Pages

Thursday, June 28, 2012

24 libatkan 5 negara ‘curi’ data kad kredit ditahan

kad-kredit
$entry.content.caption.value
NEW YORK -  Seramai24 orang ditahan menerusi tindakan bersepadu - Operation Card Shop -  membabitkan 13 negara berhubung sindiket mencuri maklumat melibatkan lebih 400,000 kad kredit.

Seramai 11 orang ditahandi Amerika Syarikat dan enam di United Kingdom, Bosnia (dua) dan masing-masing satu di Bulgaria, Norway dan Jerman.

Semua yang ditahan adalah lelaki, berumur antara 18 dan 25 tahun, dan mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 40 tahun jika disabitkan kesalahan berkaitan penipuan.

Peguam Southern District of New York, Preet Bharara dan Penolong Pengarah FBI New York, Janice K. Fedarcyk menyifatkan tindakan penguatkuasaan itu sebagai “yang terbesar” dalam mengatasi jenayah melibatkan kad kredit.

Jenayah itu melibatkan perbuatan menyalahgunakan kad-kad kredit yang hilang, mencuri akaun bank dan maklumat-maklumat peribadi yang lain.

“Tindakan bersepadu hari ini melibatkan 13 negara termasuk Amerika Syarikat, membawa kepada penahanan 24 orang termasuk penahanan domestik melibatkan 11 orang dan 13 yang lain oleh pihak berkuasa luar negara di tujuh negara,” kata mereka dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Sebelas orang yang ditahan di Amerika Syarikat terdiri daripadaChristian Cangeopol, yang turut dikenali sebagai “404myth”, Mark Caparelli (Cubby), Sean Harper (Kabraxis314), Alex Hatala (kool+kake), Joshua Hicks (OxideDox), Michael Hogue (xVisceral), Mir Islam (JoshTheGod), Peter Ketchum (IwearaMAGNUM) dan Steven Hansen (“theboner1).

Dua orang bawah umur juga ditahan iaitu di Long Beach dan Sacramento, California.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) telah menjalankan siasatan dengan cara menyamar selama dua tahun melibatkan empat benua.

Operasi itu dikesan apabila ada individu menjual dan membeli maklumat palsu, termasuk urusan dalam talian yang dikenali sebagai sistem “carding”.

Mir Islam, yang dikenali dalam talian sebagai  “JoshTheGod”, didakwa memperdagangkan 50,000 nombor kad kredit yang dicuri.

Secara keseluruhan, penyiasat diberitahu lebih 400,000 akaun pembekal kad kredittelah dikompromi.

Pegawai Amerika Syarikat berkata operasiitu telah berjaya mengekangkerugian sebanyak AS$205 juta (sekitar RM600 juta).

Operasi turut tertumpu kepada penipuan atas talian diInternet yang dikenali sebagai “Carder Profit”, ditubuhkan oleh FBI pada Jun 2010 di  mana para pengguna boleh bertukar-tukar akaun dan nombor kad yang dicuri.

Penyiasat mengenalpasti yang penjenayah siber berpangkalan di Amerika Syarikat, Eropah, Asia dan Australia.

Bharara berkata, penjenayah siber bijak beroperasi di belakang tabir yang sepatutnya masih tertakluk dengan undang-undang jangka panjang.

