Pages

Tuesday, February 25, 2014

Tidur dalam kandang, tak mampu sewa rumah

Tidur dalam kandang, tak mampu sewa rumah

25 Februari 2014

 WALAUPUN Hong Kong dikatakan antara bandar terkaya di dunia, namun penduduknya masih ada yang terpaksa hidup dalam kandang seperti binatang kerana tidak mampu menyewa rumah.

Hong Kong yang mempunyai populasi tujuh juta orang merupakan bekas jajahan koloni British dan memiliki kawasan seluas 426 batu persegi yang menyebabkan harga hartanah melambung tinggi.

Satu apartmen dengan satu bilik boleh mencapai sewa 1,240 pound (RM6,850.13) sebulan.

Seorang pesara buruh, Tai Lun Po, 79, telah ‘menginap’ di dalam kandangnya selama 30 tahun.

“Saya terpaksa tidur meringkuk kerana saiz ruang terlalu kecil,” katanya.

Menurutnya, beberapa 'kandang' akan disusun secara bertingkat di dalam sebuah bilik gelap dan panas, laporan dipetik dari CNA.

Atasi alahan dengan makan gula-gula

Atasi alahan dengan makan gula-gula

25 Februari 2014

 KANAK-kanak lelaki yang mengalami alahan melampau ini hanya boleh mengambil gula-gula Glacier Mints sebagai makanan hariannya.

Keadaan itu disebabkan oleh penyakit eosinophilic enterocolitis dialami Finley Ranson, 3, yang menyebabkan dia tidak boleh menjamah sebarang makanan.

Menurut ibunya, Rhys, 27, anaknya akan mengalami pendarahan dalaman jika dia termakan makanan pejal kerana tubuh Ranson melawan objek di dalam sistem pencernaannya seperti virus.

Bagaimanapun, kanak-kanak tersebut diberikan nutrien sebanyak enam kali sehari melalui tiub khas  yang disambungkan terus ke perutnya.

"Sejak lahir, Ranson menjalani 10 pembedahan untuk merawat penyakit gangguan  makan tersebut," katanya.

Pada setiap tahun, sebanyak 3,650 gula-gula  perlu diambil sebagai pengganti makanan pejal, laporan dipetik dari DailyMail.

Dua ditahan laku seks dengan lembu


New York: Seorang peladang dari Herkimer County, New York kebingungan apabila lembu ternakannya tiba-tiba berkelakuan pelik.

Disebabkan haiwan itu turut gagal menghasilkan susu yang banyak berbanding biasa, peladang terbabit memasang kamera pengawasan berhampiran ladangnya. Dia terkejut ketika memeriksa rakaman kamera itu apabila melihat dua lelaki cuba mengadakan seks dengan ternakan miliknya, lapor CNYCentral.com.


Peladang yang tidak mahu dikenali itu kemudian menghubungi pihak berkuasa. Susulan daripada itu, dua lelaki berkenaan, Michael Jones, 35, dan Reid Fontaine, 31, ditahan atas tuduhan salah laku seks terhadap haiwan.


Pihak berkuasa berkata, Fontaine cuba melakukan seks dengan beberapa lembu, manakala Jones merakam adegan berkenaan.


Kedua-dua lelaki itu bukan yang pertama dituduh cuba melakukan seks dengan lembu.


Pada 2008, tukang cuci warga Brazil Ferreira Paraizo dituduh mengadakan seks dengan 400 lembu. Paraizo mendakwa, dia lebih suka berasmara dengan haiwan daripada manusia.

Dalam satu penyelidikan yang dijalankan pada 2011, Jurnal Perubatan Seks mendapati lelaki yang cenderung mengadakan seks dengan haiwan berisiko menghidap kanser zakar sekali ganda berbanding mereka yang melakukannya dengan kaum sejenis. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/25

Gagal setubuh mayat


Phnom Penh: Seorang lelaki yang cuba berasmara dengan mayat selepas menggali kuburnya ditahan apabila tertidur dalam keranda bersama mayat itu.

Polis Kemboja semalam mengesahkan penahanan lelaki berusia 47 tahun itu yang dikenali sebagai Chin Chean.


Dia ditahan apabila penduduk kampung melihat kakinya terjulur keluar dari kubur seorang remaja perempuan. Penduduk kemudian memaklumkan perkara berkenaan kepada keluarga remaja itu. Chin memberitahu polis, dia mula menggali kubur itu pada jam 10 malam, sehari selepas dia menghadiri acara pengebumian remaja perempuan berusia 17 tahun itu.


