Pages

Wednesday, November 28, 2012

Pesawat Syria serang kampung

Pesawat Syria serang kampungRatusan penduduk Syria berpindah selepas kediaman mereka dibom kelmarin.
ATME - Sebuah kawasan perkampungan di Atme dihujani serangan bom dan roket menyebabkan beratus penduduk berpindah berhampiran sempadan barat laut Turki bagi menyelamatkan diri.
Media tempatan melaporkan, pesawat pejuang itu melakukan penerbangan rendah lalu menjatuhkan enam bom di kawasan penempatan berhampiran sebuah sekolah yang didakwa, menjadi pusat operasi tentera pemberontak.
“Tiga rumah dan taman serta jalan musnah dalam tembakan itu,” menurut laporan itu.

Tetapi, serangan itu tidak  menjejaskan penempatan askar Tentera Pembebasan Syria (FSA).
Sabtu lalu, serangan yang sama turut berlaku di Atme berdekatan sempadan Bab Al-Hawa. - AP

Imej lembaga lidah terjelir dirakam



HUBUNGI BIRO KERIAN: KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN - 019-5131576 / 019-5131198
28 November 2012
Imej hantu
Musa (tengah) dan Abu Bakar(kiri) menunjukkan kedudukan imej lembaga hantu yang dirakam secara tidak sengaja. Gambar kecil: Imej lembaga didakwa hantu yang berjaya dirakam.
KERIAN - Imej lembaga putih dengan lidah terjelir dan bertanduk dipercayai hantu berjaya dirakam secara tidak sengaja oleh seorang pelanggan dengan menggunakan telefon pintar di sebuah gerai makan di pekan Bagan Tiang, di sini tiga minggu lalu.

Pekerja kontrak, Musa Ibrahim, 40, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, dia bersama tiga rakannya sedang melepak dan bersembang di dalam ruangan khas gerai itu.

Menurutnya, seorang rakan bernama Rizan Shahrin Abdul Rahman, 35, bertindak merakam gambar kepala salah seorang rakan dengan menggunakan telefon pintar dimilikinya secara suka-suka dengan niat bergurau senda.

“Setelah itu, kami terus meneliti kembali beberapa keping gambar yang dirakam.

“Bagaimanapun, kami terkejut melihat kelibat kepala lembaga putih dengan lidah terjelir dan bertanduk muncul di penjuru kanan salah satu gambar diambil walaupun pemilik telefon pintar ini benar-benar yakin tidak melihat apa-apa sebelum rakaman gambar dibuat,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di Pekan Bagan Tiang di sini semalam.

Musa berkata, gempar dengan penemuan itu, mereka bertindak menemui salah seorang individu yang arif dalam bidang paranormal untuk mengesahkan imej lembaga berkenaan.

“Setelah meneliti gambar terbabit, individu itu mengesahkan imej hantu yang berkemungkinan ‘melintasi’ lokasi kejadian pada ketika itu.

"Kami memutuskan mendedahkan perkara ini melalui media setelah mendapat maklumat terdapat siri gangguan makhluk halus dialami penduduk sejak kebelakangan ini dan menggesa ada pihak sudi tampil ke hadapan menyelesaikan perkara ini,” katanya.

Askar kutuk Obama




28 November 2012
Foto dimuat naik ke dalam akaun Facebook Dratwa.
Foto dimuat naik ke dalam akaun Facebook Dratwa.
TEL AVIV - Seorang pegawai atasan tentera Israel didakwa, mencetuskan isu perkauman selepas memuat naik gambar wajahnya yang dilumuri lumpur dan menggelarnya sebagai 'gaya Obama' ke laman sosial Facebook Tindakan Leftenan Sacha Dratwa, 29, itu dianggap menghina Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan menimbulkan kemarahan rakan Fecebook terutama dari AS.

Laman berkenaan menjadi bualan rakyat AS sekali gus memaksa Dratwa memohon maaf atas sikap keterlaluannya itu.

"Bermuka hitam adalah sangat perkauman dan mungkin ada yang terguris dengan gaya anda," komen seorang daripada rakan Facebooknya.

Sementara itu, sebahagian pengguna rangkaian sosial lain melabelkan tindakan Dratwa sebagai kesilapan kecil dan lebih bodoh daripada sifat perkauman.

