Pages

Tuesday, February 19, 2013

Gempa kuat 6.1 skala Richter landa kepulauan New Zealand


WELLINGTON 19 Feb. - Satu gempa kuat berukuran 6.1 skala Richter menggegarkan kawasan Kepulauan Kermadec, New Zealand awal pagi semalam.
Gempa tersebut dikesan pada pukul 12.19 pagi waktu tempatan (8.19 malam waktu Malaysia semalam) pada kedalaman 34 kilometer, kira-kira 161 kilometer di selatan Pulau Raoul di Kermadecs yang tidak berpenghuni.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan susulan gempa tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130219/lu_06/Gempa-kuat-61-skala-Richter-landa-kepulauan-New-Zealand#ixzz2LKKrMebd
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saintis rancang pasang tangan bionik



saintis Itali merancang memasang tangan bionik yang mampu merasa sentuhan kepada seorang pesakit di Rom tidak lama lagi. - Agensi
LONDON 18 Feb. - Sepasukan saintis dari Itali merancang untuk memasang tangan bionik pertama yang memiliki deria sentuh kepada seorang pesakit bagi membolehkan penerimanya merasa sentuhan.
Sebelum ini, saintis berjaya memasang tangan palsu yang hanya mampu menerima arahan daripada otak untuk melakukan pergerakan, namun ia tidak memberi rasa sentuhan.
Pasukan yang diketuai Dr. Silvestro Micera dari Ecole Polytechnique Federale de Lausanne berkata, tangan baharu itu akan dipasang terus kepada sistem saraf melalui elektrod yang dikepit pada dua saraf utama lengan bagi mengembalikan deria sentuhan di kawasan yang telah dipotong.
Jelasnya, pemasangan terus pada sistem saraf utama membolehkan ia dikawal terus oleh penerima lengan tersebut.
"Elektrod akan membenarkan penerima mengawal tangan menggunakan apa yang difikirkan mereka dan juga menghantar arahan kepada otak," katanya.
Kumpulan itu berharap rekaan baharu itu membuka jalan bagi penghasilan anggota tangan atau kaki yang menyamai bahagian tubuh bagi memberi rasa sentuhan dan meningkatkan ketangkasan anggota palsu itu.
Kajian sebelum ini menunjukkan separuh daripada individu yang menjalani pembedahan membuang tangan atau kaki tidak menggunakan anggota gantian palsu kerana merasa tidak selesa.
"Tangan baharu ini menjadi harapan buat mereka yang menjalani pembedahan membuang anggota tangan atau kaki. Ia jelas menunjukkan melalui rasa sentuhan, penerima akan merasa lebih selesa untuk menerima anggota palsu ini," katanya.
Pada 2009, satu model tangan dengan deria rasa pernah dipasang buat sementara kepada seorang pesakit melalui elektrod pada sistem saraf.
Pesakit itu dikatakan mampu menggerakkan jari, menggenggam dan memegang objek dan berkata dia boleh merasa apabila jarum disuntik ke lengan itu.
Model baharu ini akan memberi rasa sentuhan bagi kesemua bahagian jari termasuk ibu jari, tapak tangan dan pergelangan tangan. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130219/lu_03/Saintis-rancang-pasang-tangan-bionik#ixzz2LKJqiNfZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Hidayah Islam buat Lauren Booth


Lauren Booth
Lauren Booth
Lauren Booth
.
Lauren Booth
Lauren Booth bersama keluarganya.
"Saya terkejut apabila diberi peluang berurusan dengan kelompok wanita pelbagai umur, patuh menutup aurat serta berjawatan tinggi dalam pekerjaan. Percaya atau tidak, wanita Islam sebenarnya berkebolehan, melakukan tugasan sama seperti kami wanita Barat, malah ada yang menjadi bos kepada suami di pejabat tetapi berubah karakter sebagai suri rumah apabila melangkah ke dalam rumahnya,".

Lauren Booth, 46, bertugas sebagai wartawan penyiaran dan aktivis kemanusiaan yang pernah mencetuskan kontroversi apabila beliau memeluk Islam pertengahan September 2010.

Berstatus adik ipar bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair memudahkan lagi Lauren menerima tamparan kritikan media.

