Pages

Tuesday, July 13, 2010

Nada dering untuk enjin kereta




15/7


KERETA elektrik Nissan, Leaf akan dilengkapi bunyi seperti kapal angkasa.
KERETA elektrik Nissan, Leaf akan dilengkapi bunyi seperti kapal angkasa.
LONDON: Pemandu akan berpeluang memilih bunyi enjin kenderaan yang digemari sepertimana memilih bunyi nada deringan telefon bimbit.
Bunyi kenderaan boleh dicipta dengan bunyi yang digemari daripada kenderaan F1 milik Lewis Hamilton hinggalah kepada kereta permainan Nodi.
Pakar kenderaan berpendapat enjin kereta elektrik yang tidak berbunyi mungkin mendatangkan bahaya kerana tidak dapat didengari pejalan kaki dan boleh menyebabkan berlaku risiko kemalangan.
Bunyi enjin yang berbeza bagi setiap model kereta sedang dicipta pakar untuk kegunaan masa depan.
Pengeluar kereta Lotus di Norfolk sedang bekerjasama dengan pengeluar kereta di Eropah dan Jepun dalam penyelidikan kesan bunyi kenderaan.
Ketua Jurutera, Colin Peachey, berkata mereka sedang mengkaji kesan bunyi kenderaan dalam filem sains fiksyen seperti Blade Runner and I dan Robot.
Peachey berkata: Sistem bunyi itu akan dicipta mengikut pesanan individu atau kawasan. Anda boleh memesan bunyi Star Wars bagi pasaran di Amerika Syarikat atau Doctor Who bagi pasaran United Kingdom.
Perisian yang dipasang akan mengubah bunyi kereta bergantung kepada kelajuan.
Nissan yang akan melancarkan kereta elektrik Leaf di United Kingdom pada Mac tahun depan akan melengkapkan setiap model dengan bunyi yang seragam iaitu seperti bunyi kapal angkasa.
Peminat Doctor Who, David Glover, 29, meminati kereta yang mempunyai bunyi seperti mesin waktu. – Agensi

Iran hasil 20kg bahan bakar reaktor

TEHERAN: Iran berkata, mereka berjaya menghasilkan kira-kira 20 kilogram uranium yang diperkayakan sebanyak 20 peratus dan bersedia menyiapkan plat bahan bakar untuk reaktor nuklearnya.
Ketua agensi tenaga atom Iran, Ali Akbar Salehi, kelmarin berkata menjelang September tahun depan negara itu bakal memiliki bahan bakar berkenaan.
Kenyataan itu dibuat bagi mengukuhkan dakwaan Iran sebelum ini bahawa negara itu menguasai teknik menghasilkan bahan berkenaan, Barat menganggap republik Islam itu tidak memiliki teknologi berkenaan.

Uranium diperkayakan boleh menjadi bahan bakar reaktor nuklear, selain menjadi unsur penting bom atom.

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, mengarahkan usaha meningkatkan pengayaan uranium itu selepas rundingan isu nuklear negara itu mencapai jalan buntu pada Oktober tahun lalu.

Brazil dan Turki menjadi orang tengah menawarkan Iran menghantar uranium diperkaya itu ke Turki sebagai balasan untuk penyelidikan bahan bakar reaktor mereka pada kemudian hari tetapi dipandang sepi negara kuasa besar dunia. - AFP

Pemerintah Makkah ketuai operasi basuh Kaabah hari ini

2010/07/13
MAKKAH: Pemerintah Makkah, Putera Khaled al-Faisal, akan mengetuai kerja-kerja membersihkan Kaabah, hari ini.
Menurut pengumuman dibuat Timbalan Ketua Hal Ehwal Dua Masjid Suci Arab Saudi, Dr Muhammad Bin Nasir Al-Khuzayyam, Khaled akan dibantu dua pemimpin lain, iaitu ketua agensi itu sendiri, Sheikh Saleh Abdul Rahman al-Hussein, dan Pengawal Kaabah, Sheikh Abdul Aziz al-Sheiby.
Katanya, Sheikh Abdul Aziz akan membuka pintu Kaabah kerana keluarganya diberi kepercayaan menjaga anak kunci binaan itu sejak zaman Nabi Muhammad.

“Sejumlah diplomat dan orang kenamaan dari negara Arab akan turut menyertai upacara itu,” katanya.

Khaled dijadual menggosok lantai Kaabah dengan kain direndam dengan air zamzam bercampur air mawar. - Agensi

Budak jalanan dipaksa jadi askar Myanmar

REMAJA belasan tahun itu berkata, dia masih dapat mengingat dengan jelas hari dia ditahan beberapa anggota tentera kerajaan di jalan raya di Mandalay.
Dia dituduh mencuri dan dipaksa menjadi tentera kanak-kanak.
“Mereka berkata, jika anda tidak mahu ke penjara, anda perlu menyertai tentera. Saya berkata tidak mahu. Setiap kali menolak, saya akan dipukul. Apabila saya bersetuju, mereka berhenti memukul saya,” kata Win Sein.
Menurutnya, dia tidak mempunyai tempat tinggal dan tidak tahu tarikh lahirnya sebenar. Win Sein berkata, usianya kira-kira 15 tahun apabila dia diterima menjadi anggota tentera, menyertai beribu-ribu remaja bawah 18 tahun dalam pasukan tentera Myanmar dan kumpulan bersenjata etnik negara itu.

Selepas empat bulan menjalani latihan membabitkan kecergasan fizikal dan penggunaan senjata serta penderaan teruk, dia dihantar ke medan tempur bagi menghadapi kumpulan bersenjata etnik, jauh di dalam hutan.

Setahun kemudian, Win Sein meninggalkan pangkalannya dan melarikan diri dari negara yang diperintah tentera itu. Dia tiba di Mae Sot, bandar sempadan Thailand Mac lalu. “Alasan utama bukan kerana pertempuran. Saya melarikan diri kerana sarjan di situ amat kejam. Tidak cukup dengan maki hamun, mereka juga memukul tentera kanak-kanak. Kerana itu saya mengambil keputusan melarikan diri,” katanya.

