Pages

Tuesday, May 18, 2010

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Setiap manusia yang baru dilahirkan berada dalam keadaan MAKSUM yang bebas dari sebarang dosa. Pabila kita telah mencapai umur aqal baligh barulah Allah swt perintahkan setiap amal kebajikan dan perbuatan kejahatan kita ditulis dalam buku amalan kita oleh malaikat Raqib dan Atiq.

Di bawah ini izinkan saya perturunkan petikan dari satu artikel yang sangat baik untuk kita baca dan ambil ikhtibar oleh kita semua. Petikan ini tidak saya tujukan kepada sesiapa samada hidup atau pun yang telah mati. Cuma untuk kita berkongsi ilmu Allah swt yang maha luas.
9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA
 
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu.. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam" 

8 Langkah Menjamin Ke Syurga




http://da3yat.com/vb/image.php?u=15366&dateline=1260530882

الأولى
إني نظرت إلى الخلق فرأيت كل واحد يحب محبوبا
فإذا ذهب إلى القبر فارقه محبوبه

فجعلت الحسنات محبوبي فإذا دخلت القبر دخلت معي.

1-Aku melihat kepada manusia, maka aku dapati mereka amat mencintai dunia, apabila akau pergi ke kubur aku dapati apa yang mereka cintai terpisah daripada mereka. Maka aku jadikan amalan kebajikan sebagai sesuatu yang paling aku cintai.
الثانية
إني نظرت إلى قول الله تعالى

Apabila  aku merenung ayat dibawah

" وأما من خاف مقام ربه ونهى النفس عن الهوى فإن الجنة هي المأوى"

Surah An-Naziat. Ayat :40. Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya,
 

فأجهدت نفسي في دفع الهوى حتى استقرت علي طاعة الله.
2 -Aku berusaha meninggalkan hawa nafsu sehingga aku tenang beramal kepada Allah SWT
الثالثة
إني نظرت إلى هذا الخلق فرأيت أن كل من معه شيء له قيمة حفظه حتى لا يضيع
3-Aku melihat semua manusia berusaha menjaga apa yang mereka miliki agar tidak hilang
فنظرت إلى قول الله تعالى: " ما عندكم ينفذ وما عند الله باق "
Maka aku melihat Firman Allah SWT "  Apa disisi kamu akan binasa dan apa yang terdapat disisi allah SWT akan kekal selama-lamanya.
فكلما وقع في يدي شيء ذو قيمة وجهته لله ليحفظه عنده.
Oleh  yang demikian aku mengambil keputusan setiap sesuatu yang bernilai yang ada pada disisiku, aku serahkan kepada Allah SWT untuk menyimpannya.
الرابعة
إني نظرت إلى الخلق فرأيت كل يتباهى بماله أو حسبه أو نسبه

4-Aku melihat manusia bermegah dengan ribuan kemegahan

ثم نظرت إلى قول الله تعالى: " إن أكرمكم عند الله أتقاكم "

Maka aku lihat Furman Allah SWT " Sesuatu yang amat Allah muliakan adalah Taqwa "

فعملت في التقوى حتى أكون عند الله كريما.

Maka aku beramal dan berusaha ke arah Taqwa supaya Allah SWT memuliakan daku.
الخامسة
إني نظرت في الخلق وهم يطعن بعضهم في بعض ويلعن بعضهم بعضا

5- Aku melihat manusia saling melaknati diantara satu sama lain

وأصل هذا كله الحسد ثم نظرت إلى قول الله عز وجل:

semuanya ini berpunca daripada hasad maka aku merenung Firman Allah SWT "  Kamilah yang akan membahagikan segala keperluan hidup mereka ".

" نحن قسمنا بينهم معيشتهم في الحياة الدنيا "

فتركت الحسد واجتنبت الناس وعلمت أن القسمة من عند الله فتركت الحسد عني.

Maka aku tinggalkan perasaan hasad dan menjauhi manusia kerana aku tahu Allah SWT akan membahagikan bahagianku untuk diriku.
السادسة
إني نظرت إلى الخلق يعادي بعضهم بعضا

6- Aku melihat manusia bermusuhan dan berbunuhan diantara satu sama lain

ويبغي بعضهم على بعض ويقاتل بعضهم بعضا

ونظرت إلى قول الله عز وجل" إن الشيطان لكم عدو فاتخذوه عدوا "

Maka aku merenung Firman Allah SWT " Sesungguhnya syaitan adalah musuh kamu, maka jadikanlah ianya sebagai musuh "

فتركت عداوة الخلق وتفرغت لعداوة الشيطان وحده.

