Pages

Monday, April 15, 2013

TARIQ BIN ZIYAD


Panglima Penakluk Andalusia

Tariq bin Ziyad merupakan ketua tentera Islam kerajaan Umaiyah yang berjaya menakluki Semenanjung Iberia (Andalusia, Sepanyol). Pada waktu itu, kerajaan Umaiyah berada di bawah pemerintahan Khalifah Walid bin Abdul Malik.

Nama pejuang Islam ini begitu harum sehingga diabadikan pada sebuah semenanjung perbukitan berbatu karang setinggi 425 meter di pantai tenggara Sepanyol, iaitu Gibraltar atau Jabal Tariq. Istilah ini bererti Gunung Tariq, disebut juga Gibraltar. Ini merupakan nama sebuah semenanjung kecil yang terletak di pantai tenggara Sepanyol. Daerah ini disebut demikian sebagai penghargaan atas perjuangan dan keberanian Tariq bin Ziyad ketika menakluki Sepanyol pada tahun 711 M.

Mengenai asal-usul dan sejarah hidupnya, amat sedikit buku sejarah yang menceritakannya. Tariq bin Ziyad berasal daripada bangsa Barbar. Mengenai sukunya pula, para sejarawan masih berbeza pendapat; sama ada dari suku Nafza atau suku Zanata.
Tariq dimerdekakan oleh Musa bin Nusair, Gabenorr Afrika Utara dan di bawah penguasaan Musa inilah beliau memeluk agama Islam bersama orang-orang Barbar lainnya yang tunduk di bawah kekuasaan Musa setelah menakluki daerah Tanja.

Dikisahkan bahawa setelah memeluk Islam, mereka (orang-orang Barbar) mengikuti ajaran agama Islam dengan baik. Oleh hal yang demikian itu, sebelum Musa pulang ke Afrika, beliau meninggalkan beberapa orang Arab untuk mengajar orang-orang Barbar itu tentang al-Quran dan ajaran-ajaran Islam yang lain. Sesudah itu, Musa melantik Tariq (yang merupakan perajurit Musa yang paling paling handal) menjadi penguasa daerah Tanja, di utara Maghribi dengan 19,000 orang tentera daripada bangsa Barbar, lengkap dengan persenjataannya.

Pada bulan Rejab tahun 97 H (Julai 711 M), Tariq bin Ziyad mendapat perintah daripada Musa bin Nusair untuk menyerang Semenanjung Andalusia. Dengan 7000 orang perajurit yang sebhaagian besar daripada bangsa Barbar, Tariq menyeberangi Selat Andalusia dengan perahu-perahu (bahtera)pemberian Julian, Gabenor Ceuta di Afrika Utara, yang bersekutu dengan kaum Muslimin untuk menentang Raja Roderick, penguasa kerajaan Visigoth di Andalusia.

Setelah mendarat di pantai berbatu karang yang kemudian dinamakan Gibraltar, Tariq beserta pasukannya berhadapan dengan 25,000 orang perajurit Visigoth. Pada mulanya kedatangan pasukan Tariq ini menimbulkan kehairanan bagi Tudmir, penguasa setempat yang berada di bawah kekuasaan Raja Roderick kerana mereka datang dari arah yang tidak diduga, iaitu dari arah laut. Walaupun jumlah anggota pasukan kaum Muslimin jauh lebih sedikit dibandingkan pasukan musuh, namun semua itu tidak menimbulkan kegentaran di kalangan para perajurit Muslimin, lebih-lebih lagi dituangkan dengan kata-kata penuh semangat daripada panglima mereka.

Agar pasukannya tidak gentar menghadapi musuh, Tariq menggunakan taktik di mana sesampai sahaja angkatan perang (laut) setelah menyeberangi Selat Andalusia, beliau berkata kepada para perajuritnya bahawa perahu (bahtera) yang diberikan oleh Julian itu telah sengaja dibakar. Tariq pun berucap dengan penuh semangat: “Wahai manusia, ke mana kau akan lari? Laut di belakangmu dan musuh di depanmu. Maka, tidak ada jalan lain untuk selamat kecuali berjuang berhabis-habisan”.

