Pages

Tuesday, January 18, 2011

Pemilik Bugatti isi minyak RM932



SEORANG pemilik kereta Bugatti Veyron mengisi minyak di stesen minyak Texaco, Chelsea baru-baru ini.


LONDON - Seorang pemandu kenderaan mewah jenama Bugatti Veyron mengisi minyak sebanyak £192 (RM932) di sebuah stesen minyak termahal di Britain, Texaco, lapor sebuah akhbar semalam.
Stesen itu mengenakan bayaran 159.9 pence (RM7.74) untuk setiap satu liter minyak.
Dia kelihatan mengisi minyak kereta buatan Perancis itu di Chelsea.
Kereta itu memerlukan sebanyak satu liter minyak untuknya bergerak sejauh 3.2 kilometer.
Harga minyak di Britain semakin meningkat kerana ia mengikut pasaran semasa. - Agensi

Saintis cipta 'cecair perisai'





GAMBAR atas menunjukkan fiber Kevlar dalam pembuatan jaket kalis peluru mempunyai kesan hentakan peluru yang sedikit kerana dicampur dengan 'cecair perisai'.


LONDON - Sekumpulan saintis mencipta sejenis bahan rahsia yang menyerap kekuatan peluru bagi melindungi tubuh askar, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Bahan rahsia itu membolehkan jaket kalis peluru akan menjadi lebih ringan sekali gus memberikan lebih banyak perlindungan kepada askar di medan pertempuran.
Kekuatan bahan rahsia itu dipamerkan dalam satu pameran pertahanan di sini baru-baru ini.
Teknologi itu yang digelar sebagai 'cecair perisai' dicipta oleh sekumpulan saintis dan jurutera di syarikat pertahanan keselamatan Britain, BAE.
Jurucakap BAE, Stewart Penney berkata: "Teknologi itu boleh dijelaskan melalui cara mengacau air dengan sebatang sudu."
Menurutnya, dalam air, anda akan berasa sedikit tentangan ke atas sudu sama seperti dengan 'cecair perisai' itu yang menyebabkan seseorang akan berasa sedikit tekanan.
- AgensiKosmo! Online - Dunia

Bos F1 akan terusbekerja kerana anak




RUMAH milik Petra di Chelsea.


LONDON - Bos perlumbaan kereta Formula Satu (F1), Bernie Ecclestone berkata, dia akan terus bekerja walaupun sudah berusia 80 tahun disebabkan dua orang anak dan seorang bekas isterinya, lapor sebuah akhbar semalam.
Ecclestone yang mempunyai kekayaan dianggarkan £2.4 bilion (RM11.68 bilion) berkata, dia akan membantu dua anak perempuannya itu memiliki hartanah di London.
Dia mempunyai dua anak perempuan, Tamara, 26, dan Petra, 22, hasil perkahwinannya dengan bekas isterinya, Slavica yang berpisah dengannya pada Mac lalu.
"Saya berasa bangga dengan mereka (kedua-dua anaknya itu), Mereka merupakan gadis yang baik. Mereka tidak bodoh apabila menyentuh soal wang. Kedua-duanya memiliki kewarasan dan itu sesuatu yang saya dan ibu mereka tegaskan.
"Kedua-duanya mempunyai kekasih lelaki. Mereka mengembara dan membaik pulih kediaman adalah tugas yang baik untuk Tamara," kata Ecclestone kepada akhbar Sunday Times.

BERNIE ECCLESTONE bersama dua anaknya, Tamara (kiri) dan Petra.


Ecclestone yang merupakan anak nelayan pukat tunda dari Ipswich, Britain membelanjakan £100 juta (RM486.99 juta) untuk kediaman anak-anaknya. Tamara yang merupakan seorang model telah mempunyai kediaman berharga £22 juta (RM107.13 juta) di Belgravia.
Namun, katanya, dia perlu menaik taraf kediaman tersebut sebelum kekasihnya, Omar Khyami berpindah ke rumahnya itu bersama dengannya.
Tamara yang merupakan bekas pengacara televisyen mendapat pendidikan di Sekolah Francis Holland di sini tetapi dia gagal untuk menamatkan pengajian di London School of Economics and University College London. - AgensiKosmo! Online - Dunia

Tikus dirakam di pejabat PM Britain




GAMBAR yang disiarkan akhbar Daily Mail semalam menunjukkan seekor tikus (dalam bulatan) berjalan di belakang wartawan, Garry O'Donoghue yang memberi penjelasan mengenai dasar kerajaan di depan pejabat Perdana Menteri Britain di 10 Downing Street, London.


