Pages

Friday, December 30, 2011

11 Jenis Manusia Didoa Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka:

“Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya,

setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”

10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”Love Love Islam:

'via Blog this'

Tentera, polis paling banyak serang media


Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 30, 2011

JAKARTA - Sebuah kumpulan penyokong media Indonesia melaporkan pasukan polis dan tentera negara itu bertanggungjawab ke atas sebahagian besar keganasan yang dihadapi oleh petugas media di Indonesia.
Yayasan Bantuan Guaman untuk Media (LBH Pers) melaporkan, polis dan tentera Indonesia terlibat dalam 22 daripada 96 kes keganasan ke atas wartawan, tahun ini, berbanding lapan kes keganasan yang dilakukan oleh samseng jalanan ke atas petugas media.
Selain itu, serangan ganas terhadap petugas media meningkat kepada 96 kes daripada 69 kes pada tahun lalu.
Pengerusi LBH Pers, Hendrayana mengecam serangan ke atas media dan menegaskan institusi keselamatan yang ditugaskan melindungi wartawan tidak sepatutnya menjadi pelaku keganasan.
Tentera, polis paling banyak serang media - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Perogol hampir dibakar


Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 30, 2011

JAKARTA - Seorang peniaga yang cuba merogol seorang wanita berumur 20 tahun di sebuah pangsapuri di utara Jakarta, Indonesia, hampir dihukum mati tanpa dibicarakan apabila orang ramai yang marah cuba membakarnya, kelmarin.

Orang ramai memukul Mindu Wijaya, 30, serta mengugut untuk menyimbah petrol dan membakarnya hidup-hidup, namun lelaki itu sempat diselamatkan polis.
Kes serupa berlaku pada 2009 di timur Jawa, apabila seorang bekas guru, Muhammad Zarkasyi terbunuh selepas dibakar sekumpulan pelajar sekolah yang berang dan menuduhnya melakukan hubu-ngan seks dengan pelajar perempuan di sekolah mereka.
Perogol hampir dibakar - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Sekolah pondok Nigeria dibom


Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 30, 2011

ABUJA - Sebutir bom buatan sendiri dilempar ke dalam sebuah sekolah pondok Islam di utara Nigeria, Selasa lalu, menyebabkan tujuh orang cedera.

Menurut polis, enam daripada mangsa yang tercedera adalah kanak-kanak berumur di bawah sembilan tahun yang sedang belajar mengaji al-Quran di sekolah tersebut.
Serangan ke atas madrasah itu berlaku, dua hari selepas beberapa pengebo-man gereja pada Hari Natal lalu yang membunuh 32 orang di seluruh negara.
Sekolah pondok Nigeria dibom - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Rejim Israel bersiap sedia serang Gaza


Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 30, 2011
masjid

TEL AVIV - Tentera Israel mengesahkan telah bersedia melakukan serangan dan pencerobohan besar-besaran ke atas Genting Gaza, tiga tahun selepas rejim itu melancarkan perang memusnahkan ke atas wilayah Palestin itu.

“Kami telah bersedia untuk melancarkan satu lagi serangan yang lebih menyeluruh ke atas Gaza,” menurut ketua Bahagian Gaza Pasukan Pertahanan Israel, Tal Hermoni.
Tentera Israel baru-baru ini menyiapkan rancangan untuk menyerang Gaza dan operasi terbaru ke atas wilayah Palestin itu dilaporkan akan mengambil tempoh lebih pendek daripada perang pada akhir 2008 tetapi akan menggunakan lebih banyak senjata dan bom.
Serangan rejim Zionis pada Disember 2008 hingga Januari 2009 ke atas Genting Gaza menyebabkan lebih 1,500 penduduk Palestin terbunuh dan kekejaman rejim itu berterusan apabila Tel Aviv mengenakan sekatan darat ke atas Gaza.
Rejim Israel bersiap sedia serang Gaza - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Amerika, Israel didakwa dalang virus Stuxnet

Kaspersky kumpul bukti kewujudan senjata siber


VIRUS Stuxnet yang merosakkan program nuklear Iran tahun lalu adalah satu daripada lima senjata siber yang dibangunkan menerusi platform tunggal yang pernah dikesan pada 2007, demikian menurut kajian baru dijalankan oleh firma keselamatan dalam talian Russia, Kaspersky Lab.

