendapatkan bantuan serta reaksi Wisma Putra sebaik saja Biro Aduan dikendalikannya itu dihubungi wakil keluarga bekas isteri Mohd Nazarrudin, Mazlina Mohamad, 38, beberapa hari lalu.

“Apa yang boleh saya katakan adalah Biro Aduan ada dihubungi wakil keluarga Mazlina bagi mendapatkan bantuan membebaskan bekas suaminya itu.
“Biro juga dengan kerjasama Wisma Putra dan Interpol terbabit dalam proses ini... cuma untuk memastikan keselamatan Mohd Nazarrudin kekal terjamin, saya tidak boleh memberi komen lanjut mengenai apa yang sedang dilakukan,” katanya selepas merasmikan mesyuarat Pemuda UMNO Simpang Renggam, di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai sama ada Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO berhasrat membantu keluarga bekas isteri penganggur itu, Mazlina bersama enam anak mereka, selepas dia yang baru berjinak-jinak menjadi orang tengah dalam urus niaga cicak tokek atau gecko, ditahan kumpulan penculik berkenaan di selatan Filipina.

Laporan awal menyebut, kumpulan penculik yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Sayyaf serta terbabit dalam keganasan dan menculik demi mendapatkan wang, menuntut wang tebusan sebanyak RM5.6 juta.
Berita Harian Online | ‘Operasi sulit’ bebaskan Naza

Wanita sebak temui anak mati terjerut

Mayat pengurus kedai jam dijumpai terikat tangan, kaki

AMPANG: Luluh hati seorang ibu apabila menemui mayat anak lelakinya dibunuh kejam dengan tangan dan kaki diikat, manakala lehernya dijerut di sebuah pangsapuri di Taman Pandan Utama, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, wanita terbabit yang enggan namanya disiarkan, berkata beliau seperti biasa ke rumah anak lelakinya menemui mayat pengurus kedai jam berkenaan dalam keadaan terlentang di bilik tidurnya.

“Memang setiap hujung minggu saya ke rumah anak mencuci pakaiannya. Biasanya dia buka pintu kalau saya datang. Namun, pagi tadi pintu berkunci dan banyak kali saya memanggilnya tetapi tidak berjawab, membuatkan saya tidak sedap hati.
“Menggunakan kunci diberikannya sebelum ini, saya masuk ke rumah dan mendapati anak saya sudah tidak bernyawa dalam keadaan menyedihkan,” katanya sambil menahan sebak.

Wanita berusia 60 tahun itu kemudian memaklumkan kejadian itu kepada pengawal keselamatan sebelum menghubungi polis.

Sementara itu, pemeriksaan polis mengesahkan mangsa dikenali Ng Kim Loong, 45, masih bujang dan bekerja sebagai pengurus di sebuah kedai jam di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi, berkata siasatan awal di tempat kejadian mendapati kedua-dua tangan dan kaki mangsa diikat ke belakang menggunakan tali langsir serta kain, manakala lehernya dijerut menggunakan baju, dipercayai menjadi punca kematiannya.
“Berdasarkan keadaan di tempat kejadian, lebih daripada seorang individu terbabit dalam kes pembunuhan ini. Malah, kita percaya mangsa dibunuh antara jam 1 hingga 8 pagi tadi sebelum mayatnya ditemui,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Katanya, ketika ditemui, mangsa memakai seluar pendek dengan kemeja T dan keadaan di dalam bilik berkenaan juga berselerak dipercayai akibat pergelutan.
Berita Harian Online | Wanita sebak temui anak mati terjerut

7 mayat mangsa karam ditemui

PENGERANG: Lima lagi mayat daripada keseluruhan tujuh mangsa yang hilang selepas bot pancung membawa 24 pendatang tanpa izin karam dekat perairan Tanjung Ayam, Rabu lalu, ditemui dekat sini, semalam dan kelmarin.

Agensi Penguatkuasaaan Maritim Malaysia (APMM) menemui satu mayat pada kedudukan 1.4 batu nautika selatan Tanjung Kapal, dekat sini, pada kira-kira jam 7.30 malam kelmarin.