Dratwa yang bertanggungjawab sebagai jurucakap dan pengemas kini akaun Twitter rejim, bertindak menyekat masuk akaun Facebook peribadinya dan memberi jawapan bahawa dia bukan individu bersifat perkauman.

"Tolong berhenti menyebarkan fitnah terhadap saya," kata warga Belgium itu. - Mail Online

Maut semasa pertandingan makan lipas




28 November 2012
MIAMI - Seorang lelaki di Florida dilaporkan mati tercekik selepas memakan puluhan lipas hidup dalam satu pertandingan pada awal tahun ini, menurut laporan autopsi yang didedahkan, kelmarin.

Berdasarkan laporan pejabat pemeriksa perubatan Broward, Edward Archbold, 32, meninggal dunia akibat saluran udaranya tersumbat .

Pemeriksa, Craig T Mallak berkata, Arcbold cuba untuk menelan dan bernafas dalam satu masa.

“Kita tidak boleh melakukan kedua-dua proses itu secara serentak kerana ia akan menyebabkan asfiksia (sukar bernafas kerana kurang oksigen dalam darah),” jelasnya. - AP

Perintis pemindahan organ meninggal




28 November 2012
Dr Joseph Murray
Dr Joseph Murray
BOSTON  Pakar bedah pertama melakukan pembedahan pemindahan buah pinggang, Dr Joseph Murray dilaporkan meninggal dunia pada umur 93 tahun di Boston, kelmarin, akibat serangan strok pada Khamis lalu.

Kejayaan beliau bersama kumpulannya melakukan pemindahan organ pertama pada 1954 membuka lembaran baru dalam perubatan.

Beliau turut dianugerahkan Hadiah Nobel dalam perubatan atas usahanya melakukan pembaharuan dalam bidang itu pada 1990. - Reuters

Pembunuhan terancang jadi polisi Israel



WARTAWAN SINAR HARIAN
28 November 2012
logo tabung gaza
Tabung Kemanusiaan Gaza.
DALAM hati yang sedih, jiwa yang pedih, pipi basah dihujani air mata, Ummu Muhammad Useila membawa beg sekolah dan beberapa buku sambil bertanya, "Adakah pengganas Israel yang membunuh anak saya, sebahagian jantung dan hati saya, akan menerima pembalasan adil?
Atau mereka terus jadi penjenayah tanpa hukuman sama seperti sebelum ini?
"Saya berdoa mereka dihukum, diadili seperti dilaungkan masyarakat antarabangsa."
Itu luahan hati seorang ibu di Gaza yang anaknya dibunuh Zionis menggunakan roket buatan Amerika.
Juga suara hati ibu lain yang hancur jiwanya setiap kali melihat ahli keluarga dibunuh kejam roket dan pelodak Zionis laknatullah.
Jasad anak-anak di Gaza berkecai menjadi serpihan-serpihan kecil sama seperti puingpuing bangunan yang berselerakan.
Penjenayah Israel masih terus dahagakan darah bangsa Palestin. Mereka sudah tidak lagi punya kewarasan untuk membezakan 'pejuang yang memikul roket' dengan seorang anak kecil yang menggalas beg menuju sekolah.
Dalam bahasa mudah, Israel kini mengamalkan polisi pembunuhan terancang ke atas seluruh bangsa Palestin.
Setiap minit dari subuh pagi hingga malam warga Palestin dihidangkan bunyi-bunyian senjata.
Letupan bom di merata tempat.
Tidak tergamak melihat penderitaan ini setiap hari. Mereka tidak berdosa, mereka inginkan keamanan, mereka inginkan alam persekolahan, seperti anak-anak kita juga.
Bantulah mereka! Dengan bantuan kita penderitaan mereka dapat dikurangkan.
Hulurkanlah sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Gaza-Sinar Harian.
Jumlah kutipan meningkat kepada RM88,111.33 sehingga semalam, selepas tujuh hari dilancarkan.
Salurkan sumbangan ke akaun Maybank, Sinar Karangkraf, 506164-019988 atau hubungi Sekretariat Sinar Harian, Wan Norhasfiza Megat Hussain menerusi 03-51013820.
Masyarakat dan komuniti setempat yang ingin menyumbang, juga boleh melakukannya secara terus dengan menghubungi wartawan atau skuad di daerah masing-masing.