Meskipun sukar untuk mengesahkan latar belakang bekas tentera kanak-kanak, penganalisis Myanmar, David Mathieson daripada Human Rights Watch (HRW) berkata, kisah Win Sein adalah sama dengan cerita tentera kanak-kanak lain dari segi masa latihan, lokasi dan beban kerja. Win Sein yang nama sebenarnya ditukar oleh AFP bagi melindungi dia dan keluarganya, kini diletakkan di bawah jagaan Tindakan Sosial Untuk Wanita (SAW), kumpulan bantuan yang berpusat di Mae Sot.

“Ketika baru tiba, dia enggan bercakap. Dia mudah hilang pertimbangan. Dia akan memecahkan botol dan menggunakan kaca untuk mengelar tangannya,” kata Pengarah SAW, Aye Aye Mar. “Dia juga enggan menjawab soalan kami. Dia tidak percaya semua orang.” Ia masalah psikologi yang dialami kebanyakan remaja yang pernah menghabiskan masa dalam tentera, kata pengarah itu, yang menjaga kira-kira 20 bekas tentera kanak-kanak dari Myanmar.

Menurut Win Sein, kanak-kanak di kemnya dipaksa memberitahu pegawai atasan bahawa mereka menyertai pasukan itu secara sukarela. Dan kerana takutkan sarjan yang memaksa mereka menyertai pasukan itu, mereka menipu usia mereka.

Undang-undang Myanmar mengharamkan pengambilan remaja bawah umur dalam pasukan tenteranya. Bagaimanapun, ia tetap dilakukan kerana mahu mengekalkan jumlah anggota, Kata Mathieson. Menurut Mathieson, kemungkinan terdapat beribu-ribu tentera kanak-kanak dalam pasukan tentera kerajaan yang dianggarkan berjumlah 400,000 orang.

Dan masalah itu tidak terhad dalam tentera rasmi Myanmar saja, negara yang di bawah pemerintahan tentera sejak 1926 dan dilanda perang saudara di kawasan minoriti etnik sejak merdeka pada 1948.

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikeluarkan Mei lalu menamakan sembilan kumpulan bersenjata etnik dan tentera kerajaan, terbabit mengambil dan mengguna kanak-kanak dalam pertempuran. Win Sein yang sebelum dipaksa menjadi tentera, melarikan diri dari rumah kerana mengelak penderaan oleh bapa tirinya. Katanya, kanak-kanak jalanan begitu mudah menjadi sasaran pegawai tentera yang menerima habuan sebagai hadiah mengisi kuota anggota tentera.
Menurutnya, dia menemui beberapa askar kanak-kanak yang mempunyai latar belakang hampir sama dengannya.

“Pegawai berpakaian preman menghampiri kanak-kanak serupa itu dan bertanya, ‘Adik nak makan. Mari abang belanja.’ Kanak-kanak jalanan yang sentiasa lapar begitu gembira jika ada orang yang menawarkan makanan kepada mereka. Mereka akan mengikut orang itu,” kata Win Sein.

Pegawai Perhubungan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) di Myanmar, Steve Marshall, berkata, kanak-kanak yang menjadi mangsa biasanya ialah mereka yang berdepan dengan masalah rumit, seperti kanak-kanak yang terbiar dan hidup bersendirian di stesen kereta api dan pasar.

Menurutnya, kanak-kanak paling muda yang pernah diketahui menjadi tentera berusia 11 tahun.
Dengan persetujuan junta, ILO memproses aduan daripada keluarga mengenai kes pengambilan anggota tentera bawah umur yang jika disahkan akan dikemukakan kepada kerajaan untuk membebaskan kanak-kanak berkenaan dan menghukum mereka terbabit mengambil kanak-kanak itu menyertai pasukan bersenjata.

Sejak 2007, lebih 100 mangsa dibebaskan dan beberapa pegawai dikenakan tindakan disiplin, termasuk tiga yang dipenjara. Pihak tentera juga berusaha meningkatkan kesedaran mengenai undang-undang mengambil anggota tentera.

“Namun, tidak ada bukti kukuh menunjukkan keadaan itu semakin pulih,” kata Marshall.

Remaja dikerah ke medan tempur berdepan kemusnahan zaman kanak-kanak, masa depan yang tidak menentu dan bagi mereka seperti Win Sein, tekanan psikologi, termasuk keinginan untuk membalas dendam.

“Saya amat merindu ibu dan adik saya. Saya ingin menemui mereka tetapi tidak berani menghubungi mereka kerana tidak mahu keluarga saya berdepan dengan masalah. Saya tidak mahu mereka tahu apa yang telah saya lalui,” katanya. - Agensi

Kehidupan sebenar 'singa' dunia Islam



Kehidupan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad merupakan contoh terbaik dalam aspek kesederhanaan. 

Semasa Mahmoud ditanya oleh media Barat, apakah yang dikatakan kepada dirinya sendiri setiap kali beliau melihat cermin pada waktu pagi, Mahmoud menjawab: 

"Saya melihat lelaki di dalam cermin itu dan berkata: Ingat! Kamu tidak lebih sekadar pesuruh kecil, dan hari ini kamu mempunyai tanggungjawab yang sangat besar iaitu untuk berkhidmat kepada negara Iran," katanya. 

Mahmoud, sejak awal pelantikannya sebagai Presiden Iran, mengejutkan banyak pihak dengan tindakannya yang berlawanan dengan kebanyakan pemimpin tertinggi dunia yang lain. 

Lelaki bertubuh kecil itu memulakan perkhidmatannya sebagai Presiden dengan mendermakan semua permaidani mewah Iran yang berada di pejabatnya kepada masjid-masjid di Teheran. 

Beliau kemudian menggantikan permaidani tersebut dengan permaidani biasa yang berharga jauh lebih murah. 

Semasa mula-mula mengambil alih tampuk pemerintahan, Mahmoud menyedari kewujudan sebuah bilik mewah yang digunakan untuk mengalu-alukan kedatangan VIP di bangunan pejabatnya. 

Beliau kemudian mengarahkan bilik itu ditutup dan digantikan dengan sebuah bilik biasa yang hanya dilengkapi beberapa buah kerusi kayu. 

Mahmoud juga dikenali sebagai Presiden yang prihatin dengan masalah kebersihan, terutama di bandar Teheran apabila beliau beberapa kali menyertai pekerja majlis perbandaran untuk membersihkan jalan-jalan berdekatan kediamannya dan pejabat Presiden. 

