Pages

Sunday, September 2, 2012

MENGAPA SAYA MASUK ISLAM


MENGAPA SAYA MASUK ISLAM
[Mohammad Alexander Russel Webb (Amerika Serikat)]
Diplomat, Pengarang dan Wartawan

Saya telah diminta untuk menerangkan kepada anda, mengapa saya, seorang Amerika yang dilahirkan dalam sebuah negara yang secara resmi beragama KristIAn, dibesarkan dalam lingkungan yang mewariskan atau lebih baik dikatakan menjalankan agama Kristian Orthodox sekte Presbitarian, telah memilih dan memeluk Islam sebagai pembimbing saya?

Dengan spontan saya jawab dengan penuh kesedaran dan kesungguhan, bahwa saya telah menjadikan agama ini sebagai jalan hidup saya, sebab setelah saya pelajari dalam tempoh yang cukup lama, ternyata bahwa Islam adalah agama yang terbaik dan satu-satunya agama yang dapat mencukupi kebutuhan rohani ummat manusia.

Dan saya ingin menyatakan di sini, bahawa saya tidak lahir seperti anak-anak yang lain, yang memiliki semangat keagamaan. Pada waktu saya mencapai usia 20 tahun dan praktis telah dapat menguasai diri sendiri, dada saya serasa sempit melihat kebekuan Gereja yang sangat menyedihkan, sehingga saya bertekad untuk meninggalkannya untuk selama-lamanya. Untunglah bahwa waktu itu saya mempunyai cara berpikir yang mendalam. Saya selalu berusaha untuk menemukan sebab dari segala sesuatu. Ternyata bahwa tidak ada seorangpun dari kalangan para ahli pengetahuan dan ahli-ahli agama yang bisa memberikan kepada saya keterangan yang bisa dimengerti (rasional) tentang kepercayaan Gereja itu. Kedua golongan itu hanya mengatakan kepada saya bahwa persoalan ini termasuk misterius (pelik dan samar), atau dikatakan bahwa soal itu di luar kemampuan saya berpikir.

Sebelas tahun yang lalu, saya tertarik untuk mempelajari agama-agama Timur. Saya telah membaca buku-buku yang ditulis oleh Mill, Kant, Locke, Hegel, Fichte, Huxley dan lain-lain penulis ternama yang menerangkan dengan penampilan ilmu pengetahuan yang besar tentang protoplasma (unsur-unsur atom dalam pembentukan jasad makhutk yang hidup) dan monad (bagian-bagian atom dalam hewan yang hidup). Akan tetapi tidak ada seorangpun dari mereka yang bisa menerangkan kepada saya, tentang apakah jiwa/roh itu dan bagaimana atau dimana roh itu sesudah mati?

Saya telah banyak berbicara tentang diri saya, dengan maksud untuk menjelaskan bahwa saya masuk Islam bukan hasil pemikiran dan perasaan yang salah, bukan turut-turutan buta, dan bukan dorongan emosi. Akan tetapi adalah hasil penelitian dan pelajaran yang sungguh-sungguh, jujur, tekun dan bebas disertai penyelidikan serta keinginan yang sungguh-sungguh untuk mengetahui kebenaran.

Inti akidah Islam yang murni, ialah menyerahkan diri kepada kehendak Tuhan, dan tanda penjelmaannya ialah ibadat sembahyang. Islam mengajak kepada persaudaraan dan kecintaan ummat manusia sedunia, dan berbuat baik kepada sesama manusia.

Islam juga menuntut kejernihan akal, kebaikan amal/perbuatan dan kebenaran dalam kata-kata, bahkan Islam mengajak ke dalam kesucian dan kebersihan badan.

Agama ini, tidak diragukan, adalah agama yang paling mudah dan paling mampu mengangkat derajat kemanusiaan.
Tentang Pengarang : Mohammad Alexander Russel Webb

Beliau dilahirkan di Hudson, Columbia, New York dan belajar di Hudson dan New York. Beliau terkenal dengan tulisan cerita pendeknya. Kemudian beliau bekerja sebagai Pemimpin Redaksi Majalah “St. Joseph Gazette” dan “Missouri Republican.” Pada tahun 1887 diangkat menjadi konsul Amerika Serikat di Manila.

Selama menjalankan tugas itulah beliau mempelajari Islam dan menggabungkan dirinya dalam lingkungan kaum muslimin.