"Betapa pantasnya akhbar media Britain mencela semua perkara yang saya buat khususnya apabila tindakan saya memeluk Islam.

"Status sebagai wanita berpendidikan, seorang ibu, petugas media sejak 20 tahun lalu dikecam sejurus saya melafazkan syahadah dan memakai hijab di khalayak umum. Mereka mendakwa tindakan saya disebabkan masalah kemurungan, krisis pertengahan umur atau terdesak kerana sesuatu," kata Booth.

Secara lahiriahnya, Booth sudah lama mempertahankan Islam, hak-hak orang Islam, mengecam dan mengutuk penindasan terhadap umat Islam dan sentiasa berada di barisan paling hadapan membela kumpulan ini.

Blair juga adalah antara individu yang sering dikritik Booth kerana dasar pentadbiran melibatkan isu ketenteraan, kewangan serta penindasan terhadap krisis di Asia Barat.

Katanya, keputusan memeluk Islam disebabkan pengalaman spiritual yang dialaminya sewaktu mengunjungi makam Fatima Al-Masumeh di Qom, Iran.

"Pada petang Khamis itu, saya duduk berhampiran makam tetapi secara tiba-tiba saya seperti disuntik sejuta ketenangan yang sukar diungkapkan.

"Minda dan jiwa saya terasa bagai dilalui air yang dingin dan sekembalinya ke Britain, saya terus memeluk Islam," katanya.

Sejak itu, Booth terus melaksanakan tanggungjawabnya sebagai umat Islam. Belajar menutup aurat, sembahyang lima kali sehari di masjid dan membaca al-Quran.

Beliau juga terus meninggalkan minuman keras yang menjadi kegemaran selama ini.

“Perkara ini sangat menghairankan kerana dahulunya setiap hari saya pasti meneguk arak satu atau dua gelas sehari,” katanya.


Tabah dan redha dikritik

Booth mengakui sebaik sahaja mengumumkan statusnya sebagai seorang Islam, pelbagai kritikan dan komen pedas dilemparkan terhadap dirinya.

"Tidak banyak yang perlu dipertahankan, namun kita harus menerima dengan hati terbuka dan teruskan perjalanan dengan bijaksana," katanya.

Malah, aktivis kemanusiaan ini enggan mengulas lanjut tindak balas bapanya (Tony) mengenai tindakan anak keenamnya memeluk Islam. namun satu laporan media mendedahkan, Tony juga bekas pelakon amat kecewa dengan Booth. Beliau menyifatkan penukaran agama Booth sebagai 'anak yang tiada kerohanian dalam diri' dan sangsi dengan keikhlasan wanita itu.

Sementara itu, ibunya Cohen, menyambut perubahan Booth dengan air mata kegembiraan sebaik mendengar anak perempuannya itu diberi kesempatan merasai pengalaman yang mendamaikan.

Jelas Booth, walaupun dicaci pelbagai pihak termasuk oleh ahli keluarga sendiri, beliau masih menganggap mereka telah menerima keputusannya itu.

"Adik perempuan saya sanggup menyediakan hidangan ayam belanda halal kepada saya sewaktu menyambut Hari Krismas," katanya.

Beliau juga amat gembira apabila kedua-dua anak perempuannya memandang positif agama yang dianutinya kini.

"Sebaik sahaja mereka dimaklumkan saya memeluk Islam, hanya tiga soalan diajukan kepada saya iaitu, adakah saya akan berhenti minum minuman keras, hisap rokok dan mendedahkan dada? Saya mengiakan. Kemudian mereka bersorak dan berkata
'Kami sayang Islam'," katanya.

Biografi 

-Lauren Booth atau Sarah Booth dilahirkan pada 22 Julai 1967 di Islington, London.

-Beliau ialah anak keenam pelakon, Tony Booth dan Pamela Smith (Cohen).

-Berkahwin dengan aktor dan produser, Craig Darby dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Alexandra dan Holly.

-Bertugas sebagai wartawan untuk akhbar Mail Weekly, Sunday Times dan Daily Mail.

-Pengulas akhbar Britain untuk stesen Sky News, BBC One dan BBC News 24.