Akhbar Cambodia Daily melaporkan Chin mengakui dia cuba berasmara dengan mayat remaja itu, tetapi disebabkan kerandanya terlalu kecil menyebabkan dia tidak dapat berbuat demikian. Dia kemudian tertidur di atas mayat remaja itu. “Penduduk melihat kakinya terjulur keluar dari kubur kira-kira jam 6 pagi sebelum memaklumkan kepada keluarga terbabit,” kata Keo Vutha, ketua polis kampung an Prey Poun, yang terletak 190 kilometer ke tenggara Phnom Penh. “Kami tidak pasti sama ada dia mengenali remaja itu ketika mangsa masih hidup,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/25

27 kali duduki ujian


Kini, dia bercadang untuk menerbitkan filem mengenai kesusahan yang dihadapinya itu. Selepas menghabiskan hampir Dh40,000 (RM35,747) untuk mengambil ujian memandu sebanyak 27 kali, termasuk terpaksa menangguhkan perkahwinannya, Namsheed Muringolihas akhirnya berjaya mendapatkan lesen memandu pada 18 Februari lalu.

Namsheed, 28, berkata, dia bertukar jurulatih sebanyak 13 kali dan pernah tidak menghadiri upacara pengebumian ahli keluarganya sepanjang tempoh empat tahun itu. “Saya tidak pernah berputus asa. Selepas setiap kali gagal, saya kumpulkan wang untuk menjalani ujian berikutnya,” katanya.
Namsheed memberitahu dia tidak dapat bercakap dan menggeletar seluruh tubuh setiap kali menjalani ujian memandu. “Malah, pada 18 Februari lalu, ketika saya mengambil ujian memandu buat kali ke-27, bapa tunang saya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di India. Tumpuan saya terganggu, tetapi saya berjaya lulus.

“Saya bertunang dengan Shabeena pada Ogos 2012. Tetapi perkahwinan kami terpaksa ditunda kerana saya mahu mendapatkan lesen memandu terlebih dulu.

Kini, saya boleh pulang dan berkahwin dengan senang hati,” katanya.
Foto
NAMSHEED
Namsheed yang berasal dari Kasargode, Kerala sebelum ini berniat untuk mendermakan sejumlah wang jika berjaya lulus ujian memandu.

“Sebelum ini, apabila gagal dalam bidang muzik dan filem, kawan-kawan mengejek saya. “Bila percubaan saya untuk mendapatkan lesen memandu juga mengambil masa yang lama, saya sekali lagi menjadi bahan gurauan.
“Namun, kini semua kawan mengucapkan tahniah kepada saya. “Mungkin saya akan menghasilkan filem berdasarkan pengalaman saya untuk mendapatkan lesen memandu.

“Tetapi sebelum itu saya perlu tunaikan hajat yang dibuat dan mendermakan wang untuk tujuan kebajikan,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/25

Jam pintar ada skrin sentuh

BENTUK jam Ibis yang dilengkapi skrin sentuh.- AFP


BARCELONA, Sepanyol - Sebuah studio teknologi di Finland, Creoir mencipta jam pintar yang bernama Ibis dan dipamerkan buat kali pertama pada Kongres Dunia Alat Mudah Alih di sini semalam.
Jam tersebut dilengkapi dengan kemudahan tanpa wayar, perkhidmatan Bluetooth 4.0 dan skrin boleh sentuh .
Ia diperbuat daripada keluli tahan karat dan bahan-bahan kristal.
"Kami percaya permintaan untuk jam pintar akan didorong menerusi jenama sukan dan fesyen. Ibis merupakan produk yang kami cipta untuk jenama fesyen," kata Ketua Pegawai Eksekutif Creoir, Pekka Vayrynen.
Bagaimanapun, harga jam pintar itu tidak didedahkan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0225&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2uHnQT08W 
Hakcipta terpelihara 