Maka aku tinggalkan sifat permusuhan diantara manusia, aku biarkan  sifat permusuhan tersebut kepada syaitan.
السابعة
إني نظرت إلى الخلق فرأيت كل واحد منهم يكابد نفسه ويذلها في طلب الرزق

7-Aku melihat manusia  berlumba diantara satu sama lain, sehingga mereka menjadi hina kerana mengejar rezeki

حتى أنه قد يدخل فيما لا يحل له

Sehingga mereka mengambil sesuatu yang tidak halal

ونظرت إلى قول الله عز وجل

" وما من دابة في الأرض إلا على الله رزقها "

Maka aku melihat Firman Allah SWT "  Setiap sesuatu yang melata dipermukaan bumi mempunyai rezekinya "

فعلمت أني واحد من هذه الدواب فاشتغلت بما لله علي وتركت ما لي عنده.

Maka aku ketahui bahawa aku juga sebahagian dari ciptaan Allah di muka bumi, lalu aku berusaha dengan apa yang Allah SWT telah tetapkan padaku,  Aku biarkan Allah memberi padaku bahagianku.
الثامنة
إني نظرت إلى الخلق فرأيت كل مخلوق منهم متوكل على مخلوق مثله

8- Aku melihat manusia bertawakkal atau berserah kepada makhluk

هذا على ماله وهذا على ضيعته وهذا على صحته وهذا على مركزه.

sehingga berlaku berbagai penyelewengan

ونظرت إلى قول الله تعالى: " ومن يتوكل على الله فهو حسبه "

Maka aku merenung Firman Allah SWT " Sesiapa bertawakkal kepada Allah SWT adalah cukup baginya "

فتركت التوكل على الخلق واجتهدت في التوكل على الله.

Maka aku tinggalkan tawakkal sesama makhluk dan aku berusaha bersungguh-sungguh untuk bertawakkal kepada Allah SWT.

10 Perkara Penyebab Allah SWT Mencintai Anda




http://da3yat.com/vb/image.php?u=19104&dateline=1266684903
كيف تجعل الله يحبك؟؟
الأسباب الجالبة لمحبة الله:
1- قراءة القرآن بالتدبر، والتفهم لمعانيه، وما أريد به.
Membaca Al-Quran dan bertadabbur dengannya.
2- التقرب إلى الله بالنوافل بعد الفرائض.
Mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan solat fadhu dan solat-solat sunat.
3- دوامُ ذكرِ الله على كل حال باللسان، والقلب، والعمل، والحال.
Sentiasa berzikir krpada Allah SWT dengan lidah, hatui, perbuatan dan semua cara.
4- إيثارُ محابِّ الله على محابِّ النفس عند غلبات الهوى.
Mengutamakan cinta kepada Allah melebihi cinta kepada nafsu, sehingga cinta tersebut dapat mengalahkan kehendak segala hawa nafsu.
5- مطالعة القلب لأسماء الله وصفاته، ومشاهدتها، ومعرفتها.
Sentiasa mengkaji sfat-sifat Allah SWT dan memahaminya.
6- مشاهدة برِّه، وإحسانه، وآلائه، ونعمه الظاهرة، والباطنة.
Mengakui segala kebaikan dan mensyukuri segala nikmat samada zahir atau batin.
7-إنكسار القلب بكلِّيته بين يدي الله تعالى.
Menyerah segala isi hati kepada Allah SWT.
8- الخلوة بالله وقتَ النزولِ الإلهي؛ لمناجاته، وتلاوة كلامه، والوقوف بالقلب، والتأدب بآداب العبودية بين يديه، ثم ختم ذلك بالاستغفار والتوبة.
Beribadat ketika  1/3 di akhir malam, berdialog dengan Allah SWT, bermunajat, mendengar kata-kata Allah SWT ( al-Quran ) serta beradab dengan sifat ubudiah kemudian menutupkan dengan istighfar dan taubat.
9- مجالسة المحبين الصادقين، والتقاط أطايب ثمرات كلامهم كما ينتقى أطايبُ الثمر، وألا تتكلم إلا إذا ترجحت
مصلحة الكلام، وعَلِمْتَ أن فيه مزيدًا لحالك، ومنفعة لغيرك.
Duduk pada majlis mereka yang mencintai kebenaran dan mempelajari ilmu yang banyak faedah.
10-مباعدةُ كلِّ سببٍ يحول بين القلب، وبين الله عز وجل.
Menjauhkan diri dari segala punca yang merosakkan hati sebagaimana disarankan oleh Allah SWT.
[انظر: مدارج السالكين 3/18 - 19]
اللهم إنا نسألك حبك، وحبَّ من يحبك، وحبَّ العمل الذي يقربنا إلى حبِّك.
وصلِّ اللهم وسلم على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم.

