Pages

Wednesday, June 11, 2014

RM2.4j untuk sekali ceramah

Washington: Bekas wanita pertama Amerika Syarikat Hillary Clinton mengaku keluarganya berdepan dengan masalah kewangan selepas Bill Clinton tidak lagi menjadi presiden.

Bagaimanapun, keadaan kewangan mereka pulih selepas kerap dijemput berceramah dengan bayaran yang lumayan.

Hillary memberitahu demikian dalam wawancara dengan Diane Sawyer menerusi stesen televisyen ABC untuk mempromosi buku barunya ‘Hard Choices.’

Beliau yang juga bekas Setiausaha Luar Amerika Syarikat berkata, keluarganya bukan saja kehabisan simpanan tetapi juga berdepan dengan hutang selepas meninggalkan Rumah Putih pada 2001.

“Kami bukan setakat bankrap tetapi juga berhutang. Kami tidak memiliki wang ketika memasuki Rumah Putih. Kami berjuang, mengumpul wang untuk membeli rumah dan membiayai pelajaran anak,” katanya.

Untuk mengatasi masalah kewangan mereka, Bill dan Hillary memenuhi jemputan ceramah. Bayarannya cukup menakjubkan.

Untuk sekali ceramah, Hillary dibayar sehingga AS$200,000 (RM641,000).

Nilai suara Bill pula lebih tinggi, mencecah sehingga AS$750,000 (RM2.4 juta) untuk satu sesi.

“Kami bekerja keras kerana pertama, terpaksa membayar hutang dan kedua, membeli rumah serta mengurus keluarga,” kata Hillary.

Menurut CNN, sejak meninggalkan Rumah Putih, wang hasil ceramah yang diperoleh Bill Clinton mencecah AS$106 juta (RM340 juta). Pada 2012 saja, bayaran untuk 72 ceramahnya berjumlah AS$17 juta (RM55 juta).

Harta kekayaan keluarga itu kini dianggar antara AS$100 juta (RM321 juta) hingga AS$200 juta (RM642 juta). - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/11

Makan benang kelambu Kaabah

Pengarah kilang membuat kelambu itu, Muhammad Bajoudah berkata, perbuatan sia-sia itu dilakukan jemaah dari negara tertentu hingga mencacatkan kelambu berkenaan.
“Mereka mencabut benang menggunakan cincin dan gunting dengan harapan ia mendatangkan nasib yang baik dan berkat. Perbuatan mereka mencacatkan kiswah,” katanya.

Menurut Bajoudah, sebahagian besar jemaah yang melakukan perbuatan mencabut benang kelambu berkenaan dan menelannya kerana mempercayai amalan karut.
Foto
KELAMBU Kaabah

“Mereka cetek ilmu. Mereka tidak menunaikan ibadah itu dengan betul sebaliknya melakukan amalan khurafat.

“Jemaah berkenaan melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Mereka mencabut benang kiswah menyebabkan kelambu itu rosak.

“Saya berdoa kepada Allah SWT supaya menyedarkan kebodohan mereka,” katanya.
Bajoudah bagaimanapun berkata, ada jabatan di kilangnya yang ditugaskan untuk membaiki bahagian kelambu yang sudah digunting atau dirosakkan.

“Kami mempunyai pakar dan pekerja untuk menangani masalah itu. Kejadian seumpama itu berlaku setiap hari hingga memaksa kami menempatkan pegawai dan pekerja di Masjidil Haram untuk sentiasa memeriksa kelambu itu,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/11

Jual anak RM700

Gauri Shah, 32, yang tinggal di kawasan setinggan berhampiran landasan kereta api di sebuah kampung di Jalpaiguri, Benggala Barat bersama-sama-sama tiga anak berusia tiga dan lapan tahun, ditinggalkan suaminya lapan bulan lalu ketika dia hamil anak keempat.
Dia menjual bayi lelaki itu kepada pasangan yang tidak mempunyai zuriat.
Gauri melahirkan bayi itu pada 25 Mei, dan menjual bayi yang masih tidak bernama itu tujuh hari kemudian kerana tidak mampu membesarkannya.
Bagaimanapun, berita mengenainya tersebar dan kerajaan segera bertindak menyelamatkan bayi itu.
Wanita itu enggan menerima semula anaknya menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menyerahkannya kepada rumah kebajikan buat sementara waktu.
Punca pendapatan keluarganya hanya datang daripada ibunya yang berusia 70 tahun, hasil meminta sedekah di jalanan.
Gauri sedikit pun tidak kesal dengan tindakannya sebaliknya berpendapat keputusan yang diambilnya tepat bagi menyelamatkan bayi itu dan tiga anak perempuannya yang lain.
“Suami saya meninggalkan saya dan tiga anak lapan bulan lalu.

