Pages

Monday, August 2, 2010

Gambar kemusnahan yahudi kesan roket dari Semenanjung Sinai dan Perbatasan Jordan



Aman – Infopalestina: Sumber-sumber Jordan dan Israel membenarkan adanya berita tentang jatuhnya sejumlah roket ke kota Eilat (Ummul Rasyrasy) dan Aqabah Jordan yang berdekatan dengan kota Israel tersebut, di pantai laut merah, Isnin (2/8) pagi.
Sumber-sumber di militer Israeil menyatakan 5 roket meledak pagi ini di kota Eilat. Dan dua roket lainnya jatuh di pantai laut merah, sebuah roket jatuh di daerah pertanian dan satu lainnya di wilayah Jordan.
Sementara itu Kementerian  dalam negeri Jordan mengesahkan  4 orang mati di kota Aqabah Jordan  akibat jatuhnya roket Grad ke kota tersebut.
Sumber-sumber tentera Israeil  mengesahkan bahawa roket-roket tersebut ditembakan dari semenanjung Sinai Mesiratau dari wilayah perbatasan Jordan. (asw)
Gambar kemusnahan di pihak yahudi.

الاحتلال يزعم سقوط صاروخ محلي الصنع على شعار هنيغف جنوب فلسطين المحتلة: الاحتلال يزعم سقوط صاروخ محلي الصنع على شعار هنيغف جنوب فلسطين المحتلة

2 Pasang pengantin di Palestin bersanding dalam Jentolak


Mukjizat dan Nikmat tidur


http://kaheel7.com/userimages/sleep_learning_00.JPG

“dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan ….

http://kaheel7.com/userimages/sleep_learning_01.JPG
Dalam studi baru-baru ini (yang diterbitkan dalam jurnal Nature Neuroscience) para ilmuwan menemukan bahwa tidur pada malam hari tidak cukup untuk manusia, tetapi harus tidur siang hari untuk waktu singkat (satu setengah jam, misalnya). Para ilmuwan telah menemukan bahwa otak sebetulnya merasa lelah di siang hari akibat akumulasi informasi yang sampai kepadanya sehingga kinerjanya menjadi kurang efisien dan dengan demikian memerlukan rehat sejenak. Rehat ini bagi otak merupakan penyusunan kembali informasi dan pengorganisasian gelombang-gelombang sel dan memantapkan informasi yang diperoleh di siang hari.
Oleh karena itu para ilmuwan menegaskan pentingnya tidur malam hari atau tidur sebentar siang hari dan bahwa pemberian rehat kepada otak ini memperkuat memori. Mereka menemukan bahwa orang yang biasa tidur sebentar di siang hari, kinerja ilmiahnya mereka lebih baik, dan kemampuan mengingat sesuatunya akan lebih cepat.
http://kaheel7.com/userimages/sleep_learning_06.JPG
Para ilmuwan mengatakan: Fenomena tidur adalah sebuah sebuah mukjizat yang layak direnungkan dan dikaji lebih dalam karena ia merupakan fenomena kompleks. Maha Suci Allah yang telah mengisyaratkan dalam kitab suci-Nya al-Quran tentang pentingnya tidur di malam dan siang dan menegaskan bahwa tidur adalah salah satu tanda kebesaran Allah dan mukjizat yang harus kita renungkan. Allah berfirman:

(وَمِنْ آَيَاتِهِ مَنَامُكُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَابْتِغَاؤُكُمْ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ) [الروم: 23].

“ dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan”. Surah Al-Rum 23.

Beirut sedia berdepan tentera regim Zionis

BEIRUT: Presiden Lubnan, Michel Sleiman berkata angkatan tentera negaranya sedia berhadapan dengan ancaman daripada regim Zionis.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari Pahlawan di Lubnan, semalam sambil menggesa supaya parti politik di negara itu bersatu dalam menghadapi musuh negara. Michel berkata, Beirut akan sentiasa menyokong hak rakyat Palestin dan membantu mereka pulang ke negara sendiri.
Beliau membuat kenyataan itu berikutan pencerobohan pesawat pejuang Israel di ruang udara Lubnan, minggu lalu.

Permusuhan regim Zionis dan Lubnan mencetuskan perang pada 2000 dan 2006. Perang 33 hari itu mengorbankan lebih 1,200 rakyat Lubnan yang kebanyakannya orang awam.

Perang berakhir selepas gerakan pejuang Hizbullah berjaya memaksa negara Yahudi itu berundur.

Bagaimanapun, ketegangan memuncak antara Lubnan dan Israel sejak beberapa bulan lalu selepas Beirut menahan beberapa perisik Tel Aviv.

Michel berkata, perisik Israel yang ditangkap itu akan didakwa kelak.

Lebih 12 individu termasuk kakitangan syarikat telekomunikasi di Lubnan ditahan sejak tahun lalu selepas disyaki bekerjasama dengan agensi risikan Israel, Mossad. - Agensi

Belanda kerah askar di Afghanistan pulang

KABUL: Pasukan tentera Belanda dilaporkan akan berundur dari Afghanistan selepas empat tahun terbabit dalam perang dipelopori Amerika Syarikat (AS) di negara itu.
Belanda memutuskan untuk mengarahkan semua tenteranya pulang walaupun Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) meminta supaya kehadiran angkatan tentera bersekutu dilanjut hingga Ogos tahun depan. Ketua Turus Angkatan Tentera Belanda, General Peter Van Uhm berkata, negaranya mahu menamatkan pembabitan di selatan wilayah Urugzan berikutan keamanan semakin pulih di situ.
Kumpulan terakhir dengan 250 tentera daripada 2,000 yang dikerah ke Afghanistan dijangka pulang minggu hadapan.

Tugasan tentera Belanda di wilayah terbabit akan diserahkan kepada tentera AS dan Australia.

Dilaporkan 24 askar Belanda terkorban dalam misi perang di Afghanistan sejak 2006. Walaupun kehilangan 24 anggota tentera, Van Uhm berkata, Belanda bangga kerana dapat membantu menegakkan keamanan di Afghanistan dan sudah melatih 3,000 tentera Afghan yang berupaya menjaga keselamatan negara mereka. - Agensi

Larangan penggunaan bom berangkai dikuat kuasa

LONDON: Perjanjian antarabangsa melarang penggunaan bom berangkai dikuat kuasakan, semalam.
Perjanjian itu melarang pengeluaran, penggunaan dan pemindahan bom berangkai selepas dimeterai di Ireland pada 2008. Perjanjian itu dipersetujui 108 negara dan disahkan oleh 38 negara termasuk Britain, Jerman dan Perancis.
Bagaimanapun, Amerika Syarikat, Israel, China dan Russia yang dikatakan mempunyai simpanan satu bilion bom berangkai menolak perjanjian itu.