Setelah menjadi muslim, beliau mengadakan perjalanan keliling dunia Islam, dan sampai akhir hayatnya beliau mencurahkan waktu untuk melaksanakan misi Islam, dan duduk sebagai pimpinan Islamic Propaganda Mission di Amerika Serikat.

Meninggal dunia pada awal Oktober tahun 1916.

Ikan 'unicorn' mirip manusia?

Nimrod atau ikan 'unicorn'
Nimrod atau ikan 'unicorn' kini dipamerkan di pusat akuatik
di Weymouth dan mampu mengubah warna tubuhnya.
(Kanan) Pesawat yang didakwa mirip wajah Nimrod.

LONDON - Salah satu ikan paling unik di planet ini adalah ikan 'unicorn' yang dianggap mirip wajah manusia kerana memiliki hidung yang besar.

Malah, para saintis berpendapat seluruh kepala hidupan akuatik itu aneh kerana seakan-akan wajah manusia yang sedang marah.

Bagaimanapun, ikan pelik ini memiliki satu keupayaan yang mengagumkan di mana ia mampu bertukar warna pada badannya.

Sebenarnya, struktur pada kepala ikan yang dianggap hidung itu adalah tanduknya yang berperanan sebagai perisai melindungi diri.

Ikan bertanduk Naso itu sebenarnya berasal daripada negara Latin dan kini sedang dipamerkan di SeaLife Centre di Weymouth, Dorset, Britain.

Satu lagi spesies ikan serupa dinamakan Nimrod sempena pembinaan sebuah pesawat pejuang tentera yang memiliki tanduk.

Penyelia hidupan akuatik Matthew Fuller berkata: "Wajah pelik Nimrod mirip salah satu pesawat tentera dan tiada siapa tahu mengapa ia memiliki tanduk di hadapan kepala sedangkan ia adalah ikan," katanya.

Suspek militan, polis maut

JAKARTA: Dua suspek militan dan seorang anggota skuad elit antipengganas Indonesia terbunuh dalam insiden tembak-menembak di Solo, Jawa Tengah, kata pihak berkuasa semalam.
Seorang lagi suspek cedera dan ditahan.

Kejadian kelmarin itu berlaku ketika skuad elit terbabit memburu suspek yang bertanggungjawab dalam pembunuhan seorang polis, pada Khamis.

Jurucakap polis Indonesia, Roy Rafli Amar, berkata mereka menerima maklumat mengenai anggota kumpulan pengganas merancang serangan baru di situ.

“Tiga suspek cuba ditahan di sebuah gerai di Solo, tetapi terpaksa melepaskan tembakan apabila mereka enggan menyerah,” katanya.

Seorang anggota skuad elit itu turut terbunuh terkena tembakan. Kata Roy, polis mempunyai bukti kukuh menunjukkan suspek terbabit dalam tiga serangan pengganas ke atas pasukan keselamatan sebelum ini.


“Siasatan masih dijalankan untuk mengetahui jika mereka ada kaitan dengan Jemaah Anshorut Tauhid,” katanya.

Kumpulan itu ditubuhkan ulama konservatif, Abu Bakar Bashir, dan dianggap sebagai kumpulan pengganas oleh AS. Serangan pengganas di negara paling ramai didiami umat Islam itu akhir-akhir ini dilakukan individu atau kumpulan kecil dengan menyasarkan “musuh” tempatan berbanding warga Barat.

Ia membayangkan kejayaan kerajaan memerangi rangkaian pengganas bawah tanah utama.

Pada masa sama, ia juga menunjukkan kumpulan radikal masih beroperasi di negara itu. Khamis lalu, dua lelaki bermotosikal menyerbu satu pos polis di Solo, membunuh seorang daripada anggotanya sebelum melarikan diri. Beberapa jam sebelum itu, unik antipengganas menyerbu sebuah rumah di Bandung dan menahan pakar komputer, Maman Kurniawan, yang menjadi suspek militan. - AP

Assange sedia ‘berkubu’ setahun

POLIS berkawal di luar Kedutaan Ecuador di London, baru-baru ini. Assange masih berlindung di situ bagi mengelak ditahan dan diekstradisi ke Sweden.
POLIS berkawal di luar Kedutaan Ecuador di London, baru-baru ini. Assange masih berlindung di situ bagi mengelak ditahan dan diekstradisi ke Sweden.
LONDON: Pengasas WikiLeaks, Julian Assange, mungkin terpaksa berlindung di Kedutaan Ecuador sehingga setahun kerana dia yakin dakwaan salah laku seks ke atasnya di Sweden akan digugurkan.
Lelaki kelahiran Australia itu berdepan waran tangkap dan dijangka diekstradisi jika meninggalkan kedutaan berkenaan yang terletak di Knightsbridge.