Mahmoud pernah berkata, beliau bangga menyapu jalan-jalan di Teheran. 

Di bawah pemerintahannya, Mahmoud menuntut semua menteri menandatangani dokumen perjanjian berkaitan harta dan kekayaan, di mana menteri dituntut supaya tidak menyalahgunakan kuasa untuk memperoleh kekayaan. 

Beliau juga membenarkan menteri memasuki pejabatnya tanpa perlu meminta kebenaran. 

Mahmoud, yang dilahirkan pada 28 Oktober 1956, memegang ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang kejuruteraan lalu lintas dan pengangkutan di Universiti Sains dan Teknologi Iran, di mana beliau bertugas sebagai pensyarah sebelum dilantik menjadi Presiden pada 6 Ogos 2005. 

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Datuk Bandar Teheran bermula pada 2003 hingga 2005. 

Semasa dilantik menjadi Datuk Bandar, perkara pertama yang dilakukan Mahmoud adalah mengumumkan 'harta terbesar' yang dimilikinya, iaitu sebuah kereta Peugeot 504 yang dikeluarkan pada 1977 dan sebuah rumah kecil yang diwarisi daripada bapanya 40 tahun lalu. 

Presiden keenam republik Islam itu juga pada mulanya berkeras mahu terus tinggal di rumahnya selepas dilantik sebagai Presiden tetapi beliau dipaksa oleh pasukan keselamatannya supaya berpindah masuk ke kediaman Presiden atas sebab keselamatan. 

Mahmoud juga enggan menerima gajinya sebagai Presiden kerana menganggap semua kekayaan itu adalah milik negara dan dia dipertanggungjawabkan untuk menjaga kekayaan Iran. 

Selain itu, salah satu sikap Mahmoud yang mengagumkan pekerja di pejabat Presiden adalah tabiat beliau yang membawa sebuah beg berisi sarapan pagi yang disediakan oleh isterinya, setiap hari. 

Mahmoud turut menghentikan penghantaran makanan khas yang disediakan untuk Presiden sebelum ini. 

Lebih menarik lagi, beliau mengubah kapal terbang rasmi Presiden kepada kapal kargo untuk membantu menjimatkan perbelanjaan kerajaan dan mengarahkan supaya beliau diterbangkan menggunakan penerbangan biasa dan ditempatkan di kelas ekonomi. 

Beliau juga menghentikan sambutan khas yang diberikan kepada Presiden seperti permaidani merah semasa lawatannya di dalam negara. 

Apabila beliau dikehendaki menginap di hotel, Mahmoud akan memastikan pihak hotel tidak memberikannya bilik yang mempunyai katil besar dan menegaskan beliau tidak suka tidur di atas katil, sebaliknya lebih suka tidur di atas tilam nipis. 

Perjalanan semasa kempen beliau untuk menjadi Presiden juga dikagumi apabila Mahmoud memenangi pilihan raya umum Iran tanpa mengeluarkan sebarang perbelanjaan atau menerima sebarang sumbangan, sebaliknya hanya bergantung kepada penyokongnya yang menggunakan jaringan masjid untuk meraih sokongan. 

Walaupun kelantangan Mahmoud membuatkannya tidak disukai oleh negara Barat, namun sifat sederhananya dikagumi media Barat yang tidak putus-putus menulis mengenai keperibadian Mahmoud. 

Begitulah kehidupan Presiden salah sebuah negara paling berkuasa di dunia.

