Pages

Wednesday, June 13, 2012

8 PAHALA YANG BERTERUSAN ♥




Anas r.a. berkata bahawa lapan jenis pahala yang tetap di terima seorang hamba Allah walaupun dia telah meninggal dunia iaitu:

✿ 1. Sesiapa yang mendirikan masjid tetap mendapat pahala selagi masjid itu digunakan oleh orang ramai untuk beramal ibadat.

✿ 2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang meminumnya.

✿ 3. Sesiapa yang menulis mashaf (naskhah al-Quran yang tertulis tangan) selagi ada orang membacanya.

✿ 4. Sesiapa yang menggali perigi selagi ada orang menggunakanya.

✿ 5. Sesiapa yang nenanam tanam-tanaman selagi ada yang memakanya, sama ada manusia atau burung.

✿ 6. Mereka yang mengajar ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

✿ 7. Ibu bapa yang meninggalkan anak yang soleh yang mana si anak selalu beristighfar dan mendoakan kedua-dua orang tuanya.

✿ 8. Guru al-Quran yang mengajar ilmu kitab suci itu kepada muridnya dan si murid mengamalkan ajaran tersebut tanpa sedikit pun mengurangkan pahalanya.

Dari Majalah IMAN Keluaran Bil 04

100 dikhuatiri terkorban di Afganistan

100 dikhuatiri terkorban di Afganistan
Pihak berkuasa sedang melihat kawasan yang dilanda tanah runtuh di wilayah Baghlan, utara Kabul, kelmarin.
KABUL - Sekurang-kurangnya 100 penduduk dikhuatiri terkorban akibat terperangkap susulan daripada kejadian gempa dan tanah runtuh yang telah menimbus lebih 20 rumah di utara Afghanistan, menurut pihak berkuasa, kelmarin.

Gabenor wilayah Baghlan, Abdul Majid berkata, setakat ini pasukan mencari dan menyelamat telah menemui tiga mayat manakala enam mangsa berjaya diselamatkan.

Runtuhan batu besar yang menimbus sebahagian kawasan didakwa menyukarkan lagi operasi menggali untuk mencari mangsa yang mungkin terselamat. Gempa berkekuatan 5.4 dan gempa susulan 5.7 skala Richter menggegar rantau Hindu Kush, pagi kelmarin.

Difahamkan, lebih 2,000 terbunuh dalam kejadian gempa di lokasi sama pada 2002.

PBB sahkan Syria di kancah perang saudara

PBB sahkan Syria di kancah perang saudara
Situasi semasa di Syria, termasuk dakwaan bahawa kanak-kanak dijadikan perisai. - Foto ihsan CNN
DAMSYIK - Syria kini berada di kancah perang saudara manakala kerajaan pula sudah hilang kawalan ke atas sebahagian besar bandar, demikian menurut ketua pasukan pengaman semalam.

Ia pendirian pertama seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang secara formal membuat kenyataan seumpama itu. PBB menghantar pasukan pengaman awal bulan lalu.

Komen itu muncul ketika pasukan pengaman PBB di Syria dilepaskan tembakan ketika mereka cuba tiba di Haffa, bandar yang menjadi kepungan di sebalik krisis yang berlarutan lebih setahun.

"Ya, saya rasa kami boleh mengatakan begitu (Syria di kancah perang saudara)," kata Herve Ladsous, dipetik CNN dan BBC.

"Sangat jelas, apa yang berlaku sekarang menunjukkan kerajaan Syria sudah hilang (kawalan) di sebahagian besar wilayah, beberapa bandar jatuh kepada pembangkang dan mahu mendapatkan semula kawalan," katanya.

Jurucakapnya, Kieran Dwyer mengesahkan kenyataan itu, yang diberikan kepada dua agensi berita, dengan stesen antarabangsa CNN.

Bagaimanapun katanya, melabelkan perkembangan semasa sebagai "konflik" tidak penting.

"Sama ada kita memanggilnya sebagai perang saudara, sama ada kita memanggilnya sebagai separa perang saudara, perang saudara di beberapa tempat, pokoknya ia semakin meningkat, di sebahagian besar kawasan di Syria," kata beliau.

Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton mendakwa Rusia menyediakan helikopter-helikopter penyerang kepada kerajaan Syria.

Katanya, tindakan itu akan meningkatkan konflik di Syria secara "dramatik."

Rusia pula mempertahankan pendiriannya dengan mengatakan bahawa bekalan senjata kepada Syria tiada kaitan dengan konflik.

Gunung berapi Gamkonora di Maluku Utara meletus

Gunung berapi Gamkonora di Maluku Utara meletus - Global - Sinar Harian: "JAKARTA - Gunung berapi Gamkonora yang terletak di Pulau Halmahera, daerah Halmahera Barat, Maluku Utara meletus pada pukul 11.55 pagi Rabu, menyemburkan asap setinggi 3,000 meter.
  
Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) berkata abu letusan gunung berapi itu ditiup angin ke arah utara.
  
"Masyarakat tidak perlu berpindah kerana lokasi kawasan penempatan masyarakat berjarak 15km dari Gunung Gamkonora.
  
"Letusan gunung ini dilaporkan tidak memberi ancaman bahaya bagi masyarakat," kata BNBP dalam kenyataan, Rabu.
  
Antara tahun 1564 dan 1989, gunung berapi itu meletus sebanyak 12 kali dan letusan terbesar berlaku pada tahun 1673 sehingga mengakibatkan tsunami yang memusnahkan beberapa buah perkampungan di sekitarnya.
  
Gunung berapi setinggi 1,560 meter itu kali terakhir meletus pada tahun 2007 dan ribuan penduduk terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat. - Bernama"

'via Blog this'

Askar Syria guna budak jadi perisai manusia

Askar Syria guna budak jadi perisai manusia
Assad kini dikecam kerana menyebabkan ribuan kanak-kanak
 terbunuh akibat pergolakan di negara itu
DAMSYIK - Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam mendakwa pasukan tentera Syria menggunakan kanak-kanak sekecil lapan tahun sebagai 'perisai manusia' semasa bertempur dengan kumpulan pemberontak.

Dalam laporan itu, PBB turut menyenaraikan kerajaan Presiden Bashar al- Assad sebagai negara bergolak paling teruk kerana krisis yang semakin meruncing tersebut telah meragut ribuan nyawa budak tidak berdosa.

"Golongan kanak-kanak berterusan menjadi mangsa keganasan di Syria. Mereka didera, dibunuh dan turut dijadikan perisai manusia oleh pasukan keselamatan pro-Assad termasuk gerakan shabiha," kata wakil khas PBB, Radhika Coomaraswamy.

Difahamkan, laporan itu dilengkapkan sebelum tragedi pembunuhan beramairamai di Houla pada 25 Mei lalu yang menyaksikan 49 daripada 108 mangsa kezaliman rejim Assad adalah budak. Dalam satu kenyataan, kumpulan hak  asasi manusia berpusat di New York (HRW) menyatakan Majlis Keselamatan PBB seharusnya mengenakan sekatan senjata ke atas Syria kerana mereka kini menyasarkan golongan lemah seperti kanak-kanak dan wanita sebagai sasaran keganasan.

Menurut HRW lagi, ada pihak mendakwa Tentera Bebas Syria (FSA) turut merekrut kanak-kanak untuk menentang kerajaan Assad.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 1,176 kanak-kanak telah terbunuh akibat konflik di negara tersebut yang bermula sejak Februari tahun lalu.

