Pages

Sunday, June 9, 2013

Kereta api Maglev 500 km sejam

Kereta api Maglev 500 km sejamKereta api Maglev meluncur seperti peluru.

KERETA api peluru terapung Jepun yang boleh bergerak pada kelajuan maksimum sehingga 500 kilometer (km) sejam menjalani ujian perjalanan tanpa sebarang masalah.

Kereta api Maglev (Magnet Levitation) keluaran Syarikat Central Japan Railway Co (JR Tokai), menggunakan teknologi terkini dikenali sebagai pengapungan magnet untuk bergerak pantas.

Jurucakap pasukan operasi berkata, kereta api itu menggunakan magnet untuk mengangkat gerabak di atas landasan, tanpa menggunakan roda dan tidak bergeser serta menyediakan perkhidmatan yang lebih cepat dan senyap.

“Maglev bakal digunakan di seluruh Jepun bermula 2045 memandangkan landasan dari Tokyo ke Osaka sedang diperbaiki. Kereta api aerodinamik ini merupakan paling pantas yang pernah dikeluarkan,” katanya dipetik dari MailOnline.

Jepun sebelum ini cukup terkenal dalam bidang kereta api berkelajuan tinggi, setelah membangunkan kereta api peluru yang pertama pada 1964.

Selain Jepun, China juga mempunyai perkhidmatan kereta api Maglev komersial.

Kereta api Maglev Shanghai dibuka kepada orang ramai pada 2004 dan mempunyai kelajuan sehingga 431km sejam.

Wajah manusia dalam 100,000 tahun?

Wajah manusia dalam 100,000 tahun?
Wajah manusia seperti digambarkan oleh saintis.

DAHI besar, muka leper dan mata bundar begitulah ramalan saintis tentang raut wajah manusia 100,000 tahun akan datang.

Penyelidik Nickolay Lamm dan Pakar Genomik dari Universiti Washington, Amerika Syarikat Dr Alan Kwan berpendapat, otak manusia pada hari ini bersaiz tiga kali ganda besar, lebih berat dan tengkorak juga lebih mengembang berbanding zaman primitif.

Menurutnya, melalui kemajuan genetik, evolusi masa depan boleh dikawal mengikut kesesuaian biologi bagi memenuhi kehendak mereka.

“Perubahan ini berlaku kerana manusia kini boleh memilih raut wajah di peringkat awal kehamilan mengikut cita rasa sejajar keperluan persekitaran,” katanya dipetik dari MailOnline.

Dr Kwan percaya, pembesaran saiz mata disebabkan peningkatan penggunaan sistem solar berbanding matahari.

“Mata juga akan melalui perubahan di mana ianya lebih bersinar kerana penerimaan cahaya rendah manakala kulit akan menjadi lebih berpigmen untuk membantu mengurangkan kerosakan sinaran matahari,” katanya.

KEJUJURAN SEORANG SAUDAGAR PERMATA



Pada suatu hari, seorang saudagar perhiasan di zaman Tabiin bernama Yunus bin Ubaid, menyuruh saudaranya menjaga kedainya kerana ia akan keluar solat.

Ketika itu datanglah seorang badwi yang hendak membeli perhiasan di kedai itu. Maka terjadilah jual beli di antara badwi itu dan penjaga kedai yang diamanahkan tuannya tadi. Satu barang perhiasan permata yang hendak dibeli harganya empat ratus dirham. Saudara kepada Yunus menunjukkan suatu barang yang sebetulnya harga dua ratus dirham. Barang tersebut dibeli oleh badwi tadi tanpa diminta mengurangkan harganya tadi.

Ditengah jalan, dia terserempak dengan Yunus bin Ubaid. Yunus bin Ubaid lalu bertanya kepada si badwi yang membawa barang perhiasan yang dibeli dari kedainya tadi. Sememangnya dia mengenali barang tersebut adalah dari kedainya. Saudagar Yunus bertanya kepada badwi itu, "Berapakah harga barang ini kamu beli?"

Badwi itu menjawab, "Empat ratus dirham." "Tetapi harga sebenarnya cuma dua ratus dirham sahaja. Mari ke kedai saya supaya saya dapat kembalikan wang selebihnya kepada saudara." Kata saudagar Yunus lagi. "Biarlah, ia tidak perlu. Aku telah merasa senang dan beruntung dengan harga yang empat ratus dirham itu, sebab di kampungku harga barang ini paling murah lima ratus dirham." Tetapi saudagar Yunus itu tidak mahu melepaskan badwi itu pergi. Didesaknya juga agar badwi tersebut balik ke kedainya dan bila tiba dikembalikan wang baki kepada badwi itu. Setelah badwi itu beredar, berkatalah saudagar Yunus kepada saudaranya, "Apakah kamu tidak merasa malu dan takut kepada Allah s.w.t. atas perbuatanmu menjual barang tadi dengan dua kali ganda?" Marah saudagar Yunus lagi.