Ketika hubungan diplomatik di antara Britain dan Ecuador kekal tegang, Assange yakin dia akan bebas daripada tuduhan berkenaan satu hari nanti. Dalam temu bual disiar stesen televisyen tempatan semalam, Assange berkata, isu penahanannya dapat diselesaikan dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan.

“Saya percaya isu ini akan diselesaikan melalui saluran diplomasi,” katanya.

Komen itu dibuat mengiringi kenyataan Setiausaha Dalam Negara Britain, William Hague, yang mendakwa “belum nampak” sebarang penyelesaian bagi kes berkenaan. Assange diberi suaka selepas dia mendapatkan perlindungan di Kedutaan Ecuador pada Jun lalu. Kata Assange, dia yakin kerajaan Sweden akan menggugurkan kesnya.

“Saya rasa kemungkinan itu besar, mungkin selepas menjalankan siasatan menyeluruh,” katanya. - DM

Kolam awet muda jadi tumpuan



RIBUAN pengunjung membanjiri Kolam Banyu Biru, Pasuruan yang airnya dikatakan mempunyai khasiat awet muda. - AGENSI
PASURUAN, Jawa Timur - Beribu-ribu pengunjung membanjiri Kolam Banyu Biru di Winongan di sini pada setiap kali cuti Hari Raya Aidilfitri kerana airnya dikatakan mempunyai khasiat awet muda.
Malah, jumlah pengunjung mampu mencecah sehingga 5,000 orang pada satu-satu masa.
Koordinator Kolam Alam Banyu Biru, Djuma'adi berkata, pada tahun ini, kira-kira 5,000 pengunjung termasuk dari luar wilayah Pasuruan datang ke tempat perkelahan itu pada hujung minggu lalu.
Katanya, berbanding tahun lalu, jumlah pengunjung yang datang ke kolam terbabit meningkat tinggi pada tahun ini.
"Ekoran sambutan menggalakkan, pengelola Kolam Alam Banyu Biru menaikkan harga tiket masuk kepada 9,000 rupiah (RM2.80) sepanjang cuti Aidilfitri berbanding 5,000 rupiah (RM1.60) pada hari-hari biasa," katanya kepadaberitajatim.com.
Difahamkan, jumlah pengunjung di kolam itu sentiasa meningkat setiap tahun kerana ramai yang percaya mereka akan menjadi awet muda sekiranya mandi di situ. - AGENSI

Jumlah pelarian Syria naik mendadak



Sebahagian pelarian Syria di kem Za'atri di bandar Mafraq, Jordan berhampiran sempadan Syria kelmarin. - REUTERS
NEW YORK 31 Ogos - Pesuruhjaya Tinggi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berkata, jumlah rakyat Syria yang mencari perlindungan di negara-negara jiran 'meningkat mendadak' dengan 229,000 orang kini berdaftar sebagai pelarian di Turki, Iraq, Lebanon dan Jordan.
Beliau berkata, konflik di Syria menyebabkan berlakunya 'krisis kemanusiaan dramatik dan semakin teruk' di rantau tersebut.
PBB berkata, dianggarkan 2.5 juta rakyat Syria menderita akibat pertempuran di dalam negara itu.
''Permohonan bantuan bagi membantu rakyat Syria adalah sebanyak AS$180 juta (RM558 juta) namun hanya separuh daripada jumlah itu berjaya dikumpul,'' kata badan dunia tersebut.
PBB menggesa kerajaan Syria membenarkan agensi bantuan untuk memasuki negara itu bagi membolehkan penghantaran bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Dalam pada itu, pemberontak Syria melancarkan serangan di sebuah bangunan perkhidmatan keselamatan di Aleppo awal hari ini, ketika pertempuran sengit berlaku di bandar itu dan luar bandar Damsyik.
Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berkata, serangan di bangunan agensi keselamatan yang terletak di barat Aleppo itu menyaksikan pemberontak dan ejen-ejen keselamatan berbalas tembakan.
''Pertempuran turut berlaku di antara askar dan pemberontak di daerah Saif al-Dawla dan Salehiddin dan Hanano,'' kata agensi kemanusiaan itu.
Di Damsyik, pemberontak menangkap sembilan askar dalam pertempuran di Sayyida Zeinad. - dpa/AFP