Penggunaan bom berangkai oleh Israel dalam perang 33 hari terhadap Lubnan pada 2006 mendorong kepada perbincangan untuk memeterai perjanjian larangan berkenaan. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) menganggarkan kira-kira empat juta bom berangkai digugurkan ke atas orang awam di selatan Lubnan dalam perang itu.

Pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International berkata, larangan sedunia terhadap penggunaan bom berangkai adalah satu keputusan bijak pernah dilakukan sejak sedekad lalu. - Agensi

Pasu antik RM2.5 juta

LONDON: Selama bertahun-tahun dua pasu tembikar China di sebuah kediaman sepasang pesara terbiar di rak perabot. Bagaimanapun, tiada siapa tahu harga dua pasu berkenaan mencecah £500,000 (RM2.5 juta) dalam satu majlis lelongan.
Pasu tembikar zaman dinasti Qianlong itu adalah hadiah perkahwinan pasangan berkenaan daripada bapa pengantin lelaki pada 1965. Nilai pasu berukuran 10 inci itu dianggarkan mencecah antara £40,000 (RM200,000) hingga £60,000 (RM300,000) sebelum dijual.
Namun, harganya meningkat apabila dijual dalam satu majlis lelongan selepas mendapat bidaan hingga £500,000 (RM2.5 juta) oleh seorang pembida asing.

Pasangan berkenaan mendapat tahu pasu yang dimiliki mereka amat berharga selepas seorang pakar barang antik mengunjungi kediaman pasangan itu.

Pakar yang menemui pasu itu terbiar di atas rak almari dalam sebuah bilik di rumah pasangan itu mencadangkan supaya mereka menjualnya.

Ketika pasu itu dibawa ke firma lelongan Duke di Dorchester, Dorset, berita mengenainya tersebar luas hingga pihak penganjur terpaksa membuka 10 talian telefon untuk pembida dari luar negara.

Pasaran untuk barangan berkualiti tinggi dari China mendapat permintaan tinggi sejak beberapa tahun lalu berikutan pertumbuhan pesat ekonomi China.

Sesetengah barang antik China bernilai lima kali lebih tinggi berbanding harga asalnya tiga tahun lalu.

Pasu dimiliki pasangan pesara itu dipercayai dibuat di bengkel istana pada pertengahan kurun ke-18. - Agensi

Pantau 188 stesen minyak



KUANTAN - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang (PPDNKK) memantau 188 stesen minyak di negeri ini bagi memeriksa tahap pematuhan pengusahanya terhadap arahan larangan penjualan petrol RON95 dan diesel kepada kenderaan asing. 

Arahan di bawah Peraturan 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 itu berkuat kuasa mulai semalam seluruh negara. 

Pengarahnya, Mohd A Aruwan Abdul Aziz berkata, selain menjalankan rondaan, pegawainya juga akan ditempatkan di stesen minyak yang dikenal pasti menjadi tumpuan pelancong bagi memantau secara statik. 

Menurutnya, semua pengusaha stesen minyak perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan itu atau berdepan tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 

“Kegagalan mematuhi arah itu menjadi satu kesalahan di bawah Peraturan 22 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan jika sabit kesalahan mereka boleh didenda RM100,000 atau tiga bulan penjara bagi orang perseorangan dan RM250,000 bagi syarikat sendirian berhad,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena lawatan pemeriksaan berkaitan arahan tersebut ke beberapa stesen minyak di sekitar Kuantan, semalam. 

Mohd A Aruwan berkata, semua stesen minyak diminta menampal notis pemberitahuan di setiap pam untuk memudahkan pengguna terutama pelancong yang terlibat berhubung peraturan baru itu. 

“Daripada 188 stesen minyak di negeri ini, kita dapati hanya 103 buah yang menjual petrol RON97 manakala selebihnya hanya menjual petrol RON95. 

“Kita juga akan menampal notis pemberitahuan di stesen minyak yang tidak menjual petrol RON97 supaya pemandu kenderaan asing mudah mendapatkan bekalan itu di stesen-stesen berhampiran,” katanya. 

Sementara itu bagi pengusaha stesen minyak Petronas Jalan Teluk Sisek di sini, Nohashimah Mansor berkata, pihaknya sudah membuat persediaan termasuk memaklumkan kepada pekerja berhubung arahan baru itu yang berkuat kuasa semalam. 

Menurutnya, pemantauan akan dijalankan pekerjanya terutama yang bertugas di pam bagi memastikan tiada kenderaan menggunakan nombor pendaftaran asing membeli petrol RON95. 

“Kami sedia bekerjasama dengan PPDNKK berhubung arahan ini dan ia tidak menjadi masalah walaupun tidak lagi menjual petrol RON97,” katanya. 

Dia berkata, kebanyakan pelancong yang mengisi minyak di stesen minyaknya datang dari Singapura dan menginap di hotel berhampiran bagaimanapun mereka itu lebih selesa memilih petrol RON97.

Orang awam korban Perang Afghanistan



- SUHAIMI MOKHTAR

Pengendalian perang Afghanistan terdedah kepada satu dimensi baru apabila rahsia-rahsia peperangan itu yang kini memasuki 10 tahun didedahkan melalui 9,000 dokumen-dokumen rahsia yang di siarkan di laman maya Wikileak dan akhbar New York Times (AS), The Guardian (UK) dan Der Speigal (Germany). 

Pendedahan dokumen-dokumen rahsia tentang pengendalian perang sejak 2001 itu mendedahkan bagaimana peperangan itu dikendalikan yang mempamerkan pelbagai perkara yang selama ini tidak diketahui umum. 

Cara peperangan itu dikendalikan membolehkan mereka yang terlibat patut dihadapkan ke mahkamah antarabangsa kerana melakukan jenayah terhadap kemanusiaan. Pemimpin-pemimpin AS dan sekutu baratnya yang memulakan peperangan wajar dihadapkan ke mahkamah dunia di Belanda. 