Syiling zaman besi ditemui

Pakar arkeologi, Neil Mahrer dari badan amanah bebas bertanggungjawab ke atas penemuan artifak, Jersey Heritage, memeriksa duit syiling yang ditemui di Jersey, Perancis, baru-baru ini. - Agensi
LONDON 27 Jun - Usaha selama 30 tahun oleh dua orang pencari harta karun akhirnya berbaloi dengan penemuan sejumlah besar wang syiling zaman besi yang dianggarkan bernilai kira-kira 10 juta pound (RM50 juta).
Penemuan syiling Celtic di ladang pertanian di Jersey oleh kedua-dua pencari harta tersebut, Reg Mead dan Richard Miles merupakan yang terbesar pernah berlaku dengan jumlah 30,000 hingga 50,000 keping syiling perak dan sekeping syiling emas.
Berat kesemua syiling terbabit dianggarkan mencecah satu tan dan setiap syiling mempunyai nilai sehingga 200 pound (RM995).
Syiling itu dipercayai ditanam kira-kira 2,000 tahun dahulu oleh puak Celtic yang dikenali sebagai Coriosolitae ketika tentera Roman pimpinan Julius Caesar menyerang Pulau Channel, kini terletak di utara Perancis.
Mead dan Miles memulakan pencarian harta tersebut selepas mendengar khabar angin mengenai seorang petani terjumpa syiling lama di kawasan terbabit.
Pasangan pencari itu menggunakan pengesan besi yang kuat dalam usaha mencari lebih banyak harta karun di kawasan terbabit.
Namun selepas melakukan pencarian besar-besaran, mereka hanya menemui 120 syiling pada Februari lalu.
"Pada minggu lalu, mesin pengesan itu menunjukkan petanda yang kuat dan kami dengan segera memaklumkan kepada ahli arkeologi profesional untuk membantu kami.
"Saya sangat terkejut penemuan ini kerana kami sudah mencarinya sejak 1959 dan tidak pernah menemui syiling yang banyak sebegini," kata Mead, yang turut merahsiakan lokasi sebenar penemuan itu. - AGENSI

Protes di Kedutaan Malaysia, 2 suspek ditahan

JAKARTA 27 Jun - Dua suspek yang disyaki menjadi dalang kepada demonstrasi membaling botol air mineral ke arah bangunan Kedutaan Besar Malaysia di sini berhubung isu seni tarian Tor Tor pada Jumaat lalu, ditahan pihak berkuasa Indonesia hari ini.
Menurut jurucakap Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, Jubir Julian Aldrin Pasha, polis melaporkan pihaknya telah menahan dua suspek tersebut.
"Sesiapa yang terlibat dalam demonstrasi itu akan menerima hukuman dan tiada pengecualian," katanya.
Jumaat lalu, penunjuk perasaan mengadakan protes di hadapan bangunan kedutaan itu sebagai membantah dakwaan yang menyatakan seni tarian Tor Tor dan Gordang Sambilan adalah hak milik negara ini. - AGENSI

Tanah runtuh, banjir ragut 100 nyawa di Bangladesh

Anggota bomba mengeluarkan mayat seorang bayi dan wanita dalam kejadian tanah runtuh di Chittagong, selatan Bangladesh, kelmarin. - REUTERS
DHAKA 27 Jun - Kejadian tanah runtuh dan bencana banjir yang dibawa oleh hujan monsun menyebabkan sekurang-kurangnya 100 penduduk di Chittagong, selatan negara ini maut, ketika pasukan mencari dan menyelamat hari ini terus mencari mangsa yang dikhuatiri hilang.
Hujan lebat selama tiga hari bermula Isnin lalu menyebabkan kejadian tanah runtuh, sekali gus meranapkan rumah-rumah penduduk yang sedang tidur pada awal pagi ini.
Kebanyakan mangsa korban terdiri daripada golongan wanita serta kanak-kanak dan jumlah itu dijangka meningkat tatkala operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.
Bencana banjir yang melanda turut menyebabkan berpuluh-puluh penduduk kehilangan tempat tinggal dan terputus hubungan komunikasi.
Menurut Ketua Pentadbiran daerah Bandarban, K.M. Tariqul Islam, sebanyak 32 mayat dewasa dan kanak-kanak ditemui di daerah tersebut.
Dalam pada itu, sebanyak 23 daripada 34 penduduk maut selepas ditimbus tanah runtuh di daerah Bazar, manakala selebihnya lemas akibat banjir.
Di daerah Chittagong, mayat 10 penduduk ditemui di bawah runtuhan rumah akibat tanah runtuh, kata pegawai bomba Jasim Uddin selain lapangan terbang di daerah itu juga ditutup semalam selepas dinaiki banjir.
Kira-kira 200 penduduk yang kehilangan tempat tinggal, turut dipindahkan menggunakan feri ke kawasan tinggi. - AGENSI