Taktik yang digunakan oleh Tariq itu ternyata amat berkesan. Akhirnya, pertempuran itu dimenangi oleh Tariq dan Raja Roderick sendiri tewas dalam pertempuran tersebut.

Kemudian Tariq meminta tambahan pasukan kepada Musa. Lalu Musa menghantar 5,000 orang perajurit yang sebahagian besar berbangsa Barbar. Satu demi satu kota di Andalusia berjaya ditawan oleh para perajurit Tariq; kota-kota tersebut termasuklah Toledo, Elvira, Granada, Cordoba, Malaga, Arichidona.

Apabila tiba musim panas pada tahun 711 M, Tariq telah berjaya menguasai separuh daripada wilayah Andalusia. Dalam kitab Tarikh al-Andalus, disebutkan bahawa sebelum menempa kejayaan itu, Tariq telah mendapat firasat bahawa beliau pernah bermimpi melihat Rasulullah s.a.w bersama Khulafa al-Rasyidin berjalan di atas air hingga bertemu dengannya, lalu Rasulullah s.a.w memberi khabar gembira bahawa beliau akan berjaya menakluk Andalusia.

Kemudian Rasulullah s.a.w menyuruhnya agar sentiasa mendampingi kaum Muslimin dan sering pula menepati janji.
Mendengar kejayaan yang dicapai oleh Tariq, Musa bin Nusair berasa iri hati. Pada tahun 712 M, beliau menyusul Tariq bersama 18,000 perajuritnya melalui jalan lain yang ditempuh oleh Tariq. Musa berjaya menguasai Sidonia, Kormona, Merida, Sevilla. Beliau juga menewaskan kerajaan Visigith,Theodomir di Orihuela. Beliau bertemu Tariq dan pasukannya di Telodo. Mereka berjaya menakluki Zaragoza, Aragon, Leon, Aturia, dan Galicia. Dengan demikian, seluruh daratan Semenanjung Andalusia berjaya dikuasai oleh perajurit Muslim. Setelah itu, mereka kemudiannya dipanggil pulang ke Damsyik oleh Khalifah al-Walid.

Setelah berjuang bermati-matian menakluki Sepanyol, bukan penghargaan yang diterima oleh Tariq melainkan pemecatan yang dilakukan oleh Musa bin Nusair. Tariq dipecat atas alasan tidak patuh arahan Musa walhal sebenarnya Musa iri hati terhadap kejayaan Tariq. Namun, kejadian ini tidak mengganggu usaha penaklukan ke atas sepanyol. Jauh sebelum penaklukan ke atas Sepanyol, antara Musa dengan Tariq sememangnya sudah terdapat bibit-bibit persaingan. Namun, Tariq tetap menghormati ketuanya. Peristiwa pemecatan Tariq diketahui oleh Khalifah al-Walid. Ketika memanggil kedua-dua, jelas Khalifah memberi lebih Tariq.

Setelah Khalifah al-Walid meninggal dunia, nama Tariq bin Ziyad seakan-akan tenggelam, namun Gibraltar yang terus ‘timbul’ di dalam lipatan sejarah telah mengharumkan nama seorang panglima Islam yang hidupnya berjuang di jalan Allah dengan menegakkan syiar Islam menyeberangi sempadan benua, hingga Islam dapat diterima di Eropah.

Tariq bin Ziyad kembali ke rahmatullah pada tahun 270 M.

Wanita ditegur cara bonceng



Banda Aceh: Seramai 35 wanita di bandar Lhokseumawe, Aceh, diberi amaran oleh polis Syariah selepas membonceng motosikal secara mengangkang selain tidak menggunakan pakaian mengikut kehendak agama.

Duduk mengangkang
Anggota polis itu melakukan operasi di beberapa jalan bagi melihat sejauh mana penduduk khususnya wanita akur kepada undang-undang menegah mereka duduk mengangkang di belakang penunggang.
Ramai penduduk masih membonceng dengan cara biasa, mungkin mereka tidak faham peraturan, sebab itu kami beritahu mereka” - Irsyadi, Pemangku ketua polis Syriah Lhokseumawe

“Tujuan operasi pada hari ini ialah menguatkuasa dan memaklumkan kepada penduduk peraturan itu yang diumumlan oleh datuk bandar,” kata Irsyadi, pemangku ketua polis Syriah Lhokseumawe kepada Atjehpost.com.