-Menjejakkan kaki di Tebing Barat, Palestin untuk menemu bual Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada 2005 dan 2006. Dalam tempoh itu, Booth diberi peluang menyampaikan dua ceramah kepada Kumpulan Pemerhati Media Arab dan Masyarakat Geografi Diraja, mengenai keadaan penduduk di Tebing Barat dan Gaza.

-Pada 2006, menyertai pertandingan realiti TV, I'm a Celebrity... Get Me Out of Here!, bagi mengutip derma untuk Tabung Bantuan dan Pembangunan Palestin (Interpal).

-Pada 2008, menyertai kembara sekumpulan 46 orang aktivis ke Gaza dengan kapal Cyprus bagi menyiarkan berita mengenai sekatan terhadap Semenanjung Gaza dan mendapat visa perjalanan khas daripada Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh, kemudian meninggal Gaza melalui sempadan Rafah ke Mesir pada 20 September tahun sama.

-Muncul dalam rancangan TV Islam Channel's Global Peace and Unity pada 2010 dan mengaku sebagai seorang Islam.

-Pada tahun sama, Booth menjadi pengacara program Islam televisyen Britain, In Focus dan Between The Headlines yang disiarkan oleh kerajaan Iran.

-Jun 2011, beliau menyertai organisasi hak asasi kemanusiaan Islam, Cageprisoners.

251 masjid di Palestin musnah sejak 2008



Masjid Umar Abdul Aziz sudah 70 peratus siap.
Masjid Umar Abdul Aziz sudah 70 peratus siap.
Masjid Al-Nasr
Masjid Al-Nasr dibina kembali sepenuhnya sumbangan rakyat Malaysia.
Masjid Al-Nasr.
Keadaan bahaian dalam Masjid Al-Nasr.
Bandar Beit Hanoun.
Pintu masuk ke Bandar Beit Hanoun.
kanak-kanak Palestin
Kanak-kanak Palestin Beit Hanoun meluangkan waktu senggang.
251 masjid di Palestin musnah sejak 2008
Kanak-kanak Beit Hanoun mengaji al-Quran di khemah sementara menanti Masjid Umar Abdul Aziz siap.
251 masjid di Palestin musnah sejak 2008
Kesan kawah yang terbentuk akibat bedilan peluru Israel yang kini sedang dibaik pulih berhampiran Masjid Umar Abdul Aziz.
misi gaza
Penyelaras Mapim Selangor, Abdul Aziz Abu Bakar (kiri) menyerahkan sumbangan kepada wakil Masjid Umar, Abdul Aziz.
Masjid Al-Nasr, masjid tertua di Gaza menjadi mangsa bedilan kereta kebal Israel dan musnah pada penghujung 2006.

Masjid yang menjadi mercu tanda Bandar Beit Hanoun yang terletak di Utara Gaza diserang oleh tentera Israel selepas ia dikatakan menjadi markas kepada 120 Mujahidin ketika itu.

Dibina pada 129 Masihi, Masjid An-Nasr merupakan antara masjid  untuk kemudahan lebih 45,000 penduduk di bandar tersebut.

Sehingga kini difahamkan bandar Beit Hanoun antara kawasan paling kritikal di Gaza kerana sering menjadi sasaran mudah tentera Israel.

Ramai mujahid dilahirkan  di bandar itu termasuklah   Komandan Pertama Briged Al-Qasam, Syed Solah Syahadah yang gugur syahid selepas rumahnya dibedil oleh dengan roket Israel. Ia turut mengorbankan isteri serta 15  jirannya.

Muazin masjid itu, Mahmud Hassan Al-Kafar, 43, berkata, kezaliman Israel juga bukan setakat itu, malah sebuah  jambatan utama menuju ke bandar itu juga sering  menjadi sasaran Israel dalam usaha melumpuhkan bandar tersebut yang terkenal dengan ramai para mujahidnya.

“Israel sengaja  memusnahkan apa sahaja dalam usaha menakut-nakutkan penduduk  Gaza  agar tidak menentang mereka.  Ini termasuklah  menaikan belon yang mempunyai rakaman kamera litar tertutup  untuk  memantau aktiviti penduduk di Beit Honoum,” katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan  di kawasan  sekitar masjid turut dijadikan makam kepada lebih 500 syuhadah yang gugur syahid sebelum ini.