Rasulullah SAW menangis apabila bercerita tentang neraka



http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs041.ash2/35424_136274319724424_133909429960913_302289_36012_n.jpg
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Api neraka telah dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga gelap bagaikan malam yang kelam."
Diriwayatkan bahawa Yazid bin Martsad selalu menangis sehingga tidak pernah kering air matanya dan ketika ditanya, maka dijawabnya: Andaikata Allah s.w.t. mengancam akan memanjarakan aku didalam bilik mandi selama seribu tahun. nescaya sudah selayaknya air mataku tidak berhenti maka bagaimana sedang kini telah mengancam akan memasukkan aku dalam api neraka yang telah dinyalakan selama tiga ribu tahu."
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari mujahid berkata: "Sesungguhnya dijahannam ada beberapa perigi berisi ular-ular sebesar leher unta dan kala sebesar kaldai, maka larilah orang-orang ahli neraka keular itu, maka bila tersentuh oleh bibirnya langsung terkelupas rambut, kulit dan kuku dan mereka tidak dapat selamat dari gigitan itu kecuali jika lari kedalam neraka."
Abdullah bin Jubair meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bahawa didalam neraka ada ular-ular sebesar leher unta, jika menggigit maka rasa redih bisanya tetap terasa hingga empat puluh tahun. Juga didalam neraka ada kala sebesar kaldai, jika menggigit maka akan terasa pedih bisanya selama empat puluh tahun."
Al-a'masy dari Yasid bin Wahab dari Ibn Mas'ud berkata: "Sesungguhnya apimu ini sebahagian dari tujuh puluh bagian dari api neraka, dan andaikan tidak didinginkan dalam laut dua kali nescaya kamu tidak dapat mempergunakannya."
Mujahid berkata: "Sesungguhnya apimu ini berlindung kepada Allah s.w.t. dari neraka jahannam."Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya seringan-ringan siksa ahli neraka iaitu seorang yang berkasutkan dari api nerka, dan dapat mendidihkan otaknya, seolah-olah ditelinganya ada api, dan giginya berapi dan dibibirnya ada wap api, dan keluar ususnya dari bawah kakinya, bahkan ia merasa bahawa dialah yang terberat siksanya dari semua ahli neraka, padahal ia sangat ringan siksanya dari semua ahli neraka."
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Amr r.a. berkata: "Orang-orang neraka memanggil Malaikat Malik tetapi tidak dijawab selama empat puluh tahun, kemudian dijawabnya: "Bahawa kamu tetap tinggal dalam neraka." Kemudian mereka berdoa (memanggil) Tuhan: "Ya Tuhan, keluarkanlah kami dari neraka ini, maka bila kami mengulangi perbuatan-perbuatan kami yang lalu itu bererti kami zalim." Maka tidak dijawab selama umur dunia ini dua kali, kemudian dijawab: "Hina dinalah kamu didalam neraka dan jangan berkata-kata."
Demi Allah setelah itu tidak ada yang dapat berkata-kata walau satu kalimah, sedang yang terdengar hanya nafas keluhan dan tangis rintihan yang suara mereka hampir menyamai suara himar (kaldai).
Qatadah berkata: "ًًWahai kaumku, apakah kamu merasa bahawa itu pasti akan terkena pada dirimu, atau kamu merasa akan kuat menghadapinya. Wahai kaumku, taatlah kepada Allah s.w.t. itu jauh lebih ringan bagi kamu kerana itu, taatilah sebab ahli neraka itu kelak akan mengeluh selama seribu tahun tetapi tidak berguna bagi mereka, lalu mereka berkata: "Dahulu ketika kami didunia, bila kami sabar lambat laun mendapat keringanan dan kelapangan, maka mereka lalu bersabar seribu tahun, dan tetap siksa mereka tidak diringankan sehingga mereka berkata: Ajazi'na am sobarna malana min mahish(Yang bermaksud) Apakah kami mengeluh atau sabar, tidak dapat mengelakkan siksa ini.Lalu minta hujan selama seribu tahun sangat haus dan panas neraka maka mereka berdoa selama seribu tahun, maka Allah s.w.t. berkata kepada Jibril: "Apakah yang mereka minta?". Jawab Jibril: "Engkau lebih mengetahui, ya Allah, mereka minta hujan." Maka nampak pada mereka awan merah sehingga mereka mengira akan turun hujan, maka dikirim kepada mereka jengking sebesar kaldai, yang menggigit mereka dan terasa pedih gigitan itu selama seribu tahun. Kemudian mereka minta kepada Allah s.w.t.selama seribu tahun untuk diturunkan hujan, maka nampak mereka awan yang hitam, mereka mengira bahawa itu akan hujan, tiba-tiba turun kepada mereka ular-ular sebesar leher unta, yang menggigit mereka dan gigitan itu terasa pedihnya hingga seribu tahun, dan inilah ertinya: Zidnahum adzaba fauqal adzabi. (Yang bermaksud) Kami tambahkan kepada mereka siksa diatas siksa.
Kerana mereka dahulu telah kafir, tidak percaya dan melanggar tuntutan Allah s.w.t., kerana itulah maka siapa yang ingin selamat dari siksaan Allah s.w.t. harus sabar sementara atas segala penderitaan dunia didalam mentaati perintah dan menjauhi larangan Allah s.w.t. dan menahan syahwat hawa nafsu sebab syurga neraka diliputi syahwat-syahwat.
Seorang pejungga berkata: "Dalam usia tua itu cukup pengalaman untuk mencegah orang yang tenang dari sifat kekanak-kanakan, apabila telah menyala api dirambutnya (beruban). Saya melihat seorang itu ingin hidup tenang bila dahan pohon telah menguning sesudah hijaunya. Jauhilah kawan yang busuk dan berhati-hatilah, jangan menghubunginya tetapi bila tidak dapat, maka ambil hati-hatinya, dan berkawanlah pada orang yang jujur tetapi jangan suka membantah padanya, engkau pasti akan disukai selma kau tidak membantah kepadanya. Berkawanlah dengan orang bangsawan dan yang berakhlak baik budinya."
Maka sesiapa yang berbuat baik pada orang yang tidak berbudi bererti ia telah membuang budi itu kedalam laut. Dan Allah s.w.t. mempunyai syurga yang selebar langit tetapi diputi dengan kesukaran-kesukaran.
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.wbersabda: "Allah memanggil Malaikat Jibril dan menyuruhnya melihat syurga dengan segala persiapannya untuk ahlinya, maka ketika kembali berkata Jibril: Demi kemuliaanMu, tiada seorang yang mendengarnya melainkan ia akan masuk kedalamnya, maka diliputi dengan serba kesukaran, dan menyuruh Jibril kembali melihatnya, maka kembali melihatnya, kemudian ia berkata: Demi kemuliaanMu saya khuatir kalau-kalau tiada seorangpun yang masuk kedalamnya. Kemudian disuruh melihat neraka dan semua yang disediakan untuk ahlinya, maka kembali Jibril dan berkata: Demi kemuliaanMu tidak akan masuk kedalamnya orang yang telah mendengarnya, kemudian diliputi dengan kepuasan syahwatnya, dan diperintah supaya kembali melihatnya kemudian setelah dilihatnya kembali, berkatanya: Saya khuatir kalau tiada seorangpun melainkan akan masuk kedalamnya."
Juga Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Kamu boleh menyebut tentang neraka sesukamu, maka tiada kamu menyebut sesuatu melainkan api neraka itu jauh lebih ngeri dan lebih keras daripadanya."
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Maimun bin Nahran berkata: "Ketika turun ayat (yang berbunyi) Wa inna jahannam lamau'iduhum ajma'in (yang bermaksud) Sesungguhnya neraka jahannam itu sebagai ancaman bagi semua merekaSalman meletakkan tangan diatas kepalanya dan lari keluar selama tiga hari baru ditemuikannya.