Pakar keselamatan itu percaya Amerika Syarikat (AS) dan Israel dalang di sebalik kewujudan Stuxnet walaupun kedua negara itu enggan memberi komen terhadap kenyataannya itu.


Jurucakap Pentagon pada Rabu lalu menolak untuk memberi komen terhadap kajian dilakukan Kaspersky, yang mana tidak menyatakan siapakah dalang di belakang Stuxnet.
Stuxnet juga dikaitkan dengan virus lain, Duqu iaitu sejenis trojan yang mencuri data, tapi kajian Kaspersky mencadangkan program senjata siber yang menyasar Iran itu mungkin lebih rumit daripada yang diketahui sebelum ini.

Pengarah Kajian Global dan Analisis Kaspersky, Costin Raiu, memberitahu Reuters Rabu lalu, pasukannya mengumpul bukti menunjukkan bahawa platform sama digunakan untuk membina Stuxnet dan Duqu juga telah digunakan untuk mencipta sekurang-kurangnya tiga jenis malware.

Raiu berkata, platform itu terdiri daripada sekumpulan modul perisian sepadan yang direka untuk padanan bersama, setiap satunya dengan fungsi berbeza.

Pembina virus itu boleh membina senjata siber baru dengan hanya menambah atau mengeluarkan modul itu.
“Ia seperti set Lego. Kamu boleh memasang komponennya menjadi apa saja, robot atau rumah atau kereta kebal,” katanya.

Kaspersky menamakan platform itu ‘Tilded’ kerana banyak fail dalam Duqu dan Stuxnet memiliki nama bermula dengan simbol tilde ‘?’ dan abjad ‘d’.

Pengkaji Kaspersky masih tidak menemui apa-apa bentuk baru malware yang dibina menggunakan platform Tilded, katanya.

Namun begitu, mereka hampir pasti yang ia wujud kerana komponen yang dikongsi daripada Stuxnet dan Duqu itu mencari saudara mereka.

Apabila mesin dijangkiti oleh Duqu atau Stuxnet, komponen yang dikongsi dalam platform itu akan mencari dua kunci pendaftaran unik pada komputer peribadi (PC) yang dikaitkan dengan Duqu dan Stuxnet yang kemudiannya digunakan untuk memuatkan sekeping utama malware ke atas komputer, katanya.

Kaspersky baru-baru ini menemui komponen baru yang dikongsi yang mencari sekurang-kurangnya tiga kunci pendaftaran unik lain, yang mencadangkan pembina Stuxnet dan Duqu juga membina sekurang-kurangnya tiga jenis malware lain menggunakan platform sama, katanya.

Modul ini mengendalikan tugas termasuk menghantar malware ke PC, memasangnya, berkomunikasi dengan operatornya, mencuri data dan mereplikakan dirinya sendiri. – Reuters
Berita Harian Online | Amerika, Israel didakwa dalang virus Stuxnet:

'via Blog this'

Layan dua anak macam haiwan

Foto
DUA beradik dirantai dan dikurung dalam tandas oleh bapa mereka di Taman Mawar, Raja Uda, Butterworth sebelum diselamatkan polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semalam. Gambar kecil kaki kanak-kanak yang dirantai oleh bapanya.
Foto
LELAKI yang disyaki mengurung dan merantai dua anaknya yang berusia enam dan dua tahun di Taman Mawar, Raja Uda, Butterworth.
BUTTERWORTH: Dua beradik diperlakukan seperti haiwan oleh bapa sendiri yang mengikat kaki mereka dengan rantai besi dan dikunci dengan mangga selain dikurung dalam tandas kotor selama lebih lima jam dalam kelaparan.

Dalam kejadian di rumah mereka di Taman Mawar, Raja Uda, di sini, kelmarin, lelaki berusia 40-an itu mengikat kaki kiri anak perempuannya berusia enam tahun serta anak lelakinya berusia dua tahun ketika hendak keluar bekerja kira-kira jam 3 petang.