Sementara itu hanya beberapa kilometer dari Masjid An-Nasr turut didirikan sebuah lagi masjid yang kini sedang dalam 70 peratus siap iaitu Masjid Umar Abdul  Aziz.

Atas inisiatif mahu membantu, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim)  telah mengumpul dana untuk membina semula dua masjid yang musnah.

Hasilnya Masjid An –Nasr  dapat  digunakan  kembali dengan kos pembinaan bernilai RM951,696 manakala Masjid Umar Abdul Aziz pula dijangka siap sepenuhnya Mac tahun ini yang boleh memuatkan 7,000 orang.

Serangan Israel tidak berhenti setakat itu apabila sekali lagi Beit Hanoun menjadi sasaran bedilan roket Israel  dalam siri  peperangan  pada 15 hingga 21 November lalu.

* Ikuti  kisah kecekalan seorang  wakil rakyat Beit Hanoum yang  juga penasihat kepada pengasas Tentera  Izzudin Al- Qasam, Sheikh Ahmad  Yassin yang rumahnya pernah diserang lapan kali oleh Tentera Israel, esok

Kerajaan Pasca-Mubarak



Kerajaan Pasca-Mubarak
Seorang penunjuk perasaan mengetuk tudung periuk sebagai protes terhadap harga barang tinggi di Dataran Tahrir, Kaherah, 8 Februari lalu. Foto: Reuters
Kerajaan Pasca-Mubarak
Siapa Mursi
Hasutan pihak pembangkang yang menuduh Ikhwanul Muslimin cuba untuk memonopoli kuasa dikatakan menjadi pencetus demonstrasi di kebanyakan bandar sejak beberapa bulan lalu.

Mereka menjadikan kekecewaan rakyat sebagai senjata untuk melancarkan serangan  terhadap Mursi.

Difahamkan, ada pihak tidak berpuas hati apabila presiden itu juga cuba untuk membawa negara tersebut ke arah demokrasi yang menerapkan pendekatan Islam.

Duta Rusia ke Mesir, Sergei Kirpichenko berpendapat pengislaman di Mesir sebenarnya tidak berlaku pada era pasca-Mubarak, sebaliknya ia telah lama bermula sejak di bawah pemerintahan bekas Presiden Anwar Sadat (1970-1981).

Protes yang tercetus kembali di Mesir sejak lebih dua bulan lalu dikatakan berpunca daripada pertelingkahan dua kumpulan yang berbeza ideologi.
Ia melibatkan pertempuran antara penyokong dan penentang Mursi   selepas beliau mengumumkan dekri presiden yang memberi kuasa secara meluas kepadanya sejak November lalu.
Kelab Hakim Mesir  turut melakukan mogok dan menggantung kerja di semua mahkamah sebagai tindak balas terhadap dekri yang didakwa seperti satu bentuk 'serangan ganas' terhadap sistem keadilan di negara itu.

Susulan daripada insiden bantahan tersebut, Mursi memutuskan untuk membatalkan dekri itu pada awal Disember lalu.

Kemelut di Mesir berterusan selepas proses pungutan suara untuk meluluskan draf Perlembagaan merangkumi 234 artikel  yang dirangka sepenuhnya oleh parti Islam.

Walaupun banyak pihak yang menentang draf piagam itu termasuk parti Liberal dan Kristian,ia telah mendapat lebih 10 juta sokongan (63.8 peratus).

Referendum yang diadakan di tengah-tengah pergolakan politik pada 15 dan 22 Disember lalu turut menyaksikan insiden pertumpahan darah selepas pihak pembangkang dan kumpulan minoriti tidak berpuas hati dengan kandungan Perlembagaan baru itu yang didakwa telah mengetepikan hak mereka.

 Ada juga menganggap draf yang akan menggantikan Perlembagaan digantung selepas Mubarak digulingkan adalah bercanggah dengan aspirasi kebangkitan rakyat pada awal tahun 2011.

Protes berterusan, selepas mahkamah menjatuhkan hukuman mati ke atas 21 individu yang didakwa terlibat dengan kejadian rusuhan ganas di sebuah stadium bola sepak di Pelabuhan Said pada Januari tahun lalu.