KISAH SUAMI ISTRI YAHUDI MASUK ISLAM SUNNI




Oleh Von Edison Alouisci

Siapapun bisa mimpi berjumpa Rasulullah SAW, bahkan non muslim pun ada yang mimpi bertemu Rasul SAW, sebagaimana sebuah kisah nyata yang pernah terjadi di Mesir dan diriwayatkan dalam KITABUL SYARAFUL ANAM

Ada seorang wanita yahudi bertetangga dengan orang muslim yang suka merayakan maulid. Orang mus
lim ini gemar sekali membaca riwayat-riwayat tentang Baginda Rasulullah SAW dan suka mengundang para tetangganya yang lain untuk merayakan maulid Nabi SAW di rumahnya serta menjamu mereka.

Tetangga si muslim yakni si wanita yahudi tadi kerap menyaksikan dari rumahnya, para muslimin berkumpul di rumah tetangganya dan melakukan perayaan maulid Nabinya. Pada suatu malam, ia bermimpi hadir di acara itu dan melihat orang yang wajahnya terang benderang dan indah, ia lalu bertanya kepada orang disekitarnya, “Siapakah orang tampan itu?” Lalu ada yang menjawab, “Beliau adalah Nabi Muhammad SAW.”

Si yahudi lalu bertanya lagi, “Apakah jika saya menyapanya, ia mau membalas sapaan saya?” Dijawab, “Beliau adalah manusia yang paling ramah dan selalu membalas sapaan orang lain.” Tanya si yahudi kemudian, “Apakah jika saya bukan muslim ia mau menjawab sapaan saya?” Dijawab lagi, “Beliau menjawab semua yang menyapanya.”

Maka yahudi itu berkata, “Wahai Muhammad…!”

Rasul SAW menjawab, “Labbaiki”

Wanita yahudi itu berkata, “Kenapa engkau menjawab Labbaik padaku (Labbaik adalah jawaban penghormatan dari yang dipanggil), padahal kau tahu aku bukan muslim?”

Rasul SAW menjawab, “Aku tidak mengucap Labbaik kecuali aku tahu bahwa kau akan mendapat hidayah.”

Wanita yahudi itu pun masuk islam di tangan Rasulullah SAW dalam mimpinya, dan ia berjanji akan membuat perayaan maulid untuk Nabi SAW. Ini semua terjadi dalam mimpi si wanita.

Esok paginya ia bangun dari tidur, dan ia ingat bahwa ia sudah masuk islam semalam dan ia tetap ingin meneruskan imannya itu. Ia menjadi lebih bingung karena sudah berniat membuat perayaan maulid, bagaimana dengan suaminya yang masih beragama yahudi?

Maka ia bangun di pagi itu. Ia melihat suaminya sedang berkemas dan beres beres di rumahnya. Di ruang depan ada banyak bahan makanan dan di halaman rumah ia lihat ada beberapa ekor kambing gemuk dalam keadaan terikat.

Sang istri bertanya dengan penuh keheranan, “Suamiku, kau mau apa? Kenapa banyak sekali bahan makanan di dalam?" Suaminya menjawab, “Aku mau buat perayaan maulid.”

Sang istri terkejut, “Maulid? Suamiku, apakah kau sudah masuk islam?”

Sang suami menjawab dengan tenang, “Aku masuk islam di tangan Rasul SAW semalam dalam mimpi sesudahmu.”

Subhanallah..!

Allahumma Shalli wa Sallim 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala Ali Sayyidina Muhammad.
____________________________________

TAMBHAN ADMIN :

Bagaimana Dgn anda wahaber ?? Sudah Islam Namun Buta Mata Hati tarhadap Cahaya kebenaran
 —

Jet Syria bedil pangkalan pemberontak dekat Turki

Sebahagian pelarian Syria yang melarikan diri dilihat berada di kawasan kampung Atme, sempadan Turki yang berhampiran dengan wilayah Idlib, Syria, kelmarin. - AFP
BUKULMEZ, Turki 27 Nov. - Jet-jet tempur Syria melancarkan beberapa serangan ke arah ibu pejabat pemberontak berdekatan sempadan Turki semalam, namun serangan itu tersasar.
Serangan ke atas pangkalan Tentera Pembebasan Syria (FSA) di Atima, dua kilometer dari sempadan itu, berlaku sehari sebelum Turki dan pegawai-pegawai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dijangka memulakan penilaian bagi menentukan lokasi sesuai menempatkan peluru berpandu Patriot di negara ini.
Turki yang merupakan penyokong kuat pemberontak yang menentang Presiden Bashar al-Assad, berulangkali melancarkan serangan jet sekitar sempadan sebagai tindak balas kepada bedilan mortar Syria yang jatuh ke kawasan negara ini ketika pertempuran berlaku antara tentera kerajaan dan pemberontak.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121128/lu_04/Jet-Syria-bedil-pangkalan-pemberontak-dekat-Turki#ixzz2DTNai8Uq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Presiden Mesir pertahan dekri presiden