Dokumen-dokumen itu memperincikan pengendalian perang selama hampir satu dekad itu menyalahi pengendalian perang mengikut undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Geneva. Ia melanggari norma-norma yang terkandung dalam peperangan yang perlu dihormati oleh mereka yang terlibat dalam peperangan. 

Perincian di dalam dokumen itu mendedahkan wujudnya apa yang dinamakan pasukan khas 313 yang mempunyai fungsi khusus menghapuskan musuh dan apa juga halangan di hadapannya. Selalunya pasukan khas bertindak sebagai skuad pembunuh. 

Dokumen-dokumen itu juga menyebut bahawa angka kematian orang awam yang sebenarnya adalah lebih tinggi dari angka yang disebarkan kepada umum. Ada kematian orang awam yang tidak dilaporkan. 

Beberapa pendedahan awal ini sangat kritikal terhadap perang Afghanistan itu sendiri yang dimulakan oleh George W.Bush dengan menumbangkan pemerintahan Taliban dan kemudiannya secara unilateral menakluki dan menjajah bumi Iraq dengan menumbangkan regim Saddam Hussien. 

Dokumen rahsia itu dalam jumlah yang banyak dan tentulah lebih banyak perkara-perkara yang memeranjatkan akan terdedah nanti apabila ia diteliti satu persatu bagaimana pengendalian perang itu dilaksanakan. 

Dimensi baru dari peperangan ini memberi indikasi bahawa peperangan menentang keganasan atau war on terror yang dimulakan di Afghanistan tidak mungkin akan dapat dimenangi oleh kuasa-kuasa perang kerana ramainya pihak awam yang terkorban. 

Jumlah ramainya orang awam yang terkorban menggambarkan bahawa tidak mudah bagi kuasa penakluk dan penjajah untuk memenangi hati nurani rakyat dalam peperangan yang berlaku, bahkan ia meningkatkan simpat rakyat kepada para pejuang yang dianggap pengganas tetapi mereka mengatakan mereka adalah pejuang yang bangkit mempertahankan negara mereka. 

Regim Hamid Karzai sendiri yang diangkat oleh kuasa penakluk dan penjajah sering memberi kritikan dan kecaman pedas terhadap tentera multinasional Nato terhadap pengendalian perang mereka yang menyebabkan lebih ramai orang awam yang terkorban. 

Lebih ramai orang awam yang terkorban lebih meningkatkan lagi simpati rakyat dan umum terhadap para pejuang dan merumitkan lagi usaha kuasa penakluk dan penjajah untuk menukarkan arah perang untuk berpihak kepada mereka. 

Dalam situasi sedemikian tidaklah mudah bagi kuasa AS dan barat untuk mencapai matlamat kemenangan dalam peperangan yang dikendalikan mereka kerana ciri-ciri untuk mereka mencapai kemenangan tidak berpihak kepadanya. 

Para pejuang terus meningkatkan perjuangan mereka berdasarkan hakikat bahawa lebih ramai tentera AS dan sekutu Natonya yang terkorban. Ia adalah sebagai petunjuk bahawa serangan-serangan berani mati, bom kereta dan tepi jalan yang mereka laksanakan mencapai sasarannya. 

Tidak mudah untuk mengenal pasti pejuang Taliban kerana mereka berada di tengah-tengah masyarakat, kecuali mereka yang beroperasi di kawasan-kawasan pergunungan dan bukit- bukau. Disebabkan keadaan ini menyebabkan tentera AS dan Nato sering tersasar dalam serangan-serangan mereka menyebabkan orang awam menjadi mangsa yang terkorban. 

Para pejuang bergaul bersama masyarakat pada waktu-waktu tertentu dan pada waktu yang lain pula berperanan melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai pejuang menyebabkan tidak mudah bagi tentera AS dan Nato mengenali mereka. 

Dalam dokumen rahsia yang didedahkan tercatat juga nama-nama mereka yang mengambil upah menjadi perisik-perisik yang memberi maklumat kepada tentera AS dan Nato tentang aktiviti pejuang Taliban bagi memudahkan tentera penakluk mengatur strategi dan operasi dalam perang yang panjang ini. 

Pendedahan nama-nama ini meletakkan mereka yang mengambil upah sebagai perisik ini berada dalam bahaya dan mereka akan menjadi sasaran pihak pejuang Taliban untuk dimusnahkan. Dokumen-dokumen rahsia yang didedahkan ini juga menunjukkan betapa kebocoran maklumat berlaku di sana-sini dan tingginya kadar rasuah sepanjang pengendalian perang Afghanistan ini. 

Turut didedahkan dalam maklumat rahsia itu ialah bahawa agen –agen perisik Pakistan terlibat membantu pejuang Taliban dalam operasinya mensasarkan tentera AS da n Nato. Dakwaan ini bagaimana pun dinafikan sekeras-kerasnya oleh pihak perisikan Pakistan. 

Pendedahan ini agak anih kerana di satu pihak tentera Pakistan sedang melakukan serangan habis-habisan terhadap kedudukan Taliban Pakistan di Wazirstan dan di Pashwar, ibu wilayah North West Frontier (NWF) dan Lembah Swat, dekat Pashwar yang kini sedang dilanda banjir paling besar sejak 80 tahun lalu dan pada masa yang sama didakwa membantu pejuang Taliban di Afghanistan. 

Kesahihan maklumat rahsia ini masih menjadi tanda tanya dan pendedahan nya adakah disengajakan atau tidak disengajakan dan apa tujuannya masih tidak dapat dipastikan, tetapi Presiden Obama dalam kenyataannya telah mengecam kebocoran maklumat perang selama lebih sembilan tahun itu. 

Kecelaruan dalam pengendalian perang Afghanistan ini jelas terserlah bukan setakat berlakunya kebocoran maklumat rahsia ini tetapi juga berlakunya pertukaran pemerintah pimpinan tertinggi AS dalam perang Afghanistan ini. 

Perang Afghanistan atau perang menentang keganasan atau war on terror dari mula hari pertama lagi sudah tidak betul perjalanan dan pengendaliannya dan sentiasa di selubungi dengan sesuatu yang melakarkan bahawa ia suatu perlakuan jenayah perang dan kemanusiaan. 

*Penulis ialah Perunding Media di Kuala Lumpur.

