Pages

Wednesday, January 12, 2011

Siasatan baru sahkan Arafat mati diracun

BAITULMAQDIS: Siasatan baru terhadap kematian bekas pemimpin Palestin, Yasser Arafat mendedahkan beliau mati akibat racun talium yang diletakkan di dalam makanan atau minumannya.
Bekas penasihat khas Arafat, Bassam Abu Shareef berkata, siasatan yang dilakukan pakar forensik Briain itu mengesahkan perkara itu.
Talium mempunyai kandungan toksik yang tinggi.

Kes keracunan bahan itu biasanya berlaku selepas makan.


Bassam berkata, beliau akan mengemukakan lebih banyak maklumat mengenai siasatan itu kepada jawatankuasa penyiasat pembunuhan Arafat sedikit masa lagi.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama pasukan penyiasat yang melakukan siasatan itu.

Bassam menuduh Israel meracun Arafat menerusi makanan atau minuman yang diterimanya ketika bekas pemimpin Palestin itu dikepung di ibu pejabatnya di Ramallah.

Arafat meninggal dunia di sebuah hospital di Perancis pada 11 November 2004, dikatakan akibat penyakit misteri. - Agensi

Planet 10b seakan bumi




2011/01/12

DUA imej planet 10b yang menyerupai bumi.
DUA imej planet 10b yang menyerupai bumi.
Teleskop angkasa lepas Nasa tak kesan sebarang kehidupan

BERKELY: Sebuah teleskop angkasa lepas milik Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) mengesan sebuah planet yang menyerupai bumi, tetapi tidak menjangka planet berkenaan mempunyai kehidupan.Dalam pengumuman rasmi kelmarin, anggota pasukan teleskop Kepler Nasa berkata, planet yang dinamakan 10b itu adalah 40 peratus lebih besar dari bumi dan berkedudukan kira-kira 560 tahun cahaya dari bumi di konstelasi Cygnus.
“Ia dikatakan menyerupai bumi berikutan tidak seperti planet lain yang ditemui sebelum ini yang dibuat daripada gas atau ais, 10b adalah planet batu pertama pernah ditemui,” kata pasukan program, Kepler Nasa.

Seperti bumi, 10b adalah juga eksoplanet, iaitu planet yang mengorbit bintang seperti matahari.

“ Ia adalah satu penemuan yang bersejarah,” kata Geoff Marcy dari Universiti California, Berkeley, pada sidang media kelmarin.

Namun, planet berkenaan tidak mungkin mempunyai kehidupan berikutan ia hanya kurang dari 3.2 juta kilometer daripada matahari, berbanding jarak bumi dengan matahari sejauh 150 juta kilometer. 
“Suhu pada permukaan yang disinari matahari di 10b boleh mencapai 1,371 darjah Celsius, iaitu lebih panas dari lahar gunung berapi,” Natalie Batalha dari pusat penyelidikan Ames Nasa di California, yang juga merangkap timbalan ketua kumpulan pasukan Kepler.

Bagaimanapun, hakikat bahawa ia dibuat daripada batu seperti bumi membuat penemuan planet itu satu kemajuan besar dalam mencari planet menyerupai bumi yang boleh menjadi hos kepada kehidupan.

Batalha berkata, 10b mempunyai isi padu kira-kira 1.6 kali lebih besar dari bumi.

“Ini bermakna kuasa gravitinya amat besar dan kemungkinan mempunyai galian besi lebih banyak dari bumi.”

Pasukan Kepler yakin dapat menemui lebih banyak lagi eksoplanet yang menyerupai keadaan bumi. 

“Jika teleskop Kepler dapat menemui planet sekecil 10b, kemungkinan besar ia dapat menemui planet lain yang lebih kecil seperti saiz bumi dan mungkin juga mempunyai suhu seperti bumi,” kata mereka lagi. – Agensi

INFO: Planet 10b

  • 40 peratus lebih besar dari bumi

  • Berkedudukan kira-kira 560 tahun cahaya dari bumi

  • Adalah planet batu 

  • Mempunyai isi padu kira-kira 1.6 kali lebih besar dari bumi 

  • Suhu pada permukaan yang disinari matahari di 10b boleh mencapai 1,371 darjah Celsius 
  • Maut kena renjatan elektrik

    DI SINI...nenek mangsa, Leba Mat Min, menunjukkan tempat  cucunya  maut terkena kejutan elektrik.
    DI SINI...nenek mangsa, Leba Mat Min, menunjukkan tempat cucunya maut terkena kejutan elektrik.


