Pages

Thursday, July 9, 2015

Naik kuda untuk elak sesak ke tempat kerja

Naik kuda untuk elak sesak ke tempat kerja
Gambar lelaki berkuda di Wuhan

WUHAN - CHINA. Gara-gara tidak tahan dengan kesesakan lalu lintas yang terpaksa dihadapi setiap hari, seorang lelaki bertindak menunggang kuda ke tempat kerja.
Lelaki berkenaan berkata, sebelum ini, dia akan menaiki kereta untuk ke tempat kerja dan menyebabkan dia tiba ke tempat kerja lewat kerana tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.
"Pada suatu hari,  saya memilih untuk meninggalkan keretanya dan naik kuda dan sejak itu, haiwan itu menjadi pengangkutannya ke pejabat," katanya dipetik Tencent.

Beberapa gambar lelaki itu berkuda di tengah-tengah bandar Wuhan turut mendapat perhatian pengguna laman sosial.

Roller Coaster kayu dibina di China

Roller Coaster kayu dibina di China

ANHUI - CHINA. Permainan roller coaster kayu dibina di China dan akan beroperasi Rabu di Taman Tema Fantawild yang terletak di wilayah Anhui.

Keseluruhan binaan Roller Coster yang diberi nama 'Jungle Traiblazer' dibuat dari kayu yang di import dari Amerika Syarikat kecuali komponen asasnya.

Pengunjung akan dijanjikan kepuasan menakjubkan dengan kelajuan 91 kilometer sejam dengan 1,060 meter panjang.

Permainan ini adalah permaianan roller coaster terpanjang di Timur China.

14 juta kunjungi Makkah 16 hari pertama Ramadan

PEMANDANGAN di Masjidil Haram, semalam
Jeddah: Lebih 14 juta jemaah mengunjungi Makkah pada 16 hari pertama Ramadan, meningkat sebanyak 40 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Jumlah itu diumumkan pada mesyuarat Jawatankuasa Pusat Haji yang dipengerusikan Gabenor Makkah Putera Khalid Al Faisal kelmarin.
Mesyuarat berkenaan turut membincangkan aplikasi baru telefon pintar yang membantu jemaah melakukan ibadah mereka dalam 34 bahasa.
Sementara itu, masjid di seluruh Arab Saudi memulakan Qiamullail jam 1 pagi kelmarin sempena permulaaan 10 hari terakhir Ramadan.
Untuk membolehkan jemaah melakukan ibadah dengan selesa, baik di dalam mahupun di perkarangan masjid, syarikat yang dibayar untuk menjaga kebersihan masjid mengerah kakitangan mereka bertugas sepanjang malam untuk memastikan bekalan air dan elektrik tidak terputus.
Rancangan diatur sebelum ini untuk memastikan semua masjid mampu menempatkan orang ramai yang ingin melakukan ibadah tengah malam itu, termasuk menyediakan ruang khas untuk wanita.
Seperti tahun sebelum ini, dermawan menyediakan minuman dan makanan untuk jemaah yang menghabiskan masa mereka berqiamullail di masjid .
Kementerian Hal Ehwal Islam dan Dakwah sebelum ini mengarah semua masjid dibuka sepanjang malam untuk 10 Ramadan terakhir.
Untuk menceriakan suasana, sesetengah masjid dihiasi dengan lampu warna-warni. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2015 @ 10:16 AM.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62876#sthash.oNTPZJTr.dpuf

1 sekolah, 1 guru, 1 murid

ZUQING mengajar Xianzi.
Beijing: Kebanyakan ibu bapa sedar pelajaran sangat penting untuk masa depan anak mereka, tetapi tidak mampu menyediakan tuisyen persendirian.
Bagaimanapun, seorang kanak-kanak di Hubei bernasib baik kerana menjadi satu-satunya murid yang menjadi tumpuan gurunya.
Sekolah rendah Budaixi di Xuan’en, daerah kaki gunung di Hubei mempunyai seorang murid dan seorang guru kesan daripada pemindahan penduduk ke bandar.
Tan Xianzi, enam, diajar secara bersendirian oleh satu-satunya guru di sekolah itu Guo Zuqing, 51, setiap hari.
Zuqing mengajar Xianzi kira-kira dan bahasa China di samping bermain dengannya ketika waktu rehat kerana tidak ada murid lain untuk menemaninya.
Ketika zaman kemuncaknya, sekolah itu yang berusia 60 tahun, mempunyai kelas sekolah rendah dan menengah.
Kini, Xianzi satu-satunya murid yang tinggal dan keluarganya tidak pasti sama ada akan meneruskan persekolahannya di situ semester depan.
Menurut Biro Pelajaran, Sekolah Rendah Budaixi antara 35 ‘sekolah mikro’ di kawasan berkenaan.
Sekolah mikro didefinisikan sebagai mempunyai kurang 15 pelajar dan guru.
Ramai penduduk Xuan’en meninggalkan kawasan itu sejak beberapa tahun lalu kerana mencari pekerjaan dan menghantar anak mereka bersekolah di bandar lebih besar.
Jumlah pelajar di sekolah tempatan jatuh mendadak dan banyak yang seperti Sekolah Rendah Budaixi berdepan ancaman ditutup.
Menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa, China mencatatkan tahap migrasi dalam negeri tertinggi di dunia.
Sejak 1979, 340 juta penduduk berpindah dari kampung ke bandar atau bandar raya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2015 @ 9:55 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62874#sthash.dto10lKn.dpuf