Rakaman Terbaru 2 Rakyat Jerman Memeluk Agama Islam




http://vthumb.ak.fbcdn.net/vthumb-ak-sf2p/v10822/115/48/100000218150532/b100000218150532_127273127289958_1451.jpg
Lihatlah Cahaya Islam yang semakin bersinar  di negara-negara maju.
الله أكبر ولله الحمد الشيخ الحوينى فى المانيا يلقن اخ ألمانى وأخت المانية الشهادتين
اللهم اشفى شيخنا الحوينى ورده الينا سالما واحفظه لنا وبارك لنا فيه
اللهم اهدى أهل الكفر الى الاسلام واهدنا اليك يا رب العالمين وثبتنا على دينك
Sila layari rakaman ini;

Dua bilion sehari tonton YouTube



SAN FRANCISCO 17 Mei - YouTube semalam menyatakan jumlah pengunjung laman web video itu setiap hari sudah melepasi angka dua bilion ketika ia mula menyambut ulang tahun kelimanya.
"Terima kasih kepada anda, laman web kami mencatat satu lagi rekod baru dengan melebihi dua bilion pengguna sehari.
"Ia hampir dua kali lebih banyak jumlah penonton di tiga rangkaian utama televisyen Amerika Syarikat (AS) yang digabungkan," demikian menurut ulasan anggota pasukan YouTube dalam blog laman web itu.
Berita itu dilaporkan ketika pelancaran YouTube 5 Year Channel yang memberi penghargaan kepada sejarah dan pengaruh budaya yang dibawa laman web video ini.
Saluran YouTube 5 Year turut merangkumi projek My YouTube Story yang menghimpunkan kisah pengguna di seluruh dunia tentang bagaimana ia mengubah atau membentuk kehidupan.
Seorang pembuat filem dokumentari juga menggabungkan beberapa cerita dari penunjuk perasaan Iran menggunakan YouTube untuk menyebarkan berita ke seluruh dunia hinggalah seorang lelaki yang berkongsi video mengenai jurnal pergelutan untuk melawan kanser yang dihidapinya.
Saluran itu juga turut dilengkapi garis masa interaktif mengenai saat-saat penting sejarah YouTube.
"Kami tidak dapat meramalkan apa yang berlaku dalam lima tahun pertama YouTube dan sukar untuk membayangkan keadaannya lima tahun dari sekarang.
"Pada Mei lima tahun lalu, selepas berbulan-bulan persediaan, ujian sehingga larut malam, pengasas YouTube melancarkan versi beta YouTube.com," kata pasukan YouTube lagi.
YouTube yang beribu pejabat di San Bruno, California, diilhamkan oleh pekerja PayPal, Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim.
Google membeli YouTube dalam perjanjian bernilai AS$1.65 bilion (RM5.33 bilion) kira-kira 19 bulan selepas perkhidmatan perkongsian video itu diasaskan pada Februari 2005, sebelum ia ditukarkan menjadi tempat menjana pendapatan melalui video belakang rumah hinggalah filem bebas. - AFP

Berterus terang rahsia Salih dengan isteri kalau ada jodoh







KELUARGA bahagia...Salih Yaccob bersama ketiga-tiga isterinya (dari kiri) Norlizah, Norraha dan Norfara Wahida bersama lapan daripada sebelas anak-anaknya.