LONDON - Seekor tikus yang besar dirakam jurukamera stesen Perbadanan Penyiaran British (BBC) semasa seorang wartawan, Garry O'Donoghue memberi penerangan mengenai dasar kerajaan di depan pejabat Perdana Menteri Britain, David Cameron di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Tikus itu yang berlari di depan bangunan pejabat Cameron berada di belakang wartawan tersebut dan ia dapat ditonton oleh penonton. Ketika kejadian, wartawan itu menjelaskan kepada penonton mengenai rancangan Perdana Menteri Britain untuk melakukan pembaharuan ke atas sektor awam.
Wartawan itu juga tidak menyedari kehadiran tikus berkenaan. Seorang penonton berkata, dia seolah-olah tidak percaya mengenai tikus itu yang menunjukkan keberanian dengan berlari semasa kehadiran orang ramai.
Sebelum ini, terdapat kucing yang sesat di pejabat itu dan ia tinggal semasa pentadbiran tiga orang bekas perdana menteri iaitu Margaret Thatcher, John Major dan Tony Blair.
Kucing itu mati pada 2006. - AgensiKosmo! Online - Dunia

Kecoh buaya muncul di Kuantan





INILAH buaya yang timbul di tasik buatan di Taman Seri Inderapura, Kuantan semalam.


KUANTAN - Selepas kemunculan buaya tembaga yang menggemparkan penduduk di Kampung Sungai Soi baru-baru ini, kini hampir 6,000 penduduk di Taman Seri Inderapura di sini pula kecoh dengan penemuan reptilia itu di sebuah tasik buatan di kawasan itu semalam.
Difahamkan, terdapat tiga ekor buaya mendiami tasik itu dan yang paling panjang dikatakan melebihi tiga meter.
Haiwan liar yang dipercayai menghuni kawasan itu sejak beberapa tahun lalu didakwa dilihat penduduk ketika timbul di permukaan air dan berjemur.
Situasi itu membimbangkan mereka kerana tasik tersebut terletak berhampiran sebuah sekolah agama rakyat yang mempunyai kira-kira 400 murid.
Seorang penduduk, Kamaruddin Ibrahim, 44, percaya buaya tersebut tersesat dari Sungai Belat dan masuk ke tasik itu ketika banjir besar beberapa tahun lalu.Kosmo! Online - Negara

Perintah darurat di Selatan Thailand dilanjutkan



BANGKOK - Kerajaan Thailand hari ini melanjutkan perintah darurat yang dikuatkuasakan di selatan negara ini sejak 2004 selama tiga bulan lagi.

Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva berkata, perintah itu dilanjutkan dari 20 Januari hingga 19 April ini.

Perintah itu meliputi Pattani, Yala dan Narathiwat serta semua daerah di tiga wilayah berkenaan, kecuali daerah Mae Lan di Pattani, yang ditarik balik baru-baru ini setelah keadaan kembali normal.

"Perintah itu perlu dilanjutkan di kawasan lain, tapi saya akan minta Kabinet menimbang semula keputusan berkenaan sekiranya keadaan mengizinkan," kata Abhisit selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet dekat sini.

Lebih 4,000 orang terbunuh sejak kumpulan pemisah dikatakan menyambung kempen bersenjata mereka untuk menuntut kemerdekaan bagi tiga wilayah berkenaan sejak tujuh tahun lepas. - BERNAMA

Kereta kebal Israel masuk Semenanjung Gaza





2011/01/18

BANDARAYA GAZA: Tujuh kereta kebal Israel memasuki bahagian utara Semenanjung Gaza berhampiran bandar Beit Hanun hari, kata saksi dan anggota pasukan keselamatan Hamas. 

Kereta kebal berkenaan yang memasuki sejauh 400 meter ke dalam wilayah Palestin, itu disusuli sebuah jentolak. Namun, tidak diketahui sama ada kerja meruntuh dirancang.