"Tetapi dia sendiri yang mahu membelinya dengan harga empat ratus dirham." Saudaranya cuba mempertahankan bahawa dia dipihak yang benar. Kata saudagar Yunus lagi, "Ya, tetapi di atas belakang kita terpikul satu amanah untuk memperlakukan saudara kita seperti memperlakukan terhadap diri kita sendiri."
Jika kisah ini dapat dijadikan tauladan bagi peniaga-peniaga kita yang beriman, amatlah tepat. Kerana ini menunjukkan peribadi seorang peniaga yang jujur dan amanah di jalan mencari rezeki yang halal. Jika semuanya berjalan dengan aman dan tenteram kerana tidak ada penipuan dalam perniagaan.

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya Allah itu penetap harga, yang menahan, yang melepas dan memberi rezeki dan sesungguhnya aku harap bertemu Allah di dalam keadaan tidak seorang pun dari kamu menuntut aku lantaran menzalimi di jiwa atau diharga." (Diriwayat lima imam kecuali imam Nasa'i)
sumber

Fosil Makhluk 4x Lebih Besar Dari Dinosur Ditemui



Fosil makhluk hidup ultra raksasa yang belum dikenalpasti jenisnya telah ditemui di kawasan Jebal Barez, sebuah wilayah bukit tandus dipinggir Iran. Pakar sejarahawan mengatakan fosil makhluk hidup ini sangat besar dan 4kali lebih besar dari dinasour yang terbesar didunia yang pernah ada.
Sejarahwan juga berpendapat bahawa mahluk ini sudah ada sebelum zaman dinasour (sebelum zaman kapur dari 65-135 juta tahun lalu).
Penemuan ini telah diceritakan oleh seorang penggembala, yang mendakwa dirinya telah menemui suatu rentetan batuan mirip fosil jasad makhluk hidup raksasa di tempat dimana ia biasa menggemba binatang ternakannya.
Sebuah Fosil makhluk hidup berukuran raksasa (mungkin ultra) yang ditemui di kawasan Jebal Barez ini sangatlah mengagumkan. Menurut para sejarahwan, mungkin inilah haiwan purba terbesar yang pernah wujud didunia pada masa lalu, ukuran kepalanya saja boleh mencapai panjang 26 meter dengan ketinggian 8 meter.
Salah seorang ahli arkeologi yang terlibat dalam penggalian tidak menyangka bahawa makhluk ini memang berukuran sangat-sangat besar, bahkan lebih besar daripada seekor ultradinasour (Jenis dinosour terbesar di dunia). Dia belum pernah menyaksikan tulang rusuk haiwan purba setinggi itu.
Dianggarkan, fosil tersebut mungkin muncul akibat adanya gempa bumi yang melanda Iran pada 26 Desember 2003 lalu.Runtuhan batuan akibat gempa bumi di Jebal Barez telah membuka fosil tersebut, yang selama berjuta-juta tahun terkubur didalam bukit-bukit tandus berbatu.
Gambar diatas merupakan bentuk rangka tulang-tulang rusuk dari fosil makhluk tersebut. Jika masih elok,dianggarkan tinggi setiap tulang rusuk itu mencapai 5-7 kaki.Namun sebahagian besar tulang-tulang rusuk tersebut telah reput,sehingga pada ujung-ujungnya tidak boleh dilihat lagi.
Dapat dibayangkan bahawa makhluk ultra ini belum pernah ditemui dan dikenalpasti sebelumnya. Pada spesis-spesis Dinosour tidak satupun yang memiliki struktur fizik seperti itu.Mungkin inilah yang disebut sebagai kemustahilan biologis.(Imposibble is nothing!)
Panjang tubuh keseluruhan dari makhluk ini mencapai 200 kaki lebih dan jika dilihat dari struktur susunan tulangnya, mungkin makhluk tersebut termasuk dalam haiwan yang berjalan merata dan sejenis haiwan amphibious.
sumber