    TUMPAT: Seorang wanita terbunuh selepas terkena renjatan elektrik apabila wayar dipegangnya ketika menaiki tangga di hadapan rumah terputus sebelum dia terjatuh ke dalam air dalam satu kejadian di Kampung Simpangan Hulu, di sini, semalam.
    Kejadian kira-kira jam 1 tengah hari apabila mangsa, Sazila Rosli, 27, yang tinggal sementara di rumah ibu mentuanya, terpegang wayar berkenaan apabila dia hampir jatuh selepas gagal mengimbangi dirinya ketika menaiki tangga berkenaan.

    Wayar masih mempunyai voltan elektrik itu terputus dan Sazila yang terkena renjatan terjatuh ke bahagian bawah tangga yang masih ditakungi air akibat banjir baru-baru ini.

    Suami mangsa, Mahadi Yahya, 30, yang terdengar jeritan berkenaan segera mendapatkan isterinya dan mengejarkannya ke Hospital Kelaboran, di sini, sebelum isterinya disahkan meninggal dunia.


    Menurutnya, dia dan Sazila tinggal di rumah ibunya sejak tiga hari lalu berikutan rumah mereka di Kampung Pauh Sebanjar, di sini, tenggelam akibat banjir.


    “Ketika kejadian, saya sedang membersihkan kawasan rumah sebelum dikejutkan dengan jeritan isteri.

    “Sebaik terdengar jeritan, saya berlari ke arah jeritan itu dan terkejut mendapati dia dalam keadaan tertiarap berhampiran tangga,” katanya.

    Mahadi berkata, mereka berkahwin sejak 10 tahun lalu dan belum dikurniakan anak.

    “Arwah terlalu inginkan anak dan kami sebenarnya berhajat mengambil anak angkat,” katanya yang terkilan kerana hasrat itu tidak terlaksana.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan memberitahu mangsa meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik.

    “Polis mengklasifikasikan kes menimpa Sazila ini sebagai kematian mengejut,” katanya.myMetro | Maut kena renjatan elektrik

    Permainan video air kencing di Tokyo




    KONSOL mengukur tekanan air kencing terletak di atas mangkuk tandas yang akan diletakkan di dalam tandas empat buah stesen tren di Tokyo, Jepun.


    TOKYO - Satu permainan video ganjil akan diletakkan di dalam tandas di lima buah stesen tren di Tokyo, Jepun, lapor sebuah akhbar semalam.
    Permainan itu akan menguji air kencing si lelaki bagi mengetahui kelajuan dan kepanasannya menerusi sensor di bawah mangkuk tandas.
    Alat permainan itu akan memberi keuntungan kepada penciptanya, syarikat Sega kerana iklan komersial akan disiarkan pada konsol sebelum permainan bermula.
    Permainan itu dicipta dengan tujuan untuk menjadikan tandas sebagai suatu tempat yang menarik. - AgensiKosmo! Online - Dunia

    Harimau bintang mengamuk ditembak mati




    SEORANG anggota polis menembak mati seekor harimau bintang di bandar Karad, India pada Ahad lalu.


    KARAD, India - Seekor harimau bintang yang mengamuk mati ditembak selepas haiwan itu menyerang seorang lelaki di sebatang jalan raya di sini pada Ahad lalu.
    Harimau itu ditembak mati oleh seorang anggota polis selepas ia mencederakan beberapa orang termasuk seorang lelaki dekat pintu sebuah garaj pada Sabtu lepas.
    Polis kini melakukan siasatan bagi mengetahui bagaimana harimau itu memasuki bandar ini. - AgensiKosmo! Online - Dunia

    Jatuh dalam mesin pemotong batu




    SEORANG anggota bomba mengikat pinggang Chen Xiangjin dengan tali.


