Friday, March 4, 2011
17 Cara mencucikan hati
17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.
12 Halangan untuk menuntut Ilmu
2. hadist shahih riwayat Al-Bukhari [2]
3. hadist shahih riwayat Thabrani [3]
4. HR.Bukhari-shahih [4]
5. Ishlaahul Masaajid minal Bida’ wal Awaa’id hal.110, karya al-Allamah Muhammad bin Jamaluddin al-Qasimi rahimahullah [5]
10 Cara membentuk keyakinan diri
Berfikir dalam Zikir
.
Kejadian rusuhan kian buruk, 180,000 tinggalkan Libya - PBB
04/03/2011 11:59am
GENEVA 4 Mac - Sekurang-kurangnya 180,000 orang telah meninggalkan Libya akibat daripada kejadian rusuhan yang semakin buruk ketika ini, menurut Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR), hari ini.
Kebanyakan individu yang meninggalkan negara yang sedang bergolak itu adalah pekerja dari Mesir dan Tunisia termasuk pekerja dari beberapa negara lain. - dpa"
Ranhill pindah 2,363 pekerja di Libya
zaid.adnan@utusan.com.my
Ketua Pegawai Eksekutif Amona Ranhill Consortium Sdn. Bhd. Ahmad Zakiruddin Mohamed berkata, daripada jumlah itu, seramai 76 daripada 78 rakyat Malaysia telah dikeluarkan dan kini berada di tanah air.
Menurutnya, dua lagi rakyat Malaysia bersama seorang lagi pekerja British masih berada di Libya bagi mengetuai proses pemindahan baki pekerja Ranhill yang berada di negara yang sedang bergolak itu.
''Pelan pemindahan pekerja Ranhill sentiasa menjadi keutamaan sejak krisis itu bermula sepanjang tempoh 10 hari dan kami gembira proses itu berjalan lancar walaupun dalam keadaan yang mencabar.
''Justeru kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Kedutaan Malaysia di Libya; Wisma Putra; Majlis Keselamatan Negara; Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM); wakil konsulat dan Malaysian Airlines System (MAS) kerana memberi sokongan dan membantu dalam usaha pemindahan pekerja kami," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sebanyak lapan negara yang terlibat dalam projek perumahan Tajura iaitu Thailand (1,158); Bangladesh (755); India (567); Filipina; Indonesia (6); Britain (3) dan Pakistan (1).
Sementara itu, jurucakap Wisma Putra ketika dihubungi memberitahu, semua rakyat Malaysia yang berada di Libya telah dibawa keluar dari negara berkenaan dan yang terakhir merupakan lima pelajar dan seorang pekerja Ranhill yang dijadual tiba di Malaysia esok.
Katanya, maklumat yang mengatakan dua rakyat Malaysia hilang sebagaimana dakwa ahli keluarga mereka masih tidak dapat dipastikan setakat ini.
''Namun kedutaan kita yang kini beroperasi di Malta akan terus berusaha mengesan kedudukan mereka ini.
''Pada masa sama, kita nasihatkan rakyat kita supaya tidak mengunjungi negara itu buat masa ini kerana keadaannya masih tidak stabil," katanya.Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri
Bekas isteri Datuk K terharu
KUALA LUMPUR 3 MAC - Bekas isteri Datuk Khalid Jiwa, Tengku Zawiyah Tengku Izham,48, melahirkan rasa terharu atas ucapan tahniah yang diberikan sempena majlis pertunangannya dengan ahli perniagaan asal Sabah, Datuk Joseph King.
Dalam laman sosial Facebook, Tengku Zawiyah atau TZ menulis bahawa dia berasa sangat dihargai atas segala ucapan yang diberikan oleh ahli keluarga jauh dan dekat, selain sahabat handai yang menghulur doa untuk kebahagiaan dirinya dan pasangan.
"Terima kasih atas segala ucapan, dukungan dan doa ikhlas yang dihulurkan buat kami berdua. Semoga Allah juga memberkati kehidupan kalian. Salam kasih sayang dan peluk cium daripada kami," demikian tulis beliau dalam bahasa Inggeris di laman berkenaan.
TZ juga berkongsi hari bahagianya dengan memaparkan gambar-gambar sempena majlis pertunangannya yang berlangsung pada 26 Februari lalu di Bangsar, Selangor.
Pihak lelaki diwakili oleh anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Seri Bongsu Tengku Sherry Sultan Ahmad Shah yang menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis bakal pengantin perempuan.
Tengku Zawiyah yang kelihatan semakin langsing begitu anggun dalam persalinan ungu sedondon dan turut menerima empat dulang hantaran sebagai simbolik di majlis pertunangannya itu.
Tiga daripada empat anak kandung TZ, Muhammad Anas (24), Muhammad Adib (21) dan Muhammad Aazief (13) juga turut kelihatan di majlis berkenaan, selain anak angkat perempuannya.
Difahamkan anak ketiga beliau, Ashraff tidak bersama-sama di majlis yang berlangsung secara sederhana itu kerana masih berada di Australia untuk meneruskan pengajiannya.
Kerabat diraja Kedah itu bakal bernikah dengan Joseph atau nama Islamnya, Rayyan JK Abdullah pada 12 Mei depan dalam satu majlis yang bakal berlangsung secara sederhana setelah lebih lima tahun menjanda.Utusan Malaysia Online - Dalam NegeriBeyonce dermakan duit anak Gaddafi
LOS ANGELES 3 Mac - Pemenang anugerah Grammy, Beyonce Knowles (gambar) telah menderma bayaran yang diterima daripada anak lelaki Muammar Gaddafi ketika menjayakan konsert Tahun Baru kepada bantuan Haiti lebih setahun yang lalu.