Taufik dibunuh elak rahsia pecah



Oleh M Hifzuddin Ikhsan 
hifzuddin@bharian.com.my
2011/01/18

pix_gal0
Mayat mangsa ditanam di belakang sebuah rumah selepas dipukul geng curi motosikal 

KOTA SAMARAHAN: Hanya disebabkan mengetahui banyak maklumat mengenai kegiatan sindiket curi motosikal, seorang pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semera di sini, dibunuh kejam sebelum mayatnya ditanam di belakang sebuah rumah di Kampung Pendam, Sadong Jaya, dekat sini, Sabtu lalu.Dalam kejadian jam 5 petang itu, Taufik Abdul Rahim, 15, berasal dari Kampung Iboi Ulu, dipercayai dipukul enam anggota geng curi motosikal sebelum mayatnya ditanam dalam lubang sedalam kira-kira 0.5 meter di belakang rumah salah seorang suspek.Kegiatan kumpulan itu terbongkar selepas polis mengesan seorang daripada suspek berusia 19 tahun menggunakan motosikal mangsa kira-kira jam 8 pagi semalam di pekan berdekatan, dan hasil soal siasat dia membawa polis ke tempat mangsa ditanam. 

Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Abdul Rahman Ahmad, berkata laporan kehilangan mangsa dibuat keluarganya di Balai Polis Asajaya pada jam 1.30 petang kelmarin, sebelum usaha mencari dilakukan. 

“Siasatan awal mengesahkan suspek bersama lima rakannya bertindak memukul mangsa dengan menggunakan kayu selepas bimbang mangsa membocorkan rahsia kegiatan mencuri motosikal di kawasan ini. 

“Suspek kemudian membawa polis ke lokasi kejadian yang terletak di belakang rumahnya sebelum mayat mangsa yang lengkap berpakaian ditemui ditanam dalam lubang,” katanya ketika ditemui, semalam. 
Difahamkan, sindiket curi motosikal itu turut terbabit dalam kegiatan pecah rumah sekitar Samarahan dengan suspek ditahan pagi semalam dikatakan bertindak sebagai orang tengah. 

Abdul Rahman berkata, ketika ini polis masih memburu lima lagi suspek dipercayai berusia lingkungan 30-an termasuk ketua kumpulannya untuk membantu siasatan kes pembunuhan Taufik. 

“Kita percaya mayat mangsa ditanam secara terburu-buru berikutan lubang digali tidak terlalu dalam. Mangsa dipercayai mati akibat dipukul di kepala dengan senjata tumpul. 

“Mayat mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira jam 3 petang (semalam) sebelum dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat,” katanya. 

Difahamkan, mayat Taufik ditemui dalam keadaan terduduk dengan kepala berdarah. Sementara itu, bapa mangsa, Abdul Rahim Hassan, 42, berkata kali terakhir beliau melihat anak ketiganya adalah ketika mangsa keluar rumah ke kedai bagi membeli barang keperluan dapur seperti diminta ibunya, Hajijah Kalim, 35. 

“Saya tidak sangka tingkah lakunya yang tiba-tiba duduk sambil merenung lama ke bawah selimut sebelum tidur malam Jumaat lalu, petanda dia akan pergi selama-lamanya,” katanya. 

Lelaki kacak, wanita cantik miliki IQ lebih tinggi

LONDON: Selain sering dilihat bertuah kerana sentiasa menjadi perhatian, seseorang yang memiliki wajah segak atau lawa juga didapati lebih cerdas berbanding orang lain.
Kajian terbaru dilakukan di Britain dan Amerika Syarikat mendapati, tahap purata IQ individu berwajah segak atau lawa adalah 14 mata lebih tinggi daripada orang biasa, Keputusan itu sekali gus menolak kepercayaan ramai bahawa wanita berambut perang atau lelaki kacak kurang cerdik.

Kajian itu dilakukan Sekolah Ekonomi London (LSE), baru-baru ini.

Menurut keputusan kajian itu, seseorang yang memiliki penampilan menarik mampu memikat pasangan yang bukan saja sama menawan, malah cerdas akal fikirannya.

Hasil hubungan itu, kata kajian berkenaan, pasangan terbabit boleh mendapat anak yang kemungkinan besar mewarisi kualiti fizikal dan mental mereka.

Penyelidik LSE, Satoshi Kanazawa, berkata daya tarikan fizikal mempunyai kesan ketara terhadap kecerdasan umum, sama ada dalam kawalan atau tidak.

“Hubungan di antara daya penarik dan kecerdasan turut semakin kuat di kalangan lelaki dan wanita,” katanya. Antara selebriti Barat yang memiliki daya penarik fizikal dan cerdas minda adalah supermodel, Lily Cole (pernah belajar di Universiti Cambridge) dan pelakon, Kate Beckinsale (lulusan Universiti Oxford). - DM