Ia diikuti penemuan satu mayat oleh penduduk kampung terdampar di pantai Sungai Musuh pada jam 8 pagi, disusuli satu mayat pada kedudukan dua batu nautika dari Tanjung Stapa pada kira-kira jam 9.52 pagi serta dua lagi mayat pada kedudukan 2.4 batu nautika tenggara Teluk Ramunia, masing-masing pada jam 10.30 pagi dan 1.30 petang.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifili Abu Bakar berkata, bot APMM iaitu Petir 11 bersama lima anggota yang sedang melakukan rondaan biasa segera ke lokasi pertama pada kira-kira jam 7.20 malam selepas mendapat mendapat maklumat daripada sebuah bot tunda yang melalui laluan berkenaan.

“Mayat itu ialah seorang lelaki berumur lingkungan 30-an, memakai baju-t yang digantung di leher dan hanya berseluar dalam ditemui dalam keadaan hampir reput dan dipercayai seorang daripada mangsa bot karam pada 1 Jun lalu.

“Kita membawa mayat berkenaan ke jeti Marina Tanjung Pengelih sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, satu lagi mayat dijumpai penduduk kampung pada jam 8 pagi semalam, terdampar di pantai perairan Sungai Musuh, manakala pasukannya turut menemui tiga lagi mayat selepas itu.
“Walaupun operasi mencari dan menyelamat sudah ditamatkan, sebuah bot APMM akan sentiasa ditugaskan untuk melakukan rondaan setiap hari dan semua mayat lelaki dijumpai itu dipercayai mangsa dari bot pancung yang karam pada 1 Jun lalu,” katanya.
Berita Harian Online | 7 mayat mangsa karam ditemui

Guru tarekat mewah makan ‘zakat’ murid

Dakwa bercakap dengan malaikat, maha ketahui

IPOH: Seorang guru yang mengajar ajaran bercirikan tarekat di negeri ini bukan saja membawa ajaran menyimpang daripada Islam termasuk mengaku boleh bercakap dengan malaikat, malah hidup bersenang-lenang hasil wang anak murid yang ‘dipaksa’ membayar pelbagai jenis zakat kepadanya.

Perkara itu didedahkan bekas pengikut ajaran berkenaan yang mendakwa guru berusia 69 tahun itu mengenakan zakat kesihatan, keluarga, perjalanan, kenderaan dan haji rohani (ganti haji).

Sumber berkata, pengikut yang sudah lama mengikuti ajaran guru itu dikatakan menyerahkan sehingga RM50,000 seorang bagi membayar pelbagai jenis ‘zakat’ berkenaan kepada guru terbabit.
“Guru yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan itu meminta semua pengikutnya membayar zakat kepadanya. Selain zakat, pengikut juga dikatakan perlu menyerahkan peratusan tertentu daripada pendapatan mereka untuk diberikan kepada guru berkenaan.

“Berdasarkan maklumat, kegiatan guru itu sudah berlarutan setahun lalu dan kini dikatakan mempunyai kira-kira 50 pengikut yang kebanyakannya sanggup datang dari jauh seperti Lembah Klang untuk mengikuti ajaran itu,” katanya kepada Berita Harian di sini.

Sumber itu berkata, guru beristeri tiga itu antara lain mengakui dirinya sudah sampai ke peringkat maha mengetahui mengenai amalan seseorang, boleh menarik balik amalan seseorang dan mengetahui tarikh kematian.

Katanya, pengakuan guru berkenaan dia mendapat Rahmat dari Nabi Isa dan boleh bersalaman dengan wanita serta sudah ketiadaan air mani kerana hanya diarahkan untuk berdakwah, dilihat ruang kepada guru terbabit untuk memperdaya pengikut wanita.
“Ajaran ini juga mendakwa Rabu adalah penghulu segala hari, bukannya Jumaat seperti yang dianjurkan Islam,” katanya.
Berita Harian Online | Guru tarekat mewah makan ‘zakat’ murid

‘Mak tolong bawa Lisa balik’

Ibu kecewa anak gadis kahwin, lahir bayi di Lombok hidup sengsara

KLUANG: Seorang ibu dari Simpang Renggam di sini, tidak menyangka anak gadisnya yang menghilangkan diri tiga tahun lalu dan disangkanya bekerja di bandar raya, sebenarnya lari meninggalkan keluarga kerana mengikut teman lelakinya ke Lombok, Indonesia.

Malah, Joriyah Ismail, 41, seorang pekerja kilang, turut terkejut apabila anak sulungnya Norhalisa Umno@Mohammad Jaafar, 23, memberitahu dia kini sudah melahirkan anak lelaki berusia satu setengah tahun selepas berkahwin dengan kekasih hatinya yang dikenali sebagai Man di Lombok.

