Pages

Friday, November 14, 2014

Budak Lima Tahun Pakar IT Termuda Dunia


Diterbitkan: Jumaat, 14 November 2014 11:30 AM
Ayan mencipta sejarah apabila bergelar pakar IT pada usia lima tahun.

AYAN Qureshi hanya berusia lima tahun, tetapi dia kini bergelar pakar teknologi maklumat (IT) bertauliah paling muda di dunia.
Budak lelaki pintar ini sebelum ini perlu mendapat kebenaran khas untuk menduduki ujian yang dikendalikan syarikat perisian komputer terkemuka, Microsoft.
Bagaimanapun, pencapaian Ayan sama sekali tidak mengecewakan apabila lulus cemerlang ujian Profesional Bertauliah Microsoft.
Biasanya ujian itu diduduki calon di kalangan graduan kerana ia kemahiran yang sering mendapat perhatian pihak majikan.
Ayan yang bakal menyambut hari lahirnya yang ke enam sebulan lagi hampir terlepas peluang menduduki ujian itu kerana pemeriksa menganggap dia terlalu muda.
Bagaimanapun, pihak Universiti Birmingham terpaksa menghubungi ibu pejabat Microsoft di Amerika Syarikat untuk memastikan Ayan mendapat kebenaran bagi menduduki ujian itu.
Kanak-kanak berbakat dari Coventry, England membuktikan keupayaannya apabila dapat menjawab semua soalan yang dikemukakan lebih awal daripada tempoh dua jam yang ditetapkan.

Bina replika pesawat tempur Jerman



FORD bersama sebuah pesawat tempur milik tentera Jerman ketika era Perang Dunia Pertama yang dikenali sebagai The Red Baron. - Agensi


CAMBRIGDE, Britain – Seorang lelaki membelanjakan £50,000 (RM263,168) dan mengambil masa selama 15 tahun untuk membina sebuah replika pesawat tempur tentera Jerman yang terkenal semasa era Perang Dunia Pertama.
Lelaki tersebut, Paul Ford, 52, membina replika pesawat tempur Jerman yang dikenali sebagai The Red Baron itu dan lebih menarik lagi pesawat berkenaan mampu terbang seperti pesawat sebenar.
Ford berkata, dia membina pesawat berkenaan di sebuah gudang milik keluarganya di kampung Cottenham di daerah Cambridgeshire dekat sini.
“Membina pesawat ini sangat sukar kerana semua kapal terbang yang asal telah musnah dan saya hanya berpandukan kepada gambar serta lukisan pesawat berkenaan.
“Saya terpaksa meminta bantuan anak dan beberapa rakan rapat untuk membantu dalam projek ini,” katanya.
Menurutnya, dia kini membawa pesawat berkenaan di setiap pertunjukan udara di Britain dan sering mendapat pujian daripada orang ramai. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1114&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3J0xuhk23 
Hakcipta terpelihara 

Cari jarum dalam timbunan rumput kering

Paris: Seorang artis Itali akan membuat persembahan yang memenatkan selama dua hari - mencari sebatang jarum dalam timbunan rumput kering di sebuah muzium di Paris.
Sven Sachsalber akan menghabiskan masa selama 48 jam mencari jarum berkenaan yang disembunyikan oleh ketua muzium Jean de Loisy, di Palais de Tokyo, galeri seni kontemporari di ibu negara Perancis itu.
Pencarian itu akan dilakukan dari tengah hari hingga tengah malam dengan waktu rehat selama 12 jam sebelum ia disambung semula.
Sachsalber yang menetap di New York dan berasal dari Südtirol, kawasan sempadan antara Itali, Switzerland dan Austria terkenal dengan karya seninya yang biasanya berdasarkan ‘kepenatan fizikal.’
Dia sebelum ini pernah memakan cendawan beracun atas nama seni, menghabiskan 24 jam bersama seekor lembu dalam sebuah bilik dan memotong sebatang pokok besar dengan tangannya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 November 2014 @ 5:06 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8937#sthash.BXRqBLnJ.dpuf