Pages

Tuesday, May 7, 2013

Gunung berapi Mayon di Filipina meletus, 5 maut



MANILA 7 Mei - Sekurang-kurangnya lima orang maut selepas Gunung Mayon, satu daripada gunung berapi paling aktif di Filipina, menghamburkan batu dan abu besar hari ini ketika beberapa pelancong asing berada di kawasan itu.
Ketua Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan, Eduardo del Rosario berkata, pegawai tempatan melaporkan lebih 20 pendaki dan pemandu pelancong berada di Gunung Mayon ketika letusan berlaku.
"Lima orang maut dan tujuh lagi cedera dalam insiden itu, tetapi kami masih tidak mengetahui identiti mangsa," kata del Rosario. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130507/lu_06/Gunung-berapi-Mayon-di-Filipina-meletus-5-maut#ixzz2Sc9VD6vZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sumbu badak bernilai AS$365,000 dirampas




GAMBAR fail 22 November 2012 menunjukkan bangkai seekor badak sumbu yang ditembak pemburu haram di Tantanana, Afrika Selatan.


HANOI - Lebih tujuh kilogram sumbu badak telah dirampas oleh pihak kastam Vietnam, lapor media negara itu semalam.
Akhbar Phap Luat melaporkan, dua sumbu tersebut dipercayai diseludup dari Afrika dan dianggarkan bernilai sekitar AS$365,000 (RM1.08 juta).
Ia ditemui di dalam bagasi seorang penumpang lelaki yang tiba di Bandar Raya Ho Chi Minh selepas menaiki penerbangan dari Doha kelmarin.
Menurut laporan tersebut, penumpang tempatan itu kini ditahan polis untuk membantu siasatan.
Pemburuan haram badak sumbu meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi memenuhi permintaan sumbu haiwan itu di Asia terutama Vietnam.
Penduduk di negara ini percaya bahawa sumbu badak dapat mempunyai pelbagai khasiat perubatan.
Serbuk sumbu badak dijual pada harga mencecah AS$5,000 (RM14,865) untuk seratus gram di pasaran gelap di Vietnam. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0507&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2SYN0XSRd 
Hakcipta terpelihara 

Wanita berbikini bentuk formasi 2013




PULUHAN ribu wanita berbikini membentuk formasi angka 2013 di Taman Tema Air Chimelong.- Reuters


GUANGZHOU – Sekumpulan wanita yang hanya memakai bikini di China berkumpul di Taman Tema Air Chimelong di sini untuk membentuk formasi angka 2013 kelmarin, lapor media tempatan.
Formasi angka tahun 2013 itu juga dilakukan seperti bentuk ular yang melingkar.
Lapor media tempatan, kumpulan wanita itu melakukan formasi tersebut untuk sesi fotografi sempena satu acara promosi di taman tema air tersebut.
Beribu-ribu wanita mengambil bahagian dalam acara tahunan tersebut yang diadakan kelmarin.
Ia diadakan sempena musim panas tahun ular menurut kalendar masyarakat Cina.
Kumpulan wanita muda itu turut mengambil kesempatan berekreasi dan mandi di kolam air taman tema air tersebut. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0507&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2SYMmm7eL 
Hakcipta terpelihara