Pages

Monday, February 24, 2014

Kamu telah menjual agama kamu

Diceritakan seorang wanita muslimah berpurdah sedang membeli-belah di salah satu pasaraya di Perancis.

Setelah selesai mendapatkan barang-barang yg dicarinya, dia segera pergi ke kaunter utk membayar.
Kebetulan cashier yg ditujunya adalah seorang wanita keturunan Arab yg berpakaian tdk menutup auratnya.

Cashier tersebut memandang wanita berpurdah itu dgn pandangan mengejek, kemudian dia mulai mengira nilai barang belanjaan wanita tersebut sambil melemparkannya dgn kasar ke atas meja.

Namun wanita berpurdah itu tdk terpengaruh dgn provokasi wanita cashier itu, dia tetap tenang, bahkan sangat tenang, hingga membuat wanita cashier semakin geram dan tdk dpt lagi menguasai diri, lalu berkata dengan nada memperlekehkan,
"Kita mempunyai berbagai masalah dan permasalahan di sini, Purdah kamu ini adalah salah satu masalah. Kita datang ke sini untuk mencari duit, bukan untuk pamer agama maupun sejarah. Kalau kamu mau menjalani agama atau mengenakan purdah, pergilah sana ke negerimu dan jalani agamamu sesukamu."

Wanita berpurdah itu berhenti memasukkan barang belanjaannya ke dalam troli, lalu memandang wanita cashier tersebut... Dia membuka purdahnya dan ternyata dia adalah wanita kulit putih, dgn sepasang mata biru, lalu dia berkata,
"Aku adalah wanita Perancis asli, begitu pula ayah dan nenekku. Ini adalah Islam-ku dan ini adalah negeriku. Kamu telah menjual agama kamu, sementara kami membelinya.

Subhanallah

Semoga cerita yang sederhana ini dapat memberi pengajaran
yang berharga dalam perjuangan dan mempertahankan agama Allah
 

Manusia tertua 125 tahun

Rajab Al Toum
2014/02/24
Gaza: Seorang lelaki Palestin, Rajab Al Toum, meminta Guinness Book of World Records memasukkan namanya sebagai manusia tertua dunia pada usia 125 tahun kerana dilahirkan pada 1889 dan pernah berperang di dalam Perang Dunia Pertama mempertahankan Empayar Uthmaniah yang memerintah wilayah itu selama ratusan tahun.

Al Toum berkata, kesihatannya masih baik dan mendedahkan rahsia umur panjangnya adalah tabiat pemakanan yang elok dan tidak mempercayai daging merah dan selalu mengambil minyak zaitun, susu dan daging arnab.


Beliau yang tinggal di Semenanjung Gaza, hidup pada lima zaman berbeza termasuk Uthmaniah, penjajahan Britain, pemerintah Mesir, pencerobohan Israel dan kini di bawah pentadbiran Hamas.

Dikerah tentang tentera bersekutu

Dipetik agensi berita Anatolia, Al Toum, berkata beliau dikerah berkhidmat untuk empayar berkenaan ketika berusia 30 tahun.

Beliau berjuang mempertahankan empayar itu ketika Perang Dunia Pertama menentang tentera bersekutu di Lubnan sebelum dikalahkan dan terpaksa keluar dari Asia Barat pada 1918.

Beliau kembali ke Gaza dan berkahwin tetapi tidak mendapat anak. Beliau berkahwin lagi dan memperoleh sembilan anak dan keluarganya kini mengandungi 370 anggota.
Al Toum berkata, beliau kemudian pergi di pelabuhan Haifa untuk bekerja sebelum berpindah ke bandar Beersheeba di Negev untuk kerja lain. Kemudian beliau kembali ke Gaza dan bekerja sebagai peladang.

Al Toum masih ingat ketika tentera Israel menewaskan askar Arab pada 1948 dan menghalau beratus ribu penduduk Palestin daripada rumah mereka.

Katanya, ramai daripada penduduk meninggalkan kediaman masing-masing tetapi terus menyimpan kunci kerana menyangka akan pulang semula dalam masa beberapa hari.