Sebaik-baik perhiasan rumah kita, yang menjadi pilihan Allah SWT

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs079.snc4/35320_411010760492_222059925492_5123407_109139_n.jpg
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sinarilah rumah kamu dengan mendirikan sembahyang dan membaca Al-Quran" (Riwayat Al-Baihaqi)

Diantara cara mencapai kemanisan iman

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs158.snc4/37222_403704130492_222059925492_4930110_5870278_n.jpg
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "  Tiada seorang Muslim yang melihat wanita lalu dia memejamkan matanya, melainkan Allah s.w.t. akan memberi padanya rasa lazat beribadat dihatinya " (Riwayat Ahmad & Al-Tabrani)

Puasa yang dituntut oleh Syara'


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs164.snc4/37532_145420595469857_100000057516101_407428_7179999_n.jpg
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: " Puasa bukan sekadar menahan makan, minum tetapi puasa yang  sebenar adalah menahan diri dari langha (perkataan tidak berguna) dan kata-kata yang keji " (Riwayat Muslim)

Jika termakan semasa puasa, itu adalah rezeki daripada Allah SWT

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs112.snc4/35959_143180409034278_131141086904877_329332_7752561_n.jpg
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Apabila salah seorang kamu lupa bahawa ia berpuasa, lalu ia makan dan minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya kerana sesungguhnya ia telah diberi makan dan minum oleh Allah s.w.t." (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Bertikam lidah hanya di mahkamah





"UNTUK menjadi peguam syarie bukan mudah. Realitinya mereka akan melalui satu tempoh yang amat sukar atau dalam erti kata lain terpaksa bersusah-payah sebelum berjaya menjadi peguam syarie."
Demikian penjelasan Mohd. Ridhwan Husin, 28, seorang peguam syarie muda dari Tetuan Zulkifli Yong Azmi & Co. berhubung kerjaya tersebut.
Menurut Ridhwan, ketika baru bergelar peguam syarie, risiko pertama yang harus dihadapi ialah pendapatan yang tidak menentu kerana ketiadaan kes atau anak guam untuk diwakili.
"Itu satu perkara normal yang tidak boleh dinafikan. Jika anda baru menceburi kerjaya ini dan masih belum dikenali, memang sukar untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan untuk mewakili mereka.
"Tetapi harus diingat untuk bergelar peguam syarie, kita perlu mempunyai minat yang mendalam, sanggup berkorban, kena tahu undang-undang dan pandai menganalisis hukum syarak.
"Selain itu, kita juga perlu bijak memahami mana-mana prosedur undang-undang sivil untuk diaplikasi di mahkamah syariah selagi mana ia tidak bertentangan dengan hukum syarak," jelas Ridhwan yang memulakan kerjayanya sebagai peguam syarie sejak dua tahun lalu.
Pemegang Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya (UM) dan Diploma Lepasan Syariah dan Amalan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu memberitahu, ramai pelajar undang-undang tidak mahu menjadi peguam syarie kerana kerjaya tersebut dianggap mencabar.
Selain terpaksa berhadapan dengan isu perebutan harta pusaka, mereka juga mengendalikan hak penjagaan anak, pelbagai isu tuntutan di antara suami isteri yang bercerai dan banyak lagi.
"Keadaan ini menyebabkan mereka rela memilih kerjaya lain yang lebih menjamin masa depan. Justeru, saya harap lebih ramai pelajar undang-undang di Malaysia akan terjun dalam bidang ini," ujar anak ke-16 daripada 18 adik-beradik yang berasal dari Felda Sungai Kelamah, Gemas, Negeri Sembilan itu.
Apakah misi beliau sebagai peguam syarie? Ridhwan pantas menjawab: "Saya mahu terus berjuang sebagai peguam syarie di Malaysia. Jika mahkamah sivil mempunyai peguam negara dan jika jawatan itu diwujudkan untuk mahkamah syariah, maka itulah impian saya."
Bagi peguam syarie, Dorina Abdullah, 31, dari Tetuan Kamar Ainiah, Raziff & Zashidi pula, etika kerjaya itu sama seperti peguam sivil iaitu tidak boleh terlalu emosi sewaktu mengendalikan sesuatu kes dan ia mengajar seseorang supaya lebih profesional.
Cuma, apa yang penting pemikiran setiap peguam syarie perlu jelas dalam menentukan apa yang diinginkan. Menjelaskan lebih lanjut, Dorina berkata, ia bukan persoalan sama ada menang atau kalah.
Melawan hukum
Di dalam mahkamah syariah, persoalan tunjang yang harus difahami adalah adakah kita membawa kes yang betul mengikut hukum syarak atau sebaliknya.
"Kalau anak guam datang meminta kita berbuat sesuatu yang melanggar hukum syarak, maka kita tidak akan mengambil kes tersebut.

PERMINTAAN terhadap peguam syarie amat tinggi tetapi jumlah mereka yang memilih kerjaya tersebut sangat rendah.