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik r.a. berkata: "Jibril datang kepada Nabi Muhammad s.a.w pada saat yang tiada biasa datang, dalam keadaan yang berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi Muhammad s.a.w: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawab Jibril: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu pada saat dimana Allah menyuruh supaya dikobarkan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui  bahawa neraka jahannam itu benar, siksa kubur itu benar, siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya." Lalu Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Ya Jibril, jelaskan kepadaku sifat jahannam." Jawabnya: "Ya, ketika Allah menjadikan jahannam maka dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun hingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allahyang mengutuskan engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung diantara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut Allah dalam Al-Quran itu diletakkan diatas bukit nescaya akan cair sampai kebawah bumi yang ketujuh. Demi Allah yang mengutusmu dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa nescaya akan terbakar orang-orang yang dihujung timur kerana sangat panasnya, jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan api. Api neraka itu ada mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bagian yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi Muhammad s.a.w bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah-rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setangahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan tujuh puluh ribu tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain tujuh puluh ribu tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain tujuh puluh kali ganda, maka digiring kesana musuh-musuh Allah s.w.t. sehingga bila telah sampai kepintunya disambut oleh malaikat-malaikat Zabaniyah dengan rantai dan belenggu, maka rantai itu dimasukkan kedalam mulut mereka hingga tembus kepantat, dan diikat tangan kirinya kelehernya, sedang tangan kanannya dimasukkan dalam dada dan tembus kebahunya, dan tiap-tiap manusia itu digandeng dengan syaitannya lalu diseret tersungkur mukanya sambil dipukul oleh para malaikat dengan pukul besi, tiap mereka ingin keluar kerana sangat risau, maka ditanamkan kedalamnya."
Nabi Muhammad s.a.w bertanya lagi: "Siapakah penduduk masing-masing pintu itu?" Jawabnya: "Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafiq, orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mujizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Firaun sedang namanya Alhawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang-orang shobi'in bernama Saqar. Pintu keempat tempat iblis laknatullah dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu keenam tempat orang-orang kristien (Nasara) bernama Sa'ie."
Kemudian Jibril diam segan pada Nabi Muhammad s.a.w sehingga Nabi Muhammad s.a.w bertanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ketujuh?" Jawab Jibril: "Didalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat." Maka Nabi Muhammad s.a.wjatuh pengsan ketika mendengar keterangan Jibril itu, sehingga Jibril meletakkan kepala Nabi Muhammad s.a.w dipangkuan Jibril sehingga sedar kembali, dan ketika sudah sedar Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummatku yang akan masuk neraka?" Jawab Jibril: "Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu."
Kemudian Nabi Muhammad s.a.w menangis, Jibril juga menangis, kemudian Nabi Muhammad s.a.wmasuk kedalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian masuk kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah s.w.t., dan pada hari ketiga datang Abu Bakar r.a. kerumah Nabi Muhammad s.a.w mengucapkan: "Assalamu'alaikum yang ahla baiti rahmah. apakah dapat bertemu kepada Nabi Muhammad s.a.w?" Maka tidak ada yang menjawabnya, sehingga ia menepi untuk menangis, kemudian Umar datang dan berkata: "Assalamu'alaikum ya ahla baiti rahmah, apakah dapat bertemu dengan Rasulullah s.a.w?" Dan ketika tidak mendapat jawapan dia pun menepi dan menangis, kemudian datang Salman Alfarisi dan berdiri dimuka pintu sambil mengucapkan: "Assalamu'alaikum ya ahla baiti rahmah, apakah dapat bertemu dengan Junjunganku Rasulullah s.a.w.?" Dan ketika tidak mendapat jawapan, dia menangis sehingga jatuh dan bangun, sehingga sampai kerumah Fatimah r.a. dan dimuka pintunya ia mengucapkan: "Assalamu'alaikum hai puteri Rasulullah s.a.w."Kebetulan pada masa itu Ali r.a. tiada dirumah, lalu bertanya: "Hai puteri Rasulullah, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah beberapa hari tidak keluar kecuali untuk sembahyang dan tidak berkata apa-apa kepada orang dan juga tidak mengizinkan orang-orang bertemu dengannya." Maka segeralah Fatimah memakai baju yang panjang dan pergi sehingga apabila beliau sampai kedepan muka pintu rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam sambil berkata: "Saya Fatimah, ya Rasulullah." Sedang Rasulullah s.a.w. bersujud sambil menangis, lalu Rasulullah s.a.w. mengangkat kepalanya dan bertanya: "Mengapakah kesayanganku?" Apabila pintu dibuka maka masuklah Fatimah kedalam rumah Rasulullah s.a.w. dan ketika melihatRasulullah s.a.w. menangislah ia kerana melihat Rasulullah s.a.w. pucat dan sembam muka kerana banyak menangis dan sangat sedih, lalu ia bertanya: "Ya Rasulullah, apakah yang menimpamu?" JawabRasulullah s.a.w.: "Jibril datang kepadaku dan menerangkan sifat-sifat neraka jahannam dan menerangkankan bahawa bahagian yang paling atas dari semua tingkat neraka jahannam itu adalah untuk umatku yang berbuat dosa-dosa besar, maka itulah yang menyebabkan aku menangis dan berduka cita." Fatimah bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimana caranya masuk?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Diiring oleh Malaikat keneraka, tanpa dihitamkan muka juga tidak biru mata mereka dan tidak ditutup mulut mereka dan tidak digandingkan dengan syaitan, bahkan tidak dibelenggu atau dirantai." Ditanya Fatimah lagi: "Lalu bagaimana cara Malaikat menuntun mereka?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Adapun kaum lelaki ditarik janggutnya sedangkan yang perempuan ditarik rambutnya, maka beberapa banyak dari orang-orang tua dari ummatku yang mengeluh ketika diseret keneraka: Alangkah tua dan lemahku, demikian juga yang muda mengeluh: Wahai kemudaanku dan bagus rupaku, sedang wanita mengeluh: Wahai alangkah maluku sehingga dibawa Malaikat Malik., dan ketika telah dilihat oleh Malaikat Malik lalu bertanya: "Siapakah mereka itu, maka tidak pernah saya dapatkan orang yang akan tersiksa seperti orang-orang ibi, muka mereka tidak hitam, matanya tidak biru, mulut mereka juga tidak tertutup dan tidak juga diikat bersama syaitannya, dan tidak dibelenggu atau dirantai leher mereka? Jawab Malaikat: "Demikianlah kami diperintahkan membawa orang-orang ini kepadamu sedemikian rupa." Lalu ditanya oleh Malaikat Malik: "Siapakah wahai orang-orang yang celaka?"
