Sam, kucing berkening yang sentiasa susah hati
Sam
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Sam merupakan seekor kucing berkening yang kelihatan sentiasa mempunyai masalah besar dan susah hati, membuatkan peminat kucing menjadi sayu dan mahu membantu.

Menurut pemilik Sam, Amanda Collado, dia tidak perasaan apa-apa keistimewaan pada Sam ketika mula-mula terjumpa kucing tersebut.

"Kawan saya yang perasan 'kening' kucing tersebut.

"Perangai Sam seperti anjing, dia sentiasa mahu bermain. Jika anda biarkan dia atas sofa, beliau akan menyentuh anda, memberitahu anda bahawa ia bersedia untuk bermain," kata Collado dipetik ABC.

Collado kemudian membuat akaun di laman Instagram dan memuatnaik gambar Sam ke laman tersebut dan menarik perhatian lebih 150,000 pelayar.