Rahsia itu terbongkar selepas Norhalisa mula menghubungi ibunya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sejak dua bulan lalu, bagi meminta bantuan membawa diri serta anaknya, Haiqal, pulang ke Malaysia selepas sengsara ditinggal suaminya yang kini bekerja di Brunei selain tidak diterima keluarga mentuanya.
Malah beberapa SMS yang dihantar Norhalisa termasuk: “Ampunkan Lisa mak, sebab buat mak dengan adik-adik macam ini” dan “Mak, tolonglah bawa Lisa dengan Haiqal balik Simpang Renggam cepat-cepat. Lisa sakit kat sini, sekarang pun numpang rumah orang... mentua orang tak suka orang dengan Haiqal" meruntun naluri keibuan Joriyah.

Joriyah berkata, selepas anaknya itu menghilangkan diri secara tiba-tiba pada 2008 ketika dia keluar bekerja, Norhalisa mula menghubunginya semula Mac lalu bagi bertanya khabar dirinya serta lima orang adik beradiknya.

"Saya amat sedih, kecewa dan marah atas tindakan Norhalisa yang menghilangkan diri dari rumah ketika berusia 19 tahun dan tiba-tiba menghubungi saya semula menerusi SMS bagi menyatakan dirinya sudah berkahwin dan melahirkan anak di Lombok.

"Dia tidak tahu macam mana kami sekeluarga puas mencarinya ke sana sini sejak tiga tahun lalu, namun saudara-mara akhirnya memujuk mengatakan dia akan kembali dan mungkin bekerja di bandar untuk mencari pengalaman hidup selepas tamat sekolah seperti rakan-rakannya yang lain.
"Walau hati saya hancur apabila mengetahui perkara sebenar, saya juga tidak sanggup melihat darah daging saya sendiri menderita apatah lagi apabila mengetahui dia sebatang kara jauh di negara asing bersama anaknya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam sambil ditemani suami, Yunus Mat Zin, 45.
Berita Harian Online | ‘Mak tolong bawa Lisa balik’

Wanita tertiarap halang peragut

KUALA TERENGGANU: Seorang pekerja kantin Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) cedera dalam usaha menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa ragut seorang lelaki bermotosikal di Jalan Pengadang Baru, dekat petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa, Norhayati Ibrahim, 35, yang membonceng motosikal bersama suaminya, Fauzi Abdullah Abdul Ghani, 45, tersembam di atas jalan raya selepas cuba menahan beg tangannya daripada direntap peragut terbabit.
Tindakan suami mangsa yang cuba mengejar peragut berkenaan berjaya menghalang niat penjenayah itu daripada mengambil semula beg tangan isterinya yang sudah tercampak di atas jalan terbabit.
Norhayati yang tinggal di Kampung Wakaf Mempelam ketika ditemui di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), berkata beliau bersyukur kerana nyawa serta barangan berharga dalam beg tangan itu tidak menjadi mangsa ragut.

Ketika menceritakan detik cemas itu, beliau berkata kejadian berlaku dengan pantas dan beliau langsung tidak perasan kehadiran suspek yang mengekori mereka ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri kenduri kahwin.

“Sebaik keluar dari stesen minyak peragut bertindak menyambar beg tangan yang diletakkan di atas riba. Menyedari tindakan peragut itu dengan spontan saya sempat menguatkan pegangan beg dan cuba melawan tindakan peragut yang beberapa kali menyentap beg ini.

“Akibat disentap dengan agak kuat saya tersembam atas jalan, manakala beg tangan pula tercampak di atas jalan. Nasib baik suami membrek motosikal selepas melihat saya terjatuh di jalan, lalu mengejar lelaki berkenaan dan berjaya menghalang beg dicapai peragut,” katanya.
Berita Harian Online | Wanita tertiarap halang peragut

‘Lelaki Lombok hanya mahu puaskan nafsu, perdaya wanita’


KUALA NERANG: "Saya tidak akan percaya lagi dengan lelaki Indonesia, saya menyesal kerana dijadikan pemuas nafsu hingga melahirkan anak luar nikah di Lombok," kata Zarina Abu Bakar, 30, ibu tunggal yang menderita selepas melarikan diri ke Lombok mengikut teman lelakinya dua tahun lalu.