Stesen tv baru sokong Bashar

BEIRUT: Sebuah stesen televisyen baru Arab yang mula ke udara Isnin lalu memikat penonton yang melihat liputan media aliran perdana mengenai kegawatan politik di Asia Barat sebagai berat sebelah terhadap kerajaan Syria, Iran dan sekutu rapat mereka di Lubnan, Hizbullah.
Stesen yang berpejabat di Beirut, Al-Mayadeen atau Dataran, berharap untuk menangani pengaruh media serantau yang sudah terkenal, Al-Jazeera dan Al-Arabiya, kedua-duanya dibiayai oleh negara Arab berfahaman Sunni yang kaya dan menyokong pemberontakan menentang Presiden Syria, Bashar Assad. Ia juga berikrar untuk menyokong perjuangan Palestin. - AFP

Penduduk Tel Aviv dipindah jika diserang peluru berpandu

TEL AVIV: Israel akan memindahkan semua penduduk bandar raya ini jika ia diserang peluru berpandu, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan peledak bukan konvensional.
Pemerintah tentera rejim Zionis yang bertanggungjawab terhadap wilayah Gush Dan, yang turut meliputi Tel Aviv dan kawasan sekitar, Kolonel Adam Zusman berkata, sebarang serangan terhadap kawasan tengah Israel akan memaksa pemindahan penduduk secara besar-besaran.

“Sekiranya serangan peluru berpandu terhadap tengah Israel, khususnya membabitkan peledak bukan konvensional, penduduk Tel Aviv dan bandar lain akan dipindahkan dan ditempatkan di kawasan lain di Israel,” kata Zusman.
Menurutnya, Israel masih berdepan dengan ancaman serius daripada Iran dan sekutunya, kumpulan militan Lubnan, Hizbullah dan Hamas, di Gaza, Palestin.

“Kami menganggarkan, jika berlaku peperangan, ratusan peluru berpandu akan disasarkan ke Tel Aviv dan bandar berhampirannya.- AP

China pertahan import minyak Teheran

BEIJING: China semalam berkata, proses pembelian minyak Iran adalah sah dan telus selepas Amerika Syarikat enggan mengecualikannya daripada sekatan baru.
Washington kelmarin mengumumkan sekatan baru yang tindakan terhadap institusi kewangan asing tidak akan dikenakan terhadap tujuh negara, termasuk India selepas negara berkenaan mengurangkan jumlah minyak yang dibeli daripada Iran.

Bagaimanapun, China, yang amat bergantung kepada minyak Iran dan beberapa negara lain untuk menjana ekonominya, berusaha untuk melindungi Teheran daripada sekatan PBB yang semakin meningkat, masih berdepan dengan tindakan.
“China mengimport minyak mentah dari Iran menerusi saluran biasa yang terbuka dan telus dan tidak melanggar sebarang ketetapan Majlis Keselamatan. “Kami percaya ia sah dan adil,” kata jurucakap Kementerian Luar, Liu Weimin, ketika mengulas tindakan Amerika itu. - AFP

Iran bina kapal selam nuklear

TEHERAN: Iran sudah mengambil langkah awal untuk mereka kapal selam bertenaga nuklear pertamanya.
“Langkah awal untuk mereka dan membina kapal selam menggunakan sistem tenaga nuklear sudah dilakukan,” kata Timbalan Ketua Teknikal Tentera Laut Iran, Laksamana Abbas Zamini.

“Semua negara berhak untuk menggunakan teknologi nuklear secara aman, termasuk sistem tenaga bagi kapal selamnya,” kata Abbas.
Menurutnya, tentera laut negara itu memerlukan kapal selam yang menggunakan tenaga nuklear dalam usaha memenuhi operasi jarak jauh.

Beliau bagaimanapun tidak memberi butir lanjut.

Iran sering kali mengumumkan kemajuannya dalam bidang ketenteraan dan saintifik tetapi dalam kebanyakan kes, ia gagal menunjukkan bukti.
Pakar tentera Barat sering menyuarakan rasa sangsi terhadap dakwaan itu. Hanya segelintir negara - Amerika Syarikat, Russia, Perancis, Britain dan China - mempunyai teknologi untuk menghasilkan kapal selam berkuasa nuklear mereka sendiri.

India mempunyai sebuah model yang dalam pembinaan.
Pengumuman Abbas itu dibuat ketika negara kuasa dunia, P5+1, bersiap sedia untuk mengadakan perbincangan pusingan baru dengan Iran mengenai aktiviti nuklear Teheran di Moscow pada 18 dan 19 Jun.

Iran meneruskan program nuklearnya meskipun ketetapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendesak ia menghentikan aktiviti pengayaan uranium.

Program nuklear itu mencetuskan ketegangan antara Teheran dengan kuasa Barat sejak 10 tahun lalu.

Amerika Syarikat, Barat dan Israel mendakwa Iran mempunyai rancangan menghasilkan senjata atom di sebalik program nuklear itu. Iran bagaimanapun menyangkal tuduhan itu, sebaliknya berkata, program berkenaan bertujuan untuk keamanan. - AFP

Ibu biar anak cacat kebulur di rumah

KEADAAN Darlene ketika dia baru ditempatkan di hospital selepas terbiar di rumahnya selama berbulan-bulan.
KEADAAN Darlene ketika dia baru ditempatkan di hospital selepas terbiar di rumahnya selama berbulan-bulan.
ROSETTA diletak di bawah pengawasan 18 bulan
ROSETTA diletak di bawah pengawasan 18 bulan
CHICAGO: Seorang remaja perempuan yang menderita penyakit palsi serebrum (cerebral palsy) ditemui terbiar dan diabai ibunya sebelum dikejarkan ke hospital, lapor media semalam.
Dengan berat hanya kira-kira 10.5 kilogram, Darlene Armstrong tidak mampu berjalan atau bercakap akibat penyakit itu.

Masalah kesihatan itu juga menyebabkan Darlene, ketika itu berusia 16 tahun, tidak membesar seperti biasa, sebaliknya hanya mempunyai ketinggian 1.2 meter saja.
Siasatan akhbar Chicago Tribune menunjukkan, Darlene boleh diselamatkan empat bulan lalu jika Jabatan Perkhidmatan Kanak-kanak dan Keluarga (DCFS) Illinois mematuhi prosedur sepatutnya.

Ibu Darlene, Rosetta Harris, 50, mengaku salah di mahkamah atas tuduhan membahayakan nyawa anaknya.

Wanita yang tidak memiliki rekod jenayah itu diarah diletakkan di bawah pengawasan selama 18 bulan dan diwajibkan menghadiri kelas keibubapaan.
Doktor di Hospital Kanak-kanak Comer berkata, Darlene menderita kebuluran untuk tempoh lama.

Keadaan itu menyebabkan berat badannya hampir sama seperti bayi berusia dua atau tiga tahun.
Gambar Darlene di hospital selepas baru diselamatkan diperoleh media melalui pegawai penguat kuasa dan siasatan dijalankan bagi mengetahui bagaimana kakitangan perkhidmatan sosial menjalankan tugas mereka.

Pegawai hospital berkata, mereka meragui dakwaan Rosetta kononnya dia memberi Darlene makan telur dan bubur jagung sebagai sarapan, selain nasi bersama ayam, minuman protein coklat dan makanan ringan sepanjang hari.

Pada 17 November, DCFS menerima panggilan kecemasan daripada individu tidak dikenali dan memaklumkan keadaan Darlene yang kebuluran dan tidak dibawa berjumpa doktor selama “beberapa tahun.” Mengikut peraturan DCFS, seorang penyiasat perlu bertindak balas terhadap panggilan itu dalam tempoh 24 jam.