Insiden terbaru itu turut menyaksikan pertempuran ganas antara pihak berkuasa dan penentang Mursi.

Bertitik tolak daripada kejadian tersebut, tunjuk perasaan di  negara itu telah merebak di kebanyakan bandar dan mereka nekad berhimpun di  luar kawasan istana presiden.

Perintah berkurung yang dikeluarkan oleh Mursi juga tidak dipatuhi dan tindakan tersebut dilihat seperti sengaja mahu mencabar kuasa beliau.

Dalam perkembangan lain, pihak berkuasa turut didakwa mengasari penunjuk perasaan dan melakukan penderaan fizikal terhadap tahanan.
Sehingga kini, penduduk Mesir terus melaungkan slogan menggesa Mursi meletak jawatan dan menuntut pemimpin itu memenuhi matlamat revolusi kebangkitan pada Februari 2011.

Cabaran terbesar beliau pada masa ini adalah melunaskan janji yang ditabur kepada seluruh penduduk Mesir termasuk menyusun dan membangunkan semula sistem ekonomi, politik dan sosial yang masih terumbang-ambing.

Penduduk Gaza belajar kuasai bahasa musuh



Gaza
Pelajar Palestin jurusan kajian bahasa Ibrani di Universiti Islam di Gaza mengikuti kelas bahasa itu bagi memahami budaya dan pemikiran 'musuh mereka'.
Gaza
Kanak-kanak belajar menulis dan membaca bahasa Ibrani di Sekolah Persediaan Hasan Salama, Gaza.
Gaza
Kanak-kanak belajar menulis dan membaca bahasa Ibrani di Sekolah Persediaan Hasan Salama, Gaza.
Selepas lebih 15 tahun pengajaran bahasa Ibrani dihentikan di sekolah-sekolah Palestin, Kementerian Pendidikan kendalian Hamas di Gaza memutuskan memperkenalkan semula kursus bahasa itu di sekolah kerajaan dari gred tujuh hingga sembilan.

Bahasa Ibrani adalah salah satu bahasa rasmi selepas Arab dituturkan lebih tujuh juta orang di Israel.

Menurut pegawai Kementerian Pelajaran, Sumayya al-Nakhala, penting bagi suatu bangsa mahir menguasai bahasa negara yang mereka duduki kerana Palestin masih berada di bawah pendudukan Israel.

Sungguhpun, tentera mereka telah keluar dari Gaza pada 2005, namun wilayah itu masih bergantung kepada ekonomi Israel dalam pembangunan setempat.

“Pembelajaran Ibrani membuat kan kehidupan pelajar lebih mudah. Mereka dapat memahami media Israel dan dapat berurusan dengan mereka jika perlu berbuat demikian,“ katanya.

Pada ketika ini, ramai penduduk Gaza mampu berkomunikasi dalam bahasa Ibrani, terutama mereka yang bekerja di Israel sebelum pengambilan buruh dari Gaza dihentikan sejak tujuh tahun lalu.

Kini, bilangan terhad penduduk Gaza dibenarkan ke Israel, iaitu pesakit kritikal, ahli perniagaan dan pekerja organisasi antarabangsa.

Pada tahun pertama projek itu dilaksanakan, berpuluh sekolah asas di Gaza mula mempelajari bahasa Ibrani sebagai kelas elektif dalam gred sembilan.

Di Sekolah Persediaan Hasan Salama, di bandar Gaza, pelajar dilatih menulis Ibrani dan pada semester pertama mereka diajar membaca dalam bahasa itu.

Seorang pelajar, Nadine Al-Ashi, 15, berkata, beliau mendapati pembelajaran itu berguna dan menarik untuk dikuasai.

“Ia bahasa musuh kami. Penguasaan ini membantu memahami cara mereka berfikir," katanya.

Guru dari Sekolah Persediaan Nadine, Maysam Al-Khateeb, 45, berkata, walaupun berpuas hati dengan pencapaian pelajarnya, tetapi perkara itu banyak cabarannya.

“Selain perlu mengajar di Gaza dan Israel, medium pembelajaran terpaksa mengambil masa lama untuk disediakan,” katanya.