27 November 2012
Mohammed Mursi
Mohammed Mursi
KAHERAH - Presiden Mesir, Mohammed Mursi tetap mempertahankan dekri yang diumumkan oleh beliau pada minggu lalu, walaupun ia dikecam banyak pihak terutamanya Majlis Tertinggi Kehakiman negara itu.
Mohammed berkata, dekri tersebut tidak mencabul kuasa mereka (hakim) walaupun beliau berkuasa penuh sehingga Perlembagaan baru digubal.

Difahamkan, dekri itu masih mengehadkan kuasa presiden terhadap isu berkaitan kedaulatan, namun ia masih tidak dapat memuaskan hati badan kehakiman negara tersebut.

Pemimpin itu juga sudah berulang kali memberi jaminan bahawa pelaksanaan dekri tersebut hanya sementara kerana beliau terlebih dahulu mahu mengadakan sesi dialog dengan parti politik lain bagi mencari sefahaman berhubung aspek yang perlu dimasukkan dalam Perlembagaan Mesir.

Bagaimanapun, usaha beliau itu ditolak bulat-bulat oleh pakatan pembangkang berhaluan kiri, Barisan Penyelamat Nasional dan beberapa parti politik lain, lapor AP.

Dalam perkembangan lain, pihak berkuasa dilaporkan bertempur dengan kumpulan pemuda berhampiran Dataran Tahrir yang berterusan membantah dekri Mohammed dalam tunjuk perasaan terbaru, hari ini.

Mereka bertindak membaling batu ke arah polis yang terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan keadaan.

Sementara itu, penyokong Ikhwanul Muslimin turut membatalkan perhimpunan pada hari sama bagi mengelakkan pertempuran dengan kumpulan antikerajaan tersebut.

Terkejut isteri seorang lelaki



Rahsia terbongkar selepas 19 tahun berkahwin

ANTWERP: Seorang lelaki Belgium kecewa selepas menyedari bahawa isteri yang dikahwininya selama 19 tahun pada asalnya dilahirkan sebagai seorang lelaki.

Lelaki dari Antwerp yang dikenali sebagai Jan itu berkata beliau berasakan seluruh dunianya hancur selepas mendapat tahu perkara sebenar mengenai ‘isterinya’ yang dikenali sebagai Monica.

Jan, 43 berkata beliau bertemu Monica apabila beliau yang berasal dari Indonesia tiba di Belgium untuk menjadi pengasuh kepada anak adik suaminya dan Jan menyifatkan bahawa ‘isterinya’ itu sebagai amat cantik dan bersifat kewanitaan, lapor Daily Mail.

Beliau kini mula memahami mengapa isterinya itu tidak bagus apabila melakukan kerja rumah termasuk menggosok pakaian.

“Saya menyangkakan dia seorang wanita yang menarik dan saya adalah wanita sejati kerana dia langsung memperlihatkan ciri lelaki seorang lelaki,” katanya kepada akhbar Belgium, Nieuwsblad.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa sehingga seorang sepupunya datang melawat dan semuanya terbongkar.
“Saya katakan ini kepada anak lelaki saya dan beliau berkata pernah mendengar khabar angin bahawa Monica dulunya adalah seorang lelaki.”

“Satu petang saya bersemuka dengannya dan beliau akhirnya mengaku bahawa dia dilahirkan sebagai seorang lelaki dan melakukan pembedahan menukar jantina.”

“Dunia saya gelap beberapa saat. Saya rasa tertipu selama hampir 20 tahun,” katanya yang ternyata begitu kecewa. – Agensi

Sampel tulang Arafat diambil



KUBUR Arafat sebelum digali.


