Pages

Monday, January 3, 2011

Ahli sihir kena bayar cukai

Berita Harian Online | Macam-macam: Ahli sihir kena bayar cukai: "


2011/01/03

BUCHAREST: Romania meluluskan undang-undang buruhnya yang baru dan secara rasmi mengiktiraf ahli sihir, tukang tilik dan ahli nujum sebagai satu kerjaya mulai semalam, sekali gus bererti mereka yang terbabit perlu membayar cukai pendapatan.

Tindakan itu bagaimanapun dibantah seorang ahli sihir dikenali sebagai Brata yang memberitahu laman web sebuah stesen televisyen terkenal, Realitate.net, bahawa dia akan melakukan sihir dan memecah-belahkan kerajaan menggunakan lada hitam dan yis.
Langkah yang diambil kerajaan bertujuan membanteras cubaan banyak pihak mengelak daripada membayar cukai ketika Romania dilanda kemerosotan ekonomi. – AP"

Solat Dhuha – Murahkan rezeki, menolak kepapaan

Santapan Rohani Utk Sahabat Seislam

ANTARA IBADAT SUNAT YANG DIANJURKAN DAN MENJADI AMALAN RASULLULLAH SAW SENDIRI IALAH SEMBAHYANG SUNAT DHUHA.BANYAK HADIS-HADIS YANG MENGALAKKANNYA DAN MENYATAKAN KEUTAMAANNYA, ANTARANYA DALAM RIWAYAT ABU HURAIRAH KATANYA:


“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya : “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.

Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Untuk mengamalkan sunat Dhuha, yang bekerja, dicadangkan mengambil wuduk di rumah. Selepas itu kita akan menaiki kenderaan dalam keadaan berwuduk ke tempat kerja dan insyaallah mendapat perlindungan Allah S.A.T semasa perjalanan. Bila sampai ke tempat kerja terus mengerjakan sembahyang Dhuha.
Adapun niat sembahyang Dhuha ialah : ” Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala “
Bacaan surah yang digalakkan adalah seperti berikut:

Cara1 Cara2 Cara3

Rakaat 1 Al-Syamsy Al Dhuha Al-Kursi 7X
Rakaat 2 Al-Laiil An Nasr Al-Iklas 11X

Doa’ sembahyang Dhuha ialah:

“Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh .”


4 Perkara yang paling berharga pada diri manusia


http://www.moveed.com/data/media/127/603KAT6.jpg
Rasulullah SAW telah bersabda :
Ada empat perkara dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab.
Empat perkara yang paling berharga tersebut adalah :
1-Akal.
2-Agama.
3-Malu.
4-Amal Soleh.
Maka akal akan hilang disebabkan marah,
Agama akan hilang disebabkan dengki,
Malu akan hilang disebabkan tamak,
Dan Amal Soleh akan hilang disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.
1001 Feqh Nasihah, m/s : 181.

3 Perkara yang wajib dijauhi


B113
Rasulullah SAW telah bersabda :
" Barang siapa yang bangun diwaktu pagi sambil bersungut kerana kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut kerana perbuatan Tuhannya.
Barang siapa menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia bererti dia telah marah kepada Allah SWT.
Dan Barang siapa merendahkan dirinya kepada orang kaya kerana kekayaannya, maka telah hilang dua pertiga agamanya. "
1001 Feqh Nasihah, m/s : 180.

Kereta Ferrari Hugh Grant rosak

Kosmo! Online - Dunia



HUGH GRANT keluar dari kereta Ferrarinya yang rosak dekat Sandwich di Kent, Britain baru-baru ini.


KENT - Kereta Ferrari yang berharga £140,000 (RM674,102) rosak semasa pelakon Hugh Grant dalam perjalanan untuk bermain golf, lapor sebuah akhbar semalam.

Grant, 50, terpaksa menerima pelawaan seorang pemilik sebuah pub yang mengajaknya menaiki van Volkswagen Kombi berusia 15 tahun untuk ke kelab gol tersebut.

Semasa kejadian, pelakon filem Notting Hill itu memandu di sebatang jalan raya dekat Sandwich di Kent.

