Pages

Saturday, February 28, 2015

Yu paus mati ‘sesat’ dalam terusan


Para pegawai jabatan haiwan dan pertubuhan hidupan liar merekodkan
Para pegawai jabatan haiwan dan pertubuhan hidupan liar merekodkan ukuran ikan yu paus yang ditemukan mati selepas terperangkap di dalam sebatang terusan di Jawa Timur, Indonesia, baru-baru ini.
JAKARTA – Penduduk di bandar Probolinggo, Jawa timur gempar dengan penemuan bangkai seekor ikan yu paus di sebatang terusan di pinggir laut Paiton, di sini baru-baru ini.
Portal berita detik.com melaporkan ikan daripada spesies Rhincodon typus atau turut dikenali paus hiu itu dipercayai terperangkap di terusan PLTU Paiton pada 31 Januari lalu.
Bagaimanapun, ikan sepanjang 6.8 meter dan memiliki berat kira-kira enam tan itu ditemukan mati sebelum sempat dipindahkan ke habitat asalnya.
Setelah terperangkap selama 10 hari di terusan PLTU Paiton, yu paus itu akhirnya mati.
Punca kematian yu paus itu masih belum diketahui kerana siasatan ke atas ikan itu masih berjalan.
Sementara itu, seorang aktivis dari Jakarta Animal Aids Network (JAAN), Amang Raga yang terlibat dalam pasukan penyelamat haiwan itu berkata, pihaknya masih melakukan pengambilan sampel organ tubuh daripada yu paus untuk mengetahui sebab kematiannya.
“Kita masih perlu melakukan pemerhatian dengan membuat autopsi bagi mengetahui punca yu paus itu mati,” kata Amang.
Katanya, daripada pemerhatian pasukan penyelamat, terdapat beberapa kesan luka pada tubuh yu paus yang mati itu, Namun pihaknya belum dapat memastikan luka pada tubuh paus tersebut.
“Adakah luka ini terjadi sebelum terperangkap di dalam saliran atau setelah berada di dalam saliran berkenaan. Hal ini kita belum dapat pastikan sehinggalah autopsi dapat dilakukan,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/yu-paus-mati-8216-sesat-8217-dalam-terusan-1.64482#sthash.yeOrxpQq.dpuf

Kanak-kanak demam kuat setiap kali gunting rambut


Muhammad Syahputra akan demam setiap kali rambutnya digunting.
Muhammad Syahputra akan demam setiap kali rambutnya digunting.
DESA PARIT BARU, Kalimantan Barat – Seorang kanak-kanak di sini menggidap penyakit aneh, iaitu akan mengalami demam kuat selama seminggu setiap kali rambutnya digunting.
Kompas.com memetik kenyataan bapa kanak-kanak tersebut Iswandi sebagai berkata, penyakit yang dialami oleh anaknya iaitu Muhammad Syahputra, 5, mula dikesan ketika dia berusia setahun.
“Ketika mengandungkan dia, isteri saya tidak mengalami apa-apa penyakit pelik. Namun, apabila menjangkau usia setahun anak saya didapati mudah demam setiap kali rambutnya dipotong.
“Sejak dari itu saya tidak lagi berani mengunting rambutnya, bimbang penyakit lain akan menyerang anak saya,” jelas Iswandi, baru-baru ini.
Iswandi yang mempunyai minat suka mengumpul barang-barang lama seperti kendi zaman purba, keris dan wang lama menolak andaian bahawa hobinya itu menjadi penyebab mengapa Muhammad Syahputra mengalami penyakit pelik itu.
“Anak saya kini membesar secara normal, namun apa yang membezakan dia dengan kanak-kanak lain adalah rambutnya yang kini panjang sehingga mencecah punggung,” ujarnya lagi.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kanak-kanak-demam-kuat-setiap-kali-gunting-rambut-1.64485#sthash.8uOMufK3.dpuf

‘Gadis Afghan’ didakwa kes rasuah


ISLAMABAD 27 Feb. – Kira-kira 30 tahun lalu, gadis sunti Afghanistan bernama Sharbat Gula yang bermata hijau menjadi tumpuan dunia apabila gambarnya yang menghiasi muka depan majalah National Geographic, dinobatkan sebagai satu daripada gambar terbaik di dunia.
Sharbat mula terkenal pada usia 12 tahun selepas menjadi gambar muka depan majalah National Geographic. – AGENSI
Kini, Sharbat sekali lagi mencuri tumpuan media, namun atas sebab yang jauh berbeza iaitu didakwa terlibat dengan kes rasuah di Pakistan.
Wanita itu yang kini berumur 42 tahun, disiasat kerana mempunyai kad pengenalan Pakistan sedangkan dia sebenarnya masih memegang kewarganegaraan Afghanistan, lapor Mail Online.
Gambar terbaharu Sharbat yang tertera pada kad pengenalan itu turut didedahkan.
Menurut jurucakap Pihak Berkuasa Pendaftaran dan Pangkalan Data Pakistan (NADRA), Faik Ali Chachar, wanita itu memohon untuk mendapatkan kad pengenakan Pakistan di bandar Peshawar pada April tahun lalu dengan menggunakan nama Sharbat Bibi.
Ibu kepada dua anak itu merupakan satu daripada ribuan pelarian Afghanistan yang berjaya didaftarkan dalam sistem komputer kad pengenalan Pakistan dan Sharbat menerima kad pengenalannya pada tahun sama.
“Kes ini merupakan satu daripada ribuan kes yang berjaya dikesan tahun lalu dan diserahkan kepada Agensi Penyiasatan Persekutuan (FIA) untuk disiasat. Kami sedang menunggu hasil siasatan tersebut.
“NADRA mengesan kes melibatkan Sharbat pada Ogos tahun lalu,’’ kata Faik.
Faik berkata, kebanyakan pelarian Afghanistan cuba mendapatkan kad pengenalan Pakistan pada setiap hari dengan menggunakan dokumen palsu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/8216-gadis-afghan-8217-didakwa-kes-rasuah-1.64519#sthash.b5NueNGB.dpuf