Pastor Singapura didakwa seleweng duit gereja


Pengasas Gereja City Hervest, Kong Hee (dua dari kanan) dan isterinya, Ho Yeow Sun (tiga dari kanan) semasa beredar dari Mahkamah Rendah Singapura, semalam. - REUTERS
SINGAPURA 27 Jun - Pengasas sebuah gereja paling kaya di Singapura hari ini didakwa di Mahkamah Rendah atas dakwaan menyeleweng wang derma hampir S$23 juta (RM57.45 juta) untuk menyara kerjaya nyanyian isterinya.
Pastor Kong Hee, 47, berdepan tiga dakwaan pecah amanah berhubung penyalahgunaan dana Gereja City Hervest, gereja terbesar di Singapura dengan keanggotaan lebih 30,000 orang.
Hee dituduh menyeleweng dana pembinaan gereja itu dalam tempoh beberapa tahun bagi menyara kerjaya isterinya, Ho Yeow Sun yang cuba menjadi penyanyi di Amerika Syarikat (AS).
Menurut laporan media Singapura sebelum ini, Yeow Sun yang kini berumur 40-an berharap popularitinya di peringkat antarabangsa akan membantu menyebarkan mesej bagi pihak gereja itu.
Empat eksekutif gereja itu turut didakwa di sebuah mahkamah kerana bersubahat dengan Hee dan cuba menyeleweng dana gereja melibatkan berjuta-juta dolar.
Hee dan empat tertuduh lain ditangkap semalam oleh Jabatan Hal Ehwal Komersial, unit polis yang ditubuhkan bagi membendung jenayah kewangan.
Mereka berdepan hukuman penjara seumur hidup dan denda jika disabit kesalahan.
Kelima-lima tertuduh itu digantung tugas dan dibenarkan ikat jamin S$500,000 (RM1.248 juta) setiap seorang serta pasport mereka dirampas.
Pegawai yang memantau kebajikan menyatakan, Hee menyeleweng sebanyak S$23 juta (RM57.45 juta), namun dalam kertas pertuduhan yang difailkan hari ini, jumlah itu dinaikkan kepada S$24 juta (RM59.94 juta).
Menurut dokumen mahkamah, dana gereja itu disalurkan melalui bon pelaburan di dua syarikat, namun ia merupakan satu transaksi palsu.
"Ia direka oleh tertuduh bagi menyembunyikan peralihan Dana Pembangunan Gereja kepada dana kerjaya muzik Yeow Sun selain beberapa tujuan yang tidak dibenarkan,'' kata dokumen itu. - AFP

Syria dalam situasi perang

Pejabat saluran televisyen satelit al-Ikhbariya yang pro kerajaan musnah teruk dalam satu kebakaran di luar Damsyik, semalam, selepas Presiden Bashar al-Assad mengumumkan situasi perang sedang berlaku di Syria. - AFP
DAMSYIK 27 Jun - Presiden Syria, Bashar al-Assad menyatakan negara ini kini berada dalam keadaan perang dan mengarahkan Kabinetnya mengambil tindakan keras terhadap pemberontakan antirejim ketika pertempuran berlaku berdekatan ibu negara ini.
Ketika pemberontakan rakyat memasuki bulan ke-16, Assad semalam memberitahu Kabinet bahawa Syria kini menghadapi 'situasi perang sebenar'.
"Apabila negara berada dalam keadaan perang, semua polisi dan kemampuan yang ada digunakan untuk mencapai kejayaan,'' katanya yang dipetik oleh agensi berita SANA.
Di Syria, keganasan berlanjutan dengan sekurang-kurangnya 116 orang termasuk 68 orang awam, 41 askar dan tujuh anggota pemberontak maut semalam, kata Pemantau Hak Asasi Manusia Syria.
Pertempuran semakin menghampiri ibu negara ini dengan kejadian terbaru di kawasan luar Damsyik melibatkan pasukan pemberontak dan tentera Syria berdekatan pos Pengawal Republikan Qudsaya dan al-Hama.
Ketua pertubuhan pemantau, Rami Abdel Rahman berkata, buat pertama kali jentera berat digunakan dalam pertempuran berdekatan ibu negara.
"Perkembangan ini penting kerana ia merupakan pertempuran paling berat di kawasan itu dan berdekatan ibu negara,'' katanya.
Jurucakap aktivis di Damsyik, Abu Omar berkata, semua bentuk komunikasi diputuskan di dalam dan sekitar al-Hama dan Qudsaya.
"Tentera rejim menyerang kawasan berkenaan dengan kereta kebal,'' katanya.
SANA melaporkan, tentera rejim bertempur dengan kumpulan bersenjata di al-Hama dan membunuh berpuluh-puluh orang serta menangkap sejumlah yang lain. - AFP

Naglaa lebih selesa jadi ibu

KAHERAH: Isteri presiden baru Mesir, Mohammed Morsi, Naglaa Mahmoud, 50, berkata, beliau lebih selesa menjadi ibu, suri rumah dan mengurus keluarga berbanding melaksanakan tugas sebagai isteri presiden. 