Namun, kereta sportnya itu mengalami masalah enjin di laluan pandu laju menyebabkan dia cuba mengundurkan keretanya ke tepi jalan.

Beberapa buah kereta yang berada di belakang Ferrari itu terpaksa dipandu ke tepi jalan bagi memberi laluan kepada Grant mengundurkan kereta.

Pelakon itu terpaksa menumpang van pemilik pub tersebut kerana trak penunda mengambil masa selama beberapa jam untuk tiba di tempat kejadian selepas dia menghubungi mereka untuk mendapatkan bantuan.

Kereta sport itu tiba-tiba kehilangan kuasa menyebabkan ia tidak boleh bergerak ke depan.

Pemilik pub itu, Paul McMullan berkata: "Sejumlah pemandu kereta memperlahankan kereta untuk melihat kereta eksotik Grant. Mereka berasa terkejut melihat seorang pelakon berdiri di tepi jalan."

Grant membeli Ferrari itu pada Ogos lalu semasa sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-50. - Agensi

Gelagat pelajar mabuk dikritik

Kosmo! Online - Dunia: "

BEBERAPA pelajar duduk dekat meja yang mengandungi baldi berisi muntah di sebuah bar di Imperial College, London pada Rabu lalu.

LONDON - Sekumpulan pelajar perubatan Imperial College, London minum minuman keras sehingga muntah di sebuah bar di pusat pengajian tinggi berprestij itu, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Beberapa baldi diletakkan untuk pelajar itu muntah pada malam Rabu lalu yang diiktiraf sebagai hari untuk pasukan yang bergiat dalam sukan.

Sejumlah pelajar yang aktif bersukan menghadiri majlis itu.

Sebahagian pelajar yang muntah kembali meminum minuman keras.

Namun, gelagat pelajar itu dikritik oleh akhbar Mail Online kerana ia menjejaskan imej pusat pengajian tersebut yang amat terkenal di dunia kerana kualiti pendidikannya.

Seorang jurucakap Imperial College menyatakan pelajar-pelajar yang muntah itu menunjukkan mereka mungkin tidak sihat.

'Pihak Imperial College tidak mengalakkan atau membenarkan (pelajar) meminum minuman keras secara berlebihan. Semua pelajar baru diberitahu mengenai bahaya minum minuman keras semasa mereka menyertai majlis itu,' kata jurucakap tersebut. - Agensi"

Cahaya ganjil dekat matahari

Kosmo! Online - Dunia: "

SATU cahaya (dalam bulatan) seperti bulan yang dirakamkan Jonathan Hudston dekat West Milton di Dorset.

DORCHESTER, Britain - Seorang lelaki merakamkan gambar cahaya ganjil dekat West Milton, Dorset pada 28 Disember lalu, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Lelaki tersebut, Jonathan Hudston meminta pandangan orang ramai bagi menentukan sama ada cahaya yang dirakamkannya itu merupakan objek terbang tidak dikenali (UFO) atau bulan.

Ada individu yang menghantar komen di akhbar dalam talian Real West Dorset bahawa cahaya itu bukannya bulan tetapi satu pantulan cahaya kerana ia dirakamkan semasa matahari terbenam.

Bagaimanapun, ada individu yang berpendapat bahawa cahaya itu memang merupakan UFO. - Agensi"

Jualan rokok elektronik semakin meningkat di pasaran dunia

Kosmo! Online - Dunia



BEBERAPA sampel rokok elektronik.


PARIS - Pihak pengurusan syarikat pengeluar rokok elektronik, EdSylver menyatakan jualan rokok itu meningkat sejak 2007.

Rokok elektronik merupakan alternatif buat perokok kerana ia kelihatan seperti rokok biasa, diperbuat daripada bahan plastik, tidak mengeluarkan abu dan menghasilkan asap tiruan.

Rokok yang menggunakan kuasa bateri yang boleh dicaj itu boleh digunakan di kawasan larangan merokok.

"Sejak dilancarkan pada tahun 2007 jualannya menunjukkan peningkatan sebanyak 30 peratus setiap tahun," kata seorang jurucakap syarikat EdSylver.