Dalam lain riwayat dikatakan ketika mereka diiring oleh Malaikat Malik selalu memanggil: "Wa Muhammad." tetapi setalh melihat muka Malaikat Malik lupa akan nama Rasulullah s.a.w. kerana hebatnya Malaikat Malik, lalu ditanya: "Siapakah kamu?" Jawab mereka: "Kami ummat yang dituruni Al-Quran dan kami telah puasa bulan Ramadhan." Lalu Malaikat Malik berkata: "Al-Quran tidak diturunkan kecuali kepada ummat Rasulullah s.a.w.." Maka ketika itu mereka menjerit: "Kami ummatNabi Muhammad s.a.w" Maka Malaikat Malik bertanya: "Tidakkah telah ada larangan dalam Al-Quran dari ma'siyat terhadap Allah subha nahu ta'ala." Dan ketika berada ditepi neraka jahannam dan diserahkan kepada Malaikat Zabaniyah, mereka berkata: "Ya Malik, diizinkan saya akan menangis." Maka diizinkan, lalu mereka menangis sampai habis airmata, kemudian menangis lagi dengan darah, sehingga Malaikat Malik berkata: "Alangkah baiknya menangis ini andaikata terjadi didunia kerana takut kepada Allah s.w.t., nescaya kamu tidak akan disentuh oleh api neraka pada hari ini, lalu Malaikat Malik berkata kepada Malaikat Zabaniyah: "Lemparkan mereka kedalam neraka." dan bila telah dilempar mereka serentak menjerit: "La illaha illallah." maka surutlah api neraka, Malaikat Malik berkata: "Hai api, sambarlah mereka." Jawab api: "Bagaimana aku menyambar mereka, padahal mereka menyebut La illaha illallah." Malaikat Malik berkata: "Demikianlah perintah Tuhan Rabbul arsy." maka ditangkaplah mereka oleh api, ada yang hanya sampai tapak kaki, ada yang sampai kelutut, ada yang sampai kemuka. Malaikat Malik berkata: "jangan membakar muka mereka kerana kerana mereka telah lama sujud kepada Allah s.w.t., juga jangan membakar hati mereka kerana mereka telah haus pada bulan Ramadhan." Maka tinggal dalam neraka beberapa lama sambil menyebut: "Ya Arhamar Rahimin, Ya Hannan, Ya Mannan." Kemudian bila telah selesai hukuman mereka, maka Allah s.w.t.memanggil Jibril dan bertanya: "Ya Jibril, bagaimanakah keadaan orang-orang yang maksiat dari ummat Nabi Muhammad s.a.w?" Jawab Jibril: "Ya Tuhan, Engkau lebih mengetahui." Lalu diperintahkan: "Pergilah kau lihatkan keadaan mereka." Maka pergilah Jibril a.s. kepada Malaikat Malik yang sedang duduk diatas mimbar ditengah-tengah jahannam. Ketika Malaikat Malik melihat Jibril segera ia bangun hormat dan berkata: "Ya Jibril, mengapakah kau datang kesini?" Jawab Jibril: "Bagaimanakah keadaan rombongan yang maksit dari ummat Rasulullah s.a.w.?" Jawab Malaikat Malik: "Sungguh ngeri keadaan mereka dan sempit tempat mereka, mereka telah terbakar badan dan daging mereka kecuali muka dan hati mereka masih berkilauan iman."Jibril berkata: "Bukalah tutup mereka supaya saya dapat melhat mereka." Maka Malaikat Malik menyuruh Malaikat Zabaniyah membuka tutup mereka dan ketika mereka melihat Jibril mereka mengerti bahawa ini bukan Malaikat yang menyiksa manusia, lalu mereka bertanya: "Siapakah hamba yang sangat bagus rupanya itu?" Jawab Malaikat Malik: "Itu Jibril yang biasa membawa wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w." Ketika mereka mendengar nama Nabi Muhammad s.a.w. maka serentaklah mereka menjerit: "Ya Jibril, sampaikan salam kami kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan beritakan bahawa maksiat kamilah yang memisahkan kami dengannya serta sampaikan keadaan kami kepadanya." Maka kembalilah Jibril menghadap kepada Allah s.w.t. lalu ditanya: "Bagaimana kamu melihat ummat Muhammad?" Jawab Jilril: "Ya Tuhan, alangkah jeleknya keadaan mereka dan sempit tempat mereka." Lalu Allah s.w.t. bertanya lagi: "Apakah mereka minta apa-apa kepadamu?" Jawab Jibril: "Ya, mereka minta disampaikan salam mereka kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan diberitakan kepadanya keadaan mereka." Maka Allah s.w.t. menyuruh Jibril menyampaikan semua pesanan itu kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang tinggal dalam khemah dari permata yang putih, mempunyai empat ribu buah pintu dan tiap-tiap pintu terdapat dua daun pintu dari emas, maka berkata Jibril: Ya Muhammad, saya datang kepadamu dari rombongan orang-orang yang derhaka dari ummatmu yang masih tersiksa dalam neraka, mereka menyampaikan salam kepadamu dan mengeluh bahawa keadaan mereka sangat jelek dan sangat sempit tempat mereka." Maka pergilah Nabi Muhammad s.a.w. kebawah arsy dan bersujud dan memuji Allah s.w.t. dengan ucapan yang tidak pernah diucapkan oleh seorang makhlukpun sehingga Allah s.w.t. menyuruh Nabi Muhammad s.a.w.: "Angkatlah kepalamu dan mintalah nescaya akan diberikan, dan ajukan syafa'atmu pasti akan diterima." Maka Nabi Muhammad s.a.w. berkata: "Ya Tuhan, orang-orang yang durhaka dari ummatku telah terlaksana pada mereka hukumMu dan balasanMu, maka terimalah syafa'atku." Allah s.w.t.berfirman: "Aku terima syafa'atmu terhadap mereka, maka pergilah keneraka dan keluarkan daripadanya orang yang pernah mengucap Laa ilaha illallah." Maka pergilah Nabi Muhammad s.a.w.keneraka dan ketika dilihat oleh Malaiakt Malik, maka segera ia bangkit hormat lalu ditanya: "Hai Malik, bagaimanakah keadaan ummatku yang durhaka?" Jawab Malaikat Malik: "Alangkah jeleknya keadaan mereka dan sempit tempat mereka." Maka diperintahkan membuka pintu dan angkat tutupnya, maka apabila orang-orang didalam neraka itu melihat Nabi Muhammad s.a.w. maka mereka menjerit serentak: "Ya Nabi Muhammad s.a.w., api neraka telah membakar kulit kami." Maka dikeluarkan semuanya berupa arang, lalu dibawa mereka kesungai dimuka pintu syurga yang bernama Nahrulhayawan, dan disana mereka mandi kemudian keluar sebagai orang muda yang gagah, elok, cerah matanya sedangkan wajah mereka bagaikan bulan dan tertulis didahi mereka Aljahanamiyun atau orang-orang jahannam yang telah dibebaskan oleh Allah s.w.t.. Dari neraka kemudiannya mereka masuk kesyurga, maka apabila orang-orang neraka itu melihat kaum muslimin telah dilepaskan dari neraka, mereka berkata: "Aduh, sekiranya kami dahulu Islam tentu kami dapat keluar dari neraka."
Allah s.w.t. berfirman: "Rubama yawaddul ladzina kafaruu lau kanu muslimin." (Yang bermaksud) "Pada suatu saat kelak orang-orang kafir ingin andaikan mereka menjadi orang Muslim."
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Pada hari kiamat kelak akan didatangkan maut itu berupa kambing kibas putih hitam, lalu dipanggil orang-orang syurga dan ditanya: "Apakah kenal manut?" Maka mereka melihat dan mengenalnya, demikian pula ahli neraka ditanya: "Apakah kenal maut?" Mereka melihat dan mengenalnya, kemudian kambing itu disembelih diantara syurga dan neraka, lalu diberitahu: "Hai ahli syurga kini kekal tanpa mati, hai ahli neraka kini kekal tanpa mati." Demikianlah ayat: Wa andzirhum yaumal hasrati idz qudhiyal amru (Yang bermaksud) Peringatkanlah mereka akan hari kemenyesalan ketika maut telah dihapuskan."
Abu Hurairah r.a. berkata: "Janganlah gembira seorang yang lacur dengan suatu nikmat kerana dibelakangnya ada yang mengejarnya iaitu jahannam, tiap-tiap berkurang ditambah pula nyalanya."
( Sedutan daripada Kitab Tanbihul Ghafilin )