Kepulangan Zarina di rumahnya kira-kira jam 1 pagi semalam, adalah hasil bantuan dan sumbangan penduduk setempat di Kubur Panjang, Pendang yang bersimpati dengan nasibnya sebelum sepakat mengumpul wang berjumlah RM3,000 untuk membawa balik ibu beranak empat berkenaan. Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kuala Pai, di sini, semalam, Zarina turut menasihatkan wanita tempatan supaya jangan terpedaya dengan lelaki Lombok kerana kebanyakan mereka hanya berniat untuk memperdaya serta mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita.

"Jangan berkawan dengan lelaki Lombok kerana akhirnya akan menimbulkan masalah. Pada mulanya saya percaya lelaki itu boleh dijadikan tempat bergantung hidup, tetapi rupa-rupanya anggapan itu meleset," katanya.

Menceritakan pengalaman dua tahun tinggal di Lombok, Zarina berkata, dia hidup menderita kerana tidak mempunyai wang untuk membeli makanan, selain terpaksa makan ubi kayu empat kali seminggu kerana kesempitan hidup.

Malah, sepanjang tinggal bersama dengan lelaki itu dan hasil hubungan sulit mereka, dia melahirkan seorang anak perempuan yang kini berusia lima bulan.
Zarina berkata, dia percaya Suhelmi menggunakan pukau atau ilmu hitam kerana dia hanya mengikut saja apa yang diarahkan lelaki itu, termasuk mengikutnya ke Lombok.

Di Lombok, katanya, Suhelmi bekerja sawah dengan pendapatan Rp10,000 sehari (kira-kira RM2.50).

“Dengan pendapatan sebanyak itu memang tidak dapat menampung hidup. Malah bukan saja sering makan ubi kayu, tetapi sambutan Aidilfitri juga tidak dapat diadakan kerana kesempitan hidup," katanya.

Zarina berkata, dia pulang ke tanah air dengan menaiki pesawat dari Lombok ke Batam sebelum menaiki bot pancung hingga ke Sungai Tiram, Johor.

Sementara itu, ibunya, Maryam Kasim, 49, bersyukur dan gembira kerana Zarina selamat kembali ke pangkuan keluarga.
Berita Harian Online | ‘Lelaki Lombok hanya mahu puaskan nafsu, perdaya wanita’

Aksi bogel J-Lo bakal didedah bekas suami


Jennifer Lopez, Ojani Noa (gambar kecil)
Jennifer Lopez, Ojani Noa (gambar kecil)


Ojani Noa bincang jual rakaman kepada web lucah

LOS ANGELES: Bekas suami pertama penyanyi seksi terkenal, Jennifer Lopez dikatakan hampir mencapai satu perjanjian mega untuk menjual aksi panas video bulan madu mereka kepada sebuah laman web lucah.

Namun, peguam superstar itu yang terkenal dengan singkatan J-Lo, berharap untuk menyekat penyiarannya dengan menguatkuasakan satu injunksi kekal bagi menghalang Ojani Noa daripada mendedahkan pita berkenaan yang memaparkan penyanyi itu tidak berpakaian.
Noa yang berkahwin dengan J-Lo selama 11 bulan pada 1997, menemui satu aspek kelemahan dalam undang-undang injunksi itu minggu lalu menyebabkannya berusaha untuk menjual pita berkenaan bagi meraih keuntungan besar.
Seorang hakim di sini menyokong teman wanita Noa ketika ini, Claudia Vazquez yang membeli rakaman 27 jam itu termasuk 20 minit rakaman bogel dengan harga AS$1 (RM3) daripada Noa.

Vazquez menuduh J-Lo menjejaskan kehidupannya dengan menyekat rancangannya untuk menghasilkan filem yang mengambil adegan dari pita terbabit.

Pengurus Noa, Ed Meyer berkata, beberapa bidaan membeli video aksi panas itu bermula dengan tawaran beratus ribu dolar dan dijangka melonjak.

Ketika mendedahkan bahawa banyak laman web lucah yang mahukan pita itu, Meyer berkata: “Jika ada tawaran menarik sudah pasti kami menerimanya.”
Kate Miller dari web Pornhub, laman web lucah setanding dengan YouTube, berkata mereka sudah memperuntukkan satu tempat dalam ruangan selebriti laman berkenaan.

