Pages

Friday, December 12, 2014

Penduduk Tempah Bahaya Guna Kereta Kabel Usang Setiap Hari


Diterbitkan: Khamis, 11 Disember 2014 4:31 PM
Beginilah kereta kabel yang digunakan penduduk Yushan seharian tanpa memikirkan risiko keselamatan.

PENDUDUK di sebuah perkampungan di China menggunakan sebuah 'kereta kabel' yang agak usang untuk membawa semua dari manusia hingga ke barang bekalan, merentasi satu kilometer setiap hari.
Keadaan itu mungkin kelihatan hanya menempa maut, tetapi itulah yang berlaku dalam kehidupan penduduk Yushan di daerah Heng, di wilayah Hubei, China.
Tanpa kemudahan kereta kebal itu, mereka terpaksa melalui perjalanan selama lebih sehari setiap kali mahu meninggalkan perkampungan di kawasan pergunungan.
Kampung Yushan telah lama didiami sejak beratus tahun dahulu. Mereka jarang sekali perlu keluar di 'dunia luar' melainkan membeli kelengkapan dan bekalan lain, dan tinggal dalam kelompok mereka sahaja. 
Bagaimanapun, dunia moden telah mengubah segalanya apabila kanak-kanak diberitahu bahawa mereka perlu pergi ke sekolah, dan kebanyakan barangan yang perlu digunakan termasuk televisyen, telefon bimbit dan komputer.
Segelintir penduduk mahu bekerja di luar perkampungan itu tetapi adalah mustahil memandangkan perjalanan untuk merentasi lembah mengambil masa sehari selain perjalanan yang curam dan berbahaya.
Keadaan itu diselamatkan oleh satu kemudahan yang diinspirasikan daripada kereta kabel gunung Alps.
Seorang penduduk yang sudah lama menetap di Yushan, Xiong Sun, 79, berkata: "Kami berasa bangga kerana kemudahan ini telah digunakan tanpa masalah selama hampir dua dekad. Ini bermakna kehidupan boleh diteruskan sebagaimana kampung-kampung lain walaupun hakikatnya Yushan terletak di kawasan yang hanya didatangi burung-burung helang.
Mereka dapat membeli kabel terpakai dari sebuah resort percutian ski di Eropah dan membuat sambungan dengan kereta kebal buatan sendiri.
Perjalanannya hanya mengambil beberapa minit, bagi membolehkan kanak-kanak pergi ke sekolah dan orang dewasa ke tempat kerja. - mirror.co.uk

Bilionair gila publisiti

Ermawan bilionair Chen Guangbiao yang menggelar dirinya orang paling berpengaruh di China, kini berusaha mendapat gelaran baru - kali ini dalam Rekod Dunia Guinness.
Menurut akhbar China Daily, pada asasnya Chen mahu mendapat balasan terhadap semua sumbangan.
Menurut bilionaire itu, dia memiliki 4,000 sijil dan 30 sepanduk sutera sebagai mengiktiraf sumbangannya dan mahu anugerah dari Rekod Dunia Guiness pula bagi membuktikannya.
“Jika anda mahu saya memilih antara 100 juta yuan (RM56 juta) dan sijil penghormatan, saya memilih sijil. Saya sukakan penghormatan, melihatnya sebagai kehidupan saya,” katanya.

Taikun kitar semula itu awal tahun ini menganjurkan acara kebajikan besar-besarn di New York dan berjanji untuk memberikan wang tunai AS$300 (RM1,050) kepada 1,000 orang gelandangan.
Bagaimanapun, janjinya itu tidak ditunaikan.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Disember 2014 @ 5:05 AM


CHEN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15547#sthash.XvGsl8WR.dpuf

28 negara setuju terima pelarian Syria


Pelarian Syria termasuk kanak-kanak menyertai protes menuntut pihak berkuasa Greek supaya memberi status pemohon suaka dan penempatan kepada mereka.
Pelarian Syria termasuk kanak-kanak menyertai protes menuntut pihak berkuasa Greek supaya memberi status pemohon suaka dan penempatan kepada mereka.
GENEVA - SWITZERLAND . Sebanyak 28 negara bersetuju menerima lebih 100,000 pelarian Syria sebagai usaha untuk membela nasib golongan itu yang kehilangan tempat tinggal akibat krisis berlarutan di negara terbabit.

Ketua Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR), Antonio Guterres turut menyambut baik keputusan bagi menjayakan rancangan penempatan semula tersebut.

"Langkah ini juga dapat meringankan beban negara jiran Syria kerana mereka tidak lagi dapat menampung jumlah pelarian dari negara itu yang semakin meningkat pada setiap hari," jelasnya.  

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan butiran lanjut mengenai negara yang telah menyatakan solidariti mereka untuk membantu pelarian Syria berkenaan.

Difahamkan, kira-kira 300,000 pelarian dilaporkan masih memerlukan bantuan negara antarabangsa di bawah cadangan penempatan semula tersebut. - Al-Jazeera

Jadi jutawan kerana 'Grumpy Cat'


Tabatha Bundesen, pemilik kucing unik 'Grumpy Cat' yang meraih hampir AS$100 juta dek populariti haiwan itu.
Tabatha Bundesen, pemilik kucing unik 'Grumpy Cat' yang meraih hampir AS$100 juta dek populariti haiwan itu.
ARIZONA - AMERIKA SYARIKAT. Tabatha Bundesen, 29, pemilik kucing unik 'Grumpy Cat' meraih hampir AS$100 juta dek populariti haiwan itu.
 
'Grumpy Cat' mula popular selepas adik Tabatha mengambil gambar kucing tersebut dan memuatnaiknya ke laman forum Reddit, lapor Assiociate Press.
 
Keunikan kucing tersebut yang menghidap sindrom 'dwarfism' yang membuatkannya 'bermuka garang dan pemarah'.
 
Mimik muka kucing tersebut terlalu unik, lantas dikenali sebagai 'Grumpy Cat' dan digunakan di laman-laman sosial sebagai 'meme'.
 
'Meme' atau jenaka bergambar merupakan salah satu ekspressi tidak terhad warga internet terhadap perkara-perkara yang relevan kepada subjek.
 
Tabatha mampu berhenti kerja sebagai pelayan restoran pada hari pertama 'Grumpy Cat' meraih populariti, sekaligus memenuhi undangan dan jemputan konvensyen komik.
 
Kucing betina itu dijangka akan terus meraih populariti dan menjana pendapatan untuk tuannya.