Pages

Wednesday, May 22, 2013

Kisah Sufi :Sibuk Mengurus Hati



Suatu ketika, seorang Arab datang ingin berguru kepada Abu Said Abul Khair, seorang tokoh sufi yang terkenal karena karamahnya dan gemar mengajar tasawuf di pengajian-pengajian. Rumah guru sufi itu terletak di tengah-tengah padang pasir. Ketika orang itu tiba, Abul Khair sedang memimpin majlis simaan (acara mendengarkan orang membaca doa) di tengah para pengikutnya. Waktu itu Abul Khair membaca Al-Fatihah. Orang Arab itu berfikir, '?Bagaimana mungkin aku boleh berguru kepadanya. Baca Al-Quran saja, ia tidak boleh. Orang itu menyimpan niatnya untuk belajar kepada Abul Khair.

Begitu orang itu keluar, ia dihadang oleh seekor singa padang pasir yang buas. Ia mundur tetapi di belakangnya ada seekor singa lain yang menghalanginya. Lelaki Arab itu menjerit keras karena ketakutan. Mendengar teriakannya, Abul Khair turun keluar meninggalkan majlisnya. Ia menatap kedua ekor singa itu dan menegur mereka, Bukankah sudah kubilang jangan ganggu para tamuku!? Kedua singa itu lalu bersimpuh di hadapan Abul Khair.

Sang sufi lalu memulas telinga keduanya dan menyuruhnya pergi. Lelaki Arab itu kehairanan, Bagaimana Anda dapat menaklukkan singa-singa yang begitu liar? Abul Khair menjawab, Aku sibuk memperhatikan urusan hatiku. Untuk kesibukanku memperhatikan hati ini, Tuhan menaklukkan seluruh alam semesta kepadaku. Sedangkan kamu sibuk memperhatikan hal-hal lahiriah, karena itu kamu takut seluruh alam semesta.

Ular sawa paling panjang pernah ditangkap di Florida



BEBERAPA kakitangan berbaring di sebelah seekor ular sawa sepanjang 5.73 meter di Universiti Florida, Gainesville, Florida pada 15 Mei lalu.- AP


MIAMI - Seekor ular sawa Burma sepanjang 5.73 meter telah ditangkap di tepi sebatang jalan raya di Florida pada 11 Mei lalu.
Reptilia itu merupakan ular sawa yang paling panjang pernah ditangkap di negeri Florida.
Ular tersebut seberat 58.05 kilogram ditemui dan dibunuh oleh Jason Leon di sebuah kawasan luar bandar di tenggara Miami di negeri itu.
Sekumpulan penyelidik Universiti Florida kemudian melakukan bedah siasat ke atas ular betina itu tetapi mereka tidak menemui sebarang telur. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0522&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm#ixzz2TyFxK2LZ 
Hakcipta terpelihara 

Buaya air masin sambut hari lahir ke-110 tahun




BUAYA air masin terbesar di dunia yang dipelihara, Cassius mendekati kek hari lahirnya yang dibentuk daripada gumpalan leher ayam di dalam kurungannya di Pulau Green, Australia kelmarin.- AFP


MELBOURNE - Seekor buaya air masin terbesar di dunia, Cassius menyambut hari lahirnya yang ke-110 tahun kelmarin.
Buaya itu diberikan kek yang diperbuat daripada leher ayam seberat 20 kilogram (kg) di dalam kurungannya di Pulau Green, Queensland.
"Dia memakan kek itu kurang 30 minit," kata seornag pakar pengendali buaya, Billy Craig kepada agensi berita Australian Associated Press.
Buaya itu sepanjang 5.48 meter (m) kerap memakan ayam seberat 1kg dan ikan pada setiap hari.
Pada tahun 2011, buaya itu diisytiharkan oleh pihak Guinness World Records sebagai yang paling besar pernah dipelihara.
Haiwan itu dinobatkan sebagai buaya air masin terbesar di dunia selepas buaya Lolong sepanjang 6.17m mati di dalam kurungan di Filipina. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0522&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2TyEu285e 
Hakcipta terpelihara 