Meyer menegaskan, Noa boleh memasarkan rakaman panas itu kerana J-Lo yang membenarkannya merakam dan memberinya pita itu apabila mereka berpisah.

Meyer memberitahu, Kevin Blatt yang menjadi broker isu pita seks Paris Hilton tidak lama dulu, turut berminat untuk menonton pita berkenaan.

Laman web TMZ mendakwa, antara aksi panas bekas suami isteri itu termasuk adegan memukul punggung.

J-Lo kini berkahwin dengan penyanyi Marc Anthony, merancang untuk merayu menentang keputusan hakim.

Noa dilaporkan berjuang untuk mendedahkan pita itu sejak 2007. – Agensi Berita Harian Online | Aksi bogel J-Lo bakal didedah bekas suami

Pekerja restoran mati kena tetak


pix_gal0
NILAI: Seorang lelaki ditemui mati dipercayai ditetak di kepala menggunakan senjata tumpul sebelum barang berharga miliknya disamun dalam satu kejadian di Flet Cempaka Puri, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa Azizul Ali, 29, yang bekerja di sebuah restoran makanan segera di sini, ditemui rakan serumahnya dalam keadaan terlentang, manakala mukanya ditekup dengan bantal.
Seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, anak bongsu tujuh beradik itu sempat menjaga ibunya yang menghadapi masalah hempedu tersumbat selama empat hari di Hospital Tampin, Tampin.
Katanya, Azizul juga sempat meminta maaf daripada ibunya serta meninggalkan sejumlah wang kepada kakak sulungnya dan meminta menjaga ibu mereka dengan baik sepanjang dia tiada.

“Tidak sangka perbuatan Azizul sebelum ini menunjukkan dia akan pergi dulu dan lebih sedih, dia pergi dalam keadaan begini,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Yusoff Awang, berkata mangsa ditemui rakan serumahnya berusia 20-an yang baru pulang dari kerja kira-kira jam 9.15 pagi.

Katanya, rakan mangsa kebetulan masuk ke bilik mangsa untuk meminjam komputer riba dan terkejut mendapati mangsa berlumuran darah, manakala komputer riba dan telefon bimbit milik mangsa hilang.
“Kita belum mengenal pasti motif pembunuhan sama ada pembunuh sengaja melarikan barang mangsa bagi mengaburi pihak berkuasa seolah-olah kejadian samun atau sebaliknya," katanya di sini, semalam.

Mohd Yusof berkata, mayat mangsa dipercayai mati akibat ditetak dengan senjata tumpul dihantar ke HTJS di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Berita Harian Online | Pekerja restoran mati kena tetak

100 tinggal sehelai sepinggang


KEBAKARAN kelima tahun ini  memusnahkan lapan rumah setingan di Kampung Titingan, Tawau, semalam.
KEBAKARAN kelima tahun ini memusnahkan lapan rumah setingan di Kampung Titingan, Tawau, semalam.



Lapan rumah setinggan musnah dalam kebakaran kelima tahun ini


TAWAU: Kira-kira 100 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas lapan rumah setinggan yang mereka diami musnah dalam kebakaran di Blok 5, Kampung Titingan di sini, malam kelmarin.
Ia kebakaran kelima tahun ini di kampung itu, yang sebahagian besarnya membabitkan rumah setinggan dihuni lebih 200 keluarga. Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Zon Tawau, Julius John Stephen, berkata sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 11.45 malam, 18 anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi berkenaan.

“Sebaik tiba di lokasi, kira-kira 80 peratus rumah itu sudah musnah dan kami mengambil masa setengah jam untuk mengawal api daripada terus merebak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, anggota bomba hanya berjaya memadam kebakaran sepenuhnya pada jam 2.19 pagi berikutan kesukaran melalui lorong pejalan kaki yang sempit dan berliku, selain tekanan air rendah.

Katanya, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih disiasat. Tetapi tidak menolak kemungkinan ia disebabkan kedudukan rumah yang terlalu rapat. Berita Harian Online | 100 tinggal sehelai sepinggang

18 pasangan nikah beramai-ramai


SEBAHAGIAN pengantin bergambar bersama pasangan mereka  selepas majlis pernikahan  Masjid Jamek Pasir Gudang, semalam.
SEBAHAGIAN pengantin bergambar bersama pasangan mereka selepas majlis pernikahan Masjid Jamek Pasir Gudang, semalam.