Suspek yang bekerja di sebuah syarikat penghantaran mendakwa bertindak demikian kerana anaknya nakal dan tiada orang menjaga mereka ketika dia keluar bekerja. Lelaki itu dikatakan sudah berpisah dengan isterinya dipercayai warga Thailand yang meninggalkan rumah sebulan lalu.
Ketika diselamatkan kira-kira jam 8.40 malam, dua beradik itu yang hanya berbaju dan berseluar dalam, berada dalam keadaan yang amat menyedihkan. Bapa mereka yang pulang ketika dua kanak-kanak itu diselamatkan, ditahan polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara (SPU), Asisten Komisioner Zulkifli Alias, berkata kejadian menimpa dua beradik itu disedari jirannya apabila terdengar jeritan mereka meminta tolong.

Jiran mereka menghubungi polis kira-kira jam 8 malam dan sepasukan polis ke tempat kejadian bersama-sama pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menyelamatkan dua beradik itu.

Kanak-kanak itu kini dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ), manakala bapa mereka ditahan reman empat hari mulai semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2011.
Sementara itu, seorang saksi yang enggan dikenali, berkata dua kanak-kanak itu kelihatan kelaparan ketika ditemui dan dalam keadaan yang amat menyedihkan.

“Apabila kami berikan roti, mereka memakannya dengan lahap, keadaan mereka amat menyedihkan kerana ditempatkan dalam tandas yang kotor,” katanya sambil menambah kanak-kanak lelaki itu tidak memakai seluar.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang negeri, Phee Boon Poh, berkata JKM sudah memulakan siasatan berhubung kejadian itu.

"Sementara menunggu siasatan selesai, mereka akan ditempatkan di pusat jagaan JKM mengikut Seksyen 15 Akta Perlindungan Kanak-Kanak. Kami akan mencadangkan supaya ibu bapa kanak-kanak itu mengikuti sesi kaunseling bagi mengelakkan insiden sama berulang," katanya.
-bharian

Amerika Syarikat punca kami sakit


Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 30, 2011
Hugo Chavez

CARACAS - Presiden Venezuela, Hugo Chavez membuat spekulasi, kelmarin, bahawa Amerika Syarikat (AS) mungkin mempunyai teknologi atau cara untuk memberikan penyakit barah kepada pemimpin Amerika Latin.

Kenyataan kontroversi itu dibuat selepas Presiden Argentina, Cristina Fernandez menjadi pemimpin terbaru rantau itu yang dikesan mempunyai barah, Selasa lalu.

Chavez yang menjalani rawatan membuang ketumbuhan barah, Jun lalu, menegaskan beliau tidak membuat tuduhan liar sebaliknya hanya mengutarakan persoalan.

“Bukan sesuatu yang pelik jika AS telah membangunkan teknologi untuk memberikan penyakit barah kepada individu,” katanya dalam satu ucapan televisyen di Venezuela.

Chavez, Fernandez bersama-sama pemimpin berhaluan kiri lain, iaitu Presiden Paraguay, Fernando Lugo, Presiden Brazil, Dilma Rousseff dan bekas Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva kesemuanya dikesan mempunyai barah, baru-baru ini.

Amerika Syarikat punca kami sakit - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Kak Limah: Polis gesa selesai segera


Oleh : MOHD AZLIM ZAINURY
Tarikh : December 30, 2011
Kak Limah: Polis gesa selesai segera

MARANG – Polis meminta keluarga Mazlan Ali, 55, dari Kampung Temiang, di sini, segera mencari jalan penyelesaian berhubung dakwaan gangguan lembaga wanita berambut panjang menyerupai hantu Kak Limah yang dikatakan mengganggu mereka.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superinten-dan Ahmad Mazlan Yahaya berkata, pihaknya telah me-nyi­asat perkara itu namun mendapati ia tiada sebarang unsur jenayah.

“Bagaimanapun, kami harap keluarga terbabit dapat segera mencari jalan penyelesaian sekali gus dapat memastikan keadaan kembali seperti sedia kala. Kita bimbang jika keadaan itu berterusan, ia akan menjejaskan kehidupan orang lain,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Mazlan berkata, pihaknya juga berharap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan jawatankuasa masjid di kampung itu dapat membantu keluarga terbabit.

Sementara itu, ketika me­ngunjungi Mazlan kelmarin, Sinar Harian diberitahu, kerisauan keluarga itu terhadap gangguan misteri itu dijangka berakhir tidak lama lagi, apabila ada pihak sudi tampil untuk membantu mereka.