Remaja masuk ICU akibat ubat selesema


Max Brown ditempatkan di unit rawatan rapi (gambar kiri) dan badannya dibalut sepenuhnya selepas mengalami alahan akibat pengambilan ubat selesema, sementara (gambar kanan) Brown kini sihat bersama ibunya, Nichola Wheatley. - AGENSI
LONDON 24 Feb. - Seorang remaja di Britain terpaksa bertarung nyawa selepas mengalami alahan yang teruk gara-gara mengambil beberapa dos ubat selesema yang diberikan oleh ibunya.
DailyMail Online difahamkan, Max Brown, 13, yang pada mulanya mengalami selesema diberi makan pil berkenaan oleh ibunya, Nichola Wheatley, namun kesan ubat terbabit menyebabkan alahan yang teruk sehingga mengakibatkan kulitnya melecur teruk dan bibirnya menjadi hitam.
Lebih menyedihkan, Brown akan mengerang kesakitan setiap kali kulitnya disentuh sehingga menyebabkan dia pengsan.
Menurut doktor, remaja terbabit mengalami penyakit Sindrom Stevens-Johnson (SJS), sejenis penyakit yang menyebabkan sel permukaan kulit mati dan gugur.
Wheatley, 45, berkata, anaknya boleh mati akibat alahan itu dan terpaksa menghabiskan masa selama sebulan di unit rawatan rapi (ICU) pada November lalu.
"Saya dimaklumkan bahawa punca sebenar alahan itu disebabkan oleh pil selesema. Saya tidak tahu Brown alah kepada ubat berkenaan kerana dia pernah mengambilnya beberapa tahun lalu," katanya.
Wheatley berkata, selepas seminggu dimasukkan ke hospital, keadaan Brown sangat menyedihkan kerana dia tidak boleh membuka mata selain seluruh kulit badannya menggelembung dan menggelupas.
Jelasnya, penyakit SJS tidak mempunyai ubat yang khusus dan doktor hanya memberi morfin dan antibiotik sebagai rawatan sampingan.
Malah katanya, berat badan Brown juga menurun sebanyak 38 kilogram dan seluruh badannya perlu dibalut dengan kain.
"Setiap kali kain pembalut ditukar, dia akan mengerang kesakitan dan jatuh pengsan. Namun, saya bersyukur kerana penyakitnya itu beransur pulih secara sendiri selepas empat minggu di ICU dan kulitnya tidak lagi menggelupas,"katanya.
Kini, Brown telah pulih sepenuhnya dan Wheatley berharap lebih banyak kajian tentang penyakit SJS dilakukan bagi membantu pesakit yang mengalami alahan tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140225/lu_09/Remaja-masuk-ICU-akibat-ubat-selesema#ixzz2uHc4OaRG
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Henti import daging Denmark


Seorang pemuda sedang memproses sebahagian daging lembu halal di pusat penyembelihan haiwan. - AGENSI
KAHERAH 24 Feb. - Masyarakat Islam di seluruh dunia menentang tindakan kerajaan Denmark yang mengharamkan penyembelihan haiwan mengikut ajaran Islam dan menyeru negara-negara menghentikan pengimportan daging dari negara itu kerana enggan menghormati ajaran tersebut.
Seorang ulama Mesir, Fouad Tawfik berkata, cara penyembelihan haiwan mengikut ajaran Islam secara saintifik terbukti lebih baik untuk haiwan dan manusia berbanding membunuhnya dengan menggunakan renjatan elektrik.
"Semua negara Islam mesti berhenti daripada mengimport daging dari Denmark selama mana negara itu mengharamkan penyembelihan haiwan mengikut ajaran Islam," katanya kepada laman web Arab News.
Seorang pendakwah yang dihormati, Dr. Zakir Naik, pula menekankan bahawa penyembelihan haiwan mengikut ajaran Islam adalah lebih bersih kerana membolehkan darah haiwan sembelihan itu disalur keluar sepenuhnya.
"Darah merupakan satu medium pembiakan kuman, bakteria dan toksik yang mampu menyebabkan pelbagai penyakit," jelasnya.
Tambahnya lagi, daging sembelihan mengikut ajaran Islam akan kekal segar dan tahan lebih lama.
Sementara itu, Denmark cuba untuk mengurangkan kemarahan masyarakat Islam ekoran keputusannya tersebut dengan Menteri Makanan, Pertanian dan Perikanan, Dan Jorgensen semalam dalam satu kenyataan berkata bahawa, penyembelihan haiwan mengikut ajaran Islam masih dibenarkan di negara itu.
Bagaimanapun, Kedutaan Denmark di Riyadh mempertahankan kenyataan kerajaannya.
"Tiada pengharaman penyembelihan haiwan mengikut ajaran Islam di Denmark, dan penyembelihan haiwan mengikut prinsip Islam masih dibenarkan," katanya.
Sebelum ini, akhbar Daily Mail melaporkan bahawa Denmark telah menguatkuasakan undang-undang mengharamkan penyembelihan haiwan mengikut ajaran Islam pada awal minggu ini, selepas menerima tekanan daripada aktivis hak asasi haiwan.
Keputusan kerajaan Denmark itu juga disifatkan sebagai cubaan untuk campur tangan dalam hak kebebasan beragama.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140225/lu_05/Henti-import-daging-Denmark#ixzz2uHbHDxQN
© Utusan Melayu (M) Bhd