Pages

Wednesday, December 21, 2011

Menyayatkan - Rahsia Gaddafi menceritakan segalanya. Masa semakin hampir...

Gaddafi telah kembali kepada Tuhanya. Sama ada baik atau buruk akan diadili Yang Maha Adil. Kita yang masih hidup perlu mengambil iktibar dari kejadian dahsyat di Libya ini. Apa yang Allah kehendaki akan tetap terjadi, ia akan menjadi kertas, pena dan dakwat untuk kita pelajari sebagai panduan meneruskan kehidupan.

Islam Tercemar - Gaddafi di siksa sebelum dibunuh


Libya akan menjadi bahan terbaik untuk manusia menyelongkar rahsia pelaku kejahatan di muka bumi ini. Mereka yang cuba menguasai setiap isi bumi termasuk detik jantung manusia keseluruhannya. Kejahatan yang amat menakutkan. Itu pun jika kita tahu apa yang ada disebalik tabir rahsia Yahudi dan pertubuhan-pertubuhan dusta mereka. Sebahagian besarnya tidak tahu apa-apa.

Kita jauh tertipu. Sangkaan kita selama ini, kita bebas dari penjajah dan hidup merdeka. Dalam kecerahan kemerdekaan itulah menyusupnya penjajah baru di luar pengetahuan kita.. Bagaimanakah kita hendak maklumkan kepada rakyat terbanyak tentang bencana ini? Kelihatan ia tersangat mustahil untuk mereka percaya.

Ramai yang tidak faham. Penjajahan kali ini bukan seperti sebelumnya. Ia adalah penjajahan Dajjal Laknatullah yang kita semua tahu fitnahnya cukup dahsyat. Berbagai ungkapan yang telah kita dengar menjurus ke arah fitnah ini. Diantaranya ialah syihir, pengawalan minda (mind control), tenaga ritual kegelapan, sosialisma, kapitalisma, sekularisma, pluralisma dan yang terbaru liberalisma. Itu semua adalah tergulung dalam satu perkataan yang kita telah dimaklumkan berkali-kali iaitu FITNAH. Malah banyak lagi yang tidak dapat kita ungkapkan di sini.

Nasib yang menimpa Mesir dan Libya kini sedang mula mengancam rakyat Syria. Mereka (Arab) terlebih dahulu menerima akibat dari tersilap memahami kebebasan yang ditawarkan. Mereka juga tidak tahu semua itu adalah gerak kerja Zionis. Andai mereka tahu, mustahil mereka akan lakukan kesilapan seperti yang terjadi. Iaitu menerima tawaran kebebasan palsu ini.

Kita juga bakal menyusuli mereka tetapi agak terkebelakang. Syukran Alaih kita masih aman dan hidup tenteram..Masanya tentu tidak terlalu lama jika dilihat apa yang terhidang di hadapan mata sekarang ini. Kita juga bakal melakukan kesilapan yang sama seperti bangsa Arab sekiranya rakyat terbanyak iaitu Melayu Islam tidak dimaklumkan mengenainya. Persoalan yang sama tetapi seperti biasa tetap tiada jawapan, walau berkali-kali diulang. Bagaimanakah caranya untuk fahamkan mereka?

Tentu ada diantara kita sudah memahami permainan Yahudi belakang tabir. Mempergunakan USA dan sahabatnya menekan Syria. Sebelum ini kita semua dihidangkan dengan berita palsu berulangkali sehingga ia membuatkan kita percaya rakyat Libya Mesir Yaman dan Syria bangun menentang pemerintah yang zalim. Ia digambarkan dengan indah sekali. REVOLUSI, perkataan yang seiring dengan peristiwa yang berlaku di benua Eropah pada era memuncaknya fahaman sosialis. Sistem anarki ditentang dan kebanyakannya telah dihapuskan.

Mengapakah negara Libya diserang NATO? Terdapat satu kupasan yang menarik untuk dinilai. Kita bandingkan dengan apa yang ada di Malaysia. Kita teliti pandangan Dr Sulaiman.

Berkenaan Presiden Gaddafi ini, saya nak cerita sedikit. Mengikut saluran berita alternatif iaitu www.Libya_whatreallyhappened.com, Presiden al-Gaddafi adalah ketua yang paling baik di benua Afrika.

Darjat kehidupan ‘standard of living’ di Libya adalah yang paling tinggi di Afrika.

Yang kedua, Presiden Gaddafi telah membuat perjanjian, setiap rakyat di Libya akan diberi rumah. Sehingga ia terlaksana, ibunya sendiri TIDAK akan diberi rumah. Maka ibunya baru diberi rumah selepas semua rakyat diberi rumah. Dan setiap rumah diberi elektrik percuma.

Pemuda yang baru kahwin diberi 5,000 ribu dollar. Adakah perkara seperti ini berlaku di negara lain?

Sesiapa rakyat yang membeli motokar diberi subsidi. Kalau motokar itu berharga 20,000RM, kerajaan Libya akan memberi subsidi 10,000RM.

Siapa yang meminjam wang daripada bank, bank tidak AKAN MENGGENAKAN RIBA ATASNYA. Tidak ada negara lain yang buat seperti itu melainkan di Arab Saudi.

Menurut perhitungan BANKSTERS ANTARABANGSA amalan tanpa riba akan menjejas keuntungan mereka. Sistem sosialis humanisme digalakkan tetapi urusan bank ribawi jangan sekali-sekali diusik. Bank ribawi adalah ciptaan dan tajaan datuk nenek BANKSTERS semenjak tamadun BABYLON lagi.

Kita jangan lupa, Kolonel Gaddafi adalah yang melakukan keganasan menghapuskan kerajaan beraja di Libya pada masa 40 tahun dahulu. Tapi sekarang, dia pula menjadi raja nasionalis tempatan. Dia melanggar program NWO.

Pada bulan Februari tahun 2011, pada permulaan tahun ini, Presiden Gaddafi mengisytiharkan bahawa minyak Libya hanya akan dijual dengan pertukaran emas Dinar.

Jadi, pertukaran ini dianggap sebagai satu tamparan hebat kepada THE BANKSTERS .

Maka pada bulan Februari NATO MENDARATKAN pasukannya di daerah Benghazi untuk memulakan rusuhan dengan melepaskan 214 orang tahanan al-Qaedah yang dipenjarakan di Benghazi.

Tidak ada revolusi popular di Libya. Kerana tidak ada sebab mereka tidak setuju dengan pemerintahan Gaddafi. Kalau Gadaffi dituduh menyimpan 9 bilion di London, tapi rakyatnya sudah menjadi selesa.

Beliau juga membuat projek mega bernilai 33 billion, menyalurkan air ke padang pasir. Projek ini akan menyalurkan air kepada 70 peratus penduduk Libya. Tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia, projek saluran air sebesar 33 billion ini.

Ia adalah satu kejayaan yang sangat besar. Satu projek yang popular yang membina!

Kenapa pendokong Hak Asasi Manusia ini sering berselindung di sebalik perkataan rakyat ?

Yang sebenarnya, rakyat tidak mahu projek BANKSTERS ANTARABANGSA INI. Mereka adalah lintah darat yang paling ganas. Along yang paling rakus. Pembunuh yang paling kejam.

Jika rakyat dunia tahu rancangan ad-Dajjal itu, tentulah mereka tidak akan bersetuju dengan mengadakan Pertubuhan UN, WHO, IMF, WORLD COURT seperti mana yang ada sekarang.