Islam Dijangka ‘Tawan’ Britain Dalam Tempoh 20 Tahun Lagi

islam-in-britain
Ini adalah satu perkembangan yang menarik di Britain. Umum mengetahui Ratu Elizabeth adalah pelindung agama Kristian dan paderi kanan England mempunyai tempat di Parlimen Britain.
Bancian pada 2011 juga menunjukkan 33.2 juta penduduk di England dan Wales menganggap diri mereka penganut Kristian.
Di sebalik hakikat itu, realitinya adalah berbeza jika melihat kepada sambutan orang ramai kepada rumah ibadat di negara berkenaan.
Pada setiap pagi minggu, sambutan orang ramai di Gereja St George-In-The-East di Jalan Cannon Street dan Gereja St Mary’s di Jalan Cable amat hambar.
Hanya beberapa ratus meter dari situ, ada sebuah masjid di kawasan kediaman Jalan Brune, Spitalfields, yang melimpah dengan pengunjung ketika solat Jumaat dijalankan. Jika dibuat perbandingan jumlah pengunjung, ia tentu menampakkan perbezaan yang lebih dramatik.
Di Gereja St George, kurang daripada 15 pengunjung hadir untuk meraikan sambutan Holy Communion. Ketika gereja itu dibina pada awal abad ke-18, ia direka untuk memuatkan sehingga 1,230 orang. Jumlah yang sama disediakan di Gereja St Mary yang mula dibuka sejak Oktober 1849. Ketika jurugambar mengunjungi gereja itu, ia hanya dihadiri kira-kira 20 orang.
Keadaan berbeza sama sekali di masjid di Jalan Brune yang menghadapi ‘masalah’ sendiri akibat dikunjungi orang ramai. Masjid itu sendiri asalnya adalah ruang kecil yang disewa untuk dijadikan pusat komuniti dan sesuai diisi kira-kira 100 orang.
Namun setiap Jumaat, jumlah pengunjungnya meningkat tiga atau empat kali ganda, menyebabkan mereka terpaksa mendirikan solat di jalan raya.
Berdasarkan perkembangan itu, pemerhati berkata, Kristian bakal menjadi ‘agama
silam’ dan orang ramai lebih tertarik kepada Islam.
Fakta Menarik:
  • Dalam tempoh 10 tahun lalu, berlaku penurunan jumlah penduduk England dan Wales yang
    mengaku menganut Kristian, daripada 71.7 peratus kepada 59.3 peratus daripada keseluruhan populasi.
  • Bagi tempoh sama, jumlah penganut Islam di situ juga meningkat daripada tiga peratus daripada populasi keseluruhan menjadi 4.8 peratus atau 2.7 juta orang.
  • Jika pecahan dibuat mengikut kumpulan usia, separuh daripada penganut Islam
    di situ berusia kurang 25 tahun, manakala hampir suku penganut Kristian menghampiri usia 80 tahun.
  • Dianggarkan dalam tempoh 20 tahun, lebih ramai penganut Islam berbanding Kristian. Satu keadaan yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa kira-kira 50 tahun lalu.
sumber: harian metro, dailymail.co.uk, billyinfo.blogspot.com

20 Orang Yahudi Israel Masuk Islam Setiap Tahun

Sebuah kajian yang dilakukan oleh Isaac Ritter Profesor Pusat Pengajian Jerusalem menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 20 warga Yahudi Israel memeluk Islam setiap tahun.
“Semua Yahudi yang masuk Islam kebanyakan adalah wanita yang mengaku bahawa mereka masuk Islam untuk berkahwin dengan seorang lelaki Muslim,” kata Ritter.
Menurut sebuah hasil kajian yang diterbitkan oleh surat khabar “Yediot Ahronot”, agama Islam dan dakwah Islam telah mula menembusi barisan orang-orang Yahudi, di mana pendakwah Islam di wilayah pendudukan Israel berpenampilan ala Salafi, mendekati orang-orang Yahudi dan mengundang mereka agar masuk Islam dengan menggunakan bahasa Ibrani yang fasih, cara tersebut menyumbang kepada kejayaan misi dakwah mereka.
Surat khabar tersebut menunjukkan bahawa penerbitan dari dakwah Islam di kalangan orang Yahudi dipengaruhi oleh program-program Islam yang disiarkan oleh saluran satelit di Timur Tengah, Eropah, forum dan website.
Ritter sendiri menambah bahawa dakwah Islam terhadap orang Yahudi Israel dalam bahasa Ibrani adalah yang pertama seumpamanya selama lebih daripada 30 tahun.
Terjemahan dari eramuslim.com
sumber: amirulaslam.com