    NANNING, China - Seorang wanita terselamat daripada menjadi mangsa mesin pemotong batu selepas seorang pekerja mendengar jeritannya, lapor sebuah akhbar semalam.
    Wanita itu, Chen Xiangjin tergelincir jatuh ke dalam mesin itu di sini baru-baru ini ke dalam timbunan batu menyebabkan kakinya tidak boleh bergerak.
    Seorang pekerja yang mendengar jeritan wanita itu bertindak segera dengan menutup enjin mesin tersebut.
    Wanita itu diselamatkan oleh beberapa anggota bomba dengan menggunakan tali bagi menariknya keluar dari timbunan batu dengan hanya mengalami kesan-kesan calar. - AgensiKosmo! Online - Dunia

    Pemaju musnahkan tangga untuk usir penduduk




    TANGGA sebuah apartmen dimusnahkan oleh pekerja-pekerja sebuah syarikat pemaju di Mianyang, China baru-baru ini.


    MIANYANG - Sebuah keluarga menyaman syarikat pemaju perumahan yang memusnahkan tangga apartmen tujuh tingkat dengan tujuan untuk mengusir mereka keluar, lapor sebuah akhbar semalam.
    Seorang anggota keluarga itu, Zhao Yanhong, 42, mendakwa pemaju itu mahu memusnahkan apartmen tersebut bagi mendirikan sebuah kilang.
    "Pada satu hari, pekerja-pekerja lelaki memecahkan semua tangga untuk memerangkap kami di sini," katanya.
    "Satu-satunya cara untuk kami keluar adalah dengan menggunakan tangga dan memanjat tetapi ia perbuatan berbahaya," tambahnya.
    Hakim mengarahkan kerja-kerja pembinaan dihentikan selama enam bulan sehingga siasatan selesai dilakukan selain mengarahkan pembinaan semula tangga untuk keluarga itu.
    Pemaju perumahan itu mengemukakan alasan bahawa apartmen itu miliknya dan menafikan melakukan sebarang salah laku. - AgensiKosmo! Online - Dunia

    Kucing boleh bercakap mama di Jawa Timur



    KUCING bernama Keting ini didakwa boleh bercakap beberapa patah perkataan.


    JAKARTA - Seekor kucing betina peliharaan seorang wanita berusia 21 tahun yang hanya dikenali sebagai Claudia di Dusun Krajan, Jawa Timur, boleh mengungkapkan perkataan mama, mami, mamia dan nombor satu sehingga sepuluh, lapor sebuah akhbar semalam.

    Kucing berusia satu setengah tahun itu diajar oleh Claudia untuk mengungkapkan perkataan itu sejak haiwan tersebut masih kecil.

    "Bisa (boleh) berhitung satu sampai sepuluh bahkan bisa diajak bicara," kata Claudia kepada akhbardetikSurabaya.com semalam.

    Menurutnya, kucing yang bernama Keting itu memahami arahan dan pertanyaan daripadanya.

    "Bisa bilang (bercakap) mama, mami, mamia dan banyak yang lain juga," tambahnya.

    Ibu kucing itu telah mati manakala proses latihan bercakap itu dilakukan oleh Claudia dan anggota keluarganya yang lain secara berterusan.

    Dia turut mengajar lima kucing lain untuk bercakap tetapi hanya Keting sahaja yang memiliki kecerdasan luar biasa dengan memahami dan menuturkan perkataan itu.

    Sebelum ini, pada Jun tahun lalu heboh diperkatakan penduduk mengenai seekor kucing Parsi jantan putih berusia dua tahun milik Anggita Rizki Ayu di Bandung, Jawa Timur yang boleh mengungkapkan perkataan yang berbunyi seperti enggak yang bermaksud tidak dalam bahasa Melayu. - AgensiKosmo! Online - Dunia

    Jika ingin tempat terpuji diakhirat jangan tinggalkan sembahyang tahajjud

    وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَى أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَاماً مَّحْمُوداً
     Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.