Rokok elektronik itu mula dicipta di China pada 2004.

Terdapat set rokok elektronik itu yang dijual di pasaran di AS pada harga AS$59.93 (RM184.85).

Rokok itu boleh diisi dengan nikotin yang terdapat dalam rokok biasa.

"Saya berasa gembira dengan rokok ini. Saya mahu mengulangi perasaan merokok tanpa nikotin," kata salah seorang pengguna rokok tersebut.

Pengasas bersama syarikat Rokok Elektronik Premium di Virginia, Amerika Syarikat (AS), Vitali Servutas berkata, jumlah jualan rokok elektronik keluaran pihaknya meningkat tetapi dia enggan mendedahkan jumlahnya.

Bagaimanapun, pakar tembakau di seluruh dunia menegaskan bahawa rokok elektronik itu tidak menyumbang terhadap kebaikan kesihatan dan menjejaskan kempen antimerokok.

Rokok itu turut mempunyai perasa seperti rokok Virginia Slims, Marlboro, Benson Hedges, 555, lemon dan vanila. - Agensi

Kos parti tahun baru Abramovich RM24 juta

Kosmo! Online - Dunia: "

ROMAN ABRAMOVICH (kanan) menghadiri parti sambutan tahun baru di kediamannya di St. Barts, Kepulauan Caribbean kelmarin.

GUSTAVIA - Pemilik kelab bola sepak Chelsea dalam liga perdana Inggeris, Roman Abramovich, 44, menganjurkan parti tahun baru dengan melibatkan kos kira-kira £5 juta (RM24 juta) dan menjemput ramai selebriti, lapor sebuah akhbar semalam.

Parti itu diadakan di kawasan hartanahnya yang bernilai £58 juta (RM279 juta) seluas 28.32 hektar di St. Barts, Kepulauan Caribbean.

Artis popular seperti Fergie dari kumpulan Black Eyed Peas, Salma Hayek dan Demi Moore hadir untuk memeriahkan majlis yang dihadiri 250 orang tetamu kelmarin.

Beberapa hari sebelum sambutan tersebut berlangsung, barisan selebriti seperti pengarah filem Star Wars, George Lucas, penyanyi rap, Sean 'P-Diddy' Combs, pengacara terkenal, Ellen DeGeneres, penyanyi Alicia Keys dan penerbit filem, Harvey Weinstein dibawa ke pulau itu dengan helikopter.

Sambutan itu turut meriah dengan persembahan bunga api. - Agensi"

Rombongan merisik Sabtu ini

Kosmo! Online - Negara



AHMAD dipimpin oleh anaknya, Salmah Samsudin (kanan) ketika ditemui di Kampung Alor Mengkudu, Alor Setar semalam.


KUALA LUMPUR - Biasanya keluarga lelaki menghantar rombongan untuk merisik anak gadis yang menjadi pilihan sebe- lum menetapkan urusan perkahwinan.

Bagaimanapun dalam kes warga tua, Ahmad Md. Isa, 110, dia tidak perlu ber- buat demikian kerana rombongan kelu- arga pihak perempuan sendiri akan bertandang ke rumahnya di Alor Mengkudu dekat Alor Setar pada Sabtu ini untuk sesi berkenalan dan berbincang tentang masa depan mereka berdua.

Rombongan bagi pihak Sanah Ahmad, 82, itu akan bertolak dari Kuala Lumpur dengan disertai beberapa orang ahli keluarga termasuk wanita itu sendiri.

Anak lelaki Sanah, Baha Ahmad berkata, tujuan rombongan itu ialah menge- nali lebih lanjut diri Ahmad.

"Kami akan berbincang dengan keluarga beliau (Ahmad) dan jika emak ber- setuju, kami tiada halangan untuk perkahwinan itu dilangsungkan," kata Baha ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sanah pula bersyukur kerana sudah dimaklumkan keluarga Ahmad sudi menerima kunjungan mereka.

"Mak cik memang gembira tetapi elok tunggu hasil pertemuan itu nanti," katanya.