Jika mereka gagal bertemu mangsa dalam lawatan pertama, mereka sepatutnya pergi ke situ setiap hari sehingga mangsa ditemui.

Siasatan Chicago Tribune menunjukkan, penyiasat mengabaikan kes itu selepas gagal bertemu mangsa dalam tiga lawatan ke rumah Rosetta. - DM

Lagi patung Terracotta ditemui

Gambar diambil pada 9 Jun 2012 menunjukkan ahli-ahli arkeologi China melakukan kerja-kerja di tapak penggalian terbaru patung tentera Terracotta di Qin Shihuang di wilayah Shaanxi. - AFP
BEIJING 11 Jun - Penggalian terbaru di China yang dimulakan pada 2009 berjaya menemui koleksi baru patung tentera Terracotta berusia 2,000 tahun dan beratus-ratus artifak lain.
Ahli arkeologi semalam mendedahkan 120 patung tentera Terracotta yang baru ditemui itu di Tapak Warisan UNESCO Qin Shihuang di wilayah Shaanxi.
Ia merupakan penggalian ketiga di kawasan tersebut selepas ekskavasi pada 1974 dan 1985.
Artifak yang ditemui di barat China itu ditanam bersama Maharaja Pertama Dinasti Qin pada kurun ketiga sebelum Masihi.
Penemuan terbaru itu termasuk beberapa barangan yang belum pernah dilihat sebelum ini seperti dram perang dan alat perisai yang dicat.
Lebih 310 barangan kecil ditemui dalam penggalian terbaru itu serta 12 kuda diperbuat daripada tanah liat.
Selain itu, satu kotak peralatan untuk membaiki kereta kuda, busur silang dan beberapa barangan dicat menggunakan cat ungu khas buatan China turut ditemui.
Penggalian itu dijangka selesai dilakukan dalam tempoh tiga tahun lagi.
Patung-patung tentera berkenaan akan dibawa ke muzium untuk pembersihan sebelum dipamerkan bersama patung tentera yang ditemui sebelum ini.
Lebih 1,000 patung dengan mimik muka dan gaya rambut berbeza telah ditemui di kawasan galian tersebut sebelum ini. - AGENSI

Darurat diisytihar di Rakhine


Lelaki-lelaki Rohingya berusaha memadamkan kebakaran di rumah mereka selepas satu pertempuran tercetus antara etnik Buddha Rakhine dan Islam Rohingya di Sittwe, kelmarin. - REUTERS
YANGON 11 Jun - Tentera Myanmar hari ini menawan kawasan penting iaitu ibu negeri Rakhine, Sittwe dan beberapa bandar lain selepas keganasan agama tercetus di bahagian pantai barat negara ini dan menyebabkan sekurang-kurangnya lapan orang maut.
Presiden Thein Sein semalam mengisytiharkan perintah darurat di negeri yang bersempadan dengan Bangladesh itu.
Menurut beliau, perintah darurat perlu bagi menamatkan keganasan kerana situasi mungkin bertambah buruk atau merebak ke kawasan lain jika pembunuhan antara satu sama lain atas dasar perbezaan agama, kebencian, keinginan membalas dendam dan anarki dibiarkan.
Penganut Islam dan Buddha di negeri Rakhine saling menyerang antara satu sama lain sejak 3 Jun lalu selepas insiden perusuh Buddha membunuh 10 penganut Islam di selatan negeri itu.
Keganasan yang merebak ke bandar-bandar lain menyebabkan kerajaan Myanmar pada mulanya menguatkuasakan perintah berkurung dan mengisytiharkan darurat di seluruh Rakhine semalam.
Namun perintah darurat itu dilaporkan masih gagal menghentikan keganasan yang berlaku, menurut satu sumber di Sittwe, kira-kira 500 kilometer ke timur laut Yangon.
"Semalam, penganut Islam dilaporkan membakar rumah-rumah di perkampungan Byan Phyu, San Pya dan Nar Zi serta menetak penganut Buddha," kata seorang penduduk Sittwe, Zan Mya Wai melalui telefon.
Hari ini, empat kepala ditemui di perkampungan Nar Zi, pekan kecil di Sittwe, menurut pegawai Sittwe yang enggan dikenali.
Sementara itu, kira-kira 100 etnik Rohingya berhimpun di luar bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Bangkok hari ini bagi merayu Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengambil tindakan untuk mengelak 'pembunuhan kaum' berlaku.
"Jika PBB tidak campur tangan dalam insiden ini dalam tempoh beberapa hari, semua penganut Islam di Arakan (Rakhine) akan pupus dari dunia," kata Phil Robertson dari Human Rights Watch. - dpa

Rakyat Palestin mogok lapar 84 hari

Gambar bertarikh 4 Jun 2012 menunjukkan ahli keluarga pemain bola Palestin, Mahmoud al-Sarsak meletakkan poster tertera gambarnya di rumah mereka di Rafah, selatan Genting Gaza, Palestin. - REUTERS
BAITULMAQDIS 11 Jun - Aktivis dari seluruh dunia hari ini mendesak campur tangan masyarakat antarabangsa bagi mendesak pembebasan pemain bola sepak Palestin, Mahmoud al-Sarsak, yang kini melancarkan mogok lapar memasuki hari ke-84 dan dilaporkan sedang kritikal.
Tunjuk perasaan menyatakan sokongan terhadap beliau juga dijadual hari ini di seluruh Palestin.
Sarsak, 25, dimasukkan ke sebuah hospital awam semalam, namun dibawa pulang semula ke rumah sakit di penjara Ramle berdekatan Tel Aviv, lokasi beliau ditahan.
"Pemeriksaan kesihatan dilakukan, namun beliau tidak ditahan," kata jurucakap perkhidmatan penjara, Sivan Weizman tanpa memberi penjelasan lanjut.
Sarsak mula melancarkan mogok lapar pada 23 Mac lalu bagi membantah tindakan pihak berkuasa Israel yang menahannya atas dasar penahanan pentadbiran sejak tiga tahun lalu.
Beliau ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan Jihad Islam, namun Israel tidak mengenakan dakwaan rasmi terhadapnya.
Di sebalik kemarahan ramai berhubung penahanan dan keadaan kesihatan Sarsak, Israel bagaimanapun menolak untuk membebaskannya.
Menurut sumber yang rapat dengan pemain bola sepak itu, Sarsak kini hanya terbaring dan berada dalam keadaan kritikal. - AFP/ AGENSI

Tentera rejim bedil Homs, cuba tawan kubu pemberontak

BEIRUT 11 Jun - Tentera Syria hari ini membedil kubu kuat pemberontak di tengah wilayah Homs sebagai usaha menawan semula bandar itu ketika seramai 22 terbunuh di seluruh negara, menurut pasukan pemantau.
Tentera kerajaan menggunakan helikopter untuk menyerang kedudukan pemberontak di bandar Rastan yang menjadi sasaran serangan sejak pertengahan Mei lalu, kata Pemantau Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain.
Selain itu, tentera rejim Presiden Bashar al-Assad turut menggempur bandar Jourat al-Shiah di Homs .
Di Qusayr, pemberontak menyerang pondok kawalan keselamatan tentera Syria pada awal pagi, menyebabkan beberapa anggota terbunuh dan cedera.
"Pasukan tentera rejim turut memasuki kampung Shaghoureit dan Qastoun di Hama.
"Kami bimbang tentang keganasan yang terus berlaku kerana tentera kerajaan menggunakan penduduk awam sebagai perisai," kata seorang aktivis, Abu Ghazi al-Hamwi.
Menurut jurucakap pemantau hak asasi manusia, sekurang-kurangnya empat terbunuh di Shaghoureit, Qastoun dan al-Laj.
Keganasan di Deir Ezzor turut menyebabkan enam anggota tentera Syria terbunuh manakala satu letupan di bandar Idlib meragut nyawa seorang penduduk awam dan empat tentera kerajaan. - AFP