Mazlan berkata, dia menerima panggilan daripada seorang lelaki bergelar ustaz dari Hulu Selangor sejak tiga hari lalu, yang sanggup menyelesaikan misteri menghimpit keluarganya dengan percuma.

Menurutnya, ustaz itu akan datang ke rumahnya esok, bersama dua lagi pembantu bagi menangani gangguan yang berlaku sejak dia bawa pulang beberapa keping papan, perabot dan tiang rumah pusaka milik keluarganya di Jerangau, November lalu.

“Sebaik menerima panggilan daripada ustaz itu, saya rasa sungguh lega. Alhamdulillah ada juga pihak sudi membantu kami. Buat masa ini, ustaz itu sudah beberapa kali menghubungi saya dan bertanya per­kembangan berhubung gangguan dialami,” katanya.

Sementara itu, seorang ustaz yang enggan namanya didedahkan, berkata, keluarga itu perlu sentiasa mendekatkan diri mereka dengan ALLAH SWT dan jangan terlalu percayakan bomoh atau dukun palsu.

Menurutnya, tidak sukar untuk mengetahui sama ada perubatan itu khurafat atau tidak dan sama ada bomoh atau dukun adalah palsu atau tidak.

“Keluarga ini perlu me­ngelak dari mendapat khidmat perubatan melalui mantera, tidak guna ayat al-Quran atau tau jika dalam bahasa lain ia berbunyi janggal,” katanya.

Kak Limah: Polis gesa selesai segera - Nasional - Sinar Harian:

'via Blog this'

Tragedi darah manis


Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 30, 2011
kemalngan

KUALA KANGSAR – Hasrat bakal pengantin, Husnul Khatimah Sapian, 22, untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan tidak kesampaian apabila tunangannya, Mohd Abdillah Mohd Khairuddin, 27, maut akibat kemalangan yang berlaku di tempat kerjanya, di sebuah gudang perabot, di sini, semalam.

Menurut Husnul Khatimah, sekujur badannya menggigil sebaik sahaja menerima panggilan ibu mangsa, Hamidah Moham­mad, 50, pada kira-kira jam 10 pagi, yang memaklumkan tragedi berkenaan kepadanya.
“Semalam (kelmarin) baru sahaja dia bersama ibunya menemani saya ke Hospital Taiping kerana saya mempunyai masalah jantung dan sungguh tak sangka hari ini (semalam) dia telah pergi untuk selamanya,” katanya ketika ditemui di rumah mangsa, di Kampung Banjir, di sini, sema­lam.
Katanya, mangsa menghubunginya kira-kira jam 12 tengah malam, selepas menghantarnya pulang ke rumah.
‘Abang sedih sangat malam ini. Rasa nak menangis, tapi tak tahu kenapa’, merupakan antara kata kata akhir mangsa kepada Husnul Khatimah.
Menurutnya, mangsa meluahkan rasa kecewa kerana tidak mendapat kerja yang diusahakan, dan merasa penat untuk terus mencuba.
Husnul Khatimah juga mengakui yang dia perasan perubahan sikap mangsa yang ditunjukkan pada malam sebelum kejadian, namun tidak pernah menyangka ia sebagai suatu petanda.
“Kami baru sahaja bertunang pada 20 November lalu dan merancang untuk mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
“Saya dimaklumkan tragedi berlaku pada kira-kira jam 9.40 pagi ketika dia menjalankan tugas di bahagian belakang gudang perabot itu, dan dipercayai ditimpa rantai pengangkat sebuah lif pengangkut barangan yang belum siap dibina,” katanya.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Gaffar Mohamad mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan, kejadian diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Tragedi darah manis - Perak - Sinar Harian:

'via Blog this'

23 penduduk Kurdish mangsa salah sangka

DIYARBAKIR (Turki): Pesawat perang Turki membunuh 23 orang penduduk Kurdish dalam satu serangan di sempadan dengan Iraq, semalam apabila kumpulan penyeludup disangkakan anggota militan Parti Buruh Kurdistan (PKK), kata pegawai pro-Kurdish.