Pertubuhan tersebut adalah pertubuhan topeng BANKSTERS. Apabila berlaku serangan jenayah keatas Iraq dan Libya semua bertubuhan ini buat diam sahaja.

Yang ajaibnya mereka ini juga menaja HAK ASASI DI MESIR, DI SYRIA, DI YEMAN, DI THAILAND, DI BURMA DAN DI MALAYSIA.


Mereka menggunakan NAMA ‘rakyat’ sebagai perisai. Yang anehnya pertubuhan AL-IKHWAN AL- MUSLIMOON di Mesir membantu kerja-kerja jahat BANKSTERS ini.

Kalaulah rakyat Mesir, tahu siapa di belakang al-Ikhwan ini tentu sekali ketua-ketua al-Ikhwan akan kena gantung.

Di Libya, pertubuhan al-Qaeda digunakan oleh CIA untuk menjatuhkan Kerajaan Gaddafi. Apabila Presiden Libya menyerah diri, dia diseksa dahulu sebelum dibunuh!

Di manakah hak asasi manusia di bawah "Declaration of Human Rights" itu. Tentera NATO daripada Perancis, England dan Amerika digunakan oleh BANKSTERS.

Jadi, rakyatlah yang menjadi mangsa kepada slogan ‘Hak asasi Manusia’. Sebenarnya tidak ada Pakatan Rakyat. Yang ada adalah PAKATAN GANGSTERS DAN PAKATAN PENIPU RAKYAT.

Rakyat menjadi mangsa. Maksudnya menggunakan slogan rakyat itu untuk menarik sokongan rakyat ?

Ya. Akhirnya rakyat menjadi mangsa kepada penipuan global ini.

Peperangan saudara berlaku di Iraq, di Mesir, di Yeman, di Bahrin, di Thailand, di Burma atas nama hak asasi rakyat. Cerita ini memilukan hati kita. Kita perlu sebarkan maklumat yang betul ini.


Arab membunuh Arab untuk Yahudi
Perayaan membunuhan Gaddafi bakal
bertukar menjadi mimpi buruk rakyat Libya

Pendedahan Dr Sulaiman Noordin - Terima kasih AIDC


Semoga setiap Muslimin panjatkan syukur ke hadirat Allah Subhana wa Taala kerana kasih sayangNya. Allah masih menangguhkan bencana dahsyat ini. Kita masih dibenarkan hidup dalam keadaan aman damai. Pertahankanlah sisa-sisa kedamaian ini dan berusahalah semampu mungkin agar malapetaka tidak menjamah tanah air tercinta ini. Halanglah ejen musuh yang berusaha untuk menjatuhkan agama suci dari genggaman kita. Amin.


Berilah kesedaran kepada yang belum tahu.. satu kebajikan yang tak ternilai.
King of the East: bani JAWI yang hilang "misteri": Menyayatkan - Rahsia Gaddafi menceritakan segalanya. Masa semakin hampir...:

'via Blog this'

Asal solat 5 waktu

 ‎1. Subuh
 Manusia pertama yang mengerjakan solat Subuh ialah Nabi Adam AS iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar, Nabi Adam AS pun mendirikan solat dua rakaat. • Rakaat pertama: Bersyukur kerana terlepas dari kegelapan malam. • Rakaat kedua: Bersyukur kerana siang telah menjelma.
. 2. Zuhur
 Orang pertama yang mengerjakan solat Zuhur ialah Nabi Ibrahim AS iaitu tatkala Allah SWT memerintahkan kepada baginda agar menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Seruan itu diturunkan pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim AS sebanyak empat rakaat. • Rakaat pertama: Bersyukur di atas penebusan itu. • Rakaat kedua: Bersyukur kerana dukacita baginda bersama anaknya diangkat. • Rakaat ketiga: Bersyukur dan memohon keredhaan Allah. • Rakaat keempat: Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas. .
 3. Asar
 Orang pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus AS iaitu tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus AS di tepi pantai. Kebetulan ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus AS lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada kegelapan iaitu: • Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan. • Rakaat kedua: Kelam dengan air laut. • Rakaat ketiga: Kelam dengan malam. • Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun. .
4. Maghrib 
Orang yang pertama mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa AS iaitu tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya. Sewaktu kejadian itu berlaku, matahari sedang terbenam. Bersyukurlah Nabi Isa AS, lalu baginda pun mendirikan sembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu: • Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa. • Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Maryam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang. • Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga. .
5. Isyak 
Orang pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa AS. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Lalu Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacita itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu bersembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda syukur. • Rakaat pertama: Dukacita terhadap isterinya. • Rakaat kedua: Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun AS. • Rakaat ketiga: Dukacita terhadap Firaun. • Rakaat keempat: Dukacita terhadap anak Firaun. .

Sewa bilik RM50 untuk maksiat


khalwat

DUNGUN – Tindakan seorang gadis sunti yang masih menuntut di institutsi pengajian tinggi awam (IPTA) menyewa sebuah bilik hotel murah untuk memadu asmara bersama pasangannya membawa padah apabila bilik penginapan mereka diserbu pihak berkuasa, awal pagi kelmarin.

Menyedari bilik mereka didatangi tetamu tidak diundang kira-kira jam 1.50 pagi itu, teman lelakinya yang juga seorang rakan sekolej dikatakan nekad terjun melalui tingkap lalu terjatuh di atas bumbung sebuah kenderaan yang di letakkan di ruang letak kereta di bangunan terbabit sebelum berjaya melarikan diri.

Siasatan awal ke atas gadis terbabit mendapati, dia mendaftar masuk ke bilik hotel yang disewa dengan kadar RM50 itu kira-kira jam 5 petang selepas turun dari bas ekspres di tempat hentian bas berdekatan.

Ketika ditemui, gadis berasal dari Klang, Selangor itu memberitahu, dia menyewa bilik hotel murah itu untuk bertemu teman lelakinya.

Gadis berusia 19 itu turut mengakui dia mula menjalinkan hubungan cinta dengan teman lelakinya yang melarikan diri dari bilik hotel itu sejak dua tahun lalu dan sempat melakukan adegan panas bersama pasangannya sebelum bilik mereka diserbu pihak berkuasa.

Katanya, dia sama sekali tidak menyangka kali pertama menginap di hotel terbabit akhirnya memerangkap dirinya setelah dicekup pihak berkuasa jabatan agama.

“Saya terkejut apabila bilik saya tiba-tiba diketuk pada waktu awal pagi, tak sangka pula diserbu pencegah maksiat, saya ingat hotel itu selamat,

“Bagaimanapun ketika berada di bilik itu, saya sempat melakukan beberapa adegan panas, dan nyaris melakukan hubungan seks dengannya, nasib baik saya sempat menolak keinginannya untuk menodai saya,” katanya yang merupakan penuntut semester empat Diploma Perakaunan di sebuah IPTA.

Ketika ditanya mengenai nasibnya selepas pihak pengurusan IPTA mendapat tahu kes membabitkan dirinya, remaja terbabit memberitahu dia kini buntu memikirkan perkara itu, apatah lagi dia hanya menunggu dua semester lagi untuk memastikannya mendapatkan segulung diploma seperti yang dicita-citakan.

“Saya tidak berniat untuk melakukan perkara sumbang.

“Saya benar-benar menyesal, jika diberi peluang, saya bertaubat untuk tidak mengulanginya lagi, berilah saya peluang terakhir,” katanya.

Dia dibawa ke pejabat Unit Penguat kuasa Syariah untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan selepas dijamin oleh ibu bapanya.