Gempa bumi 7.6 skala Richter gegar Filipina



MANILA 31 Ogos - Satu gempa bumi kuat berukuran 7.6 skala Richter menggegarkan Filipina malam ini, menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan kepada beberapa negara.
Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa tersebut berlaku pada pukul 8.47 malam waktu Malaysia dan berpusat di perairan timur negara ini, kira-kira 146 kilometer ke pekan Guiuan di wilayah Samar pada kedalaman 32 kilometer.
USGS sebelum itu mengeluarkan ukuran gempa sekuat 7.9 skala Richter sebelum menurunkannya kepada 7.6.
Amaran tsunami dikeluarkan kepada Filipina, Indonesia, Taiwan, Jepun, Papua New Guinea, dan Haiwaii.
Amaran yang dikeluarkan Pusat Amaran Tsunami Pasifik itu, bagaimanapun ditarik balik buat Jepun, Taiwan dan beberapa kepulauan Pasifik.
Pusat tersebut turut meramalkan Indonesia menjadi destinasi pertama tsunami, diikuti Filipina seawal pukul 9.35 malam waktu Malaysia.
Berdasarkan laporan terkini, gempa tersebut memusnahkan beberapa jambatan dan jalan raya, menyebabkan orang ramai lari menyelamatkan diri ke kawasan tinggi.
Dalam pada itu, Ketua Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina (PHIVOLCS), Renato Solidum berkata, penduduk yang tinggal di tepi pantai sudah diarahkan berpindah ke kawasan selamat.
"Ombak tsunami boleh mencapai setinggi satu meter dan mendatangkan kemusnahan yang teruk," katanya.
Sementara itu di Indonesia, Ketua Teknikal Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik, Suharjono berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai tsunami di negara itu.
"Kami telah mengeluarkan amaran kepada penduduk di wilayah Papua dan Maluku agar bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan," ujarnya.
Sementara itu Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya memberitahu, gempa tersebut berlaku 1,145 kilometer timur laut dari Kinabatangan, Sabah.
''Penduduk di pantai timur dan utara Sabah serta utara Sarawak diminta menjauhi kawasan pantai," katanya.
Namun sehingga 9.13 malam tiada ancaman tsunami dikeluarkan kepada negara ini.
Menurut kenyataan itu, Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan dan akan memaklumkan maklumat terkini.

Ikan aneh ditemui di daerah Wajo



Inilah ikan aneh yang ditemui di daerah Wajo, Sulawesi Selatan baru-baru ini.
WAJO, Sulawesi Selatan - Seekor ikan yang memiliki warna dan corak sisik yang aneh telah menggemparkan penduduk di daerah Wajo, Sulawesi Selatan.
Ikan perhiasan jenis Zebra Convict itu mendapat perhatian orang ramai kerana ia tidak seperti ikan lain daripada spesiesnya yang memiliki sisik bergaris hitam dan memanjang ke bawah.
Ikan milik penduduk mukim Tempe Sengkang, Alim Bahri, 42, itu memiliki garis sisik menyerupai tulisan Arab yang membawa maksud 'Allah', laporKompas.com.
Keanehan ikan itu menyebabkan orang ramai berduyun-duyun datang ke rumah Alim untuk melihatnya sendiri, bahkan ada yang sanggup datang dari jauh.
Keunikan ikan itu juga mendorong seorang lelaki sanggup membelinya pada harga 10 juta rupiah (RM3,291).
Alim, bagaimanapun menolaknya, walaupun mengakui dia baru sahaja membeli ikan itu pada harga 4,000 rupiah (RM1.32).
Menurut Alim, dia tidak akan menjual ikan itu kerana percaya ia akan membawa rahmat kepada keluarganya. - AGENSI

