NOR HANAFARIZA HARUN
KEDATANGAN Ramadan adalah paling dinantikan bagi semua umat Islam di seluruh dunia. Malah, ia merupakan Rukun Islam kelima yang memerlukan umatnya untuk menahan diri daripada lapar dan dahaga dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
Pada pertengahan musim panas yang juga serentak dengan bulan Ramadan, tempoh berpuasa akan menjadi lebih lama berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Umat Islam yang tinggal berhampiran Kutub Utara akan berpuasa lebih lama berbanding mereka yang tinggal di bahagian lain di dunia.
Terdapat beberapa ulama Islam yang meluluskan fatwa berhubung tempoh berpuasa atau mengikut waktu berpuasa seperti di Makkah.
Namun, sesetengah konservatif Islam menyatakan kesediaan mereka untuk berpuasa lama dan mengatakan mereka perlu mematuhi undang-undang Islam.
Selain itu, cabaran lain bagi umat Islam pada tahun ini adalah cuaca panas terutama bagi mereka yang tinggal di padang pasir, seperti di Arab Saudi, Afrika Selatan dan selatan Maghribi.
Manakala, umat Islam di hemisfera utara pula akan mengalami Ramadan pada musim sejuk dengan suhu tidak lebih 25 darjah Celsius.
Paling lama, tempoh berpuasa boleh bertahan sehingga 20 jam di hemisfera utara seperti di negara Sweden, Denmark, Finland dan Iceland. Di negara Eropah pula seperti di Jerman, Rusia, United Kingdom dan Poland.
Bagi tempoh paling singkat, di hemisfera selatan seperti di Argentina dan Chile, umat Islam hanya perlu berpuasa 9 jam hingga 9 jam 30 minit. Semenara di Timur Tengah, tempoh berpuasa akan bertahan selama antara 16 hingga 18 jam, tetapi dengan suhu tinggi.