"Contohnya kes yang melibatkan penjagaan anak yang berada di bawah jagaan si ibu. Kemudian si ibu meminta agar bekas suaminya tidak dibenarkan melawat si anak, sudah pasti peguam syarie tidak boleh berbuat demikian.
"Tindakan itu jelas melawan hukum," kata Dorina sambil menegaskan bahawa peguam syarie bukan sekadar kerjaya tetapi tanggungjawab yang berat dalam menjaga dan mengangkat hukum Allah.
Berpegang pada kepercayaan rezeki ditentukan Allah, peguam syarie kelahiran Tapah, Perak itu tidak bimbang dengan situasi turun naik yang sering berlaku dalam kerjaya itu.
"Saya yakin jika kita memberikan yang terbaik dalam setiap kes yang dikendalikan dan melakukannya atas nama kebenaran, insya-Allah, kita tidak perlu mencari pelanggan, sebaliknya mereka akan datang kepada kita," tutur Dorina sambil mengakui bahawa tiada diskriminasi di antara peguam syarie lelaki dan wanita.
Baginya ia terpulang pada keselesaan anak guam itu sendiri.
Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd. Ralip, 36, berkata, komuniti peguam syarie di Malaysia terbahagi kepada dua.
Pertama, mereka yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan satu lagi yang mempunyai ijazah undang-undang (LLB) di mana mereka juga boleh menjadi peguam syariah dan sivil. Sehingga kini terdapat kira-kira 1,000 peguam syarie di Malaysia.
"Hubungan antara peguam syarie amat baik. Apa yang kami bentangkan hanya di mahkamah dan kalau bertegang leher pun cuma di sana kerana menegakkan kebenaran bagi pihak anak guam masing-masing. Di luar, kami berkawan dan tidak bermasam muka," tutur Mohamad Isa yang berpengalaman selama 11 tahun dalam kerjaya itu.
Di samping itu, cabaran sebenar peguam syarie adalah berbalik kepada cara mereka menangani kes-kes dengan bijaksana dan beretika, cara memberi khidmat terbaik kepada anak guam dan cara memberikan hujah-hujah yang bernas berdasarkan hukum syarak, dalil-dalil al-Quran dan juga Sunnah Nabi saw.
"Ini perkara utama yang perlu diambil perhatian oleh peguam syarie memandangkan kes-kes syariah yang ada sekarang sangat rumit. Jika dulu orang bercerai senang kerana mereka tidak akan membuka cerita-cerita buruk atau mengaibkan pasangan masing-masing.
"Tetapi kini ia sudah jauh berbeza. Begitu juga dengan kes-kes melibatkan tuntutan harta yang menjadi semakin rumit. Bagi mengatasi masalah ini, setiap peguam syarie perlu belajar dan sentiasa memantapkan ilmu serta rajin mengkaji sesuatu hukum untuk menyelesaikan masalah tersebut," terang Mohamad Isa.
Berdepan dilema
Di sebalik peranan penting yang dimainkan peguam syarie, kerjaya itu turut berdepan dilema yang adakalanya membuatkan mereka tidak senang duduk apabila ada pihak-pihak tertentu campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh mahkamah syariah.
Mohamad Isa yang mewakili PGSM berpandangan, dalam isu-isu yang melibatkan keputusan atau perintah mahkamah syariah, ia perlu dipatuhi tidak kira betapa besar sekali pun pangkat seseorang.

PEGUAM syarie perlu bersedia untuk berkhidmat untuk anak guam mereka dengan memberikan hujah berlandaskan al-Quran dan Sunnah.


"Kadang-kadang kita takut untuk melaksanakan syariah kerana takut dengan Islam itu sendiri. Kita takut orang pandang negatif pada Islam sedangkan hakikatnya kalau terdapat ketidakpatuhan terhadap perintah mahkamah syariah, maka seolah-olah kita sendiri yang meremeh-remehkan perkara tersebut.
"Tindakan ini sekali gus mampu mengundang rasa tidak hormat orang bukan Islam terhadap undang-undang Islam," katanya sambil berharap perkara itu diberi perhatian serius oleh pihak terbabit.
Seperkara lagi yang menjadi dilema peguam syarie adalah apabila masyarakat memandang rendah kepada mereka apabila bertindak membela suami atau isteri yang tidak bertanggungjawab atau dituduh melakukan kesalahan.
Sebenarnya masyarakat perlu tahu bahawa peguam syarie adalah orang yang meletakkan hak di mana selagi yang dituduh tidak dihukum salah, maka mereka boleh membelanya. Itu hak tertuduh. Masalah kedua adalah apabila masyarakat melihat peguam syarie sebagai kerjaya yang melibatkan agama, maka mereka akan mempersoalkan kenapa perlu dibayar upah yang tinggi untuk mendapatkan khidmat peguam tersebut.
"Orang ramai kena faham, dalam Islam sendiri ada menjelaskan tentang ijrah iaitu upah yang perlu dibayar jika seseorang telah melakukan sesuatu jika diminta. Dari segi bayaran, memang tiada sebarang penetapan. Sebaliknya, ia bergantung kepada perkhidmatan peguam tersebut.
"Andainya peguam itu berpengalaman luas, maka semakin tinggilah bayarannya. Situasi ini boleh diumpamakan jika kita mahu memakan mi goreng sama ada di warung atau di hotel. Jika hotel menjadi pilihan, sudah tentu kita terpaksa mengeluarkan bayaran yang tinggi dan begitulah jika sebaliknya.
"Cuma masyarakat suka menganggap jika melibatkan agama, semua mesti percuma atau fisabilillah (kerana Allah). Tetapi mereka lupa bahawa peguam juga mempunyai tanggungan sendiri dan perlu mengeluarkan belanja dalam mengendalikan sesuatu kes," ujar Mohamad Isa yang berharap kerjaya tersebut dapat difahami dengan jelas oleh orang awam.

Ayam betina 'berlagak' seperti penguin



AYAM betina seperti penguin berjalan bersama ayam lain.


BEIJING - Seekor ayam betina milik seorang petani, Lu Xi berjalan seperti penguin di wilayah Jiangsu, lapor sebuah akhbar semalam.
Ayam itu tidak pernah terbang dan kerap melihat ke arah air dengan memikirkan ia boleh berenang.
Gelagat pelik yang diberi nama jolokan Mumble oleh pihak media itu menyebabkan ia terselamat daripada menjadi hidangan masakan oleh tuannya.
Menurut Xi, ayam itu memiliki kepak yang kecil seperti penguin menyebabkan ia berjalan secara tegak dan tidak boleh terbang seperti ayam lain. - Agensi

Perkahwinan ‘diraja’ anak Bill Clinton



GAMBAR menunjukkan Marc Mezvinsky (kiri), isterinya, Chelsea (dua dari kiri), Hillary dan Bill di Astor Court, Rhinebeck, New York kelmarin.


RHINEBECK – Chelsea Clinton yang merupakan anak bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Bill Clinton dan Setiausaha Negara, Hillary Clinton berkahwin dengan kekasihnya di sebuah hartanah mewah di Sungai Hudson di ini dengan dihadiri sejumlah kecil tetamu kenamaan kelmarin.
Perkahwinan Chelsea, 30, dan kekasihnya, Marc Mezvinsky, 32, di kawasan rumah mewah Astor Courts dianggap seperti perkahwinan keluarga diraja.
Chelsea merupakan satu-satunya anak pasangan Bill dan isterinya, Hillary.
Kawasan rumah tempat majlis perkahwinan itu berlangsung seluas 20 hektar dan terletak 160 kilometer ke utara bandar raya New York.
Bill dan Hillary kemudian mengeluarkan kenyataan semalam bagi mengucapkan terima kasih bagi pihak pengantin baru kepada penduduk di sini kerana menyambut ketibaan mereka pada hari istimewa itu.
Semasa remaja, Chelsea dan Mezvinsky menjalin hubungan sebagai rakan di Washington dan kedua-dua mereka belajar di Universiti Stanford.
Pasangan itu kini tinggal di New York.
Mezvinsky bertugas di sebuah syarikat lindung nilai manakala Chelsea telah menamatkan pengajian peringkat sarjana di Universiti Columbia dalam bidang kesihatan awam pada awal tahun ini. – Agensi

Saintis temui sungai di bawah laut



Gambar menunjukkan lokasi sungai di bawah Laut
Hitam dekat Turki.


