‘Umbrella dad’ lambang kasih sejati seorang bapa Gambar menunjukkan Liu Qiao membiarkan dia basah terkena hujan ketika memayung anaknya. |
SEKEPING foto yang menunjukkan seorang bapa yang basah kuyup, memayungi anaknya ditengah hujan lebat yang pulang dari sekolah, berjaya menyentuh hati jutaan netizen selepas gambar tersebut dikongsi di laman sosial.
Memetik laporan The Independent, gambar tersebut di ambil di sebuah jalan di Queens, New York.
Foto yang menjadi lambang pengorbanan seorang bapa mengundang rasa terharu di kalangan netizen malah ia dikongsi oleh beberapa lama web terkenal seperti Imgur, Reddit dan 9Gag.
Lelaki yang digelar ‘umbrella dad’ oleh netizen ialah seorang warga China yang kini menetap di Amerika Syarikat.
Liu Qiao, seorang pengurus di JPMorgan Chase berkata, dia tidak menyangka, fotonya itu akan menjadi perhatian dan mendapat pujian daripada orang ramai.
"Pada hari itu, saya mengambil anak lelaki yang berusia 4 tahun dari tadika selepas pulang dari tempat kerja.
"Hujan semakin lebat selepas dia berjalan keluar dari sekolah dan memandangkan rumahnya tidak jauh dari sekolah, saya tidak berhenti dimana-mana tempat untuk berteduh.
"Saya masih muda dan tidak mahu dia kesejukkan," katanya.
Tambah Liu, dia dan isterinya sentiasa berusaha untuk memberi yang terbaik untuk anak lelakinya itu.
"Walaupun, gambar itu menjadi viral, namun ia tidak mengubah apa-apa dan saya akan terus memberi yang terbaik kepada anak saya" katanya lagi.