Thursday, May 9, 2013
Nenek ini baru merasai cinta di usianya 106 tahun
Marjorie dan Gavin (Foto: Alex Coppel)
Jakarta, Cinta sejati dapat berlangsung seumur hidup, tapi terkadang perlu waktu seumur hidup untuk menemukannya. Sepertinya ungkapan ini pas ditujukan pada Marjorie Hemmerde. Sebab nenek ini baru menemukan cinta di usia yang tak lagi muda: 106 tahun.
Kekasih Marjorie juga sudah berumur, namun lelaki bernama Gavin Crawford itu 3 dekade lebih muda. Gavin berusia 73 tahun. Uniknya keduanya belum pernah menikah sebelumnya. Sehingga kisah cinta mereka berdua di usia senja membuktikan bahawa tidak pernah ada kata terlambat untuk menemukan seseorang yang istimewa.
Dikutip dari Herald Sun, Rabu (8/5/2013), keduanya bertemu tiga tahun lalu di panti jompo. Seperti layaknya anak muda yang baru mengenal cinta, keduanya terlihat sangat mengagumi satu sama lain dan seolah tak terpisahkan.
"Kami sama-sama tertarik," kata Marjorie.
"Kami seperti teman lama, perbedaan usia tidak menjadi masalah," imbuhnya.
Gavin pun merasa sangat bahagia menemukan puteri pujaan hatinya. Di mata Gavin, Marjorie adalah sosok yang ceria dan selalu menghargainya. Tak heran keduanya sering menghabiskan waktu dengan tertawa bersama.
"Saya fikir kami berdua telah belajar bahawa hidup ini terlalu singkat untuk tidak dinikmati," kata Gavin.
Namun Gavin dan Marjorie tidak berfikir untuk membawa hubungan mereka ke jenjang pernikahan. Sebab mereka merasa sudah terlalu tua dan yakin bahawa menikah bukanlah satu-satunya hal yang membuat hidup menjadi luar biasa.
Vicki Fraser yang merupakan pengurus di panti jompo tersebut berpendapat kisah cinta keduanya sangat indah dan menyentuh hati. Perasaan cinta keduanya pun dinilainya boleh memberikan dampak positif.
"Ini membuktikan bahawa tidak ada sesuatu yang terlalu terlambat," kata Fraser.
Marjorie juga dikenal sebagai perempuan luar biasa lantaran apda saat usianya 96 tahun dia diyakini menjadi orang tertua yang mencium Batu Blarney di Ireland . Konon orang yang mencium batu ini akan mendapatkan keberuntungan atau karunia kelancaran berbicara. Padahal untuk mencium batu ini sangat tidak mudah, apalagi untuk seorang nenek. Bagi yang ingin mencium batu tersebut, maka dia harus memanjat ke puncak Kastil Blarney, kemudian bersandar ke belakang tembok pembatas.
Sebelumnya, diberitakan pula seorang perempuan tua yang mencari cinta. Tok Wook (107 tahun pada tahun 2009) mencari suami untuk pernikahan ke-23 kalinya. Kala itu dia berencana untuk mencari suami baru jika suaminya Mohd Noor Che Musa (37) tidak kembali padanya seusai menjalani rehabilitasi narkoba di Kuala Lumpur.
Tidak seberuntung Marjorie, di usia 107 tahun (pada 2009) Wang Guiying dari China masih mencari cinta dan suami. Dia baru siap menikah saat usianya sudah senja. Kala itu dia berharap akan menemukan pasangan yang usianya sekitar 100 tahun.
Menikah bagi beberapa orang adalah pilihan yang memberikan efek kesehatan. Sebab orang yang menikah dari berbagai penelitian mengurangi risiko sakit jantung, membuat panjang umur, serta lebih menyehatkan secara fisik dan mental.
Namun penting untuk dicatat, pernikahan dengan peningkatan status kesehatan biasanya tidak berhubungan secara langsung. Biasanya, keberadaan partner atau pasangan itulah yang membuat orang yang menikah lebih peduli pada kesehatan karena bisa saling mengingatkan.
Pernikahan yang tidak membahagiakan, di mana isinya hanya cekcok dan uring-uringan kadang-kadang membuat orang berpikir bahwa menjadi lajang mungkin jauh lebih sehat. Kalau pada akhirnya juga bikin stres, maka pernikahan tidak lagi menyehatkansumber
Bangkai ‘raksasa laut’ terdampar di New Zealand
Auckland: Tanda tanya menyelubungi penemuan bangkai ‘raksasa laut’ yang ditemui terdampar di New Zealand.
Dengan gigi tajam berbaris dan mulut luas, bangkai haiwan sepanjang kira-kira 10 meter itu ditemui separuh tertanam di dalam pasir di Pantai Pukehina, kira-kira 190 kilometer di tenggara Auckland.
