Pages

Wednesday, August 10, 2016

Jumpa barang kemas RM26,143 pada kerusi


kerusi

NEW LANARK - BRITAIN . Pasangan suami isteri terkejut selepas mendapati sebuah kerusi terpakai yang dibeli dengan harga £5 (RM26) tersembunyi barang kemas bernilai  £5000 (RM26,143) di dalamnya.
Angela Milner Brown, 50 dan suami Angus 47, membeli kerusi berkenaan dalam satu jualan lelong 10 tahun lalu dan menyimpannya di loteng kediaman mereka.
Ketika mereka mengeluarkan semula kerusi tersebut untuk dibaiki, mereka menemui barang kemas tersembunyi di dalamnya.
Angela berkata, mereka membeli kerusi pada acara lelongan dengan harga £5 (RM26) beberapa tahun lalu.
"Ia kelihatan buruk dan kotor seperti 'anjing sering tidur' di kerusi berkenaan.
"Kami tidak mampu menukarkan alas pada kerusi itu pada masa itu, jadi suami saya menyimpannya di loteng kira-kira enam tahun," katanya dipetikn Mirror.uk
Katanya, selepas membaikinya, ia kelihatan cantik dan tidak pernah menjangkakan ada sesuatu tersembunyi di dalamnya.
"Beberapa tahun lalu, suami membuat kejutan dengan menghadiahkan cincin berlian sempena ulang tahun perkahwinan mereka dan sepasang anting-anting berlian dan kerongsang pada Hari Kekasih.
"Barangan kemas berkenaan dijumpai tersembunyi di dalam kerusi berkenaan dan saya sukar mempercayainya," ujarnya lagi.
Sementara itu, Angus berkata, dia menemui barang kemas berkenaan di dalam kerusi tersebut ketika mengeluarkan kusyen untuk diganti namun merahsiakan dari pengetahuan isterinya untuk membuat kejutan.
Berita penemuan itu diketahui umum selepas pasangan itu membawa barang kemas serta kerusia berkenaan untuk dinilai semula semasa Roadshow Antiques di New Lanark.
Menurut pasangan itu, selepas dinilai, barang kemas termasuk kerusi berkenaan berharga  £5000 (RM26,143)
"Ia adalah menakjubkan, penemuan yang indah untuk kami." kata Angela lagi.
Angela dan Angus memutuskan tidak akan menjual kerusi serta barang kemas berkenaan.

Tulang manusia tertua ditemukan


Dikatakan berusia sekitar 90,000 tahun

KAWASAN di sekitar kajian penggalian pakar arkeologi Universiti
KAWASAN di sekitar kajian penggalian pakar arkeologi Universiti Oxford dan Suruhanjaya Pelancongan dan Khazanah Kebangsaan Arab Saudi (SCTNH) menemukan tulang manusia tertua di Gurun Nafud, Semenanjung Arab, baru-baru ini. AGENSI
RIYADH 9 Ogos - Sepasukan penyelidik yang terdiri daripada ahli arkeologi Arab dan pakar-pakar dari Universiti Oxford me-nemukan tulang manusia tertua ketika menjalankan kerja-kerja penggalian di Tayma, Tabuk, sebuah kawasan oasis besar di gurun Nafud yang terkenal dengan sejarah penempatan lama.
Menurut laporan Arab News yang memetik Suruhanjaya Pelancongan dan Khazanah Kebangsaan Arab Saudi (SCTNH) sebagai berkata, tulang yang ditemukan itu merupakan bahagian tengah jari hantu manusia yang dikatakan hidup sekitar 90,000 tahun lalu dan merupakan jejak manusia tertua di Semenanjung Arab.
Selain itu, portal berita, Asharq Al-Awsat melaporkan, pengumuman mengenai pe­nemuan itu dibuat baru-baru ini oleh Pre­siden SCTNH, Putera Sultan bin Salman ketika berucap di Akademi Seni Halus Perancis.
Menurut SCTNH, penemuan itu menjadi fasa penting dalam kajian dan penggalian yang dijalankan oleh pihak berkuasa dengan sokongan pakar daripada Universiti Oxford; Universiti King Saud; Bandar Sains dan Teknologi Raja Abdul Aziz (KACST); Kajian Geologi Saudi; Universiti Hail dan Saudi Aramco.
Tambah SCTNH, penemuan tersebut penting bagi penyelidik Arab Saudi berikutan hasil usaha dan sokongan Putera Sultan dalam sektor arkeologi di negara itu.
Projek itu adalah sebahagian daripada Projek Hijau Arab Saudi yang merupakan kerjasama Arab Saudi dan Britain untuk kajian dan penggalian bagi melaksanakan kajian alam sekitar dan arkeologi tempat bersejarah.
Sementara itu, projek ber­kenaan dilaksanakan selama lima tahun oleh SCTNH dan Universiti Oxford dengan objektif untuk mengkaji kepupusan manusia dan haiwan serta penyesuaian kehidupan kepada keadaan sekitar pada masa lalu.
Projek bersama itu juga membawa kepada banyak penemuan penting seperti fosil haiwan dan mamalia di kawasan gurun Arab termasuk gading gajah gergasi berusia 300,000 tahun.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tulang-manusia-tertua-ditemukan-1.368637#sthash.955zugJW.dpuf

Budak 3 tahun hafal al-Quran



Abuja: Seorang budak lelaki berusia tiga tahun dipercayai mencipta sejarah sebagai tahfiz paling muda, malah turut memenangi beberapa pertandingan antarabangsa di Arab Saudi.

Muhammad Shamsuddeen Aliyu dilaporkan memasuki sekolah pada usia setahun setengah sebaik berhenti menyusu badan dan mampu menghafal keseluruhan al-Quran sebelum berusia tiga tahun.

Selain itu, Muhammad mampu bercakap bahasa Arab dan Inggeris serta menyertai pelbagai pertandingan di tempat asalnya, Zaria, sebelum mewakili sekolahnya di peringkat negeri serta kebangsaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Ogos 2016 @ 6:20 AM