Pages

Saturday, June 8, 2013

Putera Arab Saudi saman majalah Forbes

Putera Arab Saudi saman majalah Forbes
Alwaleed
RIYADH - Seorang Putera Arab Saudi, menyaman majalah antarabangsa Forbes, kerana kesalahan menyiarkan maklumat palsu mengenai jumlah kekayaan sebanyak AS$20 bilion (RM62 bilion) berbanding jumlah sebenar iaitu AS$30 bilion (RM93 bilion).

Menurut laporan MailOnline, Putera Alwaleed Talal yang juga salah seorang ahli perniagaan terkaya dunia, mendakwa majalah berkenaan memandang rendah kekayaannya dengan meletakkannya di tangga ke-26 dalam senarai Forbes 2013.

Menurut Alwaleed, jika Forbes mengambil kira jumlah sebenar, kedudukannya akan berubah dalam senarai 10 teratas.

Majalah Forbes turut didakwa melakukan pengiraan tidak tepat sekali gus memaparkan sifat berat sebelah terhadap pelaburan dan institusi kewangan Timur Tengah.

Tiga kakitangan Forbes melibatkan penerbit majalah, Randall Lane dan dua wartawannya disenaraikan sebagai defendan dan kes didaftarkan di Mahkamah Tinggi, London, Britain. 

Nenek panjat pokok kelapa

Foto
ZABEDAH mengambil upah memanjat pokok
 kelapa sejak berusia 11 tahun.
Oleh Aidi Emizul Rasidi
Kuala Kangsar: Seorang warga emas layak digelar ‘nenek kental’ apabila mampu memanjat pokok kelapa setinggi kira-kira 20 meter dalam tempoh tidak lebih dua minit sejak 43 tahun lalu, bagi menyara kehidupan tujuh anak dengan pendapatan tambahan antara RM40 hingga RM50 sehari.

Zabedah Mansor, 59, ibu tunggal yang menetap di Kampung Kubang Pekan, di sini, menggunakan kudratnya mengambil upah memanjat pokok kelapa sejak berusia 11 tahun.

Bukan itu saja, wanita yang sudah mempunyai tiga cucu itu juga boleh memanjat pokok durian, petai, pinang, rambutan, duku dan sebagainya tanpa menggunakan galah. “Ia sekali gus menolak anggapan pekerjaan memanjat pokok berkenaan hanya untuk kaum lelaki saja,” katanya.

Menurut Zabedah, kelapa yang dipungutnya dibawa terus kepada pemborong untuk dijual kepada pelanggan yang membuat tempahan mengikut harga pasaran tetap.
Foto
ZABEDAH (kanan) bersama sebahagian anaknya mengopek kelapa.
“Sebenarnya upah memanjat pokok bergantung pada saiz pokok juga, jika pokok itu rendah, hanya RM5, manakala pokok tinggi dikenakan bayaran RM10.

Akademi keselamatan anjur latihan pengawal peribadi



SEORANG pelatih berjalan di atas tubuh rakan-rakannya di Akademi Keselamatan Genghis di Beijing kelmarin.-AFP


BEIJING - Lebih 70 pelatih menyertai latihan khas pengawal peribadi di Akademi Keselamatan Genghis di sini kelmarin.
Latihan selama lebih 20 jam itu turut disertai oleh beberapa pelatih wanita.
Antara latihan yang diadakan itu adalah melibatkan seni mempertahankan diri dan berjalan di atas tubuh para pelatih. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0608&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2VZNcHo6W 
Hakcipta terpelihara