25 maut dalam pergolakan di Barat Myanmar

SITTWE, Myanmar 13 Jun - Sekurang-kurangnya 25 terbunuh manakala 41 lagi cedera dalam pergolakan sepanjang lima hari yang berlaku di barat negara ini.
Sumber kerajaan melaporkan bahawa mereka yang maut masih belum dikenalpasti sama ada penganut Buddha ataupun Islam.
Pergolakan yang berlaku itu dipercayai berpunca daripada satu insiden rogol yang didakwa dilakukan oleh tiga penganut Islam. - AFP

Keganasan di Rakhine masih belum reda

RAKHINE 12 Jun - Insiden tembakan dan pembakaran rumah-rumah penduduk terus berlaku di negeri Rakhine di barat Myanmar, hari ini ketika pasukan tentera terus bergelut bagi mengawal keadaan.
Beribu-ribu penduduk lari menyelamatkan diri sejak keganasan etnik dan agama tercetus di negeri itu pada Jumaat lalu.
Setakat ini, konflik melibatkan etnik Rakhine beragama Buddha dan etnik Rohinya yang beragama Islam itu telah menyebabkan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beratus-ratus kediaman terbakar.
Presiden Thein Sein yang telah mengisytiharkan darurat dan menempatkan tentera di negeri itu untuk mengawal keadaan memberi amaran, ketegangan yang berlaku boleh mengancam pembaharuan demokrasi di negara ini.
Di ibu negeri Sittwe, polis hari ini melepaskan tembakan amaran ke udara bagi menyuraikan sekumpulan Rohingya yang membakar rumah-rumah penduduk di satu kawasan kediaman.
Seorang jurugambar Associated Press melihat ramai penduduk lari menyelamatkan diri.
Polis turut melepaskan tembakan amaran ke udara di satu lagi kawasan kediaman di ibu negeri Rakhine itu bagi menyuraikan beratus-ratus perusuh yang membawa kayu dan batu.
Kebanyakan kawasan di bandar pelabuhan itu dilaporkan masih tegang dengan sekolah-sekolah dan premis perniagaan ditutup.
“Ketegangan kini berada pada tahap tinggi dan situasi masih berbahaya," kata seorang etnik Rakhine.
Sementara itu, pasukan Pengawal Sempadan Bangladesh (BGB) memintas tiga bot yang membawa etnik Rohingya yang cuba memasuki negara itu, semalam.
Mejar Shafiqur Rahman berkata, ketiga-tiga bot yang cuba memasuki Bangladeh melalui Sungai Naf itu membawa 103 etnik Rohingya, termasuk 81 wanita dan kanak-kanak dari Sittwe. - AGENSI

Yemen tawan semula pekan Jaar

Tentera Yemen melepaskan tembakan roket ke arah kubu al-Qaeda di Loder, selatan wilayah Abyan pada 10 Jun lalu. Tentera Yemen berjaya menawan semula pekan Jaar daripada militan al-Qaeda selepas berlaku pertempuran sengit di pekan itu, semalam. - AFP
ADEN 12 Jun - Tentera Yemen berjaya menawan semula pekan Jaar, hari ini selepas berlaku satu pertempuran sengit dengan militan al-Qaeda, yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh.
Menurut saksi, saki-baki kumpulan militan tersebut telah berundur ke kawasan berdekatan Shuqra selepas tentera melancarkan serangan secara besar-besaran.
Penduduk tempatan berkata, mereka melihat kenderaan yang membawa militan dan senjata menuju ke timur Shuqra, yang dipercayai merupakan tempat persembunyian pemimpin al-Qaeda.
Kementerian Pertahanan berkata, sementara itu, pihak tentera masih berusaha untuk merampas semula wilayah Abyan yang ditawan oleh militan pada tahun lalu selepas meletus pemberontakan menentang Presiden Ali Abdullah Salleh pada tahun lalu.
Kumpulan pengganas itu turut menyebarkan risalah memohon maaf kepada penduduk tempatan atas kemusnahan di pekan Jaar akibat pertempuran antara kedua-dua belah pihak.
Namun, tentera kerajaan yang disokong Amerika Syarikat itu tidak memasuki Jaar dan mengekalkan kedudukan mereka dua kilometer dari pekan tersebut setakat awal pagi ini.
Sekurang-kurangnya 485 orang dilaporkan terbunuh, termasuk 368 militan, 72 tentera, 26 anggota kumpulan bersenjata tempatan dan 19 orang awam sejak berlaku pertempuran dengan militan pada tahun lalu.
- REUTERS/AFP

Syria guna budak: PBB

NEW YORK: Tentera Syria menyeksa kanak-kanak, membunuh mereka dan menjadikan golongan itu yang semuda usia lapan tahun sebagai perisai manusia ketika menyerang pemberontak, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam. 

PBB melabel kerajaan Syria antara pemerintah paling teruk mengikut senarai negara bermasalah tahunannya kerana kanak-kanak diseksa, dibunuh atau dipaksa berperang.
Kumpulan hak asasi manusia menganggarkan 1,200 kanak-kanak maut dalam bantahan anti pemerintah selama 15 bulan terhadap Presiden Bashar al-Assad yang dikecam masyarakat antarabangsa kerana bertindak kejam ke atas penunjuk perasaan.
“Jarang sekali saya lihat kekejaman terhadap kanak-kanak seperti di Syria apabila kanak-kanak lelaki dan perempuan ditahan, diseksa, dibunuh dan digunakan sebagai perisai manusia,” kata wakil khas PBB bagi kanak-kanak dalam konflik bersenjata, Radhika Coomaraswamy. 

Tentera kerajaan mengumpul berpuluh-puluh kanak-kanak lelaki berusia lapan hingga 13 tahun sebelum menyerang kampung Ayn l’Arouz di Idlib pada 9 Mac lalu, menurut laporan. 

Mereka digunakan tentera dan anggota militia sebagai perisai manusia, ditempatkan di depan tingkap bas yang membawa askar menyerang kampung itu. 

Memetik kenyataan saksi dalam laporan PBB, askar dan pasukan perisik Syria serta militia Shabiha pro-kerajaan, mengepung sebelum menyerang kampung berkenaan lebih empat hari. 
Di kalangan 11 yang maut pada hari pertama ialah tiga remaja lelaki berusia 15 hingga 17 tahun, 34 lagi termasuk dua remaja lelaki berusia 14 dan 16 tahun dan seorang budak perempuan berusia sembilan tahun, ditahan. – AFP

25 korban terbaru kekacauan di Myanmar

SITTWE: Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dalam keganasan etnik dan agama di Myanmar ketika ketegangan meningkat berpunca daripada kes rogol seorang wanita beragama Buddha di negeri Rakhine. 