Rakyat Britain jadikan bot rumah



AFP - DERETAN bot berlabuh di Terusan Regent, London pada 28 Mei lalu.


LONDON – Harga rumah yang melambung tinggi di ibu kota Bri­tain, London mendorong lebih ramai penduduk untuk tinggal di dalam bot berikutan kosnya yang jauh lebih murah.
Bilangan bot juga semakin me­ningkat sehingga menyebabkan rangkaian sungai dan terusan di bandar raya itu sesak.
“Sudah menjadi perkara biasa untuk orang ramai tinggal di dalam bot kerana mereka tiada pilihan,” kata seorang pekerja pendidikan berusia 39 tahun, Jim Bryden.
Bryden tinggal di dalam botnya, Violent Mae bersama teman wanitanya sejak dua tahun lalu.
“Saya pernah berkenalan dengan warga kota lain yang membeli bot pada harga £10,000 (RM55,364) selepas mereka menerima notis dua minggu untuk mengosongkan flat mereka,” tambahnya.
Menurut Bryden, bot mewah yang harganya mencecah £100,000 (RM553,646) adalah jauh lebih murah berbanding purata harga rumah di London yang mencecah £500,000 (RM2.76 juta).
Selain menginap di bot, bilangan penduduk kota metropolitan itu yang memilih untuk menyewa kabin kenderaan air tersebut juga semakin bertambah.
Rata-rata kos sewa rumah di London mencecah separuh daripada gaji pekerja biasa.
Menurut sebuah yayasan yang menguruskan laluan air di London, bilangan bot di kota raya itu me­ningkat sebanyak 85 peratus sejak setahun lalu.
Walaupun tinggal di bot agak remeh kerana penghuninya terpaksa membersihkan tangki tandas, mendobi di luar dan risiko pencuri, mereka memiliki lebih kebebasan bergerak dan bersosial bersama penghuni bot lain. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0709&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3fLDwRp3s 
Hakcipta terpelihara 

Tiada perikemanusiaan


Ibu biarkan anak hidup dalam kandang babi

Semasa dijumpai pekerja sosial, badan Liu Hongbo diselaputi najis
SEMASA dijumpai pekerja sosial, badan Liu Hongbo diselaputi najis babi selepas dibiarkan ibunya di dalam kandang haiwan tersebut di bandar Fangyu, wilayah Henan, tengah China. - AGENSI
BEIJING 8 Julai - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di China, ditemukan tinggal di dalam kandang babi akibat kekejaman ibunya, menyebabkan dia tidak mampu bercakap dengan manusia.
Kanak-kanak itu dijumpai dalam keadaan menyedihkan oleh pekerja sosial tempatan di sebuah kandang babi di rumahnya di bandar Fangyu dekat wilayah Hennan dengan keadaannya diselaputi najis dan kotoran termasuk kesan lebam dan luka di seluruh tubuh.
Malah, terdapat dakwaan yang menyatakan ibu bapa kanak-kanak itu turut mengabaikan kebajikan tiga anak yang lain sehingga menyebabkan semua mereka mati, manakala anak keempat pula dipelihara oleh ibu saudara mereka sejak dilahirkan.
Insiden berkenaan mula menarik perhatian ramai selepas gambar kanak-kanak tersebut sedang me­nunggang seekor babi di belakang rumah tersebar di media sosial.
Menurut media, kanak-kanak bernama Liu Hongbo sering menangis akibat dipukul ibunya.
Seorang jiran yang enggan dikenali berkata, ibu kanak-kanak terbabit seolah-oleh tidak mempunyai perasaan apabila hanya tersenyum jika penduduk tempatan meminta dia menghentikan perbuatannya.
“Ibu kanak-kanak itu selalu memukul dan mencampak anaknya keluar dari rumah,” kata jiran itu seperti dilaporkan portal Daily Mirror.
Ketika ditemukan, kanak-kanak itu sedang tidur di luar rumahnya di atas timbunan pakaian di kandang babi yang kosong dan badannya berbau seperti haiwan tersebut.
Namun, pekerja sosial terlibat tidak dapat membawa kanak-kanak malang tersebut untuk mendapatkan perlindungan dan penjagaan yang lebih baik kerana mereka memerlukan kebenaran pihak berkuasa untuk campur tangan.
Portal iCrossChina melaporkan, kanak-kanak itu dihantar untuk tinggal bersama ibu saudaranya dan dimasukkan ke hospital tempatan untuk pemeriksaan fizikal.
Menurut pakar perubatan, Hongbo tidak boleh berkomunikasi dan memerlukan masa untuk bergaul dengan masyarakat bagi membolehkan dia bercakap dan menjalani kehidupan normal.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tiada-perikemanusiaan-1.112036#sthash.ZstXVHCB.dpuf