“Kami juga memberi amaran kepada mereka yang tidak berpakaian sewajarnya mengikut kehendak agama. Kami harap mereka akan lebih sedar mengenainya menerusi operasi hari ini,” katanya.

Meskipun tidak ditahan, wanita terbabit diberi amaran tidak lagi membonceng dengan mengangkat selain mengelak memakai pakaian ketat.

“Ramai penduduk masih membonceng dengan cara biasa, mungkin mereka tidak faham peraturan, sebab itu kami beritahu mereka,” jelas Irsyadi.
Datuk Bandar Lhokseumawe, Suadi Yahya menjelaskan, undang-undang tertentu diperlukan bagi mengelakkan wanita memakai seluar di tempat umum.

“Kami mahu selamatkan wanita daripada perkara yang menyebabkan mereka dilihat melanggar Syariah,” katanya lagi. - AGENSI

Semut tahu gempa bumi sehari awal



Ubah rutin harian apabila kesan gegaran akan berlaku

Berlin: Semut tahu bila gempa bumi akan berlaku dan mengubah kegiatan sebelum gegaran berlaku.
Penyelidik berkata, semut hanya kembali melakukan rutin seperti biasa sehari selepas gempa berlaku.

Gabriele Berberich dari Universiti Duisburg-Essen di Jerman membentangkan hasil kajian itu pada mesyuarat tahunan Geosains Eropah di Vienna, Khamis lalu.
Berberich dan rakannya mendapati, semut merah hutan suka membina busut mereka di sepanjang kawasan gegaran aktif di Jerman.

Ada kira-kira 15,000 sarang semut itu di sepanjang kawasan berkenaan yang retak apabila gempa berlaku.

Kamera khas kesan aktiviti semut
Dalam kajian itu, Berberich dan rakannya menggunakan kamera khas untuk mengesan aktiviti semut mulai 2009 hingga 2012.

Mereka mendapati, peri laku semut berubah apabila kekuatan gempa melepasi magnitud 2.

Sebanyak 10 gempa berlaku dalam tempoh itu membabitkan magnitud 2 hingga 3.2 selain gegaran lebih kecil. Manusia juga boleh mengesan gegaran melepasi magnitud 2.

Kumpul makanan waktu siang

Berberich berkata, aktiviti biasa semut ialah mengumpul makanan ketika siang hari dan berehat pada waktu malam.

Tetapi, sebelum gempa berlaku, semut tidak akan masuk ke sarang pada waktu malam sebaliknya berada di luarnya.

Peri laku pelik itu berlarutan sehingga sehari selepas gempa berlaku, kata Berberich.

Semut merah hutan ada sel ‘chemoreceptors’ yang dapat mengesan perubahan tahap karbon dioksida serta sel ‘magnetoreceptor’ yang dapat mengesan medan magnet, katanya.

Berberich dan rakannya merancang untuk mengkaji peri laku semut itu di kawasan gempa bumi lebih besar. - AGENSI

Bawa dendam sampai pusara



London: Kerana dendam, seorang wanita tua sanggup mencemar pusara isteri seorang lelaki yang pernah melukakan hati temannya.

Perbuatan wanita berusia 78 tahun itu, Clare Burke bagaimanapun terbongkar apabila lelaki terbabit memasang kamera litar tertutup di sebalik pokok berhampiran kubur isterinya.

Ron Wilks, 77, melihat Clare mencampakkan bunga layu dan batu kerikil pada kubur mendiang isterinya, Jill Wilks dan cucunya, Haryley Reynold selepas memasang kamera itu.

Majistret di Cheltenham, semalam diberitahu Clare bertindak mencemar kubur itu kerana berdendam terhadap Wilks.