LONDON - Sekumpulan saintis Britain menemui sebatang sungai yang keenam terbesar di dunia di bawah Laut Hitam di Mediterranean, lapor sebuah akhbar semalam.
Jika sungai itu terdapat di daratan, para saintis menganggarkan ia akan menjadi yang keenam terbesar di dunia berdasarkan jumlah air yang mengalir.
Menurut pasukan penyelidik dari Universiti Leeds, Britain, sungai itu membawa air masin dan enapan.
Pasukan penyelidik itu menggunakan sebuah kapal selam robot untuk mengimbas sungai tersebut dekat Turki.
Sungai bawah laut itu yang satu-satunya yang ditemui setakat ini mengalir dari air masin yang melalui Selat Bosphorus dari Laut Mediterranean ke Laut Hitam.
Semasa melalui Laut Hitam itu, airnya mengandungi kandungan garam yang kurang.
Penemuan itu akan menjelaskan kenapa kehidupan boleh hidup di laut dalam yang terletak jauh dari air yang kaya dengan khasiat.
Ketua pasukan penyelidik itu, Dr. Dan Parsons memberitahu akhbar Sunday Telegraph, pada setiap saat, sungai bawah laut itu membawa 22,000 kubik air yang melalui terowong bawah tanah.
Menurutnya, jumlah itu 10 kali ganda lebih besar daripada sungai terbesar di Eropah, Sungai Rhine.
Sungai yang terpanjang di dunia ketika ini ialah Sungai Nil diikuti dengan Amazon, Yangtze, Mississippi-Missouri, Yenisei-Angara Selenga di Rusia dan Mongolia serta Sungai Kuning di China. - Agensi

Tentera Belanda tamat misi di Afghanistan



KABUL 1 Ogos - Tentera Belanda menamatkan misi mereka di Afghanistan hari ini selepas empat tahun menyertai misi tentera bersekutu diketuai Amerika Syarkat (AS) di negara ini.
Pakar menyifatkan langkah itu sebagai isyarat permulaan pengunduran tentera asing dari bumi Afghanistan dalam peperangan yang berlarutan selama sembilan tahun dan dijangka memburukkan keganasan yang dipimpin kumpulan Taliban.
Pegawai kedutaan Belanda di Kabul berkata, upacara kecil sambutan "perubahan perintah" diadakan di pangkalan tentera utama di tengah wilayah Uruzgan di mana kebanyakan 1,950 tentera Belanda ditempatkan.
Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (ISAF), yang meminta Belanda untuk melanjutkan misi mereka setahun lagi, memberi penghormatan kepada sumbangan negara itu dan berkata, mereka akan mengekalkan keupayaan di kawasan tersebut.
"Tentera Belanda telah memberi perkhidmatan yang cemerlang di Uruzgan dan kami memberi penghormatan atas pengorbanan mereka dan rakan sejawat dari Afghanistan semasa Belanda ditempatkan di wilayah ini.
"Kami merancang untuk menukarkan kepada operasi baru pelbagai negara bagi memastikan kelancaran peralihan... Kami akan mengekalkan keupayaan semasa," kata jurucakap ISAF, Major Joel Harper, dalam satu kenyataan.
Penempatan pasukan tentera Belanda di Afghanistan bermula pada 2006 dan sejak itu seramai 24 anggotanya terbunuh dalam operasi di negara ini.
Permintaan NATO kepada Belanda untuk memanjangkan misi tentera mereka mencetuskan krisis politik yang menyebabkan kerajaan Belanda tumbang pada Februari lalu.
NATO dan AS menempatkan 150,000 anggota tentera di negara ini, namun angka kematian yang semakin meningkat di pihak tentera beserkutu telah menyebabkan tekanan politik di AS dan negara-negara sekutunya disebabkan para pengundi berang dengan jumlah korban tentera negara mereka dalam peperangan di Afghanistan.
Korban tentera AS pada bulan ini merupakan yang tertinggi dengan 66 kematian.
Jumlah tentera asing yang terbunuh dalam peperangan di Afghanistan setakat ini ialah seramai 408, menurut catatan AFP berdasarkan data yang disimpan laman web icasualties.org. - AFP

3 negara contohi Malaysia tubuh agensi haji



IPOH 1 Ogos - Kejayaan Malaysia menguruskan umat Islam mengerjakan ibadah haji melalui Tabung Haji berjaya menarik minat beberapa negara Islam menggunakan pendekatan yang sama di negara mereka.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, tiga negara secara prinsipnya sudah bersetuju supaya Amanah Raya Berhad (Amanah Raya) mewujudkan institusi kewangan seperti Tabung Haji di negara masing-masing.
"Melalui kerjasama dengan Bank Pembangunan Islam (IDB), kita sudah tandatangani perjanjian persefahaman bagi Amanah Raya mewujudkan institusi kewangan untuk orang Islam menabung bagi tujuan mengerjakan ibadah haji.
"IDB melalui agensi-agensinya dan Amanah Raya kini dalam proses untuk menubuhkan institusi kewangan seperti Tabung Haji di tiga negara Islam tersebut manakala Lembaga Tabung Haji pula menguruskan jemaah di Mekah," katanya tanpa menyatakan nama tiga negara berkenaan.
Beliau ditemui selepas menyampaikan surat kelulusan peruntukan berjumlah RM550,000 bagi tujuan pembinaan surau al-Hidayah di Jelapang Jaya dekat sini hari ini.
Menurut Ahmad Husni, sebahagian besar negara Islam tidak mempunyai sistem pengurusan jemaah haji yang sistematik seperti negara ini dan kebanyakannya mengerjakan Rukun Islam kelima itu melalui agensi pelancongan.
Sehubungan itu, katanya, Malaysia boleh mengambil peluang tersebut untuk memperluaskan model pengurusan haji ke semua negara Islam yang tidak mempunyai institusi khas seperti Tabung Haji, sekali gus mengangkat martabat negara di mata dunia.
"Setiap tahun lebih 100,000 umat Islam di China mengerjakan ibadah haji dan bayangkan jika mereka ini pergi dengan Tabung Haji.
"Saya sudah beritahu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bahawa kita boleh mengadakan ekspo produk halal kita di China pada musim haji," katanya