Tindakan naif desak tentera berundur



TENTERA Pembebasan Syria (FSA) berlindung selepas tentera Syria melancarkan serangan mortar di barat laut Aleppo pada 30 Ogos lalu. - REUTERS
MOSCOW 1 Sept. - Rusia hari ini menyifatkan kuasa luar sebagai ‘naif’ jika mahu mendesak Presiden Syria, Bashar Al-Assad mengundurkan tenteranya terlebih dahulu sebelum diikuti oleh pemberontak dari kawasan pertempuran.
Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata, kuasa Barat dan negara-negara Arab tidak mempunyai hak untuk memberitahu Damsyik agar ‘menyerah diri’.
“Desakan kuasa luar itu tidak adil kerana mereka meminta agar kerajaan Syria terlebih dahulu mengundurkan tenteranya dari kawasan pertempuran dan kemudian kumpulan menentang akan melakukan perkara yang sama.
“Tindakan itu disifatkan sama ada sebagai naif atau sengaja melancarkan provokasi," kata Lavrov ketika menjawab pertanyaan daripada pelajar Hubungan Antarabangsa Institut Negeri di Moscow.
Sementara itu, utusan khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Syria, Kofi Annan tamat tempoh jawatan yang dipegangnya sejak Februari lalu semalam, tanpa mampu menyelesaikan konflik berterusan di negara itu.
Hari ini, jawatan itu diserahkan kepada seorang lagi veteran badan itu, Lakhdar Brahimi, yang juga merupakan bekas Menteri Luar Algeria.
Tidak seperti Annan, yang sejak enam bulan lalu menjalankan tugas di Geneva, Brahimi pula akan ditempatkan di ibu pejabat PBB, New York.
Dipercayai, keputusan tersebut dilakukan bagi memudahkan Brahimi mempengaruhi Majlis Keselamatan badan itu agar bersatu bagi menghentikan konflik di Syria.
Annan, yang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai persaraannya, menyalahkan majlis tersebut yang terdiri daripada 15 negara kerana gagal memujuk kerajaan Syria dan pembangkang menamatkan konflik yang berlarutan selama lebih 17 bulan.
“Ia merupakan sebuah misi yang boleh dicapai kejayaannya seandainya semua pihak yang terlibat mencapai kata sepakat," kata jurucakap Annan, Ahmad Fawzi.
Menurutnya, walaupun semua yang terlibat menyatakan sokongan, namun ia tidak sampai ke peringkat paling tinggi dan gagal mempengaruhi pihak yang terlibat agar menamatkan pertikaian.
Annan memperkenalkan pelan keamanan enam penjuru termasuk mengadakan gencatan senjata yang sepatutnya bermula pertengahan April lalu, namun ia tidak dilaksanakan.
Kata Ahmad, pengkritik yang mendakwa proses tersebut memberi rejim masa tetapi gagal dilaksanakan kerana pembunuhan masih berlaku, adalah tidak adil disebabkan keadaan itu sudah berlarutan sejak Annan belum dilantik ke jawatan tersebut lagi.
Sementara itu, Brahimi yang pernah menjadi utusan khas PBB ke Afghanistan dan Iraq, berkata, tugas pertamanya adalah meyakinkan pihak yang terlibat dalam Majlis Keselamatan yang selama ini merendahkan usaha Annan agar bersatu bagi menyelesaikan konflik tersebut. - AFP

Pengebom berani mati bunuh 12 orang



KABUL 1 Sept. - Dua pengebom berani mati, satu daripadanya memandu lori tangki minyak, meletupkan diri berdekatan sebuah pangkalan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di timur Afghanistan hari ini, menyebabkan 12 orang terbunuh.
Serangan tersebut dilancarkan pada waktu subuh di pekan Sayed Abad dekat wilayah Wardak, kira-kira 70 kilometer dari Kabul.
Pasukan tentera NATO yang diketuai Amerika Syarikat (AS) dalam kenyataannya berkata, tiada askar AS dan NATO yang maut dalam serangan terbabit.
Namun jelas kenyataan itu, ramai askar dilaporkan cedera dalam letupan tersebut dan jumlah sebenar mangsa yang cedera masih belum dapat dipastikan.
Jurucakap Gabenor Wardak, Shahidullah Shadid berkata, seorang pengebom berani mati meletupkan diri di luar kawasan perumahan yang berkawal dekat pejabat pegawai daerah.
Katanya, seorang lagi penyerang meletupkan lori tangki yang dibawanya di sebatang jalan yang memisahkan kawasan perumahan itu dengan pangkalan NATO.
"Mangsa yang terbunuh merupakan lapan orang awam dan empat anggota polis tempatan," katanya.
Ketua Polis Wardak, Jeneral Abdul Qayum Bakizai berkata, letupan serangan terbabit sangat kuat, menyebabkan banyak tingkap rumah di kawasan berhampiran pecah. - AGENSI

Bekas komando SEAL dedah rahsia




1 September 2012
Bekas komando SEAL, Bissonnette atau Mark Owen membuat pendedahan berani menerusi buku No Easy Day.
Bekas komando SEAL, Bissonnette atau Mark Owen membuat pendedahan berani menerusi buku No Easy Day.
WASHINGTON - Kematian pemimpin Al-Qaeda, Osama Laden lebih setahun lalu  menjadi topik hangat untuk diperkatakan semula susulan daripada pendedahan komando elit SEAL Tentera Laut Amerika Syarikat menerusi buku No Easy Day.