Foto
WILKS (kiri) dan anaknya di kubur isterinya yang diganggu Clare.

Foto
Clare

Dia mendakwa Wilks bertunang dengan seorang wanita yang pernah berpacaran dengan bekas temannya.


Pendakwa raya Sharon Jomaa berkata, video itu merakam perbuatan Clare mencampakkan beg penuh dengan bunga layu dan batu kerikil di atas kubur isteri Wilks.

Dia juga mencabut bunga segar dan menanam pokok yang sudah mati pada pasu di kubur di Coney Hill itu.

Wilks memberitahu mahkamah, dia mengenali Clare ketika bekerja dengan sebuah syarikat kewangan dan Clare pelanggan syarikat itu.

Kerana kesalahannya itu, Clare dikenakan hukuman tertunda selama 12 bulan dan dilarang melawat tanah perkuburan itu.

Wanita itu juga diarah membayar kos ganti rugi berjumlah £100 (RM480).

Ini bukan kali pertama Clare berdepan dengan kes mahkamah. Dia pernah dituduh mengganggu bekas teman lelakinya dengan menghantar poskad mengecop lelaki itu sebagai penagih Viagra dan penipu. - Daily Mail

Wanita jalani pembedahan pindah rahim hamil



LONDON 14 April - Wanita pertama di dunia yang berjaya menjalani pembedahan pemindahan rahim, Derya Sert (gambar), dilaporkan telah mengandung.
Pakar-pakar dari Hospital Universiti Akdeniz, di Antalya berkata, wanita Turki itu menunjukkan tanda-tanda dia mengandung selepas embrio yang disenyawakan menerusi prosedur persenyawaan tabung uji (IVF) dimasukkan ke rahimnya.
Derya, 22, memilih prosedur IVF bagi meneruskan hasratnya untuk mendapatkan anak, meskipun beberapa pakar kesihatan di Britain memberi amaran dia berdepan risiko kehilangan nyawa.
Namun, kejayaan wanita dari Turki itu bakal memberi harapan kepada beribu-ribu wanita mandul di Britain.
Derya sebelum ini dianggap sebagai 'satu keajaiban perubatan' ketika dia menjadi wanita pertama di dunia berjaya menjalani pembedahan pemindahan rahim daripada penderma yang telah meninggal dunia, pada Ogos 2011.
Sejak itu, beberapa wanita lain turut menjalani pembedahan sama, tetapi Derya merupakan wanita pertama yang hamil.
Doktor di Hospital Universiti Akdeniz, menunggu selama 18 bulan sebelum memasukkan embrio ke dalam rahimnya, bagi memberi peluang besar kepada kandungannya untuk selamat.
Bagaimanapun, Derya masih berdepan risiko tinggi mengalami keguguran atau komplikasi di peringkat awal kandungan.
Terdapat juga peluang berlaku kelahiran yang cacat ekoran penggunaan dadah yang boleh mengurangkan sistem imunisasi badan ketika pemindahan rahim. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130415/lu_08/Wanita-jalani-pembedahan-pindah-rahim-hamil#ixzz2QUExdK42
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kemunculan Hosni di mahkamah mengejutkan penduduk Mesir




HOSNI (mengangkat tangan) duduk di sebelah dua anaknya, Alaa (kanan) dan Gamal di dalam kandang pesalah di sebuah mahkamah di Kaherah kelmarin.- AP


KAHERAH - Selepas beberapa bulan diselubungi khabar angin bahawa bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak berada dalam keadaan nazak dan hampir mati, imej Hosni di sebuah mahkamah kelmarin telah mengejutkan kebanyakan penduduk di negara ini.
Hosni yang meletakkan jawatan pada Februari 2011 dilihat tidak seperti yang disangka oleh kebanyakan penduduk di Mesir.
Dia yang duduk di kandang pesalah kelihatan bertenaga dan memakai cermin mata hitam selain memberikan senyuman kepada para penyokongnya.
Hosni yang berusia 84 tahun itu berdepan dakwaan rasuah duduk bersama dengan dua anaknya, Alaa dan Gamal.
Bekas Presiden itu sebelum ini ditahan di sebuah hospital tentera di sini kerana mengalami masalah jantung, tulang rusuk retak, cecair di dalam paru-paru, kemurungan dan tekanan darah tinggi.
"Saya mahu melihat seorang lelaki yang sakit. Bagaimanapun, gambar-gambar yang menunjukkan dia tersenyum dan memberikan senyuman amat provokatif," kata seorang penduduk di Kaherah, Heba Radwan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0415&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2QTlF2cWh 
Hakcipta terpelihara 

Pertandingan berlari guna kasut tinggi




SEORANG peserta wanita terjatuh semasa dia berlari.