Semalam, Kosmo! Ahad menyiarkan mengenai hasrat Sanah untuk mengahwini Ahmad jika keluarga kedua-dua belah pihak tidak menghalang.

Sanah yang hidup sendirian sejak kematian suami 28 tahun lalu bersedia untuk bersuamikan Ahmad selepas membaca kisahnya dalam Kosmo! pada Rabu lalu.

Ahmad mengejutkan orang ramai kerana dia bukan sahaja mahu berkahwin tetapi juga menghadiahkan kereta kepada bakal isteri.

Sanah berkata: "Saya sanggup jaga dia jika kesihatan dia semakin teruk."

Sementara itu, anak Ahmad, Fatimah, 64, ketika dihubungi semalam menjelas- kan, walaupun dia keberatan membenarkan bapanya berkahwin atas faktor kesihatan, pihaknya tetap bersetuju menerima kedatangan keluarga Sanah untuk berbincang secara bersemuka.

"Bagus juga kalau mereka datang kerana boleh lihat sendiri tahap kesihatan ayah saya yang batuk dan lelah sejak beberapa hari lalu," katanya.

Menurut Fatimah, tahap kesihatan bapanya juga semakin merosot sejak empat hari lalu dan memerlukan penjagaan rapi ahli keluarga.

"Setiap hari saya perlu urut dia dan saya bimbang wanita itu tidak mampu jaga ayah jika kesihatannya semakin teruk.

"Ayah memang bersungguh-sungguh nak kahwin dan selalu ingatkan saya agar jangan lupa cari jodoh," tambahnya.

Teh sukat jadi punca kanser

Kosmo! Online - Negara



SEORANG anggota penguat kuasa menunjukkan bungkusan serbuk teh yang dirampas kerana menggunakan bahan pewarna terlarang dalam satu operasi di Kota Bharu tahun lalu.


KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak pengambilan berterusan air teh sukat yang banyak dijual di gerai-gerai teh tarik bagi mengelak risiko penyakit kanser.

Timbalan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof. Mustafa Ali Mohd. berkata, bahan pewarna sintetik yang banyak dipakai dalam industri mewarna kain menjadi pilihan kerana kosnya lebih murah.

"Bahan pewarna ini mempunyai pelbagai jenis dan kumpulan. Salah satu daripadanya ialah karsinogen yang sangat berbahaya kerana ia tidak boleh dihadam dengan baik.

"Ia juga boleh mengganggu sistem DNA manusia sekali gus mendorong pertumbuhan pelbagai jenis barah dalam tisu hidup,'' katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi semalam.

Antara jenis barah berpunca daripada karsinogen ialah barah paru-paru, hati, prostat dan usus.

Katanya, teh itu tidak mempunyai label dan dijual secara timbang di kebanyakan kedai runcit serta menjadi pilihan ramai pengusaha makanan dan minuman.

Mustafa berkata, serbuk teh murah itu jika dicampur dengan air panas serta-merta mengeluarkan warna kuning pekat.

"Tindak balas itu menandakan wujudnya bahan pewarna sintetik.

"Bagi serbuk teh asli tanpa bahan pewarna sintetik, ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeluarkan warna, malah ada jenis yang airnya kita perlu kacau sebelum keluar warna kekuningan," katanya.

Jangan terkejut tengok muka saya'

Kosmo! Online - Negara: "
Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my

WALAUPUN bimbang reaksi rakan-rakan, Nurul Dahyatul Fazlinda tetap akan ke sekolah hari ini.

KUALA TERENGGANU – Mangsa kes simbah asid, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan mungkin menjadi murid paling bimbang untuk memulakan sesi baru persekolahan hari ini.

Dia takut rakan-rakan sekolahnya tidak dapat menerima kehadirannya semula ke Sekolah Kebangsaan Padang Setar, Kuala Berang dekat sini dengan wajahnya yang masih mempunyai kesan akibat perbuatan bapanya, Mat Haizan Mat Yasin menyimbah asid dalam kejadian di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu pada 15 Ogos tahun lalu.