Anak sulung daripada dua beradik itu bagaimanapun bakal dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan khalwat mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 manakala teman lelakinya yang berjaya melarikan diri itu sudah dikenal pasti identitinya dan kini sedang diburu pihak penguat kuasa syariah untuk tindakan selanjutnya. Sewa bilik RM50 untuk maksiat - Terengganu - Sinar Harian:

'via Blog this'

Tentera Korea Selatan tingkat kawalan siber


Tentera Korea Selatan tingkat kawalan siber

SEOUL - Tentera Korea Selatan telah meningkatkan kawalan, semalam kerana khuatir dengan ancaman serangan siber dari Korea Utara selepas pemimpin mereka, Kim Jong-il meninggal dunia pada Sabtu lalu.

Jurucakap Kementerian Pertahanan memaklumkan mereka telah meningkatkan amaran berjaga-jaga sistem siber, Infocon kepada tahap lebih tinggi selepas media mengumumkan berita kematian Jong-il.

Agensi berita Yonhap turut melaporkan pasukan tentera telah melakukan persediaan awal dengan menggandakan bilangan askar pemerhati untuk memantau sebarang cubaan serangan atau aktiviti penggodaman­ ke dalam sistem mereka.

Tindakan tersebut diambil bagi mengelakkan insiden berulang melibatkan serangan siber oleh perisik tentera Korea Utara pada Mei lalu yang telah menyebabkan operasi sebuah bank terbesar di negara itu lumpuh.

Sebelum ini, Seoul sering kali menuduh Pyongyang melancarkan siri serangan siber ke atas laman sesawang rasmi kerajaan dan institusi kewangan di negara itu sejak beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, Pyongyang menafikan tuduhan itu sebaliknya mendakwa negara jiran mereka sengaja mahu meningkatkan lagi ketegangan yang telah tercetus di semenanjung Korea. Tentera Korea Selatan tingkat kawalan siber - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Lagi serangan ke atas masjid


Lagi serangan ke atas masjid

BANDAR GAZA - Kumpulan pelampau Yahudi telah membuat onar dan bertindak biadab dengan menye­rang sebuah lagi masjid di kampung Sahaba di Tebing Barat, kelmarin dan turut menconteng grafiti memaparkan sentimen anti-Arab yang kononnya diperjuangkan oleh mereka.

Datuk Bandar Bani Naim, Radwan Manasra berkata, kedudukan masjid itu yang terletak berhadapan dengan kawasan penempatan haram Yahudi di Pnei Haver mungkin menyebabkan ia menjadi objek vandalisme kumpulan pelampau tersebut.

“Ia adalah insiden serangan ketiga dilancarkan oleh pelampau Yahudi yang mahu menentang rancangan kerajaan untuk merobohkan penempatan haram dan dengan sengaja mereka merosakkan harta benda milik penduduk Palestin,” menurutnya.

Dalam satu kejadian berasingan, penyerang tidak dikenali turut bertindak di luar kawalan dengan memba­kar lima buah kereta di kampung Beitin, utara Ramallah.

Jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld berkata, pihak berkuasa kini sedang memburu dalang (pelampau Yahudi) di sebalik beberapa siri serangan dan perbuatan vandalisme yang semakin berleluasa. Lagi serangan ke atas masjid - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

700,000 dapat elaun penganggur

JEDDAH: Kira-kira 700,000 lelaki dan wanita muda Arab Saudi layak untuk menerima elaun pengangguran sebanyak SR2,000 (RM 1,700) sebulan daripada Tabung Pembangunan Sumber Manusia.

“Kira-kira 80 peratus pemohon layak untuk mendapatkan elaun itu adalah wanita,” kata Ketua Pengarah Tabung, Ibrahim Al Moaiqel, semalam.

“Kami telah memberitahu semua pemohon melalui sistem pesanan ringkas untuk memeriksa keputusan pemohonan mereka melalui laman web www.hafiz.gov.sa,” katanya.

Menurut Ibrahim, pemohon yang gagal boleh menghubungi nombor telefon 920011559 untuk mengetahui mengapa permohonan mereka gagal.


Sebanyak 145,000 permohonan yang diterima tidak diisi dengan lengkap oleh pemohon.


“Kami akan mendeposit elaun itu ke dalam akaun penerima pada 31 Disember,” katanya.

Dalam program Hafiz ini, mereka akan memberikan latihan yang diperlukan untuk mereka yang menganggur ini mendapat pekerjaan dengan segera.

“Objektif asas program Hafiz ini adalah untuk menukar mereka yang mencari pekerjaan kepada pekerja yang efektif dan akan menyumbang kepada rancangan pembangunan negara ini,” katanya.

myMetro | 700,000 dapat elaun penganggur:

'via Blog this'

Rugi RM230,000 ‘selesai saman’

SERDANG: Satu sindiket menyamar pegawai mahkamah, polis dan Bank Negara dikesan menggunakan taktik menawarkan pertolongan bagi menyelesaikan kes saman sivil Mahkamah Tinggi individu tertentu walaupun kes itu tidak wujud.

Mangsa terbaru sindiket itu seorang kontraktor pemasangan penyaman udara yang bimbang dengan ugutan sindiket mengalami kerugian kira-kira RM230,000 di Taman Seri Serdang, di sini.


Mangsa yang hanya dikenali sebagai Cheng, 49, berkata dalam kejadian jam 2 petang Sabtu lalu, dia menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri wakil Mahkamah Tinggi yang mendakwa satu surat saman sudah dikeluarkan ke atasnya atas kesalahan membuat pinjaman wang haram di Johor.

Menurutnya, dia terkejut dengan dakwaan lelaki itu dan mahu bertanya lanjut sebelum panggilan itu kononnya disambungkan ke Bukit Aman dan bercakap dengan seorang lelaki yang mendakwa polis berpangkat pegawai.


“Lelaki itu mengugut akan menangkap saya dalam tempoh 48 jam kerana bersalah membuat pinjaman haram.


“Dia juga mendakwa pihak Bank Negara akan menghubungi dalam tempoh setengah jam dan selepas itu, seorang wanita yang mendakwa dari Bank Negara menghubungi memberitahu masalah saman itu boleh diselesaikan dengan syarat memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun,” katanya di sini, semalam.

Katanya, dia yang bimbang dengan saman itu memasukkan RM75,000 ke dalam akaun yang diberi wanita terbabit di sebuah bank di Taman Sri Serdang, jam 11 pagi kelmarin.


Cheng berkata, selepas dua jam memasukkan wang itu, sekali lagi wanita sama memberitahu jumlah itu tidak mencukupi dan menyuruhnya menambah RM150,000.

“Saya memasukkan wang itu ke dalam akaun lain yang diberi jam 1.30 tengah hari sebelum seorang lelaki yang menyamar pegawai polis Bukit Aman menghubungi saya.


“Lelaki itu meyakinkan saya apabila mahu datang ke rumah untuk menyelesaikan masalah berkenaan pada jam 5 petang, namun dia tidak muncul,” katanya.


Menurutnya, penat menunggu kehadiran lelaki itu, dia cuba menghubungi tiga talian terbabit, namun ia tidak dijawab.