PASIR GUDANG: Seramai 18 pasangan termasuk yang baru memeluk Islam bersyukur impian mereka mendirikan rumah tangga dimakbulkan selepas dinikahkan beramai-ramai dalam majlis, di perkarangan Masjid Jamek Pasir Gudang di sini, semalam.

Pengantin baru, Muhamad Ridhwan Tew Abdullah, 24, berkata beliau bersyukur kerana majlis pernikahan anjuran Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) itu merealisasikan hasratnya memperisterikan Nur Ain Nganriffin, 21, yang dikenalinya akhir tahun lalu.
Katanya, lebih menggembirakan apabila perkahwinan itu direstui keluarganya yang masih menganut agama Budha sejak dia mengambil keputusan memeluk Islam enam tahun lalu.
“Saya amat bersyukur kerana keluarga tidak membantah keputusan memeluk Islam, malah saya gembira kerana perkahwinan ini, ia menjadikan saya lebih memahami Islam,” katanya yang berasal dari Parit Sulong, Batu Pahat.

Majlis perkahwinan sama dianjurkan JAIJ sebelum ini di tempat sama dan dihadiri lebih 1,000 tetamu termasuk Pengarah JAIJ, Elias Hasran. Berita Harian Online | 18 pasangan nikah beramai-ramai

Salih, empat isteri ke China


SALIH (tengah) bersama empat isterinya dari kiri, Samihah,  Norlizah,  Norraha  dan Norfara Wahida,  menunjukkan pasport di  KLIA, semalam.
SALIH (tengah) bersama empat isterinya dari kiri, Samihah, Norlizah, Norraha dan Norfara Wahida, menunjukkan pasport di KLIA, semalam.


SEPANG: Pengacara dan pelawak, Salih Yaacob, 48, yang berkahwin kali keempat minggu lalu, berlepas ke Beijing, China, semalam, bersama semua isterinya untuk bercuti.

“Alhamdulillah, ini adalah rezeki kami sekeluarga lebih-lebih lagi selepas bernikah kali keempat. Ia juga peluang kepada kami bercuti dan berkumpul beramai-ramai dalam satu keluarga besar,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.
Salih berkata, percutian enam hari itu peluang dinantinya kerana jarang dapat berkumpul bersama berikutan beliau sekeluarga mempunyai masa lapang terhad.
“Sukar untuk merancang percutian beramai-ramai dengan semua isteri saya kerana ada yang sibuk bekerja dan belajar serta tidak dapat memohon cuti bersama,” katanya.

Percutian bersama keluarga itu turut disertai empat isterinya iaitu, Norlizah Mamat, 46, Norraha Hamat, 42, Norfara Wahida Sulaiman, 32, dan isteri keempat yang baru dinikahi, Samihah Sheikh Ali, 25. Hanya tujuh daripada 11 anaknya menyertai percutian berkenaan berikutan urusan kerja dan belajar. Berita Harian Online | Salih, empat isteri ke China

Ibu reda kehilangan dua anak


KAMARIAH  mencium baju   ditinggalkan  dua  anaknya yang  maut dalam kemalangan di Machang kelmarin.
KAMARIAH mencium baju ditinggalkan dua anaknya yang maut dalam kemalangan di Machang kelmarin.


BACHOK: Luluh hati Kamariah Yusof, 49, sebaik dimaklumkan dua anaknya maut bersama seorang sepupu mereka dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Kilometer 46.8 jalan Kota Bharu-Kuala Krai, semalam.

Malah, ibu kepada lapan anak itu amat terkejut apabila tidak sampai satu jam setengah Noor Azura Mohd Saari, 18 dan Nur Aqilah Najiha, 14, menghubunginya, tiba-tiba dia dikejutkan dengan berita kemalangan maut berkenaan.
Katanya, malam sebelum kejadian, dua anaknya menghubunginya dan memberitahu mereka akan pulang ke rumah selepas empat hari berada di Gua Musang.
“Suara arwah sangat ceria memberitahu mereka akan pulang, malah dalam perjalanan pulang mereka ada menghubungi saya memaklumkan kepulangan mereka.
“Ketika itu, saya tidak mengesan apa-apa perubahan pada mereka, saya tidak menyangka itulah petanda mereka meninggalkan kami selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Semalam, akhbar ini melaporkan seorang bapa, Halim Jusoh, 43, menyaksikan nahas kereta yang meragut nyawa anaknya Norhasmalinda, 24, dan dua sepupu mereka di Kilometer 46.8 jalan Kota Bharu-Kuala Krai.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, Norhasmalinda Halim, 24 dari Gua Musang dan dua sepupunya Noor Azura Mohd Saari, 18 dan adiknya Nur aqilah Najiha, 14, dari Bachok yang menaiki kereta Proton Wira maut serta-merta di tempat kejadian.
Kamariah berkata, dia menerima berita membabitkan anaknya itu pada jam 10 pagi oleh seorang sepupu menerusi panggilan telefon.