Buku yang ditulis oleh bekas komando SEAL, Matt Bissonnette, 36, atau nama samarannya Mark Owen itu juga memaparkan banyak butiran dan kenyataan bercanggah tidak seperti diumumkan oleh AS sejurus selepas Osama ditembak mati di kediamannya di Abbotabad, Pakistan, 2 Mei tahun lalu.

No Easy Day yang akan diterbitkan pada 4 September ini turut mendedahkan Osama sebenarnya tidak bersenjata semasa anggota komando menyerbu masuk ke dalam rumahnya.

Menurut Owen, dia menemui selaras AK-47 dan pistol Makarov tanpa peluru di bilik, di mana mereka menemui pemimpin Al-Qaeda tersebut terbaring berlumuran darah selepas ditembak.

"Dia (Osama) tidak membuat sebarang persediaan untuk mempertahankan diri. Osama hanya menyuruh pengikutnya memakai ves bunuh diri dan tidak mengambil sebarang senjata untuk melancarkan serangan balas," katanya.

Sebelum ini, AS mendakwa Osama kononnya ditembak mati selepas dia melarikan diri ke dalam bilik tidurnya dengan tujuan untuk mengambil senjata.

Selain itu, Owen juga mendedahkan dia bersama anggota SEAL lain tidak dapat memastikan individu yang terbunuh itu adalah Osama dan hanya membuat pengesahan tersebut kepada Washington dengan bantuan seorang budak perempuan dipercayai anak kepada pemimpin Al-Qaeda terbabit.

Pendedahan berani oleh Owen itu kini telah mencetuskan persoalan kepada banyak pihak berhubung tujuan sebenar operasi sulit tanpa pengetahuan pihak berkuasa Pakistan tersebut dilancarkan.

Sementara itu, Pentagon, kelmarin telah memberi amaran untuk mempertimbangkan tindakan undang-undang yang akan diambil ke atas bekas anggota SEAL tersebut kerana melanggar perjanjian dengan mendedahkan rahsia mengenai operasi berdasarkan arahan sulit Presiden Barack Obama.

Singapura sedia garaj dalam rumah




1 September 2012
Kereta mewah diangkut menggunakan lif khas.
Kereta mewah diangkut menggunakan lif khas.
Apartmen Hamilton menyediakan garaj di dalam kediaman penduduk.
Apartmen Hamilton menyediakan garaj di dalam kediaman penduduk.
SINGAPURA - Pemilik rumah apartmen atau kondominium sering mengalami masalah untuk mermakir kereta mewah mereka kerana khuatir ia mungkin akan menjadi objek vandalisme pihak tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun, penduduk di Singapura tidak lagi akan menghadapi masalah itu kerana sebuah apartmen eksklusif 30 tingkat yang menelan kos antara 6 juta pound (RM30 juta) dan 15 pound (RM74 juta) telah siap menyediakan garaj di dalam kediaman mereka.

Penduduk apartmen Hamilton Parks tersebut boleh menggunakan lif khas untuk mengangkut kereta mereka ke rumah di tingkat masing-masing.

Sebanyak 56 unit apartmen termasuk beberapa kemudahan lain juga disediakan di bangunan pencakar langit yang terletak di Jalan Orchard itu.

Setiap rumah dilengkapi garaj yang boleh memuatkan dua kereta dalam satu masa manakala penthouse pula menyediakan saiz garaj dua kali ganda lebih besar.

Ritual Ma'ene tukar baju mumia




1 September 2012
Mumia puluhan tahun dipakaikan sut lengkap dan dipamerkan kepada sanak saudara.
Mumia puluhan tahun dipakaikan sut lengkap dan dipamerkan kepada sanak saudara.
JAKARTA - Setiap tiga tahun sekali iaitu pada September, sebuah kawasan perkuburan di daerah Toraja, wilayah Selatan Sulawesi, Indonesia dipenuhi keluarga si mati bagi melakukan upacara Ma'ene atau ritual menggantikan pakaian si mati termasuk menyolekkan mereka.