Sejak kejadian itu, Nurul tidak hadir ke sekolah sehingga dia kembali menyambung pembelajaran di Tahun Tiga hari ini.

“Hati saya bimbang. Saya harap kawan-kawan terima kehadiran Nurul dengan keadaan sekarang,’’ kata kanak-kanak malang itu ketika dihubungi di rumahnya di sini semalam."

Malaysia juara ' bunuh ' .

Gambar-gambar pembunuh dan mangsa pembunuhan sepanjang tahun 2010

DIDAKWA...Marsuzana dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu. SMS akhirANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa ke dalam kenderaan polis, semalam.AHLI  keluarga  yang enggan ditemui wartawan  sedang menunggu bedah siasat kematian bayi terbabit di  Jabatan Forensik Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh, semalam.ANGKAT...polis mengangkat mayat  Yeap ke dalam lori polis, semalam.KESAN...anjing pengesan  mencari bukti di tempat kejadian, semalam.KEJAM...mayat mangsa dihantar ke HKL untuk dibedah siasat.SEDIH...Hamzah (dua dari kanan) bersama ahli keluarganya menunggu jenazah Rohana di HSI, semalam.FotoDI SINI...Norhafizah menunjukkan tempat ibunya ditetak.CARI...polis mencari senjata digunakan dalam pembunuhan. ANGGOTA polis mengangkat mayat  wanita yang dibunuh suami di rumah mayat Hospital Bintulu, malam kelmarin.THAMORHRAN diiringi polis ketika berada di Mahkamah Tinggi Seremban, semalam.KEJAM...mayat gadis belasan tahun ditemui dalam beg pakaian di tepi parit, Jalan Ukay Perdana, semalam.ZAFRULLAH membaca akuan bersumpah ketika hadir memberi keterangan di tempat kejadian di Shah Alam, semalam.M MURALI dan isterinya di sisi keranda mayat anak mereka.PETUGAS media  dihalang mengambil gambar lima tertuduh di Mahkamah Tinggi  Ipoh, semalam.PASUKAN forensik polis di lokasi mayat Annie (gambar kecil) ditemui di  Taman Kingfisher, Jalan Sulaman, dekat Kota Kinabalu,  semalam.Muhammad Nurosama (kiri) dan Siti Rohana  Baharom.FotoFotoPOLIS meneruskan usaha mencari bukti kes pembunuhan Sosilawati  dan tiga rakannya dengan terus menggeledah pejabat suspek utama di Banting,  selain di   lokasi    Ladang Gadong tempat disyaki berlaku pembunuhan lain.DR A KASI (kanan) bersama adiknya datang ke Kedutaan Besar India di Jalan Duta untuk membuat aduan rasmi.Shafik AbdullahKEBUN sirih, chalet, kandang haiwan eksotik dan beberapa bangunan setingkat terdapat di ladang milik suspek utama kes pembunuhan Sosilawati.SEBILAH pisau ditemui  ketika  operasi menyelam di tebing sungai Kanchong Laut, Kampung Endah, semalam.SUSPEK dibawa ke pejabatnya di Banting untuk siasatan pembunuhan jutawan kosmetik dan tiga individu lain.SEORANG penduduk kampung  tidak dapat menahan kesedihan  ketika meninjau lokasi  pembunuhan Sosilawati, semalam.KAWASAN lapang dipercayai tanah yang ingin dijual  Sosilawati di Bukit Jambul, Pulau Pinang.SUZANA tidak dapat menahan kesedihan ketika ditanya wartawan mengenai suaminya di Ampang, semalam.USHARANI bersama Muthuraja dan anak mereka yang berusia tiga tahun.FotoNIK Suzila tidak dapat menahan kesediahn ketika menziarahi kubur arwah anaknya di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Banggol, Kota Bharu, semalam.MUHAIMI dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam atas tuduhan membunuh anaknya Mohamad Adam  di Kampung Sungai Budor 24 Ogos, lalu.ANGGOTA polis melihat  mayat bayi dibaluti kain diletakkan di pondok menunggu bas  di Kampung Kundur Hilir.Mohd Kahirilzul (dicari polis)