Pages

Tuesday, August 17, 2010

PENYESALAN DIHARI KIAMAT


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs130.ash2/39847_423456318430_293977543430_4703617_6541270_n.jpg
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
“Orang yang paling menyesal pada hari Kiamat ialah lelaki yang ada peluang menuntut ilmu di dunia tetapi ia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan lelaki yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan ia sendiri tidak mendapat apa-apa.”
PENJELASANNYA
Hadis ini menggalakkan umat Muslimin supaya menggunakan segala kesempatan hidup di dunia untuk mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan yang berguna kepada kehidupan keagamaan dan keduniaannya. Dengan ilmu pengetahuan yang betul, dapat dilakukan amalan-amalan ibadah yang betul. Amalan ibadah tanpa ilmu pengetahuan yang betul boleh menjerumuskan seseorang ke dalam bida’ah dan kekeliruan yang merosakkan agamanya.
Disamping itu ilmu pengetahuan boleh membuka ufuk pemikiran dan mendalamkan kesedaran dan keinsafan yang menguatkan keyakinan dan tauhidnya terhadap Allah s.w.t., dan dengan demikian akan meningkatkan darjatnya disisi Allah di hari Kiamat kelak.
Hadis ini juga menggariskan satu panduan yang penting iaitu tujuan belajar ialah beramal sama ada ia seorang pelajar atau seorang guru, kerana amalan itu merupakan nilai ilmu dan nilai seseorang yang berilmu.
Kata pepatah Arab “Ilmu tanpa amal laksana pokok tanpa buah” alangkah ruginya seseorang guru yang tidak mandapat apa-apa guna dari ilmunya sedangkan orang yang belajar darinya memungut  keuntungan -keuntungan yang abadi

6 Perkara yang memastikan kita memasuki Syurga


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs229.snc4/38807_1538433949907_1506656093_1352274_1288314_n.jpg
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ubadah bin Ashshamit r.a. berkataRasulullah s.a.w. ditanya: “Jagalah enam macam untuk dirimu sendiri, saya dapat menjamin untukmu syurga. Enam perkara itu ialah:
  • Benar-benarlah jika berkata-kata
  • Tepatilah jika berjanji
  • Tunaikan amanat (Kembalikan jika diamati)
  • Jagalah kemaluanmu
  • Pejamkan matamu
  • Jagalah tanganmu

6 Perkara yang mengumpulkan segala kebaikan


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs025.ash2/34629_136266919725183_100000256284974_330486_46110_n.jpg
Abul Laits berkata Rasulullah s.a.w. telah mengumpulkan atau menyimpulkan semua kebaikan dalam enam macam tersebut iaitu:
  • Berkata benar dan ia meliputi ucapan Tauhid iaitu benar-benar setelah mengucap dua kalimah syahadah, benar terhadap Allah s.w.t. dan juga terhadap manusia
  • Menepati janji baik terhadap Allah s.w.t. atau terhadap sesama manusia
  • Menunaikan amanat, amanat dari Allah s.w.t. merupakan kewajipan-kewajipan yang diwajibkan atas semua hamba dan amanat dari sesama munusia iaitu perkataan atau anak atau harta atau kehormatan
  • Menjaga kemaluan dari semua yang syubhat dan haram dan memelihara jangan terlihat orang lain sebab Rasulullah s.a.w. telah mengutuk orang yang melihat dan yang dilihat (kemaluan)
  • Pejamkan matamu dari aurat sesama manusia atau kecantikan wanita yang haram dilihatnya dan jangan membelalak kedunia, sebagaimana ayat (Yang berbunyi): “Wala tamuddanna linaftinahum fihi.” (Yang bermaksud): “Dan jangan membelalakkan matamu kepada apa yangKami beri perlengkapan mereka dari dunia untuk Kami uji mereka dengan kemewahan itu.
  • Dan yang terakhir jagalah tanganmu dari segala yang haram, baik berupa harta atau lain-lainnya

Empat beradik bertemu selepas 76 tahun berpisah

Oleh Ramli Ibrahim

bhkb@bharian.com.my
2010/08/17

<strong></strong>
Kunjungan keluarga dari China ceriakan Ramadan, ubat rindu


GUA MUSANG: Kunjungan balas tiga adiknya bersama 21 ahli keluarga yang berlainan agama dari China, membuatkan Ramadan tahun ini begitu bermakna buat seorang buruh dari Tanah Merah.Bekas buruh ladang, Che Deraman Jusoh, 86, menyifatkan kunjungan tiga adiknya, Zhu Xian Xiu, 82, Zhu Xian Xu, 76 dan Zhu Xian Ju, 72, bersama anak, cucu dan cicit mereka begitu menceriakan mereka.Che Deraman berkata, dia dan adik-beradiknya terpisah selama 76 tahun sebelum bertemu semula pada 2008, selepas anaknya berusaha menjejaki asal usulnya yang berasal dari Wilayah Hainan, China.

“Pak cik berasal dari Hainan, China dan berhijrah ke Tanah Melayu ketika berusia 10 tahun dengan menaiki tongkang bersama bapa saudara pada 1933.

"Saya memeluk Islam ketika berkahwin pada 1941, sebelum pemerintahan Jepun. Selepas itu, saya terputus hubungan dengan keluarga,” katanya ketika ditemui di rumah seorang anaknya di FELDA Ciku Satu dekat sini.

Che Deraman berkata, sebelum berpindah ke Ladang Kerilla, Tanah Merah, beliau pernah tinggal di Singapura dan Labis, Johor. 
Katanya, pada awalnya, beliau berusaha menyembunyikan maklumat mengenai asal usulnya yang berasal dari China daripada pengetahuan keluarganya.

"Namun, anak mendesak mendedahkan asal usul keluarga menyebabkan pak cik terpaksa beralah dan mereka kemudiannya berusaha menjejaki saudara mara kami hingga China.

"Pada 2008, mereka berhasil menemui tiga adik yang masih hidup di China, sebelum pak cik ke sana bertemu mereka buat kali pertama selepas kira-kira 76 tahun berpisah," katanya.

Beliau berkata, pada pertemuan itu, semua adiknya berjanji akan melawatnya di Malaysia dan janji itu ditunaikan apabila mereka tiba secara rombongan selama lima hari di sini sebelum kembali ke negara asal, beberapa hari lalu.

“Akhirnya hasrat pak cik bersama anak cucu untuk menemui sanak saudara tercapai juga. Pak cik bersyukur kepada Allah kerana dapat bertemu adik-beradik pada Ramadan tahun ini.

“Walaupun berlainan agama, kami meraikan mereka dengan penuh kemesraan dan berharap hubungan berkekalan hingga akhir hayat walaupun terpisah jauh," katanya.

“Tidak ada perasaan terpahat di hati pak cik kecuali menanamkan keazaman menemui mereka lebih kerap selepas ini kerana maklum saja sekian lama berpisah,” katanya. 

Jangan lalai dari mengingati Allah




وَاذْكُر رَّبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعاً وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ وَلاَ تَكُن مِّنَ الْغَافِلِينَ
Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.
Surah Al-A'raaf, Ayat 205