Menurutnya, bahasa Ibrani tidak lagi diajar di semua sekolah persediaan di Gaza kerana kekurangan guru.

“Kami ingin guru berkelayakan dan dapat mengambil tanggungjawab mengajar bahasa ini secara berterusan,” katanya.

Dalam usaha mendapatkan lebih ramai guru bahasa Ibrani, Universiti Islam Gaza baru-baru ini memperkenalkan program diploma dalam melahirkan lebih ramai tenaga pengajar.

Dekan di Universiti Islam di Gaza, Khaled Al-Kahlout mengatakan, tujuan  program bahasa ini adalah untuk meningkatkan pemahaman budaya lain.

“Ia sangat berfaedah terutama dalam memahami masyarakat Israel yang menjadi jiran penempatan mereka,” katanya.

Seorang pekerja bank, Mohammad, 54, berkata, beliau menyertai program ini selepas melihat iklan kelas tuisyen bahasa Ibrani di bandar Gaza.

“Saya berminat mempelajari banyak bahasa dan bahasa ini adalah penting untuk memahami apa yang berlaku di Israel sebagai sebuah kuasa penjajah,” katanya.

Pensyarah bahasa Inggeris dan Ibrani di Universiti Tel Aviv, Subhi Bahlol berkata, bahasa Ibrani akan digunakan di semua sekolah dan universiti di Gaza kelak.

“Bahasa Ibrani adalah kunci segalanya,” katanya.

Profesor kesusasteraan Ibrani berbangsa Amerika Syarikat, Gilead Morahg memberitahu, pengenalan bahasa Ibrani ke dalam kurikulum di sekolah adalah anjakan pembelajaran yang bagus.

Beliau yang lebih 35 tahun menguasai bahasa itu berpendapat, penduduk Gaza perlu menguasai bahasa tersebut supaya boleh memahami budaya masyarakat yang dianggap musuh untuk sekian lama.

“Mengetahui bahasa dan mengkaji budaya “musuh” mampu mengurangkan satu musuh,” katanya.

Tetapi wajarkan Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat membenarkan kurikulum ini disebarkan terhadap penduduk Palestin, sekali gus menyaksikan penjajahan ‘secara halus’ terus berlaku di Palestin.

53 serpihan meteor ditemui



Moscow: Saintis di Universiti Persekutuan Ural menjadi pihak pertama mengumumkan menemui 53 serpihan meteor yang menjadi punca 1,200 orang cedera baru-baru ini.

“Kami baru saja buat ujian dan dapat mengesahkan serpihan berwarna hitam itu yang ditemui di sekitar Tasik Chebarkul adalah daripada tahi bintang,” kata saintis Viktor Grokhovsky dari universiti berkenaan dan Akademi Sains Russia. - REUTERS

102 pelarian Rohingya ditahan dalam kelesuan



SEBAHAGIAN daripada 102 orang pelarian Rohingya yang ditahan polis di Teluk Bahang, Pulau Pinang semalam.


TELUK BAHANG - Hasrat kira-kira 120 pelarian Rohingya ke negara ini untuk mendapatkan perlindungan dan pekerjaan terbantut apabila 102 orang daripada mereka ditahan pihak berkuasa ketika cuba menyembunyikan diri di dalam hutan Taman Negara Teluk Bahang di sini semalam.
Mereka yang terdiri daripada 64 lelaki, 20 wanita serta 18 kanak-kanak berusia dalam lingkungan setahun hingga 70-an ditemui berkeliaran di tiga lokasi berasingan iaitu di Pantai Teluk Kampi, Hutan Taman Negara Teluk Bahang dan Hutan Simpan Pantai Acheh, Balik Pulau di sini kira-kira pukul 3 petang dan 7 malam.
Pelarian terbabit dikatakan mendarat di Pantai Teluk Kampi pada pukul 11 malam kelmarin setelah belayar dari Myanmar selama 13 hari dengan menaiki sebuah bot pukat tunda yang dipandu seorang rakyat tempatan.
Bot yang mereka naiki dengan caj mencecah ratusan ringgit seorang itu dikatakan telah mengalami kebocoran sebelum tersadai di pantai berkenaan.
Semasa ditahan, kesemua pelarian terbabit dilihat berada dalam keadaan keletihan memandangkan mereka dikatakan sudah tiga hari tidak menjamah makanan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0219&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2LImAXGNj 
Hakcipta terpelihara 

Bayi mati selepas 'dipulau' 10 hospital



Dera Nur Anggraini meninggal dunia di Hospital Zahira di Jakarta pada Sabtu lalu.