SEBILANGAN besar daripada kita akan ketawa besar setiap kali menonton filem Madu Tiga arahan dan lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Dalam lakonan bersulam humor itu, banyak mesej mengenai cerita benar lelaki yang berkahwin tiga diceritakan.
Kepada yang tiada pengalaman ini, ia meninggalkan seribu tanda tanya apakah sampai begitu sekali kehidupan lelaki yang memiliki isteri lebih daripada satu?
Kisah lelaki kahwin banyak ada pertaliannya dengan seorang individu ternama tanah air yang sering menjadi bahan usikan rakan ketika di konti radio.
Dia bukanlah lelaki asing bagi kita. Setiap pagi dia menceriakan pagi kita dengan telatah lucu semasa bersiaran dengan Raja Azura atau Kak Ungku dan Krill (Khairil Rashid) di konti Sinar FM.
Lelaki bernama Salih Yaccob tidak takut berterus-terang dengan masyarakat yang dia mempunyai isteri lebih daripada satu!
Biar sekalipun kisah dia kahwin banyak sering dijadikan bahan usikan, namun lelaki berusia 49 tahun dan ayah kepada 11 orang anak hasil daripada empat perkahwinan tidak pernah berkecil hati.
"Saya tidak pernah berbohong kepada isteri apabila ingin berkahwin lagi. Walaupun bagi wanita bermadu itu pahit, saya bersyukur kerana ketiga-tiga isteri saya menerima ketentuan hidup ini.
"Dari segi hukum Islam seorang lelaki boleh berkahwin sampai empat orang tanpa kebenaran isteri. Tetapi menghormati undang-undang syarie yang ditetapkan, saya meminta izin isteri setiap kali ingin berkahwin lagi.
"Saya tidak perlu menyorok daripada mereka dan saya juga tidak perlu memburukkan isteri kerana apa yang saya lakukan bukannya salah. Saya bukan buat jahat, saya mahu berkahwin kerana saya ada kemampuan," luah Salih pada satu pertemuan eksklusif dengan Hits di kediamannya di Apartmen Baiduri, Desa Pandan, Kuala Lumpur minggu lalu.
Berdasarkan kronologi, perkahwinan pertama Salih berlangsung pada tahun 1980.
Setelah sembilan tahun berkahwin dan dikurniakan dua orang anak perempuan - Norliana, 25, dan Nurulazwa, 22, Salih meminta izin isterinya untuk berkahwin dengan Norlizah.
"Ketika saya mengalami penyakit misteri, saya bertemu dengan Norlizah. Setelah mengenal hati budinya dan melihat keserasiannya dengan saya, saya meminta izin isteri pertama saya ketika itu.
"Dengan izinnya, saya berkahwin dengan Norlizah pada tahun 1989. selepas kahwin, kami hidup bahagia tanpa masalah.
"Namun selepas sembilan bulan hidup bermadu, rumah tangga kami diduga. Campur tangan keluarga menyebabkan kami terpaksa bercerai.
"Walaupun saya amat sedih terpaksa berpisah dengan isteri dan dua anak tersayang, namun saya reda dengan semua itu," cerita Salih membuka cerita duka dalam hidupnya sebelum ini.
Walaupun perkahwinan pertamanya itu berakhir dengan perceraian, namun Salih tidak pernah berdendam.
Malah, Salih tetap melangsaikan tanggungjawab memberi nafkah kepada kedua-dua anaknya itu hinggalah mereka dewasa. Anak sulungnya telah melangsungkan perkahwinan pada Disember tahun lalu.
Malah perkahwinan anak sulungnya, Norliana dengan pasangannya diuruskan oleh ketiga-tiga isteri Salih.
Mereka bukan sahaja sama-sama berganding bahu bertiga malah turut membantu bekas isteri Salih bagi memastikan majlis berlangsung dengan teratur.