“Panggil saja saya Umm Ahmed (bermaksud ibu Ahmed merujuk kepada nama anak sulungnya) atau Ukhti (kakak) atau Hajah. Islam tidak membezakan seorang wanita dengan wanita yang lain. Kita semua adalah rakyat Mesir dan perlu bersatu demi negara,” katanya dalam satu temuramah yang dipetik media Mesir.
Naglaa berkata walaupun lebih gemar berada di rumah, beliau tidak ketinggalan mengikut suaminya berkempen menjelang pilihan raya presiden baru-baru ini.
Naglaa berkahwin dengan Morsi yang juga sepupunya pada 1979 ketika berusia 17 tahun. Beliau bekerja dengan Ikhwanul Muslimin sebelum mengikut Morsi menyambung pelajaran di Amerika Syarikat dan mengikuti kursus menterjemah. 

Kedudukan sebagai isteri presiden, menjadikan Naglaa bahan perbincangan dikalangan media dan laman web online, berikutan imej bertudung yang ditampilkannya dianggap kurang sesuai. 

Namun Naglaa ternyata selesa dengan apa yang digayakannya selain kehidupan sederhana bersama suami dan anaknya. 

Beberapa laman web turut membandingkan beliau dengan isteri bekas presiden Hosni Mubarak, Suzzane, yang sentiasa tampil dengan sut dan pakaian ala Barat. 
“Adakah anda cuba menggoda saya Puan Morsi?” tulis sebuah laman web hiburan di Kaherah yang turut menyiarkan gambar Naglaa yang bertudung. 

Bagaimanapun, beberapa penganalisis berkata, pakaian yang dipakai Naglaa adalah pakaian biasa kebanyakan wanita Mesir. 

“Jika ada ke Zamalek dan Heliopolis di Kaherah, ramai wanita Mesir memakai pakaian yang sama seperti Naglaa. Malah, saya yakin lebih ramai wanita berpakaian seperti beliau berbanding fesyen yang digayakan Suzanne,” kata seorang penulis blog. 

Berikutan kemenangan suaminya, Naglaa dan keluarganya kini berpindah ke istana presiden. Naglaa sebelum ini memberitahu akhbar harian Egypt Today bahawa beliau tidak mahu tinggal di rumah yang pernah didiami Mubarak. 

“Saya sedang berusaha mencari rumah lain di di pinggir Kaherah untuk memudahkan saya mengundang dan melayan tetamu dengan lebih baik,” katanya. – Agensi

Kebakaran hutan Colorado merebak

COLORADO: Lebih 32,000 penduduk terpaksa dipindahkan manakala banyak rumah musnah ketika kebakaran hutan di Colorado Springs semakin merebak dan disifatkan gabenor negeri itu, John Hickenlooper, seperti pencerobohan tentera. 

Laporan stesen televisyen KDVR menyatakan, Sherif El Paso berkata kebakaran sudah merebak sehingga lebih 2,630 hektar setakat ini.
“Banyak rumah musnah dalam kebakaran,” kata Datuk Bandar Colorado Springs, Steve Bach, kepada KDVR.
Seramai 2,100 dipindahkan dari Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat, yang terletak di utara Colorado Springs. Akademi berkenaan lewat kelmarin berkata pegawai mengarahkan pangkalan itu ditutup untuk operasi biasa semalam, dengan kakitangan penting saja melaporkan untuk bertugas. 

Sementara itu, pihak berkuasa di tengah Utah menemui mayat seorang wanita kelmarin ketika kembali ke kawasan diarahkan berpindah, menjadikan ia kematian pertama dalam kebakaran yang sudah memusnahkan 12 rumah dan dilihat menjadi lebih buruk. 