Katanya, dia yang berasa tertipu membuat laporan di Balai Polis Batu 9, Cheras, sejurus kejadian.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan lanjut dijalankan.

myMetro | Rugi RM230,000 ‘selesai saman’:

'via Blog this'

‘Saya hidu bau hangit’


NGERI...keadaan bas pelancong dari Brunei yang hilang kawalan dan terbalik sebelum merempuh pokok, semalam. Gambar kecil, Abd Manan.
NGERI...keadaan bas pelancong dari Brunei yang hilang kawalan dan terbalik sebelum merempuh pokok, semalam. Gambar kecil, Abd Manan. 


TAMPARULI: “Saya terhidu bau hangit seperti getah terbakar ketika bas menuruni bukit beberapa detik sebelum kemalangan,” kata Mohd Nazirul Mubin, 21, penumpang bas yang terselamat dalam nahas ngeri mengorbankan enam pelancong warga Brunei, di sini, semalam.
Kejadian pada jam 3 petang di Kilometer 8.9 Jalan Ranau-Tamparuli itu mengakibatkan bas terbabit yang dinaiki 33 penumpang menggelongsor di atas jalan sebelum merempuh dan ‘melekat’ di sebatang pokok hingga sebahagian besar bumbung kenderaan terkopak.
Wartawan Harian Metro yang tiba di tempat kejadian mendapati keadaan amat menyayat hati apabila mangsa yang terbunuh dan parah bergelimpangan, selain suara mengerang kesakitan jelas kedengaran.

Mohd Nazirul berkata, sebelum kemalangan bas yang membawa 22 penumpang perempuan dan 11 lelaki itu cuba memintas tiga kenderaan termasuk dua lori.

“Bagaimanapun, bas secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbalik lalu menggelongsor dan merempuh pokok,” katanya sambil memaklumkan penumpang bas adalah anggota rombongan kumpulan Muslimah Kampung Mulaut, Brunei.
myMetro | ‘Saya hidu bau hangit’:

'via Blog this'

Program paling menjijikkan di tv

ZENO (kiri) makan daging Storm manakala Storm makan daging rakannya itu  di depan penonton di studio.
ZENO (kiri) makan daging Storm manakala Storm makan daging rakannya itu di depan penonton di studio.
STORM menjalani pembedahan memotong daging pinggulnya.
STORM menjalani pembedahan memotong daging pinggulnya.

LONDON: Sebuah rancangan televisyen dijangka mencetuskan kemarahan apabila ia memaparkan adegan kanibal yang menyaksikan dua penyampainya memakan daging manusia.

Hos terbabit, Dennis Storm memakan daging rakannya , Valerio Zeno, manakala Zeno pula memakan daging Storm.

Storm dan Zeno dilihat duduk di meja yang disinari cahaya lilin untuk memakan daging terbabit.

Akhbar The Sun memutuskan untuk tidak menyiarkan gambar pasangan itu memakan daging berkenaan.


Namun, persediaan untuk acara itu disiarkan dalam klip daripada program berkenaan yang dijadual disiarkan menerusi saluran televisyen Belanda, BNN, hari ini.


Storm yang sebahagian pinggulnya dipotong untuk rancangan itu berkata: “Agak pelik untuk melihat mata rakan kita apabila anda mengunyah daging perutnya.

“Kami ke pemotong daging, ke pakar bedah dan ke studio, kemudian kami merenung satu sama lain dan makan.

“Chef memasaknya dalam kuali dengan minyak matahari. Kami tidak mencampurkannya dengan garam atau lada hitam kerana ingin tahu rasanya.”

Menurut Storm, tujuan program itu yang berjudul Proefkonijnen dalam bahasa Belanda ialah untuk memberi jawapan secara terbuka terhadap persoalan ganjil.

Bercakap dalam wawancara dengan ABC News, dia berkata: “Bahagian melucukan pertunjukan ini ialah untuk mendapatkan jawapan mudah kepada soalan bodoh seperti: ‘Bolehkah anda bercukur dengan sos tomato’ atau ‘Adakah orang buta boleh memandu.’

“Dan kami ingin tahu bagaimana rasa daging manusia. Ia hanya daging yang besar beberapa sentimeter dan kini saya ada cerita menarik mengenai parut pada tubuh saya.” - Agensi

myMetro | Program paling menjijikkan di tv:

'via Blog this'

Kasanova kena cekup

KUALA LUMPUR: Penjenayah ‘kasanova’ yang kembali aktif menipu wanita membabitkan ratusan ribu ringgit biarpun pernah meringkuk dua tahun dalam penjara, ditahan polis di depan sebuah pusat hiburan di Batu 3, Jalan Ipoh, di sini, petang semalam.

Lelaki berusia 40 tahun yang cacat di tangan itu ditahan sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di hadapan premis hiburan berkenaan ketika dia bersendirian kira-kira jam 5 petang.


Dia sebelum ini diburu berikutan kes tipu disyaki dilakukannya di Nilai, Negeri Sembilan, dekat sini, pada Oktober lalu membabitkan dua mangsa wanita yang mendakwa kerugian kira-kira RM200,000.

Menurut sumber, semalam sepasukan polis bergegas ke premis hiburan berkenaan selepas menerima maklumat daripada orang awam dan suspek pada mulanya cuba berlagak selamba biarpun melihat kereta polis menuju ke arahnya.


“Dia juga tidak melarikan diri ketika dihampiri anggota polis. Apabila anggota polis memberitahu mahu menahannya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan berhubung kes tipu di Nilai, suspek menafikannya.


“Malah, dia berulang kali mendakwa sudah membayar wang terbabit kepada mangsa secara ansuran dan bertegas tidak menipu sesiapa,” katanya.

Sumber itu berkata, bagaimanapun anggota polis tetap menahannya selepas semakan mendapati dia amat dikehendaki membabitkan kes tipu. Suspek dibawa ke Balai Polis Sentul, di sini, untuk tindakan lanjut.


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

Jenayah membabitkan suspek mula dilaporkan media massa sejak November lalu apabila dia disyaki menipu empat wanita di Johor membabitkan kerugian lebih RM10,000.


Harian Metro pada 15 Oktober lalu melaporkan suspek yang menyamar sebagai kontraktor dan dia dikatakan mencari mangsa di Terminal Pengangkutan Awam dan Pasar Larkin, sama seperti dilakukannya sebelum ini.

myMetro | Kasanova kena cekup:

'via Blog this'

Penumpang raba pramugari SIA

SINGAPURA: Seorang lelaki warga Ukraine didakwa mencabul seorang pramugari syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) sebanyak tiga kali dalam pesawat republik itu pada bulan lalu.

Pengurus jualan Sierkov Sergii, 35, dituduh meraba punggung pramugari berusia 34 tahun itu dua kali dan sekali pada bahagian payu dara mangsa, 15 November lalu.
Kejadian dalam penerbangan dari Moscow ke republik ini berlaku ketika pesawat berada di ruang udara Thailand antara jam 4.15 pagi dan 4.18 pagi.
Sergii yang bekerja di Kota Singa diwakili peguam Desmond Tan. Kelmarin adalah kemunculan keduanya di mahkamah. Satu lagi prosiding sebelum perbicaraan dijadualkan Jumaat ini.

Jika didapati bersalah, Sergii boleh dipenjarakan sehingga dua tahun, didenda, dirotan atau mana-mana dua hukuman terbabit.

Dalam satu kes lain, seorang remaja berusia 19 tahun didapati bersalah kerana meniru pas juru terbang SIA dan menggunakannya untuk mendapatkan rawatan perubatan percuma di klinik Raffles Medical Group Lapangan Terbang Changi sebanyak lima kali.