Kubur orang Islam di Francis di ceroboh dan dirosakkan




http://www.hespress.com/_img/cimemuslim.jpg
http://newsimg.bbc.co.uk/media/images/42823000/jpg/_42823503_graveswide_afp203b.jpg
http://images.alarabiya.net/large_69147_62089.jpg
Polis Francis terpaksa berkawal dan memasang kamera untuk mengawal kubur-kubur orang Islam di Farncis daripada diceroboh dan dirosakkan.
تعرض 50 قبرا تقريبا تعود لجنود مسلمين قتلوا خلال الحرب العالمية الاولى لاعتداء عنصري من قبل مجهولين.
وقد قام المعتدون برسم الصليب النازي المعقوف على حوالي 50 قبرا في احد المقابر في منطقة اراس كما قاموا بكتابات شعارات نازية على القبور.
وتعتبر المقبرة العسكرية في منطقة اراس شمال فرنسا من اكبر المقابر في البلاد وتضم خاصة رفات الجنود الذين سقطوا في المعارك الاولى للحرب العالمية الاولى.
وقد وصف الرئيس الفرنسي جاك شيراك الاعتداء بانه "جريمة لا توصف وتجرح الضمير الانساني".
واصدر شيراك بيانا جاء فيه "ان الاعتداء صدمني لانه استهدف قبورا تعود لاشخاص قاتلوا وضحوا بحياتهم من اجل فرنسا".
ويقدر عدد قتلى فرنسا المسلمين ذوي الاصول شمال افريقية والذين قتلوا اثناء الحرب العالمية الثانية بحوالي 78 الف شخصا.
كما ادان الاعتداء مرشحا الانتخابات الرئاسية رويال سيجولان ونيكولا ساركوزي.
وصرح مكتب المدعي العام بان الاعتداء لم يتضمن تحطيم القبور.

Ahli Falak Arab Saudi sudah bersedia dengan setelit untuk menyambut kedatangan Ramadhan tahun ini


http://www.alweeam.com/news/infimages/myuppic/4c3ad65665e8b.jpg
Pada hari Isnin 30 Rejab  Ahli Falak arab saudi akan dapat menambah ilmu pengetahuan mereka dengan lebih tepat apabila mendapat kemudahan setelit dalam penugasan mereka pada tahun ini.
جده- الوئام- أمين بكر:
تعبر سماء المملكة اعتبارا من اليوم الاثنين 30 رجب ( 12 يوليو ) ولعد أيام محطة الفضاء الدولية عقب غروب الشمس في عدد من المناطق وسوف تتميز بلمعانها الفائق نظرا لحجمها وارتفاعها المنخفض في مدار حول الأرض ما يجعل رؤيته بالعين المجردة متيسرا دون الحاجة إلى الاستعانة بأجهزة مساعدة .

Wanita kuwait menyanyi dengan aurat terbuka sempena menyambut hari wanita sedunia



http://www.alweeam.com/news/newsm/14461.jpg
Beginilah jadinya apabila Islam diajar oleh amerika, mereka akan  terus berusaha merosakkan Aqidah umat Islam dengan alasan, kebesan wanita, keadilan sejagat, memperjuang hak-hak persamaan diantara lelaki dan wanita, wanita dalam Islam adalah kolot, tutup aurat adalah tidak wajib, kecantikan wanita kenapa perlu disembunyikan, remaja hanya sekali, agama adalah hak individu dan bangsa melayu pula berpegang kepada kata-kata orang tua yang tidak berasas :"  Jangan jaga tepi kain orang lain, kenapa kita mengumpat hal orang lain, bukankah Islam mengharamkan mengumpat "
semuanya selogan dan pegangan di atas memberi peluang kepada syaitan dan tentera untuk merosakkan umat Islam.  نعوذ بالله يا إخوان وأخوات
الكويت - الوئام - فيصل الأحمد:
لم نكن نحرص في الوئام على تصعيد قضية الدكتور محمد النجيمي مع الناشطة الكويتية عائشة الرشيد , تأكيداً منا على أن ماتم نشره من صور ومقاطع فيديو كان الهدف منها الإيضاح للرأي العام خطر بعض الفتاوى التكفيرية والتي يُخالف مطليقها مضمون ما أفتوا به.
فالشيخ محمد النجيمي أيد فتوى البراك الشهيرة وأيده فيما ذهب إليه وأباح قتل من يجيز الإختلاط.
ولم تمض أسابيع إلا ومؤيد تلك الفتوى التكفيرية(النجيمي) يتواجد في الكويت ليحضر مؤتمراً مليئاً بالنساء تحول لحفل راقص ابتهاجاً بيوم المرأة العالمي.
ورغم أننا لم نكن نحرص على تصعيد الموضوع وآثرنا الإكتفاء بماتم نشره مسبقاً , الآن سياسة التهديد بمقاضاة الوئام والتطاول على القائمين عليها ووصفها بالموقع السيء أمر يضطرنا لإن نكشف للرأي العام حقيقة الحفل (الراقص ) تحت الأغاني الصاخبة وبحضور الشيخ محمد النجيمي والذي تراقص وهو يجلس على كرسيه وسط تلويحات من الحاضرين بعلم دولة الكويت الشقيقة.
نحن في الوئام نؤكد أننا لانخضع لسياسة التهديد , ونرحب بالقضاء وسنكون أول الحاضرين متى ماطُلب منا ذلك , ولكننا نرفض تسريب أخبار لترهيب القائمين على الوئام , ورغم ذلك صمتنا تقديرنا لشيخنا الفاضل,الآ أن ظهور الشيخ محمد النجيمي في سهرة عبر البالتوك أساء فيها لنا,أمر يجعلنا أن نسلك نفس المسلك وسننشر اليوم ثلاثة مقاطع فيديو للحفل(الراقص) والذي تم في آخر المؤتمر ويظهر فيه الشيخ النجيمي وسط نساء يحملن علم دولة الكويت الشقيقة ويلوحن به للفتيات الراقصات في جو صاخب بالموسيقى, ونؤكد أننا لازلنا نحتفظ بمفاجآت أخرى ستظهر في الوقت المناسب.