Obama hantar surat amaran kepada Abbas



RAMALLAH 1 Ogos - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memberi amaran kepada Mahmoud Abbas bahawa hubungan AS-Palestin mungkin terjejas jika Presiden Palestin itu enggan menyambung semula rundingan damai secara langsung dengan Israel.
White House semalam enggan mengulas mengenai amaran yang disuarakan itu dalam sepucuk surat yang diutus kepada Abbas.
Pentadbiran Obama sejak beberapa hari lalu mendesak pemimpin Palestin tersebut supaya melangkah segera ke meja rundingan langsung.
Menurut pegawai kanan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang mendedahkan perkara itu, Obama mengirim surat 'ugutan' berkenaan, amaran paling keras AS kepada Abbas setakat ini, pada 16 Julai lalu.
Abbas berkata, beliau hanya akan berunding jika Israel memberi komitmen terhadap rancangan untuk menubuhkan sebuah negara Palestin di Tebing Barat, Genting Gaza dan timur Baitulmaqdis tanpa banyak pindaan.
Beliau juga menuntut Israel membekukan semua aktiviti pembinaan penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin tersebut.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu enggan terikat dengan sebarang komitmen sebelum rundingan langsung diadakan dan telah membekukan pembinaan perumahan baru Yahudi selama 10 bulan di Tebing Barat tetapi tempoh itu berakhir pada September ini.
Awal minggu ini, anggota kanan PLO diberi taklimat mengenai percubaan terbaru bagi melancarkan semula rundingan langsung.
Semasa mesyuarat itu, seorang pembantu kanan Abbas meringkaskan kandungan surat Obama.
"Obama dalam surat itu meminta Abu Mazen (Abbas) melangkah ke meja rundingan langsung dan berkata, beliau tidak dapat membantu Palestin melainkan mereka kembali mengadakan rundingan langsung," kata pegawai tersebut.
Obama mahu Abbas memenuhi permintaan itu, jika tidak hubungan antara Palestin dengan Amerika mungkin terjejas, katanya. - AP

Amerika cadang tubuh tentera siber



LAS VEGAS 1 Ogos - Seorang pakar perisikan komputer telah menyediakan kertas cadangan kepada kerajaan Amerika Syarikat supaya membina sebuah pasukan tentera siber yang mampu menceroboh pertahanan siber negara musuh.
Menurut rancangan tersebut, tentera siber yang dianggarkan seramai seribu anggota itu akan terdiri daripada komando elit komputer sehingga kepada lepasan universiti yang mendapat latihan asas komputer.
Menurut Charlie Miller yang mempunyai pengalaman selama lima tahun bersama Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika di bawah pimpinan Pengarahnya Michel Hayden berkata, persediaan dan perancangan untuk tujuan itu akan memakan masa selama dua tahun dan belanja sebanyak AS$100 juta (RM320 juta).
Miller semalam telah membuat perbincangan mengenai strategi peperangan dengan beberapa penggodam komputer di pusat pengumpulan data Defcon di Las Vegas.
"Saya membayangkan Korea Utara telah meminta saya mendalangi serangan siber terhadap Amerika,"
"Saya akan melakukannya secara realiti," kata Miller kepada AFP.
Miller menjelaskan bahawa beliau sebenarnya telah diminta oleh Pusat Pertahanan Kecemerlangan Siber Koperasi di Estonia untuk memainkan peranan umum dalam senario teori serangan secara berkomputer.
Beliau sebelum ini telah berkongsi keputusannya pada persidangan NATO di Amerika pada Jun lalu.
"Sebelum ini saya tahu perkara ini mudah, namun sekarang saya memahami lebih mendalam bahawa perkara ini memang mudah," katanya. - AFP

Anak Hillary Clinton berkahwin



RHINEBECK, Amerika Syarikat (AS) 1 Ogos - Anak perempuan Bill dan Hillary Clinton, Chelsea melangsungkan perkahwinan dengan teman lelakinya di kampung permai di New York ini lewat petang semalam dalam satu majlis yang digambarkan sebagai perkahwinan 'kerabat diraja' Amerika.
Anak tunggal bekas Presiden AS dan Setiausaha Negara AS itu melangsungkan perkahwinan dengan Marc Mezvinsky di Astor Courts, sebuah kediaman mewah bersejarah di kawasan seluas 20 hektar di tepi Sungai Hudson, 160 kilometer ke utara New York City.
"Hari ini kami dengan rasa sangat bangga dan gembira menyaksikan Chelsea dan Marc melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis yang indah di Astor Courts, dengan dikelilingi oleh ahli keluarga dan sahabat handai.
"Bagi pihak pengantin, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk Rhinebeck kerana menerima kedatangan kami dan kepada semua orang yang mengirim ucapan selamat pada hari yang sangat istimewa ini," kata Bill dan Hillary Clinton dalam satu kenyataan.
Kenyataan yang dikeluarkan sejurus selepas pukul 7.30 petang semalam (8.30 pagi ini waktu Malaysia) tidak menyebut waktu sebenar majlis itu berlangsung.
Gambar yang dikirim menerusi e-mel kepada Reuters oleh pembantu Clinton menunjukkan pengantin perempuan dan lelaki berjalan seiring di lorong yang luas di antara barisan tetamu di luar kediaman tersebut.
Selain ibu bapa pengantin perempuan, tetamu terkenal lain yang kelihatan di Rhinebeck ialah bekas Setiausaha Negara AS dalam pentadbiran Clinton, Madeleine Albright, pasangan aktor-aktres Ted Danson dan Mary Steenburgen dan pereka fesyen, Vera Wang.
Turut kelihatan ialah hartawan hartanah yang juga penerbit filem, Steve Bing yang meminjamkan jet peribadinya kepada Bill Clinton untuk membawa pulang wartawan AS, Laura Ling dan Euna Lee dari Korea Utara pada Ogos tahun lepas setelah kedua-duanya ditahan selama empat bulan oleh rejim komunis itu.
Para tetamu dibawa dengan enam buah bas dari Rhinebeck ke Astor Courts pada kira-kira pukul 5 petang semalam (6 pagi ini waktu Malaysia).
Chelsea, 30, dan Mezvinsky, 32, seorang eksekutif bank pelaburan, mengenali satu sama lain sejak zaman remaja.
Senarai tetamu dilaporkan antara 400 hingga 500 orang tetapi tidak termasuk Presiden Barack Obama, untuk majlis perkahwinan yang diadakan dengan kawalan keselamatan ketat dan dianggarkan melibatkan belanja antara AS$3 juta (RM9.6 juta) hingga AS$5 juta (RM16 juta). - Reuters