Jumaat lalu, sebuah mahkamah daerah mengenakan hukuman berkelakuan baik selama 18 bulan. Remaja itu mengaku bersalah atas tuduhan memalsukan pas dan menipu, bulan lalu. – Agensi
Berita Harian Online | Penumpang raba pramugari SIA:

'via Blog this'

Radioaktif Jepun cemar Pasifik

TOKYO: Selepas Perdana Menteri Jepun mengisytiharkan malapetaka nuklear di Fukushima terkawal Jumaat lalu, akhbar Jepun, Asahi Shimbun, mendedahkan sekurang-kurangnya 462 trilion becquerel bahan radioaktif strontium memasuki Lautan Pasifik, menjadikannya satu daripada kes pencemaran marin paling teruk dalam sejarah.

Menurut penyelidikan bebas Greenpeace, kerajaan dan penyelia utiliti tidak melindungi orang awam daripada pencemaran radioaktif berbahaya kerana makanan laut di Pasifik masih dijual tanpa label di Jepun dan di pasaran antarabangsa termasuk Amerika Syarikat meskipun satu perjanjian rahsia dimenterai antara Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton dan Perdana Menteri Jepun Yoshihiko Noda.
“Sekurang-kurangnya 462 trilion becquerel radioaktif strontium bocor ke Lautan Pasifik sejak bencana Mac lalu di loji jana kuasa nombor 1 Fukushima, menjadikannya satu daripada kes pencemaran marin paling teruk di dunia,” kata akhbar Asahi Shimbun.
Strontium yang meresap ke dalam tulang akan menyebabkan kanser tulang dan leukimia.

Pakar kesihatan menggesa tinjauan meluas jumlah strontium yang tersebar supaya langkah dapat dibangunkan bagi menguruskan masalah itu.

“Oleh kerana strontium wujud dengan cesium, isi padunya dianggarkan kurang 10 peratus daripada cesium, tinjauan dilakukan untuk menyekat isi padu strontium dalam hidupan marin.”

Agensi perikanan menjalankan tinjauan persampelan untuk menilai bahan radioaktif yang berkumpul dalam hidupan marin.
Laporan sebelum ini menyatakan, bahan radioaktif dalam makanan laut adalah rendah, satu rumusan mengelirukan menurut Satoshi Katayama, seorang profesor dalam ekologi sumber marin di Universiti Tohoku.

Katayama berkata, “Strontium dengan mudah berkumpul dalam haiwan, walaupun kandungannya rendah.”

Bulan lalu, jurukempen Greenpeace di Laut Jepun Wakao Hanaoko, mengambil sampel makanan laut darilima rangkaian pasar raya, Aeon, Ito Yokado, Uny (Apita), Daiei dan Seiyu. Daripada 75 sampel, radioaktif cesium 134 dan 137 dikesan dalam 27 sampel.

“Walaupun berada di bawah paras dibenarkan, makanan laut tercemar masih mewakili satu risiko kesihatan, terutama kepada wanita hamil dan kanak-kanak dan meletakkan mereka yang jauh dari Fukushima kepada risiko kerana makanan laut dihantar ke pasar raya meluas.” – Agensi
Berita Harian Online | Radioaktif Jepun cemar Pasifik:

'via Blog this'

Majlis Keselamatan PBB kutuk penempatan, serangan Israel

NEW YORK: Negara kuasa besar Kesatuan Eropah (EU) mengetuai anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengutuk tindakan Israel menyerang dan memperluaskan penempatan rakyatnya di wilayah Palestin.

Britain, Perancis, Jerman dan Portugal dalam kenyataan bersama pada persidangan mengenai konflik Asia Barat itu berkata, mereka amat sedih dengan perkembangan negatif itu yang boleh menjejaskan proses damai.
Empat anggota Majlis Keselamatan PBB itu menuntut agar kerajaan Israel menghentikan serta-merta serangan ke atas masjid dan rakyat Palestin yang dilakukan penduduk ektremis Israel dari penempatan berkenaan.
Afrika Selatan, India dan Brazil turut mengutuk perkara itu manakala wakil Russia mempersoalkan sama ada cara penyelesaian dengan mewujudkan dua negara Israel-Palestin bagi menamatkan konflik itu masih lagi releven. - AFP
Berita Harian Online | Majlis Keselamatan PBB kutuk penempatan, serangan Israel:

'via Blog this'

Saintis temui dua planet baru bersaiz bumi

NEW YORK: Saintis menemui dua planet bersaiz bumi yang yang berada di orbit bintang di luar sistem solar, sekali gus petanda positif dalam misi penerokaan mencari planet baru yang boleh didiami manusia selain bumi.

Penemuan itu menunjukkan planet seperti itu wujud dan ia boleh dikesan, kata saintis, Francois Fressin dari Pusat Kajian Astrofizik Harvard-Smithsonian.
Beliau berkata, kedua-dua planet itu tergolong sebagai planet terkecil dalam orbit bintang yang mengelilingi matahari yang dikesan setakat ini.
Saintis sejak sekian lama berusaha mencari planet berpotensi bersaiz bumi yang boleh dihuni manusia dan mahluk bernyawa lain.

Penemuan Fressin itu dilaporkan dalam jurnal online - Journal Nature semalam.

Satu daripada planet itu hanya tiga peratus lebih besar daripada ukur lilit bumi manakala satu lagi antara 10 peratus lebih besar dari bumi.

Kedua-dua planet itu dilaporkan mempunyai permukaan batu-batan yang mirip bumi.
"Namun suhunya terlalu panas untuk membolehkan hidupan bernyawa tinggal kerana suhunya dianggarkan antara 815 hingga 426 darjah selsius," kata Fressin.

Beliau berkata, jika adapun tumbuhan atau hidupan bernyawa di planet itu, ia kemungkinan sebagai bakteria atau hidupan yang tidak diketahui.

Sejak NASA menjalankan misi mencari planet baru menerusi teleskop gergasi Kepler, agensi angkasa itu sudah menemui puluhan planet bersaiz bumi.

Namun penemuan Fressin itu adalah yang pertama mempunyai pengesahan, kata Alan Boss dari Institut Sains Carnegie di Washington.

Beliau juga salah seorang anggota pasukan saintis Kepler.

Kedua-dua planet itu dinamakan sebagai Kepler-20e dan Kepler-20f. - AP
Berita Harian Online | Saintis temui dua planet baru bersaiz bumi:

'via Blog this'

Kena kanser usia 26 tahun

GAMBAR fail pada 2000 menunjukkan Ekvall bersaing merebut gelaran Miss Venezuela di Caracas.
GAMBAR fail pada 2000 menunjukkan Ekvall
bersaing merebut gelaran
Miss Venezuela di Caracas.
 

Bekas ratu cantik Venezuela meninggal 2 tahun kemudian

CARACAS: Bekas ratu cantik Venezuela, Eva Ekvall, meninggal dunia akibat kanser payudara pada usia 28 tahun.
Ibu seorang anak itu menghembuskan nafas terakhir Sabtu lalu di sebuah hospital di Houstan, Texas, selepas dua tahun bergelut dengan penyakit itu, kata keluarganya.
Terkenal ketika remaja dengan kecantikannya, Ekvall kemudian menjadi seorang pembaca berita, penulis dan penyokong badan kebajikan kanser hebat di negara asalnya.

Bapa Ekvall berasal dari Amerika dan ibunya dari Jamaica. Beliau bekerja di sebuah kedai pakaian di Caracas apabila ditawarkan kerja oleh ejen agensi model.