Cahaya Misteri muncul di langit Jeddah, Arab saudi





http://www.alweeam.com/news/infimages/myuppic/4c3832cf266d0.jpg
http://www.alweeam.com/news/infimages/myuppic/4c3832cf27269.jpg
Cahaya ini muncul pada jam satu tengah malam, gambar  tersebut  sempat dirakam oleh salah seorang penduduk Taif.
Pengerusi  Persatuan Ahli Falak Jeddah mengesahkan kemunculan cahaya tersebut pada hari khamis lepas 8/7/2010, cahaya tersebut amat jelas boleh dilihat di bandar Jeddah dan Taif.
Pihak Persatuan Ahli Falak akan terus membuat kajian rahsia cahaya tersebut, buat masa sekarang Persatuan Ahli Falak Jeddah  masih meneruskan kajian kemunculan cahaya tersebut.
جده- الوئام- أمين بكر:
ذكر نائب رئيس الجمعية الفلكية بجدة الأستاذ شرف السفياني عن رصد لبعض الاضواء الغير معروفة المصدر خلال الفترة الماضية في مناطق متفرقة وكان اخرها يوم الخميس الماضي في مدينة الطائف.
وبين شرف السفياني : أنه في حوالي الساعة الواحدة مابعد منصف الليل وأثناء القيام بأرصاد فلكية بمشاركة المصور حسان العتيبي وتجربه تلسكوب وكاميرا في مدينة الطائف بعيدا علن إضاءة المدينة ظهر ضوء قوي جدا في الاتجاه الجنوبي للقبة السماوية على ارتفاع تقريبا 45 درجة من الأفق الجنوبي والضوء كان ثابتا في مكانه اضاءة قوية ثم تلاشت في مركزها واعقبها ظهور خط ضوئي مثل حد الموس ذو اضاءة عالية جدا اضاءة على اثرها المنطقة لدينا وكانها ضوء البرق ومن ثم اختفى الضوء تماما ولم يظهر مرة اخرى .
وبين السفياني : أن ما تم مشاهدته ليس شهاب أو كرة نارية (وهي نوع من الشهب كبير الحجم) وان هذه الظاهرة تكررت أكثر من مرة بدون وجود تفسير علمي لها وانه هناك ظواهر ما زال العلم عاجز عن تفسيرها وهذه المشاهدة تدرج تحت مسمى ( أجسام مجهولة الهوية ) ما يعني عدم وجود تفسير علمي لها يكون مقبول.
وفق وقت سابق وتحديدا يوم الجمعة 7 صفر الموافق 22 فبراير تم رصد ظهور ضوء بالصدفة فعند رصد الأفق الغربي حوالي الساعة 08:30 بالتوقيت المحلي في سماء مدينة جدة حيث شوهد جرم سماوي أسفل يمين القمر وكان موقعة على ارتفاع 32 درجة وزاوية سمت 274 درجة (وفي هذه المنطقة من السماء ومع وجود إضاءة المدينة لا يمكن رصد أي نجم في هذا الموقع) وان كان هذا الموقع يوجد به النجم HP 1067 .وكان اللمعان الظاهري لذلك الجرم يعادل لمعان كوكب المشتري وكان يبدو للناظر انه ثابت لا يتحرك واستمر ذلك بعض الوقت وما لفلت الانتباه انه لم يكن موجود قبل ذلك التوقيت الأمر الذي شد الانتباه لمراقبته.
وأثناء مراقبته بصريا من خلال العين المجردة ازداد لمعان ذلك الجرم بشكل فجائي ووصل لمعانة إلى ما يعادل لمعان كوكب الزهرة . وبدأ في التحرك من موضعه باتجاه يمين موضعة ودام ذلك مايقارب 3 ثواني قبل أن ينطفئ ويختفى . وهذا الاختفاء حدث بشكل تدريجي بحيث بدأ في الخفوت شيئا فشيئا وبدأ ان له ذيل بلون بني مائل للسواد.
ولكن باب الاحتمالات مفتوح فهذه الظاهرة حدثت وسوف تحدث من جديد ولربما ان الكثير قد شاهدتها من قبل ولكنه لم يعطي لها بالا ، وقد كررت نفسها مرات ، وقد تحتاج الى مزيد من الوقت والملاحظة والمتابعة وبتحسن وسائل التتبع والتدقيق فلربما تظهر تفسيرات مقنعه لتلك الظاهرة.
وتود الجمعية من المهتمين الذين قد يكونوا لاحظوا الظاهرة أو لديهم تفاصيل حولها او قد يرصدونها مستقبلا إرسال ما ليهم من معلومات وصور إلى بريد الجمعية الالكتروني :
Jeddah_society@yahoo.com