Penduduk atur majlis pengebumian untuk kerbau jantan




BANGKAI seekor kerbau jantan diarak penduduk kampung ke kuburnya di daerah Leishan pada Ahad lalu.- REUTERS


BEIJING - Sejumlah penduduk mengebumikan bangkai seekor kerbau jantan di daerah Leishan, wilayah Guizhou, China pada Ahad lalu.
Haiwan berusia 28 tahun itu telah memenangi banyak pertandingan laga kerbau jantan sehingga ia dianggap sebagai wira di daerah tersebut.
Kerbau tersebut yang juga dikenali sebagai Raja Kerbau Jantan telah memenangi 11 kejuaraan sebelum ia bersara pada tahun 2009.
Bangkai haiwan itu juga diarak oleh penduduk yang mengangkatnya dengan menggunakan beberapa batang kayu sehingga ke lokasi tempat ia ditanam. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0522&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2TyCslGpr 
Hakcipta terpelihara 

Syiling Afrika ditemui di Australia




GAMBAR menunjukkan syiling yang mempunyai tulisan seperti huruf Arab yang ditemui di utara Australia. - AGENSI


LONDON - Lima syiling tembaga yang mempunyai perkataan seperti tulisan Arab yang ditemui di utara Australia pada tahun 1944 dipercayai berasal dari Afrika, lapor akhbar dalam talian MailOnline semalam.
Sekumpulan penyelidik dari Universiti Indiana, Amerika Syarikat kini mahu mencari jawapan bagaimana syiling berusia ribuan tahun itu boleh berada di Australia.
Menurut kajian mereka, Australia mungkin telah ditemui enam abad sebelum seorang penjelajah terkenal dari Britain, Kapten James Cook tiba pada tahun 1770.
Warga Eropah yang terawal tiba di Australia sebelum Cook ialah seorang ahli pelayaran dari Belanda, Willem Janszoon pada tahun 1606.
Penduduk asli Australia pula dipercayai tiba di Australia dengan perahu dari Kepulauan Melayu antara tahun 40,000 hingga 60,000 tahun lalu.
Ketua penyelidik itu, Ian McIntosh dari Australia menyatakan, syiling itu ditemui oleh seorang askar, Maurie Isenberg pada tahun 1944 semasa Perang Dunia Kedua.
Isenberg bertugas di Kepulauan Wessel di pantai utara Australia.
Askar Australia itu menemui syiling tersebut tertanam di dalam pasir.
Pada tahun 1979, Isenberg menghantar syiling tersebut ke sebuah muzium Australia supaya kajian dibuat tentang bagaimana ia boleh tiba di utara negara itu.
Isenberg juga menemui empat syiling pada era Syarikat Hindia Timur Belanda.
Penemuan itu menyokong dakwaan bahawa penjelajah Belanda menemui Australia lebih awal daripada Cook.
McIntosh percaya, syiling itu mungkin memberi petunjuk bahawa terdapat laluan perdagangan yang menghubungkan timur Afrika, Arab, India dan Kepulauan Spice lebih 1,000 tahun lalu.
Syiling itu mungkin berasal dari bekas Kesultanan Kilwa di Afrika.
Kilwa mempunyai pelabuhan perdagangan dan mempunyai hubungan dengan India pada abad ke-13 hingga ke-16.
Ia terletak di sebuah pulau di Tanzania.
Syiling itu mungkin wujud sejak tahun 900 Masihi.
Jika teori itu benar, ia bermakna terdapat peradaban lain yang telah membuat hubungan dengan penduduk Australia enam abad sebelum warga Eropah tiba.
Teori lain ialah syiling tersebut mungkin dihanyutkan ke pantai selepas sebuah kapal karam.
Namun, McIntosh akan melancarkan ekspedisi ke kepulauan itu pada Julai depan untuk melakukan kajian tentang bagaimana syiling tersebut boleh berada di Australia. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0522&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2TyCb15sW 
Hakcipta terpelihara