Kami bergantung dengan hasil wang sedekah yang diperoleh ibu saya.
Foto
Foto

Saya terpaksa meminjam Rs100 (RM5) dari jiran untuk bersalin.

“Bagaimana saya harus membesarkan anak sedangkan saya tidak mempunyai wang?” katanya.
Menurut Gauri, sepasang suami isteri yang tidak mempunyai zuriat datang dan menawar mengambil anaknya dengan membayar 1,300 rupi (RM700).

“Saya menerima tawaran itu kerana tiada pilihan lain,” katanya.
Dia hanya bersedia mengambil semula bayinya sekiranya kerajaan memberinya bantuan.
Pihak berkuasa tempatan memberinya tempoh 60 hari untuk berfikir sama ada menerima bayi berkenaan semula atau mereka akan menyerahkannya kepada keluarga angkat.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/09

Mengaku tawan Everest naik helikopter

Wang Jing, 41, mengaku dakwaan dia menggunakan helikopter dari Kem Induk pada ketinggian 5,364 meter untuk sampai ke Kem 2 pada ketinggian 6,400 meter selepas laluan asal dilitupi runtuhan salji yang mengorbankan 16 sherpa pada 18 April. 
“Sherpa (penunjuk arah) menghadapi tekanan perasaan berikutan kejadian itu dan keberatan untuk melalui jalan berkenaan,” kata Wang. 

Menurutnya, dia faham keputusan yang diambil akan ‘memudahkan’ usaha pendakian, namun lebih rela melakukannya demi menjaga keselamatan.
Foto
WANG bergambar di hadapan helikopter.

Pengerusi Persatuan Pendakian Nepal, Ang Tshering Sherpa berkata tindakan seperti itu adalah satu penghinaan kepada etika dan norma pendakian.

“Pendakian harus dilakukan sendiri individu itu bermula dari Kem Induk,” katanya. 

Persatuan Pendakian China juga dilaporkan berkata, tidak masuk akal jika pihak berkuasa pelancongan Nepal mengeluarkan sijil pendakian Everest kepada Wang. - Agensi 
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/11

Puasa 15 jam pada suhu 50 darjah Celsius di Mekah

PENDUDUK Arab Saudi yang menetap di beberapa kawasan bakal menjalani ibadah puasa tahun ini pada suhu paling panas melebih 50 darjah Celsius. - AGENSI
MADINAH 10 Jun - Penduduk Arab Saudi yang menetap di beberapa kawasan bakal menjalani ibadah puasa tahun ini selama 15 jam pada suhu paling panas melebihi 50 darjah Celsius.
Laman web Arab News melaporkan, kawasan yang dijangka dilanda cuaca panas terik ialah Mekah, Madinah, Yanbu, Riyadh dan Dammam.
Umat Islam yang menetap di kawasan berkenaan bakal berpuasa selama 15 jam, sebelum menurun kepada 14 jam 40 minit pada penghujung Ramadan.
Jurucakap Jabatan Meteorologi dan Alam Sekitar, Hussain Al-Qahtani berkata, suhu panas berkenaan terjadi disebabkan tekanan udara rendah di Semenanjung Arab dan cuaca panas yang melanda negara-negara Asia Barat.
Katanya, suhu antara 45 dan 50 darjah Celcius dijangka melanda Mekah, Madinah (42 hingga 47 darjah Celsius) dan Riyadh serta Wilayah Tengah (44 hingga 47 darjah Celsius).
"Suhu lebih 50 darjah Celsius akan berlaku di bahagian timur Arab Saudi, 39 hingga 45 Celsius di Wilayah Sempadan Utara dan 42 hingga 46 darjah Celsius di Wilayah Selatan Arab Saudi," jelas Hussain.
Ujar Hussain, sebelum ini suhu paling panas yang pernah direkodkan di Mekah adalah 49.8 darjah Celsius pada 1 Julai 1989, Madinah 49 darjah Celsius pada 20 Julai 2005, Riyadh 28 darjah Celsius pada 25 Julai 1987 dan Damman 50 darjah Celsius pada 28 Julai 2007.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140611/lu_08/Puasa-15-jam-pada-suhu-50-darjah-Celsius-di-Mekah#ixzz34Id6VVTk
© Utusan Melayu (M) Bhd