Menurut anggota Parti Pro-Keamanan dan Demokrasi Kurdish, Ertan Eris, pihak berkuasa menemui 23 mayat di Kampung Ortasu di wilayah Sirnak Anggota keselamatan berkata, kumpulan 23 yang mati itu adalah mereka yang menyeludup gas dan gula ke Turki dari utara Iraq dan kemungkinan disangka sebagai pemberontak PKK. Gabenor Sirnak Vahdettin Ozkan berkata, siasatan sedang dijalankan ekoran kejadian itu. - AFP

myMetro | 23 penduduk Kurdish mangsa salah sangka:

'via Blog this'

2 askar Nato maut ditembak tentera Afghan

KABUL: Seorang anggota tentera Afghanistan yang lengkap beruniform menembak mati dua askar Nato dari Perancis, semalam, kata kerajaan Perancis dalam satu serangan terbaru anggota keselamatan Afghanistan terhadap rakan sekutu mereka.

Kenyataan dari pejabat Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, menyatakan seorang askar Afghanistan melepaskan tembakan ke arah dua tentera itu yang berkhidmat dengan regimen kedua Pasukan Tentera Asing. Tahun ini menjadi tahun paling buruk bagi pasukan tentera Perancis di Afghanistan sejak operasi antarabangsa bermula pada 2001. Kematian semalam meningkatkan bilangan tentera Perancis yang terbunuh tahun ini kepada 26 dan seramai 78 sejak 10 tahun konflik tercetus. Bilangan itu mencatat jumlah kematian tentera Nato yang terbunuh di Afghanistan pada bulan ini kepada 25, manakala jumlah kematian bagi tahun ini seramai 541. Jumlah itu dianggap rendah berbanding 2010 apabila lebih 700 maut.


Jurucakap Taliban, Zabiullah Mujahid, mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan ke atas askar Perancis itu dalam e-mel dan mengenal pasti penyerang sebagai Mohammed Ibrahim. Menurutnya, serangan itu berlaku di kem tentera di Shamshad di timur wilayah Kapisa, kira-kira 60 kilometer di timur laut Kabul. Sementara itu, Nato berkata pihaknya masih menyiasat mengenai kejadian itu. Bagaimanapun ia tidak menyatakan jika penyerang itu dibunuh atau ditangkap. - AP

myMetro | 2 askar Nato maut ditembak tentera Afghan:

'via Blog this'

Bom Taliban bunuh 10 polis tamat latihan

KANDAHAR: Serangan bom Taliban membunuh 10 anggota polis Afghanistan yang baru pulang dari kem latihan di Nad-e Ali, di wilayah Helmand di selatan negara itu, semalam, kata pihak berkuasa.

Mangsa adalah pasukan polis tempatan dibiayai AS yang diwujudkan tahun lalu dan dianggap menjadi pihak utama untuk penyerahan kawalan keselamatan apabila semua tentera asing meninggalkan Afghanistan pada akhir 2014.


Jurucakap gabenor wilayah itu, Daud Ahmadi, berkata seramai 10 polis terbunuh dan seorang cedera selepas sebuah kenderaan meletup di tepi jalan di daerah Nad-e Ali.

“Anggota polis berkenaan dalam perjalanan pulang dari kem latihan,” katanya. Tiga daripada anggota polis yang maut itu baru saja menjawat jawatan itu.


Jurucakap Taliban, Qari Yousuf Ahmadi, mengakui kumpulan terbabit bertanggungjawab terhadap serangan itu.


“Pejuang mujahidin menyerang kenderaan polis dan hasilnya 10 anggota polis terbunuh termasuk seorang komander polis,” katanya.

Sebahagian wilayah Helmand masih tidak stabil walaupun menurut Presiden Hamid Karzai, Nad-e Ali adalah antara daerah yang akan diserahkan Nato kepada kawalan polis Afghan dalam peralihan kuasa peringkat kedua. - AFP

myMetro | Bom Taliban bunuh 10 polis tamat latihan:

'via Blog this'

Henti seludup senjata: Syria

BEIRUT: Wakil Syria ke Beirut menggesa Lubnan menghentikan kegiatan penyeludupan senjata di sempadan kerana aktiviti itu menggalakkan keganasan.