Rusia berkempen tangani selfie berbahaya


Pihak berkuasa Rusia melancarkan kempen Safe Selfie yang menggalakkan
PIHAK berkuasa Rusia melancarkan kempen Safe Selfie yang menggalakkan orang ramai berhati-hati ketika mengambil gambar diri sendiri bagi mengelak daripada berlaku kemalangan. - AGENSI
MOSCOW 8 Julai – Pihak berkuasa Rusia melancarkan kempen Safe Selfie yang menggalakkan orang ramai mengambil gambar diri sendiri atau selfie secara selamat bagi mengelakkan berlakunya kemalangan akibat tabiat tersebut.
Menurut portal The Guardian, langkah itu dilaksanakan selepas kira-kira 100 kecederaan dan berpuluh-puluh kematian dicatatkan pada tahun ini akibat kelalaian orang ramai ketika melakukan selfie sejak fenomena itu menjadi ikutan penduduk Rusia.
Pegawai Kementerian Dalam Negeri, Yelena Alexeyeva berkata, kempen itu merangkumi pengedaran risalah, penyiaran video, dan nasihat selain meletakkan tanda amaran di sepanjang jalan raya yang menjadi tumpuan orang ramai melakukan selfie.
Satu daripada tanda amaran itu menunjukkan gambar orang memegang monopod sambil mengambil gambar sendiri di atas landasan kereta api dengan kete­rangan berbunyi ‘Selfie di landasan kereta api merupakan idea buruk jika anda menghargai hidup’.
Video tentang keselamatan awam juga disiarkan antaranya menyentuh sikap sesetengah individu yang berani mengambil gambar sendiri ketika memanjat bumbung rumah sebelum memuat naik foto berkenaan di media sosial.
“Fenomena itu menyebabkan banyak kes kematian dan kecederaan disebabkan sifat taksub orang ramai untuk mengambil gambar di tempat berisiko terutamanya kawasan tinggi.
“Sebelum mengambil gambar selfie, anda sepatutnya sedar bahawa keghairahan untuk mendapat perhatian di media sosial boleh mengundang padah jika tidak berhati-hati,” kata Alexeyeva.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/rusia-berkempen-tangani-selfie-berbahaya-1.112040#sthash.RrW0mEAa.dpuf

Coca-Cola buang label sempena Ramadan


Syarikat minuman ringan Coca-Cola membuang label jenama itu sempena
SYARIKAT minuman ringan Coca-Cola membuang label jenama itu sempena Ramadan. AGENSI
MESIR 8 Julai – Cawangan syarikat minuman ringan terkemuka, Coca-Cola di Asia Barat, mengumumkan langkah pengeluaran produk minuman Coca-Cola tanpa label sebagai kempen memerangi prejudis sepanjang bulan suci Ramadan.
Coca-Cola dalam kenyataannya menjelaskan, reka bentuk baharu produk itu hanya melibatkan jalur berwarna merah dan perak, tetapi perkataan Cola-Cola dipadamkan.
Jelas kenyataan tersebut, di belakang tin minuman berkenan slogan berbunyi ‘Label hanya untuk tin, bukan manusia’ dicetak bagi mempromosikan kempen menangani sikap prejudis dalam kalangan segelintir masyarakat.
Coca-Cola juga menyiarkan satu rakaman video menerusi laman perkongsian video, YouTube yang memaparkan situasi salah faham yang boleh tercetus akibat perasaan buruk sangka.
“Menerusi kempen ini, Coca -Cola menggalakkan dunia untuk melihat tanpa label, tetapi sebaliknya membuka hati dan melihat melalui hati mereka.
“Coca-Cola membuang label sendiri dalam usaha untuk mempromosi dunia tanpa label dan pre­judis,” jelas kenyataan berkenaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/coca-cola-buang-label-sempena-ramadan-1.112049#sthash.prGW2LeN.dpuf