“Saya terus ke hospital untuk melihat keadaan dua anak, bagaimanapun, saya dimaklumkan bahawa mereka sudah meninggal, namun saya reda dengan pemergian mereka,” katanya. Berita Harian Online | Ibu reda kehilangan dua anak

Taugeh punca penularan E.coli: Jerman

HAMBURG: Penularan E. coli di Eropah disebabkan cambah yang dihasilkan sebuah ladang organik di Jerman, kata pegawai pertanian ketika angka korban meningkat kepada sekurang-kurangnya 22 orang manakala lebih 2,200 orang lagi jatuh sakit.

Menteri Pertanian Lower Saxony, Gert Lindemann, berkata ujian awal menunjukkan taugeh dan cambah jenis lain dari ladang di kawasan Uelzen, di antara bandaraya Hamburg and Hannover, mempunyai kaitan dengan jangkitan di lima negeri.

"Terdapat lebih banyak petunjuk sejak beberapa jam lalu yang meletakkan tumpuan kepada ladang ini," katanya.
Banyak restoran terbabit dalam penularan E. coli itu menerima bekalan cambah berkenaan yang selalunya digunakan dalam sajian salad. - AP
Berita Harian Online | Taugeh punca penularan E.coli: Jerman

Debu gunung Chile tiba di Argentina

3,500 penduduk kawasan sekitar dipindahkan akibat letusan gunung berapi Puyehue

SANTIAGO: Sebuah gunung berapi yang ‘tidur’ selama berdekad lamanya meletus di selatan-tengah Chile kelmarin, memuntahkan debu sehingga mencapai 10 kilometer ke udara hingga sampai ke Argentina dan menyebabkan beribu-ribu penduduk dipindahkan.

Angin turut meniup debu itu ke arah Argentina, menyebabkan langit gelap di bandar peranginan ski San Carlos de Bariloche, kata pegawai kerajaan negara terbabit, dan memaksa lapangan terbang bandar itu ditutup.

Letusan rangkaian gunung berapi Puyehue 920 kilometer selatan Santiago, menyebabkan Chile menutup laluan sempadan sibuk ke Argentina.
Tidak jelas mana satu antara empat rangkaian gunung berapi itu meletus kerana liputan debu dan keadaan cuaca. Kali terakhir ia meletup ialah pada 1960. Media tempatan melaporkan, bau sulfur yang kuat dapat dihidu dan aktiviti gegaran juga kerap berlaku.

“Gunung berapi Puyehue berada dalam proses ledakan dan letupannya memuntahkan asap setinggi 10 kilometer,” kata pejabat kecemasan negeri ONEMI.

“Kami cuba menyekat kenderaan dan meminta pemandu tidak keluar rumah, tutup pintu dan tingkap bagi mengelak terkena debu,” kata Setiausaha Komunikasi, Carlos Hidalgo. Kerajaan Chile memindahkan 3,500 penduduk dari kawasan sekitar sebagai langkah berjaga-jaga.

Asap debu dari Chaiten memenuhi bandar di Argentina dan dapat dilihat dari angkasa lepas. Gunung berapi Llaima, satu daripada yang paling aktif di Amerika Selatan, meletus pada 2008 dan 2009. – Reuters
Berita Harian Online | Debu gunung Chile tiba di Argentina

Askar Israel tembak pembantah

14 maut dalam kejadian di sempadan dengan Syria

MAJDAL SHAMS, Bukit Golan: Tentera Israel melepaskan tembakan ke atas penunjuk perasaan yang menyeberangi garisan gencatan senjata di Bukit Golan yang diduduki Yahudi, membunuh sekurang-kurangnya 14 orang.