Upacara dilakukan dengan menggali semula kubur nenek moyang atau waris, lalu menggantikan pakaian baru.

Menurut penduduk tempatan, upacara ini adalah sebagai penghormatan kepada si mati dan tanda ingatan daripada keluarga mereka.

"Mumia yang siap berpakaian baru itu kemudian dibawa berjalan mengelilingi kampung dan pastinya kelihatan seperti zombi dan ia dilakukan dengan iringan muzik seperti sebuah pesta," katanya.

Beliau berkata, penduduk tempatan percaya bahawa upacara ini dapat mengeratkan 'hubungan' dengan si mati, walaupun telah meninggal dunia lebih ratusan tahun.

Demam Gangnam di seluruh dunia



LAGU rap Gangnam Style yang diperkenal Psy memukau peminat di seluruh dunia.


SEOUL - Populariti penyanyi rap dari Korea Selatan, Park Jae-sang atau lebih dikenali sebagai Psy mencatat fenomena baharu di seluruh dunia selepas aksinya menari tarian kuda, Gangnam Style, ditonton lebih 84 juta kali setakat ini di YouTube.
Psy kini dilaporkan lebih popular daripada muzik pop Korea Selatan atau K-Pop, malah, satu tinjauan oleh sebuah agensi pelancongan tempatan mendapati Psy sebagai bintang Korea Selatan yang paling ingin ditemui oleh warga asing.
Menurut agensi pelancongan Cosmojin yang melakukan tinjauan itu, Psy menduduki tempat pertama senarai berkenaan diikuti bintang bola sepak Korea Selatan, Park Ji Sung, Presiden Lee Myung Bak dan bintang luncur ais, Kim Yuna.
Mula mewarnai dunia muzik Korea Selatan dengan album pertamanya, PSY... From the Psycho World!pada 2001, penyanyi berkenaan mengaku muziknya menyimpang daripada K-Pop.
Penyanyi berkenaan lebih gemar menampilkan muzik berunsur sinis dan satira.
Dia pernah dikenakan sejumlah denda setelah album sulungnya didapati mengandungi kandungan yang tidak sesuai manakala album keduanya Ssa 2 diharamkan di negara berkenaan pada 2002.
Sejak dari itu, Psy dikenali sebagai penyanyi kontroversi dengan popularitinya juga tenggelam timbul.

Pemberontak serang pangkalan udara tentera Syria



02/09/2012 3:46am

BEIRUT 2 Sept. - Pemberontak Syria menawan sebuah bangunan pertahanan udara dan menyerang sebuah lapangan terbang tentera kerajaan di timur Syria semalam.
Serangan terbaru itu merupakan tindak balas terhadap tentera udara kerajaan yang sering melancarkan serangan udara untuk menumbangkan pemberontakan di Syria.
Kedua-dua serangan terbabit berlaku di daerah Deir al-Zor dan lapangan terbang tentera di kawasan Aleppo dan Idlib dekat sempadan Turki.
Aktivis Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang beribu pejabat di Britain, Rami Abdulrahman berkata, pemberontak turut menahan 16 anggota tentera termasuk beberapa pegawai, serta merampas sejumlah roket anti pesawat. - REUTERS

Dua suspek pengganas ditembak mati di Solo



SOLO - Skuad antipengganas Indonesia membunuh dua suspek militan berusia 19 tahun dalam satu serbuan yang turut meragut nyawa seorang anggota unit berkenaan, kata pihak berkuasa semalam.
"Dua suspek pengganas dibunuh malam kelmarin di sini, Jawa Tengah, oleh unit polis Densus 88. Seorang lagi telah ditangkap," kata jurucakap polis Indonesia, Boy Rafli.
"Mereka bersenjata dan seorang anggota polis berkenaan turut maut akibat ditembak suspek," tambah jurucakap berkenaan.
Ketua Polis Indonesia, Timur Pradopo pula memberitahu, serbuan dilakukan selepas polis menerima maklumat bahawa mereka merancang lebih banyak serangan selepas terlibat dalam kejadian menembak mati seorang anggota polis pada Khamis lalu.
Menurutnya, sebutir bom tangan turut dilontar ke arah sebuah pos kawalan polis di sini dua minggu lalu.
"Ketiga-tiga lelaki ini terlibat dalam tiga kejadian tembakan dan mereka merupakan anggota sebuah kumpulan baharu yang mempunyai kaitan dengan rangkaian pengganas lama di kawasan ini," kata Pradopo.
"Kedua-dua lelaki yang mati berusia 19 tahun," katanya kepada sekumpulan pemberita di sini.
Dalam perkembangan berkaitan, ketua agensi antikeganasan Indonesia, Ansyaahd Mbai memberitahu bahawa ketiga-tiga lelaki terbabit merupakan anggota kumpulan Jemaah Anshorut Tauhid (JATI) yang diasaskan oleh ulama Abu Bakar Bashir pada 2008. - AFP