“Sekurang-kurangnya 25 orang maut dalam kekacauan,” kata seorang pegawai kanan kerajaan tanpa memberitahu bagaimana kematian berlaku atau sama ada mangsa beragama Buddha atau Muslim.
Sebagai langkah keselamatan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membawa keluar 40 pekerjanya termasuk warga asing dari kawasan berkenaan.
Perintah darurat diisytiharkan di negeri itu yang dilanda rusuhan disebabkan kes perkosa berkenaan. Ketegangan ini dianggap satu ujian terhadap kerajaan Myanmar yang cuba memperkenal dasar pembaharuan sejak tahun lalu. 

Seramai 41 orang lagi cedera dalam kekacauan sejak lima hari lalu. Kematian itu tidak mengambil kira 10 Muslim yang dibunuh pada 3 Jun lalu oleh sekumpulan pengikut Buddha yang membalas dendam perogolan wanita berkenaan di Rakhine. 

Pertubuhan hak asasi manusia bimbang angka kematian mungkin lebih tinggi daripada angka rasmi. Wartawan agensi berita tidak dapat melawat kawasan terbabit atas sebab keselamatan. 

Tembakan kedengaran di Sittwe semalam meskipun ramai anggota keselamatan melakukan rondaan, kata seorang wartawan di sini. Kepulan asap kebakaran juga memenuhi ruang udara. 
Di Bangladesh, polis menyatakan seorang Muslim yang berjaya melepasi sempadan tetapi ditembak pengawal sempadan Myanmar, meninggal dunia di hospital. 

Amerika Syarikat segera menggesa langkah diambil bagi menghentikan ketegangan dengan Setiausaha Negara, Hillary Clinton menggesa semua pihak bertenang. 

Ketika memberi amaran bahawa keganasan semakin tidak terkawal, pegawai kanan Human Right’s Watch (HRW) menggesa pemerhati antarabangsa ditempatkan di Rakhine. – AFP

Hosni Mubarak sudah koma

KAHERAH: Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, 84, sudah koma sepenuhnya, kata sumber Kementerian Dalam Negeri semalam manakala pihak lain pula mendakwa bekas pemimpin itu berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil. 

Kesihatan Mubarak semakin merosot sejak dipenjarakan 2 Jun lalu, dan mencapai kemuncaknya apabila jantungnya dua kali berhenti berdegup, kata sumber hospital penjara.
“Keadaannya amat kritikal. Saya merayu menerusi agensi berita kepada semua pemimpin dunia dan badan bukan kerajaan, selamatkan Mubarak,” kata ketua peguam bela Mubarak, Farid al-Deeb.
“Mubarak dalam keadaan kritikal tetapi stabil,” kata satu lagi sumber yang enggan dikenali sambil menambah sejak tiba di penjara Tora, beliau mengalami tekanan teruk hingga sukar bernafas. 

Minggu lalu, pegawai penjara, bersetuju Gamal, anak lelaki Mubarak dipindahkan dekat kepada bapanya. Gamal yang juga dipenjarakan di Tora, menanti satu lagi perbicaraan atas dakwaan rasuah. 

Mubarak juga meminta Alaa, seorang lagi anaknya yang turut ditahan, berada dekat dengannya. 

Pihak berkuasa juga meneliti kemungkinan memindahkan Mubarak dari penjara di selatan Kaherah, lokasi beliau dipindahkan untuk menjalani hukuman penjara seumur hidup 2 Jun lalu, ke sebuah hospital persendirian di ibu negara Mesir itu. 
Farid meletakkan tanggungjawab ke bahu Kementerian Dalam Negeri dan Peguam Negara jika bekas presiden itu meninggalkan dunia dalam penjara tanpa menerima rawatan sempurna. 

“Kesihatannya tidak stabil, ia perlu diperhatikan 24 jam,” katanya yang dipetik akhbar al-Masry al-Youm. 

Beliau berkata, bekas pemimpin itu menuduh pihak berkuasa mahu membunuhnya dalam penjara ketika kesihatannya semakin merosot. 

“Beliau kata: ‘Mereka mahu bunuh saya. Selamatkan saya, Farid, carikan penyelesaian untuk saya’,” kata Farid. 

Sejak penyingkirannya Februari tahun lalu, ada laporan berbeza mengenai kesihatan Mubarak, dengan sebahagiannya berkata beliau menderita barah, sakit jantung atau kemurungan. 

Mubarak menghadiri sesi keterangan dalam perbicaraan yang bermula Ogos lalu menggunakan pengusung, selepas dibawa dengan helikopter dari tempat beliau ditahan di hospital tentera di pinggir Kaherah. 

Beliau dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana bertindak keras ke atas penunjuk perasaan yang menentang pemerintahannya pada awal 2011 yang menyebabkan hampir 850 orang terbunuh. 

Mubarak kini ditahan di unit rawatan rapi di penjara Tora. Pihak berkuasa penjara kelmarin membenarkan Alaa, yang juga dipenjarakan di tempat sama atas dakwaan rasuah, menyertai bapanya bersama seorang lagi anak pemimpin itu, Gamal. 

Isteri Mubarak, Suzanne dan dua menantu perempuannya diberi kebenaran khas melawatnya Ahad lalu berikutan khabar angin beliau sudah meninggal dunia, lapor media. 

Keluarganya meminta secara rasmi untuk memindahkan Mubarak ke hospital di Kaherah tetapi ia akan menaikkan kemarahan aktivis dan penunjuk perasaan terutama pada tempoh sensitif di negara itu. – Agensi

Denda AS$20 jika keluarkan kata-kata kesat



IMEJ yang bertarikh 25 Julai 2007 menunjukkan dua orang berjalan di laluan pejalan kaki di bandar Middleborough.


MIDDLEBOROUGH, Amerika Syarikat - Penduduk di bandar ini, dekat Boston kelmarin bersetuju supaya mereka yang bermulut celupar membayar denda sebanyak AS$20 (RM64) jika didapati menyumpah seranah di tempat awam.
Dalam satu mesyuarat penduduk, 183 penghuni bandar berkenaan menyokong denda tersebut manakala 50 lagi membantah cadangan itu.
Denda itu merupakan cadangan daripada ketua polis tempatan.
Beberapa pegawai memberitahu, cadangan tersebut bukan bermaksud menapis perbualan tetapi bagi menghalang pengunaan bahasa kesat secara lantang oleh golongan remaja dan belia di pusat bandar dan taman awam.
"Saya benar-benar gembira berhubung peraturan baharu ini.
"Mereka (remaja) duduk di atas bangku dan menjerit ke arah satu sama lain dengan menggunakan bahasa paling kesat yang anda pernah dengar, perlakuan tersebut adalah sangat tidak wajar," kata pemilik kedai, Mimi Duphily selepas sesi pengundian itu. - Agensi

Rancangan bina teleskop terbesar dunia dilulus





PARIS - Dua pertiga anggota majlis pentadbiran Balai Cerap Selatan Eropah (ESO) telah meluluskan rancangan untuk membina teleskop optik terbesar di dunia.
Teleskop berkenaan akan dibina bagi meneroka cakerawala untuk mencari planet yang dapat menampung kehidupan.
Menurut satu kenyataan ESO kelmarin, kelulusan itu akan membuka jalan bagi pembinaan teleskop tersebut.
Projek berharga 1.083 bilion euro (RM4.31 bilion) itu melibatkan pembinaan sebuah teleskop dan sebuah cermin perangkap cahaya selebar bersaiz 39.3 meter.
Teleskop itu akan dibina di tapak Cerro Armazones di utara Chile, dekat Balai Cerap Paranal milik ESO.
Kawasan tersebut amat kering dan terletak pada ketinggian 3,060 meter dari aras laut. - AFP

Lebih 50 maut gempa di Afghan



SALAH satu lokasi yang mengalami gegaran gempa bumi di wilayah Baghlan kelmarin.