“Bagi saya, tawaran itu tidak masuk akal,” katanya kepada akhbar The Guardian, Februari lalu. “Saya fikir ia tawaran yang tidak munasabah kerana berat badan saya yang berlebihan. Saya tidak boleh menjadi seorang model.

“Namun, pada satu hari saya dipecat daripada kerja dan saya terus naiki teksi ke agensi model terbabit. Sebaik saja mereka melihat saya, mereka kata sudah memiliki calon Miss Venezuela berikutnya.”
Pada usia 17 tahun, Ekvall dimahkotakan Miss Venezuela pada 2000. Tahun berikutnya, beliau mendapat tempat keempat dalam pertandingan Miss Universe di Puerto Rico.

Graduan kewartawanan itu seterusnya menjadi seorang model, aktres dan pembaca berita untuk Venevision.

Beliau dikenal pasti menghidap kanser payudara tahap akhir pada Februari 2010 dan menjalani rawatan selama lapan bulan termasuk kemoterapi, radiasi dan pembedahan membuang payudaranya.

Beliau menyedari ada ketulan pada payudara beberapa bulan sebelum itu namun berpendapat tubuhnya mengalami perubahan akibat hamil.

“Saya amat marah kerana saya sepatutnya tahu perkara itu. Ibu saudara saya diserang kanser payudara dua kali dan nenek saya meninggal akibat kanser sama. Saya pula tidak berbuat apa-apa.”

Dengan potret dirakam jurugambar Roberto Mata, beliau menulis buku Fuera de Foco atau Our of Focus, untuk menceritakan usahanya menghadapi kanser. – Agensi Berita Harian Online | Kena kanser usia 26 tahun:

'via Blog this'

Benigno Aquino isytihar bencana


PENDUDUK kampung Cagayan De Oro yang dilanda banjir cuba menyelamatkan kenderaan ketika angka korban bah meningkat.
PENDUDUK kampung Cagayan De Oro yang dilanda
banjir cuba menyelamatkan kenderaan
 ketika angka korban bah meningkat.
 

Banjir akibat taufan ragut 957 nyawa

ILIGAN: Presiden Filipina, Benigno Aquino, mengisytiharkan bencana melanda negara semalam selepas banjir kilat dan tanah runtuh disebabkan taufan mengorbankan hampir 1,000 penduduk selain menyebabkan puluhan ribu kehilangan tempat tinggal.
Agensi bencana negara itu berkata, 957 penduduk terkorban dan 49 hilang, dengan kebanyakan kematian membabitkan bandar Cagayan de Oro, Mindanao.
Benigno mengadakan mesyuarat dengan pihak berkuasa di dua bandar yang terjejas teruk akibat banjir itu kerana membawa lumpur dan kayu balak menuruni pergunungan ketika penduduk yang tinggal dekat sungai dan tepi pantai, masih tidur pagi Sabtu lalu.

“Paling utama memindahkan penduduk ke kawasan yang tidak memberi bahaya,” kata Benigno.

Dalam mesyuarat dengan pihak berkuasa di Cagayan de Oro, beliau juga berazam untuk menghalang tragedi sama berulang.

Agensi bencana itu memberitahu, lebih 338,000 penduduk di 13 wilayah terjejas akibat bencana itu, dengan hampir 43,000 masih berada di pusat pemindahan.
Lebih 10,000 rumah rosak akibat Taufan Washi dan banjir kilat, hampir satu pertiga musnah sepenuhnya.

Kebanyakan sekolah, jalan dan jambatan turut rosak teruk. Jurucakap Benigno, Ricky Carandang, berkata pengisytiharan bencana negara akan membenarkan kerajaan untuk capaian dana lebih besar bagi bantuan dan pemulihan.

Cagayan de Oro dan Iligan masih berusaha menghalang penyebaran penyakit di pusat pemindahan penuh sesak dan mula menggali kubur untuk menanam mayat yang mula reput.

Seorang pegawai bantuan dan organisasi perkembangan Kristian berpusat di Britain, World Vision berkata penduduk berebut mendapatkan tempat di pusat pemindahan itu.

“Ia begitu sesak, hampir tiada ruang lagi untuk mangsa lain,” kata pegawai kumpulan John Salva kepada televisyen ANC.

“Penyakit mula muncul. Ia benar-benar satu pergelutan untuk menguruskan pusat pemindahan itu, bekalan air pula tidak mencukupi, begitu juga makanan,” katanya.

Rumah mayat tidak berupaya menampung jumlah mayat dan pihak berkuasa mula menggali kubur untuk menanam mangsa.

Biro Perlombongan dan Geosains kerajaan (MGB) memberi amaran kepada pihak berkuasa di kawasan itu tahun lalu mengenai keperluan memindahkan keluarga yang tinggal di tebing sungai yang melimpah selepas jumlah hujan selama sebulan turun hujung minggu lalu.

“Tragedi di Cagayan de Oro akan berulang. Justeru, ada keperluan membuat persediaan wajar bagi mengelak lebih ramai mati,” kata Leo Jasareno, pemangku pengarah MGB dalam temuramah televisyen. – Reuters Berita Harian Online | Benigno Aquino isytihar bencana:

'via Blog this'

AS isytihar Taliban bukan lagi musuh


MILITAN Taliban berlatih di satu kawasan di wilayah Waziristan Selatan dekat sempadan Afghanistan.
MILITAN Taliban berlatih di satu kawasan
di wilayah Waziristan Selatan dekat sempadan Afghanistan.
 

Pentadbiran Obama beri isyarat sedia berdamai dengan bekas pemerintah Afghanistan

WASHINGTON: Amerika Syarikat menyifatkan pergerakan Taliban bukan musuh negara itu, pengumuman yang dilihat sebagai langkah terbaru pentadbiran Presiden Barack Obama berlembut dengan kumpulan itu, pemerintah Afghanistan sebelum tragedi 11 September 2001 (9/11).
“Taliban bukannya musuh kita. Itu amat perlu difahami. Tiada satu pun kenyataan yang pernah dibuat Presiden mengatakan mereka adalah musuh kita kerana dasar itu mengancam kepentingan Amerika.
“Malah, jika Taliban boleh menumbangkan kerajaan sekarang yang bekerjasama dengan kita menghalang pihak jahat melakukan sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan Amerika, ia memang satu masalah.

“Jadi, ada perkara di sini iaitu terus menekan al-Qaeda dan memusnahkan mereka. Kedua, letakkan kerajaan dalam kedudukan cukup teguh supaya dapat berunding dan tidak boleh ditumbangkan oleh al-Qaeda,” kata Naib Presiden Amerika, Joe Biden, dalam satu temubual dengan majalah Newsweek.

Beliau berkata, pada sama sama cuba Washington akan memastikan Taliban bergerak mengikut sebab tertentu sambil menerima untuk tidak terbabit dengan al-Qaeda atau pertubuhan lain yang mereka lindungi untuk merosakkan kepentingan Amerika dan sekutunya.”

Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Jay Carney, yang menyokong kenyataan Biden, berkata Naib Presiden Amerika itu tidak kesal dengan apa yang disuarakannya.
“Kita tidak menceroboh Afghanistan. Kita tidak hantar tentera ke Afghanistan kerana pemimpin Taliban berkuasa. Mereka pernah berkuasa. Kita bertindak menyerang Afghanistan kerana pergerakan al-Qaeda melancarkan serangan ke atas Amerika dari negara itu.