Di bahagian barat, pasukan bomba berhempas pulas mengawal kebakaran di Colorado, Utah dan beberapa negeri di Rocky Mountain. 

Colorado mencatatkan suhu lebih 100 darjah Celsius sejak seminggu lalu, mencetuskan faktor dahsyat kebakaran hutan di seluruh negeri dan mencabar pasukan bomba. 
“Apabila keadaan panas, ia kering dan mudah untuk api merebak,” kata jurucakap bomba bagi Perkhidmatan Hutan Amerika, Steve Segin. 

Seluruh Utah dan sebahagian besar Wyoming, Colorado dan Montana diletakkan dalam amaran bendera merah, bermakna keadaan panas, kering dan mudah terjadi kebakaran. 

Kelmarin adalah hari kelima berturut-turut suhu dicatat 100 darjah atau lebih tinggi di Denver, menyamai rekod pada tahun 2005 dan 1989. Isnin lalu, Denver mencatat rekod dengan suhu setinggi 105 darjah. 

Kawasan lain di negara itu turut mencatatkan suhu melebihi 100 darjah kelmarin, termasuk di bandar Wray, mencecah 108 darjah, kata Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan. 

“Apa yang dilihat sekarang ialah kemuncak kepanasan luar biasa berikutan berdekad corak kepanasan,” kata ketua pemantau suhu di Pusat Data Suhu Kebangsaan di Ashville, Derek Arndt. 

Kepanasan tidak dijangka berkurangan dalam masa terdekat. Segin berkata, keadaan memberikan kesan teruk secara fizikal kepada pasukan bomba yang berusaha sepanjang hari dan mengangkut peralatan berat. 

Video televisyen menunjukkan asap dan api semakin menghampiri rumah di kawasan penempatan berdekatan hutan di barat laut Colorado Springs. 

Dua pesawat kargo C-130 Tentera Udara dikerah membantu memadamkan kebakaran dan yang ketiga dijangka sampai lewat semalam. 

Pada jarak 352 kilometer persegi kebakaran di High Park di utara Colorado, pihak berkuasa menambah rumah yang musnah kepada 257, berkata mereka menemui sembilan lagi rumah yang tidak dikira sebelum ini. Angka itu adalah yang tertinggi dalam sejarah kebakaran hutan di negeri itu. – Agensi

Banjir terburuk Bangladesh

BANDAR Chittagong ditenggelami banjir yang biasa melanda di Bangladesh ketika musim tengkujuh.
BANDAR Chittagong ditenggelami banjir yang biasa
 melanda di Bangladesh ketika musim tengkujuh.
DHAKA: Tanah runtuh dan banjir disebabkan musim hujan di Bangladesh mengorbankan sekurang-kurangnya 90 orang di selatan negara itu dan menyebabkan 200,000 lagi terperangkap semalam ketika penyelamat berusaha mencari ramai lagi yang masih hilang, kata pegawai.

Hujan lebat selama tiga hari turun di negara itu dan tanah runtuh menenggelamkan rumah ketika penduduk tidur kelmarin dan awal pagi semalam.Ramai penduduk yang tidak berumah tinggal di kaki bukit atau kawasan berhampiran walaupun berulang kali diberi amaran pihak berkuasa. Musim banjir perkara biasa di Bangladesh yang mempunyai 160 juta penduduk.
“Ramai lagi penduduk dikhuatiri terperangkap dalam rumah di kaki bukit. Operasi menyelamat berterusan,” kata Timbalan Pesuruhjaya Chittagong, Faiz Ahmad. 

Kebanyakan mangsa yang terbunuh adalah wanita dan kanak-kanak dan angka kematian mungkin meningkat ketika pasukan penyelamat masih mencari penduduk yang masih hilang. 

Sukarelawan menggunakan pembesar suara memberi amaran kepada penduduk mengenai bahaya tanah runtuh ketika musim hujan, kata Jaynul Bari, pentadbir kerajaan di salah satu kawasan terjejas, daerah Cox’s Bazar. 

Banjir menenggelami puluhan kampung dan mengganggu komunikasi di kawasan itu. “Mayat 32 penduduk dewasa dan kanak-kanak ditemui di daerah Bandarban,” kata K M Tariqul Islam, ketua pentadbir kerajaan di kawasan yang terletak 248 kilometer ke tenggara Dhaka. Seramai 34 maut, kebanyakannya akibat tanah runtuh di daerah Cox’s Bazar. 