RAMALLAH - Jenazah bekas pemimpin terkenal Palestin, Yasser Arafat dikebumikan semula semalam di kuburnya di sini selepas sampel daripada tulangnya diambil untuk diuji sama ada terdapat tanda-tanda beliau diracun.
"Pada pukul 5 pagi waktu tempatan, liang lahad itu mula digali dengan cermat," kata sumber Palestin.
"Operasi tersebut telah tamat dan kuburnya telah dikambus semula manakala sampel yang diambil telah diberikan kepada pakar dari Perancis, Switzerland dan Rusia," kata sumber berkenaan.
Proses pengambilan sampel tulang Arafat itu dilakukan oleh seorang doktor Palestin yang diperhatikan oleh pakar dari tiga negara tersebut.
"Sampel tulang Arafat diambil dari dalam liang lahadnya dan kemudian dipindahkan ke sebuah masjid," kata sumber berkenaan.
Keputusan daripada sampel yang diambil itu akan diketahui dalam masa sekurang-kurangnya tiga bulan.
Proses pengambilan itu dibuat secara tertutup.
Sampel yang diambil itu bertujuan untuk menguji kewujudan bahan radioaktif, polonium yang merupakan sebahagian daripada siasatan baharu sama ada bekas presiden Palestin itu diracun.
Siasatan tersebut dibuat ekoran laporan stesen televisyen Al-Jazeera mengenai penemuan sekumpulan pakar dari Switzerland yang menunjukkan terdapat polonium pada barang peribadi milik Arafat.
Perancis membuka siasatan terhadap kematian Arafat yang dikemukakan pada Ogos lalu atas permintaan balu beliau, Suha.
Arafat meninggal dunia selepas kesihatannya merosot dengan mendadak di sebuah hospital tentera dekat Paris pada November 2004 ketika beliau berusia 75 tahun.
Pada sidang akhbar, Dr. Abdullah al-Bashir yang mengetuai pasukan perubatan bagi menyiasat kematian Arafat memberitahu, sampel tersebut amat kecil.
"Ia hanya seberat beberapa miligram dan 20 sampel diberikan kepada setiap pihak (yang terlibat dalam siasatan itu)," katanya.
Sementara itu, Suha berkata, misteri paling penting di Asia Barat semakin hampir menemui penyelesaian.
"Kita perlu tahu kenapa beliau meninggal dunia," katanya kepada akhbar Times of Malta di rumahnya di Malta.
Beliau juga menafikan pernah menentang bedah siasat dilakukan terhadap jenazah Arafat.
Dalam perkembangan berkaitan, kepimpinan Palestin akan mengemukakan petisyen di Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague, Belanda jika terdapat bukti bahawa Arafat telah diracun.
"Jika terbukti beliau diracun, kami akan mengemukakan dakwaan di mahkamah antarabangsa," kata Ketua Suruhanjaya Siasatan Kematian Arafat, Tawfiq Tirawi. - Agensi

Taman tema tandas pertama di dunia di Korea Selatan




BEBERAPA kanak-kanak melihat patung-patung manusia yang mencangkung di sebuah taman tema tandas di Suwon pada 22 November lalu.


SUWON - Taman tema tandas pertama di dunia terdapat di bandar ini yang terletak sejam perjalanan dari Seoul, Korea Selatan.
Tandas tradisional cangkung Korea Selatan dan mangkuk tandas seperti yang digunakan pesakit di hospital merupakan antara bahan pameran di taman tema itu.
Patung-patung manusia dan kanak-kanak yang sedang membuang air besar juga terdapat di taman berkenaan.
Sebuah muzium tandas juga terdapat di bandar ini.
Muzium itu mempunyai rekabentuk seperti tandas dan ia pernah menjadi kediaman pengasas Persatuan Tandas Dunia, Sim Jaek-duck.
Jaek-duck meninggal dunia pada 2009 ketika berusia 70 tahun.
Beliau merupakan bekas datuk bandar ini dan pernah mendermakan tandas untuk kegunaan para peminat sukan semasa Korea Selatan menjadi tuan rumah pertandingan bola sepak Piala Dunia 2002. - Agensi

Ular sawa gergasi muntah semula lembu yang dibahamnya




GAMBAR yang dirakamkan daripada YouTube semalam menunjukkan seekor ular sawa gergasi memuntahkan seekor lembu (dalam bulatan) yang dibahamnya di sebatang sungai di Brazil.