ChinaJoy menyerlah dengan gadis-gadis cantik



Gadis-gadis seksi berkumpul di pintu masuk utama ekspo dan persidangan ChinaJoy – ekspo permainan komputeruntuk mempromosi produk keluaran syarikat-syarikat permainan komputer di Shanghai, semalam. – AFP


SHANGHAI 1 Ogos - Pengunjung ke ChinaJoy - ekspo permainan komputer terbesar di sini, disambut oleh gadis-gadis seksi di pintu masuk utama yang mengenakan but putih dan skirt mini serta terpampang nama pereka komputer di dada mereka.
Lebih 40 model memakai bikini, baju sendat dan topi keselamatan membantu mempromosi produk sebuah syarikat keselamatan Internet dengan mengagihkan kunci kecil dalam kotak yang direka menyerupai bungkusan kondom di dalam ruang ekspo yang riuh rendah dengan dentuman muzik dan pancaran lampu.
Peraturan kerajaan yang mengumumkan sekatan ke atas syarikat-syarikat permainan dalam talian menggunakan seks untuk mempromosi produk mereka memberi kesan kecil kepada pameran hiburan digital tahunan terbesar itu di negara ini yang berakhir hari ini.
"Yang paling menarik pada ekspo ini ialah gadis-gadis pameran, kata pengarah kanan bagi laman web Zol.com.cn, yang dimiliki syarikat penyiar Amerika Syarikat, CBS Corporation, Feng Gong.
"Gadis-gadis cantik dan produk-produk saling melengkapi antara satu sama lain dan ia adalah kombinasi yang sempurna," katanya.
Syarikat itu turut menaja pertandingan Miss ChinaJoy yang membolehkan pengguna laman web memilih model gerai kegemaran mereka.
Gadis-gadis pameran lebih menarik perhatian pengunjung, malah menjadi fenomena pada pameran-pameran di Asia berbanding permainan video dan para peserta menyifatkan negara ini telah membawanya ke satu tahap yang baru.
"Saya pernah menyaksikan pameran di Jepun dan Korea sebelum ini, mereka tidak mempunyai ramai gadis-gadis pameran.
"Bagi syarikat asing, ia lebih kepada mempamerkan produk. Kebiasaannya, eksekutif kanan akan membuat pertunjukan produk, tetapi kami menjemput pemain permainan video untuk bersaing dengan gadis-gadis pameran di atas pentas," kata pengarah perancangan pemasaran syarikat Shanda Games, Jay Jiang.
Syarikat yang tersenarai dalam pasaran saham NASDAQ berkata, ia mempunyai lebih ramai model berbanding peserta pameran di gerai yang bertemakan rancangan permainan televisyen, di mana 100 gadis yang duduk dikelilingi oleh pancaran lampu, menunggu untuk menyertai peraduan seperti siapa yang boleh meniup vuvuzela dengan kuat.
Eksekutif terkemuka untuk bahagian permainan syarikat China Mobile, Duanmu Wenlin berkata, industri teknologi maklumat di negara ini mempunyai persekitaran yang lebih terbuka dan sebagai wanita, dia menganggap tidak salah menggunakan model untuk mempromosi permainan. - AFP

Terlebih tidur hadapi kardiovaskular



WASHINGTON 1 Ogos - Individu yang terlebih tidur atau tidur kurang tujuh jam sehari berisiko dijangkiti penyakit kardiovaskular, penyakit utama yang menyebabkan angka kematian tertinggi di Amerika.
Fakulti perubatan Universiti West Virginia dalam jurnal berjudul Sleep berkata, tidur kurang dari lima jam sehari termasuk tidur sekejap pada waktu siang akan menghadapi risiko lebih dua kali ganda mengalami penderitaan didiagnosa angina, penyakit jantung koronari, serangan jantung dan juga strok.
Manakala tidur melebihi tujuh jam sehari pula boleh menghadapi risiko menghidap penyakit kardiovaskular.
Kumpulan paling berisiko adalah mereka yang berumur di bawah 60 tahun yang tidur lima jam sehari atau kurang. Mereka merupakan golongan utama berisiko diserang penyakit kardiovaskular lebih tiga kali ganda berbanding orang yang tidur tujuh jam sehari.
Kajian menunjukkan, jangka masa tidur yang singkat boleh dikaitkan dengan serangan angina (sakit dada), manakala tidur terlalu sedikit dan terlebih tidur akan menyebabkan serangan jantung dan strok.
Dalam satu kajian yang berasingan yang juga terkandung dalam jurnal Sleep menunjukkan tempoh berbaring yang lama adalah satu kebaikan kepada individu yang kurang tidur.
Ketua pengkaji daripada unit tidur dan kronobiologi Universiti Perubatan Pennsylvania, David Dinges berkata, terdapat 142 orang dewasa yang tidak cukup tidur dan terlebih tidur dalam tempoh lima hari dalam tempoh hari bekerja akan menghadapi tindak balas yang perlahan dan juga mempunyai masalah tumpuan.
"Penambahan satu atau dua jam masa tidur di waktu pagi adalah manfaat sebenar untuk pemulihan lanjutan terhadap perilaku seseorang," kata Dinges.
Para pengkaji dari WVU menunjukkan tempoh tidur yang lama boleh mempengaruhi fungsi endokrin dan metabolisme, dan kurang tidur boleh menyebabkan gangguan toleransi glukosa, mengurangkan sensitiviti insulin dan tekanan darah tinggi.
Amerika Academy of Sleep Medicine pula mengesyorkan setiap orang dewasa perlu tidur yang cukup iaitu tujuh atau lapan jam sehari. - AFP