Bari berkata, 23 mayat ditemui dalam timbunan serpihan di Ukhia dan 11 lagi lemas dalam banjir. 

Kira-kira 200 yang kehilangan tempat tinggal ditempatkan di sekolah di tanah tinggi. Di Chittagong, satu lagi daerah di wilayah itu, mayat 10 penduduk ditemui tertimbus dalam tanah runtuh. 

Lapangan terbang di Chittagong ditutup beberapa jam kelmarin apabila banjir menenggelamkan landasan. Ia dibuka semula semalam selepas hujan berhenti. 

Hujan lebat lima hari melanda kawasan berhampiran sempadan Myanmar dan India dengan pejabat cuaca mencatatkan 463 milimeter hujan di Chittagong lebih 24 jam. 

“Kami berdepan hujan paling buruk dalam masa beberapa tahun,” kata Bari. 

Pegawai kaji cuaca berkata, hujan lebat dijangka turun beberapa hari lagi. Sementara itu, pegawai kawalan bencana berkata, kira-kira 150,000 penduduk terjejas akibat banjir di tenggara, manakala 50,000 lagi terperangkap di Sylhet. – AP/Agensi

Russia: Tindakan Syria bukan provokasi

MOSCOW: Russia semalam berkata, tindakan Syria menembak jatuh pesawat tentera Turki tidak boleh dilihat sebagai provokasi dan memberi amaran kepada kuasa dunia supaya tidak menggunakan insiden itu untuk tindakan lebih tegas dikenakan terhadap Damsyik.
Ia adalah reaksi pertama Moscow terhadap insiden pesawat tentera Turki ditembak oleh tentera udara Syria Jumaat lalu yang memberi dimensi baru di peringkat antarabangsa dalam konflik yang semakin buruk di negara itu. - Reuters

Naib Presiden Iran selar ajaran Talmud

TEHERAN: Ajaran kitab hukum Yahudi, Talmud adalah pendorong peningkatan perdagangan dadah antarabangsa, kata Naib Presiden Pertama Iran, Mohammad Reza Rahimi dalam satu kenyataan yang dilaporkan, semalam.
Kenyataan Mohammad Reza pada persidangan anti dadah antarabangsa di Teheran yang disertai oleh ramai diplomat asing itu adalah hinaan yang jarang dibuat pegawai tinggi Iran yang mencemuh kepercayaan Yahudi, berbanding negara Israel.

Kenyataan itu segera dikritik Menteri Luar Israel yang turut mengecam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Kesatuan Eropah kerana menghantar wakil di persidangan itu.
“Tersebarnya narkotik di dunia berpunca daripada ajaran Talmud...di mana objektifnya untuk memusnahkan dunia,” katanya dalam komen yang disiarkan laman web rasmi pejabat Presiden Mahmoud Ahmadinejad, begitu juga dengan media kerajaan. - AFP

916 terbunuh dalam tempoh seminggu

BEIRUT: Lebih 15,800 orang terbunuh sejak meletusnya revolusi Syria 15 bulan lalu, kata badan pemerhati hak asasi kemanusiaan semalam, sambil menambah tujuh hari lalu adalah hari paling banyak berlaku pertumpahan darah.
“Kadar pembunuhan semakin meningkat,” kata badan pemerhati hak asasi kemanusiaan Syria yang berpangkalan di Britain.

“Minggu lalu adalah minggu paling buruk dalam Revolusi Syria,” kata pengarah badan itu, Rami Abdel Rahman kepada media sambil menambah 916 orang terbunuh dari 20 Jun hingga kelmarin.
Menurutnya, daripada 15,804 yang terbunuh sejak Mac tahun lalu, seramai 4,681 hilang nyawa sejak gencatan senjata disokong PBB yang sepatutnya berkuat kuasa pada 12 April lalu.

Daripada jumlah itu, secara kasar suku atau 1,197 terbunuh sejak misi pemerhati PBB yang ingin meyelia pelan damai, menggantung operasinya pada 16 Jun lalu ekoran keganasan yang memuncak.