RIO DE JANEIRO - Seekor ular sawa gergasi memuntahkan semula seekor lembu yang dibaham haiwan tersebut di sebuah hutan di Brazil, menurut beberapa laporan kelmarin.
Menurut akhbar dalam talian MailOnline, hampir 66,000 orang telah menyaksikan rakaman video ular tersebut di laman YouTube dalam tempoh dua hari.
Kejadian itu berlaku di sebatang sungai di dalam hutan tersebut.
Ular itu kemudian meninggalkan bangkai lembu tersebut selepas ia memuntahkannya. - Agensi

Pemberontak Syria tembak jatuh helikopter tentera

BEIRUT 28 Nov. - Pemberontak Syria dilapor menembak jatuh sebuah helikopter tentera kerajaan menggunakan peluru berpandu tanah ke udara buat pertama kali, semalam.
Pengarah Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia bagi Syria, Rami Abdel Rahman berkata, kejadian itu merupakan kali pertama buat kumpulan pemberontak menembak jatuh helikopter kerajaan menggunakan senjata berkenaan.
Kejadian helikopter tentera Syria itu berlaku ketika kumpulan pemberontak dilapor menawan sebuah pangkalan tentera di barat Aleppo pada hari yang sama. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121128/lu_08/Pemberontak-Syria-tembak-jatuh-helikopter-tentera#ixzz2DSk9kkaF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pemberontak Syria tawan empangan

Tentera Syria membedil perkampungan Bariqa dekat Bukit Golan di sempadan Israel-Syria pada 12 November lalu. Israel semalam mendakwa tentera Syria melepaskan tembakan dari Syria ke kawasan Bukit Golan tidak jauh dari sebuah kenderaan tentera rejim Zionis Israel yang berkawal di situ. - AP
BEIRUT 26 Nov. - Pemberontak Syria mendakwa berjaya menawan sebuah empangan di Sungai Euphrates di utara negara itu, yang merupakan kawasan strategik berdekatan wilayah Aleppo, selepas berlaku pertempuran sengit selama beberapa hari.
Rakaman video yang disiarkan di Internet menunjukkan berpuluh-puluh anggota pemberontak berjalan di satu persimpangan jalan di Empangan Tishreen pada waktu malam, kawasan antara wilayah Aleppo dan Raqa.
Video itu turut menunjukkan beberapa anggota pemberontak lagi di dalam bilik kawalan empangan itu dengan seorang lelaki menyatakan ''Empangan Tishreen di bawah kawalan Tentera Pembebasan Syria''.
Kesahihan video itu tidak dapat disahkan tetapi Pemantau Hak Asasi Manusia bagi Syria mengesahkan empangan itu jatuh 'ke tangan' pemberontak.
''Pemberontak telah mengambil alih kawasan empangan Tishreen dan bangunan di sekitar Aleppo selepas pemberontak daripada beberapa batalion menyerbu kawasan itu semalam,'' kata badan hak asasi manusia itu yang beribu pejabat di Britain.
Di Baitulmaqdis, tembakan yang dilepaskan dari Syria mengenai kawasan Bukit Golan yang dijajah Israel tidak jauh daripada sebuah kenderaan tentera rejim Zionis Israel yang berkawal di situ.
Jurucakap tentera Israel berkata, kejadian tembakan tersebut berlaku ketika kenderaan itu meronda di pagar keselamatan Bukit Golan lewat malam tadi.
''Bagaimanapun, askar Israel di kawasan itu tidak membalas tembakan tersebut seperti yang dilakukan sebelum ini,'' katanya.
Insiden seumpama itu semakin meningkat sejak beberapa minggu ini ketika keganasan di Syria semakin buruk.
Dalam perkembangan lain, pemberontak Syria mendakwa, mereka telah menawan sebuah pangkalan helikopter di timur Damsyik selepas melakukan serangan pada malam semalam.
Pangkalan Marj al-Sultan, terletak 15 kilometer dari Dasmyik, merupakan pangkalan kedua tentera Syria yang jatuh ke tangan pemberontak sepanjang bulan ini.
Menurut aktivis, kumpulan pemberontak turut memusnahkan dua buah helikopter dan menawan 15 tentera kerajaan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121127/lu_02/Pemberontak-Syria-tawan-empangan#ixzz2DSiRcFTK
© Utusan Melayu (M) Bhd