Dalam satu wawancara bersama pentadbir laman web Hezbollah, al-Intiqad, Ali Abdelkarim menyeru Lubnan mengambil langkah serius dan tegas untuk mengakhiri kegiatan penyeludupan senjata dari negara itu ke Syria dan tidak mengalah dengan tekanan antarabangsa.


Ali, duta pertama Syria ke Lubnan mengaitkan isu penyeludupan senjata itu dengan al-Qaeda yang beroperasi di sepanjang sempadan Lubnan-Syria mengulang kenyataan yang disuarakan Menteri Pertahanan Lubnan pro-Syria awal bulan ini. “Pendedahan Menteri Pertahanan Lubnan, Fayez Ghosn, yang mendakwa anggota al-Qaeda memasuki Syria melalui sebuah Kampung Aarsal di sempadan Lubnan adalah isu yang perlu ditangani dengan serius,” katanya.

Menurut Ali, penyeludupan senjata serta keganasan berjalan seiring dan langkah untuk menanganinya perlu diambil segera.


Kumpulan Hezbollah yang disokong Syria dan Iran mendominasi kerajaan Perdana Menteri Najib Mikati, sekutu utama Presiden Syria, Bashar al-Assad, yang menyalahkan keganasan di negaranya berlaku disebabkan kumpulan pengganas bersenjata.


Kumpulan pembangkang yang disokong Barat dan menyokong penunjuk perasaan di Syria mengecam Fayez sebagai menteri pertahanan kepada regim Bashar. Sementara itu, majlis pertahanan Lubnan mengadakan pertemuan bagi membincangkan ketegangan yang kian memuncak di sempadan yang menyaksikan kejadian tembak-menembak beberapa minggu kebelakangan ini apabila tentera Syria memburu pemberontak dan askar belot. Menurut kenyataan dikeluarkan, majlis itu menegaskan pengawalan keselamatan perlu dilakukan di kawasan kampung dekat sempadan dan kegiatan penyeludupan senjata ke dan dari Lubnan juga perlu dihalang. - AFP

myMetro | Henti seludup senjata: Syria:

'via Blog this'

Pengikut Ahli Sunnah bakar sekolah Syiah

JAKARTA: Sekumpulan penganut Sunnah dikatakan membakar bangunan dalam kawasan kepunyaan seorang penganut Syiah di Jawa Timur, semalam.

Jurucakap Polis Jawa Timur, Rachmat Mulyana, berkata, insiden itu berlaku kira-kira jam 9.30 pagi di Kampung Nangkrenang, di Sampang, Madura.
Tetapi, tiada kecederaan dilaporkan.


“Anggota polis yang cuba mengawal keadaan di tempat kejadian dihalang oleh sekumpulan penduduk yang membawa senjata tajam dan menjerit ke arah anggota polis,” katanya. - JP

myMetro | Pengikut Ahli Sunnah bakar sekolah Syiah:

'via Blog this'

Kemaruk rakam aksi remaja mandi

LOTT... tidak merayu.
LOTT... tidak merayu.

NEW JERSEY: Seorang pendidik didakwa menggunakan kamera litar tertutup untuk merakam aksi pelajar lelaki mandi di sekolah tinggi Katolik selama tiga tahun.

Patrick J Lott yang ditahan minggu lalu, didakwa melakukan kesalahan itu di tempat mandi pelajar di Sekolah Tinggi Immaculata di Sommervile sejak Januari 2008.
Dia tidak membuat rayuan.

Pejabat Pendakwa Raya berkata, kira-kira 22 mangsa dan sembilan pelajar lelaki yang dikenal pasti dalam rakaman video itu masih di bawah 16 tahun.

Untuk melindungi identiti semua mangsa, mereka hanya dikenali melalui abjad nama awal dalam fail mahkamah.

Lott, 54, adalah pembantu pengetua di sebuah sekolah menengah awam yang lain dan menjadi sukarelawan di sekolah tinggi Katolik itu.

Pihak berkuasa tidak memberi maklumat lanjut mengenai jawatan sukarelawan yang dipegang di sana.

Kakitangan sekolah memberitahu pendakwa, mereka menerima aduan mengenai perbuatan tidak sopan Lott dan kemudian menghalang dia daripada mengikuti aktiviti keagamaan di sekolah itu.

