![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/1228/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.1.jpg)
MENYEDARI dunia Internet adalah suatu alam terbuka untuk mereka yang mahu merebut peluang menjadi kaya, seorang lelaki warganegara Switzerland tidak mahu ketinggalan mengambil kesempatan itu.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/1228/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.2.jpg)
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/1228/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.3.jpg)
PIHAK media melihat proses pemusnahan kenderaan Honda yang rosak akibat banjir di Thailand.
SEORANG petugas Honda berjalan dekat deretan kenderaan yang rosak selepas dilanda banjir di Thailand.
PENYOKONG Benazir memperingati ulang tahun ke-4 pembunuhan bekas pemimpin itu Hyderabad, Pakistan. |
RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi membebaskan tujuh penganut Syiah yang ditahan dalam tunjuk perasaan menyokong bantahan pro-demokrasi yang majoritinya penganut Syiah dari Bahrain dan mengecam campur tangan tentera Arab Saudi di wilayah timur yang kaya dengan minyak, awal tahun ini, kata aktivis, semalam.
Mereka telah menghadiri ‘sesi kaunseling’ yang diadakan oleh ulama Syiah sebelum dibebaskan dari penjara, kata sumber itu lagi.
Ia merupakan bantahan terbesar di wilayah timur pada Mac lalu, di mana sejumlah 385 orang ditahan.
Menurut aktivis itu, 60 masih lagi dalam tahanan.
Antara yang ditahan ialah ulama Syiah, Sheikh Tawfiq al-Amer, aktivis hak asasi manusia Fadel al-Muasif dan penulis Nazir al-Majid.
Arab Saudi mempunyai kira-kira dua juta penganut Syiah di negara itu dan majoritinya tinggal di wilayah timur dan mengadu dipinggirkan dalam kerajaan yang dikuasai oleh penganut ahli Sunnah.
Empat penganut Syiah ditembak mati, bulan lalu. - AFP
HAH ALAM: Seorang pekerja kilang kenderaan diperintah membela diri atas tiga tuduhan merogol anak sulungnya yang berusia 11 tahun, selepas mangsa pulang dari sekolah, di Bukit Beruntung, dekat sini, tahun lalu.
Hakim Slamat Yahya membuat keputusan itu terhadap bapa kepada tiga anak itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Mahkamah juga memerintahkan tertuduh membela diri mulai semalam. Lelaki itu didakwa melakukan sumbang mahram terhadap mangsa yang juga murid darjah lima itu di rumahnya, jam 2 petang pada 14, 15 dan 17 April 2010.
Bagi setiap pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Sepanjang kes pada peringkat pendakwaan, seramai 10 saksi tampil memberi keterangan. Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Syakimah Ibrahim.
Manakala, tertuduh tidak diwakili peguam bela.
Berdasarkan keterangan saksi pendakwaan, tertuduh bertindak merogol anak kandungnya pada kali pertama selepas menonton video lucah.
Ketika kejadian, lelaki itu berada di rumah kerana bekerja petang.
Manakala isterinya bekerja pada siang hari. Tembelang tertuduh pecah apabila anaknya itu terpaksa memberitahu rakan baik di sekolah kerana takut akan mengandung akibat perbuatan bapanya.
KUALA KUBU BHARU: Gila seks. Itulah perkataan sesuai untuk menggambarkan tindakan seorang lelaki yang menceroboh masuk rumah jirannya dan meminta untuk melakukan hubungan seks dengan wanita terbabit.
Bagaimanapun, tindakan lelaki berusia 28 tahun itu membawa padah apabila dia ditahan polis selepas wanita berusia 37 tahun terbabit membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan, kelmarin.
Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu mangsa bersendirian dalam rumahnya di Kerling, di sini, manakala suaminya seorang pekerja ladang keluar bekerja.
“Mangsa yang baru saja pulang dari bekerja masuk ke dalam bilik untuk berehat dengan pintu belakang rumahnya dalam keadaan terbuka.
“Ketika di dalam biliknya, dia menyedari kehadiran jirannya yang sedang berbual melalui telefon bimbit di bahagian belakang rumah,” katanya.
Sumber berkata, suspek terbabit kemudiannya menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa dan menghampiri mangsa yang sedang tidur.
“Suspek kemudiannya mengajak mangsa melakukan hubungan seks dengannya. Mangsa yang terkejut dengan ajakan berkenaan bertindak memarahinya supaya keluar dari rumah berkenaan.
“Namun, suspek dikatakan tidak mengendahkan amaran mangsa sebaliknya terus mengajak melakukan perbuatan terkutuk itu. Mangsa yang ketakutan terpaksa berlari keluar,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa pergi ke rumah salah seorang jiran meminta pertolongan jiran berkenaan dan menghubungi suaminya memaklumkan kejadian itu.
Katanya, suspek kemudian bertindak melarikan diri sebelum mangsa pergi ke Balai Polis Kerling membuat laporan berhubung insiden berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norell Azmi Yahya Afendy berkata, suspek berjaya ditahan polis di rumahnya yang terletak berhampiran.
Menurutnya, suspek kini ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan jenayah.

BEIRUT: Selepas beberapa hari diserang hebat, tentera Syria mula mengundurkan kereta kebal mereka dari bandar Homs yang bergolak, semalam.
Pada masa yang sama, pemerhati Liga Arab juga dikatakan dalam perjalanan ke tengah bandar itu, menurut aktivis dan pegawai Arab.
Seorang aktivis pembangkang, Mohammed Saleh, berkata serangan bom ke atas Homs berhenti pagi semalam dan kereta kebal mula keluar dari bandar itu.
Seorang lagi aktivis Hom yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, dia melihat kereta kebal bergerak meninggalkan bandar itu melalui lebuh raya menuju bandar Palmyra di timur.
Beberapa hari kebelakangan ini, pasukan tentera mengebom bandar Homs dengan hebat walaupun Damsyik sudah memberi persetujuan kepada Liga Arab untuk menghentikan pertumpahan darah.
Misi Pemerhati Liga Arab ini untuk memastikan pihak kerajaan mematuhi perjanjian menghentikan tindakan ganas selama sembilan bulan ke atas kumpulan penentang.
Penentang Presiden Bashar Assad bagaimanapun, tidak yakin Liga Arab akan dapat membuatkan pemimpin autokratik itu berganjak.
Ketua pembangkang Syria, Burhan Ghalioun telah meminta Liga Arab untuk memohon bantuan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
PBB berkata, kira-kira 5,000 orang terbunuh dalam keganasan politik sejak Mac lalu.
Di Kaherah, pegawai di bilik operasi Liga Arab yang tidak mahu dikenali berkata, ketua misi to Syria, Jeneral Mohamed Ahmed Mustafa al-Dabi dari Sudan, bersama 12 pemerhati, dalam perjalanan ke Homs, semalam.
Homs adalah bandar ketiga terbesar di Syria dan mempunyai penduduk seramai 800,000.
Ia merupakan pusat pemberontakan menentang Bashar, terletak kira-kira 160 kilometer di utara Damsyik.
Penduduk Syria menganggap Homs sebagai “Pusat Pemberontakan.”
Kelmarin, pasukan keselamatan Syria membunuh kira-kira 42 orang, majoriti di Homs.
“Semalam keadaan tenang, tidak seperti hari-hari sebelum ini.
“Serangan dilakukan selama behari-hari tetapi semalamlah yang paling teruk,” kata Saleh. - AP