“Bulan terakhir, dari 26 Mei hingga 26 Jun adalah tempoh paling buruk sejak pemberontakan bermula. Dalam tempoh itu, 3,426 orang terbunuh,” katanya. - AFP

Tapak pertanian berusia 5,600 tahun ditemui


SEBUAH kawasan dipercayai kawasan pertanian tertua di Asia Timur yang ditemui di Goseong.


SEOUL - Seorang ahli arkeologi, Cho Mi-soon semalam mendakwa terdapat bukti kewujudan kawasan pertanian tertua di Asia Timur terdapat di Goseong, Korea Selatan.
Menurutnya, tapak tersebut dipercayai berusia hingga 5,600 tahun.
Pada zaman Neolitik, manusia mula tinggal di penempatan tetap dan bercucuk tanam selepas hidup secara nomadik dengan mengembara untuk mencari makanan.
Menurut Mi-soon, terdapat serpihan barangan tembikar dan rumah ditemui di tapak berkenaan.
Katanya, artifak berkenaan telah diuji dan disahkan berasal dari zaman Neolitik. - Agensi

Doktor buang ketumbuhan 15kg daripada badan kanak-kanak



GAMBAR X-ray menunjukkan rangka badan Rodriguez yang mengalami ketumbuhan di bahagian kanan badannya.


BANDAR RAYA MEXICO - Sekumpulan doktor di Mexico berjaya membuang ketumbuhan seberat 15 kilogram (kg) daripada badan seorang kanak-kanak berusia dua tahun, Jesus Rodriguez.
Pengarah Pediatrik Pusat Perubatan La Raza di sini, Dr. Gustavo Hernandez berkata, ketumbuhan tersebut lebih berat daripada pesakit itu.
Beliau berkata, kanak-kanak itu ketika dibedah pada 14 Jun lalu mempunyai berat badan 12kg.
Doktor itu menyatakan kanak-kanak tersebut dilahirkan bersama satu bonjolan yang membesar sehingga ke bahagian celah lengan dan pinggul kanannya.
Kanak-kanak itu berasal dari negeri Durango di utara Mexico.
Hernandez memberitahu, sepasukan doktor mengambil masa sehingga 10 jam untuk membuang ketumbuhan tersebut.
Menurutnya, pesakit itu berada dalam keadaan baik dan semakin sembuh.
Beliau berkata, pembedahan tersebut adalah yang pertama melibatkan doktor di Mexico membuang ketumbuhan bersaiz lebih besar daripada pesakit. - Agensi

Stesen TV di Syria diserang

BANGUNAN ibu pejabat Al-Ikhbariya rosak terusk selepas dibom sekumpulan lelaki bersenjata di Damsyik semalam.


DAMSYIK - Sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu ibu pejabat stesen televisyen propemerintah, Al-Ikhbariya di sini semalam.
Tiga buah bangunan ibu pejabat itu dibom manakala tiga pekerja mati dalam kejadian tersebut.
Serangan itu dilancarkan selepas Presiden Bashar Al-Assad kelmarin membuat perisytiharan bahawa Syria kini berada dalam peperangan.
Beberapa pegawai perisikan Amerika Syarikat memberitahu, rejim Bashar akan terus bertahan dan bersiap sedia untuk menghadapi peperangan melibatkan tempoh masa yang panjang bagi mementang kumpulan pemberontak.
Serangan itu berlaku pada waktu subuh.
Ibu pejabat stesen tersebut terletak sekitar 20 kilometer dari sini.
Namun, stesen itu menyambung siaran tidak lama selepas serangan tersebut berakhir.
Dalam laporan beritanya, ia menyiarkan keadaan dinding bangunan pejabat dua tingkat yang berlubang akibat dibedil penyerang.
Darah turut berlumuran di lantai bangunan itu.
"Saya terdengar satu letupan kecil diikuti bunyi letupan kuat dengan beberapa lelaki bersenjata menyerbu masuk.
"Mereka menggeledah semua pejabat dan memusnahkan bilik berita," kata seorang pekerja di sebuah bangunan pejabat berkenaan.
Satu lagi bangunan hampir musnah akibat dibom kumpulan pemberontak.
Syria dilanda pergolakan selepas para pemberontak bertempur dengan tentera rejim Bashar sejak Mac tahun lalu.
Lebih 14,000 orang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran tersebut.
Para pemberontak itu menentang kepimpinan Bashar yang dianggap melakukan salah guna kuasa. Kumpulan pemberontak itu melancarkan tentangan terhadap Bashar selepas para penunjuk perasaan di Tunisia dan Mesir berjaya menyebabkan kedua-dua presiden di negara tersebut meletakkan jawatan. - Agensi

Pejabat Microsoft dibakar

SEBUAH van hangus terbakar di pejabat Microsoft di Athens semalam.



