Pages

Friday, December 5, 2014

Perempuan-perempuan Uzbekistan Ditangkap Kerana Mengajar Al-Quran

quran Duh, Uzbekistan women Women Arrested for Teaching Quran
 ENTAH apa yang terjadi di sistem pemerintahan Uzbekistan. Negara ini dlaporkan telah menangkap para perempuan pengajar Al-Quran.


ENTAH apa yang terjadi di sistem pemerintahan Uzbekistan. Negara ini dlaporkan telah menangkap para perempuan pengajar Al-Quran.
Di ibu kota Uzbekistan dari Tashkent, di distrik Yangiyul, sekelompok perempuan Muslim telah ditangkap atas tuduhan “radikalisme” untuk mengajarkan Al-Quran.
Menurut televisi pemerintah, sekelompok perempuan yang mengajar Al-Quran kepada anak-anak di rumah telah ditangkap. Laporan itu mengatakan bahwa “pemimpin kelompok” yang bernama Hanife Mirganieva dan beberapa perempuan lain berhasil melarikan diri dari polisi.
Para pejabat Uzbek mengatakan kemungkinan mereka yang melarikan diri akan mencari perlindungan di Turki.
Menurut radio Ozodlik, suami mereka sebelumnya telah ditangkap, sebagai anggota Hizbut Tahrir. [Ds / islampos / worldbulletin]

Mona Lisa wanita Cina?

Hong Kong: Penyelidikan yang dijalankan oleh sejarawan dan novelis Itali yang berpusat di sini, Angelo Paratico, menyebut bahawa ibu Leonardo Da Vinci yang menjadi subjek dalam lukisan ‘Mona Lisa’ mungkin hamba dari China.
Hasil kajian Paratico selama dua tahun itu menjadi asas untuk buku terbarunya, ‘Leonardo Da Vinci: A Chinese Scholar Lost in Renaissance Italy’ (Leonardo Da Vinci: Kehilangan Cendekiawan China dalam Zaman Pembaharuan Itali).
Daily Mail melaporkan, dalam buku yang akan diterbitkan tahun depan itu, Paratico akan mendedahkan hubungan Da Vinci dengan wilayah Timur Jauh.
Dia yang menghabiskan masa selama 20 tahun di Hong Kong yakin pelukis itu berasal dari Asia.
“Saya yakin ibu Leonardo berasal dari Timur.
“Tetapi untuk memastikan dia berasal dari China, kita perlu menggunakan kaedah deduktif,” katanya.
Paratico juga menekankan beberapa faktor lain yang menunjukkan Da Vinci berketurunan Cina.
“Antaranya, dia menulis dari kiri ke kanan dengan menggunakan tangan kiri dan juga vegetarian.
“Mona Lisa mungkin potret ibunya, seperti yang dikatakan Sigmund Freud pada 1910. Lukisan itu berlatarbelakangkan China, bahkan wajahnya juga mempunyai ciri-ciri wanita Cina,” kata Paratico. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Disember 2014 @ 7:55 AM


POTRET Mona Lisa
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/13814#sthash.x71r1kU1.dpuf

Lelaki tangkap udang karang berusia 70 tahun


Udang karang seberat 5.4 kilogram ini ditangkap oleh Galante ketika sedang menyelam di Pulau Anacapa di California, Amerika Syarikat pada 6 Oktober lalu.


SACRAMENTO, Amerika Syarikat – Seorang ahli biologi di sini berjaya menangkap seekor udang karang seberat 5.4 kilogram yang dipercayai mungkin berusia 70 tahun.
Ahli biologi tersebut, Forrest Galante, 26, menangkap udang karang itu ketika menyelam di Pulau Anacapa yang terletak di negeri California pada 6 Oktober lalu.
Katanya, dia terkejut melihat saiz udang karang berkenaan yang sangat besar dan mengambil keputusan untuk membawa haiwan itu pulang ke rumah.
“Berdasarkan berat dan saiz udang karang ini saya menganggarkan ia berusia hampir 70 tahun.
“Sangat menakjubkan kerana udang karang ini mampu hidup lama walaupun bilangan haiwan itu semakin berkurangan akibat tangkapan berlebihan,” katanya.
Menurutnya, dia telah melepaskan udang karang itu di sebuah taman laut di sini di mana semua aktiviti perikanan tidak dibenarkan. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1205&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3KyPnKXwu 
Hakcipta terpelihara 

Satu kampung sakit misteri akibat pencemaran logam berat



GUIQIANG menunjukkan benjolan yang tumbuh pada tangannya kesan daripada pencemaran logam berat di Kampung Sahecun, China.


BEIJING – Penduduk di Kampung Sahecun di selatan China mengalami penyakit ganjil dan ketumbuhan di badan mereka akibat kesan pencemaran logam berat yang meracuni air serta tanah di kawasan berkenaan.
Masalah kesihatan seperti badan lemah dan benjolan di seluruh tubuh dipercayai berpunca daripada pencemaran sebuah bekas lombong plumbum yang telah ditutup beberapa puluh tahun lalu.
Seorang penduduk, Huang Guiqiang, 58, berkata, dia tidak mampu bekerja kerana sakit dan keseluruhan badannya juga ditumbuhi dengan benjolan kecil.
“Saya mula sakit sejak beberapa tahun lalu yang menyebabkan badan saya lemah dan tidak mampu lagi untuk bekerja,” katanya.
Ujarnya, ramai penduduk memperoleh sumber makanan dari kolam penternakan ikan walaupun sedar haiwan berkenaan telah dicemari dengan logam berat.
Pusat Kajian Geologi dan Alam Sekitar Guangxi pada tahun 2000 memberi amaran bahawa jumlah logam berat kadmium di sungai dan sumber air di kampung itu adalah 17.4 kali lebih tinggi daripada tahap biasa.
Jumlah kandungan kadmium di tanah pula jauh lebih tinggi iaitu 29.1 kali ganda daripada tahap biasa. – Agensi