JAKARTA, Indonesia - Seorang bayi berusia seminggu meninggal dunia akibat masalah pernafasan selepas 10 buah hospital di sini enggan merawatnya, kata bapa bayi tersebut semalam.
Elias Setya Nugroho yang bekerja sebagai penjaja berkata, dia tidak mampu membayar caj yang dikenakan oleh sebahagian hospital berkenaan untuk merawat bayinya.
Bayi tersebut, Dera Nur Anggraini dilahirkan tidak cukup bulan bersama saudara kembarnya, Dara pada 10 Februari lalu.
Dera turut mengalami kecacatan tekak yang menghalang pernafasannya.
Menurut lelaki tersebut, keluarganya cuba mendapatkan rawatan tetapi ditolak oleh pihak pengurusan 10 buah hospital.
Sebahagian mereka memberikan alasan tidak memiliki peralatan yang diperlukan manakala sebahagian lagi mendakwa hospital mereka penuh.
"Dera dikebumikan kelmarin tidak jauh dari rumah kami," kata Elias.
Menurutnya, bayi itu meninggal dunia selepas dibawa kembali ke Hospital Zahira tempat dia dilahirkan di sini.
Menurut Elias, hospital-hospital swasta di sini meminta bayaran pendahuluan berjumlah 15 juta rupiah (RM4,795) walaupun keluarganya memiliki kad kesihatan yang membolehkan rakyat berpendapatan rendah sepertinya mendapat perkhidmatan kesihatan percuma. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0219&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2LIl0GIaI 
Hakcipta terpelihara 

LG perkenal telefon pintar lebih 2 juta piksel




DUA model bergaya bersama siri telefon pintar Optimus G Pro keluaran LG Elektronik di Seoul, Korea Selatan semalam.


SEOUL - Firma Korea Selatan, LG Electronics semalam memperkenalkan versi terbaharu telefon pintarnya yang menawarkan skrin beresolusi lebih tinggi bagi mengatasi saingannya termasuk Samsung.
Dinamakan Optimus G Pro, gajet tersebut merupakan telefon pintar LG pertama yang menawarkan skrin resolusi tinggi (HD) penuh.
Dalam satu kenyataannya, LG memberitahu, telefon pintar itu akan mula dijual di Korea Selatan esok dan berada di pasaran Jepun serta Amerika Utara pada suku kedua tahun ini.
Telefon baharu itu dijana perisian Android dan berukuran 15.2 sentimeter (sm) panjang dengan lebar 7.6sm.
Optimus G Pro menampilkan paparan 13.9sm (5.5 inci) dengan lebih dua juta piksel atau dua kali ganda melebihi piksel skrin HD telefon pintar biasa untuk imej lebih terang serta jelas.
"Dengan saiz telefon pintar kini semakin besar, fungsi visualnya menjadi bertambah penting," kata LG dalam satu kenyataan.
LG yang merupakan pengeluar televisyen skrin rata kedua terbesar di dunia dan pembuat telefon kelima terbesar telah bergelut selama beberapa tahun dalam pasaran telefon pintar untuk menyaingi iPhone dan Galaxy S.
Namun, promosi beberapa model baharu menyaksikan jualan telefon pintar LG pada suku keempat 2012 melonjak 56 peratus berbanding tahun lalu untuk mencatat jualan mencecah 8.6 juta unit. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0219&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2LIknCrRg 
Hakcipta terpelihara 

Saintis dakwa temui serpihan tahi bintang



KOMBINASI gambar rakaman sebuah kamera video menunjukkan sebutir tahi bintang meluncur di langit Chelyabinsk, sekitar 1,500 kilometer ke timur Moscow, Rusia pada Jumaat lalu.