Beberapa teori dikemukakan, termasuk haiwan itu sebenarnya ikan jerung atau buaya air masin, sejenis ikan lumba-lumba atau hidupan prasejarah.
Dalam satu video di YouTube, Elizabeth Ann bertanya sama ada sesiapa mengenali haiwan berkenaan.
Katanya, haiwan berkenaan mempunyai kepala dan gigi besar serta sirip. “Ia mungkin sepanjang sembilan meter, tetapi bahagian bawah badan bangkai ‘raksasa laut’ berkenaan mungkin hilang akibat dibaham oleh sesuatu,” katanya. Sementara itu pakar marin, Anton van Helden menafikan ia adalah bangkai dinosaur kerana sirip yang ada padanya menunjukkan ia adalah ikan paus.
“Ikan jenis itu memang banyak di Bay of Plenty,” katanya ketika ditemui, semalam.
Remaja ‘pejuang’
TERRI bersama ibu tiri, Nicky dan Calvesbert. |
KEADAAN Terri ketika dia berusia empat tahun. |
Terri Calvesbert kehilangan rambut, bibir, hidung, semua jari dan kaki kirinya selepas api memusnahkan bilik tidurnya pada November 1998.
Bapanya, Paul Calvesbert berkata, dia tidak yakin Terri yang ketika itu berusia 23 bulan, dapat bertahan akibat kecederaan parah berkenaan. Bagaimanapun, Terri dapat membuktikan dia seorang budak yang kuat.
Justeru, kini Calvesbert, 40, teruja melihat Terri, 16, bersedia sepenuhnya untuk memulakan babak baru dalam hidupnya selepas menamatkan pengajian di Sekolah Sukan Westbourne.
Calvesbert dari Ipswich, Suffolk berkata, melihat Terri menamatkan pengajian di sekolah itu sangat bermakna dalam bagi dirinya.
“Saya tidak pernah terfikir dapat melihat Terri memulakan persekolahan, apa lagi sehingga ke peringkat ini,” katanya.
Selepas insiden malang berkenaan, kata Calvesbert, dia membayangkan Terri tidak sempat membesar, namun anaknya itu membuktikan dia bukan individu biasa.
Bagi Calvesbert, Terri adalah seorang ‘pejuang’.
Terri pula mengakui bahawa dia berdepan dengan ketakutan ketika mula bersekolah.
Namun, katanya, dia menjalin persahabatan dengan ramai orang dan mereka sentiasa menjaganya. Kini, dia bersedia menyahut cabaran baru dalam hidupnya apabila memilih kajian haiwan di Kolej Otley, dekat Ipswich.
Katanya, dia selalu ingin bekerja di hospital atau menjadi pemandu ambulans supaya dapat membantu orang ramai.
“Mungkin sebab saya menghabiskan banyak masa di Hospital Broomfield ketika saya kecil,” katanya ketika ditemui.
Kemudian, kata Terri, dia berminat bekerja dengan kanak-kanak sebelum menyedari adalah lebih mudah menguruskan haiwan berbanding kanak-kanak. Terri baru saja beberapa hari menyambut ulang tahun kelahirannya apabila kebakaran berlaku yang berpunca daripada puntung rokok ibunya, Julie Minter. Kebakaran berkenaan menyebabkan 90 peratus tubuh Terri melecur, manakala muka, kulit kepala, leher, dada, belakang dan kedua-dua kaki serta tangannya parah. Terri perlu menjalani lebih banyak pembedahan selepas ini apabila doktor bersedia membentuk semula mukanya menjelang usia 18 tahun. - The Sun
Fosil manusia 3.2 juta tahun dikembalikan ke Habsyah
|
ADDIS ABABA - Sebuah muzium di Habsyah memperkenalkan fosil rangka manusia berusia 3.2 juta tahun yang diberi nama Lucy semalam.
Fosil itu ditemui pada tahun 1974 di wilayah Harar, Habsyah oleh seorang saintis Amerika Syarikat (AS), Donald Johanson.
Ia telah dipulangkan semula selepas lima tahun berada di AS.
Fosil manusia prasejarah yang hampir lengkap itu akan dipamerkan buat pertama kali di Muzium Kebangsaan Addis Ababa di sini.
Fosil itu menjadi sebahagian daripada bahan pameran tersebut yang akan diadakan sehingga 13 Mei ini sebelum ia disimpan untuk bahan kajian.
Ia berukuran 0.91 meter lebar dengan panjang 0.15 meter panjang dan berat 27.21 kilogram.
Fosil itu digelar Lucy kerana ketika ia ditemui saintis yang membuat penemuan tersebut sedang mendengar lagu kumpulan Beatles, Lucy. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0509&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm#ixzz2Sk1ojf00
Hakcipta terpelihara
Ramai jutawan China mahu berhijrah ke luar negara
BEIJING - Kebanyakan jutawan di China menggunakan kekayaan mereka untuk berhijrah ke luar negara, menurut laporan oleh firma perundingan perniagaan Amerika Syarikat (AS), Bain & Company.