JAKARTA - Kira-kira 170 orang wanita menyertai pertandingan berlari dengan memakai kasut tinggi yang berlangsung di sini semalam.
Pertandingan itu diadakan bagi meraikan Hari Kartini.
Kartini yang nama sebenarnya ialah Raden Ajeng Kartini merupakan pejuang emansipasi wanita di negara ini.
Beliau dilahirkan pada 21 April 1879.
Pada pertandingan itu, sebahagian besar penonton terhibur dengan pelbagai gelagat para peserta yang mencuit hati ketika berlari sejauh 100 meter. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0415&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm#ixzz2QTl96ObT 
Hakcipta terpelihara 

Pengacara televisyen cipta rekod dunia




LAMICHHANE (kanan) menerima sijil daripada seorang pegawai Guinness World Records di Kathmandu semalam.


KATHMANDU - Seorang pengacara Nepal telah mencipta rekod mengendalikan program bual bicara televisyan yang paling lama di sunia, kata pihak penganjur semalam.
Pengacara itu, Rabi Lamichhane yang berusia 36 tahun mengendalikan program tersebut selama 62 jam dan 12 minit.
Dia yang bekerja di Amerika Syarikat telah kembali ke sini untuk mengendalikan program televisyen itu, Lord Buddha Was Born in Nepal.
Lamichhane mencipta rekod Guinness World Records itu malam kelmarin.
"Kempen kami adalah untuk menyebarkan mesej kepada dunia bahawa Buddha dilahirkan di Nepal," kata Pengerusi News24, Anil Joshi kepada agensi berita AFP.
Menurutnya, program itu juga bertujuan untuk mempromosikan destinasi-destinasi pelancongan di negara ini seperti Gunung Everest.
Seramai 100 orang tetamu termasuk beberapa selebriti televisyen menyertai program bual bicara itu.
Kejayaan Lamichhane itu mengatasi rekod yang sebelum ini dipegang oleh Pavlo Kuzheyev dan Tetiana Danylenko.
Kedua-dua mereka mengendalikan program bagi meraikan ulang tahun kemerdekaan yang ke-20 Ukraine pada 2011 dengan bersiaran selama 52 jam.
Menurut undang-undang Guinness World Records, Lamichhane dibenarkan hanya berehat selama lima minit untuk setiap jam ketika dia bertugas.
Pihak penganjur menyatakan, ada ketikanya, dia makan sambil mewawancara tetamu selain minum air yang boleh memberikannya tenaga untuk mengendalikan program tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0415&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2QTkEUIue 
Hakcipta terpelihara 

Cerobong asap diruntuhkan di Amerika Syarikat



SEBUAH cerobong asap diruntuhkan dekat Lebuh Raya Antara Negeri 10 di El Paso, Texas kelmarin.


EL PASO, Texas - Dua buah cerobong asap diruntuhkan dekat Lebuh Raya Antara Negeri 10 di sini kelmarin.
Pasukan pemusnah meruntuhkan cerobong itu yang sebelum ini digunakan oleh pihak pengurusan syarikat pelebur tembaga, ASARCO.
Sebanyak 136.07 kilogram dinamit digunakan untuk meruntuhkan cerobong asap tersebut.
Dua buah cerobong itu di sebagai usaha daripada kerja-kerja pembersihan di lokasi tersebut.
Dua cerobong asap itu masing-masing setinggi 182.88 meter (m) dan 252.67m. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0415&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2QTjviNoY 
Hakcipta terpelihara