MAZAR-I-SHARIF, Afghanistan - Lebih 50 orang dikhuatiri terbunuh dalam runtuhan akibat dua gempa bumi yang menyebabkan tanah runtuh sekali gus meranapkan rumah-rumah di utara Afghanistan semalam.
Sehari selepas gempa itu berlaku, kira-kira 50 hingga 70 orang mungkin terperangkap di bawah runtuhan di daerah Burka.
Daerah itu merupakan kawasan yang paling banyak mengalami kemusnahan.
"Mereka mungkin telah mati kerana terdapat banyak runtuhan tanah. Menggali tanah itu agak sukar," kata gabenor di wilayah Baghlan, Munishi Abdul Majeed.
Ketua pasukan bantuan bencana alam tempatan, Mohammad Nasir Kohzad berkata, lebih banyak pasukan menyelamat dari Kabul telah dihantar ke lokasi bencana.
Dua gempa bumi berukuran 5.4 dan 5.7 pada skala Richter itu menggegarkan kawasan pergunungan Hindu Kush selang setengah jam kelmarin.
Lokasi kejadian terletak kira-kira 170 kilometer ke utara Kabul.
Gempa bumi yang pertama berpusat 160 kilometer ke barat daya bandar Faizabad dengan kedalaman 15 kilometer.
Satu lagi gempa bumi berpusat di kawasan yang hampir sama. - Agensi

Tentera Syria bedil Al-Haffe


IMEJ yang disiarkan di laman YouTube semalam menunjukkan asap menjulang tinggi semasa pertempuran antara tentera Syria dengan para penentang Bashar di Homs.


DAMSYIK - Tentera rejim pemerintah Syria membedil bandar Al-Haffe di utara negara berkenaan untuk hari kelapan semalam.
Perkembangan tersebut mencetuskan kebimbangan akan berlaku pembunuhan beramai-ramai terbaharu di Syria.
Serangan berkenaan turut mendorong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut agar pasukan pemerhatinya diberikan akses untuk melawat bandar itu.
Seorang pegawai pertubuhan Pemerhati Syria bagi Hak Asasi memberitahu agensi berita AFPbahawa tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad menggunakan meriam berat untuk membedil bandar berkenaan sementara mengumpul kekuatan untuk melakukan serangan darat.
Beberapa penduduk Al-Haffe memberitahu bahawa helikopter-helikopter tempur membedil kedudukan pemberontak di bandar itu.
Mereka bimbang tragedi pembunuhan beramai-ramai akan berlaku jika tentera Bashar memasuki Al-Haffe.
Sebelum ini, 55 orang maut dalam pembunuhan beramai-ramai di Al-Kubeir pada minggu lalu dan sekurang-kurangnya 108 mangsa lagi dibunuh dekat Houla pada 25 dan 26 Mei lalu.
Bandar Al-Haffe dianggap strategik kerana terletak berdekatan bandar kelahiran Bashar, Qardaha.
Menurut Abdel Rahman, terdapat ratusan anggota Tentera Pembebasan Syria yang masih aktif dalam dan di sekitar Al-Haffe.
Bandar yang terletak dalam wilayah Latakia dan dihuni oleh sekitar 30,000 orang itu bakal menjadi medan konfrontasi ganas antara pemberontak dan tentera Syria.
Kelmarin, tentera Syria dilaporkan melepaskan bedilan di bandar Homs dan Hama, wilayah Daraa, Aleppo dan pinggir bandar Damsyik.
Pertempuran antara tentera Syria dengan para penentang pemerintahan Bashar bermula pada awal tahun lalu yang dikatakan telah meragut nyawa lebih 14,000 orang. - Agensi

SAINTIS PERANCIS MEMELUK ISLAM SETELAH MENGKAJI MAYAT FIRAUN




Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.

Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.

Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?

Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.



KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN


Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Kisah Firaun dalam al-Quran

Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.

Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).”

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.



Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.

“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah. - Siti Ainiza

disalin dari : http://napoulu.blogspot.com/2011/02/dia-peluk-islam-kerana-melihat.html

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )
 —

NAMA PARA NABI TERCATAT DALAM TABLET EBLA YANG BERUSIA 1500 TAHUN LEBIH TUA DARI KITAB TAURAT






Berasal dari zaman sekitar 2500 SM, batu bersurat Ebla merekodkan maklumat penting tentang sejarah agama-agama. Ciri terpenting tablet Ebla, yang ditemui ahli arkeologi pada tahun 1975 dan sejak itu telah menjadi subjek kepada banyak kajian dan perdebatan, adalah tertulisnya nama tiga orang nabi yang dirujuk di dalam kitab-kitab suci.

Penemuan tablet Ebla selepas ribuan tahun dan maklumat yang terkandung di dalamnya amat penting dalam menerangkan lokasi geografi umat-umat yang diceritakan di dalam Al-Quran.

Sekitar 2500 SM, Ebla merupakan satu kerajaan yang meliputi satu kawasan termasuklah ibu kota Syria, Damaskus dan tenggara Turki. Kerajaan ini mencapai kemuncak budaya dan ekonominya, namun sepertimana yang berlaku kepada banyak tamadun lain, ia lenyap dari pentas sejarah. Rekod-rekod yang tersimpan jelas menyatakan bahawa Kerajaan Ebla merupakan pusat kebudayaan dan komersil utama pada masa tersebut.1 Masyarakat Ebla memiliki tamadun yang membawa kepada pembangunan arkib-arkib negara, membina perpustakaan dan merekod kontrak-kontrak komersil dalam bentuk bertulis. Mereka bahkan mempunyai sistem bahasa sendiri, yang dikenali sebagai Eblaite.

Sejarah agama-agama yang terkubur

Kepentingan Kerajaan Ebla, yang dianggap sebagai satu kejayaan besar arkeologi klasik apabila mula ditemui pada tahun 1975, muncul dengan penemuan sejumlah 20,000 tablet dan pecahan tulisan cuneiform. Rekod sejarah ini adalah empat kali lebih banyak berbanding dengan semua teks cuneiform yang diketahui oleh ahli arkeologi selama 3,000 tahun terakhir.

Apabila bahasa yang digunakan dalam tablet tersebut berjaya ditafsir oleh Giovanni Pettinato, seorang penterjemah batu bersurat berbangsa Itali dari Universiti Rom, skala kepentingannya dapat difahami dengan lebih baik. Penemuan Kerajaan Ebla dan arkib negara yang menakjubkan ini bukan sahaja menarik perhatian cabang arkeologi, tetapi juga golongan agamawan. Ini kerana sebagaimana nama Mikail (Mi-ka-il) dan Thalut (Sa-u-lum), yang berjuang bersama Nabi Daud, ia juga mengandungi nama-nama nabi yang disebut dalam tiga kitab suci: Nabi Ibrahim (Ab-ra-mu), Nabi Daud (Da-u-dum) dan Nabi Ismail (Ish-ma-il).2

Kepentingan nama-nama yang tercatat dalam prasasti Ebla

Nama para nabi yang dikenal pasti dalam tablet tersebut memiliki kepentingan kerana ini adalah kali pertama mereka dijumpai dalam dokumen bersejarah yang setua itu. Maklumat yang berusia 1500 tahun lebih tua daripada Taurat ini amat mengejutkan. Kemunculan nama Nabi Ibrahim dalam batu bersurat tersebut mencatatkan bahawa Nabi Ibrahim dan agama yang dibawakannya telah wujud sebelum Taurat.