Katanya, beliau banyak menghabiskan masa membaca al-Quran dan menonton berita, menambah amat kecewa dengan berita pembunuhan di kebanyakan negara Arab.

AGENSI

Si panjang, si pendek cari calon isteri


Makkah: Dua lelaki yang mendakwa diri mereka lelaki tertinggi dan terpendek di dunia berkata, mereka berhajat untuk mencari jodoh yang sesuai.

Kehadiran Ajaz Ahmed, 38, dan Qamar Ali, 30, menyuarakan hasrat itu ketika ditemui di Makkah kerana mengerjakan umrah, semalam.



Ajaz berkata, dia masih belum menemui calon untuk dijadikan isteri.
Dia turut menyuarakan rasa sedih kerana namanya masih belum tercatat di dalam Buku Rekod Dunia Guinness.
“Dia (Ajaz) datang bersama Qamar Ali, lelaki terpendek dunia. Qamar yang beratnya hanya 24 kilogram juga berhasrat untuk berkahwin dan mempunyai keluarga.
“Seperti Ajaz, Qamar juga sedih kerana tidak disenaraikan dalam Buku Rekod Dunia Guinness,” lapor akhbar tempatan.

Ajaz yang menggunakan tongkat berkata, kakinya patah ketika mengerjakan umrah beberapa tahun lalu.

Dengan ketinggian sekitar 2.54 meter, Ajaz dikategorikan sebagai lelaki tertinggi di dunia manakala Qamar yang tinggi 95 sentimeter, lelaki terpendek di dunia. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/24

Rakyat terkejut lihat kekayaan Presiden Ukraine


ORANG ramai mengambil peluang melawat kediaman mewah milik Yanukovich selepas pemimpin itu melarikan diri dari Kiev.- REUTERS


KIEV - Para penunjuk perasaan yang menceroboh kediaman Presiden Ukraine, Viktor Yanukovich terpegun dengan gaya hidup mewah pemimpin berkenaan selepas mendapati hartanah itu mempunyai sebuah zoo, berpuluh koleksi kereta antik dan sebuah kapal layar, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Kediaman Yanukovich yang terletak di Mezhyhirya kira-kira satu jam perjalanan dari Kiev diserbu para penunjuk perasaan selepas pasukan keselamatan meninggalkan hartanah tersebut.
Yanukovich melarikan diri ke sebuah lokasi rahsia selepas kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan menawan bangunan Parlimen dan beberapa institusi pentadbiran sebagai usaha menubuhkan sebuah kerajaan sementara.
Para penunjuk perasaan hampir tidak percaya apabila melihat hartanah berkeluasan 140 hektar itu yang lengkap dengan sebuah zoo, sebuah garaj kereta antik, sebuah kapal layar, rumah tetamu, pad pendaratan helikopter dan padang golf.
Kediaman milik pemimpin itu juga dilengkapi dengan perhiasan mewah sedangkan rakyat negara berkenaan hanya mempunyai pendapatan purata kurang £300 (RM1,600) sebulan.
"Kami tidak sangka Yanukovich semewah ini dan beliau juga sangat melampau kerana menggunakan wang rakyat yang miskin seperti kami dengan sewenang-wenangnya,'' kata seorang penunjuk perasaan, Serhiy Remezovsky.
Krisis di Ukraine bermula selepas kerajaan pimpinan Yanukovich enggan menandatangani Perjanjian Hubungan Ukraine-Kesatuan Eropah pada November lalu kerana beliau lebih berminat menjalinkan hubungan dengan Rusia.
Siri protes antikerajaan semakin memuncak apabila beribu-ribu penunjuk perasaan bertempur dengan pihak polis pada minggu lalu mengakibatkan hampir 100 orang terbunuh.
Dalam perkembangan terbaru, Parlimen negara itu semalam memecat Yanukovich kerana didakwa bertanggungjawab dalam kejadian terburuk dalam sejarah negara itu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0224&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2uCSGKC00 
Hakcipta terpelihara