MOSCOW - Sepasukan saintis semalam mendakwa yang mereka telah menemui serpihan tahi bintang yang jatuh di Pergunungan Ural, Rusia selepas mencetuskan gelombang yang menyebabkan 1,200 orang cedera dan beribu-ribu buah rumah rosak.
Batu angkasa lepas gergasi itu meluncur di langit bandar Chelyabinsk, tengah Rusia pada Jumaat lalu dengan tenaga bersamaan 30 butir bom atom yang digugurkan ke bandar Hiroshima, Jepun pada Perang Dunia Kedua.
Tahi bintang tersebut meletup beberapa kilometer dari Bumi tetapi serpihan-serpihannya dipercayai bertaburan di serata rantau tersebut.
Sebelum ini, sekumpulan petugas yang memeriksa sebuah tasik kecil di mana serpihan-serpihan tahi bintang itu dipercayai jatuh gagal membuat sebarang penemuan.
Namun, sepasukan saintis Akademi Sains Rusia yang melakukan beberapa ujian kimia ke atas beberapa batu aneh kelmarin berkata, serpihan itu datang dari angkasa lepas.
"Kami mengesahkan bahawa beberapa partikel yang ditemui oleh pasukan ekspedisi kami berhampiran Tasik Chebarkul benar-benar memiliki komposisi meteorit," kata saintis berkenaan, Viktor Grokhovsky menurut agensi berita RIA Novsosti.
Universiti Persekutuan Ural tempat Grokhovsky bertugas turut menyiarkan gambar seorang lelaki memegang sebutir batu hitam kecil semalam.
"Meteorit ini berasal daripada kondrit kelas biasa (angkasa lepas)," kata pihak universiti berkenaan dalam satu kenyataannya.
Menurut Grokhovsky, batu itu mengandungi komposisi besi metalik selain krisalit dan sulfit.
Kandungan besi dalam batu tersebut dianggarkan sebanyak 10 peratus.
"Besar kemungkinan, batu ini akan dinamakan sebagai Meteorit Most Chebarkul," kata kenyataan.
Gelombang kuat tahi bintang itu memecahkan tingkap-tingkap hampir 5,000 bangunan dan menyebabkan 40 orang termasuk tiga kanak-kanak dirawat di hospital kelmarin kerana mengalami luka dan kecederaan lebih serius.
Sekitar 24,000 petugas kecemasan dan sukarelawan sibuk menggantikan tingkap-tingkap yang pecah pada hujung minggu lalu sebelum orang ramai mula bekerja.
Serpihan-serpihan tahi bintang tersebut yang jatuh ke Bumi turut mencetuskan minat banyak pihak.
Beberapa pengumpul serpihan angkasa lepas di Rusia telah menyiarkan iklan di internet yang menawarkan bayaran AS$10,000 (RM30,900) untuk serpihan batu tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0219&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2LIkhhGhe 
Hakcipta terpelihara 

Lampu isyarat paling mengelirukan di dunia




GAMBAR pada 10 Februari lalu menunjukkan 'lampu isyarat paling mengelirukan di dunia' di Taman Tema Yangrenjie di Chongqing, China.


CHONGQING, China - lebih 10,000 pelancong yang berkunjung ke Taman Tema Yangrenjie di sini keliru dengan sebuah lampu isyarat di simpang empat lokasi tersebut.
Fasiliti tersebut yang memiliki 14 buah lampu dipasang di taman tema berkenaan sejak Mei tahun lalu.
Lebih mengelirukan, lampu isyarat itu berkelipan dengan memaparkan nyalaan lampu berbeza pada sesuatu masa.
Namun, seorang pegawai trafik di sini berkata, lampu isyarat tersebut hanya berfungsi sebagai hiasan seni ekoran jalan ke simpang empat taman tema itu kelihatan kosong.
Menurutnya, lampu isyarat tersebut juga kelihatan sangat cantik apabila berkelipan pada waktu malam,
Katanya lagi, para pemandu sepatutnya tidak mempedulikan lampu isyarat itu.
Hiasan seni itu dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai lampu isyarat paling mengelirukan di dunia
Namun, ia akhirnya dibuang oleh pihak berkuasa kerana mengelirukan pemandu ke taman tema tersebut.
- Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0219&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2LIlSoEZq 
Hakcipta terpelihara