Ahli-ahli sejarah menganalisis batu bersurat Ebla melalui perspektif ini, dan penemuan besar tentang Nabi Ibrahim dan misinya menjadi subjek kajian berkaitan sejarah agama-agama. Berdasarkan penelitiannya, David Noel Freedman, seorang ahli arkeologi berbangsa Amerika dan pengkaji sejarah agama-agama, melaporkan nama-nama nabi seperti Ibrahim dan Ismail dalam tablet berkenaan.3

Nama-nama lain dalam batu bersurat Ebla

Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, nama-nama yang terkandung dalam batu bersurat Ebla ialah nama para nabi yang dinyatakan dalam tiga kitab suci, dan prasasti tersebut jauh lebih tua berbanding Taurat. Sebagai tambahan kepada nama-nama tersebut, terdapat juga subjek dan nama tempat yang dapat menunjukkan bahawa penduduk Ebla merupakan pedagang yang berjaya. Nama-nama seperti Sinai, Gaza dan Jerusalem, yang terletak berhampiran Ebla, juga muncul dalam teks tersebut, sekaligus menunjukkan bahawa masyarakat Ebla mempunyai hubungan komersil dan budaya dengan tempat-tempat tersebut.4

Satu perincian penting yang didapati di dalam tablet tersebut adalah nama-nama kawasan Sodom dan Gomorrah, di mana umat Nabi Luth menetap. Ianya diketahui bahawa Sodom dan Gomorrah merupakan satu wilayah di kawasan pantai Laut Mati di mana umat Nabi Luth tinggal dan Nabi Luth menyampaikan ajarannya serta mengajak manusia hidup berlandaskan nilai-nilai moral agama. Sebagai tambahan kepada dua nama ini, nama kota Iram yang wujud dalam ayat-ayat Al-Quran juga antara yang tercatat dalam tablet Ebla.

Aspek terpenting kesemua nama ini ialah ianya tidak pernah ditemui dalam mana-mana teks sebelum ini selain dalam naskah yang disampaikan oleh para nabi. Ini merupakan bukti dokumentari penting yang membuktikan bahawa ajaran nabi-nabi yang menyampaikan risalah satu agama yang benar pada zaman itu telah mencapai wilayah berkenaan. Dalam satu artikel dalam majalah Reader's Digest, dicatatkan bahawa telah berlaku perubahan dalam masyarakat Ebla semasa pemerintahan Raja Ebrum dan mereka mula menambah imbuhan awalan kepada nama masing-masing untuk memuliakan nama Tuhan Yang Maha Kuasa.

Janji Tuhan Itu Benar…

Sejarah dan batu bersurat Ebla yang muncul selepas 4,500 tahun sebenarnya memberi satu hakikat penting: Allah telah menghantar para utusan ke Ebla, sebagaimana yang dilakukan-Nya kepada semua bangsa, dan mereka mengajak kaum masing-masing kepada agama yang benar.

Sebahagian orang memeluk agama yang datang kepada mereka sehingga menemui jalan yang sebenar, sementara segolongan yang lain menentang ajakan para nabi dan memilih kehidupan yang tercela. Tuhan, Penguasa langit dan bumi, dan segala isi yang ada di antaranya, menyatakan hakikat ini di dalam Al-Quran:

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul: Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut. Maka di antara mereka ada yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula yang ditimpa kesesatan. Maka mengembaralah kamu di bumi, lalu lihatlah bagaimana buruknya akibat orang yang berdusta. (Surah An-Nahl, ayat 36)

Rujukan:
1 "Ebla", Funk & Wagnalls New Encyclopaedia, © 1995 Funk & Wagnalls Corporation, Infopedia 2.0, SoftKey Multimedia Inc.
2) Howard La Fay, "Ebla: Splendour of an Unknown Empire," National Geographic Magazine, Disember 1978, hal. 736; C. Bermant dan M. Weitzman, Ebla: A Revelation in Archaeology, Times Books, 1979, Wiedenfeld dan Nicolson, Great Britain, hal. 184.
3) Majalah Bilim ve Teknik (Sains dan Teknologi), No. 118, September 1977 dan No. 131 Oktober 1978
4) Untuk maklumat lanjut, sila lihat tulisan Harun Yahya yang berjudul Miracles of the Qur'an.


SUMBER : http://ms.harunyahya.com/ms/works/36644/

PENEMUAN SABUN DI DUNIA ISLAM






Salah satu penemuan penting yang dicapai umat Is lam di era keemasan ada lah sabun. Sejak abad ke- 7 M, umat Muslim te lah mengembangkan se bu ah gaya hidup higienis yang mu takhir. Menurut Ahmad Y Al-Hassan da lam bukunya berjudul, Tech nology Transfer in the Chemical Industries, kota-kota Islam seperti Nablus (Palestina), Kufah (Irak), dan Basrah (Irak) telah menjadi sentra industri sabun.‘’Sabun yang kita kenal hari ini adalah warisan dari peradaban Is lam,’’ papar Al-Hassan. Menurut Al-Hassan, sabun yang terbuat da ri minyak sayuran, seperti minyak zaitun serta minyak aroma, perta ma kali diproduksi para kimiawan Muslim di era kekhalifahan. Salah seorang sarjana Muslim yang telah mampu menciptakan formula sa bun adalah Al-Razikimiawan legendaris dari Persia.

‘’Hingga kini, formula untuk mem buat sabun tak pernah ber ubah,’’ cetus Al-Hassan. Sabun yang dibuat umat Muslim di zaman ke jayaan sudah menggunakan pe warna dan pewangi. Selain itu, ada sabun cair dan ada pula sabun ba tangan. Bahkan, pada masa itu sudah tercipta sabun khusus untuk mencukur kumis dan janggut. Harga sabun pada 981 M berki sar tiga Dirham (koin perak) atau setara 0,3 Dinar (koin emas). Resep pembuatan sabun di dunia Islam juga telah ditulis seorang dokter terkemuka dari AndalusiaSpa nyol Islambernama Abu Al-Qa sim Al-Zahrawi alias Abulcassis (936-1013 M).

Ahli kosmetik ini me maparkan tata cara membuat sa bun dalam kitabnya yang monumen tal bertajuk, Al-Tasreef. Al-Tasreef merupakan ensiklopedia kedokteran yang terdiri atas 30 volume. Kitab itu telah diterje mah kan ke dalam bahasa Latin dan digunakan sebagai buku refe r ensi utama di sejumlah universitas Eropa terkemuka. Sang dokter me maparkan resep-resep pembuatan beragam alat kosmetik pada volu me ke-19 dalam kitab Al-Tasreef. Selain itu, resep pembuatan sabun yang lengkap tercatat dalam sebuah risalah bertarikh abad 13 M. Manuskrip itu memaparkan se cara jelas dan detail tata cara pembuatan sabun. Fakta ini menunjukkan betapa dunia Islam telah jauh lebih maju dibandingkan peradaban Barat. Masyarakat Barat, khususnya Eropa, diperkirakan baru mengenal pembuatan sabun pada abad ke-16 M.

Namun, Sherwood Tay lor (1957) dalam bukunya berjudul, A History of Industrial Chemistry, menyatakan, peradaban Barat baru menguasai pembuatan sabun pada abad ke-18 M. Sejatinya, menurut RJ Forbes (1965) dalam bukunya bertajuk, Studies in Ancient Techno logy, campuran yang mengandung sabun telah digunakan di Mesopotamia.