Beyonce menyerahkan duit tersebut sebaik sahaja dia mengetahui Gaddafi terlibat dengan konsert di sebuah parti tertutup di St. Barts, Pulau Caribbean pada 31 Disember 2009.
"Semua bayaran kepada Beyonce atas persembahannya di parti tertutup yang diadakan di Pantai Nikki, St. Barts pada sambutan Tahun Baru 2009 didermakan kepada bantuan gempa bumi Haiti lebih setahun yang lalu.
"Sebaik sahaja mengetahui penganjur pihak ketiga berkait dengan keluarga Gaddafi, keputusan dibuat untuk menggunakan wang tersebut untuk tujuan yang baik," ujar jurucakap Beyonce, Yvette Noel-Schure yang turut menambah wang yang diserahkan termasuk bayaran kepada agensi tempahannya.The New York Post melaporkan awal Januari tahun lalu, Beyonce menyampaikan lima buah lagu dan mengenakan seluar seksi berwarna hitam di sebuah parti yang dianjurkan oleh anak lelaki Gaddafi, Hannibal. - AFPUtusan Malaysia Online - Luar Negara
Perdana Menteri Mesir letak jawatan
KAHERAH 3 Mac – Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir hari ini mengumumkan peletakan jawatan Perdana Menteri, Ahmed Shafiq.
Pengumuman itu dibuat di laman Facebook majlis tersebut hanya beberapa jam selepas aktivis dijadual mengadakan protes besar- besaran di Dataran Tahrir, tengah Kaherah untuk menuntut Shafiq dan Kabinetnya meletakkan jawatan.
Bekas Menteri Pengangkutan, Essam Sharaf dilantik untuk menggantikan Shafiq dan membentuk kerajaan baru.
Angkatan bersenjata memerintah negara ini sejak bekas Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan pada 18 Februari lalu, selepas protes 18 hari di seluruh negara. – dpa"
Pembangkang Yaman sediakan pelan undur
SANAA 3 Mac - Kumpulan pembangkang dan pemimpin agama di Yemen menawarkan pelan kepada Presiden Ali Abdullah Saleh untuk beliau berundur secara terhormat menjelang akhir tahun ini.
Cadangan itu dipersetujui semasa mesyuarat dengan para ulama, kata jurucakap pembangkang di Parlimen, Mohammed al-Sabri hari ini.
"Kami sudah mempersetujui cadangan penyelesaian termasuk pelan untuk Presiden berundur sebelum akhir tahun ini," katanya.
Saleh belum mengulas tentang cadangan itu tetapi seorang pegawai kanan kerajaan berkata, Presiden akan memberi respons 'positif' terhadap pelan pengunduran tersebut.
Saleh hendaklah mengumumkan pelan itu kepada rakyat, yang kemudian memutuskan sama ada cadangan tersebut diterima atau ditolak, menurut kenyataan daripada perikatan pembangkang di Parlimen dikenali sebagai Forum Bersama.
Penunjuk perasaan Yemen tidak akan membenarkan mana-mana pihak berunding atas nama mereka mengenai perkara itu, katanya.
Pemerintahan Saleh selama 32 tahun digegarkan oleh gelombang protes yang meragut sekurang-kurangnya 19 nyawa sejak 16 Februari lalu.
Pemimpin veteran itu berkali-kali menolak desakan rakyat supaya meletakkan jawatan.
Konsesi beliau setakat ini, untuk tidak bertanding semula pada 2013, ditolak oleh pembangkang sebagai tidak memadai.Pada Ahad lalu, Saleh berikrar untuk mempertahankan rejimnya 'sampai ke titisan darah terakhir', dan menuduh penentangnya mengeksploitasi protes sebagai helah untuk memecahbelahkan negara ini. - AFPUtusan Malaysia Online - Luar Negara
AS tidak mahu Libya jadi Somalia
WASHINGTON 3 Mac - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Rodham Clinton semalam berkata, satu keutamaan bagi AS semasa krisis di Libya ialah mencegah negara di Afrika Utara itu daripada menjadi seperti Somalia atau pangkalan bagi pengganas.
Clinton dalam ucapan kepada Jawatankuasa Perhubungan Luar Senat bagi mempertahankan bajet Jabatan Negara berkata, ramai aktivis al-Qaeda yang ditahan di Afghanistan dan Iraq 'datang dari Libya, termasuk timur Libya yang kini dikatakan kawasan bebas Libya'.
"Satu perkara yang sangat membimbangkan kita ialah Libya terjerumus ke dalam huru-hara dan menjadi sebuah Somalia gergasi," kata Clinton.
Somalia dibelenggu krisis, tanpa kerajaan pusat yang berfungsi, sejak awal 1990-an dan kekosongan itu diisi oleh kumpulan militan seperti al-Shabaab yang dikaitkan dengan al-Qaeda.
Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi sejak beberapa hari lalu mendakwa pemberontakan menentang rejimnya didalangi oleh al-Qaeda dan bukan pemberontakan rakyat untuk menegakkan demokrasi.
Clinton menolak cadangan para Senator supaya AS bertindak segera untuk menyokong penguatkuasaan zon larangan terbang di ruang udara Libya bagi menghalang Gaddafi mengebom penunjuk perasaan.
Beliau menyebut tentang ketidakpastian mengenai 'siapa yang mempunyai kedudukan yang sah, siapa yang tidak' dan berkata, masih terlalu awal untuk mengiktiraf sesuatu kumpulan.
Pegawai kanan pertahanan kelmarin berkata, menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya seperti dilakukan di Iraq pada 1990-an adalah sangat rumit dan sukar."Kita juga perlu memikirkan soal menggunakan tentera AS di sebuah lagi negara di Asia Barat," kata Setiausaha Pertahanan, Robert Gates. - dpaUtusan Malaysia Online - Luar Negara