Tinjauan oleh Bain dan Bank Perdagangan China mendapati China mempunyai lebih daripada 700,000 individu yang mempunyai kekayaan bernilai sekurang-kurangnya AS$1.6 juta (RM4.74 juta) setakat akhir tahun lalu.
Golongan jutawan ini dilaporkan mahu berhijrah ke luar negara bersama aset mereka untuk mengurangkan risiko.
Menurut laporan berkenaan, 70 peratus jutawan China dengan aset pelaburan bernilai AS$16 juta (RM47.4 juta) berhasrat untuk meninggalkan negara itu.
Laporan sama memberitahu, sekitar 10 peratus lagi responden menyatakan mereka tidak akan berhijrah tetapi, menjangkakan anak-anak mereka akan berbuat demikian.
Kaji selidik tersebut turut mendapati bahwa faktor pencemaran dan kebimbangan keselamatan makanan di China merupakan antara faktor golongan itu mahu bermastautin di luar negara. - AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0509&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm#ixzz2Sk1iinRY
Hakcipta terpelihara
Lelaki misteri bergayut di jambatan
SAINT-PETERSBURG - Seorang lelaki Rusia bertindak memanjat sebuah jambatan boleh gerak di sini dan bergayut menggunakan sebelah tangan pada anjung jambatan sebelum melarikan diri, kata pihak polis kelmarin.
Jambatan itu terdiri daripada dua bahagian yang boleh menegak bagi memudahkan kapal besar melintas.
Menurut polis, lelaki misteri itu melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai di bawah jambatan tersebut selepas cuba polis cuba menangkapnya.
Polis berkata, mereka melakukan siasatan berdasarkan beberapa gambar pelaku lagak ngeri tersebut yang kini tersebar di internet.
Gambar-gambar itu menunjukkan dia bergayut di puncak jambatan yang terbuka dengan sebelah tangannya memegang bunga api.
Gambar-gambar itu dipaparkan di sebuah laman sosial Facebook oleh seorang jurugambar, Nikolai Gontar. - AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0509&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm#ixzz2Sk1Sx7Aa
Hakcipta terpelihara
Lukisan Madonna dilelong AS$7.2 juta
NEW YORK - Sebuah lukisan Perancis milik penyanyi terkenal, Madonna dijual pada harga AS$7.2 juta (RM21.4 juta) dalam satu lelongan di sini kelmarin.
Namun, rumah lelongan Sotheby tidak mendedahkan individu yang membeli lukisan berjudul Three Women at the Red Table itu.
Hasil jualan tersebut akan memberi manfaat kepada Yayasan Ray of Light yang membantu pendidikan wanita di Afghanistan, Pakistan dan beberapa negara lain.
Lukisan tahun 1921 tersebut dihasilkan oleh pelukis Fernand Leger.
Madonna, 54, membeli lukisan Leger pada harga AS$3.4 juta (RM10.1 juta) dalam satu acara lelongan Sotheby pada tahun 1990. - AP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0509&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2Sk1AxcMH
Hakcipta terpelihara
Selipar terbuang dikitar semula jadi barang bernilai
NAIROBI, Kenya - Sebuah syarikat kitar semula di sini mengambil inisiatif mengumpul selipar terpakai di sekitar perairan pantai Timur Afrika bagi menghasilkan pelbagai produk kitar semula yang menarik.
Syarikat itu, Kenya's Ocean Sole turut berperanan membersihkan beberapa kawasan pantai di Timur Afrika dan mengumpul barangan terpakai untuk dikitar semula terutama selipar getah.
Pengasas syarikat tersebut, Julie Church berkata, matlamat pihaknya adalah untuk menghasilkan beberapa produk yang bernilai yang boleh dujual semula.
Para pekerja di syarikat itu akan menghasilkan 100 jenis produk berbeza daripada selipar getah yang dikitar semula.
Produk-produk menarik yang dihasilkan ialah replika buatan tangan seperti zirafah, gajah dan babi hutan.
Pada 2008, syarikat tersebut telah menghantar sebuah replika zirafah setinggi 5.4 meter ke Rom, Itali untuk dipamerkan pada satu acara fesyen.
Para pekerja akan membasuh selipar getah yang dikutip dan membaiki barang lusuh tersebut Selipar yang pelbagai warna itu kemudian digam, diukir dan diproses mengikut bentuk yang dikehendaki dan dibasuh sekali lagi sebelum diproses menjadi pelbagai barangan termasuk permainan kanak-kanak. - AP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0509&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2Sk0LAZEi
Hakcipta terpelihara
Subscribe to:
Posts (Atom)