Kisah Seorang Polis Wanita England Jatuh Cinta Pada Islam

Jalan hidayah boleh datang dari mana sahaja. Tak pernah disangka. Sungguh misteri. Jika Allah menghendaki memberi hidayah kepada seseorang, tak ada seorang pun yang boleh menghalangnya.
Anugerah hidayah Islam diperolehi oleh seorang polis wanita England. Islam datang dalam hidupnya bermula apabila ia termasuk kes keganasan rumah tangga seorang wanita.
“Saya rasa Saya jatuh cinta dengan Islam.”
Polwan berusia 28 tahun itu mengenal Islam ketika ia membantu seorang wanita mangsa keganasan dalam rumah tangga (KDRT) di Eccles, Salford.
“Bermula ketika Saya mendapati seorang wanita mendatangi saya di tempat kerja, yang mengalami keganasan rumah tangga.”
Mulakan Jayne ingin lebih mengetahui tentang Islam, soal penyelesaian kes itu. Ibu dari dua anak itu kemudian berbincang dengan Muslim yang lain yang ia dapati di Twitter.
“Di tempat Saya bekerja di Eccles, di sana ada sebuah masjid besar dan populasi Muslim yang besar, jadi Saya fikir Saya harus mencari lebih banyak tentang ini,” katanya.
Jayne, yang sekarang sehari-harinya memakai tudung, pernah ingat bahawa ia selalu mendengar isu negatif tentang Islam, bahawa wanita dalam Islam itu teraniaya. Ternyata semua itu salah.
Jayne juga mengagumi ternyata Islam mengajarkan untuk nilai-nilai luhur seperti berbuat baik kepada jiran, menghormati orang-orang tua, dan menyayangi yang lebih muda.
Jayne mengucapkan Syahadat pada April tahun lalu dan merancang untuk menukar namanya menjadi Aminah.
Jayne mengatakan bahawa keislamannya diterima oleh keluarga dan rakan-rakan kerjanya. Ia mengatakan bahawa ia tidak akan memaksa kedua-dua anaknya untuk masuk Islam, sebagaimana memang tidak ada paksaan untuk masuk agama Islam.
sumber-amekaw.com

Subhanallah! Pendeta Yahudi Peluk Islam Melalui Internet


Joseph-Chohien

Seorang pendeta yahudi bernama Joseph Chohien telah mengemparkan masyarakat yahudi Israel bila beliau mengisytiharkan diri memeluk Islam…Kini nama barunya ialah Yusof Muhammad Khattab..
Lebih menggemparkan ialah beliau turut membawa beberapa ahli keluarganya yg lain termasuk isteri dan anak2nya berhijrah meninggalkan agama yahudi dgn memeluk Islam…
Sejarah keislaman beliau bermula dari saat beliau berkenalan dgn seorg daie dari Kuwait melalui internet….yg banyak memberikannya kesedaran dan pendedahan akan hakikat Islam..hampir 2 tahun lamanya mereka berhubung hinggalah akhirnya beliau diperkenalkan pula dgn seorg Daie lagi di al-Quds, Palestin…
Dari situlah….akhirnya Allah swt menguatkan serta membuka pintu hati beliau utk menuturkan kalimah Syahadah..hingga akhirnya isteri dan anak2nya juga turut sama mendapat hidayah Allah swt dgn memeluk Islam….
Di peringkat awal keislamannya beliau telah menempuh berbagai kesusahan dan tekanan2 termasuk dari 2 org tuanya yg masih beragama yahudi..
Antara yg turut memberikan tekanan dan gangguan hebat ialah pihakKementerian Dalam Negeri Israel sendiri dan persatuan ’Syaas’ yg pernah dianggotainya sblm ini …di mana beliau telah dituduh konon ditimpa penyakit gila, gangguan fikiran dsb…di samping itu pula banyak hak2 beliau sebagai rakyat Israel dinafikan oleh rejim Israel yg sangat menguji keimanannya yg baru tersebut…
Setelah puas menempuh pelbagai rintangan dan tekanan akhirnya beliau berjaya juga melepasi kesemua halangan tersebut dan berjaya pula mendapatkan pengiktirafan serta hak2nya sebagai warga negara yg telah dinafikan sebelumnya ..
Kini Yusof mula bergiat cergas dlm amal2 dakwah dan kebajikan di sekitar kota al-Quds bersama2 rakan arab yg lain..
Sila lihat video di bawah:
sumber: silverheritage.blogspot.com