“Itulah yang dimaksudkan Biden dan ia berkaitan dengan proses perpaduan yang saya sedang bincangkan iaitu Taliban ketika kita memerangi mereka, penghapusan Taliban bukan isu di sini,” katanya.

Carney berkata, objektif yang digariskan Biden apabila membincangkan strategi Afghanistan jelas menunjukkan prinsip nombor satu ialah mengenakan tekanan untuk mengalahkan al-Qaeda selain membantu menstabilkan negara itu.

Dalam temubual berkenaan, Biden juga mengakui bahawa pemimpin Amerika dan Afghanistan terbabit dalam proses ke arah berdamai.

“Sama ada ia berjaya atau tidak, itu satu persoalan lain,” katanya. – Agensi Berita Harian Online | AS isytihar Taliban bukan lagi musuh:

'via Blog this'

Tareq nafi cuba bunuh Maliki

AKHBAR Iraq menyiarkan berita mengenai Tareq di muka depan.
AKHBAR Iraq menyiarkan berita mengenai Tareq di muka depan.
13 pengawal peribadi akui komplot

BAGHDAD: Krisis politik Iraq bertambah serius selepas Presiden Nuri al-Maliki menuduh Naib Presidennya, Tareq al-Hashemi merancang pembunuhannya disusuli penafian pemimpin kanan itu dan menyebabkan blok parti sekular Iraqiya memutuskan untuk memboikot mesyuarat Kabinet.
Dua hari selepas tentera Amerika Syarikat berundur daripada pengurusan dalaman Iraq, keadaan politik negara Teluk itu menjadi tidak menentu menjelang sambutan ulang tahun pertama pembentukan kerajaan perpaduan puak Sunnah, Syiah dan Kurdis.
Perbalahan antara Maliki dan Tareq menyusuli kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Saleh al-Mutlaq, seorang Sunnah, menyifatkan Presiden sebagai ‘diktator baru’ Iraq.

Maliki kemudian menggesa Saleh dipecat dan kemudian mengeluarkan waran tangkap terhadap Tareq kelmarin.

Ahli perundangan bersetuju membincangkan usul pemecatan Saleh pada 3 Januari depan, manakala ada pemimpin kanan lain menggesa mereka berunding bagi menamatkan sengketa.

“Saya bersumpah bahawa saya tidak pernah melakukan dosa terhadap warga Iraq,” kata Tareq pada sidang media di wilayah Kurdis, Arbil.
“Saya cadang kes terhadap saya dibicarakan di Kurdistan. Saya sedia dibicarakan jika ia dipersetujui,” katanya ketika Rumah Putih turut gusar dengan perkembangan terbaru itu.

Duta Amerika ke Iraq, James Jeffrey mengadakan pertemuan dengan pemimpin Iraq mengenainya, tetapi pejabat Maliki menolak untuk menarik balik dakwaan terhadap Tareq.

Sekurang-kurangnya 13 pengawal peribadi Tareq ditahan sejak beberapa minggu lalu. Pejabat Tareq berkata, tiga daripada mereka terus ditahan selain mengecam langkah anggota keselamatan mengadakan sekatan masuk ke rumahnya.

Televisyen rasmi menunjukkan rakaman pengakuan beberapa pengawal peribadi Tareq bahawa pemimpin merancang serangan ganas dan dibantu Naib Presiden.

Tareq turut menyarankan perwakilan Liga Arab turut sama dalam siasatan ke atasnya termasuk soal siasat selain menyifatkan pengakuan pengawal peribadi itu sebagai palsu dan ‘dipolitikkan.’

Speaker Parlimen dan Presiden Kurdis, Massud Barzani menggesa semua pihak yang bertelagah memilih untuk ke meja rundingan. – AFP
Berita Harian Online | Tareq nafi cuba bunuh Maliki:

'via Blog this'

Korea Utara siar upacara penghormatan akhir



Mayat Kim Jong-il diletakkan di Istana Memorial Kumsusan di Pyongyang dalam gambar yang dipetik dari video stesen KRT, semalam. - REUTERS


SEOUL 20 Dis. - Televisyen Korea Utara hari ini menayangkan upacara penghormatan terakhir Presiden Kim Jong-Il oleh anak lelaki yang juga bakal penggantinya serta pegawai-pegawai atasan lain.

Kim Jong-Un dan mereka yang hadir kelihatan sugul, sesetengahnya berpakaian uniform tentera, mengelilingi mayat yang diletakkan dalam keranda kaca.

Presiden yang meninggal dunia pada usia 69 tahun itu dipakaikan suit identitinya berwarna khaki, dengan hampir sebahagian badan ditutup dengan kain merah di Istana Kenangan Kumsusan.

Mayat bapa Jong-Il, Presiden Kim Il-Sung, juga dipamerkan di bahagian lain dalam istana itu.

Media tempatan melaporkan senario tidak menentu di negara tersebut sejak kematian Jong-Il yang diumumkan semalam. Mendiang meninggal dunia dua hari lalu akibat serangan jantung ketika menaiki kereta api dalam rangka tugasnya.

Korea Utara menetapkan upacara pengkebumian pada 28 Disember ini dan memanggil seluruh rakyat berhimpun bagi memberi sokongan kepada anak lelakinya yang dianggap sebagai “pewaris terbaik”. – AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Patung singa Alhambra dibaik pulih


Patung singa nombor lapan yang telah dibaik pulih diletak kembali ke tempat asalnya di Dataran Singa di Istana Alhambra di Granada, Sepanyol. - AFP 


GRANADA 20 Dis. - Satu daripada 12 patung singa marmar di istana bersejarah Alhambra di Granada, Sepanyol dikembalikan ke tempat asalnya semalam selepas dibaik pulih oleh pakar.
Patung seberat 300 kilogram itu diletakkan di kawasan air pancut di Dataran Singa di tengah Istana yang merupakan tarikan pelancongan utama di Sepanyol itu.
"Ia adalah satu peristiwa bersejarah," kata Paulino Plata, pegawai kebudayaan bagi wilayah Andalusia ketika patung singa itu dikembalikan ke tempat asalnya selepas ia dipindahkan selama empat tahun untuk kerja pembaikan.
Alhambra yang kaya dengan seni bina Islam merupakan istana dinasti Nasrid yang didirikan sejak kurun ke-13 dan Dataran Singa pula dibina oleh Sultan Mohamed V pada kurun ke-14.
Sebanyak 11 lagi baki patung singa itu dijadual dibawa satu persatu dalam tempoh beberapa hari ini.
Proses pembaikan patung singa itu adalah sebahagian daripada projek untuk mempercantikkan Dataran Singa yang dikatakan Plata memakan kos sebanyak 2.16 juta euro (RM8.9 juta).
Untuk tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, Istana Alhambra telah menerima dua juta pengunjung dan dataran tersebut dijangka dibuka tahun depan. - AFP
Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Diet makan ketat mudakan fikiran