‘’Mereka belum mengenal sabun, tapi beberapa deterjen telah digunakan,’’ ungkap Forbes. Menurut dia, dunia klasik belum memiliki deterjen yang lebih baik. Penemuan sabun yang tergolong modern memang baru diciptakan pada masa kejayaan Islam. Sejarah pembuatan sabun di dunia Islam dicatat secara baik oleh Raja Al- Muzaffar Yusuf ibn `Umar ibn `Ali ibn Rasul ( wafat 1294 M). Dia adalah seorang Raja Yaman yang berasal dari Dinasti Bani Rasul yang kedua.

Raja Al-Mu zaffar merupakan seorang pengua sa yang senang mempelajari kar yakarya ilmuwan Muslim da lam bidang kedokteran, farmakologi, pertanian, dan teknologi. Raja Al-Muzaffar juga sangat men cintai ilmu pengetahuan. Pada ma sa kekuasaannya di abad ke-13 M, ia mendukung dan melindungi pa ra ilmuwan dan seniman untuk ber kreasi dan berinovasi. Dalam ri sa lahnya, sang raja mengisahkan bah wa Suriah sangat dikenal seba gai penghasil sabun keras yang bia sa digunakan untuk keperluan di toilet.

N Elisseeff dalam arti kel nya berjudul, Qasr al- Hayr al-Sharqi, yang dimu at dalam Ensiklo pe dia Islam volume IV menya t akan, para arkeolog me nemukan bukti pembuatan sabun dari abad ke-8 M. Saat itu, kekhalifahan Islam sedang menjadi salah satu penguasa dunia. Geografer Muslim kela hiran Yerusalem, Al-Maq disi, dalam risalahnya ber judul, Ahsan al-Taqasim fi ma`rifat al-aqalim, juga te lah mengungkapkan kemajuan in dustri sabun di dunia Islam. Menu rut Al-Maqdisi, pada abad ke-10, Kota Nab lus (Palestina) sangat masyhur sebagai sentra industri sabun. Sabun buatan Nablus telah diekspor ke berbagai kota Islam.

Menurut Al-Maqdisi, sabun juga telah dibuat di kota-kota lain di ka was an Mediterania, termasuk di Spa nyol Islam. Andalusia dikenal sebagai penghasil sabun berbahan minyak zaitun. M Shatzmiller da lam tulisannya bertajuk, al-Mu wah hidun, yang tertulis dalam En si klo pedia Islam terbitan Brill Lei den, juga mengungkapkan betapa pesatnya perkembangan industri sabun di dunia Islam. ‘’Pada 1200 M, di Kota Fez (Maroko) saja terdapat 27 pabrik sabun,’’ papar Shatzmiller.

Sherwood Taylor, dalam Medie val Trade in the Mediterranean World menyebutkan, pada abad ke- 13 M, sabun batangan buatan kotakota Islam di kawasan Mediterania telah diekspor ke Eropa. Pengirim an sabun dari dunia Islam ke Ero pa, papar Taylor, melewati Alps ke Eropa utara lewat Italia. Selain sabun, dunia Islam pun te lah menggenggam teknologi pem- buatan beragam alat kosmetik. Salah satunya adalah parfum. Umat Islam di zaman kekhalifahan juga telah mengembangkan tekno logi pembuatan parfum hingga men jadi sebuah industri yang sangat besar.

Para sejarawan meyakini bahwa fondasi industri minyak wangi yang berkembang pesat di dunia Is lam dibangun oleh dua ahli kimia termasyhur, yakni Jabir Ibnu Hay yan (721-815 M) serta Al-Kindi (805-873 M). Kimiawan Muslim da ri abad ke-12, Al-Isybili, mengung kapkan, pada masa kejayaan Islam terdapat tak kurang dari sembilan buku teknis dan pedoman bagi pengelola industri parfum. Meski begitu, kitab tentang peng olahan minyak wangi atau par fum yang masih tersisa hanyalah Kitab Kimiya’ al-’Itr (Book of the Chemistry of Perfume and Dis tillations) karya Al-Kindi.

Jauh sebelum Al-Kindi, pe ngem bangan industri parfum di dunia Islam juga sempat dilakukan ‘Bapak Kimia Modern’ Jabir Ibnu Hayyan. Ia mengembangkan bebe rapa teknik, termasuk penyulingan (distilasi), penguapan (evaporation), dan penyaringan (filtrasi). Ketiga teknik itu mampu mengambil aroma wewangian dari tumbuhan dan bunga dalam bentuk air atau minyak.

Teknik dan metode dasar yang diletakkan oleh Jabir itu dikembangkan Al-Kindi. Ia melakukan riset dan eksperimen dengan lebih cermat. Al-Kindi mencoba mengombinasikan beragam tanaman dan bahan-bahan lain untuk memproduksi beragam jenis parfum dan minyak wangi. Ilmuwan Muslim asal Kufah, Irak, itu pun berhasil menemukan tak kurang dari 107 metode dan resep untuk membuat parfum serta peralatan pembuatannya. Begitulah, dunia Islam di era keemasan telah mampu mengembangkan industri sabun dan juga parfum.


Resep Sabun Warisan Peradaban Islam
Minyak zaitun dan al-Qali merupakan bahan utama pembuatan sabun. Ba han lain yang kerap digunakan untuk membuat sabun adalah natrun. Lalu, bagai mana proses pembuatan sabun dilakukan di dunia Islam pada abad ke-13 M? Berikut ini resep pembuatan sabun yang ditulis Daud Al- Antaki seperti dikutip Ahmad Y Al-Hassan dan Donald R Hill dalam bukunya bertajuk, Islamic Technology: An Illustrated History:

Inilah cara membuat sabun yang diwaris kan peradaban Islam: Ambil satu bagian al-Qali dan setengah ba gian kapur. Giling dengan baik, kemudian tempatkan dalam sebuah tangki. Tuangkan air sebanyak lima bagian dan aduk selama dua jam. Tangki dilengkapi lubang bersumbat. Sete lah pengadukan berhenti dan cairan menjadi jernih, lubang ini dibuka. Jika air sudah habis, sumbat kembali lu bang tersebut, tuangkan air dan aduk, kosong kan dan seterusnya sampai tak ada lagi air yang tersisa.

Faksi air di setiap periode dipi sahkan. Lalu, minyak yang sudah murni diambil sebanyak 10 kali jumlah air yang pertama tadi, lalu letakkan di atas api. Jika sudah mendidih, tambahkan air faksi terakhir sedikit demi sedikit. Kemudian tambah dengan air faksi nomor dua terakhir, sampai air faksi pertama. Dari proses itu, akan diperoleh campuran seperti adonan kue. Adonan ini disendok (dan disebarkan) di atas semacam tikar hingga kering sebagian. Kemudian, tempatkan dalam nura (kapur mati). Inilah hasil akhir dan tidak diperlukan lagi pendinginan atau pencucian dengan air dingin selama proses.

Ada kalanya ditambahkan garam ke dalam al-Qali dan kapur sebanyak setengah kali jumlah kapur. Selain itu, juga ditambahkan amilum tepat sebelum proses selesai. Minyak di sini dapat diganti dengan minyak lain dan lemak seperti minyak carthamus. Itulah salah satu resep pembuatan sabun yang berkembang di dunia Islam. Sejatinya, masih banyak risalah lain yang mengungkapkan formula pembuatan sabun. Salah satunya adalah buah pikir Al-Razi.


SUMBER : http://tekim.undip.ac.id/staf/istadi/2009/04/penemuan-sabun-di-dunia-islam/