Pemuda hampa pesawat buatan sendiri tidak lulus terbang




MOHAMED MAHMED menaiki sebuah pesawat buatan sendiri kelmarin di Berrechid dekat Casablanca, Maghribi.


BERRECHID - Seorang pemuda di Maghribi hampa kerana sebuah pesawat kecil yang dibinanya di sini tidak mendapat kelulusan terbang oleh pihak berkuasa negara itu.
Pemuda berkenaan, Mahmed Mohamed memberitahu agensi berita AFP melalui telefon bahawa dia mengambil masa tiga bulan untuk membina pesawat ringan itu.
Berusia 22 tahun, Mahmed berkata, pesawat satu enjin berkenaan memiliki panjang empat meter dan berat sekitar 55 kilogram.
Menurutnya, kapal terbang tersebut boleh mencapai kelajuan 200 kilometer/ sejam dan terbang sejauh 120 km pada ketinggian 33 meter.
"Mereka (pihak berkuasa penerbangan) menyatakan, pesawat ini tidak layak untuk terbang dan boleh jatuh menimpa orang," keluh pencipta muda tersebut.
"Saya sepatutnya diberikan peluang untuk menguji rekaan ini. Saya yakin dengan keupayaan pesawat ini," tambahnya. - AFP

Ogos bulan dua kali mengambang penuh




FENOMENA bulan biru dilihat di langit semasa upacara penghormatan terakhir untuk angkasawan Neil Armstrong berlangsung di bandar raya Cincinnati, Amerika Syarikat kelmarin.


LONDON - Fenomena bulan purnama menyinari langit lebih daripada sekali dalam sebulan dapat dilihat di serata dunia kelmarin.
Menurut akhbar MailOnline, bulan mengambang penuh pada 2 dan 31 haribulan sepanjang Ogos lalu.
Dikenali sebagai bulan biru, fenomena yang berlaku sekali setiap 2.7 tahun itu telah menarik perhatian ahli astronomi dan orang ramai di seluruh dunia.
Kejadian luar biasa itu diramalkan berlaku sekali lagi pada Mei 2015.
Menurut akhbar berkenaan, nama bulan biru tiada kaitan dengan keadaan fizikal bulan dengan maksud istilah tersebut hilang ditelan zaman.
Warna biasa bulan semasa bersinar di langit adalah putih.
Namun, bulan pernah berwarna biru selama dua tahun apabila Gunung Berapi Krakatoa meletus di Indonesia pada 1883.
Warna biru tersebut ekoran abu mikroskopik gunung berapi yang melitupi angkasa dan hanya membenarkan sebahagian gelombang cahaya menembusi atmosfera bumi. - Agensi

Taliban pamer klip video kepala manusia



DUA anggota Taliban berkawal di kubu kuat kumpulan berkenaan di Shawal, dalam wilayah Waziristan Selatan di Pakistan pada 5 Ogos lalu.


KHAR - Kumpulan Taliban menghantar satu klip video menunjukkan 12 kepala askar kelmarin selepas beberapa pegawai menyatakan, seramai 15 anggota tentera Pakistan hilang dalam pertempuran menentang militan berkenaan.
Rakaman itu yang dihantar kepada agensi berita AFP, menunjukkan beberapa militan Taliban berdiri di belakang 12 kepala manusia, dipercayai askar Pakistan.
Jurucakap kumpulan Tehreek-e-Taliban Pakistan(TTP) yang mengaku bertanggungjawab melakukan pembunuhan itu, Sirajud Din menyatakan, mereka dibunuh bagi membalas dendam kekejaman tentera terhadap militan Taliban.
Perkembangan itu berlaku selepas tentera Pakistan mengadakan satu operasi untuk menghapuskan militan-militan Taliban yang menawan daerah Bajaur pada Selasa lalu.
Kumpulan berkenaan dipercayai memasuki Pakistan dari wilayah Kunar di Afghanistan pada Jumaat lepas. - AFP