Pages

Monday, October 5, 2015

Guna kulit kepala untuk baiki hidung


Guna kulit kepala untuk baiki hidung

4 OKTOBER 2015
Guna kulit kepala untuk baiki hidung Bree Towner

ILLINOIS - AMERIKA SYARIKAT. Seorang pesakit terpaksa menggunakan sebahagian kulit kepalanya untuk menggantikan sebahagian hidungnya yang dibuang akibat kanser.

Menurut laporan Metro UK, Bree Towner, 28, dikesan menghidap kanser jenis 'basal cell carcinoma' tahun ini.

Towner kemudian menjalani beberapa pembedahan pada Mac untuk membuang kanser tersebut, termasuk memotong sebahagian besar hidungnya.

Kata Towner, kehilangan bahagian tersebut dan parut menyebabkan beliau hampir membunuh diri.

Baru-baru ini, duka Towner terubat setelah menjalani sebuah pembedahan yang menggunakan kulit kepalanya sebagai pengganti bahagian hidungnya yang terpaksa dibuang.

Towner mula mengalami simptom kanser selepas kehadiran sebuah benjolan pelik di bahagian hidung pada 2013.

Pemeriksaan kanser ketika itu menafikan beliau menghidap kanser, sehinggalah benjolan tersebut membesar tujuh bulan kemudian.

Bayi sembuh selepas kepala hampir putus


Bayi sembuh selepas kepala hampir putus

4 OKTOBER 2015
Bayi sembuh selepas kepala hampir putus Jackson Taylor ketika sedang dirawat di hospital.

BRISBANE - AUSTRALIA. Seorang bayi beransur sembuh selepas doktor menyambungkan kepalanya hampir putus akibat sebuah kemalangan baru-baru ini.

Laporan Inquisitr menyebut leher dan saraf Jackson Taylor, 16 bulan terputus (internal decapitation) dan kepalanya cuma bersambung melalui kulit.

Doktor kemudian menyambungkan leher Taylor dan memasang 'halo' di kepala bayi malang tersebut supaya saraf dan tisunya dapat sembuh.

Pembedahan tersebut digelar 'pembedahan ajaib' oleh pengamal perubatan di serata dunia.

Dr. Geoff Askin yang melakukan pembedahan tersebut menggunakan wayar dan sebahagian tulang rusuk Taylor untuk memperbaiki leher bayi tersebut.

Askin juga memberitahu, kecederaan Taylor adalah kecederaan paling teruk beliau pernah saksikan.

"Jumlah kanak-kanak yang mampu selamat dari kecederaan tersebut adalah sangat sedikit," kata Askin.

Katanya, walaupun mangsa kecederaan sebegitu berjaya dirawat, mangsa mungkin tidak akan berjaya bergerak atau bernafas.

Walau bagaimanapun, Taylor dikatakan bernasib baik kerana saraf penting di bahagiannya terputus dalam keadaan yang mampu dibaiki.

Keadaan Taylor yang masih bayi juga membantu penyembuhan kerana kanak-kanak mempunyai sistem penyembuhan yang lebih tinggi berbanding mereka yang lebih berumur.

Untungnya ramai ‘ibu’


Beijing: Seorang budak lelaki yang dibesarkan di dalam wad hospital di selatan China menyambut ulang tahun kelahirannya yang kelima minggu lalu bersama kakitangan pusat perubatan itu yang selama ini membantu membesarkannya.

Kanak-kanak dinamakan Junming oleh doktor hospital ditinggalkan di situ ketika baru dilahirkan.


People’s Daily Online melaporkan Junming yang menyambut hari jadinya pada 21 September lalu memanggil semua kakitangan sama ada jururawat atau doktor dengan panggilan ‘ibu.’

Walaupun ibu bapanya masih hidup malah berhubungan dengannya, mereka enggan menjaganya.

Ibunya Bu Yuhong mengalami komplikasi ketika bersalin dan Junming pula tidak bernafas atau mempunyai degupan jantung ketika dilahirkan.

Bagaimanapun, dia mula bernafas selepas doktor memberikan rawatan kecemasan selama lima minit.

Malangnya, ibunya mendakwa Junming menghidap palsi serebrum dan tidak mahu membawa anaknya pulang selain enggan membayar kos rawatannya.
- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Oktober 2015 @ 5:09 AM

JUNMING menyambut hari jadinya dengan ‘ibu’ dan ‘nenek’ di hospital.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/82436#sthash.LoBDEw1N.dpuf

Nasib suami pendek


Riyadh: Seorang wanita membuktikan ketinggian amat penting dalam rumah tangga apabila dia memfailkan tuntutan cerai daripada suaminya yang pendek.

Wanita berusia 20-an itu memberitahu pejabat kadi di Al-Qatif, bandar di Wilayah Timur, dia mahu bercerai daripada suaminya yang dikahwini tujuh bulan lalu atas alasan tidak tahan diejek dan tidak sanggup melihat orang ramai terkejut setiap kali melihat mereka berjalan bersama kerana si suami terlalu pendek berbanding dirinya.

Menurutnya, dia rasa terhina setiap kali melihat orang ramai memerhatikan dia dan suaminya, lapor akhbar tempatan Okaz.

Ketua pejabat kadi Sheikh Mohammad Al-Jirani berkata, kes itu adalah antara paling ganjil pernah dihadapi pejabat berkenaan.

Kebanyakan pengguna media sosial mengecam tindakan wanita itu dengan berkata, dia tidak sepatutnya menerima lamaran lelaki berkenaan sebelum mereka berkahwin.

Bagaimanapun, ada juga yang menyokong wanita itu dengan mendakwa dia mungkin menderita sepanjang hayat jika tidak bercerai. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Oktober 2015 @ 5:06 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/82407#sthash.kx9KTLIq.dpuf