Pendakwa raya, Geoffrey Soriano, berkata video pelajar lelaki mandi itu ditemui setelah rumah Lott digeledah oleh polis pada 13 dan 16 Disember lalu.

Polis kemudian menemui lokasi kamera itu diletakkan secara tersembunyi di sekolah itu.

Lott tidak bercakap banyak ketika berada di mahkamah.

Peguamnya, James Wronko, tidak hadir dan tidak menjawab telefon untuk mendapatkan komen.

Lott adalah pendidik yang sudah lama berkhidmat dan sangat aktif dalam politik tempatan dan wilayah.

Dia juga dilaporkan pernah bertugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Republican Somerville.

Mahkamah meletakkan ikat jamin sebanyak RM1.6 juta dengan syarat dia tidak menghubungi kanak-kanak di bawah 16 tahun, pelajar lelaki di dalam video atau pengawai atau pekerja di Immaculata.

Lott didakwa atas 22 kesalahan melanggar privasi, satu untuk setiap mangsa. Dia turut didakwa atas 24 kesalahan membahayakan kebajikan kanak-kanak, kata Jurucakap pejabat Pendakwa Raya, Jack Bennet. -AP

myMetro | Kemaruk rakam aksi remaja mandi:

'via Blog this'

Pemerhati Liga Arab terancam



BEIRUT 29 Dis. - Pasukan pemerhati Liga Arab di Syria berdepan dengan kumpulan penunjuk perasaan yang marah, tembakan senjata api dan letupan pada hari kedua misi mereka di Homs, semalam.
Homs, merupakan bandar yang menjadi nadi pemberontakan selama sembilan bulan menentang Presiden Bashar al-Assad.
Satu video yang dimuat naik oleh aktivis menunjukkan penunjuk perasaan mengelilingi kereta pasukan pemerhati sambil melaung-laungkan 'sesiapa yang membunuh rakyat sendiri adalah pengkhianat'.
Dalam satu lagi video lain, anggota pemerhati yang berpakaian kalis peluru berwarna oren berlari mencari perlindungan di sebalik sebuah bangunan apabila kedengaran bunyi tembakan dan letupan.
Kedua-dua video terbabit tidak dapat disahkan ketulenannya kerana kebanyakan wartawan asing dilarang membuat liputan di Syria.
Pasukan pemerhati Liga Arab dikerah ke Syria bagi memastikan Assad menunaikan janjinya untuk mematuhi pelan damai dan menamatkan kekacauan yang boleh menjerumuskan negara ini kepada perang saudara.
Ketua misi, Jeneral Mohamed Ahmad Mustafa al-Dabi berkata, beliau tidak melihat sesuatu yang memeranjatkan pada hari pertama pemerhatian.
Namun, Perancis menyelar kenyataan Mustafa itu sebagai tidak matang dan mendesak Syria memberi kebenaran penuh kepada pasukan pemerhati terbabit untuk menjalankan tugas.
Mustafa turut meminta kumpulan aktivis Syria supaya memberi lebih masa kepada pasukannya.
Katanya, misi tersebut memerlukan masa kira-kira seminggu untuk memastikan Assad mengundurkan tentera dan kereta kebal, membebaskan tahanan dan memulakan perbincangan dengan pembangkang.
Damsyik, semalam turut membebaskan 755 tahanan, manakala beribu-ribu lagi dilaporkan masih ditahan. - REUTERS

Hotel ais jadi tumpuan di Romania




SEBUAH bilik tidur yang terdapat di dalam Hotel Balea Lac di Romania kelmarin.


BUCHAREST, Romania - Sebuah hotel yang diperbuat daripada ais di kawasan pergunungan Fagaras menjadi tumpuan orang ramai dan para pengunjung.
Hotel Balea Lac itu cuba menawarkan 10 bilik yang mempunyai katil besar dengan suhu di antara -2 dan + 2 darjah Celsius pada harga AS$45.73 (RM145.19) setiap orang.
Para pelancong juga boleh makan di restoran dalam hotel itu.
Hotel itu dibina pada setiap tahun supaya ruang dalaman tidak kelihatan sama setiap kali musim sejuk.
Pekerja-pekerja tempatan memotong lapisan ais di kawasan pergunungan itu untuk digunakan bagi membina dinding hotel ais tersebut. - Agensi