ATHENS - Beberapa penyerang membakar pejabat syarikat perisian komputer, Microsoft Corp di sini menjelang subuh semalam, kata polis.
Mereka merempuh pintu masuk dengan sebuah van mini sebelum membakar kenderaan tersebut yang dipenuhi tong berisi gas.
Polis antipengganas dan pihak berkuasa menolak serangan itu didalangi sebuah kumpulan pelampau.
Menurut polis, dua atau tiga lelaki bertopeng mengusir dua pengawal keselamatan sekitar pukul 3.45 pagi waktu tempatan.
Kebakaran dan letupan telah merosakkan pintu masuk dan tingkat bawah bangunan yang menempatkan ibu pejabat korporat gergasi teknologi Amerika Syarikat itu.
Seorang jurucakap bomba memberitahu, terdapat kerosakan teruk di tingkat bawah bangunan dan menganggarkan kerugian sebanyak AS$75,000 (RM239,289).
Syarikat Microsoft diasaskan oleh bilionair Bill Gates dan Paul Allen. - Agensi

Syiling lama cecah RM16 juta

Syiling lama cecah RM16 juta
Abidin menunjukkan dua syiling berusia lebih 200 tahun (kiri) dan juga 90 keping syiling lama dari pelbagai negara yang menjadi koleksi berharga.
PASIR PUTEH - Pesara tentera mendakwa memiliki syiling lama berusia 242 tahun yang nilainya dikatakan boleh mencecah RM16 juta sekiranya, dilelong di pasaran Amerika Syarikat.

Duit syiling lama berukuran 3.8 sentimeter (sm) yang tertera perkataan `Vtraque Vnum’ itu tidak dapat dipastikan nilai sebenar mata wangnya, tetapi difahamkan ia merupakan antara yang paling sukar ditemui.

Abidin Ghani, 56, dari Taman Sri Aman, di sini, berkata, berdasarkan fakta sejarah, syiling lama termahal di dunia adalah American Silver Dollar keluaran 1794 yang dijual RM23.5 juta dalam acara lelongan baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, syiling yang dimiliki adalah 24 tahun lebih awal jika dibandingkan American Silver Dollar itu.

“Saya mendapatkan pengesahan daripada beberapa pakar mata wang termasuk pengumpul barangan antik dan mereka mengatakan duit syiling itu adalah asli.

“Walaupun ia merupakan koleksi paling lama usianya, syiling ini masih dalam keadaan baik dan sempurna,” katanya.

Selain syiling berkenaan, bapa kepada lima anak itu turut memiliki duit syiling lama satu sen berukuran 2.7 sm yang tertera perkataan Kerajaan Terengganu Berhad dalam tulisan Jawi.

Abidin turut memiliki 20 keping wang kertas lama termasuk wang kertas yang dikeluarkan pada masa pemerintahan Negeri-negeri Bersekutu.

“Semua ini adalah koleksi arwah ayah saya kerana dia sentiasa merantau ke negara luar semata-mata untuk mendapatkan syiling lama.

“Saya menyimpannya selama 40 tahun dan pernah didatangi beberapa lelaki yang berhasrat meminjam beberapa syiling lama untuk tujuan memuja nombor ekor, saya tidak bersetuju kerana
tahu perbuatan itu syirik,” katanya.

Abidin berkata, pengalamannya sebagai pengumpul syiling lama menemukannya dengan pelbagai peristiwa aneh termasuk gangguan makhluk halus.

“Saya tidak melupakan peristiwa di mana saya dan keluarga tidak dapat tidur kerana diganggu makhluk halus selepas berjaya mendapat syiling lama dari Indonesia,” katanya.