"Sebagai lelaki dan suami, saya amat bersyukur kerana ditemukan jodoh dengan isteri-isteri yang amat taat kepada suami.
"Bagi saya inilah anugerah Allah SWT yang amat berharga untuk saya sebagai makhluknya. Sebenarnya bukan mudah mengemudikan tiga rumah tangga dengan aman dan damai jika tidak ada ilmu agama.
"Setiap wanita yang saya kawini bukan berlandaskan nafsu semata-mata. Tetapi mereka yang saya nikahi adalah seorang yang memahami al-Quran dan tahu hukum hakam agama.
"Selepas menikahi mereka, saya tidak tinggalkan mereka begitu saja. Saya membimbing mereka ke jalan Allah dan sentiasa berpesan kepada mereka harus ada keyakinan dan pegangan agama yang cukup.
"Sebagai seorang suami saya sentiasa berpegang pada akidah dan beriman serta beramal. Pesan saya kepada mereka mesti memahami al-Quran dan sentiasa lekat di hati.
"Bukan itu sahaja, malah saya sering mengingatkan kepada mereka bahawa apa juga yang akan berlaku adalah ketentuan Allah dan mereka harus terima," Salih berkongsi kisah mengenai isteri-isterinya.
Menurut Salih, setiap kali berkenalan dengan wanita dia bukan setakat mengenali hatinya malah menyelami jiwanya.
"Bagi saya perkahwinan bukan cinta dan jasad semata-mata tetapi ia adalah perkahwinan dengan roh dan jiwa. Jika kita berkahwin hanya kerana jasad, apa yang akan terjadi kita akan melihat wanita lain lebih cantik daripada isteri sendiri," akui Salih sambil tersenyum.
Disebabkan sikap keterbukaan Salih dan ketiga-tiga isterinya - Norlizah Mamat, 46, Norraha Hamat,42, dan Norfara Wahida Sulaiman, 32, hidup aman bahagia tanpa rasa cemburu atau benci.
Malah apa yang membanggakan isteri-isteri Salih hidup bagaikan adik beradik saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain.
Perkahwinan Salih dengan Norlizah dikurniakan tiga orang anak - Irfan Izwan, 20, Irfan Sapuan,15, dan Norfarisya,12 tahun.
Salih yang berkahwin dengan Norraha pada tahun 1993 dikurniakan lima orang anak - Effa Madiha,16, Effa Najiha,13, Effa Soleha,12, Mohd. Ehsan,8, dan Effa Fateha tujuh tahun.
Norfara Wahida yang dikahwini pada tahun 2007 baru dikurniakan anak, Fara Aqeesya yang kini berusia 11 bulan.
Hidup Salih bersama tiga isterinya sebetulnya bukan saja dicemburui ramai lelaki bahkan, dia turut dikagumi jiran tetangganya.
Di sebalik kebahagiaan itu, Salih bagaimanapun tidak alpa dengan tanggungjawab yang dipikulnya.
Demi memastikan dia tidak berjauhan daripada keiga-tiga isteri dan anak-anaknya, Salih membelikan rumah buat setiap isterinya di kawasan kediaman berhampiran.
Demi keadilan juga, Salih bergilir bermalam di rumah ketiga-tiga isterinya selain menjaga kebajikan mereka dan anak-anak bagi mengekalkan keharmonian rumah tangganya.
"Saya tidur di rumah isteri-isteri saya bergilir-gilir setiap satu malam. Ini bukan sahaja untuk memastikan kasih sayang kami suami isteri sentiasa berkekalan malah saya juga pentingkan anak-anak.
"Saya tidak mahu terpisah daripada anak-anak begitu lama. Jadi selepas semalam tidur di rumah isteri pertama, esoknya saya akan tidur di rumah isteri kedua dan seterusnya isteri ketiga.
"Mereka dan anak-anak tidak pernah mempersoalkan itu semua kerana tahu saya tidak pernah berat sebelah malah sentiasa adil," katanya berterus-terang.

