Pages

Friday, July 4, 2014

Si kudung tanpa lesen


Lelaki itu dikenali sebagai Guo, 45, sebelum ini mendakwa memandu kenderaannya sehingga 160,000 kilometer (km) tanpa pernah ditahan.
Guo ditahan ketika cuba mengelak pemeriksaan polis di hentian Xiantao di lebuh raya berkenaan dengan memasuki lorong tol yang lebih jauh.

Polis yang mengejarnya terkejut apabila menemu Guo memandu dengan kaki kirinya pada stereng.
Foto
GUO sebelum ini sudah memandu 160,000 kilometer dan tidak pernah kemalangan.

Foto
Apabila diminta keluar dari kenderaan, Guo menggunakan ibu jari kaki kanan untuk menarik gear kepada neutral sebelum menggunakan kaki kanannya untuk memutarkan kunci dan mematikan enjin.

Difahamkan, Guo hilang kedua-dua tangannya pada usia tujuh tahun selepas tersentuh kabel voltan tinggi ketika memotong rumput.

Sejak kejadian, dia belajar menggunakan kakinya untuk meneruskan kehidupan seharian termasuk membasuh muka dan menggosok gigi, menulis dan memandu.

Guo meraih pendapatan dengan menjual buah bersama-sama isterinya. Dia juga menyara ibu bapanya yang uzur serta anak lelakinya di universiti.

Guo belajar memandu dalam tempoh kurang seminggu namun gagal mendapatkan lesen mengikut undang-undang China. 

Ketika disoal, Guo mengaku pemilik kereta berkenaan malah sudah memandu lebih 160,000km menggunakan kenderaan itu. Dia juga mendakwa tidak pernah kemalangan.

Dia kini disiasat polis kerana memandu tanpa lesen. Dia boleh didenda sehingga 2,000 RMB (RM1,028) dan dipenjara tidak lebih 15 hari jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, dia dilaporkan hanya mendapat amaran lisan dan didenda 500 RMB (RM257).

Menurut polis, Guo sebenarnya pemandu berhemah malah menghabiskan 4,000 RMB (RM2,057) untuk insurans kenderaannya.

“Kami amat menghormati orang kelainan upaya yang mampu berusaha keras demi mencari rezeki.

“Namun perbuatannya memandu tanpa lesen di lebuh raya amat berbahaya. Kami berharap dia tidak memandu lagi selepas ini,” kata polis.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/04

Pen berkarat dalam perut


Shing Fang, 20, menjalani pemeriksaan di hospital di Taipei selepas mengalami sakit perut yang berpanjangan sehingga menyebabkan dia tidak boleh makan. 
Malah Shing turut disahkan menghadapi kemurungan selepas doktor gagal mencari punca penyakitnya. 

Apabila doktor melakukan endoskopi - memasukkan kamera melalui mulut hingga ke perutnya, mereka menemui objek panjang berkarat.
Foto
KEPUTUSAN X-Ray menunjukkan pen dalam perut Shing.
Foto
PEN yang berkarat dikeluarkan dari perut mangsa.

Selepas gambar yang diambil oleh doktor dengan melakukan X-ray, mereka terkejut mendapati objek itu pen.

Tanpa berlengah, Shing dibedah untuk mengeluarkan objek berkenaan. 

Shing bernasib baik kerana jika dibiarkan lebih lama ia boleh menyebabkan kematian. 

Wanita itu berkata, dia tidak ingat pernah tertelan pen itu. 

Bagaimanapun, Shing mengaku dia mungkin tertelan pen itu ketika mabuk semasa meraikan keputusan peperiksaannya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/04

Bayi lahir jantung di luar


Menurut doktor bayi berkenaan perlu memerlukan pembedahan segera bagi menyelamatkan nyawanya. 
Kanak-kanak itu dilahirkan oleh seorang wanita tempatan melalui pembedahan di hospital di Dhamar, kira-kira 75 kilometer ke selatan Sanaa. 

Pakar kanak-kanak di hospital itu , Dr. Abdul Raqeeb Al Gabari berkata, kejadian itu jarang berlaku.
Foto
JANTUNG di luar dada bayi.

Bapa bayi itu, Yehya Hussein berkata, doktor memaklumkan anaknya sihat tetapi tidak boleh hidup dalam keadaan jantungnya di luar.

“Doktor memberitahu anak saya perlu dibedah secepat mungkin untuk meletakkan jantungnya di tempat sepatutnya yang sepatutnya supaya dia boleh terus hidup, ” katanya. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/04

Kepala anak beruang tersangkut di dalam balang


KEPALA seekor anak beruang tersangkut ke dalam balang biskut berada di atas sebatang pokok di Rigwood, New Jersey pada Jumaat lalu.


RIGWOOD, New Jersey - Kepala seekor anak beruang tersangkut di dalam balang biskut semasa haiwan itu berada di atas sebatang pokok di sini pada Jumaat lalu.
Anak beruang berusia enam bulan itu kemudian diselamatkan oleh beberapa kakitangan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar New Jersey dari ketinggian 12 meter.
Haiwan itu menemui balang itu pada malam Jumaat lalu yang mengandungi cebisan baki biskut.
Ia kemudian cuba untuk memakan baki biskut menyebabkan balang tersebut termasuk ke dalam kepalanya secara tidak sengaja.
Anak beruang yang seberat 12.70 kilogram itu kini dijaga oleh seorang penjaga haiwan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0704&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz36RjvqIF0 
Hakcipta terpelihara