Tentera Israel berkata ia melepaskan tembakan selepas memberi amaran kepada penunjuk perasaan itu agar bergerak jauh dari pagar yang menandakan garisan gencatan senjata di sepanjang sempadan Syria dan kawasan diduduki Yahudi di Bukit Golan. Stesen televisyen Syria melaporkan selain daripada 14 yang terkorban, ramai lagi cedera.

“Mereka yang terkorban mati syahid termasuk seorang kanak-kanak,” lapor stesen televisyen itu.
Di sebelah kawasan diduduki Yahudi seorang pegawai tempatan dari pekan Majdal Shams menjerit ke arah tentera Israel meminta mereka berhenti menembak.
Sementara itu, tentera Israel menggunakan pembesar suara memberi amaran bahawa sesiapa yang mendekati pagar garisan ‘bertanggung jawab terhadap darah masing-masing.’

Tentera Israel diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas aktivis di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dan beberapa negara Arab bersempadan dengan kawasan diduduki Yahudi, menyatakan rancangan untuk membuat bantahan sempena ulang tahun ke 44 perang enam hari dengan Israel yang antara lain menyaksikan Tel Aviv menawan Bukit Golan dari Syria.

Pada 15 Mei lalu, beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun di sempadan Lubnan, Syria, Gaza dengan kawasan diduduki Israel bagi membuat bantahan sempena penubuhan negara Yahudi itu.
Tentera Israel ketika itu menembak mati enam orang penunjuk perasaan di sempadan Lubnan dan empat orang di sempadan Syria.

Di Gaza, penunjuk perasaan berhimpun di pekan utara Beit Hanun, tetapi anggota polis Hamas menghalang mereka mendekati pintu sempadan kawasan diduduki Yahudi di Erez. – AFP
Berita Harian Online | Askar Israel tembak pembantah

Saleh dirawat di Arab Saudi

PENUNJUK perasaan  berhimpun di Sanaa semalam bagi meraikan pemergian Saleh ke Arab Saudi, selepas cedera dalam serangan bom  pemberontak, Jumaat lalu.
PENUNJUK perasaan berhimpun di Sanaa semalam bagi meraikan pemergian Saleh ke Arab Saudi, selepas cedera dalam serangan bom pemberontak, Jumaat lalu.
Perkembangan cetus spekulasi Presiden Yaman lepas jawatan

RIYADH: Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh diterbangkan ke Arab Saudi semalam bagi mendapat rawatan akibat cedera di dada dan leher terkena bom pemberontak di istana presiden di Sanaa, Jumaat lalu.

Pemergian Salleh itu selepas didesak hebat rakyatnya sejak Januari lalu supaya berundur, mencetuskan spekulasi beliau bakal menjadi pemimpin negara Arab terbaru digulingkan selepas dunia melihat kejatuhan Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali dan Hosni Mubarak dari Mesir. Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dan Presiden Syria juga menghadapi tekanan rakyat dan Barat supaya berundur.
Saleh yang tiba di Riyadh menaiki kapal terbang perubatan Arab Saudi, dilaporkan keluar sendiri dari pesawat dan jelas cedera di muka, kepala dan leher.
Sumber berkata, ada serpihan peluru di bawah jantung Saleh selain kebakaran pada dada dan muka akibat serangan berkenaan.

Presiden Yaman yang memerintah sejak 33 tahun lalu itu cedera selepas serangan roket mengenai masjid di pekarangan istana Presiden di ibu negara Yaman, Jumaat lalu. Bedilan yang memusnahkan mimbar masjid itu turut mengorbankan 11 pengawal peribadinya.

Keganasan terbaru itu tercetus selepas tentera kerajaan bertempur dengan puak berpengaruh sejak Mac lalu yang menyokong bantahan rakyat terhadap Saleh.
Beribu-ribu penunjuk perasaan membanjiri Sanaa bagi meraikan pemergian Saleh, semalam.
Kerajaan Yaman mengumumkan semalam, Naib Presiden, Abd-Rabbu Mansour Hadi mengambil alih sebagai pemangku Presiden dan panglima tertinggi angkatan tentera, namun penganalisis ragu sama ada beliau dapat bertahan.

“Permainan sudah tamat, Riyadh tidak mungkin bertolak ansur dengan Saleh,” kata penganalisis politik Arab Saudi, Khalid al-Dakhil.
– AFP/Reuters/Agensi
Berita Harian Online | Saleh dirawat di Arab Saudi