Antara produk mudah jaga kulit muka



Oleh
Shahida Sarhid

WALAUPUN memakan suplemen adalah penting untuk mengembalikan keayuan kulit muka, pada dasarnya mempraktikkan cara pembersihan muka yang betul juga memainkan peranan dalam mengekalkan keanjalan lapisan luaran kulit muka seseorang.
Antara pembersih muka yang dijual di pasaran, pada pendapat saya, ialah pembersih muka jenama Simple.Saya dapati ia paling sesuai dengan jenis kulit muka saya yang sensitif dan berminyak.Bukan sahaja ia dijual pada harga yang berpatutan iaitu antara $12.90 dengan $15.90, ia juga mengandungi bahan-bahan aktif dan vitamin yang dapat menyegarkan dan membersihkan kulit muka dengan teliti.Ada kalanya sesetengah pembersih muka yang saya gunakan tidak dapat sepenuhnya membersihkan kulit muka.Kadangkala, selepas mencuci muka, masih terdapat lagi sedikit kesan mekap pada wajah saya.Tetapi teknik dan penggunaan pencuci muka yang sesuai akan dapat membersihkan liang-liang roma, sekali gus memudahkan penyerapan apabila anda menggunakan penyegar (toner) dan pelembap kulit (moisturizer).Bagi kulit muka saya yang lebih bersifat kombinasi, saya sering gunakan gel pencuci muka Refreshing Simple yang tidak mengandungi pewarna dan wangiwangian yang mungkin dapat merosakkan kulit muka.Mereka yang mempunyai jenis kulit muka yang biasa dan kering pula boleh menggunakan pencuci muka Moisturising Simple kerana ia dapat melembapkan kulit muka, sekali gus membaiki keadaan kulit muka.Mereka yang sering terdedah pada pancaran mentari atau sering duduk di tempat berhawa dingin pasti mempunyai kulit muka yang lebih mudah menjadi kering.Anda boleh timbangkan pencuci muka Deep Cleansing Simple untuk merawat kulit mati dan mengekalkan kelembapan kulit.Minyak Chamomile bagi menghasilkan pencuci muka ini juga dapat melembutkan kulit muka serta mengelakkan kulit anda daripada berasa kering.

Makanan tambahan pencerah warna kulit



Oleh
Shahida Sarhid

MEMANG bukan mudah menjaga kecantikan, terutama jika anda seorang wanita yang mementingkan keterampilan yang menawan.
Ada kalanya sampai berlubang saku anda kerana membelanjakan wang yang terlalu banyak untuk membeli produk-produk kecantikan.Tetapi pernahkan anda tertanya mengapakah kulit muka anda hanya menunjukkan perbezaan buat sementara sedangkan anda sudah 'membubuhkan' pelbagai jenis pelembap krim muka dan masker muka untuk kelihatan awet muda?Ini kerana tiada gunanya jika seseorang itu menggunakan produk kecantikan yang berjenama tetapi sedikit pun tidak menjaga cara pemakanan mereka.Oleh itu, adalah penting untuk seseorang wanita yang mahu tampil jelita menitikberatkan soal dalamannya juga.Untuk membersihkan kulit secara menyeluruh, syarikat Nu Pharma Pte Ltd telah memperkenalkan Skinfiniti, supplemen tambahan yang mengandungi ekstrak seramid beras yang telah diformulasi secara saintifik untuk menyerikan dan mencerahkan warna kulit secara dalaman.Mungkin anda tertanya mengapa ia memilih ekstrak seramid beras sebagai bahan utama?Ini kerana sejak berkurun lamanya, para saintis telah meninjau akan keanjalan dan kelembutan kulit petani-petani wanita di Jepun yang bekerja bertungkus lumus di sawah padi.Dan mereka dapati walaupun para petani wanita ini bekerja di bawah mentari, kulit mereka tidak kering dan sedikit pun tidak mempunyai kesan kedutan.Namun selepas banyak penyelidikan, para saintis mendapati bahawa setiap dedak beras mempunyai struktur kimia yang menyerupai seramid yang terdapat dalam kulit manusia dan bertanggungjawab menjana semula sel kulit dan pertumbuhan.Bukan itu sahaja, bahkan ekstrak itu juga dapat meningkatkan penghasilan kolagen dan sekali gus membuat kulit lebih muda dan cerah.Produk berbentuk pil dari Jepun ini juga dijamin halal tetapi wanita hamil tidak digalakkan mengambilnya.Sekiranya anda mahu mencerahkan semula warna kulit anda, melindungi kulit anda daripada pancaran mentari dan meningkatkan penghasilan kolagen untuk mencegah kedutan, anda boleh cuba dapatkan supplemen Skinfiniti ini.