WASHINGTON 20 Dis. - Diet pemakanan yang ketat mampu memudakan fikiran, menurut sekumpulan saintis dari Itali.
Kajian yang disiarkan semalam dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences di Amerika Syarikat itu berdasarkan penyelidikan terhadap tikus yang diberi diet kira-kira 70 peratus daripada makanan yang sepatutnya diambil mereka.
Saintis tersebut mendapati diet kurang kalori menjana molekul protein, CREB1 yang mengaktifkan gen berkaitan dengan panjang umur dan fungsi otak yang baik.
"Harapan kita bagi mencari jalan untuk mengaktifkan CREB1, melalui penghasilan ubat baru bagi meremajakan otak tanpa perlu melakukan diet ketat," kata Ketua Penyelidik, Giovambattista Pani, dari Institut Patologi Umum, Fakulti Perubatan, Catholic University of Sacred Heart di Rome.
Melalui kajian itu, mereka mendapati tikus yang sedang berdiet menunjukkan kemampuan kognitif dan ingatan yang kuat, lebih sopan dan cenderung mengelak atau melambatkan penyakit Alzheimier atau nyanyuk. Namun masih belum pasti puncanya.
"CREB1 dikenali mampu mengawal fungsi otak utama seperti menghafal, belajar dan mengawal kebimbangan. Ia juga mengurangkan atau berkompromi secara psikologi dengan penuaan," menurutnya.
Tikus yang secara genetik kurang CREB1 tidak menunjukkan kebolehan seperti tikus dengan diet kurang kalori, sama seperti tikus yang diberi makan secara berlebihan.
"Penemuan pertama kali ini penting sebagai perantara mengenai kesan diet terhadap otak. Ia mempunyai implikasi bagi pembangunan terapi di masa depan bagi mengekalkan kecerdasan fikiran dan mengelakkan kemerosotan serta proses penuaan," kata Pani.
Ketua Neurologi Hospital Hillside Zucker di Glen Oaks, New York, Dr. Mark Gordon berkata, penemuan tersebut membuka pendapat baru mengapa sesetengah individu yang mengalami obesiti pada usia pertengahan berdepan dengan masalah kognitif di akhir usia.
"Obesiti pertengahan usia dikaitkan dengan nyanyuk. Bagaimanapun asas fisiologi terhadap kaitan ini masih samar," kata Gordon. - AFP
Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Jepun beli pesawat tempur canggih F-35 buatan AS


JET pejuang canggih F-35 buatan AS yang dibeli oleh Jepun. - AFP 


TOKYO 20 Dis. - Jepun hari ini memilih jet kalis radar F-35 buatan Amerika Syarikat (AS) sebagai pesawat pejuang generasi baru yang akan menjadi tunjang pertahanan udaranya, selepas kematian pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il menjadi peringatan mengenai risiko meletusnya ketidakstabilan di rantau itu.
Jepun memilih pesawat tersebut bagi menggantikan jet F-4 lama yang digunakan oleh tentera udaranya selama ini, dalam urus niaga yang dianggarkan bernilai lebih AS$4 bilion (RM12 bilion).
Kerajaan akan membeli 42 unit pesawat F-35A selepas tahun fiskal 2012 bagi menggantikan dan memodenkan jet-jet pejuang yang digunakan sekarang oleh Pasukan Pertahanan Udara, menurut Kabinet Jepun dalam satu kenyataan. - AFP
Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Pertempuran berterusan di Dataran Tahrir

KAHERAH 20 Dis. - Polis dan tentera Mesir hari ini melepaskan tembakan dan menggunakan belantan serta gas pemedih mata dalam usaha terbaru membersihkan Dataran Tahrir daripada penentang kerajaan tentera.
Bunyi tembakan berat kedengaran di seluruh dataran di tengah Kaherah itu ketika tentera menyerbu beratus-ratus penunjuk perasaan yang cuba mempertahankan kawasan mereka, menurut aktivis dan saksi.
"Beratus-ratus tentera memasuki dataran itu dan mula melepaskan tembakan. Mereka memburu penunjuk perasaan dan membakar barangan milik kumpulan tersebut, termasuk bekalan ubat-ubatan dan selimut," kata seorang penunjuk perasaan, Ismail.
Sebelum operasi terbaru itu, penunjuk perasaan dilaporkan cuba memusnahkan tembok sekatan yang didirikan oleh tentera untuk menyekat laluan ke Parlimen.
Menurut seorang pegawai keselamatan, penunjuk perasaan mahu memusnahkan tembok itu bagi membolehkan mereka ke bangunan Parlimen.
Pasukan perubatan berkata, 13 orang terbunuh sejak protes bermula Jumaat lalu, tetapi penunjuk perasaan menyatakan angka kematian telah meningkat selepas operasi terbaru ini.
Beratus-ratus lagi penunjuk perasaan dilaporkan cedera dan ramai yang ditahan selepas pihak tentera melancarkan operasi menamatkan tunjuk perasaan di sekitar dataran Tahrir.
Ahli politik dan anggota Parlimen yang cuba memasuki kawasan dataran tersebut terpaksa berpatah balik ekoran berlaku tembakan, menurut Ismail.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon mengutuk penggunaan 'kekerasan' ke atas penunjuk perasaan yang mendalamkan lagi perpecahan antara rakyat Mesir.
Sementara itu, Amnesty International menggesa pembekal senjata menghentikan penghantaran senjata ringan dan peluru kepada tentera Mesir ekoran tindakan keras mereka terhadap penunjuk perasaan. - REUTERS
Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Filipina isytihar bencana negara


ANGGOTA tentera laut Filipina mengangkut masuk keranda kosong untuk dihantar ke bandar Cagayan De Oro di Manila, semalam. - REUTERS 


ILIGAN 20 Dis. - Presiden Filipina, Benigno Aquino hari ini mengisytiharkan keadaan bencana negara selepas kira-kira 1,000 orang maut dan puluhan ribu lagi hilang tempat tinggal dalam banjir kilat dan tanah runtuh berpunca daripada taufan Washi yang melanda selatan negara ini lewat minggu lalu.
Agensi bencana negara berkata, 957 orang terkorban manakala 49 lagi hilang, dengan kebanyakan mangsa di bandar-bandar Cagayan de Oro dan Iligan di Pulau Mindanao.
Aquino bermesyuarat dengan para pegawai di kedua-dua bandar yang paling teruk dilanda bencana pada awal pagi Sabtu lalu, apabila air, lumpur dan batang pokok yang menuruni lereng gunung meranapkan kampung-kampung di tepi sungai dan pantai ketika penduduk sedang tidur.
"Keutamaan sekarang ialah memindahkan penduduk ke kawasan yang tidak lagi berbahaya kepada mereka," kata Aquino yang berjanji akan mengambil tindakan untuk mencegah tragedi sedemikian daripada berulang, pada mesyuarat di Cagayan de Oro.
Menurut agensi bencana, lebih 338,000 penduduk di 13 wilayah terjejas akibat malapetaka itu, dengan hampir 43,000 daripadanya masih berlindung di pusat penempatan sementara.
Lebih 10,000 rumah rosak dilanda Taufan Washi dan banjir kilat, satu pertiga daripadanya tidak dapat diperbaiki lagi, sementara banyak sekolah, jalan dan jambatan turut rosak teruk.
Jurucakap Aquino, Ricky Carandang berkata, perisytiharan keadaan bencana negara itu akan membolehkan kerajaan menggunakan dana lebih besar untuk tujuan bantuan dan pemulihan.
Pihak berkuasa di Cagayan de Oro dan Iligan sedang giat berusaha untuk mencegah penyakit daripada merebak di pusat penempatan yang penuh sesak dan sudah mula menggali kubur bagi mengebumikan mayat yang reput.
Seorang pegawai daripada pertubuhan bantuan dan pembangunan Britain, World Vision berkata, mangsa berebut-rebut untuk mendapatkan ruang di pusat penempatan sementara.
"Keadaan benar-benar sesak, boleh dikatakan tidak ada ruang antara mangsa dan penyakit mula muncul, selain terdapat masalah kekurangan air dan makanan," kata John Salva kepadaANC Television. - Reuters
Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'