RASULULLAH DIGANGGU IBLIS



SYAITAN DAPAT DITANGKAP.
Abu Darda’ (r.a.) menceritakan bahawa Rasulullah (s.a.w ) suatu ketika bangun untuk bersolat ,lalu ketika solat baginda berkata : اعوذ بالله منك “Aku berlindung kepada Allah dari engkau”. Kemudian baginda berkata: ألعنك بلعنة الله “Aku melaknat engkau dengan laknat Allah”, sebanyak 3 kali sambil menghulurkan tangan seolah-olah ingin menangkap sesuatu. Apabila baginda selesai solat,kami bertanya: “ Wahai Rasulullah ! Kami mendengar kamu berkata dalam solat sesuatu yang tidak pernah kami dengar kamu memperkatakankannya dan kami melihat kamu menghulurkan tangan “ !
Rasulullah menjawab : Sesungguhnya musuh Allah iaitu iblis datang dengan membawa api untuk dilemparkan ke muka aku,maka aku ucapkan “Aku berlindung kepada Allah dari engkau” tiga kali. Kemudian aku ucapkan: “Aku melaknat engkau dengan laknat Allah”. Akan tetapi dia tidak mengundurkan diri.Kemudian aku bercadang untuk menangkapnya.Demi Allah jika bukan kerana doa saudara kami Sulaiman nescaya ia akan terikat sehingga ke pagi dan dijadikan mainan anak-anak warga Madinah “.
( Hadis Sahih Riwayat Muslim ).
PENGAJARAN:
1. Orang Islam sentiasa diganggu terutama ketika ingin menunaikan Solat. Maka adalah sunat kita mengucapkan Taawuz sebelum takbir dan boleh ditambah dengan membaca Surah Al Nas.
2. Orang Islam yang beriman dikurniakan Allah kekuatan sehingga mampu menangkap Jin dan Syaitan dalam situasi tertentu.Tetapi tidak dibolehkan dengan tujuan dan niat jahat manusia seperti dijadikan suruhan untuk tujuan kejahatan.
3. Rasulullah dan para sahabat pun diganggu Syaitan apatah lagi manusia biasa. Justeru adalah wajar kita mengamalkan zikir-zikir dan ayat perlindungan seperti diamalkan Rasulullah s.a w. , para sahabat dan solohin dalam setiap keadaan agar terhindar daripada gangguan Syaitan dan kuncu-kuncunya. Antaranya :Doa Rasulullah s.a w.:
اعوذ بكلمات الله التامات من شرّما خلق
Dari Abu Daud dan Tirmizi,Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca doa ini 3 kali,tiada apa-apa malapetaka akan terjatuh atasnya”.

Risiko barah jika guna telefon 30 minit sehari

2010/05/17
LONDON: Kajian terhadap penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun menunjukkan bukti ada pertalian di antara alat itu dengan kanser otak.
Menurut penyelidikan firma Interphone, penggunaan telefon bimbit sekurang-kurangnya 30 minit sehari meningkatkan risiko seseorang mendapat ketumbuhan sehingga lebih daripada satu pertiga.
Kajian itu dijalankan dengan mengambil data dari 13 negara dan mendapat pembiayaan daripada syarikat pengeluar telefon bimbit.

Sejak lama dulu, orang ramai memang percaya radiasi daripada telefon bimbit dan menara pemancar membahayakan kesihatan pengguna.

Walaupun begitu, kajian itu - berdasarkan temubual dengan lebih 5,000 mangsa kanser otak - menunjukkan hanya ‘pengguna tegar’ berdepan dengan ancaman kesihatan.

Ia termasuklah seseorang yang bercakap menggunakan telefon bimbit lebih daripada setengah jam sehari.

Laporan sama turut menyatakan, tiada risiko ketara ditunjukkan jika seseorang menggunakan telefon bimbit kurang dari 30 minit sehari, atau menggunakan aksesori pendengaran.

Pengkaji juga mengakui, data itu tidak mengambil kira pengguna berusia di bawah 30 tahun. Keadaan itu menyebabkan timbul persoalan terhadap kesahihan keputusan kajian. Hasil kajian Interphone yang menunjukkan tahap penggunaan rendah boleh melindungi seseorang daripada kanser turut dipertikaikan banyak pihak, termasuk di kalangan penyelidik terbabit. - Agensi